Monday 5 August 2013

Cintaku Jauh Di Awan Biru 40 & 41

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Bab berkembar lagi sebab esok maybe tak dapat nak update apa-apa. Dah start busy tahap mengalahkan mak datin. Muehehe... Orang nak raya la katakan. =P

Ok, nak bagi amaran awal-awal. Bab 40 Fitri sendiri baca pun menguap. Hahaha.. Bored! So, skip ajelah ek kalau dah menguap. ngeee..


~*~*~*~*~*~*~*~

Bab 40

“Hmm.. Inilah rupa orang yang dah insaf ek?” Adry tersenyum sinis ke arah Hazwan yang rakus menegak air Coke.
Hazwan tidak mempedulikan kehadiran Adry sebaliknya terus melayan perasaannya. Dia bagai tenggelam di dalam dunianya sendiri. Lagu entah apa yang dimainkan oleh deejay langsung tidak memberi kesan terhadap dirinya.
“Oi, Zwan. Kau ni kenapa? Frust putus cinta ke?” Soal Adry lagi sambil menepuk bahu Hazwan.
Hazwan menghela nafasnya kasar. Dia ingin cari hiburan tapi soalan yang dia dapat. Kalau macam ni gayanya sampai bila-bila pun tak dapat nak tenangkan hati dia.
“Kau boleh dok diam tak? Pot pet pot pet macam itik membebel tu kenapa?” Hazwan masih mampu mengawal perasaannya. Kalau diikutkan marah sudah lama Adry ini dikerjakan dia. Tin Coke diletakkan di atas meja.
Hi my naughty boy. Bosan ke dok berkepit dekat bawah ketiak mummy you dekat rumah?” Ni lagi seorang minta lempang free of charge daripada Hazwan. Siapa lagi kalau bukan Zieta si kucing miang.
Badannya sengaja dilentikkan untuk menunjuk tubuhnya yang langsing kepada Hazwan.
Adry ketawa terbahak-bahak melihat aksi Zieta si kucing miang yang masih berusaha daripada dulu untuk mengambil hati Hazwan.
Hazwan menjeling tajam ke arah Adry yang masih galak ketawa.
“Ahh.. Pergi sana tension pergi sini tension. Mati kut baru tak tension agaknya. Pergi situ ada kucing miang, pergi sini ada kucing gatal. Sama aje!” Hazwan bangun dan berlalu keluar meninggalkan kelab The Dead Zone.
Zieta mencebik mendengar kata-kata Hazwan yang jelas mengatanya. Adry hanya mengangkat bahu dan terus berlalu ke pentas tarian. Ramai awek cun sedang menunggunya di sana.

*****

Bayangan Meah dan Izham di tasik petang tadi kembali menghantui fikirannya. Kelajuan keretanya ditambah sehingga menjadi 100 km/j. Gila! Ala,kena tahan bapak dia ada boleh tolong bayar. Ya dok???
Setelah penat ‘race’ sorang-sorang atas jalan raya dengan bantuan Polis Trafik yang selamat melayangkan sekeping surat cinta kepadanya, akhirnya dia membuat keputusan untuk berehat di atas bukit. Sebuah bukit yang agak jauh dari pandangan manusia yang sesak di tengah kota. Yang nampak dari atas tersebut hanyalah deretan rumah yang ada di bawah bukit tersebut.
Dia duduk di atas bonet kereta sambil merenung langit yang kosong tanpa kerlipan-kerlipan bintang. Dia cuba mencari siapa dirinya dan apa sebenarnya yang dia cari di dalam dunia ini. Dan yang paling penting, siapa sebenarnya dia untuk Meah yang baru beberapa hari dia temui dan kenali. Kenapa dia perlu marah dan cemburu apabila melihat Meah bahagia di samping lelaki yang tidak dikenalinya.
Adakah dia cintakan Meah? Kalau cinta kenapa tiada getaran di hatinya tatkala nama Ermirda Amirah bermain di benaknya. Kenapa tiada perasaan yang sama seperti orang yang sedang jatuh cinta di hatinya apabila wajah Ermirda Amirah menyapa deria penglihatannya. Kenapa yang ada hanyalah kosong. Kosong seperti kanvas. Cuma ada sedikit cemburu. Adakah dia cemburu melihat kebahagiaan Meah kerana dia tidak bahagia atau cemburu apabila Meah didampingi lelaki lain? Segalanya tiada jawapan yang pasti.
Rambutnya yang sudah agak panjang dilurut ke belakang. Dia dilanda kebosanan tahap gaban sehingga yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik yang datangnya dari hutan yang terletak tidak jauh dari bukit tersebut. Nak menjerit tak boleh sebab bawah bukit tu ada rumah orang. Nanti tak pasal-pasal dia kena serang sebab mereka ingat ada orang minyak mengamuk atas bukit. Tak ke kes aniayai aje jadinya.
Setelah seminit lima saat dia berfikir, akhirnya secara rasmi dia membuat keputusan untuk melupakan kisah cintanya yang tak terbalas terhadap Meah. Masih banyak perkara yang lebih penting yang perlu dia fikirkan. Dia perlu fikir tentang mummynya yang tiap-tiap hari bagi ceramah soal yang sama. Soal jodoh! Hadoi, tiap-tiap mummynya bertanya bila nak bawa balik menantu. Itulah akibatnya perangai Bujang Senangnya dahulu. Kalau tak rasanya dia sudah selamat menjadi suami kepada Sakinah anak Haji Ridhuan.
Rugi betul rasanya kerana terlalu mengikut kata hatinya yang menginginkan seorang wanita yang moden dan lebih bergaya daripada Sakinah. Sekarang, dia juga yang gigit jari. Pasti Sakinah sudah menjadi isteri orang sekarang, tekanya.
Kalau boleh dia main rembat aje anak dara orang tak apalah juga. Boleh juga dia cilok bawa lari seorang anak rakan kongsi papanya. Tapi, masalahnya sekarang semua anak rakan kongsi papanya jenis workholic tak kira lelaki mahupun perempuan. Pernah juga dia try tackle anak Dato’ Nasir, kawan baik papanya. Tapi, apa yang dia dapat, hari first keluar date pun anak kawan papanya lewat sampai 5 jam. Sebabnya banyak kerja dekat ofis. Itupun sempat rasa air fresh orange segelas aje sebab tak sampai 30 minit duduk sembang dah dia nak balik. Sebab yang sama juga. Kerja dekat ofis ada yang tak siap lagi.
Hazwan yang tidak lama lagi akan menggantikan tempat papanya sebagai CEO pada waktu itu juga tidaklah sampai begitu. Malah, setelah dia bergelar CEO seperti sekarang, dia masih tidak pernah menjadi seperti anak Dato’ Nasir itu. Lewat sampai 5 jam, huishh.. Kalah orang lelaki tu.
Lagi satu sebab tak ada seorang pun lagi wanita yang dia jumpa mampu memenuhi cita rasanya. Dia tidak mahu mencari seorang wanita yang ingin berdamping dengannya hanya kerana dia seorang lelaki. Tapi, dia ingin cari seorang wanita yang sudi membimbingnya ke arah jalan yang lurus. Memang kalau diikutkan sepatutnya lelaki yang membimbing wanita tapi, dalam keadaan Hazwan ia berlaku sebaliknya. Dia tidak ingin cari wanita yang hanya tahu memberatkan bahu kirinya dengan dosa. Tapi, dia ingin cari wanita yang menyejukkan mata dan hatinya.
Mungkin orang memandangnya sebagai seorang jahat kerana dia sering keluar masuk kelab. Tapi, itu pandangan orang, bukannya diri dia sendiri. Mungkin dia sering memegang tubuh wanita tapi tak pernah sekalipun bibirnya menyentuh pipi wanita apatah lagi membawa anak dara yang masih belum tentu daranya ke dalam bilik. Malah, air kencing syaitan pun tidak pernah sekalipun cuba diteguknya.
Cuma, dia ialah seorang Bujang Senang. Bujang Senang yang sering berganti teman sunyinya. Bukanlah kawan tapi peneman iaitu seorang wanita. Tapi, dalam ramai wanita yang bersilih ganti, tiada seorang pun yang berjaya menambat hatinya kecuali Meah yang pertama kali jumpa secara kebetulan.
Meah yang berjaya memenuhi cita rasanya sebagai seorang lelaki Islam tidak mampu bertahan lama apabila takdir telah tertulis dirinya bukanlah untuk Meah. Walaupun sukar pada mulanya untuk menghadapi kenyataan tapi dia sedar dirinya amat kerdil jika ingin dibandingkan dengan Sang Pencipta yang mencipta seluruh alam semesta ini.
Hanya mampu berserah.

*****

Hazwan membelok masuk ke perkarangan rumahnya. Suasana rumahnya terang benderang menandakan ahli keluarganya masih berjaga. Kelihatan kereta Hafiz Izfar,adiknya terparkir di bawah garaj. Dia berasa gembira apabila Hafiz sudah pulang ke tanah air.
Sebelum ini Hafiz berada di luar negara kerana ingin menenangkan dirinya yang agak tidak terurus akibat kehilangan tunang tersayang dua bulan sebelum hari perkahwinannya. Siapa yang tidak sedih, kan? Setelah hampir 5 tahun bercinta dan hampir mendirikan rumah tangga, si dia pula pergi meninggalkan Hafiz buat selama-lamanya.
“Assalamualaikum.” Hazwan memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Kelihatan papa dan mummynya berbual bersama Hafiz di ruang tamu.
 Mereka semua menjawab salam serentak.
Hazwan tersenyum melihat adiknya yang sudah berubah daripada seorang yang tidak terurus menjadi seorang yang smart. Kalah Bujang Senang kita ni!
“Abang!” Jerit Hafiz sambil bangun menghampiri Hazwan yang tegak berdiri di hadapan pintu. Tangan Hazwan disalam penuh hormat.
“Hensem giler adik abang ni. Angkat bendera putihlah abang lepas ni.” Hazwan menyakat adiknya sambil menumbuk bahu Hafiz. Hafiz hanya mampu tersengih bangga. Banggalah beb, ada orang puji dia hensem tu!
“Ala, abang pun hensem juga apa. Sampai sanggup budak-budak U tu beratur nak tengok abang bila abang ambil adik dekat U dulu.” Hafiz memeluk bahu abangnya. Dia menjengketkan kakinya sedikit. Yalah, kalau abangnya dah tinggi macam zirafah yang dia pula cukup-cukup tinggi macam burung flamingo aje, sudah pastilah tak sampai nak peluk abangnya. Pendek! Tapi takat burung flamingo tu teruk sangat, senang cerita takat manusia normal ajelah.
“Haha.. Yalah tu. Dah lama ke adik balik Malaysia?” Soal Hazwan sambil membuka butang atas baju kemejanya setelah melabuhkan punggungnya di sebelah mummy di atas sofa. Soal frust sampai tertonggeng tadi sudah dia lupakan. Itulah penangan adiknya, setiap kali mereka bertemu pasti masalah yang melanda hilang sekelip mata begitu sahaja.
“Adalah dalam seminggu macam tu.” Jawab Hafiz sambil tangannya mengurut kaki Datin Norsiah. Nak ambil hati suruh masak ikan patin masak tempoyaklah tu!
Hazwan memandang pelik ke arah adiknya. “Aikk.. Dah seminggu balik Malaysia baru hari ni nampak muka. Pergi cari makwe dulu ke?” Hazwan melontarkan kusyen ke arah Hafiz. Tepat sasarannya ke arah muka Hafiz tanpa sempat dielak.
Hafiz membaling semula kusyen tadi ke arah Hazwan. “Saja adik jalan-jalan ambil angin dulu baru balik sini. Makwe apa ke bendanya, pakwe tu ramailah.”
Hazwan membaling lagi kusyen ke arah Hafiz. Kali ni digandakan jumlahnya menjadi dua. “Pakwe? Adik balik sini terus bertukar jadi gay ke?”
“Gay kepala hotak, abang!” Hafiz yang geram membaling kusyen tadi lebih kuat daripada tadi. Geram dia mendengar spekulasi riang ria abangnya.
“Sudah-sudah. Dua-dua dah besar siap boleh jadi bapak orang tapi masih perangai macam budak kecil. Kemas balik kusyen tu. Mummy nak naik atas, tidur. Kamu dua orang jangan ngada-ngada nak berjaga sampai lewat malam. Abang, jangan lupa solat. Mummy tahu kamu belum solat Isyak lagi, kan?” Sempat juga Datin Norsiah membebel sebelum masuk tidur.
“Hehe.. Belum lagi, mummy. Nanti bila abang naik nanti abang solat. Abang nak rehat jap. Budak kecik tak cukup tinggi ni menyibuk pula malam ni.” Hazwan menolak bahu adiknya.
Hafiz mencebik mendengar sindiran Hazwan.
Mentang-mentanglah dia tu ‘zirafah’, nak kutuk orang pendek aje kerja dia! Hafiz menjeling geram ke arah abangnya yang masih tersengih. Perlahan kusyen tadi dicapai dan dibaling ke arah Hazwan. Tepat mengena mukanya! Terbaiklah wa cakap sama lu!
Hafiz bangun untuk melarikan diri apabila melihat wajah abangnya sudah berkerut menahan geram. Dia berlari memintas mummy dan papa yang berdiri di tepi tangga.
“Oi...” Jerit Hazwan.
“Itu balasan untuk orang yang tak sedar diri dia tu ‘zirafah’! Tulah, makan Calciyum banyak sangat, dah jadi zirafah jadian.” Jerit Hafiz lalu berlari naik ke atas sebelum Hazwan mengejarnya.
Papa dan mummy hanya menggeleng melihat gelagat kedua-dua  anak teruna mereka. Tak macam orang dah masuk umur melebihi 25 tahun langsung! Macam budak baru nak masuk 5 tahun adalah.
“Pantang berjumpa betul anak papa dua orang ni. Ada aje benda yang nak digaduhkan. Sekali jumpa sekali gaduh, 10 kali jumpa 10 kalilah bergaduh. Papa lagakan kepala dua-dua baru tahu.” Papa pula membebel menggantikan mummy yang hanya tersenyum.
“Bukan selalu, pa.” Jawab Hazwan selamba.
“Dahlah, kami naik dulu. Jangan lupa tutup semua suis lampu bila naik nanti. Kalau lapar cari makanan sendiri. Mummy malas nak tolong. Tiap-tiap hari balik perut kenyang, malas dah mummy nak hidang makanan dah. Naik nanti jangan lupa solat. Letih tak letih. Kalau tak solat siap papa kamu tunggu depan pintu bawa roti panjang.” Mengekek papa dan Hazwan ketawa mendengar kata-kata mummy. Bunyi macam dia ni budak kecil yang baru nak belajar solat aje. Padahal usia dah masuk 30 tahun.
“Menurut perintah, Tuanku. Akan patik usahakan perintah Tuanku itu.” Ujar Hazwan dalam tawanya yang masih tiada penghujung.
“Main-main pula dia! Oklah, assalamualaikum. Gud nite my luvly son.” Hazwan menghampiri Datuk Hisham dan Datin Norsiah untuk bersalam dengan mereka.
“Waalaikummussalam. Gud nite to my luvly parents too. Kalau dah tidur tu jangan lupa mimpikan abang tau!” Kedua-dua belah pipi mummy dicium. Rasa bersalah sering bersarang di hatinya tatkala melihat layanan mummy dan papa kepadanya. Kalaulah mummy tahu yang dia masih menjejakkan kaki ke kelab, pasti sedih hati tua mummynya.

Tengoklah kalau mummy rajin nak bermimpi.” Mereka berdua berpimpin tangan naik ke tingkat atas yang menempatkan empat buah bilik yang mana hanya tiga buah bilik sahaja yang dia gunakan.

Hazwan mula menggosok matanya. Matanya sudah hampir rapat menandakan perasaan kantuk sudah mula menguasai.

Semua lampu di tingkat bawah dipadam kecuali lampu di hadapan tandas dibiar terpasang. Kakinya melangkah naik ke atas dengan malas. Kalau diikutkan rasa malasnya, sudah lama dia tidur sahaja di atas sofa di ruang tamu. Tapi, apabila mengenangkan badannya yang sudah melengas akibat berpeluh dan juga kerana dia masih belum menunaikan solat Isyak terpaksalah dia gagahkan jua kakinya melangkah naik ke biliknya.

 ~*~*~*~*~*~*~*~*~

Bab 41

Mungkin matanya melihat dan membaca setiap halaman novel yang dipegangnya tapi tidak hati dan akalnya. ‘Screen’ otaknya jelas terpampang satu lagi peristiwa bersejarah semalam. Setiap kali memandang ke arah telefon bimbitnya pasti sebuah senyuman semanis gula yang dicampur dengan susu cair campur lagi buah durian terukir di bibirnya. Hasilnya, terbayanglah crepe durian yang enak lagi ummpphhh... Eh, sesat! Bukan crepe durian tapi Izham Faiz dan Ayiz.
Jelas terbayang wajah Izham yang kacak dengan baju kotak-kotak semalam. Dengan kulitnya yang berwarna cerah membuatkan kekacakan Izham lebih terserlah. Tambah lagi dengan janggut yang hampir serupa dengan along. Memang cairlah hati kewanitaan dia, kan? Tapi, mereka ni macam berpakat pula simpan janggut sama rupa. Afiq pun ada janggut macam tu, along pun ada. Izham lagilah ada.
Tapi, apa-apa pun bagi Meah lelaki yang berjanggut ini lebih kacak dan lebih mudah mencairkan hatinya kalau nak dibandingkan dengan orang yang ada misai. Bukan nak kata ayah kawan dia, Shazana tu tak hensem tapi hati orang lain-lain. Macam hati dialah, dia suka sangat dengan lelaki yang ada janggut. Sampai pernah sekali tu dia paksa abang Man simpan janggut.
“Abang Man simpanlah janggut. Baru hensem, daripada dok simpan misai macam Pak Cik Misai Melentik tu.” Pak Cik Misai Melentik dipanggilnya ayah Shazana. Ish, tak baik betul Meah kecil-kecil dulu. Kecil apa ke bendanya kalau kahwin dah boleh dapat anak walaupun dia baru masuk tingkatan dua. Dah akil baligh!
“Simpan janggut? Nak buat apa pula abang simpan janggut? Simpan misailah baru power. Baru rock!” Azman mencubit pipi adiknya yang tembam.
“Eeee... Rock tak rock. Meah nak abang Man simpan janggut juga.” Bentak Meah sambil memeluk lengan Azman. Azman hanya mampu tersenyum melihat keletah adiknya yang seorang ini.
“Yalah, yalah. Nanti abang simpanlah. Sekarang tak boleh, abang sekolah lagi, sayang. Lagipun peraturan sekolah menyatakan murid sekolah tak boleh simpan janggut mahupun misai.” Jelas Azman tentang peraturan sekolah. Dia masih belajar di tingkatan 6 di SMK Dato Haji Mohd Taib. Nak sambung belajar di sekolah lamanya tak boleh sebab sekolah lamanya tiada sesi untuk tingkatan 6 sudahnya terpaksa dia pindah ke sekolah. Ala, bukannya jauh pun sekolah lamanya, sebelah menyebelah aje. SMK Aminuddin Baki nama diberi.
“Hmm.. Yalah. Tapi janji tau, simpan janggut lepas abang habis sekolah nanti.” Meah membuat perjanjian dengan abangnya.
“Yalah.” Turutkan sahajalah kehendak adiknya ini. Kalau tak ikut nanti merajuk 10 hari 10 malam pula dia.
Dan disebabkan perjanjian yang sudah termeterai, terpaksalah Azman menyimpan janggut selepas dia menghabiskan sesi persekolahannya. Kerana sudah terbiasa, sehingga kini Azman masih kekal dengan janggutnya. Kalau dulu adiknya suka melihat dia ada janggut tapi kini isterinya pula yang suka dengan janggutnya. Nampak comel lagi bergaya katanya.
Meah, Meah. Kalau sudah adik manja tu, manjalah juga. Mana tak jealous si Firda dengan kak Mirza melihat keakraban di antara dia dan abang Man.
“Meah, dah kemas beg kau ke belum? Kita nak bertolak pagi esok, bukannya pagi lusa. Aku tengok kau dok goyang kaki tangan aje dari tadi.” Ujar Wani menghentikan lamunannya yang jauh di masa lampau.
“Belum. Kau pula dah kemas ke belum?” Soal Meah semula. Novel yang dibacanya tadi diletakkan di tepi.
“Aku baru nak kemas ni. Jomlah kita kemas sama-sama.” Ajak Wani sambil cuba untuk mencapai beg baju yang terletak di atas almari bajunya.
Meah membantu Wani mengambil beg tersebut dengan memanjat kerusi. Kedua-dua beg baju yang berwarna merah jambu dan ungu muda milik mereka diletakkan di atas lantai.
“Kau ambil baju apa yang patut dibawa. Aku nak turun pergi buang habuk ni kejap. Malas nak sapu balik habuk-habuk ni nanti.” Arah Wani kepada Meah yang masih berdiri di atas kerusi.
Meah hanya mengangguk.
Meah mencapai beberapa helai T-shirt milik dia dan Wani di dalam almari. Seluar track turut diambil. Pakaian kecil-kecil miliknya diambil dan diletakkan bersebelahan baju-bajunya. Milik Wani biarlah dia ambil sendiri.
Bukannya tak nak tolong kawan tapi takut tak kena dengan apa yang Wani nak bawa nanti. Dia tu kalau bab dalam baju memang cerewet sikit. Dah bertukar sifat cerewet dengan si Meah ni agaknya.
Dia duduk seketika di tepi katil setelah puas hati dengan baju yang diambilnya. Cover telefonnya dibuka dan kad yang diberi oleh Izham semalam diambil dan dibaca semula isinya.

You can’t to see me.
But,you can feel my love.
Coz I have give my heart to you.
                                                                                  ~ TIF ~

Maksudnya amatlah mendalam sehinggakan tersentuh hati Meah ketika membacanya. Mungkin dia tidak mampu untuk melihat Izham tapi dia masih mampu untuk merasai cinta Izham kepadanya kerana hati Izham telah diberikan kepadanya. Mungkin itulah mesej yang ingin Izham sampaikan kepadanya.
Dia masih teringat akan jambangan bunga ros yang diberikan oleh Izham. Cantik, secantik cintanya untuk Izham yang datang tiba-tiba setelah hadirnya rindu. Kalau orang lain kategori cintanya sebagai cinta pandang pertama tapi tidak bagi Meah. Dia mengkategorikan cintanya sebagai rindu tandang pertama. Sebab apa rindu dan tandang? Sebab perasaan rindu mendahului perasaan cintanya. Tapi, dia akan ‘mempekasamkan’ rasa cintanya dahulu kerana dia ingin merasai rasa itu setelah ada ikatan yang halal. Lagi afdal!
Cepat-cepat dia sembunyikan semula kad kecil itu apabila Wani masuk semula ke dalam bilik.

*****

Masing-masing memasukkan pakaian yang akan dibawa ke Ipoh nanti dalam suasana yang sunyi. Yang kedengaran hanyalah suara Amir Jahari yang menyanyikan lagunya, Tanpamu di corong radio yang terpasang.
“Meah, kau ke mana semalam?” Soal Wani setelah selesai mengemas baju untuk dibawa esok.
Meah menggigit bibirnya. Nak jawab apa ni?!
“Aaa.. Errmm.. Aku.. Aku pergi taman kejap semalam.” Jawab Meah gagap. Dia perlu memberikan perhatian sepenuhnya ketika bercakap sebab mulutnya ini kadang-kadang ‘brek’ tak makan. Main lepas aje bila cakap.
“Pergi taman? Selalunya kalau kau pergi taman kau ajak aku tapi kenapa semalam kau tak ajak aku pun. Ke kau ada date ni?” Duga Wani.
Nak tahu cerita tak? Haa.. Sebenarnya Wani sudah tahu yang Izham berjumpa dengan Meah semalam. Itupun along yang bagitahu kepadanya tengah hari tadi. Lagipun antara along dan Izham tiada apa yang patut dirahsiakan. Dah macam adik beradik, dua jiwa satu perasaan. Eh, boleh ke macam tu?
Kalau betul ada rahsia antara mereka, tidaklah along tahu yang Izham mempunyai perasaan terhadap Meah. Betul tak? Kalau tak betul cuba fikir balik.
“Haah, aku ada date. Date dengan abang jual aiskrim tu.” Nampok beno nipunye!
Wani ketawa dengan jawapan yang diberikan oleh Meah. “Hamboihh.. Ada date dengan abang jual aiskrim tu tak bagitahu aku. Jahat kau ek.”
Meah hanya tersengih.
Allahuakbar Allahuakbar.... Kedengaran azan menandakan masuknya waktu Asar berkumandang dari masjid berdekatan.
Radio yang terpasang ditutup oleh Wani. “Solat jom.” Ajak Wani.
“Ok, jom. Kau pergi ambil wuduk dulu.”
Solatlah selagi kita masih mampu untuk menunaikan solat. Solatlah di belakang imam sebelum imam solat di belakang kita. Solat itu penting kerana ia adalah perkara pertama yang akan dihisab ketika di Padang Mahsyar nanti dan kerana ia adalah perintah ALLAH.
Datelah dengan ALLAH sebelum kita date dengan manusia.

*****

Telekung dan sejadah yang digunakan oleh Meah dan Wani dilipat dan disangkut di penyangkut yang terletak di sebelah meja. Masing-masing merebahkan diri ke atas katil sambil merenung siling yang berwarna putih dengan corak bunga bungaan.
“Tiada terfikir, terlintas, engkau akan tiba membawa perangsang.. Tiada terfikir, terlintas engkaukan membuka sempadan perasaan..” Telefon Meah berbunyi tatkala dia Meah cuba untuk memejamkan matanya buat seketika.
Hishh.. Kacau line betullah. Dengan perasaan malas yang menggunung, Meah mengesot dan telefon bimbitnya dicapai. Jelas nama ‘My Home, My Heaven’ tertera di skrin telefonnya.
Butang hijau ditekan.
“Akak...!!!” Kedengaran suara Firda menjerit di sebelah sana. Telefonnya terpaksa dibawa jauh dari telinga. Mahu tersumbat tahi telinganya dengar jeritan berapi adiknya yang seorang ni.
“Assalamualaikum..!!!” Sindir Meah sambil menjerit juga. Wani yang terbaring melihat pelik ke arah Meah. Sebelah kening Wani terangkat ala-ala Ziana Zain tengah nyanyi lagu Madah Berhelah atas pentas.
Meah hanya menayangkan barisan gigi hadapan kepada Wani sambil membuat gaya tangan seperti menghalaunya. Malas nak ambil tahu, Wani mencapai tualanya dan berlalu ke bilik air.
“Waalaikummussalam, kak Meahku yang tercinta dan tersayang.” Firda menjawab salam yang diberi Meah sambil terlompat sorang-sorang di tepi telefon. Zainuriah yang melihat aksinya hanya mampu menggeleng.
“Amboi, siap ada yang tercinta dan tersayang lagi tu! Nak bodek akaklah tu, ek?” Duga Meah dan kembali berbaring di sebelah Wani.
“Eh,eh.. Akak ni ada guna apa-apa ilmu ke? Ke akak serap ilmu Nujum Pak Belalang sampai boleh teka hati Firda ni.” Firda menayang giginya kepada Zainuriah apabila Zainuriah lalu di hadapannya.
“Hmm.. Dah akak agak dah. Nak bodek apa ni? Cepat cakap. Akak bagi masa kurang 60 saat dari sekarang.” Meah tersenyum mengenangkan perangai adiknya ini. Ini mesti nak kirim apa-apa esok. Yalah, dia dah tahu esok Meah ni nak balik kampung. Adalah yang nak diordernya tu.
“Firda nak coklat Cadbury besar punya tiga bar.” Itu bukan kurang 60 saat tu tapi itu dah kira kurang 30 saat aje tu. Punyalah laju Firda bercakap.
“Amboi... Tu dia..!! Sampai tiga baq besaq naa. Kenapa tak mau jadikan sepuluh je.” Tiba-tiba loghat Penang pula yang keluaq.
“Hahaha... Kalau akak sudi jadikan sepuluh, Firda tadah tangan aje.” Zainuriah menepuk kuat bahu Firda apabila dia dapat menangkap apa yang dia bicarakan bersama kakaknya di talian.
Firda menutup mulutnya dengan telapak tangan menahan bisa akibat tamparan kuasa tiga oleh ibu. Fuhh... Berbekaslah! Ibu menjegilkan mata ke arah Firda kerana geram mendengar permintaan ‘buah tangan’ daripada kakaknya.
Firda hanya tersengih dan tidak mengendahkan betapa bulatnya mata Puan Zainuriah melihatnya.
“Sepuluh juga ke akak nak bagi dekat Firda?” Firda sengaja ingin menguji ibunya.
Geram sangat punya pasal, telefon di tangan Firda dirampas dan diletakkan ke telinga ibu pula. Firda mencebik melihat ibunya.
Ganggu waktu membodek betullah ibu ni! Bentak Firda di dalam hatinya.
“Assalamualaikum, Meah.” Ibu memberi salam kepada Meah di hujung talian.
“Waalaikummussalam, ibu. Eh, mana pula Firda tadi? Tadi bukan Firda tengah cakap dengan Meah ke? Tiba-tiba pula lesap budak kecik tu. Pergi buat kek ke?” Meah bangun dari pembaringan apabila mendengar suara ibu.
“Buat kek apa ke bendanya. Dia cuti seminggu, nak rehat lepas habis berperang dalam dewan periksa katanya.” Zainuriah mengambil alih tempat duduk Firda tadi. Firda yang berdiri di sebelah ibu hanya memuncung melihat ibunya.
“Owhh.. Lupa pula Meah yang SPM dah habis.” Ujar Meah.
“Meah, tak payahlah nak ikut sangat permintaan si Firda ni. Coklatlah, apalah, umur dah boleh jadi mak orang tapi perangai masih macam budak kecik. Jangan dilayan sangat perangai ngada-ngada dia ni.” Bertambah panjang muncung Firda yang mendengar kata-kata ibunya. Sampai hati ibunya kata dia gedik! Uhuk uhuk...
“Haha.. Ala, ibu. Meah ni bukannya selalu pun balik sana. Sekali sekala Meah balik nak juga Meah bawakan sesuatu untuk adik Meah yang comel tu.” Meah membela adiknya.
“Sekali sekala tak sekali sekala. Tapi, tak ke menyusahkan kamu tu nanti. Kamu tu besar. Daripada dok bazirkan duit beli coklat lebih baik simpan buat preparation untuk kamu kahwin suatu hari nanti. Siap sedia dari sekarang ni. Bukannya seminggu nak bernikah baru nak kumpul duit. Masa tu dah tak ada gunanya dah!” Ibu sudah mula membebel bab jodoh!
Meah mula terbayang kejadian semalam di mana dia dilamar oleh Izham. Sweet giler ok! Hmm.. Bagi dia yang tengah angau dengan bayang Izham la, bagi orang lain termasuklah Wani dekat sebelah dia ni wallahualam la. Hati orang lain-lain. Betul tak? Kalau tak betul fikir-fikirkan semula.
“Meah, ooo.. Meah. Berangan ke? Ibu panggil buat tak tahu aje.” Oppss... Berhenti mengejut lamunannya kerana ditegur ibu. Fuuhh.. Nasib tak terkantoi!
“Haaa... Mana ada Meah berangan, bu. Tengah merenung masa depan ni.” Memanglah tengah merenung masa depan, masa depan antara dia dan abang Iz. Abang gitu!
“Merenung masa depan atas pelaminlah tu, ek?” Pandai bebeno ibu menekanya. Haisshh..
Meah tersengih sorang-sorang sambil menghadap dinding yang tidak dibiar kosong tetapi ada ayat Kursi dan ayat Seribu Dinar yang dibingkai cantik dan digantung di dinding tersebut.
“Tersengih sorang-soranglah tu?!” Hebat betul ibu meneka.
“Eh,eh.. Mana ada ibu. Ibu ni ada-ada aje. Hmm.. Oklah ibu, Meah nak pergi mandi dululah. Badan dah melengas dah rasanya ni.” Meah mengelat nak larikan diri dari soalan maut ibu.
Tapi, memang benar badannya terasa bagai selepas berjalan di gurun yang membahang panasnya. Panas asrama kut? Oppss.. Hehehe..
“Hmm.. Betullah tu, tersengih sorang-sorang, kan?” Ibu masih dengan soalan Nujum Mak Belalangnya.
Meah ketawa sambil menekup mulutnya. Tidak mahu ketawanya didengari oleh Wani yang masih belum sudah mandi di dalam bilik air.
“Ok, ok. Meah menyerah kalah. Ya, Meah tengah sengih sorang-sorang. Oklah, bu. Meah letak telefon dulu ya, ibu. Assalamualaikum. Tolong kirim salam dari Meah untuk adik dengan nenek ya, bu. Cium pipi kiri kanan nenek sekali sekali tau!” Meah menoleh ke arah Wani yang baru keluar dari bilik air. Kepalanya dibungkus dengan tuala. Dah macam rupa mamat bangla lepas mandi guna air perigi. Ada pula?!
“Yalah. Nanti ibu sampaikan. Ni, si Firda ni nak cakap dengan kamu lagi. Jangan dilayan sangat permintaan budak kecik dia tu. Dah besar tapi dok melantak cekelat juga.” Ibu membebel mengalahkan nenek sambil menjeling tajam ke arah Firda yang sudah buat perangai menggedik nak cakap dengan kakak tercinta.
“Ok.”
Ibu memberikan gagang telefon kepada Firda. Ibu berlalu ke ruang tamu untuk kembali menonton drama kesukaannya.
“Akak..!! Akak, jangan lupa tau coklat Firda, esok. Tak kisahlah berapa bar yang akak nak belikan untuk Firda. Yang penting ada ek. Kalau boleh nak yang perisa Chocolate Mousse dengan Black Forest. Ok?” Nada suaranya diperlahankan agar tidak didengari oleh ibu. Ibu tu bukannya boleh harap sangat. Mata aje tengok tv tapi telinga ke lain.
Meah menggeleng mendengar perisa coklat yang Firda minta. Nak yang famous aje. Tak famous tak nak. Budak-budak zaman sekarang!
“Yalah, yalah nanti akak belikan waktu akak balik esok kalau sempat. Kalau tak sempat lain kalilah akak beli. Dah, akak nak mandi. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik tau. Suruh ibu masakkan ikan keli goreng bersambal, lepas tu suruh ibu tumbukkan sambal belacan yang kawkaw sekali tau! Tengah hari esok akak balik terus makan aje.” Tu dia! Dasar perut tak tahu nak cakap apa. Minta yang special aje.
“Amboi..!! Hmm.. Nanti Firda bagitahulah dekat ibu. Waalaikummussalam.” Belum sempat Meah menambah, Firda sudah meletakkan gagang telefon.
Meah menggeleng sambil menatap skrin telefonnya. Ingatkan dah hilang perangai kabutnya bila dah habis sekolah, rupa-rupanya sama aje.
“Pergilah mandi cepat! Badan dah lebih kurang bau dengan kambing. Kalau letak dalam kandang pun mesti kambing tu ingat kau ni sepupu sepapat dia.” Kata Wani sambil menepuk belakang Meah.
“Mulut kau! Kalau dapat aku sumbat dengan lesung batu pun syok juga. Sesedap kuah taucu aje kau nak kata aku ni sepupu sepapat kambing. Nak tahu tak yang kau tu lagi teruk. Bersepupu sepapat dengan kerbau yang suka berkubang tu, tau!” Meah membalas kata-kata Wani sambil menampar perut Wani dengan menggunakan bantal.
Mengekek Wani ketawa sambil sengaja menutup hidungnya.
“Eeee... Aku rasa macam nak... nak... aarrgghh...” Jerit Meah sambil berlalu ke bilik air dengan laju.
Kambing pun sekarang dah wangilah! Lagi wangi daripada orang yang dok malas nak mandi. Huhuhu... 


No comments:

Post a Comment