Thursday 15 August 2013

Dendam Cinta Psino

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Today, tarakk Cintaku Jauh Di Awan Biru, hanya ada cerpen baru, sambungan Cinta Jejaka Psino.
Malas nak membebel seperti biasa, amik jelah ek.. =)



~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~



Rencah-rencah untuk memasak kari ayam dimasukkan ke dalam periuk. Hari ni, my luvly hubby teringin nak makan kari ayam katanya. Mengalahkan aku yang tengah mengandung pula dia.

Selesai memasak, aku menapak naik ke tingkat atas. Walaupun sejujurnya aku rasa bagai nak pitam mendaki tangga untuk naik ke atas tapi nak buat macam mana, dah rumah kami memang dua tingkat. Pernah juga Haziq meminta aku agar tidur di bilik bawah tapi aku tak nak. Nanti nak kena angkut pula barang-barang turun ke bawah. Lagilah penat.

Tapi, selepas bersalin nanti kena tidur dekat bawah juga. Tapi, (banyaknya tapi) waktu tu nanti aku tidur dekat bawah bersebab dan yang pastinya papa ‘psino’ yang tolong angkutkan barang-barang. Hee... Itu yang bertambah sayang dekat papa ‘psino’.

Aku membuka pintu bilik utama iaitu bilik aku dan Haziq. Aku mencari bayang papa ‘psino’ tapi tiada. Eh, ke mana pulalah perginya suami hensem aku tu? Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi yang amat aku kenali. Bunyi piano. Amboi, sempat lagi dia main piano!

Aku terus menghayunkan kaki ke arah bilik muzik pula. Perlahan pintu bilik itu ku buka. Aku melihat Haziq membelakangi aku sambil tangannya masih ligat menekan butang-butang piano.

“Abang.” Tegur aku dari belakang seraya memeluknya. Sebuah kucupan aku hadiahkan ke pipinya.

Haziq tersenyum memandangku dan terus berpusing untuk melihat aku. Tanganku digenggamnya erat sebelum mencium tanganku itu. Aduh, papa ‘psino’ ni, saja nak bagi aku cair.

“Jom turun. Sayang dah masakkan kari ayam yang abang nak tu.” Ajakku seraya menarik tangannya agar mengikutiku. Tapi dia hanya mengeraskan tubuhnya. Tak tertarik aku dibuatnya.

“Nantilah. Abang rasa dah kenyang pula tengok sayang. Tak payah makanlah ek.” Ujar Haziq sambil tersengih lebar.

Aku memandangnya geram. Rasa nak cubit-cubit aje pipi dia yang sasa tu. Eh, pipi yang sasa? Bahasa Malaysia manalah aku belajar pipi sasa ni? Ini kalau aku sekolah balik nak ambil SPM gerenti fail habis subjek Bahasa Malaysia. Buat segan aje dekat adik-adik dekat sekolah.

“Hmm... Kalau macam tu abang duduk ajelah dekat sini. Sayang dah lapar dah ni. Ni, baby ‘psino’ pun dah mengamuk sebab mama dia lambat makan.” Kataku pada Haziq sambil tangannya mengusap lembut perutku yang sudah memboyot. Tunggu masa aje sebenarnya sebab tarikh duenya esok. Huwaa, esok tu! Tapi tarikh itu sekadar tekaan manusia, yang benarnya di ‘sana’, di Luh Mahfuz sana.

Haziq tersengih memandangku. “Yalah, yalah... Sayang turun dulu ya. Nanti abang datang, nak kemas meja tu sikit. Dah bersepah. Baby papa ni jangan nakal-nakal tau, kesian mama dia ni sebab kena mengamuk dengan baby. Just cool and chillax tau, cayang.” Bibirnya berbicara sambil telinganya dilekapkan ke perutku.

Aku ketawa kecil seraya menampar perlahan lengannya. Aku keluar meninggalkan Haziq yang ingin mengemas mejanya yang sememangnya sudah bersepah. Perlahan-lahan aku menapak turun apabila tiba-tiba sahaja pinggangku sakit bagai dicucuk-cucuk. Tapi aku biarkan sahaja kerana memang sejak aku mengandung ni pinggangku tak pernahnya tak sakit.

Tiba di anak tangga yang terakhir terasa sakit tadi menyucuk pula di bahagian ari-ariku. Aku memegang erat palang tempat pemegang di tepi tangga. Aku memegang perutku. Aduh, nak bersalin ke aku? Sakit yang tadinya hanya sedikit semakin menyucuk sehingga aku rasa bagai nak hilang nyawa dibuatnya.

“Abang! Abang...!!!” Jeritku sambil masih lagi memegang palang tempat pemegang.

“Ya ALLAH! Kenapa ni sayang?” Soal Haziq dari tingkat atas. Aduh, tercegat pula dia dekat situ. Orang tengah sakit dia boleh pula buat lawak Malaysia dok tengok aku.

“Sayang rasa baby ‘psino’ nak keluarlah, bang. Tolonglah!” Tak tahan sakit punya pasal tak pasal-pasal Haziq kena tengking.

Waduh, ampunkan isterimu! Isterimu dah tak fikir apa dah ni. Your baby dah tak sabar nak tengok dunia yang indah ini.

Kelam kabut Haziq menuruni anak tangga. Dia memimpin tanganku sehingga ke keretanya yang terparkir di bawah garaj. Dia cuba membuka pintu keretanya tapi tak berjaya. Poket seluarnya pula diraba. Aduh, papa ‘psino’ ni janganlah nak buat hal! Baby ‘psino’ dah tak sabar nak keluar dah ni.

“Allahuakbar... Kunci kereta tertinggal. Sayang tunggu sekejap ya, abang nak pergi ambil dekat dalam sekejap. Sayang tahan dulu tau. Tahan!” Aduh, suami siapalah tu?!

Tercungap-cungap aku menahan sakit yang kian menyucuk di bahagian pinggang dan ari-ariku.

“Abang...!!!”

~*~*~*~

Alhamdulillah, hanya itu yang mampu aku ungkapkan setelah hampir tiga jam aku bertarung di dalam labour room untuk melahirkan generasi pemain piano. Ceh, dah tentukan masa depan anak tu! Nasiblah dirimu duhai anakku.

Wajah Haziq yang ralit memandangku, aku renung. Lama kami begitu sebelum dia bertindak mencium dahiku. Aku tersenyum seraya memandang ke arahnya yang turut tersenyum lebar.

“Terima kasih kerana sanggup bertarung nyawa demi melahirkan zuriat buat abang.” Ucapnya sambil mengusap lembut kepalaku. Tudung yang tersarung di kepalaku yang agak senget dibetulkannya.

“Tak perlu berterima kasih, bang. Memang sudah menjadi tanggungjawab sayang untuk melahirkan waris abang.” Balasku semula sambil mengusap pipinya.

Tiba-tiba pintu wadku dibuka dari arah luar. Aku menjengukkan kepala untuk melihat gerangan yang masuk. Terjengul wajah jururawat wanita yang sedang menolak katil baby yang pastinya baby aku dan Haziq. Hero lagi tu!

 Ya ALLAH, aku dah jadi ibu rupanya. Serasa baru semalam aku disahkan mengandung dan kini anak yang ku kandung sudah pun selamat melihat dunia yang indah ini.

“Abang, kita dah jadi ibu bapalah.” Dengan penuh teruja aku berbisik kepada suamiku yang turut ralit melihat anak kami yang enak dibuai mimpi. Geramnya rasa bagai nak gomol-gomol aje pipinya.

Haziq mengangguk sambil tersenyum. Aku mengusap lembut pipi anakku yang masih belum lagi diletakkan nama. Tanpa aku sedar, air mataku mengalir laju. Bukan sedih, jauh sekali aku berduka tapi aku gembira. Gembira kerana aku telah berjaya melahirkan generasi kedua Haziq Naufal si ‘Jejaka Psino’.

Jururawat wanita tadi berlalu keluar sambil tersenyum-senyum setelah meletakkan katil anak kami di sebelah katilku.

Pipiku yang masih dibasahi dengan air mata dikesat oleh Haziq. Dia tersenyum melihatku dan kembali melihat ke arah anak kami yang mengerdipkan matanya. Silau dek cahaya lampu barangkali.

Perlahan Haziq mengangkat tubuh kecil anak kami. Sempat dia menggomol pipi anak kami sebelum dibawa kepadaku. Aku mengusap lembut dahi baby ‘psino’ sebelum menciumnya. Baby ‘psino’ diletakkan oleh papanya ke dalam pangkuanku.

“Arif Aryan.” Ucap Haziq tiba-tiba seraya melihatku sambil tersenyum.

“Mulai sekarang, dia bukan lagi baby ‘psino’ tapi Arif Aryan, junior ‘psino’.” Sambung Haziq lagi.

Aku tersenyum seraya melihat ke arah baby ‘psino’ yang ralit minum susu badanku. Lapar rupanya anak mama ni.

“Arif Aryan, sedap nama tu bang. Tapi, junior ‘psino’ tu apa pula bezanya dengan baby ‘psino’?” Perlu ada beza ke? Rasanya sama sahaja, anak kami juga.

Baby tu hanya untuk sebelum dia keluar dari rahim ibu dia. Bila dah keluar kenalah ubah. Hidup ni mesti ada perubahan, sayang. Tak syoklah kalau dok baby lagi sedangkan dah real nampak depan mata kita ni.” Jelas Haziq panjang lebar.

Aku ketawa kecil mendengarnya. Malas nak membalas, nanti berjela-jela jadinya. Tak tenang Arif Aryan nak minum susu. Dia dahlah lapar.

Arif Aryan. Sedap juga nama tu. Arif Aryan, Arif Aryan... Waaaa... Pandainya my ‘Tak Jejaka psino’ ni pilih nama. Nak aje aku gomol kuat-kuat pipi kedua-dua hero aku ni.

Mama and papa love you, Arif Aryan...

~*~*~*~*~

Empat tahun kemudian...

Perlahan-lahan aku menuruni tangga untuk mencari hero-hero kesayanganku yang entah ke mana perginya. Sesekali kepalaku yang berdenyut dipicit dengan jemariku. Aduh, bilalah sakit kepala ni nak blah! Tapi, sakit itukan indah, setiap dosa kecil pasti akan terhapus apabila kita sakit. Wallahualam.

“Abang! Arif! Hish, mana pulalah dua beranak ni pergi! Abang!” Jeritku di sekitar ruang tamu.

Aku melabuhkan punggung ke atas sofa. Malaslah nak cari dua beranak tu. Cari ke tak cari ke sama aje, tetap juga macam tu. Nampak tak nampak aje mama ‘psino’ yang comel ni. Maklumlah, bila dua-dua dah hero, jadi genglah mereka.

Punat alat kawalan jauh televisyen ku tekan. Tekan, tekan, tekan dan tekan lagi sampai rasa nak campak aje alat kawalan jauh dekat dalam longkang depan rumah tu. Bosan aje cerita-ceritanya.

Yang Indonesia selagi tak tukar anak tak sah, yang Melayu selagi tak ada sweet dengan kahwin paksa memang tak sah. Yang mat salih pula dok tak habis-habis dengan cerita imaginasi tahap tinggi. Bosanlah!



Aku menyandarkan badan pada sofa setelah penat sesi tekan menekan. Sedang asyik melayan feel sakit kepala yang tak nak blah ni, tiba-tiba aje bahu kananku dicuit. Aku berpusing ke arah kanan melihat siapa yang mencuit tapi tiada sesiapa pun. Aku kembali menyandar pada sofa.

Tiba-tiba bahu kiriku pula dicuit. Aku berpaling pula ke kiri tapi tiada sesiapapun. Bulu romaku tak meremang sebab hati, limpa, peparu dan jantung aku dah dapat teka siapakah gerangan ‘hantu’ yang mengacau ketenteraman mama ‘psino’ ni.

Perlahan-lahan aku bangun dari sofa supaya ‘hantu’ yang mencuit bahu aku tadi tak sedar yang aku ingin mengacau mereka pula. Terjengket-jengket aku melangkah ke arah belakang sofa. Kelihatan dua orang heroku sedang mengekek-ngekek ketawa. Aku mencekak pinggang sambil melihat mereka yang masih tidak menyedari kehadiranku.

Haziq cuba untuk mencuit aku yang dia fikir masih lagi berada di atas sofa. Arif pula sudah menyedari bahawa aku berada di belakang papanya. Membulat mata junior ‘psino’ melihat aku.

Haziq berpaling ke belakang apabila dia tidak dapat mencuit aku. Aku hanya tersenyum senget sambil berpeluk tubuh dan melihat ke arahnya. Haziq tersengih sebelum bertindak mendukung Arif dan lari keliling sofa. Aku apalagi, kejar!

“Nanti ya papa dengan junior ‘psino’ tu. Kalau mama dapat, sorang-sorang nanti mama belasah. Ada hati ya kenakan mama. Nanti!” Ujarku sambil mengejar mereka dua beranak yang mengekek ketawa sambil terus berlari.

Lama jugalah kami si keluarga ‘psino’ berkejar-kejaran keliling ruang tamu sebelum masing-masing terlentang kepenatan di atas permaidani. Arif merangkak ke arahku. Dia meniarap di atas perutku sebelum meletakkan kepalanya di atas dadaku.



Aku mengusap lembut kepala anak kesayanganku ini. Terasa damai hatiku setiap kali melihat dia bahagia di hadapan mataku.

“Amboi, manjanya dia dengan mama dia! Ni yang papa cemburu ni.” Ujar Haziq seraya menarik lembut hidung Arif yang masih lagi meniarap di atas perutku.

Arif mencebik muka dan terus berpaling ke arah yang bertentangan. Aku ketawa kecil melihat kedua-dua heroku ini. “Papa cemburulah, sayang. Tak kisahlah siapa manja dengan siapa yang penting dua-dua orang ni hero mama dunia akhirat.”

Haziq meletakkan kepalanya ke atas tanganku. Aku mencium ubun-ubunnya dan Arif. Tak sanggup aku bayangkan bagaimana jika suatu hari nanti aku kehilangan mereka.

“Mama ‘psino’ ni pun heroin kami juga. I can’t imagine if one day I’ll lost you. Arif and I can die without you. You’re our star, our shiny star in this world.” Ucap suamiku seraya mengucup lama dahiku. Suasana pilu menguasai antara kami sekeluarga.

Arif memeluk aku erat seakan tidak mahu melepaskanku. Aku turut memeluknya erat. Air mataku mengalir perlahan menyusuri pipiku. Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku.

“Buat drama air mata pula kita petang-petang macam ni. Dah. Arif, jom pergi jalan-jalan dekat taman nak? Biar mama masak untuk kita minum petang.” Haziq mengajak Arif untuk berjalan sambil mengelap air mata di pipiku.

Laju sahaja Arif mengangkat kepalanya apabila mendengar papanya nak bawa dia pergi jalan-jalan. Arif mengangguk sambil tersengih-sengih ke arah papa dan mama ‘psino’ dia ni.

Kami bangun dari terus terlentang di atas permaidani.

“Hati-hati ya, bang. Jaga hero awak tu. Jangan sampai awak ke mana, Arif ke mana pula.” Pesanku pada mereka dua beranak ‘psino’ yang sudah bersiap sedia untuk buat sesi lawatan ke taman.

“Baiklah duhai mama ‘psino’. Papa menurut perintah.” Balas Haziq sambil menyarungkan kasut ke kaki Arif.

Aku hanya tersenyum mendengar jawapan yang ‘nakal’ dari bibir Haziq. Sabar ajelah aku. Ikutkan hati dah lama aku cili mulut dia tu.

“Ok, siap! Jom, Arif. Bye, mama...” Ucap Haziq dan terus menarik tangan Arif sambil melambai ke arahku. Arif turut melambai ke arahku.

Aku membalas lambaian mereka. “Take care, hero-heroku.” Ucapku sambil melambai lagi gaya macam jauh sangatlah taman yang mereka nak pergi tu padahal selang dua lot aje dari rumah aku ni.

~*~*~*~

Di taman, Haziq memegang erat tangan anak terunanya sambil perlahan-lahan mereka berjalan menyusuri taman. Ada yang berjoging, ada yang turut membawa anak seperti dia. Orang tak ramai, mungkin kerana masih lagi waktu bekerja.

“Arif, nak makan aiskrim tak?” Soal Haziq sambil menunjukkan Arif ke arah penjual aiskrim.

“Nak. Papa belikan.” Jawab Arif sambil tersengih. Ikut siapalah agaknya Arif ni, suka sangat tersengih.

Haziq membelikan anaknya sebatang aiskrim coklat buat Arif dan kembali ke arah anaknya yang duduk di atas kerusi yang agak jauh dari orang ramai. Tersengih-sengih Arif mengambil batang aiskrim yang dihulur oleh ayahnya.

Haziq tersenyum seraya melabuhkan punggung di atas kerusi di sebelah Arif. Kepala junior ‘psino’ diusap. Dia yang ralit menikmati aiskrim kegemarannya tidak mempedulikan Haziq.

Tiba-tiba belakang Haziq ditepuk oleh seseorang. Haziq tersentak seketika. Dia ingin melihat siapa yang menepuknya tapi malangnya tak sempat lagi dia ingin berpaling, belakangnya pula dipukul oleh seseorang. Sakitnya tak usah dikata tapi sempat jua dia memegang tangan Arif.

Belum sempat Haziq ingin berpusing untuk membalas perbuatan orang itu, belakangnya dipukul lagi sehingga dia terjatuh menyembam ke atas tanah. Tangan Arif di dalam genggamannya terlepas.

“Papa...!!! Papa!” Jerit Arif sebelum mulutnya ditekup oleh seseorang.

Haziq yang separuh sedar hanya mampu melihat orang itu yang tidak jelas gerangannya membawa Arif pergi. Sebelum dia pengsan, sempat jua dia melihat gerangan seorang wanita berdiri di hadapannya  sambil ketawa.

“Kau tunggu. Anak kau dalam genggaman aku. Aku akan pastikan juga yang kau juga akan berada dalam genggaman aku, Haziq.” Ujar wanita itu sebelum berlalu pergi meninggalkan Haziq terbaring sendiri.

‘Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-Mu yang berada dalam susah ini.’ Sempat jua Haziq berdoa pada Yang Maha Esa sebelum kelopak matanya tertutup.

~*~*~*~

Terketar-ketar tanganku apabila diberitahu bahawa Haziq dan Arif, kedua-dua hero aku itu ditimpa kecelakaan. Yang paling membuatkan aku pitam ialah Arif telah diculik. Ya ALLAH, siapalah yang cemburu dengan kebahagiaan keluarga ‘psino’ itu.

Aku menatap lama wajah suamiku yang masih terlantar di atas katil hospital. Aku sudah hilang akal apabila kedua-dua hero dunia akhiratku ditimpa kecelakaan. Ke mana perginya Arif? Bila Haziq nak sedar? Ya ALLAH, KAU kuatkanlah hatiku.

Aku melihat Haziq mengerdipkan matanya menandakan bahawa dia sudah sedar. Aku segera memanggil jururawat yang bertugas dan memaklumkan bahawa suamiku sudah sedar. Jururawat yang bertugas segera memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Haziq.

“Alhamdulillah, suami Puan semakin baik. InsyaAllah esok pagi suami Puan boleh keluar. Saya harap Puan bersabar dengan dugaan yang ALLAH berikan pada Puan. Saya tahu Puan seorang yang tabah. Jika tidak, masakan ALLAH turunkan dugaan yang hebat pada Puan.” Panjang lebar doktor yang merawat suamiku berkata padaku.

Aku hanya mampu tersenyum tawar. Tiada kudrat untuk aku membalas kata-kata doktor itu. Hati ini tawar dan kosong. Arif anak mama, where are you? I miss you, my son.

Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi di sebelah katil suamiku. Tangan suamiku dicapai dan digenggam erat. Haziq melihatku dengan pandangan yang berkaca.

“Abang minta maaf sayang. Abang tak berjaya melindungi Arif seperti yang sayang minta. Abang cuai, abang tak pandai jaga anak sendiri.” Ucap Haziq dengan air mata yang meleleh di pipinya.

Aku menggelengkan kepala berkali-kali seraya mencium tangannya. “Tak... Tak, ini semua bukan salah abang tapi sudah takdir. ALLAH nak menguji kita, bang. Ada hikmah untuk segala takdir-Nya, bang.” Aku menenangkan ‘Tak Jejaka Psino’ ku ini.


“Tapi...” Belum sempat dia ingin meneruskan ayatnya, aku sudah memotong.

“Tak ada tapinya. Nanti bila abang dah sihat, kita sama-sama pergi cari junior ‘psino’ ya, bang. Kita sama-sama cari anak kita.” Ujarku sambil cuba untuk memberikan senyuman yang paling manis buatnya.

Haziq hanya mampu tersenyum kelat sebelum dia kembali merebahkan diri ke atas katil dan kembali terlelap. Aku membiarkan dia terlelap kerana tahu dia penat dan sakit.

~*~*~*~

Haziq sudah keluar dari hospital namun junior ‘psino’ masih lagi tiada lagi khabar beritanya. Pihak polis juga masih lagi menyiasat gerangan penculik yang telah menculik anakku dan Haziq.

“Abang syak dia, sayang. Siapa lagi yang nakkan abang selain perempuan tu! Abang yakin dia orangnya. Abang sendiri nampak dengan mata kepala abang, ada perempuan bercakap dengan abang waktu abang dah nak pengsan tu.” Haziq syakkan dia, dia yang masih lagi mengharapkan suamiku.

“Abang, kita tak boleh tuduh macam tu aje. Kita perlu ada bukti, bang.” Aku menenangkan dia. Aku memeluk bahunya erat seraya menariknya agar duduk.

Haziq memicit kepalanya. Aku memeluknya. Ya ALLAH, berat sungguh dugaan yang Engkau berikan buat keluargaku.

“Abang tak kira, abang syak perempuan tu yang culik anak kita. Abang takkan lepaskan dia macam tu aje kalau abang jumpa dia nanti.” Haziq masih lagi dengan syak wasangkanya yang menuduh perempuan itu.

Aku hanya mampu berdiam diri. Tidak mampu untuk aku membalas kata-katanya. Tipulah andai kata tidak terlintas langsung di benakku bahawa dia yang telah menculik Arif Aryan tapi aku tidak mahu terus menuduh tanpa ada usul periksa.

“Assalamualaikum.” Sedang asyik kami melayan perasaan sunyi kerana ketiadaan Arif, tiba-tiba ada suara yang memberi salam.

Kami sama-sama menjawab salam. Aku ingin pergi melihat tapi Haziq terlebih dahulu bangun dan membuka pintu. Terjengul wajah seorang anggota polis dengan segarit senyuman di bibirnya di hadapan pintu rumah kami.

Aku mempersilakan untuk beliau masuk ke dalam rumah. Aku membiarkan anggota polis tersebut berbicara dengan Haziq manakala aku membancuh air di dapur. Sesekali telingaku menangkap butir bicara antara Haziq dan anggota polis tersebut.

“Encik Haziq, setakat ini tiada apa-apa berita yang kami dapat tapi kami telah bertemu dengan seorang saksi yang telah memberitahu kami bahawa dia telah melihat kejadian yang berlaku. Dia juga telah memberi gambaran suspek yang telah menculik anak Encik.” Terang anggota polis itu kepada suamiku.

Anggota polis itu mengeluarkan sesuatu dari dalam fail yang dibawa bersama dengannya. Sekeping kertas diambil dari dalam fail tersebut dan diberi kepada Haziq. Aku melabuhkan punggung di sebelah Haziq untuk melihat kertas tersebut setelah meletakkan dulang air di atas meja.

Terpampang gambar seorang perempuan yang dilukis dengan menggunakan pensel. Aku kenal. Ya, aku kenal perempuan di dalam gambar itu walaupun bukan dalam realiti. Aku saling berpandangan dengan Haziq. Haziq kelihatan agak terkejut.

“Abang dah agak, sayang. Ini semua memang kerja Aniz. Kerja perempuan gila tu!” Haziq tidak dapat menahan perasaannya.

Aku mengusap belakang Haziq. “Sabar abang, sabar. InsyaAllah, ALLAH akan memberikan petunjuk kepada kita soal di mana anak kita berada.” Aku cuba untuk menenangkannya.

Kringgg... Kringgg...

Tiba-tiba telefon bimbit Haziq berbunyi. Haziq mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas almari di sebelah televisyen. Aku melihat setiap gerak gerinya.

~*~*~*~

Wajah anak kecil yang berusia empat tahun di hadapannya diusap lembut sebelum dicengkam kuat. Anak kecil itu meronta dengan suara yang tersepit gara-gara pipinya dicengkam. Aniz ketawa terbahak-bahak apabila melihat anak kecik itu meronta-ronta.

“Papa... Uhuk uhuk... Papa... Mama... Arif nak papa ngan mama...” Air mata Arif bercucuran sambil menatap wajah Aniz yang seolah bersimpati padanya.

“Papa... Mama... Arif nak papa mama. Alooo... Ciannya dia. Oi, kau fikir aku senang lenang aje ke aku nak lepaskan kau pergi dekat papa mama kau tu! Hey, budak! Kau nak tahu sesuatu tak?” Ujar Aniz seraya mendekatkan wajahnya dengan wajah Arif yang lencun dek air mata.

“Papa kau tu patutnya jadi suami aku tapi mama kau rampas dia dari aku! Tak apa, aku akan telefon papa kesayangan kau tu. Aku akan minta dia kahwin dengan aku. Haha!” Sambungnya.

Telefon bimbit di dalam telefon bimbitnya diambil dan nombor ditekan di papan kekunci telefonnya sebelum meletakkan telefon bimbitnya di tepi telinga. Setelah agak lama dia menunggu, orang yang dia nanti akhirnya mengangkat telefon.

“Hai, Haziq. Dah lama I tak berbual dengan you. You dengan isteri you sihat?” Ujar Aniz sebaik saja Haziq mengangkat telefon.

“Hey, kau siapa? Tiba-tiba aje tanya khabar aku dengan isteri aku kenapa?” Jawab Haziq dengan suara yang agak tinggi.

Aniz ketawa mengilai. “You tak kenal I? Agak-agak you kenal tak suara ni?” Balas Aniz seraya menarik rambut Arif sekuatnya.

Arif apalagi, laju air matanya bercucuran serentak dengan suaranya yang bergema di seluruh tempat di diikat. Tersedu-sedu Arif menangis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya agar Aniz melepaskan rambutnya.

“Oi, perempuan! Apa yang kau buat dekat anak aku, orang gila? Kau ni memang gila! Lepaskan anak aku. Aku sanggup bayar berapa pun dengan syarat kau lepaskan anak aku.” Ujar Haziq separuh marah dan memujuk. Hatinya tidak tenang mendengar suara jeritan Arif.

“Haha! Yes, I’m crazy. Crazy of you. I tak nak duit, I nak you. You yang I cinta dari dulu.” Aniz kian menggila. Pipi Arif ditampar-tampar sehingga anak kecil itu sudah tidak sedarkan diri.

“Ok, aku akan serahkan diri pada kau tapi... Kau kena serahkan anak aku.” Haziq rela berkorban demi keselamatan anaknya yang tercinta.

Are you sure with your decision? I harap you takkan menyesal suatu hari nanti.” Sempat  jua Aniz memberikan kesempatan Haziq untuk berfikir. Kononnya!

Aniz mendengar Haziq berbicara dengan Annur.

‘Abang... Demi anak abang, Annur relakan.’ Aniz tersenyum sendiri mendengar bicara Annur kepada Haziq.

“Dekat mana aku nak jumpa kau?” Soal Haziq setelah agak lama mereka mendiamkan diri.

“Di sebuah rumah kosong di hujung Taman Merkuri. Tapi... I ada satu syarat untuk you. Kalau you nak anak you ok, nak anak you selamat sampai di tangan you, I nak you datang sorang-sorang. Without anybody neither your wife or police. If you come with them. Your son will... Crack... Bye-bye papa. Haha!” Ujar Aniz dengan bahasanya yang sudah tunggang langgang sebelum memutuskan talian.

Aniz memandang sinis ke arah Arif yang sudah tertunduk lemah. Dia mengusap rambut Arif sebelum menariknya lagi.

“Kau akan mampus dengan mama kau kalau papa kau tak ikut syarat aku. Papa kau? Aku nak bunuh? No, no, no... I love your handsome dad. Selamat tidur dulu ya, sayang. Kita sama-sama tunggu kehadiran papa kau. Aku nak bentangkan karpet merah untuk papa kau. Haha!” Ujarnya sebelum berlalu meninggalkan Arif.

Aniz melintasi seorang lelaki yang ralit menghisap rokok. Berkepul-kepul asap sengaja dihembuskan ke muka Aniz. Aniz tersenyum lebar seraya meletakkan dagunya ke atas bahu lelaki itu.

“Kau masih nak dengan Haziq sedangkan aku dah ada depan mata kau? Aku bukan patung, Aniz.” Ujar lelaki itu dan membiarkan Aniz meletakkan dagu ke atas bahunya.

“Oh, Zack! You merajuk dengan I ke? Oh, Zack! He just my fish. And you’re my diamond. Zack, you tak ‘lapar’ ke?” Soal Aniz dengan liuk lentoknya untuk menggoda Zack.

“Aku dah hilang selera dengan kau. Blah la, aku rasa bukan Haziq ‘fish’ kau tapi aku. Aku memang jahat Aniz, tapi sejahat aku pun, aku masih tahu beza mana orang gila macam kau.” Ujar lelaki itu seraya menepis dagu Aniz di bahunya.

Aniz terlopong. Dia menggosok dagunya yang terasa pedih.

“Hey, Zack! Kau tu yang gila! Dah buat aku jadi hilang dara sekarang ni kau nak kutuk aku pula!” Bidas Aniz seraya menghentakkan kakinya tanda tidak puas hati.

“Haha! Aku yang buat kau hilang dara? Haha!” Ujarnya seraya menghalakan jari telunjuknya ke arah mukanya.

Tanpa diduga Zack menarik bahu Aniz. Kuat sehingga Aniz terdorong ke tepi.

“Kau yang datang dekat aku lepas tu kau jual maruah kau sendiri pada aku lepas tu kau cakap aku punca kau hilang dara. Woaaa... Permainan Angry Bird lebih berharga daripada permainan kau. Dasar perempuan gila!” Zack melepaskan genggamannya dan terus berlalu keluar meninggalkan Aniz sendiri.

Aniz terkedu dan tidak keruan. Dia memandang ke segenap arah. Rambutnya ditarik sehingga menjadi kusut. Dia terduduk dengan air mata yang mengalir di pipinya.

~*~*~*~

Haziq melihat ke arahku dengan pandangan yang bersalah. Aku mampu mendengar setiap butir bicara Aniz kerana Haziq memasang loud speaker sebaik sahaja dia tahu bahawa Aniz yang menelefonnya. “Sayang dah fikir masak-masak ke dengan keputusan sayang tu?” Soal Haziq padaku.

Aku menghela nafas sebelum mendongak memandangnya. Tanganku digenggamnya.

“Demi anak kita, bang. Sayang sanggup.” Balasku lemah. Sanggup? Hanya bibir yang berani berbicara begitu sedangkan hatiku jauh dari kenyataan di bibir. Aku tidak mahu hilang kedua-dua heroku. Aku nak Arif pulang ke pangkuanku namun aku jua ingin Haziq kekal di sisiku.

“Maaf Encik Haziq dan Puan Annur jika saya menyampuk. Pihak saya boleh menolong Encik Haziq. Tiada penjahat yang bijak dan sempurna. Selicik manapun mereka, ALLAH tak pernah sekalipun dahulukan mereka. Pihak polis akan membantu Encik. Abaikan syarat seorang penculik. Mereka bukan sesiapa untuk kita dengar setiap arahannya.” Anggota polis itu menyampuk.

Aku saling berpandangan dengan Haziq. Kami sama-sama melihat ke arah anggota polis tersebut yang tersenyum ke arah kami. Kami mengangguk tanda bersetuju untuk bertindak dengan bantuan pihak polis.

“Kami akan lakukan dengan bantuan pihak Tuan Inspektor Nadhim. Saya tak mampu untuk hadapi seorang wanita yang gila dengan kudrat saya sendiri.” Ujar Haziq seraya memeluk erat bahuku.

“Saya nak ikut. Saya nak ikut suami saya.” Aku merayu kepada Inspektor Nadhim.

“Sayang, bahaya tu. Duduk aje dekat rumah, biar abang dengan pihak polis yang pergi selamatkan Arif. Abang janji akan bawa balik Arif.” Haziq menenangkanku dengan mengeratkan lagi pelukannya di bahuku. Inspektor Nadhim yang melihat kami tidak aku peduli.

“Ehem... Puan boleh ikut tapi untuk keselamatan, Puan perlu menunggu jauh dari tempat kejadian. Kami takut sesuatu akan berlaku. Jadi Encik Haziq, bila kita boleh bertindak?” Kata-kata Inspektor Nadhim itu menenangkan jiwaku yang sesak.

“Sekarang!”

~*~*~*~

Dengan berat hatinya aku melihat suamiku berlalu bersama-sama anggota polis untuk menyelamatkan Arif Aryan. Ya ALLAH, KAU lindungilah suami dan anakku. Aku hanya mampu menunggu bersama-sama dua orang anggota polis lelaki dan seorang anggota polis wanita di dalam kereta rasmi polis kira-kita 150 meter jaraknya dari rumah kosong yang menempatkan anakku.

Arif Aryan.... Be strong my dear. Your dad will come to save you. I know that my son is a strong boy. Arif...

~*~*~*~

Perlahan-lahan Haziq menolak pintu rumah kosong tersebut. Anggota-anggota polis yang mengikutnya bersembunyi di sebalik semak dan akan keluar membantunya jika perlu.

“Aniz, kau dekat mana Aniz? Aniz! Arif! Aniz, mana kau sorok anak aku?!” Haziq menjerit menyeru Aniz agar keluar.

“Sayang... Awalnya you datang. I tak prepare apa-apa pun lagi untuk you. Hmm... Baju nikah, wedding planner dengan katering. Waa... Banyak nak kena sediakan tu. You dah ready untuk kahwin dengan I? Dan... Kau dah sedia nak lepaskan anak bini you?” Ujar Aniz yang tiba-tiba sahaja muncul dari arah belakang Haziq.

Haziq terkejut dan berpaling ke belakang dan terlihat wajah Aniz yang tersenyum lebar melihat Haziq. Haziq memandang tajam ke arah Aniz. Ikutkan hatinya, sudah lama muka Aniz pecah kena tumbukannya.

“Anak aku mana?! Aku tak teringin pun nak kahwin dengan kau! Tolong, jangan perasan sendiri. Aku nak tahu, mana anak aku?” Haziq tidak mahu berdolak-dalih.

“Hey, aku takkan bagi anak kau selagi kau tak cakap yang kau nak kahwin dengan aku!” Aniz mula naik minyak.

Haziq mula terketar. Dia tidak takut dengan Aniz tapi dia risau, risau jikalau tiba-tiba Aniz menggila di sini. Dia takut jika Arif diapa-apakan. Dia perlu menggunakan pendekatan cara lain. Dia tidak boleh marah. Api lawannya air.

“Aniz... Aku cintakan kau dulu. Aku akan cintakan kau sekarang jika kau beritahu aku di mana anak aku.” Ujar Haziq.

Aniz tertunduk menekur ke lantai. Air matanya gugur dari tubir matanya. Haziq mulai tidak keruan. Ikutkan hatinya sudah lama dia berlalu pergi tapi dia perlu selamatkan anaknya dahulu. Dia perlu pastikan bahawa anaknya selamat dahulu.

“Arrgghhh....” Aniz menjerit tiba-tiba membuatkan Haziq tersentak. Aniz yang merenungnya tajam membuatkan jantungnya berdebar hebat.

“Kau penipu! You’re liar! Kau janji macam mana pun, tengoklah. Akhirnya kau pilih Annur juga untuk jadi bini kau. Aku, kau ketepikan macam tu aje.” Aniz sudah menggila.

Haziq sudah tidak mempedulikan Aniz. Dia perlu mencari Arif dengan segera. Haziq berlari dari sebuah ruang ke ruang yang lain untuk mencari Arif. Jeritan Aniz yang memanggilnya tidak dia peduli.

Tiba di satu ruang, dia melihat seorang anak kecil diikat di atas kerusi dalam keadaan lemah. Bagai lipas kudung Haziq segera berlari ke arah anak kecil itu dan membuka ikatannya. Sempat jua dahi Arif dicium.

“Aku tak jadi nak bunuh anak kau. Tiba-tiba aku rasa nak bunuh kau! Kau patut mampus aje, Haziq!” Ujar Aniz di muka pintu ruang tersebut. Haziq berpaling ke belakang.

Membulat matanya apabila melihat Aniz berdiri tegak ke arahnya dengan memegang sepucuk pistol yang dihalakan ke arahnya. Dia kembali berpaling ke arah Arif. Tubuh anak kecil itu dipeluk erat. Tiba-tiba..

Bang!

Haziq memejamkan matanya. Dia redha walau apa pun yang akan terjadi. Dia redha...

~*~*~*~

Aku berlari keluar dari kereta rasmi polis apabila terdengar bunyi dentuman yang datang dari arah rumah kosong tempat Aniz menyorokkan anakku. Aku meronta apabila tanganku digenggam oleh pihak polis yang menghalangku dari turun dari kereta. Mereka melepaskanku apabila melihat aku sudah lemah.

Aku berlari mendapatkan anak dan suamiku di dalam rumah kosong tersebut. Aku merempuh sahaja anggota polis yang menghalang laluanku. Aku faham mereka ingin melindungiku tapi aku perlu tahu keadaan suami dan anakku.

Tiba di satu ruang, aku terus masuk apabila melihat ramai anggota polis yang berkumpul di situ. Aku melihat seorang wanita terlentang dengan darah yang membasahi bajunya. Aniz! Sudah mati barangkali. Ahh, itu tidak penting! Aku terus berlalu ke arah Haziq dan Arif yang saling berpelukan.

“Abang, Arif!” Aku menjerit memanggil mereka.

Mereka mendongak melihatku. Aku terus melutut dan memeluk mereka. Air mata yang kian lebat di pipiku tidakku hiraukan. Keadaan mereka lebih penting buatku.

Tiba-tiba kepalaku terasa pening. Perutku terasa mual. Aku melihat Haziq dan Arif dalam keadaan samar-samar sebelum aku terjatuh ke atas riba Haziq.

“Sayang!”

“Mama!”

Jeritan mereka dua beranak berpadu di telingaku sebelum kelopak mataku tertutup rapat.

~*~*~*~

Setahun kemudian...

“Abang, mana hero abang ni? Dari tadi sayang cari tapi tak jumpa-jumpa pun. Takkan pergi taman kut?” Aku membebel sambil bercekak pinggang. Geram betul dengan hero kesayangan aku tu. Pantang mama dengan papa dia leka sekejap tengok dia dah hilang.

“Adalah tu dekat mana-mana. Cuba sayang cari dengan mata. Ini dari dok pot pet pot pet, mana hero awak tu nak balik?” Ujar Haziq sambil memberi susu buat Nayra Fira, anak keduaku.

Dari mana datangnya Nayra? Ok, meh sini Annur Fitri nak bercerita. Sewaktu kejadian penculikan hero ‘psino’, aku pengsan sewaktu gembira memeluk Haziq dan Arif. Rupa-rupanya aku pengsan kerana ada ‘isi’ dalam rahimku ini. Dan ‘isi’ itu ialah Nayra Fira, heroin ‘psino’ iaitu adik kepada hero ‘psino’.

Alhamdulillah, rezeki ALLAH nak bagi. Aniz, si gilakan suamiku aku itu pula mati ditembak kekasih sendiri. Padanlah muka, dah ada kekasih tapi ada hati nakkan suami orang. Marahlah kekasih dia. Tak salah aku nama kekasih Aniz tu, Jack, eh bukan, Pack, eh bukan, Zack kut. Ahh, apa-apa ajelah.

“Mama! Cari Arif ke?” Aku terkejut apabila tiba-tiba sahaja kakiku dipeluk oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan hero ‘psino’ yang nakal.

“Arif, where are you going? Mama risau tau cari Arif.” Ujarku pada heroku itu sambil melutut untuk memeluknya.

Arif cuma tersengih apabila aku memeluknya. Sempat juga dia menjelir lidah ke arah papanya yang mendukung Nayra. Haziq hanya menjeling sambil terus menepuk Nayra yang masih lagi minum susu.




“Tak cemburu pun. Papa dah ada Nayra. Kan, Nayra, kan. Aloo... Buchuk-buchuk papa.” Ujarnya seraya mencubit pipi Nayra.

Nayra menggeliat kecil. Aku melihat Arif memuncungkan bibirnya. Cemburu tapi tak mengaku. Alahai, anak terunaku.

We’re one family. Tak ada apa dapat pisahkan kita kecuali kematian dan paling penting, papa sayangkan Arif, mama sayangkan Arif dan Nayra pun sayangkan abang dia.” Ucapku seraya mencuit hidungku Arif.

Arif tersengih dan memberiku sebuah kucupan di pipi. Dia melepaskan pelukanku dan berlari pula ke arah Haziq. Pipi Haziq dan Nayra pula dicium. Dia melabuhkan punggung di sebelah papanya. Sesekali tangannya mencuit lembut pipi Nayra yang masih lagi menyusu.

Aku bangun dan melangkah ke arah mereka. Aku mengangkat Arif dan duduk di tempatnya tadi. Arif diletakkan di atas ribaku.

We’re one family, nothing can separate us until we die.” Bisik Haziq di telinga kami.

Arif mengangguk mengiakan kata-kata papanya. Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat hero kecilku ini. Kami mengusik pipi Nayra yang tembam. Sesekali Nayra menggeliat. Rimas barangkali apabila keluarga ‘psino’ menyerangnya.

Alhamdulillah, terima kasih ALLAH atas rahmat yang Engkau turunkan buat keluargaku.

Tidak semua yang duka itu DERITA, tidak semua yang kecewa itu SENGSARA. Sesungguhnya, di sebalik duka dan kecewa itu ada BAHAGIA kurniaan Yang Maha Esa.

Bahagia bukan bererti memiliki semua yang kita cintai. Bahagia itu mencintai semua yang kita miliki.

* First time buat watak lelaki merokok. Bukan heronya. Heee... Benci perkataan RoKoK *
~Tandakan pendapat anda ya. Terima kasih~ ^_^ ~

6 comments:

  1. Hai...silalah melawat blog saya..komen cerpen saya..saya baru first time cube menulis btw cerita yang best..sambil menyelam minum air uhhhuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi menjenguk 'rumah' kecil saya... insya-Allah, saya akan singgah blog awak nanti... ^_^

      Delete
  2. "telepon bimbit dalam telepon bimbit "
    baiki tulisan jangan sampai salah baca dlw sblm publish

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sudi tegur kesalahan saya... ^_^
      InsyaAllah saya akan pastikan kesalahan tidak berulang lagi...
      anyway, thanks juga sudi singgah. =)

      Delete