Wednesday 23 July 2014

Busyyyyy Rayyyyaaaa

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Pejam celik pejam celik rupa-rupanya Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita akan berjumpa kembali dengan Ramadhan pada tahun hadapan, insya-Allah. Dan dalam bulan Ramadhan, blog ni pun berpuasa juga. Dah sebulan tak taip entry baru.

Akma pun kata, dah sebulan kau tak update blog. Hehehe... letih + busy + malas. Gabungan ketiga-tiga adik beradik tiga serangkai itu, maka terhasillah blog yang sudah bersawang ini. Tapi alhamdulillah, dalam dok Fitri menyepi masih ada yang sudi menjenguk membaca merepek kerepek Fitri. Walau tak ramai tapi thank you! 

Persiapan raya korang macam mana? Fitri semua dah lengkap. Maklumlah, omak den tak suka kalau shopping-shopping last minit ni. Buat sesak otak dalam lautan manusia dalam shopping complex. Lebih baik dok rumah sambil buat kerja sekolah.

Oh, cerita pasal kerja sekolah. Tak lengkaplah hidup seseorang pelajar itu kalau tak ada kerja sekolah. Ya dok? Setakat ini aje pun dah bertimbun kerja sekolah. Belum lagi dicampur lagi dua hari ni. Fitri yakin cikgu-cikgu semua bersemangat waja berfikir kerja sekolah apalah yang nak dibagi pada anak-anak murid mereka yang comel lotey ni.

Tak rayolah eden tahun ni! Huwaaa...


Haha... tapi memang tak 'raya' pun tiap-tiap tahun. Orang sekarang kecuali Fitri yang masih mendap dalam bidang teknologi semua dah terlalu sibuk beraya bersama gajet yang bajet boleh tolong masak lemang. Walhal orang tua jugalah yang terbongkok-bongkok pusing-pusingkan lemang tu dekat api.

Fitri benar-benar rindukan suasana raya yang dulu. Yang malam-malam keluar bertemankan nyamuk pergi main bunga api ramai-ramai. Lepas tu pusing-pusingkan bunga api buat huruf R-A-Y-A. Lepas tu budak laki pakat-pakai main mercun lawan dengan budak surau. Dah penat main bunga api main pula mercun pop-pop. Habis bersepah lantai rumah opah dengan plastik mercun pop-pop.

Yang anak dara comel-comel termasuklah Fitri yang comel ni semua duduk atas tangga dekat sebelah pangkin. Walaupun tahu anak dara tak baik duduk atas tangga tapi apa kami kisah. Heeee... sambil tu story-mory la pasal masing-masing. Daripada topik cinta monyet sampailah topik sekolah and whatever yang tak ada kaitan dengan raya.

But, all of that hanya tinggal kenangan.

Sekarang, malam raya pun suram. Kena pula sejak arwah opah meninggal. Dah tak ramai nak balik raya first kat kampung. Semua pakat balik belah keluarga lagi satu. Tinggallah Fitri dengan dua lagi family (mak sedare) kalau yang lain tak balik. Sadis, kan raya Fitri. ='(

Tapi, Fitri tak kisah sangat tapi sedihlah juga (boleh ke gitu?). Asalkan pasangan couple paling sweet di dunia (Encik R dan Puan J) ada di hadapan Fitri, Fitri dah cukup bahagia. Merekalah pelita malam raya Fitri. Huwaaa... ayat mengusik jiwa betul haku ni!

Encik R dah bagi duit raya awal-awal. Muahaha... Cik F ni pun dah ucap selamat hari raya dah dekat Encik R dan Puan J. Betapa semangat wajanya nak meraikan hari makan lemang... eh! Bukan! Hari Aidilfitri. Baju raya pun dah siap sejak dari bulan lima lagi. Look, how semangat I am. (ok, abaikan bahasa pasembor Fitri)

Cerita pasal baju raya, teringat pula kisah kad raya. Zaman sekolah rendah dulu, kalau tukar-tukar kad raya gerenti ada beberapa soalan wajib disoal.

Baju raya warna apa?

Kuih raya dah buat ke?

Tahun ni raya dekat mana?

Bila nak balik kampung?

Kasut raya dah beli ke?

Soalan-soalan tu mesti akan tertulis dalam setiap kad raya yang Fitri dapat waktu zaman babyface terhindar dari sebarang jeragat yang menyembunyikan babyface Fitri. Dulu-dulu rajin. Kalau tak ada seringgit nak beli kad raya, ada sekupang pun jadi pergi beli kertas. Lipat-lipat lepas tu tulislah macam-macam pasal raya.

Tapi, itu dulu... sekarang...

Malam raya dekat tempat plug tu berderet dua tiga henfon. Entah siapa punya kadang-kadang Fitri pun tak tahu. Bila bateri dah penuh, ralit pula tot tet tot tet entah apa ke bendanya. Fitri ada juga tot tet tot tet tapi tak lama. Boring kut ngadap henfon cikai yang sepatutnya dah patut dibaling ke dalam lombong tu. Lagipun, mak kesayangan Fitri takkan dibaginya Fitri dok senang lenang memanaskan buntut atas kerusi. Sabar ajelah!


Ok, ok.... dah panjang sangat dah Fitri membebel. Sakit pula mata Fitri baca merepek sendiri. Jom kita menuju ke arah entry raya yang sebenar. Sebenarlah sangat!

Saja nak cerita....

Tahun ni raya pakai baru raya warna pink. Corak dia warna yellow mustard + cream. Macam mana rupa baju tu? Biarlah rahsia! =P

Yang ini tudung raya Fitri...

*Gambar Dipadam*

Abaikan pipi pau Fitri! -_-

Tudung ni dah ala-ala bintang di langit kuning. Gituu...

Kasut pula warna cream. Wedges/kasut sarung. Fitri tak biasa pakai kasut lain sebab rasa macam orang dok usyar aje kaki Fitri yang kemetot. Yang amat lain saiznya berbanding saiz kemontelan Fitri yang melampau. Huhuhu....

Lepas tu, yang specialnya tahun ni.... Fitri ada beg... tangan! Haha! Ok, dekat sekolah tadi Akma dah gelakkan Fitri sebab Fitri beli beg tangan. Manakan tidak, minah ayulah sangat dengan tahap brutal yang dahsyat tetiba aje nak pakai beg tangan. Tak ke crazy! But, what I care!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga pembaca yang sudi membaca merepek kerepek Fitri sampai tinggal serdak. Saja ucap awal-awal takut raya nanti tak sempat. Busy ratah rendang menambah 'kepauan' pipi den.

Cerpen raya tahun ni tak taulah ada ke idok. (bunyi macam tahun lepas ada aje cerpen raya) Fitri busy tahap nak pengsan atas katil. Kerja sekolah bertimbun-timbun. Lepas tu busy nak tolong mak kemas rumah lagi. Huwaaa... biskut raya pun tak buat lagi. Alamatnya tetamu datang hidang aje biskut kering cicah teh o'. Bolehlah, kan? Hehehe... =P

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Salam takziah Fitri ucapkan kepada keluarga mangsa MH17. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Buat rakan-rakan Fitri yang beragama Islam pula, dalam asyik kita meraikan aidilfitri, usah kita lupakan pada saudara kita yang kehilangan insan tercinta di bumi Gaza sana.

Thanks sudi baca Fitri merepek. Wassalam. Tata. ^_^

No comments:

Post a Comment