Tuesday 16 September 2014

Buntu Mencari Arah Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Hahaha! Semalam dah update blog, hari ni pun update lagi. Gila nak update blog ke apa aku ni? Hehehe... tapi semalam update versi hatiku kuciwa menonggeng sampai tertonggeng. Tonggeng tertonggeng tonggeng sampai tertonggeng dan terus tertonggeng.

Ok, daripada kornea mata korang pun korang dah boleh nampak mood gila aku dah datang. Rasanya macam dah malas nak tulis nama pena sendiri. Starting from now, I'll use 'aku'. So, anybody feel that I'm so rude with 'aku', please stay away from my blog. Ngeee... saja speaking. Maklumlah, sekarang ni kalau nak lulus degree kena lulus BI. Mati gue!

Sebelum ni hampir sebulan tak update blog, kan? Ke mana budak kecik tak berapa nak kecik ni menghilang? Sebenarnya tak adalah hilang lagi, ada aje di bumi Malaysia yang tercinta ini. Cuma, komputer rosak. Segala apa yang aku tulis semua lenyap. Adalah dua tiga cerpen yang sempat diselamatkan. Itupun sebab aku save dalam e-mail. Hati aku terbakar gilalah waktu tengok komputer rosak. Gila penat aku taip tup tup lenyap macam tu aje. Siapa tak bengang, woi!

Tapi, tak apalah. Anggaplah jodoh aku dengan komputer 1Malaysia tu dah tak ada. Dah takdir kami perlu 'berpisah' begini. Setelah 4 tahun mengharungi suka duka bersama. Akhirnya... huwaa... tak dinafikan sedih juga. Inipun update blog guna komputer sedare. Hehehe... pinjam sebab nak buat kerja sekolah tapi lastnya online. Sorry, Lan! :P

Ok, dah jauh sangat tersimpang daripada tajuk yang giler sastera ayatnya. Hmm... jom kita kupas guna wi-fi isu yang hangat itu. Panas... panas... (nyanyi ala-ala lagu dalam Melodi)


Sejak habis PMR last year dan kemudiannya melangkah masuk ke alam menengah atas, tak habis-habis fikir kehidupan selepas SPM.

Apa yang aku nak buat?

Apa yang aku nak cari?

Nak ambil lesen kereta dulu ke atau lepak-lepak golek-golek atas katil?

Nak kerja dulu ke?

Lepas dapat result SPM, nak masuk F6 ke matrikulasi ke diploma?

I don't know. Sampai sekarang tak habis-habis demam sebab fikir benda-benda tu. Aku takut sangat. Especially bila sebut bab kerja dengan belajar. Sekarang ni mana-mana institusi aje mesti nak cari yang badan-giler-tengok-aku-tak-tahu-beza-papan-ke-orang.

Mak sedare pun awal-awal dah cakap, orang sekarang kalau nak cari pekerja diorang tak cari yang gemuk-gemuk ni. What the cekelat hacks? Habis tu orang gemuk ni layak duduk kat dapur melantak ajelah. Errr... salah ke jadi gemuk? Bukannya aku yang minta pun nak jadi gemuk. Aku... EHHHH! Aku dah lari tajuk dah ni. Ok, jom balik ke arah tajuk asal. Sorry, emo kejap. Emosi masih tak stabil. Apa masalahnya tak stabil aku pun tak tau. Tak cukup vitamin C kut. (apa kena mengenanya aku pun tak tau)

Aku buntu memikirkan apa aku nak buat lepas SPM. Ambil lesen kereta memang dah confirmlah. Bapak aku awal-awal lagi dah volunteer nak ajar bawa kereta. Tapi aku berat hati nak terima. Sebab aku malu kalau belajar dengan bapak aku. Muehehe... lagipun takut nanti bapak aku membebel itu ini tak kena. Ngeee...



Lepas tu, ada macam-macam pendapat untuk aku sambung belajar. Tapi yang pastinya tiada yang kata lebih baik ambil F6. Haha! Semua dah tak nak sarung baju sekolah dah. Termasuklah aku. Tapi, aku rasa kalau dah darurat tu mungkin akan dipertimbangkanlah.

Tapi, aku mula-mula dulu target nak ambil diploma. Lepas tu Shaz cakap kalau ambil diploma lambatlah boleh ambil degree. Diploma dah berapa tahun, lepas tu nak ambil degree pula. Jadi, start dari situ aku target nak ambil matrikulasi. Tak payah jauh-jauh, Matrikulasi Gopeng kan adooo.

Lepas tu, dengar cerita batch aku semua dah wajib masuk PLKN. Aku dah rasa macam nak hentak kepala aje kat dinding bila dengar perkataan WAJIB tu. Aku dok terbayang macam mana seekor badak berlari lepas tu terjun dalam air. Lepas tu berkayak. What the cute! Aku takut air. -_-

Errrr... penuh onak dan duri betulkan, kehidupan ini? Terkadang kita melihat seakan jalan di hadapan kita begitu luas dan lancar. Namun, apabila sudah mula melangkah, barulah kita menyedari jalan yang luas tidak semestinya tiada selekoh dan lubang. Betul tak? Allah akan sentiasa menurunkan dugaan terhadap hamba-hamba yang disayangi-Nya. Kerana setiap dugaan pasti akan berakhir dengan kepuasan dan kejayaan jika dilalui dengan penuh kecekalan.

Kadang-kadang aku terfikir, baik aku kahwin aje lepas habis SPM. Tak payah nak sesak kepala otak dengan belajar bagai ni. Tapi, apabila diteliti balik, apa guna aku berkahwin dengan jiwa yang kosong. Ilmu... lagi dicari lagi banyak yang kita tidak tahu. Bila sudah berkahwin pasti akan ada anak. Siapa yang kahwin tak nak ada anak. Ya, dok?

Apa yang ingin disuapkan kepada anak-anak kita? Ya, suap dengan makanan. -_- Tapi rohani mereka, apa yang perlu aku suapkan ke dalam rohani mereka. Bagaimana aku ingin beri pada rohani mereka jika aku sendiri tiada apa-apa. Rohani masih lemah dah jiwa masih ada lompong.

Jadi, kahwin tu memang dah ditendang keluar dari list lepas SPM. Lagipun nak kahwin kena pakai duit. Kut-kut kahwin dengan Datuk Paduka macam Eina Azman bolehlah aku fikir sekali dua aje nak berkahwin. Ini buatnya dapat yang sebaya dengan aku. Kerja pun belum, macam mana? Ishhh... poning!


Ok, tak payah nak poning-poning. Jom kita tidur. Selamat malam. Kurangkan kontroversi, berdiri atas bakat sendiri. Muehehe... psssttt... aku nasihatkan korang tengok video-video yang aku kongsi dalam entry ni. Yang lagu tu suka hatilah nak buka atau tak tapi yang dua lagi video tu aku suggest korang tengok. Heee...

Thanks sudi baca Fitri merepek. Wassalam. Tata. ;P

No comments:

Post a Comment