Saturday 20 September 2014

Polaris Hati Saya

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Perrrggghh... dah berabad rasanya tinggalkan kerja mengomen atau bahasa sedap sikit, mengreview novel orang ni. Last review pun bulan 12 tahun lepas. Gila lama! Aku review novel Ya Maulana.

Ok, jangan merapu meraban melampau. Cepat start review cepat settle. Cepat boleh layan Running Man. Muahaha... Mak!!! Eden dah jadi peminat K-Pop balik. Grrrr... kena kawal ni. Kalau dok gerenti belajar ke laut.

Novel yang ingin aku review hari ini...


Kualiti gambar tak sehebat guna kamera Canon. Maklum, guna fon cikai jekkk.
Tajuk : Bintang Hati SayaPenulis : Riley Fizan
Harga : RM18.50 (SM) / RM20.50 (SS)
Publisher : GEDEBOOK
Rate : 150 Juta bintang. 150 Juta, hokey!!!
Sinopsis : Kalau tak dapat menjadi Sirius, kau perlu mampu menjadi Polaris.
Blurb : Malas nak salin!

Komen ala-ala budak tak reti review...

Mula-mula buka novel ni, terus aje wataknya bercakap pasal bintang. Yang aku ni pot pet sengsorang. Apa kejadahnya Polaris bagai ni. Waktu ni blur-blur lagi. Maklumlah, belajar pasal bintang waktu darjah 6 dulu pun aku tidur dalam kelas. Inikan pula kalau dok sebut pasal Polaris bagai. Lagilah aku pelik. Ok, jangan merapu sangat. Jom, sambung review.

Mula-mula baca tu tak ada feeling sangat. Maklum, blur tak habis lagi. Tapi bila masuk bab 5, dah sedar dan dah boleh ikut jalan cerita. Dah start dup dap dup dap sebab memang giler saspens, uollsss. Oh, terus komen aje tak perkenalkan watak.

Bintang Hati Saya ni mengisahkan seorang gadis bernama Adriyana yang suka dekat seorang senior yang juga tutor dia yang juga presiden Kelab Pemerhati Bintang. Eh, ya ke nama kelab tu Kelab Pemerhati Bintang. Errmm... yalah kut. Kita ni kalau dah tamat memang sikit-sikit start lupa nama-nama dirasakan tak berapa nak important. Nama tutor si Adriyana tu Hakimi. Hakimi Adam Song.

Ditakdirkan suatu hari Adriyana ni diserang Teelofa, adik angkat a.k.a peminat giler nak mati dekat Hakimi. Dia marahkan si Adriyana sebab Adriyana rapat dengan Hakimi. Memang dia belasah sampai lunyai si Adriyana sebab marah. Ditakdirkan suatu hari tu Hakimi hilang dan terus lenyap. Tiada jasad sebagai bukti dia sudah mati dan tiada tanda menunjukkan dia masih hidup. Dia hilang! Macam tu aje tanpa ada berita. Itu cerita zaman kolej.

Lepas 6 tahun kemudian, Adriyana masih menaruh harapan yang Hakimi masih hidup. Tapi, kawan baik dia, Rafiq, marah sebab Adriyana tetap tak dapat lupakan si Hakimi walaupun dah 6 tahun Hakimi menghilang. Bila part Rafiq masuk, dah start rasa saspens plus mencurigakan. Curigakan Rafiq. Ada lagi satu watak nama dia Zarith. Jurukamera dekat tempat Adriyana bekerja. Adriyana ni wartawan.

Ok, Zarith ni memang aku bayangkan dia hensem dan cool. Haha! Gatalnya aku, haihhh! Dia memang tak sebulu dengan Adriyana. Dalam sehari tu ada aje nak digaduhkan dengan si Adriyana. Lagipun si Zarith ni playboy tak menjadi. Apa yang tak menjadi? Nak tahu kena beli dan baca. Hehehe...

Nak cerita apa lagi ek... adoiiiii... haa, cerita pasal Adriyana pergi buat liputan kawan dia kahwin dekat kolej lama dia. Sambil-sambil tu Adriyana pergilah menyiasat tentang kehilangan Hakimi. Sebab dia yakin yang Hakimi masih hidup. Dia pergi buat liputan tu pula dengan Rafiq dan Zarith. Memang banyak part saspens la waktu tu. Sebenarnya sebelum tu pun ada part saspens waktu Adriyana terperangkap dalam bilik pencetak dekat pejabat. Memang saspens tahap nak terkencing kut!

Waktu part saspens tu, cerita dekat tv pun saspens juga. Cerita Broken Blade. Lagu dia memang nada saspens. Jadi memang kenalah lagu tu dengan part yang aku baca. Saspens giler jadinya. Haha!

Waktu diorang pergi buat liputan tu, sewaktu Adriyana sedang mencari rahsia kehilangan Hakimi, terjadilah perkara yang tak disangka. Yang seriously out of my mind. Tak terlintas langsung dalam kepala otak aku. Apa yang terjadi sampai tak disangka tu? Nak tahu kena beli #novelicious ni yang covernya memang giler awesome.


Gambar ini hasil google dan tak boleh dibesarkan.

Sambil-sambil tu boleh tambah pengetahuan mengenai bintang. Amat berguna especially untuk budak yang cikgu mengajar tentang bintang, kita dok buat tahi mata kat belakang kelas.

Rasanya kalau ada Anugerah Novel Awesome Tahap Gaban Tahun 2014, memang aku undi novel ni. Nipis tapi ceritanya memang ummpphhh. Sebenarnya beli novel ni tanpa dirancang. Waktu tu bajet ciput. Jadi, capai ajelah novel yang paling nipis. Tapi, serius berjuta kali serius aku nak cakap. TAK RUGI kau beli novel ni. Memang awesome dan buat dada kau dup dap dup dap. Pengakhirannya pun memang out of your mind.

Ok, itu aje nak kata. Apa-apapun, aku rasa dah jatuh cinta dengan watak Zarith arr. Ngeee... mood gatal menaik sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Bye! Itu aje yang mampu direview. Macam pelik pula cara aku review kali ni. Hmm... whateverlah, kan. Asal korang faham sudah.

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

17 comments:

  1. Mesti Zarith tu sebenarnya Hakimi kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana boleh bagitau. ;)

      Nak tau, kenalah dapat Bintang Hati Saya. Serius cakap, ending dia out of our mind. Read and you'll know the truth. ^^

      Delete
  2. Review ni besttt!! Saya dh beli buku ni tapi x baca lg.
    Sebab utama beli sebab cover dia la~
    Lawa gilaaa! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca jangan tak baca. serius novel ni memang daa best. dah banyak kali dah ulang novel ni. cover dia memang smart! cool.... hehe

      Delete
    2. tapi saya tak terbaca lagi.. bz T_T.
      Insya Allah lepas ni nak baca <3

      Delete
    3. ada masa, bolehlah baca.. nak buat macam mana, waktu tak menunggu kita.. ^_^
      apa2 pun, kena baca sampai tamat.. ;)

      Delete
    4. Dah habis baca dah.. sedih T_T

      Delete
    5. kan3... ending dia pun ohsem dan mmg memerlukan banyak tisu untuk certain2 part.

      Delete
  3. Terkejut oi bila tahu kesudahan Hakimi sebegitu rupa. Terputus nafas,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... tak sangka sangat-sangat last sekali Hakimi macam tu... huhu...

      Delete
  4. Saya pun suka buku ni...sayang hakimi dah tak de, tapi impak watak dia kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. terbayang-bayang aje Hakimi... huhuh.. buku ni memang gempak!

      Delete
  5. sedih bila hakimi dh mati. time tu saya menangiss baca part tu. huaa 😭

    ReplyDelete
  6. sedih bila hakimi dh mati. time tu saya menangiss baca part tu. huaa 😭

    ReplyDelete
  7. Saya pun nangis masa baca 😌 sebab jarang hero mati . Tapi cerita ni memang best tak rugi baca ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnn... nangis teruk juga baca novel ni. 😭

      Delete