Thursday 6 November 2014

Kenangan dan... Kamen Rider???

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


-_______________________________________-


Mood tengah bengong. Tak puas dating dengan Masahiro Inoue pagi tadi. Okey, buat mereka yang sopan dok tengok Barbie mungkin tak kenal siapa pula mamat Jepun yang aku mentionkan di atas.

Mamat tu pelakon utama Kamen Rider Jambu Giler. Eh, bukan! Kamen Rider Decade. Tak pernah sedar pun kewujudan cerita itu selama ini. 

Baru pagi semalam 'berkenalan' dengan entah apa namanya watak utama tu. Yang aku tahu nama pemegang watak utama dia Masahiro Inoue.

Itu pun baru lima minit yang lepas pergi search nama dia dekat Google. Muehehe...

Tapi serius arr, Masahiro tu hensem tahap nak jerit... "Mak, jom beli tiket pi Jepun. Orang nak pi dating sat dengan Masahiro. Pastu kita balik Malaysia balik."

Bunyi macam Jepun tu letaknya di sebelah rumah aje. -_-

Oh, dari tadi dok Masahiro Inoue tapi tak tunjuk pun dekat korang siapakah gerangannya.

"drumroll"

Gambar dari Google

Okey, muka dia jambu sikit tapi hensem. Hehehe...

Owh, sebelum tu mesti korang akan kata, apalah budak ni. Dah tua bangka pun layan kartun lagi.

Haha! Nak buat lagu mana, dah cek ni memang hantu kartun. Tapi kartun feveret cek semuanya dari Jepun. Senang cite anime. 

TAPI!!!

Cek ni tau tengok je. Korang tanyalah nama watak dalam anime ke, tajuk anime ke, anime terkenal ke, memang cek tak tau. -_-

Okey, masuk balik part kartun. Sejak dari kecil memang aku dihadapkan dengan Ultraman, Kamen Rider, Power Rangers, Masked Rider dan macam-macam Rider lagi arr.

Maklumlah, aku kat sini dulu ada beberapa orang kawan aje waktu kecik. Itupun kalau ada lima orang, hanya seorang aje perempuan. Yang lain, lelaki...

Jadi, sedikit sebanyak memang aku terikut-ikut dengan perangai diorang. Samseng tak kena tempat (sepuluh tahun yang lalu arr, sekarang sopan dah), lepas tu main pun ganas-ganas. 

Kau jangan cuba nak dekat dengan aku atau sia-sia patah gigi kau aku buat. Lebih kurang gitu arr aku waktu kecik dulu. Ganas tak? Tolonglah takut. Muahaha... 

Tapi serius arr memang ganas. Ingat lagi waktu tadika dulu, kaki kena cermin tingkap. Berdarah punya banyak tapi air mata setitik pun tak ada. Siap boleh lagi sengih-sengih dengan kengkawan.

Lepas tu bila time puasa, dekat tadika bila cikgu tanya puasa tak hari ni. Bersemangat giler arr aku jawab, PUASA, CIKGU! Padahal balik aje terus ajak mak dengan kengkawan pergi kedai. Beli satu keropok kongsi ramai-ramai.

Dan again, akulah satu-satunya bunga antara kumbang. Tapi waktu tu tak ada feeling bunga-bunga semua. Yang aku tahu, kau kawan aku, aku kawan kau. Haha!

Tapi, bila dah masuk sekolah rendah tahap 2, pelan-pelan aku menjarakkan diri dengan lelaki. Kawan tu ada tapi tak ada seselamba badak macam waktu kecik dulu. 

Tapi aku ingat lagi waktu darjah 4 macam tu la. Entah kenapa aku geram sangat tengok pipi kawan lelaki aku bergayut-gayut. Tembam giler. Aku pun pujilah dia.

"Weyh, pipi kau comel giler arr!" - lebih kurang gitu arr ayatnya.

Lepas tu dia balas balik - "Kau pun comel juga."

Siap dia cuit lagi pipi aku. Perrgghh... malu kut! Sejak 'peristiwa hitam' itulah aku mula sedar yang aku tak patut pegang-pegang dengan lelaki. Apatah lagi bila aku dengar ada kawan aku yang dah akil baligh.

So, starting from that time, aku dah kurang bergaul dengan lelaki sampailah sekarang. Kalau ada pun takat kawan satu kelas dan kelas yang berjiran dengan kelas aku. Itupun bersembang kalau rasa aku ada benda nak bersembang.

Tapi, kadang-kadang melalut juga aku bersembang. Kalau dah namanya kawan, kan...

Mak oiiii! Melalut dah aku ni. Okey, jom fokus balik pada Masahiro Inoue.

Watak yang dia pegang iaitu Kadoya Tsukasa (baru tiga saat yang lepas aku berusaha cari di Google) seriously buat aku rasa macam nak lempang muka aku sendiri. 

Giler pinky arr. Semalam aku tengok dia pakai baju warna pink, hari ni pun pink juga. Dahlah watak kamen rider dia pun warna pink.

Gambar hasil Google.

Tak cukup dengan itu aje, rambut dia pun aku rasa macam nak gelak guling-guling sambil buat drama Bollywood. Memang giler lawak arr!

Gambar hasil Google.

Bukan macam ni rambut yang aku tengok tu tapi perasaan dia sama macam mana perasaannya waktu tengok gambar ni. Kalau korang tak ada feeling, tak adalah... -_-

Apa-apa pun seriously rasa macam next week pun tak nak pergi sekolah lagi semata-mata nak tengok Masahiro Inoue. Tapi hari Rabu memang aku tak sekolah next week. Cuti bergilir tingkatan 4 sebab budak tingkatan 5 SPM.

Oh my Masahiro Inoue, nanti kita dating lagi naaa...

Aik, aku dah beralih ke Jepun pula ke? Hmmm... Jepun dengan Korea kan jiran tetangga. Jadi, jangan jadi selimut tetangga. Apa kaitannya, aku pun tak tahu.

Apa-apa pun, kat mana nak tengok Death Note dengan Code Blue ek? Dah lama teringin nak tengok balik dua cerita Jepun ni. Huuuu...

Okey, bila dah huuu tu maknanya budak ni tak boleh terus menulis lagi. Atau budak ni akan lebih banyak melalut dan lupa yang esok ada exam lagi. Huuuuu....

Gambar hasil Google.

Bye Masahiro Inoue!!!

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

No comments:

Post a Comment