Thursday 17 October 2013

Bukan Kerana Jebat Tak Cinta Mastura

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Cinta itu hadir kerana perkenalan...
Bersemi kerana perhatian...
Bertahan kerana kesetiaan...
Namun cinta itu bisa gugur
Kerana satu kebohongan...


Perrrggghhh.... Anak Pak Cik R ni dah tangkap cintan, weyh! Hehe... Tangkap cintan dengan Jebat yang ohsem gila wa cakap sama lu! What?! Jebat tu siapa? Lupa nak perkenalkan. Jebat itu ialah... 

pic credit to google.com

Watak dalam novel yang ohsemmm giler dekat atas ni. Wah, segalanya tentang giler sebab Fitri tengah giler. Haha! Novel ni adalah karya hasil nukilan E-man Sufi. Dan sebenarnya ini adalah kali pertama Fitri beli novel karya akak E-man. 

Sebenarnya Fitri tak tahu pun jalan cerita, sinopsis langsunglah tak baca. Tup-tup terpikat dengan cover yang cayo hati mak, nak. Apalagi, laju aje terus pi request dengan kak Nora. Tapi bukan sebab terpikat dengan jalan ceritanya tapi sebab covernya. Haha, pelikkan Fitri. 

Tapi, tapi, tapi... Seriously Fitri takut nak sentuh novel ni, bukan sebab covernya yang serba hitam dengan belakang badan seorang lelaki yang penuh tatu tu tapi sebab ini adalah kali pertama membaca karya kak E-man Sufi. Sedikit takut sebab takut tak dapat memenuhi citarasa Fitri sebab Fitri kian cerewet sejak akhir-akhir ni.

Tapi, Fitri tak menyesal sebab serius novel ni memang best tahap tak berhenti baca. Bila tiba time sedih atau time Jebat terluka atau sakit, perut Fitri senak macam kena tumbuk. Perrgghhh, feel der! Especially part kena boom kebaboom! *effect kemain*

Seriously, novel ni berjaya buat Fitri rasa nak menangis tapi tak berjaya nangis sebab segan nak nangis depan mak. Huwaaaa... Abang Jebattttt....

Daripada dok terus merepek apa kata baca sikit tentang watak-watak dalam novel ni.


MASTURA - Fitri lihat dia sebagai seorang yang gedik, suka terkejar-kejar orang yang tak suka dekat dia. Errrr... Geram juga, dahlah dia ngorat abang Jebat I pula tu. Tapi dia seorang yang berputus asa dan terus aje mengorat abang Jebat. Lama-lama, dia.... *nak tahu lagi beli dan baca sendiri =P*

JEBAT - Dialah watak paling best. Sanggup berkorban demi jiwanya. Dia khilaf dengan kesilapan lampaunya. So, sesiapa yang rasa diri tu jahat macam Fitri tu sesama kita hayati watak ni dan renung. Yes, Jebat jahat, gengster tapi dia baik. Jiwanya masih suci tapi kita? So, watak ni memang sesuai untuk dibuat sebagai contoh kepada semua. I likeeeee...

HANNAH - Dia ialah kakak kepada Mastura. Dia ni banyak buat Fitri rasa nak lempang pipi sendiri daripada Fitri senyum. Tapi ada juga yang baiknya dia ni. Yang penting dia sweet dengan laki dia. Auuwww...

DATUK KWAN - Datuk Kwan menjaga Jebat sejak Jebat kehilangan kedua-dua orang tuanya. Datuk Kwan ni kaya tapi sayang seribu kali sayang, kaya harta haram!

ARYAN - Tak nak describe watak ni banyak-banyak. Perasaan menyampah masih bersarang di hatiku. (Ceh!) Dia suka sakitkan hati Mastura dan Jebat. Errr...

TAN SRI IDRIS - Krik, krik, krik... Dia ni pentingkan si Aryan si grrrr... tu. Sakit hati bila Tan Sri kolot ni masuk campur urusan Jebat dan Mastura. Tapi, akhirnya tetap gembira.


Itulah ajelah kut untuk watak-watak yang di describe. Apa-apa pun Fitri tabik tahap lebih dari toink toink buat kak E-man Sufi. Ceritanya tersusun dan jalan ceritanya sentiasa membuat saya tertanya-tanya sampai sanggup 4 jam membaca tak berhenti-henti.

Paling Fitri respect dengan kak E-man, wataknya tak ada yang terlalu antagonis walaupun yes, ada Double Dragon, ada Long, ada Tiger tapi mereka semua baik. Kak E-man pandai bermain dengan emosi sampai Fitri emosional membacanya. Hukhukhuk... Kesudahannya penuh debaran. Dup dap dup dap jantung membacanya.

Last word, Tahniah kak E-man Sufi atas novel yang sangat bom kebaboom ni.
Wassalam... Tata.. Beli tau novel ni. Jangan tak beli! Nanti anda yang rugi! ;)

No comments:

Post a Comment