Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan hai semua...Sebelum terus ke point yang sebeno-benonya, terlebih dahulu Fitri nak sampaikan beso-beso ucapan SELAMAT HARI RAYA tulus di hati dari jiwa. ^_^ Lemang dah masak? Haha.. Tengah demam lemang sebenarnya ni. nyum...
Pinjam muka Omi jeeee.. Haha.. Kesian Omi sayang. |
Ok, kita tinggalkan 30 minit raya tu dulu. Kita sama-sama dating dengan Izzat dulu nak? Jom!
Tok, tok, tok!
Dato’ Shamsul yang sedang menyemak fail
melihat ke arah pintu biliknya. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat
bayang seorang wanita yang berdiri di hadapan biliknya.
“Masuk, Fiya. Silakan duduk, ada perkara
yang perlu saya bincangkan dengan awak.” Ucap Dato’ Shamsul.
Safiya melangkah masuk dengan sopan dan
duduk di atas kerusi di hadapan Dato’ Shamsul. Safiya melihat ke arah bosnya
yang asyik tersenyum sambil memandang ke arahnya.
“Apa halnya, Dato’?” Soal Safiya.
“Hal penyatuan dua hati satu jiwa.” Dahi
Safiya berkerut-kerut melihat ke arah bosnya.
“Maksud Dato’?” Soal Safiya yang
menginginkan sebuah penjelasan.
Dato’ Shamsul tersenyum dan membuka laci
mejanya lalu mengambil sesuatu dari dalam laci tersebut yang tidak Safiya
ketahui apakah bendanya.
Dato’ Shamsul menghulurkan sesuatu
kepada Safiya. Safiya menyambut hulurannya dengan teragak-agak dengan kerutan
yang kian menebal di dahinya. Seribu satu persoalan berputar di dasar akalnya.
Sebuah kotak berwarna coklat kini
bertukar tangan. Perlahan Safiya membuka kotak tersebut dan mengintai isi di
dalamnya. Safiya terperanjat apabila melihat seutas rantai bersama sebentuk
cincin yang sama corak ialah antara isi kotak tersebut selain sehelai kertas
berwarna peach yang kemas terlipat.
Tangannya mengambil kertas tersebut dan
membuka lipatannya. Isi di dalamnya dibacanya dengan penuh khusyuk sambil
diperhati oleh Dato’ Shamsul.
~Dalam
kekalutan hatiku mengawal debaran, tanpaku sangka rupanya ia telah dicuri oleh
sang Hawa bernama Nur Safiya. Dalam kebuntuan akalku berfikir, tanpaku sangka
rupanya hatiku telah mula merindui seorang wanita itu iaitu Nur Safiya. Aku
bukan sang Adam yang dengan mudah mengambil Hawa menjadi pelengkap hidupku.
Aku
ialah seorang lelaki, lelaki yang penuh dengan perasaan yang masih belum
terpesong. Aku sudah jatuh cinta tapi aku bukan yang suka membawa sang Hawa ke
sana dan ke sini tanpa ada sebarang ikatan. Oleh itu...
Awak,
Nur Safiya, sang Hawa saya, sudikah awak menjadi yang halal dalam hidup saya
yang masih belum sempurna ini.~
Membuntang mata Nur Safiya sebaik sahaja
selesai membaca surat tulisan sang Adam yang tidak dia ketahui siapakah
gerangannya. Pandangannya jatuh ke arah Dato’ Shamsul yang masih setia dengan
senyuman semanis gula.
“Siapa yang mencoret surat yang penuh
ayat semanis gula ini kepada saya?” Soal Safiya sambil menunjukkan surat
tersebut kepada Dato’ Shamsul.
“Saya!” Ucap seorang lelaki yang
tiba-tiba muncul dari arah pintu.
Safiya berpaling dan melihat gerangan
sang Adam kononnya. Bertambah-tambah perasaan terkejutnya sebaik saja melihat
Izzat terpacak berdiri sambil bersandar di pintu. Ada senyuman yang terukir di
bibirnya buat Safiya.
~*~*~*~*~
Kicauan burung yang berterbangan di sekitar taman
bunga tersebut menguasai pertemuan antara Izzat dan Safiya. Masing-masing
terkaku sambil melayan perasaan sendiri. Izzat yang duduk bertentangan dengan
Safiya melihat ke arah wanita itu yang ralit melihat keindahan bunga yang
memekar di taman bunga itu.
“Awak sudi jadi isteri saya? Kahwin
dengan saya?” Soal Izzat mematikan kesepian yang sedari tadi menjadi peneman
mereka.
Safiya berpaling dan melihat ke arah
jejaka yang duduk di hadapannya. Sebuah keluhan dilepaskan dari celah bibirnya.
Hatinya galau memikirkan soalan itu.
“Saya tak layak untuk awak, Izzat. Saya
orang jahat. Saya jahat, tak sebaik seperti yang awak nampak sekarang.” Ujar
Safiya kepada Izzat.
Dahi Izzat berkerut. “Jahat? Tak, saya
tak nampak apa-apa pun tentang awak yang jahat.” Balas Izzat.
Safiya tertunduk dan mengeluh. Sukar
untuk dia menjelaskan perkara yang sebenar kepada Izzat. Hatinya hiba dihimpit
kisah lampau. Kisah yang tragis sehingga mampu meluruhkan organ-organ
dalamannya.
“Saya jahat! Tolonglah faham apa yang
saya katakan. Saya tak suka untuk mengulang semula perkara yang menyesakkan
jiwa saya yang sudah cukup disiksa dengan pelbagai dugaan. Saya jahat, jahat, evil, bad dan semuanyalah. Saya tak
layak untuk jadi isteri awak.” Ujar Safiya kembali dengan nada yang tidak
teratur. Sekejap tinggi sekejap rendah.
Izzat terkaku melihat perubahan sikap
wanita idaman di hadapannya ini. Adakah dia sudah tersalah kata atau tanpa
sengaja dia sudah mengguris hati kecil wanita itu?
“Fiya, janganlah marah. Definisi tak
layak untuk jadi isteri saya itu tak patut wujud sebenarnya. Saya dah buat
istikharah dan saya yakin awak layak. Hati saya hanya terarah kepada awak,
Fiya.” Ujar Izzat separuh memujuk dan merayu.
Safiya tertunduk. Air mata perlahan
mengalir membasahi pipinya. Izzat terkedu melihat air mata yang tiba-tiba
mengalir di pipi gebu wanita idamannya. Izzat mulai keresahan. Punggungnya
panas melihat Safiya yang masih galak menangis.
“Saya jahat, Izzat. Saya dah bunuh
orang!” Balas Safiya dalam nada sebak.
Izzat terkedu dan terkaku.
Terkedip-kedip matanya melihat ke arah Safiya yang masih tidak dapat mengawal
perasaannya. Safiya dah bunuh orang? Hatinya meronta berkata bahawa Safiya cuma
menipu.
“No!
Saya tahu awak bukan macam tu, Fiya. Fiya...” Perlahan Izzat menuturnya. Ada
getar di sebalik suaranya.
“A... awak bunuh siapa?” Walaupun Izzat
tidak mempercayai kata-kata Safiya namun bibirnya tetap bertanyakan soalan itu.
Perlahan Safiya mengangkat kepalanya dan
melihat ke arah Izzat yang masih tidak lepas dari melihat ke arahnya.
Jantungnya tiada detak yang sempurna tatkala matanya melihat ke arah anak mata
Izzat.
“Orang yang awak sayang.” Perlahan nada
suara Safiya tapi masih sempat ditangkap oleh deria pendengaran Izzat.
Mata Izzat mulai bersinar dek kaca yang
berkumpul di depan lensa matanya. Hatinya dapat mengagak siapakah orang yang
dia sayang itu namun hati dan akalnya tetap menafikan apa yang dibicarakan oleh
Safiya kerana dia percaya Safiya tidak sejahat itu.
“Maksud, Fiya?” Soal Izzat.
Safiya tertunduk sedikit tapi matanya
tetap melekat ke arah Izzat walaupun sekadar dari hujung ekor matanya.
“Maafkan, Fiya. Maafkan Fiya... Fiya tak sengaja.” Ujar Safiya dan terus bangun
meninggalkan Izzat keseorangan.
Izzat terpaku di tempat duduknya sambil
melihat ke arah Safiya yang kian jauh dari pandangan matanya. Hatinya perlukan
jawapan namun siapalah dia untuk memaksa Safiya. Izzat menyilangkan tangannya
di atas meja dan meletakkan kepalanya di atas tangan.
~*~*~*~*~
Izzat mengangkat kepalanya tatkala merasakan bahunya
disentuh oleh seseorang. Matanya melihat seraut wajah sang wanita tua berada di
sebelahnya sambil tersenyum ke arah Izzat. Izzat membalas semula senyuman itu
walaupun agak sukar untuk diluahkan.
“Kenapa cucu tidur di sini? Lari dari
rumah ke?” Soal wanita tua itu sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Izzat.
Izzat memberikan ruang buat wanita tua itu duduk.
Izzat menghela nafas sebelum memandang
ke arah wanita tua yang tidak lekang dek senyuman di bibirnya. “Tak adalah,
nek.” Jawab Izzat ringkas.
“Habis tu apa yang cucu buat di sini?
Senja-senja begini pula tu. Tak baik tau waktu senja duduk dekat luar.” Nasihat
wanita tua itu.
“Melepaskan rasa yang terbuku di hati,
nek. Macam-macam dugaan yang DIA berikan sehingga saya rasa lemah.... sangat.
Rasa tak bernyawa, terasa hilang satu-satunya harta yang saya ada itu, nek.”
Balas Izzat lemah. Jiwanya masih kusut dengan persoalan tentang Safiya.
“Rasa apa, cu? Luahkanlah pada nenek,
mana tahu kalau-kalau nenek dapat bantu cucu walaupun nenek tak dapat bantu
dari segi kudrat, insyaAllah nenek cuba bantu dari segi nasihat.” Tenang wanita
tua itu berbicara.
Izzat memandang lama ke arah wanita tua
yang kelihatan ikhlas untuk mendengar masalahnya. Namun, mampukah wanita tua
seperti nenek ini faham akan masalah anak muda seperti yang dialami oleh Izzat?
“Hmm... Rasa sedih, tak percaya, terluka
dan macam-macam lagilah. Saya sendiri pun tak pasti apakah perasaan yang
sebenarnya bersarang dalam hati saya sekarang.” Lancar sahaja bibir Izzat
meluahkan kata-kata kepada wanita tua itu meskipun dia baru sahaja mengenali
wanita itu.
Wanita itu tersenyum ke arah Izzat. “Cu,
DIA Yang Maha Esa itu amat penyayang dan pemurah. Tak pernah sekalipun DIA
menurunkan dugaan dan cabaran buat hamba-Nya melebihi batas iman seseorang itu.
Sebenarnya juga cu, Allah berikan dugaan buat kita kerana satu perkara. DIA
inginkan doa. Doa dari hamba-Nya yang jahil seperti kita. DIA ingin membantu
kita tapi kita perlu bantu diri kita. Serahkanlah diri kita kepada DIA.” Wanita
tua itu berhenti seketika daripada berbicara dan memandang ke arah Izzat.
“InsyaAllah segalanya akan lebih mudah
dan lebih lancar. Kerana DIA tahu yang terbaik buat hamba-Nya. Hanya DIA, cu.”
Sambung wanita tua itu.
Izzat tertunduk dan menelan liurnya
berkali-kali. Perit hatinya dengan kenyataan Safiya tadi masih terasa di lubuk
hati kecilnya. Meskipun kebenarannya tidak pasti namun mustahil wanita itu
menipu.
Izzat tersenyum walaupun pahit ke arah
wanita tua yang masih setia memandangnya.
“Terima kasih, nek. Betul kata nenek,
DIA rindukan doa dari hamba-Nya yang jahil lagi hina seperti saya.” Ujar Izzat.
Wanita tua itu tersenyum sambil
terangguk-angguk berkali-kali. Wajah Izzat yang polos di hadapannya ditenung
lama. Raut wajahnya sudah cukup untuk menggambarkan betapa peritnya hati anak
muda itu dilanda dugaan dari-Nya.
“Nenek pulang dulu. Cucu pun pulanglah,
tak manis berada di luar terutama di kawasan begini pada waktu-waktu senja. Tak
pun, di hadapan sana ada sebuah masjid. Nenek pulang dulu, ya.
Assalamualaikum.” Ujar wanita tua itu seraya jarinya ditunjukkan ke sebuah
arah.
Izzat berpaling melihat ke arah yang
wanita tua itu tunjukkan. Tanpa sempat untuk dia membalas salam, kelibat wanita
tua itu telah hilang dari sisinya. Izzat mencari-cari gerangannya, ternyata
wanita tua sudah berlalu pergi.
Izzat mengangkat punggungnya dari terus
berpanas di atas kerusi itu lalu menapak ke arah masjid yang berdekatan yang
ditunjukkan oleh wanita tua tadi. Memang kita perlukan pertolongan-Nya, tapi
untuk mendapatkan pertolongan-Nya, kita juga perlu menolong diri kita sendiri.
Serahkan segalanya pada DIA yang Maha
Mengetahui.
~*~*~*~*~
Izzat menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus
kembali. Dadanya yang berdebar tak perlu diungkapkan lagi dengan kata-kata.
Walaupun hatinya cukup sedih dan pedih namun kenyataan dan kepastian perlu
dicari dan perlu dihadam oleh otak. Dia tidak mahu cepat melatah.
Izzat menapak masuk ke dalam Restoran
Jabbar dengan dada yang berkocak hebat. Walaupun dia tidak membuat sebarang
kesalahan kepada Safiya namun hatinya tetap tidak tenteram setiap kali nama
wanita itu terdetik di hatinya.
Kelibat insan yang ingin dia temui
dicari di segenap restoran sehinggalah matanya menangkap bayang Safiya sedang
tersenyum kelat ke arahnya di suatu sudut di dalam restoran itu. Dengan lafaz
basmallah Izzat menghayunkan kaki ke arah Safiya.
“Assalamualaikum, Fiya. Izzat minta maaf
kerana lambat. Izzat ada hal tadi.” Ucap Izzat seraya menarik kerusi untuk
duduk di hadapan Safiya.
“Waalaikummussalam. Tak apa, Safiya pun baru
beberapa minit sampai.” Balas Safiya perlahan sambil matanya tidak lepas
memandang ke arah Izzat. Jiwanya jadi kacau tatkala matanya menangkap seraut
wajah anak seorang lelaki yang telah ‘pergi’ lapan tahun lalu.
“Hmm... Boleh kita mulakan?” Soal Izzat
sambil melihat ke arah Safiya. Mereka berbalas pandang sebelum Safiya melarikan
anak matanya ke arah lain.
“Awak mintalah dulu apa yang awak nak
makan dan minum. Tak manis rasanya kalau dah sampai di restoran tapi tak jamah
apa-apa. Lebih baik kita bertemu di luar kalau begitu.” Sedaya upaya Safiya
cuba untuk melarikan topik asal.
Entah mengapa hatinya seakan masih belum
bersedia untuk menceritakan kisah hitam yang telah dia cipta buat Izzat lapan
tahun lalu. Dia tidak ingin hati lelaki yang cool di hadapannya ini terluka.
Izzat tersenyum kecil lalu memanggil
seorang pelayan untuk mengambil ordernya.
Hanya segelas milo ais tabur dan french
fries. Cukuplah sekadar untuk mencukupkan syarat dan menjaga hati Safiya.
“So,
boleh Safiya terangkan sejelas yang mungkin kepada saya. Tolong, saya bukan
orang yang suka mendesak tapi kali ni saya betul-betul mohon pada awak. Just tell me the truth. Saya takkan
marah seseorang itu jika dia jujur. Jangan biarkan segalanya menjadi sesak
dalam otak saya.” Tenang Izzat menuturnya walaupun hatinya berkocak hebat bagai
dilanda tsunami.
Safiya menundukkan wajahnya. Tidak
sanggup rasanya untuk dia melihat wajah Izzat yang masih lagi setenang air
tasik. Tapi setenang-tenang tasik jangan disangka tiada yang bahaya. Malah,
lebih dari bahaya jua ada di bawahnya. Menanti untuk naik apabila tiba masanya.
“Saya harap awak... Hmm... Aaa... Awak
jangan marah saya kalau saya ceritakan perkara sebenar pada awak. Boleh?” Lemah
Safiya menuturkannya dengan wajahnya yang masih lagi tertunduk.
Izzat menghela nafas perlahan sehingga
tiada siapa menyedari kelakuannya. Dia cuba untuk mengukirkan sebuah senyuman
di bibirnya walaupun payah. Sinar mata Safiya cuba dicari. Sang bunga di
hadapannya masih kembang mekar di taman hatinya.
“InsyaAllah. Saya bukanlah seorang yang
gemar melakukan sesuatu secara buta tanpa melihat kelogikannya. Lagipun rugilah
saya jika marah kerana awak. Awak yang saya sayang. Saya sayangkan awak, hati
saya masih ada awak.” Sempat jua Izzat meluahkan rasa sayang terhimpit di
jiwanya.
Safiya mengetap bibirnya. Jiwanya kian
kacau dek seorang lelaki bernama Izzat Harraz bin Ikmal di hadapannya ini.
“Hmm... Aaaa...” Lidah Safiya jadi kelu
untuk meneruskan kata-kata.
“Saya minta maaf. Over pula. Tak apalah, teruskan cerita awak. Tapi tolong, jangan
keruhkan suasana dan hubungan kita.” Ujar Izzat apabila melihat Safiya
teragak-agak untuk berbiacara.
“Hubungan?” Berkerut-kerut dahi Safiya
melihat ke arah Izzat.
“Nothing.
Teruskan kisah awak.” Izzat tersenyum.
“Ok, saya terus ke point yang awak inginkan. Pembunuh. Ya, saya telah membunuh. Bunuh
ayah awak. Saya yang buat ayah awak terkulai lemah di atas jalan, saya yang
buat awak koma tiga bulan terlantar di atas katil hospital. Saya orangnya, saya
yang langgar kereta ayah awak. Saya!” Ujar Safiya sambil menghalakan jari
telunjuknya ke arah mukanya.
Izzat terkedu seribu bahasa. Hilang
segala ayat-ayat coolnya. Dia cuba
mencari semangat yang terbang selaju angin selaju bicara Safiya. Lensa matanya
kian berkaca dek air mata yang bergenang.
Izzat menundukkan wajahnya seraya
menahan dari tumpahnya air mata lelakinya di hadapan Safiya.
Safiya turut terkedu melihat reaksi
Izzat. Hatinya hiba. Apa yang dia tidak ingin untuk terjadi akhirnya terjadi
jua. Hati milik lelaki yang berada di hadapannya kini terluka jua. Safiya
menahan sebak dan takut yang menggunung di dadanya.
“Saya... minta maaf. Sa.. Saya...”
Izzat mengangkat kepalanya setelah yakin
dia dapat menahan sebak di hatinya.
“Perkara sudah pun berlalu, Fiya. Tak
perlu awak nak minta maaf. Lagipun saya redha dengan pemergian arwah ayah saya.
Malah, bukan salah awak pun ayah saya meninggal. Itu semua adalah takdir. Sudah
tertulis di ‘sana’ bahawa ayah saya ‘pergi’ dengan cara itu.” Tenang Izzat
membalas kata-kata Safiya.
Dia tidak mahu wanita idamannya itu rasa
bersalah gara-gara dia dan peristiwa lampau.
“Tapi, Izzat...” Belum sempat Safiya
meneruskan bicaranya, Izzat sudah mencelah.
“Sudah. Saya tak nak dengar apa-apa
lagi. Yang penting sekarang ni, saya nak awak jadi isteri saya, suri rumah
saya, penyeri hidup saya.” Kata Izzat sambil tersenyum manis ke arah Safiya.
Biarlah kisah tragis hitam pekat itu berlalu pergi begitu sahaja.
‘Tak marah ke budak ni? Ke hati kering?
Aduh, bersalah....’ Safiya bermonolog sendiri di dalam hati.
“Awak tak rasa apa-apa ke bila saya
beritahu yang saya ni pembunuh ayah awak?” Soal Safiya kepada Izzat.
Izzat tersenyum. Tipulah jika dia kata
tak rasa apa-apa tapi takkanlah seseorang itu perlu hidup dalam kisah lampau
buat selama-lamanya.
“Mustahillah jika saya kata saya tak
rasa apa-apa. Tapi, kalau saya rasa pun apa yang dapat saya lakukan. Ayah saya
tetap juga sudah tiada. Tetap juga sudah meninggalkan saya dan keluarga.”
Tenang Izzat menjawab soalan Safiya.
Terkedip-kedip mata Safiya melihat ke
arah Izzat. Rupanya lelaki seperti Izzat masih wujud. Fikirnya lelaki setenang
Izzat sudah tiada. Kalau ada pun hanya ada dalam novel.
“So,
will you be wife? Forever, ever and ever.” Izzat ulang dan terus mengulang
soalan yang sama.
Safiya terkaku di tempat duduknya.
Walaupun dia suka, walaupun dia sayang pada Izzat, hatinya tetap sukar untuk
mengatakan ‘ya’ untuk soalan itu. Kerana peristiwa itu, peristiwa ketika dia
menjadi pembunuh.
“Aaaaa...”
Izzat tersenyum melihat Safiya.
~*~*~*~
Tiga bulan kemudian...
Izzat melangkah masuk ke dalam surau
Al-Amin sambil diiringi oleh beberapa orang lelaki iaitu sepupunya. Songkok
yang sudah terletak di kepalanya dibetulkan. Tangannya menggeletar bagai orang
demam.
“Bro, rilekslah.” Bisik salah seorang
daripada sepupunya sambil tersengih-sengih.
Izzat turut tersengih sama kepada
sepupunya itu. Dadanya yang berdebar membuatkan bibirnya mati kata. Terbang
segala ayat-ayat penenang dan jiwanya yang tenang dek hari ini yang bakal
melakar sebuah sejarah indah dalam hidupnya.
Izzat melihat ke arah Safiya, wanita
yang bakal bergelar isterinya tidak lama lagi. Safiya hanya tersenyum ke arah
Izzat lalu menundukkan wajahnya. Izzat duduk di hadapan tok kadi yang sudah
sedia yang untuk mengijabkabulkan dia dan Safiya.
“Sudah sedia?” Soal tok kadi tersebut.
Izzat mengangguk mengiakan soalan tok
kadi. Huluran tangan tok kadi disambut dengan debaran yang kian memuncak. Bagai
nak luruh jantungnya ketika ini.
“Aku nikahkan dikau dengan Nur Safiya
binti Muhammad dengan mas kahwinnya, RM300 tunai.”
Izzat menghembus nafas perlahan. “Aku
terima nikahnya Nur Safiya binti Muhammad dengan mas kahwinnya RM300 tunai.”
Dengan sekali lafaz sahaja kini sah Izzat ialah suami kepada Safiya.
“Sah?”
“Sah! Sah! Sah!”
Izzat menghela nafas lega sebaik sahaja
saksi mengatakan ‘sah’. Terasa bahunya dicuit. Dia berpaling melihat ke arah
sebelahnya. Kelihatan sepupunya tersenyum lebar sambil menepuk bahunya
berkali-kali tanda ucapan tahniah.
Selesai membaca doa, Izzat bangun dan
menapak ke arah Safiya yang kini menjadi isterinya yang sah. Tapi, belum sempat
dia sampai ke arah Safiya, langkah dihalang oleh seseorang.
“Zattttt... Dah lama I tunggu you. You hensemlah hari ni.
Tapi, lagi hensem kalau you sarungkan
cincin ke jari manis I.” Dengan gaya
kucing miang Qiqie menggeselkan tubuhnya pada Izzat.
Izzat membulatkan matanya ke arah Qiqie
yang masih selamba merapatkan tubuhnya dengan Izzat. Izzat menolak tubuh Qiqie
tapi makin kuat ditolak makin rapat pula Qiqie dengan tubuhnya.
“Hey, kau ni dah kenapa?!” Izzat
menengking Qiqie. Mata-mata yang melihat ‘drama’ yang dicipta oleh Qiqie tidak
dia peduli. Hatinya panas dengan kelakuan Qiqie yang sudah melampau.
“I
nak you! You nak tahu tak I tunggu
you dah lama. Tapi, just look what you
have do! You kahwin dengan betina
tua tu! Hey, you sedar tak yang dia
tu dah tua! Lagi tua dari you!”
Tengkingan Izzat dibalas semula oleh Qiqie.
Izzat melihat ke arah Safiya dan ibunya
yang berada di sebelah Safiya bergilir-gilir. Perasaan bersalah menyerbu
hatinya tatkala melihat redup mata Safiya yang digenangi air mata.
“Mulut kau tu jaga sikit! Isteri aku
bukan betina, kau tu yang betina. Dalam rumah Allah pun tak reti nak jaga adab.
Biarlah isteri aku tu tua ke muda, bukan kau yang kahwin dengan dia tapi aku!”
Izzat menolak kuat tubuh Qiqie sehingga dia jatuh terduduk.
Izzat menghayunkan kakinya ke arah
Safiya dan terus menarik tangan isterinya itu. Kotak cincin di dalam dulang di
tangan adiknya diambil. Tanpa sebarang bicara Izzat terus mengheret isterinya
keluar dari surau Al-Amin. Biarlah apa yang ingin orang kata tentang kejadian
tadi yang penting dia tidak mahu hati isterinya terluka.
Izzat membuka pintu kereta dan memaksa
Safiya masuk ke dalamnya. Laju kakinya melangkah ke arah tempat pemandu. Sempat
dia melihat ke arah ibunya yang berdiri di pintu surau.
Izzat memandu keretanya tanpa arah. Safiya
terdiam dan kaku di tempat duduknya. Sesekali matanya mengerling ke arah Izzat
yang masih serius memandu. Hatinya terluka dek ‘drama’ selepas dia
diijabkabulkan tadi tapi kini dia rasa bersalah pula apabila melihat keadaan
Izzat, suaminya.
“Kita nak ke mana ni, awak?” Perlahan
Safiya menyoal Izzat.
Izzat tersentak. Baru kini dia sedar
bahawa dia memandu tanpa arah tuju yang tepat. Izzat menoleh sekilas ke arah
Safiya di tempat penumpang di sebelahnya. Sebuah senyuman yang tawar
dihadiahkan buat isterinya yang baru dinikahinya.
“Tempat yang sesuai untuk kita berdua
pergi.” Hanya itu jawapan yang Izzat berikan. Dalam akalnya sudah terdetik
sebuah tempat yang boleh dia pergi untuk menghabiskan masa bersama isterinya.
Izzat memandu dalam sunyi kerana
masing-masing dia melayan perasaan sendiri. Safiya bermain dengan jarinya di
sepanjang jalan. Sudahnya Safiya terlena.
“Sayang... sayang. Kita dah sampai ni.”
Izzat menepuk lembut pipi isterinya yang lena.
Terpisat-pisat Safiya membuka matanya. Wajah
Izzat yang tersenyum manis ke arahnya menjadi tatapan matanya. Matanya ditenyeh
perlahan kerana pandangannya masih agak kabur.
“Kita dekat mana ni?” Soal Safiya seraya
memandang ke arah luar. Ada sebatang sungai di hadapan tapi di mana?
“Kita dekat Kuala Kangsar. Jom keluar,
abang ada sesuatu nak bagi dekat sayang.” Ujar Izzat seraya membuka pintu. Safiya
yang tidak mahu ketinggalan turut membuka pintu dan mengikuti langkah suaminya.
Izzat memegang erat tangan Safiya dan
membawa isteri ke tempat yang agak jauh dari pandangan orang ramai. Mereka duduk
di bawah pohon yang rendang. Safiya memerhati ke arah sekeliling.
“Abang minta maaf.” Sayu Izzat menuturnya
seraya menatap seraut wajah milik Safiya.
Safiya memandang lama ke arah Izzat. “Saya
faham, lagipun saya memang lagi tua dari Izzat.” Ujar Safiya dengan nada yang
seakan berjauh hati.
“Sayang, jangan cakap macam tu. Tak pernah
pun terlintas di hati abang ni soal jarak usia kita. Abang tak pernah pandang
pun semua tu.” Balas Izzat seraya meletakkan tangannya ke atas dadanya.
Safiya tertunduk. Hatinya menangis
mengiringi setiap butir bicara suaminya. Dia bersyukur dan rasa beruntung
kerana Izzat tetap sudi menerimanya meskipun dia ‘tua’ dan ‘pembunuh’.
Tiba-tiba tangannya ditarik oleh Izzat. Sebentuk
cincin disarungkan ke jari manisnya. Tangannya turut dicium oleh Izzat. Lama sehingga
air mata Safiya tidak sanggup lagi untuk hanya mengalir di dalam hati.
Izzat menyapu butir-butir air mata Safiya
yang lebat mengalir di pipi gebunya. Safiya mendongak ke arah Izzat. Sepasang mata
milik Izzat turut berkaca.
“Maafkan, abang. Maafkan abang, Fiya...”
Ucap Izzat seraya menggenggam erat jemari Safiya.
Safiya bertindak memeluk Izzat.
“Aw... Abang tak salah, Fiya yang salah.
Fiya masih buta untuk memandang kelemahan abang setelah abang sudi menerima
Fiya sebagai isteri dalam hidup abang. Fiya yang sepatutnya minta maaf pada
abang. Abang tak salah.” Tutur Safiya sambil mengusap lembut belakang Izzat persis
anak kecil.
Izzat tersenyum dalam diam. Air mata lelakinya
yang ditahan mengalir jua di pipinya tapi segera dikesat. Dia tidak mahu
isterinya melihat air matanya. Pelukan Safiya dibalas seerat yang mungkin. Dia tidak
sanggup untuk kehilangan orang yang tersayang lagi. Cukuplah dia hilang seorang
ayah.
‘Terima kasih Allah atas kurniaan-Mu
yang indah ini.’ Ucap Izzat di dalam hatinya.
Lama mereka begitu sebelum Safiya meleraikan
pelukan. Izzat merenung lama ke dalam anak mata Safiya sebelum dahi isterinya
itu dikucup pula.
“Terima kasih kerana sudi terima Fiya
sebagai isteri abang.” Ucap Safiya seraya tunduk menyalami tangan Izzat.
Izzat hanya tersenyum sambil mengangguk.
Dahi isterinya dikucup buat kali kedua. Hatinya gembira tak terkata di saat
ini. Segalanya adalah kurniaan dari-Nya.
~*~*~*~*~
Hospital Tanjung Rambutan, Wad 78...
“Hey, aku suka Zat. Kau suka tak? Hehehe...” Ujar
seorang wanita sorang-sorang sambil memintal-mintal hujung rambutnya.
Seorang jururawat lelaki yang melintasi wad
yang menempatkan wanita itu. Jururawat tersebut menggelengkan kepalanya
berkali-kali sambil melihat ke arah wanita itu.
“Beb, kenapa kau tergeleng-geleng ni?”
Soal rakannya.
“Tak adalah, aku dengar cerita perempuan
ni masuk sini sebab dia stres sangat sebab tak dapat cinta lelaki yang dia
suka. Dengar ceritanya lagi dia yang terhegeh-hegeh dekat lelaki tu tapi lelaki
tu dah kahwin.” Panjang lebar lelaki itu menjelaskan kepada rakannya.
“Ish, pelik! Itulah zaman sekarang,
perempuan ni suka terhegeh-hegeh padahal lelaki tu tak nak pun. Kadang-kadang
aku pelik, ke manalah hilangnya sifat malu seorang wanita.” Rakannya pula
menambah.
Jururawat lelaki tadi terangguk-angguk
mengiakan kata-kata rakannya.
“Betul tu. Aku doa suatu hari nanti bila
aku kahwin, biarlah isteri aku pemalu. Tak sanggup aku ada isteri yang kaki
terhegeh-hegeh. Kalau boleh lagi biarlah aku yang pergi cakap aku cinta dia
janganlah dia yang dok terhegeh-hegeh bermanis bicara dengan aku.”
Rakannya turut mengangguk mengiakan
kata-katanya.
“Sudahlah, weyh! Jomlah sambung kerja. Dok bersembang aje nanti tak
pasal-pasal kena tuduh dapat gaji buta.”
“Jom.”
Mereka berlalu meninggalkan wad yang
menempatkan wanita itu.
“Zat.... Qiqie sayang Zat. Tapi kenapa
Zat buat Qiqie macam ni.” Wanita itu tiba-tiba menangis.
“Ahh, kau jahat! Kau pergi dekat betina
tua tu! Arrrgghhh!” Dia menghentakkan kepalanya sendiri ke dinding.
Kepalanya berdarah sebelum dia pengsan.
Takdir Yang Maha Esa itu amat cantik
secantik sutera. Namun, tiada siapa dapat melawan setiap takdirnya. Terima
dengan hati dan jiwa yang tenteram. Usah diikutkan nafsu yang berkawan dengan
syaitan. Kelak merana diri sendiri. Wassalam.
@ Tamat @
P/S à
Terima kasih sudi baca ^_^ Please leave ur comment. Not more, just a comment.
Jangan lupa tanda pendapat awak ya, readers. ^_^
For the last time, Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Ampunkan segala salah dan silap yang telah saya lakukan buat semua. Salam Lebaran, Minal Aidil Wal Faizin. ♥
Ooo..gitu ye cite die..hihii..
ReplyDeletenothing to say. you ar the best fit !! :D
Selamat hari raye dari awan biru.hihi.. <3
ha'ah.. gitu citenya.. biasa je.. the best? errkk.. kebingungan di situ..
ReplyDeleteanyway thanks sudi tiupkan semangat buat fit :)
Selamat Hari Raya juga dari Nur Fitri.. hee.. :D <3