Saturday 1 November 2014

Kerana Perasaan Itu...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...




Kerana perasaan itu, hancur silaturrahim.

Kerana perasaan itu, hilang persahabatan.

Kerana perasaan itu, hati mudah digoda iblis.

Kerana perasaan itu, sekelip mata hati dipenuhi noda.

Kerana perasaan itu, lupa semua kebaikan.

Kerana perasaan itu, kita hilang kewarasan akal.

Kerana perasaan itu, tanpa sedar kita melukakan hati insan lain.

Kerana perasaan itu, kita mengguris jiwa insan yang disayangi.

Kerana perasaan itu, kita hilang segala-galanya.

Kerana perasaan itu, kau lupa yang kau hanya manusia biasa.

Singkirkan dan buangkan perasaan itu.

Humbankan ke dasar hati yang paling dalam.

Mudah-mudahan ia tidak dapat dicari lagi meski digali sedalam yang mungkin.

Jangan biarkan ia terus menguasai diri.

Terus menguasai hati.

Terus menguasai akal dan fikiran.

Ia mampu merosakkan segala-galanya.

Ia ibarat racun yang meski hanya setitik namun kesannya amat membahayakan.

Buangkan ia, lupakan ia.

Wahai HASAD DENGKI!

Nyah kau dari hati aku yang bernama MANUSIA!

Rezeki diberi lain-lain.

Setiap yang aku ada, tak semestinya mereka ada.

Apa yang mereka ada, adakalanya aku tidak ada.

Itu kerana...

REZEKI.

Redha dan tawakkal.

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

1 comment:

  1. suka entry fit hat nie. setuju apa yg fit tulis tu. and rezeki ALLAH dh tetapkan masing2 ada part dia yg trsendiri. tak perlu hasad dengki takut nanti memakan hati. nice ! ^_^ tengkiu share entry nie sbb mengingatkn diri nie hakikat rezeki itu dh ditentukan ALLAH. :) :) :) <3

    ReplyDelete