Saturday, 28 June 2014

Bertemu Jua Kita...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Alhamdulillah, akhirnya bertemu jua kita dengan bulan yang penuh barakah ini. Pejam celik pejam celik aje rupa-rupanya kita dah sampai ke bulan Ramadan 1435H. Padahal lemang yang dimakan tahun lepas masih terasa-rasa lagi dalam mulut ni. -_-


Tapi Ramadhan kali ni terasa agak errr sikit. Manakan tidak, tengah-tengah inilah menyibuk nak bola world cupnya. Siap ada yang bangun malam, ingatnya nak solat tahajud ke apa ke, rupa-rupanya tengok bola. Adoyai....



*Ihsan Google*

Errr... donno nak cakap apa. Rasa macam dah lama giler tak merapu, sampai idea pun kering. Err... sorry tak update Berkasih Dalam Bercinta. Busy dengan kerja sekolah dan hari sukan. Apa pun tak jalan. Cerpen pun dah lama tak menulis. Tangan ku kaku dan beku. Ngeee... otak ku tepu hilang merapu sampai gebu. Haha! What the yang budak ni merepek?

Apa-apa pun Salam Ramadhan. Kurangkan mengumpat, tingkatkan ibadat. Kurangkan meraban, tingkat iman. Chow!

Errr... orang lain dengar zikir ke dengar nasyid ke, kita dengar lagu raya. Motif? Entahlah... tak sabar nak tambahkan kemontelan diri dengan lemak-lemak lemang yang melemakkan. Ambil mood nak tulis cerpen raya pun ya. Ngeee...


Psssttt... ustaz cakap, pahala untuk amalan-amalan sunat yang dilakukan pada bulan Ramadhan sama banyaknya dengan pahala amalan-amalan wajib pada bulan biasa. Amalan sunat pun pahalanya sampai begitu sekali, apatah lagi amalan wajib, kan? :)

Salam Ramadhan dari saya, budak comel montel gebu barababu (bahasa makhluk asing dari planet Jupiter) atau nama saintifiknya, Nur Fitri. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini memberi sesuatu yang meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua. Mudah-mudahan sesuatu yang positif.

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Eh, macam salah je! Selamat Berpuasa Maaf Zahir dan Batin. Maafkan segala kesalahan saya. Mana tahu kut-kut korang ter'touching' ke dengan Fitri sebab merapu melampau, kan? Oklah, chow!

No comments:

Post a Comment