Friday 24 May 2013

Giler Aku Kernamu ~Lazuardi~

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Haa, sebelum tu jangan salah pahem lagi, ini bukanlah e-novel jauh sekali cerpen. Tajuk tu saja je. Hehehe... Sebenarnya Fitri tengah diserang giler! Tapi alhamdulillah sebab giler Fitri ni bukan giler tahap kena call pihak HTR (Hospital Tanjung Rambutan). Tapi kena call Shark! Haa? Shark? Ikan Jerung ke?

Ahaks... bukan ikan jerung. Tapi Muhammad Shakir. Watak dalam  novel ni

Coretan pertama kak Nasz dalam simpanan Fitri

Haa, inilah dia novel yang buat Fitri angau giler! Dengan Shark yang memang sweet habislah wa cakap sama lu! Siap bayangkan Anaz tu Fitri tau! Ahaks... Kemaruk, kemaruk. Tapi, novel ni paling terbaik dan bagi Fitri, Fitri nak bagi 150 Juta bintang. 

Mula-mula Fitri baca, kan. Perasaan, eleh setakat novel tulis sempoi-sempoi ni dah biasa baca. Dah selalu jumpa. Jalan cerita alah lebih kurang aje dengan novel Fitri yang lain. Tapi, tapi, tapi, tapi.... Jangan terperdaya dengan perasaan yang mengong tu sebab novel ni memang lain dari yang lain! Ada satu part serius sebak rasa. Air mata pun dah gaya nak turun macam air terjun Lata Kinjang aje. Tapi tak mahu turun pun. 

Menangislah dahku dalam diam. Sob sob sob... Haa, paling best sekali! Dalam novel jelas terpapar kisah cintanya, kisah keluarganya, kisah sahabatnya. Dan pengajaran pun tak terkira dek sepuluh jari ni rasanya. Walaupun simple, sempoi, bahasa yang memang senang giler nak faham (apa hal banyak sangat perkataan giler ni?! -,-) buat Fitri rasa nak buka lagi Lazuardi. Tapi sayangnya Lazuardi ialah novel last yang Fitri boleh baca. Seterusnya kena tunggulah lepas saat-saat getir yang dommm ke baboommm... 

Eh, lupa pula nak cerita ceriti sikit pasal Shark, Anaz watak pilihan Fitri dalam Lazuardi! Haa, meh sini nak cerita sikit pasal Anaz dulu. 

Anaz - Memegang watak aku dalam novel ni. Dia ni dibenci dengan mama dia. Kenapa? Nak tahu baca sendiri. Muahahaha... Dia ada kawan nama Odie. Odie ni tak habis-habislah ajak dia kahwin. Fitri yang baca pun naik lemas baca ayat sama dari mulut si Odie tu. *gaya Odie wujud jekk* Kehidupan Anaz banyak ujiannya. Sampai satu masa orang yang paling rapat dengan dia, orang yang memahami dia pergi tinggalkan dia buat selamanya. (Part ni serius paling sebak) 
~Itu aje untuk Anaz, nak tahu lebih lanjut belilah Lazuardi yang boom kebabooommm...~

Shark - Nama sebenarnya Muhammad Shakir. Cucu kesayangan Tok Babah dan kaya raya, beb! Waaa... *terngangalah! motifnya apa ek??* Seorang yang smart dan bergaya. Kaki jamming punya mamat dia ni. Dan paling best tentang dia. Dia seorang yang setia. Bukti?? Buktinya dia suka akan Anaz sejak dari bangku sekolah dan sampai dia dah habis sekolah pun dia still suka akan Anaz juga. Waaa.... Last-lastnya dia..... *beli sendiri juga kalau nak tahu*
~I Love You, Shark! Ahaks...~

Ain dan Lily - Haa, inilah dia watak yang paling GILA bin SEWEL. Sebab dua watak nilah hati Fitri tak tenteram. Rasa nak pi aje cekik-cekik mereka ni kalau mereka wujud. Ngeee... Goramnyo eden aihh!! Dahlah malas nak panjang-panjangkan cerita Ain dan Lily ni. Wat loya trachea jekk!
~Nak tumbuk Ain dan Lily kalau mereka ada depan mata Fitri. Dush dush...~

Apa-apa pun percintaan antara Anaz dan Shark memang banyak dugaannya. Adakalanya Fitri ketawa, adakala Fitri tersenyum dan adakalanya Fitri menangis apabila 'merasai' cinta mereka. Anaz yang sanggup berkorban demi mamanya tapi balasannya.... Tak dihargaipun budinya. Tapi Fitri respect dengan watak Anaz. 

Watak Anaz banyak memberi pengajaran buat pembaca-pembaca Lazuardi. Bersabar menghadapi dugaan, tidak berputus asa dan mengambil berat terhadap orang yang kita sayangi antara nilai yang jelas lagi nyata lagi terang lagi bersuluh yang ada pada Anaz. Selain itu, watak Anaz yang paling Fitri puji adalah dia tidak pernah lupa untuk menunaikan tanggungjawabnya pada ALLAH. Solat tak tinggal walaupun dia dalam keadaan sibuk ataupun dilanda masalah.

Tak lupa juga pada Shark. Selain daripada seorang jejaka yang sweet, dia juga seorang yang caring. Yang setia macam yang Fitri nyatakan dekat atas. Dia juga seorang yang penyayang dan sentiasa bersabar dengan karenah orang tersayang. Andailah watak seperti Shark itu wujud mahu aje Fitri pergi pinangkan. Dia kaya tapi dia tak pandang pada kekurangan orang lain. Yeaahhh... Itulah yang paling important!

Apa-apa pun pesanan Fitri belilah novel ni buat mereka yang kaki novel sebab novel serius tak menghampakan langsung. Ruuuuggiiiii kalau tak ada Lazuardi. Alah, bukannya mahal pun. Setakat RM 23.00 untuk semenanjung, RM 26.00 aje untuk Sabah / Sarawak.

Ok, sebenarnya Fitri tak tahu ini dalam kategori review or not tapi yang pastinya Fitri macam tengah promote novel Lazuardi ni. Ok, memang promote pun! Rugi tak beli, rugi tak baca! Ahaks....

I Love You Shark!!

Lazuardi is the best..!!

Kan best kalau ada Lazuardi 2... Hmmm... =/

Oklah, takat ni ajelah luahan Fitri kali ni. Lain kali Fitri luahkan tentang novel lain pula ek.

Wassalam... Tata....

12 comments:

  1. lazuardi ni citer dia best lain... citer dia lebih kepada konflik keluarga yang dihadapi anaz tp dia selitkan juga kisah percintaan antara anaz dan shark serta pershabatan anaz ngan odie.. kisah percintaan anaz ngan shark sangat sangat sweet walaupun dorang banyak terpisah.. watak shark ni tersangatlah sweet sampai rasa nak cari suami yang macam dia.. perfect man... overallnya citer ni memg best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? memang lain sangat. susah nak jumpa dalam novel lain. paling best sweet dalam novel ni disampaikan dengan cara yang sempoi, yang tak memberatkan kepala pembaca yang membaca. walaupun ayat dia sempoi tapi bila tiba part sedih, kesedihan tu tetap boleh dirasai. jom, kita cari sama-sama. hehe...

      Delete
  2. haha..sye dah ada dah novel ni, dah khatam bnyak kali dah.. susah nak lupa kat shark..hehe (gedik). time yang anaz kna dengan mak dia tu sedih sangat and sampai saye pun rasa nak nangis sama. sape-sape yang belum baca cepat-cepat la cari..promote kejap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hohoh... saya baru baca sekali.. tapi rasa susah giler nak berpisah dengan shark.. shark ada aura yang tersendiri, kadang2 tengah dok sorang2 pun boleh terbayang muka shark yang saya bayang.. fuhh... kalau saya dah kahwin gerenti ngamuk suami.. hohoh... kan, senang2 je mak dia babab dia... eee.. geram! promote jangan tak promote.. rugi kalau tak beli, weyyhh..!! >_<

      Delete
  3. hahaaha... 2 la gler dok ingt kat shark je.. yg geram sngt sebab mak dia sayang sngt kat ain tu.. ain tu jahat sesangat tp anaz bleh je bersabar.. kadang2 sye rasa kalau la sye jadi anaz sye buat xtaw je kat family pas2 teruskan hidup ngan shark je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. Lazuardi the best! Mak dia 'buta'.. kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak.. ain yang plastik tu juga yang dia bela.. anaz tabah orangnya..kalau saya jadi anaz rasanya dah lama suruh shark bawa saya lari ke overseas, tak payah balik Malaysia dah.. aman.. hehe..

      Delete
  4. Saya pun dah baca jugak! Memang sweet dan best ^^

    ReplyDelete
  5. feveret ever kot~ *lpas komen ni teruih lari p library sat cari blek novel nih* hahaha

    ps:minat jemari seni yer~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita dia best giler, kan? Baca sekali mesti nak baca lagi... ahaksss...

      minat jugaklah.. ^_^

      Delete
  6. wahh... Sy pun peminat gilerrrr shark! Huhuhu... Dah khatam berulang kali sampai ayat dalam novel tu pun dah boleh hafal. Hrap sngat suatu hari nanti jumpa 'shark' dalam dunia realiti , hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng!!! hahaha... harapnya wujudlah Shark kat dunia ni. ;D

      Delete