Assalamualaikum dan hai semua.. ^_^
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Bab 47
Bergema lagu Selamat Pengantin Baru
nyanyian allahyarhamah Puan Sri Saloma dari corong speaker yang dimainkan oleh deejay
yang ditempah khas dari utara iaitu sahabat abang Man sendiri.
Selamat
pengantin baru.
Selamat berbahgia.
Selamat ke anak cucu.
Selamat sejahtera.
Selamat berbahgia.
Selamat ke anak cucu.
Selamat sejahtera.
Semoga
berpanjangan.
Semoga berkekalan.
Semoga satu tujuan.
Semoga aman.
Semoga berkekalan.
Semoga satu tujuan.
Semoga aman.
Hidup mestilah rukun.
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh..
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh..
Meah memegang lengan Izham sambil terus
melangkah ke arah pelamin yang berjaya disiapkan oleh Pak Cik Mukhriz and the gang. Nama sebenar team mereka
tidaklah Meah tahu, jadi sampai sekarang sejak daripada dia di sekolah
menengah, pasti dia akan memanggil Pak Cik Mukhriz and the gang sahaja. Lagipun bukannya dia yang menguruskan
pelaminnya, ibunya yang beria ingin menghias pelamin. Dia hanya ikut sahaja.
Yang dia tahu baju yang dia pakai kini
adalah baju daripada butik Puan Meisha. Dia telah membeli baju tersebut. Beli
ok, bukan sewa! Sebab dia sendiri yang reka, dia sendiri yang terangkan pada taylor nak buat macam mana dan dia
sendiri juga yang jahit manik tambahan. Punyalah semangat nak kahwin!
Baju tersebut direka dengan tidak
mengikut bentuk tubuhnya, agak besar daripada tubuh langsingnya. Labuh dan
tidak terlampau sarat dengan kerlipan labuci dan manik. Bertambah comel apabila
warna ungu lembut telah dicampur sedikit dengan manik warna merah jambu dan
putih. Manik di bahagian pinggangnya telah dibentuk menjadi seperti bentuk
reben yang kecil lagi comel. Semua manik-manik tersebut berwarna merah jambu
kecuali manik di bahagian bahunya yang berwarna putih.
Tema, tak pernah terfikir di akal nak
buat tema kampung dan tradisional. Yang dia fikir, dia nak nampak elegan dan
nampak cantik di mata suaminya. Oleh itu, baju kahwinnya direka menjadi seperti
baju yang biasa digunakan untuk majlis-majlis makan malam atau majlis-majlis
formal. Hmm.. Lebih kurang macam jubahlah senang cerita. Tapi, ini jubah versi
dimodenkan. Dah tak ada rupa jubah langsung.
“Jangan lepas tangan abang tau, sayang.”
Izham berbisik kepada Meah sambil mengetatkan lagi pegangan tangannya.
Meah hanya tersenyum dan mengangguk ke arah
Izham yang segak dengan baju Melayu berwarna ungu muda.
Mereka tidak membuat majlis
persandingan, sebaliknya hanya menyediakan pelamin untuk tangkap gambar dan
dijadikan sebagai kenangan. Ini semua atas permintaan Meah dan Izham sendiri.
Bukannya mereka tidak mengikut adat, tetapi bukankah agama itu harus
diutamakan.
Sedang seronok mereka melihat pengantin berposing
di atas pelamin, tiba-tiba datang seorang wanita dengan pakaian yang
menyakitkan mata dan hati duduk bersebelahan dengan Izham. Bahu Izham dipeluk
dengan gaya yang menggoda.
Membulat mata mereka yang menyaksikan
kegedikan terlampau si wanita tersebut. Meah apalagi, meluap rasa hati apabila
melihat wanita yang tidak dikenali itu tiba-tiba sahaja memeluk suaminya.
‘Minah’ gedik dari planet mana pula ni?!
Bisik hati Izham sambil cuba untuk melepaskan pelukan wanita tersebut tapi
makin kuat Izham cuba untuk melepaskan diri, makin kuat pula wanita itu
memeluknya.
“Kau
ni siapa, haa?” Soal Izham yang sudah mulai bengang. Memerah wajahnya menahan
amarah yang kian meletus.
Meah disebelah dipandang. Wajah Meah
yang berkerut dan nampak seperti singa betina yang tunggu masa untuk naik angin
sudah cukup untuk menggambarkan yang dia juga tidak gemar akan apa yang
berlaku.
“You dah lupakan I? Cepat betul you
lupakan I, kan?” Ujar wanita itu separuh merengek.
Meah mula ‘panas’ dengan aksi yang
dipamerkan oleh wanita itu. Tengku Ariffin dan Tengku Nazimah mula berasa malu
dengan apa yang dilihatnya kini. Nasib baiklah tidak ramai yang melihat
persandingan Izham, hanya kaum keluarga yang terdekat sahaja. Buatnya satu
kampung serbu masuk tadi aniayai jadinya.
Zainuriah dan Ropeah mulai tidak keruan
akan apa yang berlaku. Tak akan baru semalam Izham dan Meah bernikah, hari ni
Izham dah bawa calon menantu baru. Issh... Merepek! Kalau betul calon menantu
baru, takkanlah Izham tanya siapa wanita itu.
“Kau ni siapa? Yang kau dok senang
lenang peluk suami aku tu kenapa? Dah tak ada lelaki bujang dah dekat dunia
ke?” Bertubi soalan terbit dari bibir Meah. Lengan suaminya ditarik untuk
menjauhi perempuan miang itu tapi dia lebih cekap memeluk Izham.
“Owhh... Handsome boy ni suami you. I ingatkan tadi bakal suami I tadi.
Nampaknya bermadulah kita nanti.” Fuhh.. Mulut! Lancang sungguh bibirmu
berkata-kata.
“Zieta..!!! Oi kucing miang, kau ni
apahal haa?! Suami orang pun jadi. Mana pergi ‘lubuk-lubuk emas’ kau? Dah tak
mampu nak bagi duit dekat kau ke sampai kau nak cari laki orang?!” Bergema di
ruang tamu rumah Ropeah dengan suara seorang lelaki yang muncul dari pintu.
Semua mata beralih ke arahnya.
“Bos! Bos kenal ke dengan ‘minah’ tak
ada rupa ni?” Soal Daniel sambil mendekati lelaki tadi yang merangkap bos di
tempat kerjanya di KL. Nasib baik bosnya sporting, ajak-ajak terus boleh
datang. Mesra alam dengan pekerja punya bos.
“Haha.. Siapa yang tak kenal dengan
minah kaki kikis ni? Satu KL kenal dengan dia. Sebut aje kaki kikis si kucing
miang, satu KL tahu.” Bos Daniel ketawa sinis sambil matanya melekat kukuh ke
arah Zieta yang mulai ‘panas’ apabila rahsianya kian terbongkar.
“Kau ni siapa?!” Soal Zieta dalam nada
bergetar. Tangannya ditarik dari terus memeluk Izham. Izham dan Meah mengambil
peluang untuk lari ke tempat lain.
Bos Daniel melangkah kian dekat dengan
Zieta di atas pelamin. “Kenapa? Takut nak mengaku yang aku ni salah satu ‘lubuk
emas’ kau? Atau kau takut nanti kau famous
dekat kampung ni pula?” Sinis nada suaranya.
Zieta mula tidak keruan apabila bos
Daniel melangkah dan hampir rapat dengan dirinya.
“Sudah-sudahlah. Selesailah dengan baik.
Tak manis orang tengok, nak.” Zainuriah mula ambil langkah untuk menenangkan
suasana yang mula tegang.
“Tak guna selesai baik-baik dengan orang
macam ni, mak cik. Hari ni dia janji tak nak buat dah, tengok-tengok esok dia
ulang balik apa yang dia buat. Tak boleh harap!”
Bertambah gerun apabila Zieta melihat
bos Daniel seperti tunggu masa untuk bertukar menjadi Hulk.
“Kau ni, kan Zieta. Tak sayang keluarga
ke? Tak sayang maruah diri? Tak sayang kaum wanita? Sanggup malukan diri
sendiri depan khalayak. Tak malu ke?!! Aku ni dah lama sabar dengan kau. Aku ke
sana ada muka kau, aku ke sini ada muka kau. Harap kau bukan jodoh akulah. Duit
dalam bank ada berjuta pun jadi tak guna bila kahwin dengan kau. Letak sejuta
hari ini, bulan depan dah habis. Entah apa yang dibuatnya pun tidaklah aku
tahu. Yang aku tahu, satu, kau suka bazirkan duit untuk benda haram. Arak! Kelab!
Ya, kelab. Ok, memang aku kaki kelab macam kau. Tapi,... itu semua dulu. Arak,
orang tak ada akal macam kau ni aje yang minum kencing syaitan tu!” Bos Daniel
melempiaskan segala amarahnya yang sudah lama berkurung di sangkar hatinya.
Seorang lelaki menepuk bahunya dan baru
kini dia sedar yang dia kini berada di rumah orang, di tempat orang dan
bukannya di tempat biasa dia melepak atau di rumahnya. “Sudah-sudahlah tu abang
Zwan. Kita datang rumah orang nak meraikan orang, bukannya nak cari gaduh.”
Hafiz Izfar menepuk-nepuk bahu abangnya.
Hazwan meraup wajahnya berkali. “Saya
minta maaf mak cik. Tadi, saya geram sangat sampai tak sedar apa yang saya
cakap.” Hazwan memandang ke arah Zainuriah yang tergamam seketika apabila
melihat anak muda di hadapannya yang sedang marah.
Daniel tak payah cakaplah, sampai
ternganga mulut tengok ‘wayang’ free
yang dibuat bosnya sendiri.
“Tak apa, mak cik faham. Duduk dulu,
nanti mak cik ambilkan air kosong.” Zainuriah berlalu ke dapur untuk mengambil
air kosong. Dia selalu memberikan orang yang sedang panas hatinya dengan air
kosong. Kosong bukan kosong sahaja, adalah ayat-ayat yang dibaca, ayat suci
al-Quran yang sering dia amalkan.
“Dahlah Zieta, kau baliklah. Tak ada
gunanya kau dekat sini. Hanya
menyemakkan pandangan.” Sempat lagi dia menghalau Zieta.
Zieta mengangkat punggungnya. Dia
menjeling sekilas ke arah Hazwan yang duduk tepi pintu bersama adiknya. Dengan
perasaan malu yang menggunung dia berlalu keluar. Tengku Anis dan Wani
memberikan pandangan tanda menyampah apabila Zieta melintasi mereka.
“Bos, bos ok ke tak?” Soal Daniel
apabila melihat bosnya memicit dahinya.
“Saya ok, Daniel. Apa-apa pun saya nak
minta maaf pada awak sebab huru-harakan majlis perkahwinan adik awak.” Hazwan
tersenyum ke arah Daniel di hadapannya.
Meah dan Izham berjalan bersama untuk
melihat keadaan Hazwan. “Awak tak apa-apa ke?” Soal Meah.
“Saya...” Hazwan kaku melihat seraut
wajah di hadapannya. Meah! Dan suaminya seperti pernah dilihat.
“Ok.. Meah?”
Meah dan Izham berpandangan sesama mereka.
“Macam mana awak boleh tahu nama isteri saya?” Soal Izham pula dengan kerutan
di dahi.
“Saya pernah berjumpa dengan Meah tapi
mungkin dia sudah lupa. Lagipun sudah lama pun. Apa-apa pun, nama saya Hazwan,
Hazwan Imani.” Hazwan bangun dari duduk menghulurkan tangan untuk bersalam
dengan Izham. Hafiz turut bangun dan bersalam dengan Izham.
“Saya Hafiz Izfar, adik Hazwan.” Hafiz
tersenyum ke arah Izham dan Meah.
Izham menyambut huluran tangan kedua-dua
beradik tersebut.
“Bos kenal ke dengan adik saya ni?” Soal
Daniel yang mencelah.
“Bolehlah.” Jawab Hazwan sambil
menyambut huluran air yang dihulur oleh Zainuriah.
“Terima kasih, mak cik.”
“Sama-sama.” Zainuriah berlalu
meninggalkan mereka.
Atas permintaan, Izham dan Meah tidak
membuat makan beradap. Kata mereka buat
apa nak membazir kalau lauk pauk untuk orang ramai pun banyak. Makan
ajelah apa yang ada. Jimat!
“Awak?!” Tengku Anis yang sengaja duduk
mencelah di antara mereka, terkejut apabila melihat Hafiz Izfar.
Hafiz terkejut dengan tindakan Anis.
Berkerut dahinya cuba untuk mengingati siapakah gadis di hadapannya kerana dia
seperti pernah melihatnya. Tapi di mana?
“Hmm... Macam saya pernah tengok awak
ni. Tapi, dekat mana ya?” Hafiz menyoal kembali.
“Tepi pantai.” Anis tersenyum apabila
dia dapat bertemu kembali dengan jejaka yang membuatkan dia dituduh melakukan
maksiat.
Hafiz berfikir sejenak dan... “Owh..
Awak. Ingat-ingat.”
“Tepi pantai apa ni?” Izham mencelah
kerana tak syoklah mereka dok tahu cerita, mereka ni dok terpinga-pinga.
Anis tersenyum ke arah abangnya. “Ala,
yang Anis kena tuduh buat maksiat tu la. Inilah lelaki yang bersama dengan Anis
waktu tu.” Anis menerangkan kepada abangnya.
“Owhh...”
“Awak!!” Jerit Hazwan kepada Wani yang
baru sahaja ingin melabuhkan punggung di sebelah Meah.
Wani terpinga apabila Hazwan menjerit ke
arahnya. Setelah diamati beberapa ketika barulah dia ingat, Hazwan la yang dia
langgar semalam.
“Amboi, ada jodoh nampak?!” Meah
menyakat mereka berempat apabila melihat masing-masing sudah menjadi malu-malu
kucing sesama sendiri.
Izham dan Daniel ketawa mendengar usikan
Meah. Hmm... Daniel juga yang keseorangan sebab Cikgu Najihah tak dapat datang.
Mereka semua berpandangan sesama sendiri
dan akhinya ketawa. Entah bahagian mana yang kelakarnya pun tidaklah tahu.
“Copp... Mana Firda? Wani tak nampak pun
batang hidung dia dari tadi.” Wani menyoal kepada mereka.
“Haahlah. Batang hidung Afif pun tak
nampak dari tadi.” Izham pula berkata.
“Mereka ada dekat bawah pokok rambutan
belakang sana, dating. Siap suruh mak
tam hantar rombongan merisik lagi tu.” Iqbal yang muncul dari dapur dengan
sepiring puding karamel buatan Tengku Amani a.k.a kak lang membantu untuk
menjawab soalan mereka.
Semua kecuali Hazwan dan Hafiz terlopong
mendengar apa yang dibicara oleh Iqbal. Merisik? Biar ‘betik’?! Baru kenal
terus nak hantar rombongan merisik. Fuhh..
Bab 48
Satu demi satu persoalan berjaya
dirungkai. Siapalah Zieta sebenarnya buat Izham. Sebenarnya Zieta pernah berjanji untuk membalas dendam
terhadap Izham kerana kejadian Izham menolak untuk berkenalan dengannya di
lapangan terbang di Melbourne. Entah dari mana Zieta dapat tahu Izham
berkahwin, alamat rumah Meah dan bila Izham berkahwin juga tidaklah mereka
tahu. Orang macam Zieta tu, petik jari aje ramai yang sudi jadi pengikutnya.
Lagi satu, Firda dan Afif sudah mula
bermain cinta. Zainuriah pula hanya berkata, ‘Kalau dah jodoh, nak halang pun
tak ada gunanya.’ Bagi restu tu! Afif, tersenyum ke telinga la dia.
Dan, malam ini juga menjadi malam
pertama buat pengantin baru kita, siapa lagi kalau bukan Izham dan Meah. Jenuh
pipi mereka berdua memerah apabila disakat tidak berhenti daripada petang tadi
oleh keluarganya.
“Abang, abang tak rasa ke cinta kita ni
cinta kabut?” Soal Meah sambil mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala.
Izham yang berbaring di atas katil dipandangnya.
“Cinta kabut? Kenapa pula?” Izham
menyoal kembali sambil bangun dan duduk menghadap isterinya di meja solek.
“Yalah, cinta tidak, apa pun tidak.
Sedar-sedar aje terus berkahwin. Kenal pula tak sampai pun dua bulan, dah
setuju nak ikat pertalian. Tak rasa kabut sangat ke?” Meah menyikat rambutnya
apabila dirasakan rambutnya sudah pun kering walaupun agak lembap.
Izham memandang pelik ke arah Meah. “Ya
ke? Rindu tu bukan cinta ek? Tiap-tiap hari abang rindukan sayang tau!” Izham
mengenyitkan matanya ke arah Meah.
Meah ketawa dan bangun menghampiri
suaminya. Dia melabuhkan punggung di hadapan Izham. “Dari rindu timbul sayang,
dari sayang timbullah cinta.” Meah mencuit hidung Izham.
“Owhh.. Baru abang tahu.” Izham mula membuat
muka gatal dengan Meah.
Izham menarik tubuh Meah ke dalam
pelukannya. Ubun-ubun Meah diciumnya lama. Dia menggeselkan dagunya ke pipi
Meah. Meah ketawa kerana geli apabila pipinya bergesel dengan janggut suaminya.
“Eee... Gelilah!” Ujar Meah sambil
menolak lembut wajah Izham dari terus menggesel pipinya.
Izham ketawa. “Sayang, jom ikut abang
kejap.”
Meah mendongak untuk melihat wajah
Izham. “Ikut abang pergi mana?”
“Kita pergi membaca ‘novel’ yang tiada
galang gantinya.” Izham mengambil peluang untuk mencium dahi Meah.
“Novel yang tiada galang ganti?
Al-Quran?” Meah meneka.
Izham mengangguk dan melepaskan Meah
dari pelukannya. Dia menarik tangan Meah untuk mengikutinya. Tudung di hujung
katil dicapai dan disarungkan di kepala Meah. Mereka beriringan keluar dari
bilik untuk mengambil wuduk yang sudah lama terbatal.
“Nak pergi mana tu?” Soal Ropeah yang
baru keluar dari biliknya yang tidak jauh dari bilik Meah.
“Nak turun kejap, nek.” Jawab Izham
sambil pergi ke arah Ropeah dan membantunya untuk berjalan. Meah hanya
tersenyum sambil memerhati tindakan suaminya.
“Tak apalah, Izham. Nenek boleh jalan
lagi ni.” Ropeah cuba menghalang Izham untuk membantunya tapi Izham tetap
memegang tangannya.
“Tak apa, nek. Izham takut nenek jatuh
aje. Nenek nak pergi mana ni? Nak turun juga ke?” Izham tersenyum ke arah
Ropeah.
Seronok rasa hati Ropeah apabila melihat
suami Meah yang baik hati. Bukannya nak kata suami dan isteri cucunya yang lain
tidak baik tapi lain rasanya apabila melihat suami Meah, tidak sama dengan yang
lain.
“Nenek nak pergi tengok cicit-cicit baru
nenek dekat bawah tu. Nak tengok tadi tak sempat sebab letih sangat.”
Mereka bertiga menuruni tangga dan
awal-awal lagi mereka sudah mendengar betapa kecohnya di hadapan apabila
hero-hero kecik Malaya menangis serentak. Laparlah tu!
Tak menang tangan kak Mirza apabila
dua-dua anaknya menangis serentak. Abang Rifki membantu kak Mirza untuk memberi
susu. Abang Man pula seronok melihat anak bongsunya yang sedang menyusu di
dalam dukungan kak Shita. Muhammad Ilham dan
Muhammmad Izham nama diberi untuk anak kembar kak Mirza manakala
Muhammad Al-Ameen pula ialah anak abang Man. Lepas ni gerenti peninglah sebab
ada dua orang nama Izham dalam keluarganya.
Nenek duduk di atas sofa di ruang tamu
sambil melayan karenah Saliha dan Siti yang tidak diam dari tadi. Petah
bercakapnya bukan main!
Izham dan Meah bermain dahulu dengan
anak-anak buah mereka sebelum pergi ke belakang untuk mengambil wuduk. Mereka
bergilir menggunakan tandas untuk mengambil wuduk.
Izham dan Meah melangkah naik ke atas
setelah bersalam dengan mereka yang masih belum tidur di bawah. Seronok Meah
melihat Firda membantu kak Mirza tadi. Setelah hampir 17 tahun hadirnya Firda
ke dalam keluarga ini, semalam barulah kak Mirza dapat menerimanya.
Ia adalah satu sejarah yang tidak dapat
dilupakan oleh mereka yang merasai. Sejarah keluarga yang tak akan luput dari
akal yang berfikir, dari hati yang merasai, dari jiwa yang mendalami.
Izham menutup perlahan daun pintu bilik
mereka. Songkok di atas meja solek dicapai dan diletakkan di atas kepalanya.
Sejadah di tangan Meah ditarik.
“Pergilah pakai telekung dulu. Biar abang yang bentang sejadah ni. Ambil sekali
al-Quran atas meja tu.” Ujar Izham sambil tersenyum ke arah Meah.
“Ok.” Meah melepaskan sejadah di tangannya
dan telekung di atas katil disarungkan di tubuhnya. Dua naskhah al-Quran di
atas meja kecil bersebelahan katil dicapai dan dibawa penuh hormat kepada
suaminya yang sedia menunggunya.
Mereka membaca ayat penerang hati dahulu
sebelum mulai membaca al-Quran.
Surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah
menjadi pilihan untuk mereka baca pada malam ini. Setiap kesalahan yang
dilakukan oleh Meah akan dibetulkan oleh Izham. Meah berasa tenang dan gembira
dengan sikap Izham. Tenang dalam menuturkan ayat-ayat suci, sentiasa mengawasi
ayat yang dibaca oleh si isteri, itulah ciri-ciri yang Meah cari dalam mencari
seorang suami selama ini. Tidak sangka ALLAH mendengar doanya, dia telah
dikurniakan olehNya Tengku Izham Faiz untuk menjadi imamnya dan Izham berjaya
buktikan yang dia berjaya menjadi seorang imam.
Adakah ia hanya setakat ini,
wallahualam... Takdir bukanlah satu perkara yang mampu manusia capai di dunia
ini.
*****
Setelah selesai, mereka berpandangan
seketika dan tersenyum.
“Sayang tunggu kejap ek. Abang nak bagi something yang special untuk wife
abang.” Izham menahan Meah daripada terus bangun dan memintanya untuk menunggu
seketika.
Izham membuka beg bajunya yang
dibawanya. Isinya diselongkar untuk mencari sesuatu. Sebuah kotak yang berwarna
ungu bersaiz sederhana tapi agak leper dikeluarkan dari beg tersebut.
Kotak yang dipegang Izham telah menarik perhatian Meah yang
melihatnya dari tadi.
Kotak apa pula tu? Kata hati Meah yang
tertanya akan isi di dalam kotak itu.
Izham duduk kembali di hadapan Meah. Kotak
tadi dihulurkan ke arah Meah. Meah mengambilnya dengan perasaan yang teruja
untuk mengetahui isinya.
Izham tersenyum tatkala kotak tersebut dibuka
oleh Meah walaupun agak slow motion
pergerakannya.
Meah terpegun, terkaku, tak terkata dan
ter sebagainya la apabila melihat sehelai selendang ungu bercorak bunga
lavender kecil-kecil yang berada di dalam kotak tersebut. Selendang tersebut
dikeluarkan dari kotak dan disentuh lembut. Kainnya amat lembut dan dia pasti
harganya bukanlah murah.
“Terima kasih, bang. Cantik, lembut
sangat kain dia. Warna kegemaran Meah pula tu.” Meah terharu dengan pemberian
suaminya. Wajah Izham yang manis tersenyum di hadapannya direnung dengan mata
yang berkaca.
“Sama-sama, sayang. Sayang nak tahu tak?
Abang beli selendang ni waktu abang terbang pergi Melbourne, waktu selepas
abang telefon sayang. Buat pertama kalinya tau, abang telefon sayang waktu tu.
” Tutur Izham sambil membalas renungan isterinya.
Meah diam sejenak cuba untuk mengingati
saat itu tapi masih tidak mampu ingat. Tulah, makanlah lagi kepala ikan!
“Tak payahlah nak ingat dulu, apa-apa
pun terima kasih kembali kerana sudi terima pemberian abang yang tak seberapa
ni.” Izham mengusap pipi Meah.
Meah hanya tersengih. “Sama-sama
kembali...” Meah melentok, membuat gaya manja yang jarang ditunjuk depan
sesiapa pun.
Izham ketawa dan dagu Meah dicubitnya.
“Sayang.....” Izham sudah mula
mengeluarkan aura menggodanya.
“Hmm...” Jawab Meah malas sambil terus
mencuba selendang tadi di kepalanya.
“Sampai bilalah kita nak duduk atas
sejadah ni ek? Al-Quran ni, tak baik letak bawah aje.” Kata Izham, menyedarkan
Meah yang masih ralit dengan selendangnya.
“Sampai esok pun boleh juga.” Sengaja
Meah mengusik.
Mereka bangun dari atas sejadah. Izham
mengangkat al-Quran dan diletakkan di atas meja di mana Meah mengambilnya tadi.
Sejadah juga dilipat oleh Izham kerana Meah masih lagi dengan selendang tadi.
“Buka telekung. Meh sini abang tolong lipat.” Arah Izham sambil tersenyum melihat
gelagat Meah yang tidak ubah seperti kanak-kanak yang mendapat gula-gula
Choclairs.
Meah yang sedang melipat kembali
selendang tadi membuka telekungnya tapi masih berhati-hati takut jika selendang
itu berkedut. Eleh, berkedut boleh gosok balik. Bukannya tak ada seterika pun
dekat rumah opah Ropeah ni.
“Haihh... Bermadu dengan selendanglah
abang lepas ni.” Keluh Izham sengaja sambil menyikat rambutnya yang agak kusut.
Meah memandang pelik ke arah Izham yang
sengaja membelakanginya. Sengaja nak buat Meah keluarkan aura isteri dia
nampak?!
Meah membuat muka comel dan menghampiri
Izham. Tubuh Izham yang agak sasa dipeluknya dari belakang. Tangan Izham
digenggam dari belakang. Kepalanya diletakkan di atas tubuh Izham.
Tanpa Meah sedari, sekuntum senyuman
terbit di bibir Izham. Bulu roma tengkuk Izham semuanya tegak berdiri kerana
ini adalah kali pertama dia dipeluk sebegitu oleh seorang wanita selain ibu dan
adik-beradiknya. Dia yang pada mulanya agak janggal akhirnya hanyut di dalam
dunia yang dia cipta sendiri bersama Meah di dalam bilik mereka.
Setelah agak lama mereka begitu,
akhirnya Izham melepaskan pelukan Meah apabila tiba-tiba dia berasa sejuk dan
seolah lencun di bahagian belakang badannya. Bahu Meah dipegang kejap dan dia
memaksa untuk Meah mendongak melihatnya.
Meah menangis!! Tapi, kenapa?
“Sayang, kenapa sayang menangis ni?
Abang ada buat salah dengan sayang ke?” Soal Izham lembut sambil menyapu air
mata yang masih mengalir di kedua-dua pipi isterinya.
Dia jadi tidak keruan dengan keadaan
Meah seperti ini. Dia jarang berhadapan dengan situasi wanita yang sedang
menangis. Jarang dia melihat ibu dan adik beradiknya menangis, jadi dia tidak
tahu bagaimana untuk memujuknya.
Yang dia tahu, dia perlu tahu punca. Ya,
punca! Punca Meah menangis. Adakah dia ada tersalah kata tadi?
“A... A.. bang...” Meah terus menangis
dan kembali tertunduk sambil mengesat air matanya yang masih lagi mengalir
tanpa henti.
Izham terkedu dengan perlakuan
isterinya. Dia cuba menenangkan isterinya dengan memeluknya. Dia tidak mahu
orang di luar biliknya mendengar Meah menangis. Sia-sia aje kena tuduh baru
kahwin dah dera isteri. Aniayai, aniayai!
Setelah agak lama barulah Meah
bertenang. Dia mendongak mencari wajah suaminya. Izham tersenyum tapi hatinya
masih risau melihat wajah Meah yang agak sembab kerana terlalu banyak menangis.
Takkanlah Meah menangis tanpa sebab? Hanya orang gila sahaja yang menangis
tanpa sebab.
“Sayang... Kenapa sayang menangis ni?
Abang ada buat salah dengan sayang ke?” Soal Izham, kepala Meah diusapnya
lembut.
“Entah..” Jawab Meah sambil ketawa yang
jelas dibuat-buat.
Izham memandang tajam ke arah Meah.
“Abang tak boleh terima jawapan tu!”
Izham mulai tegas. Dia tidak suka dengan jawapan ‘entah’ yang diberi oleh Meah.
Meah terkedu. Dia tidak sangka Izham
akan marah dengan jawapan yang diberi olehnya. “Abang...” Sayu Meah berkata
sambil memandang lama ke arah Izham yang merenungnya.
Izham mengeluh dan menarik nafas
sedalamnya. Dia tidak akan membenarkan emosi untuk menguasai dirinya yang tidak
teguh imannya. “Abang minta maaf... Ok, sekarang cuba sayang ceritakan pada
abang kenapa sayang menangis?” Soal Izham sambil mengusap pipi Meah.
“Sayang... takut... takut kalau sayang
tak mampu untuk melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna.
Sayang takut kalau suatu hari nanti abang cari yang lain sebab sayang tak mampu
nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.” Mak aihh.. kahwin baru
sehari, fikir dah jauh ke langit hijau.
Berkerut dahi Izham cuba untuk memahami
apa yang dikatakan oleh Meah. Dia menggeleng sendiri tanpa Meah sedari apabila
dia dapat memahami apa yang dikatakan oleh Meah.
Jauhnya isteri aku ni fikir, bisik Izham
sendiri.
“Sayang, kita baru semalam kahwin tau.
Tak sempat lagipun nak merasa duduk berdua. Tak salah kalau sayang nak fikir
macam tu tapi abang rasa sesuai difikirkan apabila sayang dah mula jadi isteri
abang sepenuh masa. Segala-gala untuk abang, sayang yang akan buat sendiri,
tanpa bantuan ibu dan sesiapa pun.”
“Untuk pengetahuan sayang, sebenarnya
tanggungjawab seorang isteri mengikut Islam hanyalah mendidik anak sehingga menjadi
anak yang soleh dan solehah. Kerja-kerja rumah tu semua, si suami yang perlu
buat. Jadi, yang patut fikir semua tu adalah abang. Sayang rasalah, kan, dapat
tak abang basuh baju, cuci pinggan, masak dan semuanyalah untuk sayang nanti.”
Meah ketawa mendengar kata-kata Izham.
Izham tersenyum gembira apabila melihat isterinya sudah boleh ketawa seperti
biasa.
“Dahlah, tak mahu nangis-nangis. Jom
merasa nikmat malam pertama.” Ujar Izham sambil mengenyitkan sebelah matanya ke
arah Meah.
Tiba-tiba Meah berdebar apabila
terkenangkan yang malam ini buat kali pertamanya ‘bantal peluk’ dia ialah
seorang lelaki, suaminya. Sebelum ini Wani dan Firda sahaja yang menjadi
‘bantal peluk’ dia.
“Jom, tidur. Jangan lupa baca ayat-ayat
suci tau!” Izham menarik tangan Meah untuk mengikutnya ke katil yang sudah lama
menunggu untuk tuannya baring.
Meah hanya mengikut perlahan.
“Abang, abang tidur tak ganas-ganas,
kan?” Soal Meah apabila lampu sudah dipadam oleh Izham.
“Taklah kut.” Jawab Izham lalu memeluk
bahu Meah dan membawa tubuh Meah untuk rapat dengan tubuhnya.
Setelah agak lama dan mata Izham mulai kecil,
tunggu masa untuk tutup tiba-tiba Meah bertanya lagi soalan yang merapu kepada
Izham. “Abang tak akan ganggu atau kacau sayang waktu tidur, kan?” Soal Meah
lagi macam orang lurus bendul.
Dengan perasaan kantuk yang sudah lama
menguasai, Izham gagahkan jugalah mulutnya untuk menjawab. “InsyaAllah tak,
sayang. Tidur cepat.” Perlahan saja nada suaranya.
Meah mengangguk dan menutup matanya
kembali.
Tapi, itu hanya sementara. Tidak sampai
120 saat, Meah sudah kembali mencelikkan matanya. “Abang ok ke tidur dengan
sayang?” Memang sah Meah ni lurus bendul bab-bab begini!
Izham mendengus dan melihat isterinya
yang masih segar bugar dengan mata yang kecil. “Ok. Tidur!”
“Ok.” Meah kembali menutup matanya.
Beberapa saat kemudian...
“Tapi a....” Belum sempat Meah
meneruskan ayatnya, Izham sudah menutup mulut Meah dengan tangannya. Tubuh Meah
dipeluk erat sehingga Meah tiada ruang untuk berkata-kata. Meah terdiam di dalam pelukan Izham dan
perlahan matanya mulai terkatup di dalam pelukan hangat Izham.
Bermulalah buat pertama kalinya dia
melakukan tugas atas kerana tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada
Kapten Tengku Izham Faiz. Kapten tu..!! Kau ada??
^_^
ReplyDelete=)
Delete