Wednesday, 25 December 2013

Maulana Iqbal & Rariru



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Wah, dah lama tak review. Last review novel apa pun tak ingat. Hehe... so, kali ni terdetik nak mengreview sebuah novel yang sudah dua kali baca. Haha! Dua kali baca baru nak review. Ayoyo, minachi! Tapi lepas pertama kali baca hari tu dah review dah. Review ringkas dalam MukaBuku je.

So, novel yang menjadi pilihan Fitri kali ni ialah novel Ya Maulana. Fitri gelarkan novel ni sebagai 'Novel Penyejuk Mata'. Serius, suka tahap gaban dengan cover novel ni. Sejuk mata memandang, tenang jiwa membaca. Gituu...

Sorry, gambo tak berkualiti. Handphone baling kucing pun koma, ginilah gayanya. :3
Tajuk : Ya Maulana
Nama Penulis : Hana Ilhami
Terbitan : KaryaSeni
Harga : RM35.00 (sem. Malaysia) RM38.00 (Sabah/Sarawak)

~*~*~*~*~
Blurb : 

MAULANA IQBAL. Dunianya hanya Darul Ulum At Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.

ADRA LIYANA, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skirt masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya. Baginya, MAULANA IQBAL tidak ubah seperti seorang ustaz Gothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.

"Cik Rariru nak jumpa saya?" - MAULANA IQBAL

"Ustaz! Kut ya pun tak suka I pakai macam ni, tak perlulah ejek nama I, okey? Nama I Rara, bukan Rariru!" - ADRA LIYANA

"Cik Adra tolong pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Maklumlah, sini tempat budak-budak menghafal Quran. Dan cik kena pakai tudung sekali." - MAULANA IQBAL

Setelah rencana untuk memindahkan Darul Ulum tidak berhasil, Adra nekad untuk menggugut Si Maulana. Rencana jahat mula diatur...

"Tolong I! Dia... Dia... cuba buat benda tak baik kepada I..." - ADRA LIYANA

"Allahuakbar! Demi Allah! Saya tak buat kerja terkutuk ni." - MAULANA IQBAL

"Sama ada Iqbal tinggalkan kampung ni atau dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Iqbal kena kahwin dengan perempuan ni." - IMAM HUSSIN

Aduhai, ya maulana! Rencana jahat Adra akhirnya memakan diri. Mana mungkin dia sanggup bersuamikan si Maulana kampung yang sudah beristeri itu! Perlukah dia menukar wataknya kepada 'Adra Liyana' yang sebenar?

Ketika umpat dan keji penduduk kampung mula tersebar, mampukah Kampung Pulau Sayak itu menjadi pusat tarbiah untuk si gadis ranggi?

~*~*~*~*~

Ku gigihkan jemari kontotku untuk menaip blurb dari belakang novel. Muehehe... Ok, nak subscribe watak pula. Der, gua suka part ni der! (nampak sangat excited tahap gomol Omi sampai Omi koma) Psstt... Omi tu kucing. Heee...

Hmm... sejujurnya nak cakap, kita 'benci' novel ni. Kalau baca sambil tergolek atas katil, empat jam tak bangun-bangun dari atas katil tau tak. Satu kerja pun tak jalan punya dahsyat penangan novel ni. Hikhikhik...

Watak utama : 

Muhammad Iqbal - Tak tahu nak cakap macam mana 'rupa' addictnya eden dengan watak ustaz Gothic ni. Dahlah Gothic, rock pula. Hehe... dan kerana watak inilah dua kali eden melenguhkan jari-jemari membaca novel yang setebal lebih 1021 muka surat ni. Watak ni sangat-sangat cool dan the best. Sikapnya yang suka tersenyum, tak kisahlah senyum sinis ke, senyum mengusik ke, senyum kambing ke... membuat Fitri tak mampu nak buang watak ni jauh dari hati Fitri. Makin dekat adalah. 

Tiap-tiap hari Fitri terfikir, masih wujud lagikah jejaka/gentleman seperti Maulana Iqbal ini? Mungkin ada dan mungkin juga tak ada. Tapi... wallahualam. Lagi satu yang Fitri suka soal ustaz poyo ni, setiap kali dia bersuara pasti akan dikaitkan dengan Sang Pencipta membuatkan Fitri turut berasa kagum. Kagum dengan watak ini, juga kagum dengan Hana Ilhami, pencipta watak ini. Iqbal dan Hana Ilhami tiada bezanya. Dua watak tapi satu jiwa. :)

Adra Liyana - Watak ni benar-benar membuatkan Fitri jadi kanak-kanak Ribena. Sikapnya yang tidak matang membuatkan Fitri terikut sama. Hoho... paling lawak apabila namanya diubah sesuka hati oleh Firdaus tapi Rara kepada Rariru. Aduh, sengih sorang-sorang part ni! Nakal tau Firdaus! Tapi Fitri tak suka waktu dia lawan cakap maulana. Eee... geram tau! Ada ke patut disuruh bertudung pun payah. Dahlah degil, cakap si dia pun tak nak dengar. Sabo ajelah...

Tapi kesian juga dengan Rariru ni. Dia tersepit. Tersepit... tersepit... errr... tersepitlah. Heee... tak tahu nak cakap tersepit yang macam mana. Macam kuih sepit tu kut. Cinta separuh mati pada Rafiqi tapi rupa-rupanya dirinya dipermainkan. Eeee... tumbuk juga Rafiqi ni kang! Lepas tu daddynya pula memaksa Rariru untuk membuat perkara yang tidak dia suka. Ish, ish, ish... sabo ajelah.

Rafiqi - Dia ialah adik kepada Maulana Iqbal. Adik tiri sebapa tapi tak seibu. Ok, tak reti nak cerita konflik macam mana tiba-tiba ada tiri-tiri ni. Nak tahu lebih lanjut kena beli dan baca sendiri. Tapi, apa yang dapat Fitri ceritakan soal Rafiqi, dia seorang tamakkan harta dunia. Sama seperti mamanya. Tapi, ada kejadian yang terjadi yang membuatkan dia insaf. Kerana 'sesuatu' yang bernama CINTA. Psstt... cinta bukan tertakluk hanya untuk sesama manusia, ya. :)

Sumayyah - Fitri rasa kerdil sangat dengan watak. Sumayyah seorang hafizah dan seorang gadis yang memakai purdah. Maruahnya dijaga dengan penuh berhati-hati dan berjanji untuk tidak membuka tabir di wajahnya kecuali hanya untuk tatapan suaminya nanti. Kecuali keluarga dan mahramnya. Dia menangis tatkala tiba-tiba Allah menduganya apabila wajahnya terlebih dahulu ditatap oleh seorang lelaki yang belum tentu akan menjadi zaujnya mahupun tidak. Sedangkan kita? Kita yang sering lalai ini membiarkan sahaja aurat kita menjadi tatapan lelaki anjabi. Tidak terasa apa-apakah? (diriku jua tidak sempurna)

Apa-apa pun novel ini banyak pengajarannya. Berapa bintang yang ingin Fitri bagi? Kiralah jumlah bintang di langit. Mungkin kurang dan mungkin lebih daripada 150 juta. Novel ini mengajar pembaca soal bermacam-macam perkara yang menjadi rencah mewarnakan dunia yang kelam.

Daripada soal cinta sehinggalah soal hanya pada-Nya kita serahkan segalanya. Yang penting sekali, untuk Fitri yang memang suka tahap potong kentang bab-bab cinta ni, ia mengajar Fitri tentang satu perkara. BERCINTA SELEPAS NIKAH ITU SWEET. Ngeee... suka, suka, suka. Bercinta selepas nikah lebih diberkati jika ingin dibandingkan bercinta sebelum nikah.

Errrr... Tak naklah review lebih-lebih. Takut karang ada yang terlentok pula depan PC/iPad/iPhone/Samsung Galaxy ( :P ) So, lepas ni kalau rasa teragak-agak nak beli novel sebab tebal sangat, jangan kisahkan perasaan tu. Dijamin 350% korang takkan berani tinggalkan novel ni bila dah sekali baca. Percayalah...

P/s : Fitri tak reti nak review cara formal. Fitri main taram aje review ikut cara Fitri. Tak suka tak apa, Fitri selesa cara begini. Heee...

Wassalam. Tata.

No comments:

Post a Comment