Assalamualaikum dan hai semua...
Ini adalah part yang terakhir. Buat yang tak sempat membaca dari awal, meh sini Fitri bagi part 1, 2 dan 3.
PART 1
PART 2
PART 3
Moga terhibur dengan karya Fitri yang biasa-biasa aje ni. Maaf jika karya Fitri ni ada di mana-mana yang menyinggung hati dan perasaan readers. Maklumlah, Fitri pun manusia biasa. Jika tak suka, jangan cakap belakang. Terus terang mana yang korang rasa tak sempurna. Fitri akan perbaiki agar tidak berulang di masa akan datang. ^_^
ZEHRA pelik kerana sedari pulang dari tempat kerja
sehinggalah dia sudah selesai membersihkan badan, Sara asyik memandang ke
arahnya. Tajam pula tu sampai boleh tembus ke dalam hati.
“Sara, yang kau tengok aku macam tu
kenapa?” Soal Zehra seraya melabuhkan punggung di sisi Sara yang sedang
menonton televisyen. Kononnya! Walhal matanya asyik melihat Zehra.
Sara mengeluh. “Kau keluar dengan Haziqy,
kan tengah hari tadi?” Soal Sara kembali dengan nada serius.
Zehra terkejut. Dia menelan liurnya
berkali-kali. Tak disangka tak diduga, rahsianya pecah dalam masa dua saat.
Zehra menyandarkan badannya ke sofa. Dia memandang ke arah kaca televisyen tapi
hatinya melayang-layang.
“Tak. Dia yang berjumpa dengan aku. So, sekarang ni kau nak cakap dengan aku
yang kau jealous la ni ek? Alolo...
Takmo la cemburu, sayang.” Zehra
mengusik Sara untuk mendapatkan perhatian rakannya itu.
Sara tetap serius. Hatinya cemburu!
Cemburulah, dia yang jenuh tunggu bertahun-tahun untuk mendapat perhatian
Haziqy alih-alih Zehra yang dapat.
“Huh! Aku jujur ajelah ek. Dia propose aku, jadi bini dia. Aku bingung
dan tak pasti. Nak terima atau tak. Aku rasa aku tak layak untuk dia. Lagipun
ia berlaku terlalu cepat.” Membuntang mata Sara mendengar bait-bait kata Zehra.
Perlahan wajahnya bertukar menjadi sayu.
Mungkin benar, dia tidak layak untuk jejaka semanis coffee boy. Telefon bimbit di sisinya dicapai lantas dia bangun dan
terus berlalu meninggalkan Zehra sendirian.
Zehra terkedu melihat reaksi Sara.
Hatinya walang memikirkan Sara. Adakah dia telah mencalarkan hati Sara? Adakah
dia telah merampas kebahagiaan Sara? Pelbagai persoalan bermain-main di
benaknya. Segera dia bangun mengikuti Sara yang sudah masuk ke dalam bilik.
Pintu bilik Sara diketuk berkali-kali.
“Sara, please jangan buat aku macam
ni. Aku minta maaf. Lagipun bukannya aku yang minta dia jadi laki aku, dia yang
minta aku jadi bini dia. Sara...” Zehra membuat ayat romantica de amor la sangat untuk memujuk Sara.
Sara di dalam bilik mencebikkan bibir.
Matanya sudah berair, tunggu masa untuk menangis. Terngiang-ngiang di ruang
matanya wajah Haziqy yang manis tersenyum.
“Sara, aku merayu sangat-sangat dengan
kau. Dengar apa yang aku nak cakap dulu.” Zehra mengetuk pintu bilik Sara
seiring suaranya yang berbicara.
Tiba-tiba pintu bilik Sara terkuak.
Kelihatan wajah Sara yang sudah basah dek air mata yang bercucuran. Zehra
segera memaut bahu Sara dan terus memeluknya.
“Aku minta maaf, Sara.” Bisik Zehra.
“Tak, kau tak salah. Aku yang salah,
terhegeh-hegeh mengejar seorang lelaki yang tidak sukakan aku.” Bidas Sara
seraya meleraikan pelukan Zehra. Dengan pandangan yang kabur dek air mata dia
melihat ke arah Zehra.
“Tapi Sara, aku...” Belum sempat dia
berbicara, Sara sudah memotong.
“Aku yang salah...” Balas Sara. Dia cuba
mengukirkan sebuah senyuman buat Zehra.
“Aku salah sebab menaruh perasaan pada
seseorang yang belum pasti sukakan aku. Lagipun aku yang terhegeh-hegeh dekat coffee boy tu bukannya dia yang datang
dekat aku. Aku sedar aku tak layak untuk dia. Dia terlalu baik untuk berdamping
dengan aku sebagai teman hidup.” Sambung Sara.
Zehra yang mendengar kata-kata Sara
hanya tertunduk, tidak mampu membalas renungan mata gadis tersebut. Telinganya
menangkap bunyi keluhan nafas Sara.
“Tapi mesti sweet kan waktu dia propose
kau. Ceritalah dengan aku macam mana dia propose
kau.” Suara Sara kembali ceria walaupun jelas dibuat-buat.
Zehra mengukir senyum hambar buat Sara.
Mereka duduk di atas katil di dalam bilik Sara. Zehra menceritakan bagaimana
dia dipropose oleh Sara. Dari A
sampailah ke Z. Tiada satu pun yang tertinggal.
Sara tersengih-sengih melihat ke arah
Zehra. “Aku rasa dia memang betul-betul sukakan kau. Kalau tak, masakan dia
buat solat istikharah lepas tu dia pilih kau.” Ujar Sara.
Kening Zehra hampir bercantum gara-gara
berkerut. “Takkan secepat ni, Sara.”
Sara menghela nafas. “Beb, kalau dah
namanya jodoh, lambat ke cepat ke tetap akan bersatu juga.” Sara mengulang
kembali kata-kata yang telah diucapkan oleh Haziqy kepada Zehra.
“Tapi kalau kami tak ada jodoh?”
“Kau pergi kahwin dengan lembu.”
Mengekek-ngekek Sara ketawa setelah berkata begitu. Zehra membulatkan matanya
ke arah Sara. Nak aje ditelan Sara ni kalau si Sara ni ayam.
“Kau fikir aku ni lembu ke?!” Ujar Zehra
dalam nada yang kononnya marah.
Sara mengenyitkan sebelah matanya ke
arah Zehra.
“Sebab kau bukan lembulah aku suruh kau
terima propose si coffee boy tu. Aku rasa kau memang
sesuai dengan dia.” Balas Sara ikhlas sambil menggenggam tangan Zehra.
Zehra menggigit bibirnya. “Nantilah aku
fikirkan. Lagipun ini memang kejutan yang tahap boleh kena renjatan elektrik.
Aku tak buat persediaan mental dan fizikal pun nak hadapi semua ni.”
Sara tertawa kecil mendengar kata-kata
Zehra. Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Nak aje dia tumbuk muka si
Zehra ni.
“Kau fikir kau nak pergi berperang ke
siap nak buat persediaan mental dan fizikal bagai? Dia propose kau jadi bini dia aje pun, bukannya ajak kau pergi Syria ke
Palestin ke.” Balas Sara seraya ketawa.
Zehra membuat muka geram.
“Oi! Kau fikir nak kahwin setakat dengar
dia lafaz aku terima nikah aje ke? Lepas kahwin tak payah duduk sama-sama? Tak
payah cari rezeki, cari ilmu? Kau cakap senanglah. Cuba kau yang mengejut orang
agak kahwin, tak ke tanjat boboi
sampai panjat pokok kau dibuatnya.” Balas Zehra seraya mencubit lengan Sara.
“Aku gurau ajelah, janganlah marah. Kau
terima ajelah, aku yakin kau mampu jadi isteri yang solehah untuk coffee boy. Aku yakin...”
Zehra tertunduk mendengar bicara Sara.
Benarkah aku telah bersedia? Benarkah aku layak untuk jadi isteri coffee boy? Benarkah aku mampu jadi
isteri solehah? Berbagai-bagai soalan berputar di segenap ruang mindanya.
“Kau buat solat istikharah seperti mana
yang coffee boy buat. Kau tenangkan
hati dan pilih mana kau rasa terbaik untuk diri kau. Hanya kau yang tahu apa
yang terbaik untuk diri kau. Aku sebagai kawan kau hanya mampu berdoa agar kau
bertemu jodoh dengan orang yang baik.” Sambung Sara.
Zehra terharu dengan ucapan Sara. Dia
terus memeluk rakannya itu.
“Aku minta maaf sebab aku rampas coffee boy kau.” Ucap Zehra seakan
berbisik di telinga Sara.
Sara menggeleng. “Tak. Kau bukan
perampas tapi sudah jodoh.” Bidas Sara.
Zehra melepaskan pelukan dan merenung
dalam-dalam mata Sara. Jelas kelihatan keikhlasannya untuk melepaskan coffee boy kepada Zehra. Benar, sudah
jodoh. Tiada sesiapa pun yang mampu menghalang takdir kecuali DIA.
YA ALLAH, sekiranya Haziqy ditakdirkan untukku dan
aku ditakdirkan untuknya, makan peliharalah kami dalam batas-batas syariat,
sekiranya Haziqy tidak ditakdirkan untukku dan aku tidak ditakdirkan untuknya
maka jauhilah diriku daripada memikirkannya dan jauhilah dirinya daripada
memikirkanku.
Zehra mengamin doanya. Dia bermenung
jauh ke hadapan. Hatinya masih galau memikirkan soal lamaran Haziqy. Terima
ataupun tidak? Tapi, jika sudah jodoh, ditolak beribu kali pun dia tetap akan
hadir sebagai jodohnya.
Biarlah takdir yang menentukan
segalanya.
HAZIQY menunggu di hadapan tempat dia bertemu dengan
Zehra tempoh hari. Dia menunggu Zehra di situ atas permintaan Zehra yang ingin
bertemu dengannya. Dia tidak mahu terlalu gembira dan terlalu susah hati
sebaliknya berlagak seolah-olah tiada apa-apa yang akan berlaku.
Dia reda dan terima apa saja yang akan
dilafaz oleh Zehra, sama ada terima dia sebagai bakal teman hidupnya atau
sebaliknya. Tapi hatinya tetap yakin dengan apa yang telah dia rasai. Dia yakin
dia punya jodoh dengan Zehra cuma tidak mahu terlalu berharap.
“Assalamualaikum.” Haziqy yang ralit
melihat kucing parsi di dalam kedai haiwan tersebut berpaling apabila terdengar
ada suara yang menghulur salam kepadanya.
Dia segera berpaling dan melihat Zehra
yang simple and sweet dengan baju
lengan panjang muslimahnya bersama tudung bawal berwarna biru laut.
“Waalaikummussalam.” Jawab Haziqy.
“Dah lama tunggu? Maaflah sebab saya ada
hal sikit tadi, tiba-tiba kawan sepejabat EL, saya terpaksa buat sikit kerja
ganti tempat dia..” Beritahu Zehra soal mengapa dia terlambat hampir setengah
jam daripada waktu yang dijanji.
Haziqy tersenyum sambil menggeleng. “Tak
apa, biasalah tu, nothing perfect in this
world. Tak semua orang mampu hadir waktu yang tepat. Pelbagai perkara mampu
menghalang sesuatu untuk menjadi tepat kerana sempurna dan tepat itu hanya ada
pada Allah.” Ujar Haziqy.
Zehra hanya mampu tersengih ke arah
Haziqy. Dalam hati dia memuji sikap Haziqy yang sentiasa bersikap positif tu.
Agaknya kalau orang lain dah lama dia kena ceramah free.
Haziqy menelek seraut wajah milik Zehra.
Kelihatan manis walaupun sekadar bedak talkum dan lip balm tertempek di wajah ayu itu. Bertambah anggun dengan senyum
manis yang bersimpul di wajah itu.
Simple
and sweet. Ya, itulah ‘slogan’
yang sesuai dengan penampilan yang ditonjol oleh rakan baik Sara itu. Dalam
erti kata lain, sedap mata memandang. Natural
beauty. Sedap mata memandang, tak sakit hati menengoknya.
{Fitri gelak sengsorang dengar lagu ni. Meh! Haha!}
“Kenapa awak tengok saya macam tu?” Soal
Zehra mematikan lamunan Haziqy yang ralit melihat wajah Zehra.
Zehra menahan rasa malu di hati. Malu
tak terkata rasanya apabila Haziqy merenungnya begitu. Ikutkan hati ingin saja
dia ghaib dan pergi dari Haziqy tapi dia tidak boleh. Dia yang ajak berjumpa
dengan Haziqy, dia pula yang pergi. Tak baik dan tak manis.
“Tak, awak nampak comel hari ni.” Puji
Haziqy ikhlas sambil tersenyum ke arah gadis itu yang kelihatan tersipu-sipu
malu.
Zehra tertawa kecil. “Dengan baju dan
tudung yang serabai macam ni pun comel ke? Bukannya saya pakai dress atau blaus, setakat baju jenama
pasar malam.” Zehra menyangkal pujian Haziqy. Eh, eh, orang dah puji lagi mahu
menjawab. Berterima kasihlah sikit.
Haziqy tersenyum senget. Dalam hati dia
masih lagi memuji gadis di hadapannya itu. Sikap merendah diri Zehra membuatkan
hatinya senang.
“Jenama pasar malam ke, pasar raya siang
ke, sama aje. Awak pakai baju juga. Lagipun saya puji awak ikhlas. Awak nampak
comel hari ni, lebih comel dari sebelum-sebelum ni semasa awak bersama Sara.
Ada bawa berita baik ke?” Sengaja Haziqy menduga Zehra di akhir kata-katanya.
Zehra menggigit bibirnya. Dahinya
berkerut sambil mengalihkan pandangannya dari terus bertaut dengan pandangan
Haziqy yang mampu menggoyahkan imannya.
“Zehra... Saya tanya ni, awak ada bawa
berita baik ke?” Haziqy mengulang kembali soalannya.
Zehra kian gusar. Soalan maut namanya
tu! Perlahan-lahan dia mengangguk walaupun payah dan malu.
Haziqy sudah tersengih-sengih. Tapi
sengihnya disimpan dan berganti dengan wajah yang lebih serius. Ikutkan hati
sudah lama dia melompat-lompat seperti katak kerana terlebih pil gembira di
dalam hatinya. Tapi dia hanya serius dan terus menayangkan senyuman lagak
tenang walhal bagai orang gila menahan perasaan gembira.
“Soal lamaran awak tu... Saya... Hmm...
Saya...” Tersekat-sekat suara Zehra untuk menutur. Lidahnya seakan bersimpul di
hujungnya sampai payah untuk suaranya dilontar keluar.
“Saya apa?” Haziqy seakan mendesak agar
Zehra terus berbicara.
Zehra memandang ke arah kucing yang enak
mencuci bulunya sendiri. Andai mampu dia bertukar tempat dengan kucing itu kan
bagus? Eh... Bersyukurlah Allah jadikan diri tu sebagai manusia! Haiwan ni
susah lagipun mereka tak punya akal seperti manusia.
Zehra kembali memandang ke arah Haziqy.
“Saya terima awak sebagai suami saya.” Laju Zehra berkata dan terus menekup
mukanya dengan kedua-dua telapak tangannya.
Haziqy sudah tersengih-sengih tahap nampak
kedua-dua baris gigi hadapannya. Dalam hati dia mengucapkan kata-kata syukur
kepada Yang Maha Esa kerana apa yang diinginkan telah termakbul.
“Janganlah malu, saya tak akan makan
awak. Tepilah tangan tu. Tak comel dah awak tutup muka macam tu.” Kata Haziqy
sambil tersenyum lebar.
Perlahan-lahan Zehra mengalih telapak
tangan dari wajahnya yang kelihatan memerah kerana malu. Zehra hanya menunduk
kerana tidak sanggup untuk bertentangan mata dengan Haziqy.
“Bila saya boleh hantar rombongan
meminang?” Soalan yang meniti di bibir Haziqy menambahkan lagi merah di wajah
Zehra.
Haziqy tertawa kecil melihat wajah gadis
ayu di hadapannya itu yang sudah memerah seperti udang dibakar. Zehra hanya
mampu tertunduk dan tunduk dan kalau boleh sampai mencecah ke lantai pun tak
apa. Asalkan Haziqy tidak dapat melihat wajahnya.
“Bila-bila awak rasa nak sedia nak
memikul tanggungjawab yang baru. Tanggungjawab untuk menanggung hidup anak dara
orang.” Zehra tetap menjawab soalan itu tapi suaranya perlahan sahaja.
“Esok boleh?” Ucap Haziqy mengundang
wajah serius Zehra. Gadis itu segera mendongak melihat ke arah Haziqy.
“Takkan cepat sampai macam tu sekali?”
Balas Zehra yang terkejut mendengar soalan Haziqy.
Haziqy ketawa lagi. “Of course not. Saya pun perlukan masa.
Lagipun nak ambil anak dara orang tak semudah membuat kopi.” Ujar Haziqy
membuatkan Zehra menghela nafas lega.
“So,
you will marry me, right? Tapi awak sanggup tak hidup dengan saya? Saya
bukan macam awak, kerja di pejabat. Walaupun ya, saya ada ijazah tapi saya tak
mampu kerja hebat-hebat. Keadaan graduan yang kian bertambah membuatkan saya
sukar mencari kerja setanding ijazah yang saya ada. Saya hanya pekerja di
sebuah kafe’.” Haziqy memandang tepat ke arah Zehra.
Zehra menjadi sayu mendengar kata-kata
Haziqy.
“Saya bukan berkahwin dengan ijazah
awak. Saya kahwin dengan awak. Lagipun apa bezanya kalau awak bekerja di kafe’
tu? Kerja awak ialah kerja yang halal dan tidak salah di sisi syariat dan
undang-undang.” Jelas Zehra membalas kata-kata Haziqy.
Haziqy terdiam. Dia memandang ke arah
jalan raya yang sesak dengan kereta yang berderet-deret menunggung lampu merah
menjadi hijau. Dalam hati dia bersyukur. Ternyata DIA telah memberi sesuatu
yang amat indah. Seindah pelangi selepas hujan mencurah membasahi muka bumi.
“Awak, saya tak mencari sempurna pada
bakal suami saya kerana saya tahu, nothing
perfect in this world. Berjanggutlah saya kalau saya tunggu calon suami
yang sempurna.” Sempat juga Zehra berlawak.
Haziqy tersenyum lebar. Mereka
berbual-bual. Saling bertukar cerita. Haziqy bercerita soal kehidupannya
bersama-sama Hanim setelah kematian orang tua. Zehra juga tidak ketinggalkan
bercerita soal hidupnya sejak bekerja di
Kuala Lumpur dan kenal dengan Sara.
SARA tersengih-sengih melihat ‘drama’ yang tertayang
di hadapan matanya. Dalam hati berbakul-bakul dia kutuk si Zehra.
Eleh, malu-malu kunun aku tampar kang tercabut gigi kau dua batang dekat depan.
Gerutu Sara di dalam hati apabila melihat Zehra menekup wajahnya di hadapan Haziqy.
Syarul keluar dari kafe’nya kerana pelik
melihat kelakuan pelanggan tetapnya itu. Terintai-intai lagak perisik
menghendap penjahat. Dia turut melihat ke arah yang dilihat oleh Sara dari
belakang Sara. Sara masih tidak menyedari kehadirannya.
“Awak...” Tegur Syarul membuat Sara
terlompat dari kerusi batu yang didudukinya. Dia mengurut dadanya yang berdebar
kencang. Terkejut kerana tiba-tiba sahaja ditegur.
“Ya Allah, ingatkan siapalah tadi. Yang
awak ni datang tak bagi salam apahal? Sergah macam tu aje. Kalau saya ada heart attack dah lama saya ‘jalan’ tau.”
Ujar Sara dalam nada geram sambil melihat ke arah jejaka yang berdiri
hadapannya itu sambil tersengih-sengih.
“Maaflah. Saya tengok awak ralit sangat
tengok tu...” Syarul memuncungkan bibirnya ke arah Haziqy dan Zehra.
“Malaslah saya nak ganggu sesi
menghendap awak. Saya pun pelik juga tengok awak kejap tersengih kejap gelak.
Ingatkan awak dah jadi gila bila dapat tahu Haziqy suka Zehra.” Jelas Syarul
Sara hanya mencebik memandang jejaka di
hadapannya itu. Bila ditenung-tenung hensem juga bos si Haziqy tu. Kategori
boleh tahanlah.
“Saya tahulah saya hensem, tak payahlah
nak ditenung saya macam tu.” Suara Syarul menerjah lubang telinganya membuatkan
lamunan Sara terhenti.
Sara mencebik lagi.
“Dah macam Donald Duck dah bila saya
tengok muncung awak tu. Tak boleh panjang lagi ke muncung tu?” Syarul menyakat
Sara.
Sara membuat wajah geram dan terus
berlalu meninggalkan Syarul yang masih lagi tersengih. Dalam hati menggunung
rasa malu di dalam hati Sara. Entah mengapa tapi hatinya memang malu. Errr...
“Awak, lupakan Haziqy! Saya sentiasa
bersedia untuk menggantikan tempat Haziqy dalam hati awak tu.” Jerit Syarul
kepada Sara.
Sara tidak mempedulikan Syarul dan terus
melangkah tanpa berpaling ke belakang. Hatinya maluuuuu... Malu-malu kucing
orang tua kata.
DUA HARI KEMUDIAN...
“Kak Tiqa, Hanim ada benda nak beritahu
kak Tiqa ni.” Ujar Hanim kepada Atiqa di seberang pagar rumahnya. Atiqa yang
sedang ralit membaca novel di atas buaian menutup novelnya dan memandang ke
arah Hanim.
“Nak beritahu apa? Cakaplah cepat.”
Hanim memandang ke arah Atiqa dengan
wajah yang bersalah. Nak cakap takut, tak nak cakap risau. Aduh, penasaran
jadinya!
“Hanim! Orang dok bercakap dia, dia
sempat lagi mengelamun. Ingat akak ni tunggul ke nak berdiri dekat sini tunggu
kau bercakap?” Atiqa mula berasa geram melihat Hanim yang sempat mengelamun.
Hanim tersengih-sengih dalam keadaan
bersalah.
“Kak Tiqa, kalau Hanim cakap jangan
meroyan tau.”
“Amboi, serius aje bunyinya. Cakap ajelah...
Haha...” Makin resah hati Hanim melihat Atiqa ketawa kerana tidak sedar akan
perkara yang bakal dia hadapi di kemudian hari.
Hanim mengetap bibir seraya memandang ke
arah wajah Atiqa yang polos. “Sebenarnya... Abang akan kahwin tahun depan.”
Ujar Hanim teragak-agak.
Riak wajah Atiqa berubah menjadi
mendung. Wajah adik Haziqy di hadapan matanya direnung. Berkerut dahinya
menghadam kata-kata yang diucap oleh Hanim.
“Abang kau apa..? Apa??” Atiqa menjadi
seperti orang meroyan.
Hanim mulai tidak keruan. Dia takut.
Takut kalau Mak Cik Maria, ibu Atiqa, marah padanya kerana dia telah
menyebabkan anak orang meroyan.
“Akak kena terima kenyataan. Abang akan
kahwin tak lama lagi.” Ujar Hanim menenangkan Atiqa.
“Dengan siapa?! Perempuan yang datang
hari tu?” Soal Atiqa dengan nada yang agak lantang.
Hanim menggeleng. “Tak, abang kahwin
dengan kawan dia.” Jujur Hanim memberitahu perkara yang sebenar.
Atiqa menangis seperti anak kecil. Dia
mengesat air matanya dan terus berlari masuk ke dalam rumahnya. Hanim hanya memandang
dengan wajah yang sayu.
Kasihan kak Tiqa. Desis hatinya.
Tiba-tiba dia ketawa sambil menggeleng.
Ketawa sampai berair matanya. Dia menahan senak perutnya gara-gara terlalu
banyak ketawa. Kalau nampak dek orang ni mahu dicop orang gila.
“Aduh, kak Tiqa! Lawaklah. Kenapa nak
sedih sangat? Abang aku tu bukannya hensem macam Adam Corrie ke, macam Faizal
Tahir ke sampai beria-ria nak frust.
Haii... Dunia!” Bebel Hanim lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
Cinta tak bermaksud yang ia adalah
jodoh. Tidak, tidak, tidak. Itulah sebabnya jodoh itu berada di tangan takdir.
Cinta? Semuanya ikutkan ingin dicintai. Pokok bunga pun dicintai apatah lagi
sesama manusia. Jadi, cinta tak ke mana pun melainkan jika ada jodoh.
~Tamat~
Alhamdulillah.... 'Selamat' juga cerpen ni. Anyway, enjoy dok? Kalau tak enjoy, ada kurang, banyak cacat celanya, habaq mai aje kat cek. Cek pun manusia biasa. Lagipun tanpa pengkritik, siapalah penulis. *Eh, Fitri penulis ke? Bukan pengarut ke?*
Banyak pula video dari Youtube untuk part yang akhir ni. Video yang kedua tu yang tak boleh blah. Gelak sampai terjojol anak tekak den tengok video tu. Lawak woaaa... Lagu pun tak boleh blah. Sejak bila Fitri layan dangdut pun, entahlah. Haha.. Moga kita bertemu di lain hari! Thanks ^_^
phiweett !! :D hihi.. best fit best ! ^_^
ReplyDeletehehehe.. Terima kasih, jiah sayang.. ^_^ sokonganmu sentiasa di hatiku.. <3
DeleteAlolooo.. sama2 kasih.. ;) u r the best in my heart ! <3 ikhlas nie ikhlas !!!! ^_^
Deletemekasih lagi sekali ^_^
Delete