Monday 15 September 2014

Kata...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...




Kata takdir, rezeki kau belum tiba.
Kata aku, cerita aku merepek.
Kata hati, lepas ni buat cerita untuk bacaan diri sendiri ajelah.

Kata akal, niat kau menulis tu kena betulkan dulu.
Kata jemari, selagi kau mampu menulis teruskanlah menulis.
Kata jiwa, kenapa nak kecewa kalau dah memang cerita kau merapu.
Kata Nur Fitri, jika dia takut hadapi kecewa maknanya dia rasa diri dia terlalu bagus walhal ramai yang lebih bagus.
Kata Nur Fitri, jatuh itu biasa kerana sebelum kita mampu berjalan lurus kita perlu merangkak dahulu.
Kata Nur Fitri, ini dah masuk kali ke berapa tak tau tapi yang pasti bukan kali pertama dia perlu hadapi kekecewaan ini.
Kata Nur Fitri, keep writing and writing until you get what do you want in this world.
Kata Nur Fitri, mengapa perlu kecewa atas kelemahan diri sendiri.
Kata Nur Fitri, kalau dia mengaku kalah maknanya dia tak nak mengakui kelemahan diri sendiri.
Kata Nur Fitri, hadapi kekecewaan dengan hati yang terbuka kerana kekecewaan mengajar kita cara mencapai kejayaan.
Kata Nur Fitri, practice makes perfect!
Kata Nur Fitri, apa kata dia fokus SPM dulu? 


Mungkin benar rezeki buat aku dalam arena penulisan masih belum tiba. Namun, takkan aku jadikan itu sebagai poin untuk aku berhenti menulis. Kemahiran yang ada mengapa perlu dibazirkan begitu sahaja. Ya, tidak? Mengapa perlu tunduk pada kekecewaan sedangkan kekecewaan adalah permulaan kejayaan. Buka hati, buka minda dan terima kekecewaan sebagai satu semangat untuk terus menetap dalam arena penulisan. Usah berhenti selagi belum terbukti kau tiada makna dalam arena penulisan. Biar apa pandangan manusia kerana manusia hanya tahu menilai zahir.

Nur Fitri, yakin dan percaya yang kau boleh!

Jangan biar kecewa memijak diri kau sehingga kau terlupa yang kau masih punya masa untuk membetulkan kelemahan diri. Aja aja fighting!

Terima kasih sudi baca Fitri merepek. Wassalam. Tata.

No comments:

Post a Comment