Thursday, 24 October 2013

Awek Novel

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Vasss de vogue.. *tetiba* Ok, di hari yang sejuk menggigil tangan dahku ini, dahku ingin berkongsi sesuatu dengan hangpa semua. Berkongsi sebuah perasaan gumbira di hatiku bernyanyi lagu indah.

Haha... Sebenarnya Fitri tengah sewel sebab hari ni idea tak jalan. Tulis sekerat berhenti, tulis lagi berhenti, last-lastnya lantak kaulah! Hehehe.. So, terduduknya Fitri di depan laptop hari ni bukannya untuk memberikan anda Titik Hitam Tanpa Noktah bab 3 tapi nak bagi anda baca bebelan saya soal novel.

Novel pilihan saya tahun ni, eh silap! Novel pilihan saya hari ini ialah... Jeng... jeng... jeng...

pic credit to kak Ilya

Sebuah novel Nomik hasil karya novelis kesukaan saya. Siapa lagi kalau bukan kak Ilya Abdullah. Saya suka novel beliau. Bahasanya cukup santai dan cukup mudah untuk ditelan hidup-hidup oleh otak saya yang kadang2 tak berapa nak sihat ni.

Novel ni nipis sahaja sebab Nomik. Nomik tu apa? Nomik tu Novel + Komik. Ada kartun di dalamnya tapi black & white la. Kalau yang berwarna rasanya mahu berpuluh hinggit. And the most important, opkoss la novel ni tak membosankan. Baca tak berhenti uollsss... Ok, tipu! Berhenti juga, nak makan, mandi and tengok tv. Ahakss...

Meh sini cek bagi sinopsis nomik ohsem ni!

Bagai pungguk rindukan bulan? Itulah ibaratnya Adllea Abd. Rashid, gadis penghantar piza. Tiada perkara menarik tentang Adllea selain skuternya berwarna pink itu. Dia awek skuter, bukan minah rempit. Adllea ni baik hati budinya dan setia dalam persahabatan... chewah!

Adllea jatuh hati pada Farith, pelakon terkenal yang digilai ramai. Sayang... Farith tidak pandang gadis biasa sepertinya yang tiada punya daya tarikan. Tambahan pula Farith sudah ada Syakila. Tapi tak salah, kan kalau sukakan seseorang itu? Bukannya dia rampas suami orang.

Dalam pada itu, dia turut 'berkenalan' dengan adik Farith, si kerek Izmi dan Shaz Ariel. Kedua-dua adik lelaki Farith ini menjengkelkan hati Adllea. Shaz Ariel a.k.a 'kata' mata empat yang sukar difahami itu secara tiba-tiba mahu membantu dia mendekati Farith. Semakin mengenali Shaz Ariel, Adllea mula memandang dari sudut yang berbeza tentang lelaki itu. Ada juga baiknya 'katak' mata empat ini. Sehinggalah Adllea menyedari yang dia sudah jatuh suka pada Shaz Ariel a.k.a 'katak' mata empat itu.

Saat Adllea mahu meluahkan perasaan hati, Shaz Ariel ditimpa kemalangan. Agak-agak awek skuter laksana pungguk ini dapat tak bulannya?

Amacam? Mengancam dok? Daripada sinopsis aje pun korang dah boleh tahu macam mana gaya bahasa yang digunakan oleh kak Ilya. Hehe.. Jom baca pendapat Fitri tentang watak-watak yang giler punya vasss dalam novel ni.

Adllea - Dia seorang penghantar piza. Badannya cekeding macam tak cukup makan. Lebih kurang gitulah bayangan kak Ilya. Cek tumpang bayangkan aje. Dia suka dengan Farith, pelakon popular. Ok, tak mau panjang-panjanglah. Apa-apa pun komen Fitri untuk watak ni. Dia penuh dengan perasaan. Ada sedih, ada kecewa, ada touching dan semuanyalah.

Shaz Ariel - Susah nak bayangkan dia ni seorang lelaki apatah lagi kak Ilya guna nama Shaz dalam novel ni. Sebab apa? Sebab Fitri ada kawan, nama dia Shazana, Fitri panggil dia Shaz. So, kalau baca nama Shaz je ingat dekat kawan Fitri. Ahaks... Ok, Shaz ni seorang yang cool dan ulat buku. Sudah dapat makwe tapi hati dia telah dicairkan oleh minah penghantar piza. Huuu... Tak tahu kenapa tapi Fitri bayangkan dia ni hensem giler!

Farith - Dia ni... Hmmm.... Dia ni jahat! Gegegegege... *geram* Bagi Fitri dia jahatlah, pada korang entahlah. Tapi lastnya dia berjaya mencairkan hati dahku yang beku ini. Muehehe.... Fitri bayangkan dia ni tinggi lampai tapi tak adalah tahap KLCC tingginya. Tinggi-tinggi anak Melayu ajelah.

Takmo arr komen bebanyak, kang timbul gosip Fitri ni suka mengomen orang punya. Hehe... apa-apa pun saranan Fitri, kalau korang rasa sakit jiwa, sakit hati, sakit otak, baca novel ni. Novel ni boleh mencampur adukkan lagi perasaan korang. Ngeeee.... Novel ni penuh dengan perasaan dalam keadaan yang santai.

Apa-apa pun kaki segala kaki punya kaki punya novel di luar sana tu, kalau tak nak menangis silalah beli novel ni. Kenapa menangis? Menangis menyesal tak baca novel ni. Padan muka kau! Haha...

Nak kata mahal tipulah. Setakat korbankan duit top-up dua minggu yang 10 hinggit seminggu tu dah dapat. Itu pun save lagi 6 hinggit. Ok, tak payah teka + teki. Harganya murah sahaja. Anda boleh di mana sahaja anda nampak kedai buku. Harganya ialah RM14

Beso dah tu nombornya. Kalau tak nampak juga entahlah. Untuk Sabah & Sarawak pula harganya RM16. Jadi, daripada anda menangis kerana kejelezan anda pada Fitri berada di puncak Everest, apa kata lelaju anda pi beli novel ni.

Buku, semua buku itu terkandung ilmu termasuklah novel ke komik ke nomik ke. Jadi, tak rugi pun keluarkan sikit duit untuk beli. Bukan sahaja novel Awek Skuter ni tapi juga novel yang telah Fitri review sebelum-sebelum ini seperti novel Lazuardi, Dia Yang Aku Pilih, Biarkan YM Terus Berbicara dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Heeee... Last word, novel ni ohsemmm.... Tahniah kak Ilya. I'm waiting for your next 'baby'. Oh, Ameer Dylan.. ^_^

Wassalam.. Tata...

2 comments:

  1. bila lak ada tersangkut nama ameer dylan lak tu ekeke... terima kasih atas review yang diberikan... Shaz... akak pun tak tau camner terletak nama heronya shaz tu >_<

    Kak Ilya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. dah kemaruk dengan 'baby' tua yang hot tu, nak buat macam mana.. sama-sama kasih.. hehe.. rasanya 'katak' mata empat lagi sedap kot namanya.. hehe.. ^_^

      Delete