Saturday 9 August 2014

Cerita Raya 2014

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Dah masuk minggu kedua raya baru nak update cerita pasal raya. Hope tak adalah insan-insan alam maya yang mengutuk kata entry ni dah basi. -..- (walau hakikat memang dah basi!)

Raya tahun ni... raya pertama adalah hari yang paling bosan dalam dunia. Huwaaaa... boleh pula malam hari Ahad tu demam. Mak agak puncanya adalah menyapu dekat rumah opah waktu senja. Ok, mak eden salah 99.9%.

Sebenarnya malam tu pergi mandi lambat, dalam pukul 9.30 kut sebab dari rumah opah jalan kaki balik rumah lepas berbuka. Jadi, lambatlah sampai rumah. Dah mandi tu rambut tak kering sangat lepas tu terus tidur. Tidur pula kipas berputar macam kipas helikopter. Apalagi, semacam aje rasa kepala. Lastly, demam.... kahkahkah!

First-first rasa macam urrggghhh sebab raya first pun demam-demam lagi. Tapi tak teruk sangat. Just, selang sejam mesti pergi toilet. Beraya satu rumah aje terus balik. Nak balik kampung dekat K. Kangsar pun tak berani. Kut-kut feeling nak pergi toilet tengah jalan mana nak rembat toilet.

Waktu cirit-birit tu, rasa macam urrggghh, hilang nikmat raya aku. Tapi, Fitri set mind jadi positif cepat-cepat. Sakit itukan penghapus dosa. Jadi, sakit macam kena cucuk dengan jarum sepanjang 20cm dekat perut pun Fitri cool aje. 

Coollah sangat padahal nak meraung sebab tahun ni lemang makan 5 ketul je. Ok, Fitri kira bape ketul, hokey! Dahlah lemang jagung yang Fitri request pun dapat makan 2 ketul. Huarrrggghhh... nak beli lemang jagung tak tau kat mana. Nak beli tepi jalan macam tak berani. Dah banyak kes Fitri dengar tentang lemang jual tepi jalan ni.

Pernah kena pun ya. Ada ke patut sebatang RM15? Ada dekat satu tempat ni dekat Sg. Siput (sebelah infoternak) lemang dua batang baru berapa belas ringgit aje. Tak patut hokey, menipu orang di bulan Syawal yang mulia! So, penggila lemang, be careful waktu membeli lemang. Jalan main cekau aje beli lemang.

Ok, masuk balik kisah raya.

Fitri pernah letak gambar tudung kuning ala-ala bintang langit kuning dulu. Kalau tak ingat, nah ini gambarnya.

*Gambar Dipadam*

Tak rasmi pun lagi tudung ni. Baju yang nak dipadan dengan tudung ni dah rasmi dah. Manakan tidak, der. Orang tak sihat tak larat nak angkat tangan lilit-lilit shawl. Lastnya pakai tudung hitam 10 hinggit beli kat Jalan TAR aje. Sadis ceritanya, kan? Nangis sikit.

Kesimpulan cerita raya first, sadis tapi best sebab dapat rasa nikmat sakit. Nikmat yang insya-Allah akan menghapuskan dosa-dosa kecil kita. Insya-Allah... jadi, lepas ni kalau sakit jangan nak mengeluh sebaliknya bersyukur. Bersyukur kerana kita adalah antara insan terpilih untuk merasai nikmat itu. ;)

Jadi, raya first tu tonton tv ajelah. Tv apa? Tv3. Hahaha... pagi petang siang malam tengok iklan lagu Anugerah Syawal. Lagu tu makin best, chor! Kena pula bila bunkface ft dengan IK Ultra. Hehehe... terbaik!



Seriously, video ni memang gila kreatif. Suka tengok aksi yang pakai baju melayu warna kuning tu. Gila selamba. Haha... yang menari macam orang jakun tu lagi best. Memang happening la cerita dia video ni! I like it! Rasa macam nak enter frame pun ada. Hahaha! :P

Ok, itu cerita raya first. Masuk pula cerita raya second. Lagilah bosan. Hahaha... sebenarnya sedare ramai balik raya second tapi petang. Jadi, kesimpulannya waktu pagi memang bosan. Duduk atas tangga dengan adik saudara sambil nyanyi lagu raya macam orang gila. Orang kata anak dara duduk atas tangga tak baik. But, what I care? Ngeee... 

Jadi, bila bosan tu dah jadi over, teruslah decide nak jenjalan. Fitri ajak dia pergi jalan sampai dekat jambatan aje. Tapi dia kata jom pergi rumah Mak Yah. Nak pergi tengok budak-budak laki pi kait rambutan. Alih-alih tengah jalan jumpa diorang. Ingat nak patah balik tapi adik saudara a.k.a Farah ajak juga. Dilayankan ajelah.

Pergi sekejap lepas tu balik. Waktu balik tu singgah pula dekat rumah Fitri yang tak adalah jauh mana pun dari rumah mak sedare Fitri tu. Ingat nak rehat kejap aje. Tapi, last-last 'terrehat' lama pula. Mana tidaknya, tetiba aje sedare belah bapak datang. Mak pun terpaksalah balik rumah kejap. Tapi kejap tu bertukar jadi lama.

Hehe... tapi best juga duk lama2 kat rumah. Duit raya pun masyuk. Ngeee...

Dah petang sikit barulah balik ke kampung yang giler jauh tu. -..- Ambil masa 2 minit 39 saat ok, nak sampai kalau guna kaki. Sampai-sampai orang dah ramai. Yang lelaki semua pakat main badminton. Yang perempuan especially golongan-golongan isteri semua pakat jerit pekik bagi sokongan.

Juaranya, wakil Sg. Besar. Hehehe... memang happening habis sampai ke malam. Just Fitri malam tu tak berapa nak happening sebab perut memulas walau dah tak seberapa. Dah ok lepas doktor bagi ubat cirit birit overdose waktu raya first. Raya first tu kena paksa pergi klinik sebab dah teruk sangat petang tu.

Raya ketiga, happening raya dah hilang sikit demi sedikit. Tapi duit raya still happening. Haha! Makin tua makin banyak dapat duit raya, der! Jangan pandang gua yang tua ni sebelah mata, hokey. Dapat dari sedare belah bapak yang tak henti-henti datang ke rumah sampai raya kelima. Rezeki melimpah ruah dekat den. Weee...

Lepas tu, malam raya kelima tu bapak ajak pergi Lumut, tidur semalam kat rumah sepupu. Sampai lebih kurang pukul 10 kut. Entahlah, lupa dah. Mula-mula pusing kat jeti tapi orang ramai sangat terus lajak ke depan sikit. Kat depan tu tak ada kedai. Ada laut dan tempat gelap aje. Giler seram.

Buat muka comel ala-ala orang tak cukup baju dalam almari ajak bapak pusing lagi kat jeti buat kali kedua. Mana tahu ada rezeki dapat tempat parking dan boleh buat sesi membuang duit. And, yes! Ada rezeki! Baru masuk kat tempat jeti dah ada tempat parking kosong. Apalagi, pakat tiga beranak buat sesi buang duit.

Dapatlah Fitri dua helai baju cap Pangkor. Cap aje Pangkor tapi beli kat Lumut. Betul-betul dah tengah malam baru sampai dekat rumah sepupu. Dahlah rumah orang semua dah gelap. Hehehe... itupun sepupu sempat juga hidang air teh pukul 2 pagi. Gila havoc makan dodol dan kuih raya pagi-pagi buta.

Bangun pagi, mata dah rupa adik-beradik panda. Itupun bapak dok nak bawa juga jenjalan. Balik ikut K. Kangsar. Singgah kampung. Pergi sana pergi sini. Pastu balik-balik bapak lajak pula pergi Ipoh, rumah sepupu lagi sorang. Lepas tu sempat pergi MPH. Beli novel... maklumlah, duit raya berlambak. :P


Haaa, ada satu pengajaran nak bagitau kome semua. Kalau dah tahu nak pergi rumah orang jauh-jauh tak payah surprise sangat. Sat lagi kita yang surprise. Contohnya bapak den. Konon nak surprise sepupu yang dok kat Ipoh last-last bapak den terkena balik.

Mana tidaknya, konon nak pergi rumah sepupu kat Ipoh tu. Sebenarnya dia duduk kat Lumut juga tapi dia balik Ipoh sebab ada rumah lagi satu kat sana. Nasib baik dah janji nak tidur kat Lumut dekat rumah sepupu yang lagi sorang. Kalau tak naye aje dibuatnya pergi-pergi tak ada orang.

Jadi, kesimpulannya, gunakan teknologi telefon yang secikai manapun sebaiknya, Ada pahem?

Oh, kerja sekolah waktu cuti. Oleh kerana terlalu asyik berjalan sana sini, melayan tetamu dan makan kuih raya, sampai sekarang kerja sekolah tak siap lagi. Bukanlah tak siap langsung tapi adalah lagi sikit. Sikitlah sangat. --'

Nasib baik cikgu nak minta kerja sekolah tu minggu kedua lepas sekolah balik sebab minggu first naik sekolah balik tu exam. Masing-masing baru nak kelam kabut baca buku waktu hari exam. Mana taknya, asyik sangat beraya semuanya. Hehehe...

Jadi, adik-adik janganlah tiru perangai ahkak yang tak semenggah ni. Sebelum cuti tu buat kerja sekolah siap-siap dulu. Tak macam ahkak, sebelum cuti semangat nak buat kerja sekolah. Merata angkut kerja sekolah tapi dah sampai rumah opah pergi layan Running Man. Ok, jangan tiru. Faham?

Perasan tak entry Fitri langsung tak ada gambar raya? Perasan tak? Hehehe... I'm not selfie and upload into social web type. Walaupun hakikatnya yang gambar tudung kuning tu gambar selfie. Itulah satu-satunya kut gambar selfie Fitri yang Fitri upload masuk alam maya. Kut. Mana tahu masa hadapan nanti jadi hantu selfie pula, kan?

And, I'm not camera type. I don't have camera. I just have a cikai phone. Haha! A cikai phone... What the ngokngek punya bahasa.

P/s : Cerpen raya tak ada sebab busy tahap nak mampus. Tahun depanlah kut. Ngeee...

Ok, dah tak tahu nak tulis apa lagi. Bye, Selamat Hari Raya Maaf  Zahir dan Batin. Ingat adik-adik, jangan tiru perangai ahkak comel ni!

Selamat Hari Raya. Thanks sudi baca Fitri merepek. As'salam. Bye. ^_^

No comments:

Post a Comment