Wednesday 28 May 2014

Girl Next Door

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Eh, eh... kenapa tajuk entry ni macam tajuk novel Rose Harissa. Budak gedempol ni ciplak tajuk novel kak Rose Harissa ke? Wuuu... wuu... jangan salah faham. Sebenarnya ini memang trademark Fitri kalau nak buat review novel. Tajuk novel yang Fitri review tu akan Fitri ubah tapi tak lari sangat dari tajuk asal.

Jadi, tolong jangan tuduh Fitri menciplak tajuk novel orang pula. Kang tak pasal-pasal hangus blog aku kena hentam dengan kipas susah mati kak Rose. Makin menjadi-jadi kes ciplak-menciplak ni. Oi, yang menciplak karya orang tu! Nak aku sumpah jadi cicak ke? Eee... geram + seram aku dibuatnya dek 'cicak-cicak' yang berkeliaran di alam maya ni.

Ok, tutup buku pasal 'cicak' tu. Jom buka buku pasal novel terbaru kak Rose... Guy Next Door. Sebenarnya ini novel pertama kak Rose Harissa dalam simpanan Fitri. Novel ni memang penuh dengan kelainan. Agak-agak kau dah menyampah sangat dengan novel yang kebanyakannya (bukan semua!) klise, bolehlah pilih novel kak Rose. Serius kau akan dapat rasa kelainannya tu.


Guy Next Door by...



Sinopsis belakang novel :

Kris dan Adam sudah lima tahun berjiran tapi, tak pernah bertegur sapa. Semua ini gara-gara Kris menyampah ibunya, Mak Cik Umi yang hampir setiap hari memuji Adam. Adam rajin siram bunga, Adam rajin sidai baju... Adam baik... Adam hensem.

Kris tak hairan kerana menyangka Adam penganggur yang duduk di rumah goyang kaki, menghabiskan pencen orang tua. Adam cuba berbaik-baik dengan dia pun. Kris tetap jual mahal. Setia pada boyfriend kononnya.

Tapi, Fandi tiba-tiba ghaib ditelan bumi. Mak abah Kris pula ke Mekah, meninggalkan amanat kepada Adam supaya menjaga Kris. Dan artikel dalam surat khabar tentang Adam, buat Kris termalu sendiri. Anak emak itu bukan sembarangan pemuda.

Jadi, betullah kata mak. "Jangan cepat sangat buruk sangka kat orang kalau kamu tak kenal dia... nanti kamu yang malu sendiri."


♥♥♥♥♥


Amacam? Mengancam kan sinopsis dia? Giler suspen arr waktu baca sinopsis dia aje pun. Novel ni boleh dikategorikan antara novel yang tak mampu nak berenggang. Pantang ada masa terluang mesti nak baca. Macam pagi tadi. Bajet konon nak bawa novel sambil tunggu van. Bolehlah baca satu dua bab. 

Lepas tu mak cakap, lupa ke lampu depan rumah tu dah terbakar, tak menyala. Ok, hampa gila rasanya. Terus letak balik dalam bilik. Tapi sempat jugalah baca dua bab sebelum pakai stokin. Nampak dak betapa hebatnya penangan Kristal dan Adam Putra Iskandar ni?

Novel ni pun lain dari yang lain. Mula-mula tu Fitri pelik juga waktu membacanya. Tapi, lama-lama baru faham. Novel GND ni macam ni... satu bab, watak 'aku' dipegang oleh Kris. Satu bab lagi, watak 'aku' dipegang oleh Adam. Kira macam watak 'aku' tu ada dua. Satu Kris, satu lagi Adam. Kira kita boleh letak diri kita sebagai Kris dan Adam.

Novel ni memang terbaik dari ladang. Kira kalau kau tu sebahagian daripada kaki-kaki dan hantu-hantu novel, kalau tak ada novel ni memang kau patut letak jawatan aje jadi hantu novel. Haha! Ayat sengal tahap sawan aku ni. Anyway, penangan novel ni memang kuat. Nak tahu kena baca sendiri maa...

Jom baca pendapat Fitri tentang watak yang utama dalam novel ni... =)

Adam - Fit bayangkan dia memang hensem tahap nak pitam. Gila tak hensem. Mario Maurer kut! Seingat Fitri memang itulah yang kak Rose tulis. Muka Adam macam muka Mario Maurer. Sah! Lepas ni 24 jam aku tenung muka mamat Thailand tu. Muahaha!


Percayalah, Fitri ambil masa sampai setengah jam cari gambar dia yang paling cute. Dan disebabkan Adam comel giler waktu buat 'peace', gambar ni memang sesuai! Hee...

Fitri suka sifat dia yang cool dan merendah diri. Don't know why tapi Fitri asyik berteka-teki, agak-agak kalau lelaki yang macam Adam ni wujud, aci tak kalau Fitri cop dia awal-awal. Ngeee... pagi tadi waktu baca dua bab tu, Fitri baca bab yang paling sedih. Nyaris-nyaris empangan yang baru dibina di ruang tubir mata Fitri pecah. (ayat sastera giler!)

Apa yang sedihnya? Mak dia meninggal. Kau boleh bayang tak, malam ni kau dok manja-manja dengan mak kau, tiba-tiba pagi keesokannya mak kau dah tak ada. Boleh bayang tak? ='/

Hmm... dalam banyak-banyak yang Adam kata, Fitri tertarik dengan satu dialog ni, waktu dia bercakap dengan Kris.

"Rezeki Tuhan luas, kerja kat mana-mana pun sama aje. Kalau malas nak capai kejayaan, duduklah kat post manager sekalipun, awak takkan dapat apa yang awak impikan. Allah gives every bird its food, but He does not throw it into its nest. Just love what you do and do it with passion, work hard and never give up. Money and happiness will come to you. Like what I take on a project, I believe in it 100% and really put my soul into it."

Hayati bait-bait kata Adam itu and you'll get something. =)

Kristal - Minah ni keras kepala sikit. Dan sedikit sebanyak perangai dia agak sama dengan Fitri. Mana taknya, kami mempunyai status yang sama. Anak tunggal! Ngee... jadi, Fitri tak nak banyak songeh komen macam-macam pasal watak ni sebab watak ni macam cermin Fitri. Nak kata 100% tu taklah tapi perangai Kris hampir sama dengan Fitri. Bab sentap-menyentap tu memang sama dengan Fitri. Ngee...

Tapi, yang tak syoknya si Kris ni, dia ni memang suka sangat bela pakwe ngek dia tu. Hello, kalau perangai pun kalah Ceplos, baik ikat ketat-ketat humban dalam lombong aje. Ehem... Fitri tak nak describe watak pakwe ngek si Kris ni sebab watak tu memang buat Fitri rasa macam nak gigit kepala Omi. Jadi, nak tahu apa yang ngeknya si Fandi a.k.a pakwe Kris tu, kena beli dan baca. Kejam tak??? =P

♥♥♥♥♥

Apa-apa pun, kepada budak Akma yang request untuk Fitri buat review bagi novel GND ni, tolonglah dapatkan novel ni. Kau tau tak macam-macam cabaran aku perlu hadapi semata-mata nak siapkan review ni. Dengan laptop yang lambat macam siput sedutnya, dengan laptop yang tiba-tiba terpadamnya, sakit jiwa tau tak. -___-

Kalau kau tak dapatkan novel ni, siap kau Akma. Yang lain pun sama. Awak memang rugi kalau tak dapatkan novel ni. Heee... maaf atas segala kesilapan saya ketika melakukan review. Saya buat review memang over sikit. Lagipun saya review cara saya. Tak pernah ikut 'format' pun. Hee... kasi hentam saja.

Agak-agak ada yang terkecil hati, limpa, paru-paru dengan ayat ngok Fitri, Fitri minta maaf sangat-sangat. Fitri memang macam ni kalau menulis. Menulis dari h♥tilah katakan. (kalau nak muntah, Fitri ada banyak baldi lebih) Fitri memang tak reti nak review ala-ala orang sastera. Yang describe bab demi bab. Fitri kalau dah habis baca, sikit-sikit Fitri kikis peristiwa dalam novel tu sebab nak gantikan dengan peristiwa novel baharu.

Ops! Terreview panjang lebarlah pula. Heee... maaf lagi sekali! ;)


Jelingan mautnya menggetarkan tangkai hatiku. Pang! (kena tampar dengan Omi)

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek.

No comments:

Post a Comment