Saturday 8 November 2014

Mawar Merah Buatku (review novel)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


Semalam mak dengan bapak aku balik kampung. Dalam hati tak sudah-sudah rasa nak nangis sebab tak boleh ikut. Yalah, pergi Kuala Kangsar kut! Tempat shopping kegemaran aku kut (Balik Kampung Tapi Tak Sampai). Tapi untung juga aku tak ikut. Kalau tak lari bajet. Haha!

Dalam tak pergi tu pun sempat juga aku order dekat mak aku tolong belikan novel. Aku tak nyatakan tajuk novel yang aku nak sebab mood tengah nak baca apa-apa jua novel. Karang aku cakap suruh novel itu ini pening pula mak aku nak cari novel tu.

Dalam dok mengorder novel tu pun sempat lagi mak aku sekeh kepala aku. Tak sedar pagi tu ada exam ada hati nak order novel. Tapi, well, kalau dah mak aku pun hantu novel kannn... beli juga novel sebiji. [tolong jangan babab saya ya, cikgu BM ;) ]

Inilah novel yang mak aku beli.

Tengok-tengok mak aku beli novel Mawar Putih Buatmu keluaran Alaf 21. Mula-mula rasa macam eeeerrrrr... Annur Iman? Siapakah gerangan penulis itu? Dan rasa macam, 'boleh masuk dalam jiwa aku novel beliau ni?' [please, jangan layang penampo sulung ke muka budak terlampo jujur ni]

TAPI

Betullah kata omputih, 'don't  judge a book by its cover'. Novel inilah yang telah membuatkan mata aku pagi ni macam panda. Tidur lambat bukan sebab tengok Anugerah Skrin (tak minat pun!) tapi sebab 'bercinta' dengan Indra Faris.

Novel ni dah melekat kukuh di sudut hati aku sebagai ratu novel. Jalan cerita dia memang ngetop dan sentiasa menimbulkan tanda tanya setiap kali kita baca, That's why la tidur lambat semalam, sebab tertanya-tanya.

Lagipun, rilek arr der... exam dah habis, enjoy dulu. [enjoy kepala hotak ko!] Itupun, dalam dok tidur lambat, tak juga khatam novel tu. Tiba-tiba mata aku tak nak berkompromi dan terus krooohhhhh....

Itupun boleh lagi aku mimpi Mawar Irdina dengan Indra Faris. Giler dahsyat arr penangan novel ni. Sampai terbawa ke dalam alam mimpi.

Okey, mukadimahnya lagi panjang daripada review. Jom, baca blurb novel ni dulu.

Insiden tertumpah air antara Indra Faris dan Mawar Irdina mencipta pertemua dan perkenalan. Sepuluh kuntum mawar putih daripada Faris sebagai tanda maaf. Namun, pemberian itu hanya dipandang sepi.

Waktu terus berlalu, Faris dan Irdina bertemu kembali dalam situasi yang berbeza. Kalau dulu, Faris dianggap sengaja menjatuhkan maruahnya. Saat dia terhimpit, Faris pula yang menjadi hero dan meletakkan maruahnya di tempat tertinggi. Sejak itu ada sesuatu yang bergetar di hatinya.

Dengan sekali lafaz, dia kini sudah menjadi isteri Faris. Tetapi, jodoh mereka sudah tersurat sentiasa dalam kepayahan. Dia saat Irdina kelelahan, terdengar pesanan Ustazah Seri...

"Bila dirundung duka, ingat pesan ALLAH, 'la tahzan' (jangan kamu bersedih, DIA ada).

Bila kembali ceria, ingatlah, 'la taghtar' (jangan terbuai, DIA masih menduga)."

Okey, dia punya blurb pun memang dah mengancam. First-first buka plastik pun rasa macam dah tak sabar nak mulakan sesi mengkhatam novel ni. Nama watak dalam novel ni pun sedap giler, Indra Faris dan Mawar Irdina. Fuuhh.... rugi tak beli.

Hehehe...

Ops, itu pun mukadimah juga. Jom kita ke point utama iaitu MENGREVIEW. Maaflah, aku ni jenis ikut suka paru-paru, limpa dengan otak aku aje nak review macam mana. So, kalau rasa macam hati tu kena simbah dengan cili kisar tu tolonglah jangan marah naaa... :P

Okey, blur kejap...

Hmmm... novel ni memang menarik. Konflik dia sangat-sangat menjadi. Penulis berjaya membuatkan pembaca seperti aku yang jenis hilang sabar nak tahu ending dia saspens dan tertanya-tanya. Aku ni jenis suka baca ending dia dulu. Bukanlah bab yang terakhir tapi muka surat yang terakhir.

Ada sesetengah novel tu, (sesetengah ya puan-puan dan tuan-tuan, bukan semua) ending tu bila baca  takat satu perenggan pun aku dah... 'oh, gini ending dia'. Tapi MPB ni lain. Aku blur tahap rasa macam nak marathon habiskan novel ni. Tapi aku tahu aku baca lembap mengalahkan siput ba alif ba ya.

Gara-gara peristiwa milo ais yang tertumpah telah menemukan dua insan yang tak menduga bahawa itu adalah permulaan kisah 'mawar putih' mereka. Gara-gara peristiwa itu, Faris menghadiahkan Mawar dengan 10 kuntum mawar putih. Tapi, kerana takutkan ibunya, Mawar terpaksa menyorokkan hadiah pemberian Faris tersebut.

Keluarga Mawar memang jahat. Mereka semua membenci Mawar. Di situ aje dah saspens. Aku pun saspens, kenapa Haron dengan Rosmah (mak bapak si Mawar) ni macam menyisihkan Mawar tapi mereka melebihkan Iryani, adik Mawar. Kenapa ek mereka menyisihkan Mawar? Hmmm... saspens dok? :P

Beberapa tahun kemudian, (aku tak tahu nak tulis apa lagi, so aku skip aje) Mawar dan Faris bertemu dalam keadaan yang tak diduga. Mereka ditangkap basah dan terus sahaja dinikahkan di sana, di bumi legenda, Pulau Langkawi.

Faris membawa Mawar pulang ke rumahnya di Jitra. Tapi, kepulangannya ke rumah tersebut tidak memperkenalkan Mawar sebagai isterinya. Sebaliknya, kepulangan Mawar dianggap sebagai seorang pembantu rumah. Di rumah tersebut Mawar dikenali sebagai Cinderella atau Cindralela. Hehehe... sweet betul mak Siti panggil dia Cindralela.

Rizman, ayah tapi bukan ayah Faris. Tak faham? Hehehe... beli lepas tu baca barulah korang faham. Rizman berasa dirinya sangat rapat dengan Mawar a.k.a Cinderella. Tambahan pula wajah Mawar yang kelihatan seakan-akan wajah isteri pertamanya yang hilang tanpa jejak, membuatkan dia berasa begitu rapat dengan Mawar.

Rizman sentiasa mengambil berat akan Mawar sehingga menimbulkan perasaan cemburu isteri keduanya iaitu Sarah. Sedari dari itu, Sarah tidak pernah melayan Mawar dengan baik. Ada sahaja yang tidak kena pada matanya berkenaan dengan Mawar.

Suatu hari, kedatangan Dania yang diselamatkan oleh Sarah menghuru-harakan Vila Mawar Putih. Seringkali Mawar menjadi mangsa fitnah Dania a.k.a Iryani yang datang untuk membalas dendam bagi pihak ibunya, Rosmah.

Tak kurang juga, Iryani turut menghasut Faris agar Faris yang sedang dalam proses pemulihan selepas kemalangan itu hilang kepercayaan terhadap isterinya, Mawar. Namun, Iryani tidak tahu yang Mawar ialah isteri Faris. Iryani hasut dan terus menghasut sehingga Faris termakan fitnah yang ditabur Iryani.

Kedatangan Mimi yang mencintai Faris turut membuatkan Mawar tidak senang duduk. Hatinya dibakar api cemburu apatah lagi Sarah beria-ria mahukan Mimi untuk menjadi menantunya. Namun, Mawar pasrah jika Faris perlu mengahwini Mimi kerana hayatnya mungkin tidak lama gara-gara penyakit yang dihidapnya.

Errrr... itu aje kut yang mampu aku tulis. Aku tak tahu nak review apa lagi. Tapi, apa yang boleh aku cakap ialah korang memang takkan mampu untuk berhenti membaca novel ni bila dah start baca. Novel ni memang the best dan jalan ceritanya memang menarik.

Terima kasih mak sebab sudi belikan novel ni. Hehehe... This novel will be one of my favourite novel. :)

Bintang? Errr... beribu bintang di langit... eh, eh... sempat lagi aku menyanyi.


Heee... korang tekalah berapa bintangnya, ya.

Anyway, hantu-hantu dan ratu-ratu novel sekalian, jangan lupa dapatkan novel Mawar Putih Buatmu di pasaran naaa. Hang tak dapat, hang rugi. Ngeee... ;)

Jangan lupa tau dapatkan karya Annur Iman yang kedua ni! Tapi novel ini adalah novel karya Annur Iman yang pertama dalam simpanan aku.

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

No comments:

Post a Comment