Sunday 20 October 2013

Hati Coffee Boy 4 (akhir)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan hai semua...

Ini adalah part yang terakhir. Buat yang tak sempat membaca dari awal, meh sini Fitri bagi part 1, 2 dan 3.

PART 1
PART 2
PART 3

Moga terhibur dengan karya Fitri yang biasa-biasa aje ni. Maaf jika karya Fitri ni ada di mana-mana yang menyinggung hati dan perasaan readers. Maklumlah, Fitri pun manusia biasa. Jika tak suka, jangan cakap belakang. Terus terang mana yang korang rasa tak sempurna. Fitri akan perbaiki agar tidak berulang di masa akan datang. ^_^




ZEHRA pelik kerana sedari pulang dari tempat kerja sehinggalah dia sudah selesai membersihkan badan, Sara asyik memandang ke arahnya. Tajam pula tu sampai boleh tembus ke dalam hati.

“Sara, yang kau tengok aku macam tu kenapa?” Soal Zehra seraya melabuhkan punggung di sisi Sara yang sedang menonton televisyen. Kononnya! Walhal matanya asyik melihat Zehra.

Sara mengeluh. “Kau keluar dengan Haziqy, kan tengah hari tadi?” Soal Sara kembali dengan nada serius.

Zehra terkejut. Dia menelan liurnya berkali-kali. Tak disangka tak diduga, rahsianya pecah dalam masa dua saat. Zehra menyandarkan badannya ke sofa. Dia memandang ke arah kaca televisyen tapi hatinya melayang-layang.

“Tak. Dia yang berjumpa dengan aku. So, sekarang ni kau nak cakap dengan aku yang kau jealous la ni ek? Alolo... Takmo la cemburu, sayang.” Zehra mengusik Sara untuk mendapatkan perhatian rakannya itu.

Sara tetap serius. Hatinya cemburu! Cemburulah, dia yang jenuh tunggu bertahun-tahun untuk mendapat perhatian Haziqy alih-alih Zehra yang dapat.

“Huh! Aku jujur ajelah ek. Dia propose aku, jadi bini dia. Aku bingung dan tak pasti. Nak terima atau tak. Aku rasa aku tak layak untuk dia. Lagipun ia berlaku terlalu cepat.” Membuntang mata Sara mendengar bait-bait kata Zehra.

Perlahan wajahnya bertukar menjadi sayu. Mungkin benar, dia tidak layak untuk jejaka semanis coffee boy. Telefon bimbit di sisinya dicapai lantas dia bangun dan terus berlalu meninggalkan Zehra sendirian.

Zehra terkedu melihat reaksi Sara. Hatinya walang memikirkan Sara. Adakah dia telah mencalarkan hati Sara? Adakah dia telah merampas kebahagiaan Sara? Pelbagai persoalan bermain-main di benaknya. Segera dia bangun mengikuti Sara yang sudah masuk ke dalam bilik.

Pintu bilik Sara diketuk berkali-kali. “Sara, please jangan buat aku macam ni. Aku minta maaf. Lagipun bukannya aku yang minta dia jadi laki aku, dia yang minta aku jadi bini dia. Sara...” Zehra membuat ayat romantica de amor la sangat untuk memujuk Sara.

Sara di dalam bilik mencebikkan bibir. Matanya sudah berair, tunggu masa untuk menangis. Terngiang-ngiang di ruang matanya wajah Haziqy yang manis tersenyum.

“Sara, aku merayu sangat-sangat dengan kau. Dengar apa yang aku nak cakap dulu.” Zehra mengetuk pintu bilik Sara seiring suaranya yang berbicara.

Tiba-tiba pintu bilik Sara terkuak. Kelihatan wajah Sara yang sudah basah dek air mata yang bercucuran. Zehra segera memaut bahu Sara dan terus memeluknya.

“Aku minta maaf, Sara.” Bisik Zehra.

“Tak, kau tak salah. Aku yang salah, terhegeh-hegeh mengejar seorang lelaki yang tidak sukakan aku.” Bidas Sara seraya meleraikan pelukan Zehra. Dengan pandangan yang kabur dek air mata dia melihat ke arah Zehra.

“Tapi Sara, aku...” Belum sempat dia berbicara, Sara sudah memotong.

“Aku yang salah...” Balas Sara. Dia cuba mengukirkan sebuah senyuman buat Zehra.

“Aku salah sebab menaruh perasaan pada seseorang yang belum pasti sukakan aku. Lagipun aku yang terhegeh-hegeh dekat coffee boy tu bukannya dia yang datang dekat aku. Aku sedar aku tak layak untuk dia. Dia terlalu baik untuk berdamping dengan aku sebagai teman hidup.” Sambung Sara.

Zehra yang mendengar kata-kata Sara hanya tertunduk, tidak mampu membalas renungan mata gadis tersebut. Telinganya menangkap bunyi keluhan nafas Sara.

“Tapi mesti sweet kan waktu dia propose kau. Ceritalah dengan aku macam mana dia propose kau.” Suara Sara kembali ceria walaupun jelas dibuat-buat.

Zehra mengukir senyum hambar buat Sara. Mereka duduk di atas katil di dalam bilik Sara. Zehra menceritakan bagaimana dia dipropose oleh Sara. Dari A sampailah ke Z. Tiada satu pun yang tertinggal.

Sara tersengih-sengih melihat ke arah Zehra. “Aku rasa dia memang betul-betul sukakan kau. Kalau tak, masakan dia buat solat istikharah lepas tu dia pilih kau.” Ujar Sara.

Kening Zehra hampir bercantum gara-gara berkerut. “Takkan secepat ni, Sara.”

Sara menghela nafas. “Beb, kalau dah namanya jodoh, lambat ke cepat ke tetap akan bersatu juga.” Sara mengulang kembali kata-kata yang telah diucapkan oleh Haziqy kepada Zehra.

“Tapi kalau kami tak ada jodoh?”

“Kau pergi kahwin dengan lembu.” Mengekek-ngekek Sara ketawa setelah berkata begitu. Zehra membulatkan matanya ke arah Sara. Nak aje ditelan Sara ni kalau si Sara ni ayam.

“Kau fikir aku ni lembu ke?!” Ujar Zehra dalam nada yang kononnya marah.

Sara mengenyitkan sebelah matanya ke arah Zehra.

“Sebab kau bukan lembulah aku suruh kau terima propose si coffee boy tu. Aku rasa kau memang sesuai dengan dia.” Balas Sara ikhlas sambil menggenggam tangan Zehra.

Zehra menggigit bibirnya. “Nantilah aku fikirkan. Lagipun ini memang kejutan yang tahap boleh kena renjatan elektrik. Aku tak buat persediaan mental dan fizikal pun nak hadapi semua ni.”

Sara tertawa kecil mendengar kata-kata Zehra. Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Nak aje dia tumbuk muka si Zehra ni.

“Kau fikir kau nak pergi berperang ke siap nak buat persediaan mental dan fizikal bagai? Dia propose kau jadi bini dia aje pun, bukannya ajak kau pergi Syria ke Palestin ke.” Balas Sara seraya ketawa.

Zehra membuat muka geram.

“Oi! Kau fikir nak kahwin setakat dengar dia lafaz aku terima nikah aje ke? Lepas kahwin tak payah duduk sama-sama? Tak payah cari rezeki, cari ilmu? Kau cakap senanglah. Cuba kau yang mengejut orang agak kahwin, tak ke tanjat boboi sampai panjat pokok kau dibuatnya.” Balas Zehra seraya mencubit lengan Sara.

“Aku gurau ajelah, janganlah marah. Kau terima ajelah, aku yakin kau mampu jadi isteri yang solehah untuk coffee boy. Aku yakin...”

Zehra tertunduk mendengar bicara Sara. Benarkah aku telah bersedia? Benarkah aku layak untuk jadi isteri coffee boy? Benarkah aku mampu jadi isteri solehah? Berbagai-bagai soalan berputar di segenap ruang mindanya.

“Kau buat solat istikharah seperti mana yang coffee boy buat. Kau tenangkan hati dan pilih mana kau rasa terbaik untuk diri kau. Hanya kau yang tahu apa yang terbaik untuk diri kau. Aku sebagai kawan kau hanya mampu berdoa agar kau bertemu jodoh dengan orang yang baik.” Sambung Sara.

Zehra terharu dengan ucapan Sara. Dia terus memeluk rakannya itu.

“Aku minta maaf sebab aku rampas coffee boy kau.” Ucap Zehra seakan berbisik di telinga Sara.

Sara menggeleng. “Tak. Kau bukan perampas tapi sudah jodoh.” Bidas Sara.

Zehra melepaskan pelukan dan merenung dalam-dalam mata Sara. Jelas kelihatan keikhlasannya untuk melepaskan coffee boy kepada Zehra. Benar, sudah jodoh. Tiada sesiapa pun yang mampu menghalang takdir kecuali DIA.


YA ALLAH, sekiranya Haziqy ditakdirkan untukku dan aku ditakdirkan untuknya, makan peliharalah kami dalam batas-batas syariat, sekiranya Haziqy tidak ditakdirkan untukku dan aku tidak ditakdirkan untuknya maka jauhilah diriku daripada memikirkannya dan jauhilah dirinya daripada memikirkanku.

Zehra mengamin doanya. Dia bermenung jauh ke hadapan. Hatinya masih galau memikirkan soal lamaran Haziqy. Terima ataupun tidak? Tapi, jika sudah jodoh, ditolak beribu kali pun dia tetap akan hadir sebagai jodohnya.

Biarlah takdir yang menentukan segalanya.




HAZIQY menunggu di hadapan tempat dia bertemu dengan Zehra tempoh hari. Dia menunggu Zehra di situ atas permintaan Zehra yang ingin bertemu dengannya. Dia tidak mahu terlalu gembira dan terlalu susah hati sebaliknya berlagak seolah-olah tiada apa-apa yang akan berlaku.

Dia reda dan terima apa saja yang akan dilafaz oleh Zehra, sama ada terima dia sebagai bakal teman hidupnya atau sebaliknya. Tapi hatinya tetap yakin dengan apa yang telah dia rasai. Dia yakin dia punya jodoh dengan Zehra cuma tidak mahu terlalu berharap.

“Assalamualaikum.” Haziqy yang ralit melihat kucing parsi di dalam kedai haiwan tersebut berpaling apabila terdengar ada suara yang menghulur salam kepadanya.

Dia segera berpaling dan melihat Zehra yang simple and sweet dengan baju lengan panjang muslimahnya bersama tudung bawal berwarna biru laut.

“Waalaikummussalam.” Jawab Haziqy.

“Dah lama tunggu? Maaflah sebab saya ada hal sikit tadi, tiba-tiba kawan sepejabat EL, saya terpaksa buat sikit kerja ganti tempat dia..” Beritahu Zehra soal mengapa dia terlambat hampir setengah jam daripada waktu yang dijanji.

Haziqy tersenyum sambil menggeleng. “Tak apa, biasalah tu, nothing perfect in this world. Tak semua orang mampu hadir waktu yang tepat. Pelbagai perkara mampu menghalang sesuatu untuk menjadi tepat kerana sempurna dan tepat itu hanya ada pada Allah.” Ujar Haziqy.

Zehra hanya mampu tersengih ke arah Haziqy. Dalam hati dia memuji sikap Haziqy yang sentiasa bersikap positif tu. Agaknya kalau orang lain dah lama dia kena ceramah free.

Haziqy menelek seraut wajah milik Zehra. Kelihatan manis walaupun sekadar bedak talkum dan lip balm tertempek di wajah ayu itu. Bertambah anggun dengan senyum manis yang bersimpul di wajah itu.

Simple and sweet. Ya, itulah ‘slogan’ yang sesuai dengan penampilan yang ditonjol oleh rakan baik Sara itu. Dalam erti kata lain, sedap mata memandang. Natural beauty. Sedap mata memandang, tak sakit hati menengoknya.

{Fitri gelak sengsorang dengar lagu ni. Meh! Haha!}


“Kenapa awak tengok saya macam tu?” Soal Zehra mematikan lamunan Haziqy yang ralit melihat wajah Zehra.

Zehra menahan rasa malu di hati. Malu tak terkata rasanya apabila Haziqy merenungnya begitu. Ikutkan hati ingin saja dia ghaib dan pergi dari Haziqy tapi dia tidak boleh. Dia yang ajak berjumpa dengan Haziqy, dia pula yang pergi. Tak baik dan tak manis.

“Tak, awak nampak comel hari ni.” Puji Haziqy ikhlas sambil tersenyum ke arah gadis itu yang kelihatan tersipu-sipu malu.

Zehra tertawa kecil. “Dengan baju dan tudung yang serabai macam ni pun comel ke? Bukannya saya pakai dress atau blaus, setakat baju jenama pasar malam.” Zehra menyangkal pujian Haziqy. Eh, eh, orang dah puji lagi mahu menjawab. Berterima kasihlah sikit.

Haziqy tersenyum senget. Dalam hati dia masih lagi memuji gadis di hadapannya itu. Sikap merendah diri Zehra membuatkan hatinya senang.

“Jenama pasar malam ke, pasar raya siang ke, sama aje. Awak pakai baju juga. Lagipun saya puji awak ikhlas. Awak nampak comel hari ni, lebih comel dari sebelum-sebelum ni semasa awak bersama Sara. Ada bawa berita baik ke?” Sengaja Haziqy menduga Zehra di akhir kata-katanya.

Zehra menggigit bibirnya. Dahinya berkerut sambil mengalihkan pandangannya dari terus bertaut dengan pandangan Haziqy yang mampu menggoyahkan imannya.

“Zehra... Saya tanya ni, awak ada bawa berita baik ke?” Haziqy mengulang kembali soalannya.

Zehra kian gusar. Soalan maut namanya tu! Perlahan-lahan dia mengangguk walaupun payah dan malu.

Haziqy sudah tersengih-sengih. Tapi sengihnya disimpan dan berganti dengan wajah yang lebih serius. Ikutkan hati sudah lama dia melompat-lompat seperti katak kerana terlebih pil gembira di dalam hatinya. Tapi dia hanya serius dan terus menayangkan senyuman lagak tenang walhal bagai orang gila menahan perasaan gembira.

“Soal lamaran awak tu... Saya... Hmm... Saya...” Tersekat-sekat suara Zehra untuk menutur. Lidahnya seakan bersimpul di hujungnya sampai payah untuk suaranya dilontar keluar.

“Saya apa?” Haziqy seakan mendesak agar Zehra terus berbicara.

Zehra memandang ke arah kucing yang enak mencuci bulunya sendiri. Andai mampu dia bertukar tempat dengan kucing itu kan bagus? Eh... Bersyukurlah Allah jadikan diri tu sebagai manusia! Haiwan ni susah lagipun mereka tak punya akal seperti manusia.

Zehra kembali memandang ke arah Haziqy. “Saya terima awak sebagai suami saya.” Laju Zehra berkata dan terus menekup mukanya dengan kedua-dua telapak tangannya.

Haziqy sudah tersengih-sengih tahap nampak kedua-dua baris gigi hadapannya. Dalam hati dia mengucapkan kata-kata syukur kepada Yang Maha Esa kerana apa yang diinginkan telah termakbul.

“Janganlah malu, saya tak akan makan awak. Tepilah tangan tu. Tak comel dah awak tutup muka macam tu.” Kata Haziqy sambil tersenyum lebar.

Perlahan-lahan Zehra mengalih telapak tangan dari wajahnya yang kelihatan memerah kerana malu. Zehra hanya menunduk kerana tidak sanggup untuk bertentangan mata dengan Haziqy.

“Bila saya boleh hantar rombongan meminang?” Soalan yang meniti di bibir Haziqy menambahkan lagi merah di wajah Zehra.

Haziqy tertawa kecil melihat wajah gadis ayu di hadapannya itu yang sudah memerah seperti udang dibakar. Zehra hanya mampu tertunduk dan tunduk dan kalau boleh sampai mencecah ke lantai pun tak apa. Asalkan Haziqy tidak dapat melihat wajahnya.

“Bila-bila awak rasa nak sedia nak memikul tanggungjawab yang baru. Tanggungjawab untuk menanggung hidup anak dara orang.” Zehra tetap menjawab soalan itu tapi suaranya perlahan sahaja.

“Esok boleh?” Ucap Haziqy mengundang wajah serius Zehra. Gadis itu segera mendongak melihat ke arah Haziqy.

“Takkan cepat sampai macam tu sekali?” Balas Zehra yang terkejut mendengar soalan Haziqy.

Haziqy ketawa lagi. “Of course not. Saya pun perlukan masa. Lagipun nak ambil anak dara orang tak semudah membuat kopi.” Ujar Haziqy membuatkan Zehra menghela nafas lega.

So, you will marry me, right? Tapi awak sanggup tak hidup dengan saya? Saya bukan macam awak, kerja di pejabat. Walaupun ya, saya ada ijazah tapi saya tak mampu kerja hebat-hebat. Keadaan graduan yang kian bertambah membuatkan saya sukar mencari kerja setanding ijazah yang saya ada. Saya hanya pekerja di sebuah kafe’.” Haziqy memandang tepat ke arah Zehra.

Zehra menjadi sayu mendengar kata-kata Haziqy.

“Saya bukan berkahwin dengan ijazah awak. Saya kahwin dengan awak. Lagipun apa bezanya kalau awak bekerja di kafe’ tu? Kerja awak ialah kerja yang halal dan tidak salah di sisi syariat dan undang-undang.” Jelas Zehra membalas kata-kata Haziqy.

Haziqy terdiam. Dia memandang ke arah jalan raya yang sesak dengan kereta yang berderet-deret menunggung lampu merah menjadi hijau. Dalam hati dia bersyukur. Ternyata DIA telah memberi sesuatu yang amat indah. Seindah pelangi selepas hujan mencurah membasahi muka bumi.

“Awak, saya tak mencari sempurna pada bakal suami saya kerana saya tahu, nothing perfect in this world. Berjanggutlah saya kalau saya tunggu calon suami yang sempurna.” Sempat juga Zehra berlawak.

Haziqy tersenyum lebar. Mereka berbual-bual. Saling bertukar cerita. Haziqy bercerita soal kehidupannya bersama-sama Hanim setelah kematian orang tua. Zehra juga tidak ketinggalkan bercerita soal  hidupnya sejak bekerja di Kuala Lumpur dan kenal dengan Sara.



SARA tersengih-sengih melihat ‘drama’ yang tertayang di hadapan matanya. Dalam hati berbakul-bakul dia kutuk si Zehra.

Eleh, malu-malu kunun aku tampar kang tercabut gigi kau dua batang dekat depan. Gerutu Sara di dalam hati apabila melihat Zehra menekup wajahnya di hadapan Haziqy.

Syarul keluar dari kafe’nya kerana pelik melihat kelakuan pelanggan tetapnya itu. Terintai-intai lagak perisik menghendap penjahat. Dia turut melihat ke arah yang dilihat oleh Sara dari belakang Sara. Sara masih tidak menyedari kehadirannya.

“Awak...” Tegur Syarul membuat Sara terlompat dari kerusi batu yang didudukinya. Dia mengurut dadanya yang berdebar kencang. Terkejut kerana tiba-tiba sahaja ditegur.

“Ya Allah, ingatkan siapalah tadi. Yang awak ni datang tak bagi salam apahal? Sergah macam tu aje. Kalau saya ada heart attack dah lama saya ‘jalan’ tau.” Ujar Sara dalam nada geram sambil melihat ke arah jejaka yang berdiri hadapannya itu sambil tersengih-sengih.

“Maaflah. Saya tengok awak ralit sangat tengok tu...” Syarul memuncungkan bibirnya ke arah Haziqy dan Zehra.

“Malaslah saya nak ganggu sesi menghendap awak. Saya pun pelik juga tengok awak kejap tersengih kejap gelak. Ingatkan awak dah jadi gila bila dapat tahu Haziqy suka Zehra.” Jelas Syarul

Sara hanya mencebik memandang jejaka di hadapannya itu. Bila ditenung-tenung hensem juga bos si Haziqy tu. Kategori boleh tahanlah.

“Saya tahulah saya hensem, tak payahlah nak ditenung saya macam tu.” Suara Syarul menerjah lubang telinganya membuatkan lamunan Sara terhenti.

Sara mencebik lagi.

“Dah macam Donald Duck dah bila saya tengok muncung awak tu. Tak boleh panjang lagi ke muncung tu?” Syarul menyakat Sara.

Sara membuat wajah geram dan terus berlalu meninggalkan Syarul yang masih lagi tersengih. Dalam hati menggunung rasa malu di dalam hati Sara. Entah mengapa tapi hatinya memang malu. Errr...

“Awak, lupakan Haziqy! Saya sentiasa bersedia untuk menggantikan tempat Haziqy dalam hati awak tu.” Jerit Syarul kepada Sara.

Sara tidak mempedulikan Syarul dan terus melangkah tanpa berpaling ke belakang. Hatinya maluuuuu... Malu-malu kucing orang tua kata.


DUA HARI KEMUDIAN...

“Kak Tiqa, Hanim ada benda nak beritahu kak Tiqa ni.” Ujar Hanim kepada Atiqa di seberang pagar rumahnya. Atiqa yang sedang ralit membaca novel di atas buaian menutup novelnya dan memandang ke arah Hanim.

“Nak beritahu apa? Cakaplah cepat.”

Hanim memandang ke arah Atiqa dengan wajah yang bersalah. Nak cakap takut, tak nak cakap risau. Aduh, penasaran jadinya!

“Hanim! Orang dok bercakap dia, dia sempat lagi mengelamun. Ingat akak ni tunggul ke nak berdiri dekat sini tunggu kau bercakap?” Atiqa mula berasa geram melihat Hanim yang sempat mengelamun.

Hanim tersengih-sengih dalam keadaan bersalah.

“Kak Tiqa, kalau Hanim cakap jangan meroyan tau.”

“Amboi, serius aje bunyinya. Cakap ajelah... Haha...” Makin resah hati Hanim melihat Atiqa ketawa kerana tidak sedar akan perkara yang bakal dia hadapi di kemudian hari.

Hanim mengetap bibir seraya memandang ke arah wajah Atiqa yang polos. “Sebenarnya... Abang akan kahwin tahun depan.” Ujar Hanim teragak-agak.

Riak wajah Atiqa berubah menjadi mendung. Wajah adik Haziqy di hadapan matanya direnung. Berkerut dahinya menghadam kata-kata yang diucap oleh Hanim.

“Abang kau apa..? Apa??” Atiqa menjadi seperti orang meroyan.

Hanim mulai tidak keruan. Dia takut. Takut kalau Mak Cik Maria, ibu Atiqa, marah padanya kerana dia telah menyebabkan anak orang meroyan.

“Akak kena terima kenyataan. Abang akan kahwin tak lama lagi.” Ujar Hanim menenangkan Atiqa.

“Dengan siapa?! Perempuan yang datang hari tu?” Soal Atiqa dengan nada yang agak lantang.

Hanim menggeleng. “Tak, abang kahwin dengan kawan dia.” Jujur Hanim memberitahu perkara yang sebenar.

Atiqa menangis seperti anak kecil. Dia mengesat air matanya dan terus berlari masuk ke dalam rumahnya. Hanim hanya memandang dengan wajah yang sayu.

Kasihan kak Tiqa. Desis hatinya.

Tiba-tiba dia ketawa sambil menggeleng. Ketawa sampai berair matanya. Dia menahan senak perutnya gara-gara terlalu banyak ketawa. Kalau nampak dek orang ni mahu dicop orang gila.

“Aduh, kak Tiqa! Lawaklah. Kenapa nak sedih sangat? Abang aku tu bukannya hensem macam Adam Corrie ke, macam Faizal Tahir ke sampai beria-ria nak frust. Haii... Dunia!” Bebel Hanim lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Cinta tak bermaksud yang ia adalah jodoh. Tidak, tidak, tidak. Itulah sebabnya jodoh itu berada di tangan takdir. Cinta? Semuanya ikutkan ingin dicintai. Pokok bunga pun dicintai apatah lagi sesama manusia. Jadi, cinta tak ke mana pun melainkan jika ada jodoh.


~Tamat~


Alhamdulillah.... 'Selamat' juga cerpen ni. Anyway, enjoy dok? Kalau tak enjoy, ada kurang, banyak cacat celanya, habaq mai aje kat cek. Cek pun manusia biasa. Lagipun tanpa pengkritik, siapalah penulis. *Eh, Fitri penulis ke? Bukan pengarut ke?*
Banyak pula video dari Youtube untuk part yang akhir ni. Video yang kedua tu yang tak boleh blah. Gelak sampai terjojol anak tekak den tengok video tu. Lawak woaaa... Lagu pun tak boleh blah. Sejak bila Fitri layan dangdut pun, entahlah. Haha.. Moga kita bertemu di lain hari! Thanks ^_^

4 comments:

  1. phiweett !! :D hihi.. best fit best ! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Terima kasih, jiah sayang.. ^_^ sokonganmu sentiasa di hatiku.. <3

      Delete
    2. Alolooo.. sama2 kasih.. ;) u r the best in my heart ! <3 ikhlas nie ikhlas !!!! ^_^

      Delete