Assalamualaikum dan hai semua...
Cerpen ni panjang giler. Jadi, aku tak salah readers kalau ada yang frust nak baca. Hehehe...
Enjoy your reading. J
Pinjam muka Masahiro Inoue. Hehehe... |
Aku
duduk diam termenung di atas sofa. Televisyen yang terpasang tanpa suara aku
renung. Sekejap muncul muka Jong Kook, lepas tu muka Kwang Soo, lepas tu muka
Ji Hyo pula. Ahh, godaan betul!
Abang
aku ni pun satu, dah tahu diri tu macam tikus, ada hati nak baik sendiri
televisyen. Hasilnya, langsung tak ada suara. Kononnya nak betulkan suara Tv2
yang sekejap tinggi, sekejap rendah suaranya tanpa dapat dikawal.
Sekarang
ni, aku sakit hati sebab aku nak layan Running Man pun macam ke laut. Layan
tanpa suara. Setakat tengok diorang lari ke sana sini memang tak best kalau tak ada suara. Sari kata
memang ada tapi tak syok tak dengar diorang bercakap. Ini semua salah abang!
Dasar jurutera tak bertauliah.
“Amboi,
panjangnya muncung adik!” tegur abang seraya melabuhkan punggungnya di sebelah
aku.
“Mana
tak panjangnya, abang tengoklah apa yang abang dah buat. Kalau abang tak
ngada-ngada nak betulkan televisyen hari tu, tak ada jadi macam ni. Tak ada
mood jadinya adik nak tengok Running Man.”
Aku
menjawab kata-kata abang. Abang pula aku lihat hanya tersengih. Aiskirm
Malaysia berperisa asam boy di tangannya menarik perhatian aku. Tak bagi salam
sebab memang tak payah nak bagi salam, aku terus merampas aiskrim tersebut dari
tangan abang. Disumbat ke dalam mulut dan hisap. Nikmat!
“Oi!
Dahlah marah-marah abang, lepas tu suka hati pula dia cilok aiskrim abang. Kalau nak pergi beli sendirilah.”
Abang
cuba mengambil semula aiskrim di tangan aku. Tapi, aku menghalang dengan
mencubit-cubit tangan abang. Penat kena cubit dengan aku, akhirnya abang
mengalah. Giliran muncung abang pula panjang sedepa.
“Eloklah
kalau tak ada mood nak tengok Running Man. Bolehlah adik fokus terhadap
pelajaran. Ini tidak, asal Sabtu dengan Ahad aje, tercongok depan televisyen
nak tengok Running Man. Nasib baik ayah tak langgan Astro. Kalau tak, tak
tahulah...”
Aku
hanya buat-buat tak dengar dan terus menonton Running Man tanpa suara. Baca
ajelah sari kata yang disediakan. Aiskrim Malaysia aku hisap dan gigit sampai
tak sedar dah habis.
Dengan
selamba aku tayang plastik aiskrim yang sudah kosong di hadapan abang. “Dah
habis.”
Bulat
mata abang memang plastik aiskrim tersebut.
“Eeee...
dasar perut penuh dengan ascaris
lumbricoides!”
Dengar
aje perkataan ‘ascaris’ tu, aku dah
jadi loya. Terbayang di ruang minda beribu-ribu ascaris lumbricoides duduk ‘menginap’ di dalam usus. Asalnya seekor
menjadi beribu-ribu.
“Ukkk...”
Aku
pantas menekup mulut dengan tapak tangan. Abang di sebelah sudah tertawa kuat.
Aku menjeling abang sekilas sebelum bangun. Aku berlari menuju ke arah tandas
di dapur. Kakak yang baru keluar dari tandas terpinga-pinga melihat aku yang
kelam-kabut.
“Eh,
kau dah kenapa muntah-muntah, dik?”
Kakak
di luar menyoal dalam nada risau. Siapa tak risau apabila adiknya tiba-tiba
sahaja muntah. Demam tidak, pening pun tidak, tiba-tiba sahaja muntah.
Ha ha ha...
Terdengar
suara abang tertawa. Sah, dia seronok dapat sakat adik dia yang memang geli
dengan benda-benda macam ascaris tu.
Aku di dalam tandas masih lagi berusaha mengeluarkan isi perut. Aiskrim yang
baru aku makan tadi pun, tak sempat hadam dah keluar balik.
“Mana
tak muntahnya, kak. Budak tu baru sebut nama ascaris dah geli-geleman.”
Kemudian,
terdengar lagi suara abang. Punyalah kuat suara abang aku gelak. Tenggelam
suara aku yang tengah asyik mengeluarkan isi perut. Ibu, loya lagi!
Tak
nak dilayankan sangat loya tu, cepat-cepat aku berkumur. Aku capai botol
Listerine di atas rak. Dibuka penutupnya dan dituang ke dalam penutup. Aku
kumur berkali-kali sebab bau muntah tu menguasai ruang sistem penghadaman yang
pertama aku ini.
Aku
terus keluar dari tandas. Sasaran pertama aku sebaik keluar dari tandas ialah
abang. Tanpa menunggu lebih lama, aku terus mendapatkan abang. Macam nak gila
aku mencubit tubuh abang.
Abang
pula boleh lagi tertawa. Lagak aku sedang menggeletek tubuhnya. Cis, tak ada
deria sakit kena cubit betul abang aku ni!
“Oi,
lebamlah badan abang yang sasa ni!”
Akhirnya
abang menolak tangan aku dari terus mencubit tubuhnya. Aku lihat abang
‘menangis’. Bukan kerana sedih tapi kerana terlalu asyik ketawa. Seronoklah tu
sebab dapat buli aku.
“Biar
lebam. Lagi banyak lebam lagi hensem. Berganda hensemnya daripada Joong Ki.”
Aku
kembali mencubit tubuh abang. Tapi abang berusaha menepis jari-jemari kontot
aku daripada singgah ke tubuhnya. Jenuh juga aku mengerah kudrat untuk berlawan
dengan abang.
Yalah,
seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang genit nak lawan dengan lelaki
yang berusia dua puluh tahun. Dahlah badan abang aku ni pun memang boleh tahan.
Nak kata berotot tahap sampai macam otot Aaron Aziz tu memanglah tak. Tapi
tenaga memang tahap malam ni aku kena urut tangan dengan minyak hangat.
“Sudah!
Apalah adik dengan abang ni. Ingat dapur ni tempat lawan gusti ke apa? Nak
sambung gusti pergi ke depan. Kakak nak masak makan malam. Kejap lagi ibu
dengan ayah balik.”
Aku
dan abang terus beralih tempat untuk berlawan gusti ke ruang tamu. Sambil tu
tangan aku masih ligat mencubit abang. Abang pula tak sudah-sudah tertawa.
Bertambah sakit hati aku dibuatnya.
“Haiiiiyaaaaaakkkk...”
Aku
mencapai bantal kusyen dan baling tepat ke muka abang. Abang menyeringai. Aku
pula tersengih kemenangan. Akhirnya aku mampu mematikan suis ketawa abang yang
menyakitkan hati.
“Owh,
adik nak balas dendam sebab abang ketawalah sekarang ni? Okey, tak apa... just wait and see... what will I do with you.”
Abang
tersengih jahat dan berlalu ke biliknya. Aku pula masih menanti di ruang tamu.
Apalah rancangan jahat abang aku ni.
“Yaaaaa....”
Abang
keluar dari bilik siap memakai tali di kepala. Tali tersebut berwarna merah
jambu. Dan fahamlah aku apa maknanya merah jambu tu. Maknanya, abang nak...
“Ha ha... abang... ha ha... jangan... lah... ha
ha... geletek!”
Aku
yang tak sempat melarikan diri menjadi sasaran balas dendam abang. Kaki aku
ditangkapnya dan pantas abang menggeletek tapak kaki aku. Sekarang aku rasa
macam nak terkencing sebab serius geli gila!
“Abang!
Stop!”
Aku
jerit sekuat hati. Abang berhenti menggeletek tapak kaki aku. Aku pantas duduk
bersila untuk mengelak digeletek lagi. Aku menarik nafas untuk membetulkan
aturan pernafasan. Senak perut aku dibuatnya sebab banyak sangat ketawa.
Aku
tengok abang dan abang tengok aku. Perlahan abang mengorak senyuman di
bibirnya. Aku pula hanya membalas dengan muncung yang panjang.
“Adik
merajuk comel sangat...”
Nak
pujuk akulah tu. Maaf, pujukan abang tidak akan adik layan.
Aku
menoleh memandang ke arah kaca televisyen. Terpapar wajah Jae Suk yang sedang
tersengih di ruang kaca televisyen. Tiba-tiba rasa macam nak sekeh kepala Jae
Suk tu.
“Comel...
macam muka Shin Min Ah.”
Makin
panjang muncung aku. Aku tak faham kenapa abang suka sangat dengan heroin My
Girlfriend Is Gumiho tu. Aku lagi comellah dari dia.
“Ala
tomey-tomey...”
Bila
abang dah keluar aura bajek comel
dia, aku memang tak boleh nak melawan lagi. Tanpa dipaksa, bibir aku
menguntumkan sebuah senyuman buat abang.
“Haa,
macam tulah adik abang. Comel selamanya!”
Aku
menumbuk bahu abang. Abang aku ngada-ngada! Tiba-tiba...
AKU menggalas beg sandang ke
bahu. Buku dan fail di atas meja aku ambil. Kerusi aku tolak ke dalam meja.
Namun, baru sahaja kaki ingin melangkah, tiba-tiba terdengar ada yang menyeru
nama aku.
“Qalwa,
tunggu sekejap.”
Aku
berpaling ke belakang dan melihat Dufa menghampiri aku. Aku tersenyum ke arah
Dufa. Dufa ialah rakan sekelas aku. Namun, aku dan dia tidak serapat seperti
aku dengan Tiani, BFF aku.
“Owh,
Dufa rupa-rupanya... ada apa Dufa panggil Qalwa ni?”
“Hmm...
sebenarnya waktu Dufa turun tadi Dufa terserempak dengan Ilzam.”
Terdengar
nama Ilzam disebut, membuat aku jadi tidak keruan. Ilzam, lelaki yang aku
minati sejak dari aku tingkatan dua. Tapi, aku tak pernah meluahkan perasaan
aku pada Ilzam. Sebabnya ialah aku malu. Lagipun, aku takut kelak nanti aku
akan hilang fokus terhadap pelajaran. Terlalu asyik bermain cinta monyet.
“Apa
yang dia nak?” soal aku sedikit tertanya-tanya.
Aku
lihat Dufa tersenyum. Namun, senyumannya seakan menyimpan sesuatu yang tidak
aku ketahui. Nak meneka pun aku bukannya jenis yang reti baca senyuman orang.
“Dia
nak jumpa dengan Qalwa sekejap dekat tepi sungai. Dia kata dia terus tunggu
Qalwa dekat sana.”
Jantung
aku berdegup agak kencang. Ilzam nak jumpa dengan aku? Ya ALLAH, betul ke apa yang
aku dengar? Ops, kawal hati... jangan fikir bukan-bukan. Mungkin ada hal yang
ingin Ilzam bincangkan dengan aku.
Sementelah
aku dan Ilzam memegang jawatan penting dalam Lembaga Pengawas Sekolah. Dia
ialah Penolong Ketua Pengawas 2 manakala aku ialah Exco Disiplin. Tapi, aku
bingung seketika. Jika benar Ilzam ingin bertemu dengan aku kerana hal pengawas,
mengapa perlu sampai ke tepi sungai. Dekat sekolah aje tak boleh ke?
“Err...
kalau Qalwa tak nak tak boleh ke? Lagipun, hari dah nak petang dah ni. Qalwa takut
nanti ada yang tersalah sangka. Berjumpa dekat tepi sungai pula tu.”
“Dufa
temankan Qalwa, tak ada yang perlu Qalwa risaukan.”
“Tapi,
Dufa...
“Pergi
ajelah...”
Suara
Dufa kedengaran seperti memaksa. Aku sedikit tersentak.
“Errr...
maksud Dufa, tak baik kalau Qalwa buat Ilzam tertunggu-tunggu. Ada hal penting
katanya.”
Tak
tahu nak jawab apa, aku sekadar mengangguk. Namun, hati aku masih
tertanya-tanya. Mengapa Ilzam nak bertemu dengan aku di tepi sungai? Tak ada
tempat yang strategik sikit ke?
Aku
melangkah keluar dari kelas 5 Sains Boleh. Suis kipas yang terpasang aku
matikan. Hari ini aku balik lambat kerana ada kelas tambahan bagi subjek Kimia.
Aku terus menuju ke tempat letak basikal. Dufa turut mengekori aku kerana dia
juga berbasikal ke sekolah seperti aku.
“Ilzam
tak cakap ke hal apa yang penting sangat tu?”
Aku
menyoal Dufa sambil meletakkan buku dan fail ke dalam raga basikal. Dufa di
sebelah kiri aku hanya menggeleng. Aku mengangguk seraya mengangkat sedikit
kain sekolah aku sebelum duduk di atas seat
basikal. Ops, aku pakai seluar dekat dalam ya!
Aku
membiarkan Dufa di hadapan aku. Terik mentari yang menggigit kulit aku begitu
terasa. Namun, aku sudah biasa kerana tiap-tiap hari aku berbasikal ke sekolah.
Lagipun, jarak antara rumah aku dengan sekolah tidaklah jauh mana.
Hampir
lima belas minit aku mengayuh basikal, akhirnya kami sampai di tepi sungai. Aku
lihat Dufa turun dari atas basikalnya. Tapi, aku masih ragu-ragu. Aku lihat ke
arah sungai. Kelihatan beberapa orang budak lelaki sedang bermandi-manda.
“Kenapa
tak turun lagi ni?” soal Dufa.
“Errr...”
“Tak
payah risau, Ilzam ada dekat hujung sana.”
Dufa
menghalakan jari telunjuknya ke hujung sana. Aku menelan liur yang terasa
kesat. Aku jarang pergi ke sana. Kalau pergi pun, pasti dengan abang dan kakak.
Lagipun, di situ adalah port untuk
remaja yang belum berkahwin untuk berdating.
“Sana?”
“Ha’ah.
Kenapa?”
Aku
tersenyum sumbing lantas perlahan-lahan turun dari atas basikal. Ya ALLAH,
hanya pada-MU aku berserah. Aku lihat Dufa seakan-akan tersenyum puas apabila
melihat aku melangkah ke arahnya.
Matanya
yang bersinar-sinar itu menimbulkan perasaan ragu di hati aku. Dengan dada yang
berkencang hebat, aku mengikut langkah Dufa. Namun, baru beberapa langkah aku
menapak, baru aku teringat soal buku dan fail di dalam raga basikal.
“Eh,
Dufa! Buku dengan fail aku dalam raga basikal. Nanti kalau ada orang curi macam
mana?”
“Ala,
tak adanya budak nak curi buku kau tu.”
“Tapi...”
Aku
melihat ke arahnya sambil membuat muka minta simpati. Siapa tak risau kalau
barang dicuri?
“Adik...
ooo... adik!”
Dufa
menyeru beberapa orang budak lelaki yang sedang mandi sungai. Tak adalah budak
mana pun, dah tingkatan tiga semuanya. Kenal sangat aku dengan muka budak-budak
tu. Junior di sekolah aku.
“Owh,
kak Dufa... ada apa kak?” soal salah seorang daripada mereka.
“Tolong
jaga barang-barang kami ni boleh tak? Kami ada hal sekejap. Kak Qalwa korang ni
risaukan barang dia. Takut hilang katanya.”
“Tak
ada hallah, kak. Betul tak kawan-kawan?”
“Betul!”
Serentak
semua menjawab seolah-olah sudah berpakat. Aku hanya mampu tersenyum senget.
Dufa berpaling melihat ke arah aku. Dia mengangkat sebelah keningnya ke arah
aku.
“Macam
mana? Percayalah budak-budak tu baik. Lagipun takkan kau tak kenal si Uwa tu.
Dia kan selalu tolong kau dekat bilik pengawas?”
Aku
tersenyum seraya mengangguk. Ya, aku kenal dengan Uwa. Uwa ialah ketua bagi
pengawas tingkatan tiga. Dia mewakili seluruh pengawas tingkatan tiga.
Dufa
meneruskan langkahnya yang terhenti tadi. Aku turut mengekorinya. Tiba di
tempat yang berbatu besar, aku memegang tangannya. Takut kalau-kalau aku
tergelincir dan masuk ke dalam sungai.
Dari
jauh aku sudah melihat kelibat seorang lelaki yang membelakangi kami. Dari
gayanya sahaja aku sudah boleh mengagak. Dia ialah Ilzam. Ilzam Saidi bin Izman
Lufti. Penolong Ketua Pengawas 2 yang berkarisma yang menjadi pujaan semua
pelajar perempuan. Aku adalah antara peminatnya jua.
“Assalamualaikum,
Ilz,” seru Dufa mengamit Ilzam.
Ilzam
terus berpaling dan menambahkan lagi debaran ke dada aku. Matanya tepat pula
memanah ke arah aku. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan. Tangan aku dah
sejuk. Macam melampau pula reaksi aku.
Tapi,
memang beginilah aku apabila berhadapan dengan Ilzam. Berhadapan tanpa
urusanlah. Kalau ada urusan tu memang aku abaikan segala perasaan aku terhadap
dia. Be professional to become a
professional.
“Waalaikummussalam.
Owh, Dufa dengan Qalwa...” ujarnya sambil tersenyum manis yang telah membuatkan
hati aku hilang arah.
“Pergilah.
Dia ada hal dengan Qalwa. Dufa duduk dekat batu sana. Jangan risau, Dufa takkan
biarkan Qalwa berdua-duaan dengan Ilzam,” kata Dufa yang berbisik kepada aku.
Tanpa
menunggu kata-kata aku, Dufa terus aje berlalu. Aku tarik juga lengan bajunya
tapi dia segera menarik dan terus berlalu. Aku kaku di tempat aku berdiri.
Terasa lemah segala urat saraf aku.
“Kenapa
berdiri aje dekat situ. Tak lenguh ke kaki tu? Duduklah.”
Suara
Ilzam yang garau membuatkan aku rasa seperti ingin lari pulang ke rumah
sekarang juga. Aku melabuhkan duduk di atas batu yang terletak kira-kira dua
meter dari Ilzam.
Masing-masing
sunyi. Hanya terdengar bunyi air sungai yang mengalir deras. Aku bermain dengan
jari untuk menghilangkan rasa gugup. Teringin nak menjeling Ilzam di sebelah.
Tapi, perasaan malu itu lebih menguasai berbanding keinginan.
“Tak
nak tanya apa-apa ke?” Suara garau milik Ilzam memecah sunyi dari terus
bermaharajalela.
Aku
menggigit bibir. Persoalan itu sudah bergayut di ruang minda. Tapi untuk
mengeluarkan melalui lisan terasa begitu payah. Begitu malunya aku apabila
berdua-duaan begini. Tapi, aku tahu Dufa berada di atas batu besar sana.
Lidah
aku kelu. Bibir aku terkunci. Aku kehilangan kata-kata.
“Pemalu
sangat rupanya Exco Disiplin pengawas ni.”
Terdengar
Ilzam tertawa perlahan setelah itu. Aku pula sekadar terus tertunduk. Siapa
yang tak malu apabila duduk bersebelahan dengan jejaka idaman Malaya?
“Errmm...
sebenarnya tak ada penting sangat pun halnya. Saya cuma nak bertanyakan sesuatu
pada awak. Saya harap awak taklah marah.”
Aku
mendongak sedikit dan melihatnya dengan ekor mata sahaja. Dia sedang berbicara
dengan aku tapi matanya merenung jauh ke rimba di seberang sungai. Gaya
rambutnya yang punyai aura tersendiri benar-benar memikat hati aku.
Aku
suka dengan rambut dia. Rare. Ramai
budak junior cuba tiru gaya rambut dia tapi semuanya tak menjadi. Auranya
tiada.
“Tanya
apa?”
“Awak
dah ada kekasih ke?”
Soalannya
itu membuat aku tertawa kecil.
“Lawak
ke?”
Menyedari
aku terlepas laku, aku segera menggeleng. Tapi, aku tak mampu menahan bibir
untuk mengorak senyuman. Kekasih? Siapalah yang mahu dengan aku. Aku bukannya
secomel Heliza Helmi.
“Siapa
yang nak dengan saya, Ilz. Lagipun, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk
saya bermain dengan cinta. Saya takut nanti keputusan SPM saya menghampakan.
Saya tak nak itu terjadi setelah hampir sebelas tahun saya bersekolah.
“Selepas
habis SPM, saya tak ada peluang nak menebus kesalahan lampau. Jadi, saya perlu
melakukan yang terbaik sewaktu SPM nanti. Keputusannya mempengaruhi masa
hadapan saya. Saya tak nak gara-gara cinta, masa hadapan saya musnah.”
Tanpa
gugup, aku meluahkan pendapat aku mengenai cinta di zaman persekolahan. Aku
sendiri pun tak mengerti bagaimana begitu lancar aku mengeluarkan kata-kata.
Walhal tadi aku begitu gugup untuk berhadapan dengannya.
“Saya
suka dengan buah fikiran awak. Cinta mempengaruhi masa hadapan. Apatah lagi
cinta di zaman persekolahan.”
Aku
hanya mengangguk. Tiba-tiba aku tertanya-tanya tentang Dufa. Apalah yang
dibuatnya si gadis yang ringan tulang itu di sana. Dufa memang ringan tulang.
Dalam kelas, pantang sungguh dia melihat habuk. Pantas sahaja tangannya
mencapai penyapu.
Aku
menoleh untuk mencari Dufa. Tapi, apa yang aku lihat hanyalah batu serta
pepohon yang sunyi. Aku melilau mencari gerangan Dufa, tapi tiada. Sunyi...
Aku
mula menggelebah dan terus berdiri. Ilzam yang terkejut melihat aku berdiri
turut sama berdiri.
“Kenapa
ni Qalwa?” soalnya apabila melihat wajah cuak aku. Mahu tak cuak, Dufa
meninggalkan aku berdua-duaan dengan Ilzam. Apa pula kata mereka yang melihat
nanti.
“Dufa...
Dufa tak ada. Tadi dia ada dekat situ. Mana Dufa ni, awak?” Dalam kalut aku
bertanya kepada Ilzam.
“Sabarlah
dulu. Mungkin Dufa pergi ke tandas atau beli keropok lekor?”
Dengan
gaya yang cool Ilzam berkata. Sambil
itu matanya melihat ke arah gerai keropok lekor yang hanya nampak hujung
kanopinya. Aku tengok halkumnya bergerak menandakan dia sedang menelan liurnya.
Aku
tahu dia lapar. Yalah, Ilzam ialah antara orang yang paling sibuk menjelang SPM
tidak lama lagi. Sibuk dia menguruskan segala perihal pengawas bersama-sama
exco yang lain. Aku juga sibuk tapi tidaklah sesibuk Ilzam yang mempunyai
jawatan yang lebih tinggi daripada aku.
Kami
perlu memberi amanah buat pengawas tingkatan empat. Tahun ini adalah tahun
terakhir kami, jadi bermacam-macam persediaan yang perlu kami lakukan sebelum
meninggalkan sekolah. Tempat kami akan diganti dengan pengawas tingkatan empat
tahun ini.
“Awak
lapar ke?”
Aku
menyoalnya lagi apabila melihat halkumnya bergerak-gerak lagi. Sudahlah bau
keropok lekor panas merebak ke seluruh kawasan tepian sungai ini.
Ilzam
tersengih ke arah aku. “Lapar giler sebab saya tak sempat makan tengah hari
tadi. Ada mesyuarat mengejut antara Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas
dengan cikgu disiplin tengah hari tadi.”
“Qalwa
pun lapar juga ni. Apa kata kita pergi beli keropok lekor tu nak? Sambil-sambil
tu bolehlah cari Dufa.”
Rakus
Ilzam mengangguk. Lapar benar nampaknya jejaka idaman Malaya ini. Kami berjalan
ke arah tangga yang tidak jauh dari tempat kami berdiri. Kami terus menuju ke
arah gerai menjual keropok lekor sebaik sahaja sampai di puncak tangga.
“Bagi
saya keropok lekor tiga ringgit,” ujar Ilzam pada mak cik yang menjual keropok
lekor tersebut. Dia menyeluk poket seluarnya untuk mengeluarkan beg duitnya.
Aku
turut mengeluarkan duit dari dalam poket. Baru sahaja aku ingin bersuara untuk
memesan keropok lekor, Ilzam mencelah pula.
“Kita
kongsi aje keropok lekor tu. Hari ni saya belanja.”
Aku
terkedu seketika. Ilzam belanja aku?
“Saya
tak nak berhutang apa-apa dengan awak,” naif aku berbicara.
Ilzam
tersenyum. “Saya ikhlas. Anggaplah saya beri hadiah pada hari istimewa awak.”
Aku
terdiam dan terkaku. Hari istimewa? Hari ni hari apa ek sampai dia gelarkan
hari ni hari istimewa aku? Walaupun aku agak blur tapi aku tetap mengangguk. Perut aku sudah menyanyi lagu ghazal
apabila melihat mak cik tersebut mengangkat keropok lekor dari kuali.
“Terima
kasih, mak cik,” ucap Ilzam sambil tersenyum ke arah mak cik tersebut.
“Sama-sama.”
Keropok
lekor di tangan mak cik itu bertukar dengan wang di tangan Ilzam. Jelas wajah
mak cik itu terpancar sinar syukur. Syukur kerana ada orang membeli keropok
lekornya. Sebelum berlalu, aku tersenyum ke arah mak cik itu. Senyuman aku
dibalasnya.
Tiba-tiba
aku teringat lirik lagu Najwa Mahiaddin...
Kacak
luar
Kacak
dalam
Kacak
dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau
kita senyum
Semua
orang berjangkit
Bila
semua orang senyum
Dunia
tiada penyakit
Mudah-mudahan
rezeki mak cik itu murah hari ini semurah senyumannya. Senyuman itu pengubat
duka. Senyuman itu penawar jiwa. Senyumlah kerana senyum itu satu sedekah. J
Aku
dan Ilzam memilih untuk duduk di bawah pondok. Kami tidak berdua di situ.
Sebaliknya, ada sepasang suami isteri bersama-sama anak kecilnya yang aku agak
berusia dua atau tiga tahun. Anak kecilnya seorang perempuan.
“Assalamualaikum,”
ucap Ilzam, ramah kepada pasangan suami isteri tersebut.
“Waalaikummussalam,”
serentak mereka menjawab.
Mereka
saling berbalas senyuman. Aku turut melemparkan senyuman ke arah mereka. Bukan
kerana tidak mahu dikatakan sombong tapi kerana aku gembira. Gembira melihat
bentuk senyuman yang indah.
“Comel
anak akak dengan abang.”
Ilzam
memuji anak mereka sambil mencuit pipinya. Anak mereka yang malu-malu terus
mendapatkan ibunya. Dia membenamkan wajahnya ke lutut ibunya. Ilzam tersenyum.
Aku pula bertambah kagum melihat Penolong Ketua Pengawas 2 ini.
“Terima
kasih, dik.”
“Sama-sama.”
“Maaflah
kalau abang nak tanya, adik dua orang ni bercinta ke?”
Aku
yang sedang mengunyah keropok lekor tiba-tiba terasa tercekik. Cepat-cepat aku
mengambil air di dalam beg. Nasib baiklah sebelum kelas tambahan tadi aku
terfikir untuk membeli sebotol air mineral. Kalau tidak, alamatnya minum air
sungailah aku.
“Ish,
abang ni!”
Si
isteri mencubit manja lengan si suami. Ilzam pula sudah tersenyum malu aku
lihat. Aku? Hanya mampu tertunduk. Aduh, kalau aku bercinta dengan Ilzam memang
aku ialah orang yang paling bertuah!
“Maaflah,
suami akak ni memang macam ni. Busybody.”
“Abang
ni bukan apa. Abang tengok adik-adik ni muda lagi, budak sekolah pula tu. Dah
tentu-tentunya belum kahwin, kan? Bukannya apa, cuma tak manis dipandanglah.
Berkahwin tidak tapi keluar berdua-duaan mengalahkan pasangan suami isteri.”
Pedih
menyucuk-nyucuk rasanya hati aku sekarang ini. Tiba-tiba aku rasa macam nak
benamkan muka ke dalam sungai. Rasa macam nak menangis pun ada ni. Rasa macam
nak keluarkan kuasa magik dengan harapan Dufa akan muncul.
Aku
melihat ke arah Ilzam. Lelaki itu masih boleh tersenyum manis selepas dihentam
oleh abang tersebut.
“Saya
minta maaf kalau kami menimbulkan perasaan tidak enak di hati abang. Tapi kami
tak buat apa-apa. Saya yang ingin berjumpa dengan dia atas beberapa sebab.
Lagipun, orang bercinta biasanya nakkan privacy,
bang.
“Kalau
betul saya nak buat benda tak elok dengan dia, dah lama kami masuk dalam semak.
Jangan kata abang, pihak berkuasa pun mungkin tak dapat lihat kami. Tapi saya
tahu, ALLAH itu Maha Melihat.”
Jawapan
Ilzam ditambah pula dengan nadanya yang selamba membuatkan hati aku bergetar.
“Tak
bercinta tapi tahu pula orang bercinta ni nakkan privacy...”
Nada
suara si suami kedengaran sinis. Sedikit sebanyak mengundang perasaan tak enak
di hati aku. Aku rasa bukan hanya aku. Isterinya juga kelihatan gelisah melihat
reaksi kami berdua.
“Abang...
sudahlah. Jangan tuduh mereka melulu.”
“Bukan
melulu tapi kenyataan. Biasanya macam itulah. Konon tak ada apa tapi menjawab
pandai. Mengalahkan ahli falsafah.”
Ilzam
aku lihat tetap tersenyum. Perut aku yang tadi bergema lagu ghazal sudah diam.
Selera aku putus di tengah jalan.
“Saya
pengawas di sekolah, bang. Pengawas ni tugasnya sama seperti pihak berkuasa.
Dialah polis, dialah tentera, dialah bomba dan dialah ahli pencegah maksiat.
Sekarang, menjadi trend untuk pelajar
sekolah bercinta. Mereka tak pilih tempat macam yang kami duduk sekarang ni.
Kalau mereka nak, tu... dekat dalam semak tu tempat mereka.”
Aku
lihat si suami itu terdiam. Manakala si isteri pula tersenyum sumbing sambil
melihat ke arah Ilzam. Lambat-lambat si suami mengangguk.
“Maaflah
kalau abang salah sangka. Tapi, satu nasihat abang. Janganlah keluar
berdua-duaan macam ni. Masyarakat kita mulutnya suka dijaja ke merata tempat.
Terutama perkara-perkara yang buruk. Silap hari bulan, dik... kena tangkap
basah. Rosak masa depan!”
Aku
masih terkaku di sebelah Ilzam. Kami dipisahkan dengan plastik keropok lekor
dan beg Ilzam. Meskipun hati terasa sakit dek kata-kata si suami itu tapi aku
bangga dengannya. Dia berani menegur kami yang disangkanya pasangan couple. Zaman sekarang, ramai yang hanya
melihat dan mencerca tapi tidak berani menegur.
“Insya-ALLAH,
bang. Kami takkan keluar berdua lagi. Tapi, sebenarnya kami ni bertiga bang. Entah
macam mana kawan kami hilang. Agaknya dia ke tandas.”
Aku
lihat si suami itu terangguk-angguk. Tiba-tiba anaknya di atas riba si isteri
merengek.
“Abang
balik dululah. Ni, anak abang dah merengek. Letihlah tu.”
Ilzam
mengangguk seraya menghulur tangannya ke arah si suami. Aku pula menghulurkan
tangan ke arah si isteri yang sedang mendukung anaknya.
“Abang
dah balik ni, korang pergilah cari tempat lain. Nanti tak pasal-pasal korang
jadi mangsa umpatan masyarakat.” Sempat juga si suami memberikan nasihat. Ilzam
sekadar mengangguk sambil tersenyum.
“Akak
balik dulu, ya,” ujar si isteri kepada aku. Aku tersenyum dan sempat mencuit
pipi anak daranya.
“Assalamualaikum.”
Serentak mereka memberi salam.
“Waalaikummussalam.”
Apabila
mereka sudah berlalu, Ilzam terus menyandang kembali begnya. Plastik berisi
keropok lekor diikatnya cermat.
“Mungkin
dah tiba masanya,” bicara Ilzam sambil tersenyum melihat aku.
Dahi
aku berkerut. “Masa apa maksud awak?”
Ilzam
tidak membalas sebaliknya sekadar tersenyum. Dia tersenyum sambil mengorak
langkah. Aku yang tidak mengerti apa-apa sekadar membuntuti langkah Ilzam. Kami
menuju ke arah tempat aku dan Dufa meletakkan basikal tadi.
Dari
kejauhan aku sudah boleh lihat belon berwarna-warni. Aku tidak nampak gerangan
yang memegang belon. Hanya kaki yang aku lihat. Aku cuba mencari basikal aku
tapi tidak aku temui.
Aku
dan Ilzam berhenti kira-kira tiga meter daripada belon-belon tersebut. Aku
menoleh melihat Ilzam dan dia tersenyum sahaja. Ahh, Ilzam memang pemurah dalam
memberikan senyuman.
“Suprise from us. Selamat hari jadi!”
teriaknya tiba-tiba mengejutkan aku.
Diikuti
pula dengan teriakan si pemegang belon. Terbeliak biji mata aku melihat
gerangan mereka. Salah seorangnya ialah abang aku yang sewel yang paling aku
sayangi. Manakala di sebelah kanannya pula ialah kakak. Pemegang-pemegang belon
pula ialah Dufa, Tiani dan rakan-rakan pengawas. Termasuklah Uwa dan
rakan-rakannya.
Tanpa
sedar, air mata aku mengalir. Aku menekup mulut yang ternganga. Ini memang surprise! Aku terus mendekati abang dan
tumbuk bahu dia.
“Apa
ni? Sikit-sikit nak tumbuk abang. Gembira tumbuk abang, sedih pun nak tumbuk
abang. Ni yang rasa macam nak terjun dalam sungai ni.”
Abang
buat-buat seperti ingin berlari terjun ke dalam sungai. Aku cepat-cepat menarik
lengannya. Nak terjun sungai bukan sekarang masanya, bang oi! Ayat itu sekadar
bergema di dalam hati.
Aku
beralih ke arah kakak pula. Kakak tersenyum manis ke arah aku.
“Happy sweet seventeen, my dear,” ucap
kakak membuatkan hati aku dihambat rasa terharu. Aku terus memeluk tubuh kakak.
“ALLAH
selamatkan kamu, ALLAH selamatkan kamu, ALLAH selamatkan Qalwa Hirfani, ALLAH
selamatkan kamu...”
Aku
melihat ke arah belakang kakak. Aku melihat ibu dan ayah menatang sebiji kek
yang dihias cantik tapi tidak berlilin. Pasang lilin buat rugi duit sebab baru
lima saat dinyalakan gerenti terpadam. Angin agak kuat petang ni.
Aku
yang terharu terus menekup mulut dengan tapak tangan. Aku menyambut pisau
potong kek yang dihulur oleh ayah.
“Kita
nyanyi sama-sama,” kata abang.
Serentak
mereka bernyanyi...
“Selamat
hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Qalwa Hirfani, selamat hari
jadi...”
Usai
mereka bernyanyi, aku terus memotong kek tersebut. Serentak mereka menepuk tangan
menggamatkan suasana. Aku menyuapkan sedikit kek ke dalam mulut ibu, ayah,
kakak, dan abang. Tiani dan Dufa yang membuat muka turut aku suapkan dengan
kek.
“Saya
tak nak suap ke?”
Semua
terdiam dan memandang ke arah Ilzam di belakang aku. Abang dan kakak dan
tersenyum-senyum dah. Tiani dan Dufa pula tersengih mengalahkan kambing. Ibu
dan ayah dah tayang muka tak percaya.
Berani
betul dia buat permintaan merepek macam tu depan ibu dengan ayah aku.
“ADIK suka dengan dia ke?”
Soalan maut yang terbit di bibir abang membuatkan aku tidak jadi untuk menyuap
kek ke dalam mulut. Aku meletakkan kembali sudu ke dalam pinggan yang berisi
kek.
“Suka
buat masa sekarang tak memberi apa-apa makna bagi adik. Adik nak tumpukan
perhatian pada SPM dulu. Lepas tu nak sambung belajar pula. Rasa macam tak ada
masa nak fikir soal suka dan cinta ni.”
Abang
terangguk-angguk. Kek di dalam pinggannya disuapkan ke mulutnya.
“Tapi
abang suka kalau adik dengan dia. Abang tengok dia tu ada ciri-ciri lelaki yang
ibu dan ayah minat. Tengoklah, dari tadi ibu dengan ayah asyik menempel dekat
dia.”
Aku
melihat ke arah sana. Benar kata abang, ibu dan ayah asyik menempel dengan
Ilzam. Lagipun, Ilzam pandai mengambil hati ibu dan ayah.
“Kenapa
cepat sangat buat surprise? Hari jadi
adik, kan esok?” Aku menyoal abang.
Yalah,
aku diberi kejutan hari jadi awal sehari. Betapa ekspresnya mereka. Sedangkan
aku masih berada di alam kemanisan gadis berusia enam belas tahun. Tapi,
tinggal hanya beberapa jam sebelum aku menginjak ke usia tujuh belas tahun.
“Lupalah
tu. Esokkan adik ada seminar kemasukan ke universiti dekat UiTM? Ilzam kata
kemungkinan adik akan balik malam. Jadi, daripada buat waktu semua tengah penat malam esok, lebih baik kita awalkan sehari. Sekurang-kurangnya sempat juga
orang tu ‘berdating’ dengan Ilzam.”
Pipi
aku terasa hangat apabila abang menyebut perkataan ‘dating’. Entah-entah hanya aku yang perasan dengan penuh perasaan.
Sedangkan Ilzam hanya rileks dan tak ada perasaan pun. Aku yang terhegeh-hegeh
dekat dia.
“Abang,
adik tak layaklah untuk dia. Lagipun, dia pandai. Adik pula dah cukup
bertuahlah keputusan PMR lepas untuk masuk ke kelas sains. Kalau tak, adik rasa
adik mungkin ambil sastera atau prinsip akaun.”
Abang
meletakkan pinggan kek ke sebelahnya.
“Adik,
jangan merendah diri sangat. Layak atau tidak itu bukan kerja kita. Lagipun,
jodoh adalah ketentuan ALLAH. Jodoh tak mengira orang tu bijak, kurang bijak,
kaya mahupun miskin.
“Kan
orang selalu kata, cinta itu buta. Tapi, jangan sampai cinta itu membutakan
kita. Kita juga perlu celik untuk menilai cinta. Menilai yang mana permata dan
yang mana kaca. Apa-apa pun, sebelum adik mengenal cinta sesama manusia, adik
perlu kenal erti cinta kepada-NYA.”
Aku
terdiam seketika. Benar, jodoh itu bukan kerja kita. Jika dikatakan jodoh kita
dengan A, maka A la yang akan menjadi teman sepanjang hayat. Jika B, maka B la
yang akan menjadi teman sepanjang hayat.
Aku
melihat ke arah abang dan tersenyum. Abang. Aku bersyukur kerana dikurniakan
seorang abang seperti abang aku sekarang. Hidup aku yang suram menjadi cerah
dengan bantuan cahaya dari abang.
“Apa-apa
pun, usah dirisaukan dahulu soal cinta dan jodoh. Jodoh itu boleh menunggu tapi
masa tidak menunggu. Manfaatkan masa adik masih berdarah remaja ini untuk
memenuhkan dada dengan ilmu. Ilmu itu jambatan kejayaan.”
Aku
menganguk tanda mengerti maksud kata-kata yang diucap oleh abang. Aku perlu
memanfaatkan usia remaja yang datang hanya sekali. Aku perlu berusaha kuat di
usia ini agar aku mampu mencapai kepuasan kelak pada masa hadapan.
“Qalwa!”
Dufa
yang duduk berbual-bual dengan Tiani, Uwa, dan rakan-rakan Uwa menyeru nama
aku. Aku menoleh melihat ke arah mereka. Bukan main seronok mereka dapat makan
kek sambil berendam di dalam air. Trend
terbaru ke apa makan dalam air?
“Pergilah
duduk dengan kawan-kawan adik. Asyik berkepit dengan abang aje.”
Abang
mengarah aku agar pergi ke arah mereka. Lambat-lambat aku bangun dan menuju ke
arah mereka. Pinggan polisterina aku yang masih berisi kek aku bawa sekali.
Perlahan-lahan aku menuruni tangga kerana tangga agak licin dan basah.
“Ada
apa panggil Qalwa ni?” Aku menyoal mereka.
“Ala,
tak boleh ke kami panggil birthday girl?
Sesekali nak juga kami lepak dengan akak-akak cun. Yalah, dekat sekolah bukan
main sibuk. Perdana Menteri pun boleh letak jawatan sebab tak sesibuk akak-akak
semua.”
Uwa
yang memang jenis kuat bercakap menjawab soalan aku. Aku tertawa kecil
mendengar kata-kata Uwa. Benar, aku agak sibuk di sekolah. Menguruskan hal
pengawas lagi, nak pergi kelas tambahan lagi, nak tolong cikgu lagi. Memang
betullah kata Uwa tu. Perdana Menteri pun letak sebab aku lagi sibuk dari PM.
“Tang mana yang cunnya, Uwa? Kalau kak
Dufa dengan kak Tiani korang ni yalah cun. Akak ni tak adalah cantik mana
pun...” ujar aku merendah diri.
“Kecantikan
luaran tidak penting kerana suatu hari nanti kita akan kehilangan kesemua
kecantikan tersebut. Tapi, kecantikan dalaman adalah kecantikan yang asli. Cantik
di dalam, maka cantik di luar.”
Suara
yang garau itu membuatkan dada aku tiba-tiba berdebar. Aku lihat Dufa dan Tiani
sudah tersengih kambing biri-biri. Uwa dan rakan-rakan dia pula tersenyum
mengusik. Salah seorang dari mereka membuat bentuk hati ke arah aku. Arrgghh...
jahat betullah mereka ni!
“Kenapa
tak dimakan kek tu?” soal Ilzam seraya melabuhkan punggungnya ke atas batu yang
tidak jauh dari aku.
“Alamak,
macam kacau daunlah pula kami ni, kan? Jadi, kengkawan... selam!”
Serentak
Uwa dan rakan-rakannya menyelam ke dalam sungai. Sungainya tidaklah dalam mana.
Boleh nampak bayang mereka dari tempat aku duduk. Sedar-sedar aje mereka dah
sampai ke hujung sebelah sana.
“Kita
pun macam kacau daun jugalah ni, ek? Jomlah, aku nak bedal sampai habis kek birthday girl,” ujar Dufa seraya
mengangkat punggungnya.
Tiani
turut bangun untuk mengikut langkah Dufa. Namun, sempat lagi dia mengenyitkan
sebelah matanya ke arah aku. Nantilah kau, Tiani... Dufa... kalau aku dapat
korang memang aku sekeh-sekeh kepala korang sampai benjol.
“Selamat
hari jadi...” ucap Ilzam kepada aku.
Tak
tahu apa yang patut aku balas, sudahnya aku sekadar mengangguk. Aku tertunduk
memandang pinggan polisterina yang berisi kek. Tak tahulah bila nak habisnya
kek ni. Tadi, nak makan boleh pula berbual dengan abang. Sekarang, dah dengan
Ilzam pula. Perut aku dah lapar ni!
“Saya
dah tahu.”
Aku
melihat ke arah Ilzam. Dia tahu? Tahu apa pula ni?
Ilzam
yang tadinya melihat ke arah sungai, menoleh melihat aku.
“Saya
tahu Qalwa sukakan saya sejak dari tingkatan dua.”
Rasa
macam salah satu wayar dalam otak aku tercabut apabila mendengar kata-kata
Ilzam. Ilzam tahu? Ya ALLAH, malunya aku... tiba-tiba rasa macam nak cabut
lari. Tapi, kaki aku menolak arahan yang diberi oleh otak. Statik tak bergerak
walau otak suruh bangun.
“Ma...
macam... mana Ilz... tahu?”
Keluar
dah penyakit gagap aku ni.
“Tak
ada orang yang nervous dan tak tentu
arah bila tengok saya. Tak ada orang sentiasa buat muka sombong dengan saya.
Walhal malu dan bukannya sombong. Tak ada orang yang menjeling saya dan
sentiasa mencari di mana saya... kecuali awak. Cara awak menyembunyikan
perasaan awak tu lucu dan comel.”
Aku
rasa macam nak sumbat aje semua kek ke dalam mulut. Lepas tu tutup muka dengan
pinggan polisterina ni. Malu tahap balik rumah sekarang juga.
“Errr...
obvious sangat ke gerak-geri saya
tu?” Aku menyoal.
“Jadi,
maknanya betullah awak suka saya?”
Erkk...
Oh,
otak... kenapa soalan itu juga yang ‘kau’ suruh mulut aku ajukan. Tengok, tak
pasal-pasal aku terperangkap. Kan dah rasa macam nak buat betul-betul tutup
muka dengan pinggan polisterina.
“Kata
orang, bertepuk sebelah tangan itu sakit.”
Aku
tertunduk. Ya, memang sakit. Sakit bagai ditusuk pedang samurai. Siapa yang tak
sakit apatah lagi tiap-tiap hari melihat jejaka idaman kita berdamping dengan
perempuan lain. Walaupun sekadar untuk menyelesaikan beberapa tugasan.
“Dan
sekarang, rasa sakit itu sudah hilang dari hati saya. Terima kasih. Harap-harap
saya ada jodoh dengan Qalwa.”
Aku
terus membisu. Meskipun aku bukanlah pelajar aliran sastera, tapi madah Ilzam
mampu dicerna oleh minda aku. Benarkah maksudnya? Adakah selama ini dia juga seperti
aku? Cuma, dia berharap pada aku manakala aku berharap padanya. Saling
mengharap.
Ilzam
terus bangun selepas tu.
“Dah
pukul 5.30. Saya belum solat Asar lagi. Saya balik dulu, ya. Assalamualaikum.”
Waalaikummussalam.
Aku hanya menjawab salam yang dihulurnya di dalam hati. Langkah Ilzam yang kian
jauh aku perhati. Kisah aku apabila diteliti semula ibarat membaca sebuah novel
cinta. Tanpa sedar rupa-rupanya saling mengharap. Huh! Klise la kau, Qalwa.
“Adik,
jom balik. Matahari dah jauh ke barat dah ni. Yang lain pun balik juga. Nanti
risau pula mak-mak korang.”
Suara
kakak yang lantang mematikan lamunan aku. Aku terus bangkit sambil menatang
pinggan polisterina. Dibawa ke hulur dan hilir, tapi sikit aje yang aku makan.
Aku terus menuju ke arah abang yang sedang mengemas meja.
Abang,
adik sayang abang selamanya. Adik sayang semua ahli keluarga kita. Tanpa kalian
siapalah adik.
“Termenung
pula dia. Tak pernah tengok abang mengemas meja ke?” Teguran abang memecah
lamunan aku.
Aku
tersenyum ke arah abang seraya menghulur pinggan polisterina aku ke arah abang.
Abang meletakkan kek tersebut ke dalam bekas dan pinggan polisterina dibuang ke
dalam plastik sampah.
“Balik
ni teman abang dating dengan Shin Min
Ah, ek?” Sempat lagi abang aku ni.
“Tak
nak!”
“Alaaaa...”
“Uwekkk...”
Aku menjelir lidah ke arah abang. Abang hanya mencebikkan bibirnya.
Sebelum
balik, abang membuang plastik sampah yang sarat ke dalam tong sampah. Aku dan
abang beriringan pulang ke rumah sambil abang menolak basikal aku. Kakak
mendahului kami kerana kakak menaiki kereta bersama-sama ibu dan ayah.
Biarlah
rasa itu terhimpun di dada aku. Biarlah aku membiarkan rasa itu terus menghuni
jiwa aku. Biarlah hanya hati aku yang menyimpan rahsia perasaan aku. Akan aku
luahkan apabila saat itu tiba.
Kini,
yang perlu aku utamakan ialah belajar. SPM penentu masa hadapan aku. SPM
penentu sama ada aku mampu menggapai impian yang selama ini tertanam di suatu
sudut di hati aku. SPM, tolonglah berbaik dengan saya ya.
Boleh
pula aku ni?!
~TAMAT~
donee ! panjang cerpen dia tapi best ! enjoy je jiah baca.. nice ! sekali lgi, nama2 dlm cerpen fit mmg jiah sukaa.. lain dri yg lain. hehe.
ReplyDeletehehehe... terima kasih, jiah... ;)
Delete