Wednesday 12 February 2014

Tak Ada Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Heee... dah seminggu entry ni terperam dalam draft, baru hari ni dapat update. Woaaaa... so busy, maaaaa.... kehidupan baru, cara baru...


Hari tu bagi lagu ni dekat Mai sebab dia nak pindah. Kali ni dedicate lagu ni untuk diri sendiri. Bukan sebab nak pindah tapi sebab...

Di pagi Isnin yang hening... ceh! Ayat tak hengat. Haha... sebenarnya dah rimas sebab sana sini semua sedare dok tanya dapat ke idok pergi MRSM. Teman nak jawab pun tak mampu sebab dua tiga hari dok terperuk tanpa teman sejatiku, Wifi.

Depa dok kecoh kata MRSM Taiping yang Fitri minta tu Smart School. Haa, cerita pasal Smart School. Seriously, tak expect langsung yang MRSM T. tu Smart School. Memang sahlah tak dapek masuk. Yang mak sedare teman pula baru nak bagi tips pilih MRSM. Aduuuiiiii...

Fitri baru sedar yang MRSM Taiping tu Smart School waktu pi ujian UKKM. Sampai aje kat MRSM tu terus nampak papan tanda beso2 tulisnya SMART School. Mak dok tanya...

"Smart school? Betul ke MRSM Taiping ni?"

Tengok, mak teman pun tak sangka. Sebenarnya bukan tak sangka tapi tak tahu. Haha! Ketinggalan zaman sungguh. Tapi memang bestlah MRSM Taiping. Kalau anak-anak mak cik/ pak cik/ datuk/ datin/ tan sri/ puan sri otaknya geliga. Tolong, mintalah MRSM tu. Kalau PMR pun tak straight A's, umpama mimpi dalam mimpi ajelah! Macam si penulis blog ni.

Ada air terjun dekat situ, weyh! So, kalau dapat masuk kat situ jangan lupa comforter bawa hat tebal 10 inci. Sebab Fitri expect suhunya waktu malam macam dekat tempat bersalji. Expect je, tak pernah rasa ponggg..

Ok, sambung balik kisah tips mak sedare Fitri...

Dia kata, pilihlah MRSM yang jarang orang nak pergi. Contohnya, MRSM Langkawi atau Parit. Toyaiiii... awat baru sekarang baru cik nak bagi tips. Awat dok bagi setengah tahun yang lepaihh? Dua-dua MRSM tu Fitri dah tengok depan mata. Memang tak dapat nak bandingkan dengan MRSM Taiping tapi dua-dua MRSM tu pun cantik gak.

MRSM Parit memang jauh ke dalam. Hari tu saja-saja balik dari kampung ikut Parit. Baru perasan yang wujudnya MRSM Parit di situ. Perrggghhh... memang tenang la belajar kat situ. Jauh ke dalam. Lepas tu saja bergurau dengan mak.

"Orang takut kalau orang dapat masuk MRSM Parit, balik rumah dah tak reti cakap loghat biasa. Cakap loghat Perak yang kaww punya..."

Haha... kalau korang tak tau, kat Parit memang pekat loghat Peraknya. Fitri yang anak jati Perak ni pun kadang-kadang tercengang dengar orang Parit dan yang sekitarnya bercakap. Maklumlah, kat tempat tinggal Fitri ni separuh cakap Perak, separuh lagi cakap 'keyyel'. :P

Tadi gatallah tangannya pi search pasal MRSM Parit. Oh, baru mulakan operasinya pada tahun 2012. Maknanya, semua kelengkapan di MRSM tu masih baru. Wowwww... bestlah siapa yang dapat masuk situ. Untung arr!

Terjumpa blog ni --> srikandi_idaman
Terjumpa juga portal ni --> MRSM Parit

Pssttt... jangan tanjat boboi kalau buka portal tu terdengar lagu. Tu lagu baru MARA 2012. Hehe.. nak matikan lagu tu scroll ke bawah. Jumpalah video dan matikan sahaja.

Mak, nyesalnya tak sedar yang wujudnya MRSM Parit dulu!!! Waaa....

Toksah tanya result MRSM Fitri. Korang baca tajuk tu pun dah boleh agak. :P Bye!

Wassalam. Tata.

6 comments:

  1. hek hek hek, hajatnya nak mintak mrsm parit, tak tau pulak tempatnya jauh ke dalam ye.. harap dpt msuk mrsm pc.. amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp mrsm parit lagi senang nak masuk - mak saudara yang cakap - sbb tak ramai yg minta kat situ.. mrsm mmg semuanya ke dalam, tenang nak belajar... tak ada gangguan.. hehehe... apa-apa pun good luck.. form 3 ek? mrsm pc?

      Delete
    2. Tak senang juga..Alhamdulillah..anak saya akan mendaftar pada 6hb februari 2017..tingkatan 1

      Delete
  2. Alhamdulillah..ank akan daftar pd 27 mac 2017 ni..terima kasih Allah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..ank akan daftar pd 27 mac 2017 ni..terima kasih Allah

    ReplyDelete