Tuesday 28 January 2014

Bye Maizatul dan...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Vass nak mati tajuk entry kali ni. Huhuhu... yalah, ada budak tu dah nak blah dari 'kota raya' terindah ni. Dapat masuk SBP ceritanya. Wah, sejuta tahniah dari aku! Walaupun dia dok main aci sorok dari kawan-kawan dia, last-last terbongkar juga.

Cawan plastik mana tak bocor, der! Haha! Apa punya peribahasa la aku cipta sendiri ni. Mau makan penumbuk tiga segi orang dolu-dolu aje.

So, sempena nak blahnya kawan 'sebelangkas' Fitri tu, kami ramai-ramai pakat beronggeng ke McDonald. Sehari itu, McDonald itu kami yang punya! Hak hak hak... buat macam rumah kami aje. Sesuki hati kami. Lagipun takkan pekerja dekat situ nak halau kami. Kami ni pelanggan, ok. 

Majlis dimulakan dengan (ayat nerd giler!) pertunjukan kek berhias. Hehe... masing-masing kelam-kabut keluar telefon dan telefon paling cikai gerenti telefon Fitri. Campak dekat Omi, pengsan Omi.


Cari gambar kek aje tak jumpa-jumpa. Ambil aje dengan sekali tuan punya badan. Inilah dia 'belangkas' Fitri. Nama dia Maizatul. Dekat kek tu tulis Love You All.

Ok, ada cerita lawak antarabangsa yang terjadi. Kami lepak konon nak rai budak yang nak pindah ni tapi korang tahu tak? Yang nak dirai tu bawa kek sendiri. Jadilah, kan... ada juga keknya. Hik hik hik...

Lepas tuuuu.... makan kek yang nyum-nyum. Tak ada perasaan pun nak ambil gambar kek tu dah kena potong. Waktu tu ingat nak menyumbat aje dalam tangki yang agak penuh. Haha! Sedap kut kek tu. Perisa strawberry gituuuu.

Dah habis makan kek, dah campak sampah dalam tong sampah. Semua pakat diam. Masing-masing pegang telefon. Online la, cari Wifi la. Macam-macam. Bosan tunggu waktu promosi (12.00 - 3.00), kita orang tangkap gambar. Tangkap gambar macam orang tak pernah tangkap gambar. Haha! Semua giler pandang kamera.

Antara gambar yang akan jadi kenangan kami,



Minah toilet mana pula ni?? --'


Terserlah muka excited nak masuk taman permainan. :P




Yang baju pink tulah Meah, sumber insprasi untuk e-novel Fitri yang pertama.





Yang comel tudung hijau lumut tu Akma (yang show off tu :P ) Yang sebelah tu Azy.


Amboi, Umairah! Tak cukup satu, sampai dua telefon dia tibai.


Bajet comel aje budak tudung hijau tu.



Eh, eh! Tiba-tiba terselit! Haha! Ini ekspresi muka selepas dapat result PMR tahun lepas. Macam-macam gaya. Haha!

Tahniah untuk kali keduanya, Mai. Aku doakan yang terbaik untuk kau. Usah fikir sangat soal buli dan sebagainya tu. Lumrah la, manusia ni ada macam-macam ragam. Ada aje yang tak puas hatinya. Sabar dan tabahkan aje hati.

Jangan diikut sangat si Azy tu. Ada ke patut orang nak masuk asrama nak belajar disuruhnya cari lelaki hensem. Gatai nooo!!!

Khas untuk Mai... hayati lagu ni...


Biarkan mereka kata apa saja...
Biarkan mereka mencemuh menghina...
Pedulikan saja halangan yang tiba...
Semua itu adalah dugaan dari-Nya...

Good luck in your new life. Jangan lupakan kami yang comel di sini. Vasss.... aku tulis macam esok kau dah nak blah aje. Oklah, itu ajelah khas untuk kau dan...

Haaa... lupa nak sambung tajuk entry ni. Bye Maizatul dan... Hadi. Hakhakhak... :P

Wassalam. Tata.

No comments:

Post a Comment