Friday 16 August 2013

Cintaku Jauh Di Awan Biru 49 & 50

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Ok, dengan ini secara rasminya kisah cinta Meah dan Izham telah pun tamat. Eh,eh.. Salah! Bakal tamat. Ada lagi satu bab, bab 51. Yeaaayyyy.... =)


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Bab 49



Nasi lemak bersama sambal sotong kering menjadi pilihan sebagai sarapan pada hari ini. Riuh rendah di meja makan dengan suara anak-anak saudara Meah yang tidak berhenti cakap sejak daripada mereka mencelikkan mata. Jenuh jugalah tok yang dengan opahnya melayan mereka.

“Tambahlah lagi, Iz. Banyak lagi nasi dalam periuk tu.” Ujar abang Man sambil menyuapkan nasi ke mulut Saliha yang dari tadi asyik menganga bagai anak burung kelaparan.

“Tak apalah, bang. Dah tambah dah tadi.” Izham tersenyum. Meah yang ralit meratah sotong di dalam pinggan dipandang. Tapi, macam tak ada selera aje rupa isteri dia ni.

Pinggan yang sudah kosong dibawa ke sinki. Firda dan Wani membantu Zainuriah untuk membasuh pinggan. Meah menapak mendahului Izham ke hadapan untuk melihat anak-anak buahnya.

Izham menarik tangan Meah dan tubuh Meah didekatkan sedikit dengan tubuhnya. “Sayang, naik kejap. Abang tunggu dalam bilik.” Arah Izham dalam nada berbisik dan terus naik ke atas tanpa menunggu jawapan Meah.

Meah yang terpinga dengan apa yang terjadi hanya melihat langkah Izham yang terus melangkah meninggalnya seorang di bawah. Tapi, dia tidak naik sebaliknya terus ke hadapan untuk melihat anak-anak kak Mirza dan kak Shita yang masih enak dibuai mimpi.

“Kak Mirza...” Panggil Meah sambil membelai wajah Ilham yang masih lagi tidur.

Mirza yang sedang menonton televisyen berpaling melihat adiknya. “Kenapa, Meah?”

Meah teragak-agak untuk membuka mulut. Gementar kerana kejadian semalam di hari pertama mendapat ‘bantal peluk’ seorang suami membuatkan dia jadi separuh bisu. Nak kata Izham ada buat apa-apa semalam tak juga. Tidur macam biasa juga, macam mana ketika dia tidur bersama Wani.

“Kenapa ni? Muka pucat aje ni.” Mirza risau melihat keadaan adiknya yang lesu tiba-tiba. Orang lain dah kahwin muka happy macam dapat angpau tapi dia macam orang kena sumbat dalam penjara.

Meah memandang ke arah Mirza yang merenungnya. “Meah... Meah... Nak tanya sikit.” Tergagap Meah cuba untuk menghabiskan ayatnya.

“Tanyalah. InsyaAllah akak akan cuba untuk jawab.”

“Apa perasaan akak pertama kali akak tidur dengan abang Rifki.” Huisshh.. Soalan pemecah privacy betul!

Mirza ketawa dengan soalan yang diajukan oleh adiknya. Ni mesti terkena penangan malam pertama dengan adik ipar ni. Ish ish ish...

“Hmm.. Soalan yang agak sulit untuk akak jawab. Tapi, oleh kerana Meah adik akak, akak ceritakan jugalah ek. Perasaan akak waktu tu, takut, berdebar. Yalah, first time nak tidur dengan lelaki. Tapi, akak fikir juga, kalau akak tolak itu bermakna kita telah mengkhianati amanah kita sebagai seorang isteri.” Kak Mirza berhenti sebentar untuk melihat ke arah Meah yang tertunduk.

“Nak tahu tak, Rasulullah S.A.W pernah bersabda, ‘Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim). Sanggup ke kita dilaknat oleh malaikat? Tentulah tidak, kan? Tapi, kenapa Meah tanya soalan macam tu dekat akak?”

Belum sempat Meah menjawab, kak Shita dari ruang dapur datang mencelah pula.

“Pertama kali tidur dengan suami memanglah berdebar Meah. Ke awal-awal lagi Izham dah dera suruh bagi anak cepat?” Ujar kak Shita sambil mengenyitkan matanya.

Kak Mirza hanya ketawa. Meah makin tertunduk ke bawah. Menyesal tanya, tak pasal-pasal dia balik yang kena. Pipinya yang gebu bertukar menjadi kemerah-merahan.

“Meah naik ataslah.” Perlahan Meah bangkit dan lari daripada terkena bang bang boom oleh kakaknya.

Lain dikata, lain pula yang diorang ingat. Rengus Meah sendiri di dalam hati.

Pintu biliknya diketuk dan dibuka perlahan. Pintu bilik ditutup setelah dia masuk ke dalam. Dia dapat melihat Izham yang sedang duduk santai di atas katil merenungnya tapi dia malas ambil peduli.Yang dia tahu menyorok, nak sorokkan pipinya yang merah ini. Dia melangkah ke almari baju dan buat-buatlah kononnya ada benda nak ambil. Drama betul!

Izham memandang pelik ke arah Meah yang berjalan terus ke almari. Dalam keadaan tertunduk pula tu. Sakit ke dia? Atau ganas sangat apa yang dia buat semalam sampaikan Meah tak nak bercakap dengannya pagi ini. Solat subuh tadi pun sepatah ditanya, sepatah dijawab.

“Sayang... Sayang tak sihat ke? Abang tengok sayang lain macam aje sayang ni.” Izham mendekati Meah yang masih membelakanginya. Dia tahu Meah sengaja berdiri di hadapan almari sebab dari tadi tak ada pun yang berubah pada almari tu. Pintu tertutup, siap berkunci lagi tu.

Meah cuba untuk menyembunyikan debaran yang dia kian hebat dirasai. Perlahan dia menoleh untuk melihat Izham di belakangnya.

“Meah sihat aje.” Ujar Meah perlahan. Dia bermain dengan jarinya yang masih merah dek inai yang dipakai.

“Ke sayang shock sebab first time tidur dengan abang ni?” Izham tersengih kelakar apabila melihat kekalutan isterinya.

Meah menolak tubuh Izham dari merapatinya. Dia duduk pula di atas kerusi meja solek. Wajahnya ditunduk kerana tidak mahu melihat cermin.

Izham ketawa di dalam hati sepuasnya, nak gelak kuat-kuat nanti pelik pula orang mendengarnya. Brutal di luar tapi di dalamnya lebih lembut dari sponge cake rupanya. Baru dia tahu sifat sebenar isteri dia ni.

Izham mendekati Meah yang masih tertunduk. Rambutnya yang panjang dibelai. Meah terkedu seketika.

Dia berpaling untuk melihat suaminya. Izham hanya senyum sambil terus bermain dengan rambut Meah yang lurus. Warnanya yang agak perang menyerlahkan lagi wajah Meah yang bujur.

“Ok, sekarang cuba ceritakan pada abang kenapa tiba-tiba sayang abang ni jadi orang yang paling pendiam. Setahu abanglah, sayang abang ni orang paling kuat merepek, kuat bercakap, kuat merapu. Tapi, sejak kahwin dengan abang tiba-tiba pula ‘terbang’ segala sikap sayang tu. Sayang dah buang merapu, merepek dalam laut dalam ke?” Soal Izham lagi kerana tidak puas hati selagi tidak dapat jawapan kenapa isteri berubah 360’ darjah daripada sebelum ini.

Meah tersenyum dengan soalan entah apa-apa dari Izham.

“Kalau Meah cerita dekat abang, abang jangan gelak atau marah atau nangis atau tiba-tiba buat gatal tak tentu pasal tau!” Punyalah banyak pantang larang yang perlu Izham ikut untuk mendengar cerita Meah.

Izham hanya mengangguk. Dia melutut di hadapan Meah dan mendongak untuk melihat wajah isterinya itu.

“Sebenarnya... Meah takut sebab kalau-kalau Meah ganas sangat waktu tidur. Lepas tu, Meah takut kalau-kalau.... kalau... kalau...”

Izham senyum melihat betapa kalutnya isteri dia ni. Tak sangka, tak sangka..

“Kalau?” Soal Izham.

“Kalau... Hmm... Kalau Meah susah nak biasakan diri bila abang ada sebab selama ni Wani tak pun Firda yang tidur dengan Meah. Selalu Meah terpeluk diorang kadang-kadang sampai sesak nafas. So, Meah takut kalau-kalau Meah ada terpeluk abang macam tu. Tak pasal-pasal kena marah dengan Tengku Nazimah sebab buat anak dia macam tu.” Ok, dalam banyak-banyak isteri hanya Meah yang berfikir sebegitu. Yang lain? Entoh le..

Izham menahan ketawa kerana dia telah berjanji untuk tidak ketawa. Lama dia memandang isterinya. Agak-agak kalau ada klinik pakar hari pertama ketika bergelar isteri boleh tak, nak hantar Meah ni pergi sana.

“Sayang, sayang... Oklah, malam semalam ek. Abang tengok sayang tidur ok aje. Tak adalah rupa macam Ultraman lawan raksasa pula.” Izham cuba untuk membuat lawak kebangsaan manalah tahu kalau-kalau boleh hilang pula resah isteri dia ni.

Meah tertawa kecil.

Tok tok tok...

Ada sahajalah yang nak mengganggu merpati dua sejoli! Kali ni siapa pula?

Dengan malas Meah melangkah dan membuka pintu. Izham mengikutnya di belakang. Kelihatan wajah Firda tersembul apabila pintu dibuka.

“Akak, perempuan semalam yang buat kecoh tu datang.” Ujar Firda di belakang pintu. Dia malas untuk pergi lebih jauh setapak ke dalam bilik Meah kerana ada abang iparnya yang menyorok di belakang Meah.

Meah menjadi tidak penasaran dengan berita yang dibawa oleh adiknya. Dia menoleh untuk melihat reaksi Izham. Dia melihat wajah Izham bertukar menjadi kemerah-merahan. Geramkah dia?

Dasar perempuan hati kebal betul! Dah kena malu depan orang ramai pun berani lagi nak jejakkan kaki ke sini. Kata Izham sendiri yang geram dengan ‘minah’ muka tembok.

“Dia datang nak buat apa? Nak jumpa siapa?” Soal Izham kepada Firda.

“Tak tahu....”

Izham mendahului mereka bertiga untuk turun bersemuka dengan Zieta yang menunggu di luar rumah.

“Selesaikan secara baik.” Nasihat Zainuriah kepada mereka.

Meah dan Izham hanya mengangguk. Firda tidak mahu masuk campur hanya menunggu bersama Zainuriah dan Ropeah di ruang tamu.

“Kau nak apa lagi?!” Soal Izham kepada Zieta yang tertunduk. Kali ni elok pula pakaiannya, tak adalah menyakitkan mata sangat. Daniel dan Wani yang turut berada di situ, memandang geram ke arah Zieta kecuali Meah yang still cool.

Zieta mendongak melihat mereka berempat di hadapannya.

“Saya... Hmm.. Saya...” Gagap, gagap, gagap... Spesies ‘Lady Gagap’ la ni.

“Saya apa?! Nak cari pasal lagi? Nak cari gaduh, atau sengaja nak minta penumbuk?” Wani tiba-tiba menyampuk. Daniel mencubit lengan Wani. Dia tidak suka dengan sikap suka mencelah adiknya.

Wani hanya mencebik. Zieta pula, tiba-tiba pula nak buat drama air mata. Lebat, lebat..

“Saya nak minta maaf pada awak semua sebab dah buat hal semalam. Saya tahu saya salah. Saya tahu saya tak patut buat macam tu. Bila difikirkan balik, apa yang saya buat semalam adalah perkara yang paling bodoh yang tak pernah orang buat. Amirah, Izham... Saya minta maaf lagi sekali sebab saya buat kecoh semalam.” Air mata Zieta menitis mengeluarkan kekesalan yang tak terhingga. Insaf, ya, dia insaf setelah Hazwan telah membongkarkan siapakah dirinya semalam.

Meah menghampiri Zieta. Air mata Zieta dikesat dengan jarinya.

Zieta mendongak dan melihat Meah tersenyum ke arahnya. “Yang lalu tak perlu dikenang, tapi ambillah apa yang telah terjadi di masa lampau itu sebagai suatu pengajaran agar kita sentiasa berhati-hati untuk menempuh masa hadapan.” Nasihat Meah lalu menarik tubuh Zieta dan membawanya ke dalam pelukan.

Buat apa perlu kita berdendam hanya kerana masa lampau yang tidak akan kembali? Hanya menyusahkan diri, menyesakkan otak dan yang paling important, buat sakit jiwa aje. Elok-elok wad dekat Hospital Bahagia Tanjung Rambutan tu ada kosong terus penuh dengan orang yang kuat berdendam. Ish ish ish... Kaya pembekal ubat sakit jiwa.

Meah melepaskan pelukannya. Zieta melihatnya dengan pandangan yang berkaca.

“Awak dah maafkan saya?” Soal Zieta.

Meah hanya mengangguk. Suami yang masih setia di sisi dilihatnya seimbas. Daniel dan Wani yang turut melihat ‘drama’ percuma tadi hanya berdiam, tidak berani untuk masuk campur.

Zieta memandang pelik ke arah Meah. “Sebegitu mudah awak memaafkan kesalahan saya? Sedangkan saya sudah menyakitkan hati awak, saya telah menghancurkan suasana meriah hari bahagia awak dan Izham.” Luah Zieta.

Dia tidak percaya begitu mudah untuk Meah memaafkan perbuatan yang dianggap amat sukar untuk dimaafkan.

Meah tersenyum dan mencapai tangan Zieta lalu digenggam. “Zieta, apalah gunanya kita menyimpan kesalahan orang jika ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan buat diri saya. Sedangkan ALLAH S.W.T juga memaafkan kesalahan hamba-NYA, mengapa tidak kita?!”

Belum sempat Zieta berbicara, tiba-tiba sebuah kereta Honda City laju meluncur masuk perkarangan rumah Ropeah. Mereka yang berada di situ hanya memerhati kereta tersebut sehingga ia terparkir elok di bawah pohon mangga yang tidak jauh dari tempat mereka berada.

Siapa pula tu? Meah tertanya-tanya di dalam hati kerana tidak pernah dia melihat saudara atau kawan-kawannya yang memakai kereta Honda City. Takkanlah Puan Meisha pula? Lagipun Puan Meisha tidak ada di Malaysia ketika ini kerana mengikuti suaminya yang sambung belajar di Jerman. Untunglah! Merasa dapat pergi luar negara, lagi beruntung manalah tahu kalau-kalau anak dia nanti lahir dekat Jerman. Fuuhh... Made In Germany gitu!

Mereka semua menjadi teruja untuk mengetahui gerangan manusia yang berada di dalam kereta tersebut. Hazwan, kah? Atau tak akan pulalah Encik Faizul dan Puan Masyah dah bertukar selera nak pakai kereta import pula? Lagipun baru semalam mereka bertolak balik ke KL, tengok naik kereta Perodua Alza juga. Kakak ipar Meah?! Eh, tidak mungkin pula kerana Tengku Amani sudah pulang ke KL kerana Kamil ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Tengku Irma? Lagilah menipu aje bunyinya! Macam mana orang yang tengah dok berkursus dekat Pulau Tioman boleh datang sini pula. Ahh... Apa-apa pun tengok ajelah dulu.

Seorang jejaka yang tampan berkemeja biru tua keluar dari pintu tempat pemandu. Dengan kaca mata hitam yang tersangkut di hidungnya telah menyukarkan mereka untuk membuat proses pengecaman gerangan diri si jejaka tampan. Ececeh...

Lelaki tersebut hanya tersenyum sambil terus melangkah ke arah mereka yang masih terpacak dan masih ‘bengong’ memerah otak untuk mengenalpasti siapakah sebenarnya jejaka tersenyum itu.

“Assalamualaikum...” Lelaki tadi memberi salam sambil menghulur tangan untuk bersalam dengan Izham dan Daniel.

Mereka semua menjawab salam serentak sambil mata tidak lepas dari memandang ke arah dia yang masih cool kononnya bersalam dengan Izham dan Daniel.

Daniel seperti mengenali suara itu. Macam suara....

“Alang..!!” Jerit Daniel tiba-tiba. Wani juga terkejut dengan kenyataan abang sulungnya itu.

Alang? Macam mana alang yang ada dekat Terengganu boleh muncul dekat Perak ni? Soal Wani sendirian. Wani menilik lama wajah ‘alang’ di hadapannya. Tak macam rupa alang pun! Alang seorang yang selekeh, kuat ponteng, kuat melawan, nak senyum?? Hanya sehari dalam 365 hari.

Selain dari sehari tu, memang masam macam buah mangga mudalah mukanya. Tapi, yang muka mangga muda itulah yang sering menjadi tempat bergurau Wani, tempat untuk Wani mempraktis lebih skill pertahankan dirinya. Yang paling penting, lawan dia dan Meah ketika bermain congkak.

Meah turut memandang lama ke arah lelaki di hadapannya. Tidak percaya juga dengan apa yang dikatakan oleh Daniel. Biar ‘betik’?!

“Ingat lagi rupanya along pada alang. Ingatkan lepas merantau di negara orang, dah lupa dekat adik along ni.” Ujar Mohamad Daniyel sambil ketawa. Kaca mata hitam ditanggal dan disangkut di leher kemejanya.

Semua yang berada di situ ternganga melihat perubahan 360’ yang berlaku pada diri alang, kecuali Zieta yang tidak tahu apa-apa. Cuma, dia jadi tidak menentu dan yang pastinya hatinya macam dah terpaut dengan kekacakan Daniyel. Macam aje, tak pasti pun!

“Alang!! Di hadapan acik sekarang ni ialah alang, Mohamad Daniyel?! Biar betul!” Jerit Wani dalam teruja dan tidak percaya.

Daniyel hanya ketawa melihat gelagat ‘kabut’ adiknya yang tidak pernah hilang.

“Yalah, adikku sayang. Takkanlah alang nak menipu pula?! Tak ada faedah menipu ni. Dapat dosa lagi adalah.”

“Tapi, macam mana alang boleh pakai Honda City? Bukan alang.. Hmm.. aaa...” Wani takut untuk menyambung ayatnya yang tergantung kerana takut alang akan berkecil hati pula.

“Alang buat business dekat Terengganu. Kumpul duit sikit-sikit, lama-lama membukit. Teruslah alang buat keputusan untuk beli kereta. Rumah dah beli, kereta aje yang tak ada lagi.” Ujar alang.

Mereka semua terlopong lagi dengan apa yang diceritakan oleh alang. Sedangkan along yang lama menuntut ilmu di luar negara pun baru dapat beli kereta Proton Persona, alang yang hanya ada kelulusan peperiksaan STPM sudah mampu untuk memegang stereng dan memandu kereta Honda City. Siap dah ada rumah lagi tu. Haa.. Itu maknanya usaha perlu ada untuk mencapai sesuatu yang kita ingini. Kalau belajar sampai luar bumi sekalipun tapi tak gunakan sebaiknya dan tak ada usaha untuk maju lebih ke hadapan, tak guna juga.

“Eh, Daniyel! Lama dah sampai?” Soal Zainuriah yang tiba-tiba sahaja keluar dari dari pintu utama rumah.

Bertambah lagilah perasaan shock mereka apabila Zainuriah mengenali dan mengecam Daniyel tapi abang dan adik kandungnya pula mengambil masa untuk mengecamnya.

“Baru aje sampai, mak cik. Mak cik sihat?” Daniyel melangkah ke arah Zainuriah dan tangan tua Zainuriah disalam persis seorang anak menyalami ibu yang sudah lama tidak bertemu. Eh, eh.. macam dia pula anak Zainuriah! Cemburu Meah tau!

“Alhamdulillah mak cik sihat. Masuklah.” Jemput Zainuriah dan memberi ruang untuk anak muda itu melangkah masuk.

Meah menarik tangan Zainuriah sebelum dia masuk ke dalam. Ada ‘soalan maut’ yang perlu dia tanya kepada Zainuriah.

“Ibu, macam mana ibu boleh cam abang Daniyel? Kita orang ni pun lembap giler nak cam muka dia. Ibu, keluar aje terus dapat tahu yang dia abang Daniyel. Abang Daniyel ada datang ke waktu hari persandingan Meah hari tu?” Soal Meah bertubi-tubi. Yang lain turut mengerumuni Zainuriah untuk mengorek cerita.

Zieta yang tak ada kena mengena juga turut menyempit dicelah mereka.

Zainuriah hanya tersenyum ke arah mereka dan terus masuk ke dalam tanpa mempedulikan soalan yang diajukan oleh Meah.

Mereka menggaru kepala yang tidak gatal apabila melihat jawapan kepada soalan yang diajukan. Adakah itu jawapan yang logik dan dapat diterima dek akal? Jawapannya, tak! Huh... Whatever!


Mereka semua melangkah masuk mengikuti langkah Zainuriah.


Bab 50



Rupa-rupanya Daniyel pernah datang ke rumah Zainuriah beberapa bulan sebelum Meah berkahwin dengan Izham dan dari situlah Zainuriah mula mengenali anak muda itu. Siapa dapat menyangka semua perkara, kan? Eh,eh.. Ada kena mengenakah?

Ok, dalam banyak cerita suka duka yang telah Meah lalui selama bergelar isteri kepada Tengku Izham Faiz, hanya ada satu cerita suka yang tak akan pernah luput dek akalnya iaitu apabila alat penguji kehamilan dan doktor sendiri telah mengesahkan bahawa ada nyawa lain sedang bernafas di dalam rahimnya.

Sujud syukur mereka berdua apabila berita tersebut menyapa halwa telinga. Benih cinta mereka sedang berputik untuk terciptanya seorang hamba ALLAH yang baru, yang menambah jumlah manusia di muka bumi. Setiap hari Meah dan Izham tidak lupa berdoa pada-Nya agar segala urusan yang melibatkan anaknya yang kian membesar di dalam rahim Meah berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mengalami apa-apa masalah.

Setiap hari juga tidak lupa untuk Izham membantu Meah melepaskan lelahnya setelah penat seharian menghadapi hari-hari menanti cahaya matanya keluar. Setiap hari juga tidak lupa untuk Izham membantu Meah menguruskan hal rumah tangga mereka. Sampaikan Izham juga yang memasak apabila tiba-tiba Meah bertukar menjadi kerbau yang suka berkubang, bezanya Meah ‘berkubang’ di atas katil sambil melayan mata yang makin kuyu.

Tapi, dalam kegembiraan yang mencengkam hari mereka, ada juga berita sedih yang tak mampu diucapkan dengan kata-kata apabila perginya Ropeah ke alam barzakh. Siapa yang dapat menentukan takdir, tiada siapa! Hanya ALLAH Yang Maha Esa yang tahu takdir setiap hambaNya.

“Sayang... Abang dah siap masak, jomlah makan.” Ujar Izham sambil menepuk lembut bahu isterinya yang tidur.

Dengan malas Meah membuka matanya. Jelas terlihat di hadapan matanya seorang hamba ALLAH yang kacak yang telah diturunkan untuk menjadi imamnya.

Meah tersenyum dan cuba untuk bangun sambil dibantu oleh Izham.

“Assalamualaikum anak ayah. Anak ayah nakal tak hari ni? Janganlah nakal-nakal tau. Kesian ibu dia ni...” Kata Izham sambil mengusap lembut perut Meah yang besar dan menunggu masa untuk bersalin. Telinganya ditekapkan ke perut Meah.

Meah hanya tersenyum dan membelai rambut suaminya.

“Jom makan, sayang. Abang dah masakkan apa yang sayang nak tu.”

“Ok.” Jawab Meah dan terus bangun meninggalkan katil yang empuk.

Beriringan mereka menuju ke ruang makan. Meah sudah jalan umpama robot, kata Wanilah apabila perutnya besar lain macam. Nak kata kembar tidak juga, buat scan lagi dan lagi hasilnya sama juga. Anak tetap seorang sahaja yang dikandung oleh Meah.

“Sayang...” Panggil Izham sambil menatap raut wajah Meah yang putih dan tiada satu pun jerawat berani singgah ke muka bersihnya.

Meah yang sedang ralit menghirup sup cendawan mendongak untuk melihat Izham.

“Kenapa, bang?”

“Hmm... Abang rasa abang dah jumpa nama yang sesuai untuk anak kita.” Jawab Izham dan tersenyum melihat isterinya yang kelihatan lebih berseri ketika mengandungkan anaknya.

“Apa namanya? Untuk lelaki ke perempuan?” Soal Meah lagi tapi seperti tidak bersemangat.

Of course la untuk perempuan. Kan doktor cakap hari tu yang anak kita perempuan. Tapi, sayang... Abang tengok sayang ni macam bad mood aje. Ada apa ke yang abang tak tahu?” Soal Izham kepada Meah.

“Owh.. Entahlah. Rasa macam tak sedap badan aje dari tadi.” Jelas Meah dengan kerutan di dahi.

“Tak sedap badan macam mana? Baby dah nak keluar ke?” Soal Izham, kalut. Laju dia bangun untuk duduk di sebelah isterinya.

Meah yang pada mulanya ingin ketawa, tidak jadi untuk meneruskan niatnya apabila tiba-tiba sakit menyerang di bahagian pinggangnya. Lengan Izham di sebelahnya dipegang erat.

Maybe la.. Arrgghh... Abang, dah tak sabar sangat dah anak kita ni nak keluar gamaknya. Sakitlah!” Dahi Meah berkerut apabila sakit mula menyerang di bahagian ari-arinya pula.

Izham menjadi kalut, dia jadi bisu serta merta. Tangan Meah digenggam.

“A..A.. Abang nak buat apa ni?” Soal Izham tergagap dan membantu Meah untuk bangun. Dipimpin isterinya ke hadapan dan didudukkan di atas sofa.

“Abang tolong telefon mak cik Masyah, tak pun ibu Ku. Cepat, bang...!!” Peluh mulai membasahi wajahnya.

Izham laju berlari ke tingkat atas untuk menelefon Tengku Nazimah.

Selesai membuat panggilan, segera dia berlari turun semula untuk mendapatkan Meah sambil membawa sehelai tudung untuk dipakaikan ke kepala Meah.

“Abang dah call. Sekarang nak buat apa pula?” Soal Izham, lurus tak berbelok setelah menyarungkan tudung ke kepala Meah.

“Abang hantarlah sayang pergi hospital. Meah tak nak lahirkan baby dekat rumah, abang pun bukannya pakar bab-bab sambut anak ni.” Amboi, sempat lagi perli suami dia, ya!

Izham menggaru kepalanya dan memimpin Meah masuk ke dalam kereta. Meah dipimpin masuk ke tempat penumpang bersebelahan tempat pemandu. Izham masuk ke tempat pemandu setelah Meah dipastikan berada di dalam keadaan yang selesa.

Meah ketawa tiba-tiba membuatkan Izham berpaling melihat Meah di tepinya. “Kenapa sayang gelak? Sayang tipu abang ke?” Soal Izham dan memegang perut Meah.

Peluh yang menitis di dahi Meah dikesat dengan jarinya.

“Sayang tak tipu abanglah. Tapi, kut ya pun kelam kabut, kereta ni takkan bergerak kalau tak start enginenya. Tu, pintu rumah tu dok terbuka aje. Ada tetamu ke yang nak datang rumah kita tolong tutupkan nanti?” Kata Meah dengan susah payahnya.

Izham menepuk dahi apabila dia menyedari yang dia terlupa untuk membawa kunci kereta. Mana nak bergerak kereta kalau tak ada kunci! Dahlah pintu rumah pun terbuka luas seluasnya. Gajah tiga tan pun muat kalau nak lalu, kononnyalah...

Kelam kabut Izham turun kembali dari kereta. Dia berlari masuk dan terus naik ke tingkat atas untuk mengambil kunci keretanya. Hampir tersungkur di tangga yang terakhir, tapi nasib baiklah dia pandai untuk mengimbangkan badan, jadi tak adalah nangka busuk gedebushh.

Setelah dipastikan pintu rumah dikunci elok, dia masuk kembali ke dalam kereta.

Laju dipandu keretanya setelah keluar dari perkarangan rumah. Tak cukup tanah dirasakan.

“Abang, bawalah perlahan-lahan. Nanti terkeluar pula anak kita ni, macam mana?” Kata Meah sambil memegang perutnya.

Izham berpaling untuk melihat Meah seketika tapi kelajuan kereta tetap tidak diubah, masih seperti tadi.

“Kalau abang lambat lagilah anak kita tu nak terkeluar....” Izham kembali memandang ke arah jalanraya.

Meah hanya menggeleng dan seterusnya hanya berdiam diri membiarkan Izham memandu. Sakit tetap sakit tapi nak buat macam mana, suami dia ni ‘bekas’ pemain F1 waktu kecil-kecil dulu.

***** 

Setelah hampir tiga jam berada di dalam labour room, akhirnya Meah selamat melahirkan seorang puteri yang comel ke dunia ini setelah sembilan bulan dikandungnya di dalam rahim.

Lembut suara Izham menyapa telinga Meah ketika Izham mengazankan puteri kecilnya. Tiada kata yang mampu dia ucapkan apabila dia kini sudah bertukar status menjadi seorang ibu.

“Sayang...” Panggil Izham sambil menatap lembut wajah isterinya yang agak pucat.

Meah mendongak untuk melihat Izham. “Hmm...”

“Terima kasih, sayang.” Ujar Izham dan mengucup dahi Meah.

“Untuk?” Soal Meah sepatah.

“Kerana telah melahirkan zuriat abang.”

“Memang sudah menjadi tanggungjawab sayang untuk melahirkan puteri kita ni.”

Pipi anak kecil yang masih lena di pangkuan Meah diusap lembut oleh Izham. Bersyukur tak terkata ke hadratNya kerana akhirnya dia telah berjaya memiliki wanita idamannya secara halal dan dia juga kini telah bergelar seorang ayah. Dan rasa gembira yang dirasainya tak mampu dirasai oleh ramai orang. Ya, hanya dia seorang milik Meah.

“Assalamualaikum...!!” Tiba-tiba mereka mendengar suara orang memberi salam.

Mereka berpaling melihat ke arah pintu. Kelihatan Zainuriah dan tujuh pasangan suami isteri. Fuhh.. Ramai giler...!!

Tujuh pasangan suami isteri ialah Encik Faizul dan Puan Masyah, mak dan ayah mertua Meah serta lima pasangan suami isteri yang baru tiga bulan berkahwin. Berkahwin serentak pula tu! Jealous Meah dibuatnya. Tapi, ada juga untungnya, tak payah berkongsi pelamin. Kihkihkih...

“Waalaikummussalam.” Jawab Izham dan Meah.

Hanya wanita sahaja yang masuk ke dalam manakala yang lelaki semuanya berada di luar. Kerana segan apabila Izham dikelilingi oleh kaum Hawa, dia keluar dari wad dan duduk bersama Tengku Ariffin, Faizul, Daniel, Daniyel, Afif, Hazwan dan Hafiz di luar.

Izham bersalam dengan mereka di luar. Dia melabuhkan punggungnya dia atas kerusi bersebelahan Daniel dan ayahnya.

“Ada orang tu dah jadi ayah... Untunglah dia, kan.” Sakat Daniel dan menepuk bahu Izham di sebelahnya.

Izham hanya tersengih.

“Alhamdulillah. Ala, suatu hari nanti pun, kau mesti akan ada anak juga dengan isteri kesayangan kau tu. Jadi ayah juga.” Ujar Izham.

“Cucu ayah tu lelaki ke perempuan, bang ngah?” Soal Tengku Ariffin yang mencelah.

“Perempuan, ayah.” Jawab Izham.

Tengku Ariffin tersenyum senang mendengar jawapan Izham. Nampaknya majoriti cucunya ialah puteri belaka. Hanya anak kedua kak long sajalah puteranya. Pewaris generasi ketiga untuk mengambil alih Nusantara Holding. Wah, jauh sungguh berfikir!

“Afif, dengar cerita Firda dah pregnant. Betul ke?” Soal Daniel mematikan kesunyian 10 saat antara mereka.

Afif hanya tersenyum. “Cepat betul berita tersebar ya. Dari mana kau tahu ni?”

“Amboi, kau..!! Dera bini bagi anak cepat nampak! Hey, isteri-isteri kita semua tu kan jenis boleh buat satu persatuan. Ke mana-mana pun bersama. Jadi, macam-macam ceritalah yang aku dapat dari isteri kesayangan aku tu.” Jawab Daniel, selamba. Apa aku kisah?!

“Eleh, macam kutuk alang aje. Yalah, bini alang pun pregnant juga ok! Tapi alang tak dera, rezeki yang datang bergolek.” Touching pula dia!

“Huk aloh.. Terasa ke? Along tak ngata alang, along kata si Afif tu. Along tahulah yang bini kau tu mengandung.”

“Huh...” Panjang bibir Daniyel, merajuk. Sejak kahwin cepat sangat dia merajuk, mengalahkan orang perempuan!

Haha.. Serentak mereka bertujuh ketawa.

Siapa dapat menyangka sesuatu takdir. Dari buruk boleh jadi cantik dan dari jahat juga boleh baik. Zieta, dahulunya sering lalai, lalai dalam kemewahan yang melimpah dari ‘lubuk emas’ keliling pinggangnya telah berubah sejak pertemuan empat mata dengan Daniyel ketika di kampung Meah yang telah membuatkan hatinya terpaut pada Daniyel. Kerana suka, dia sanggup mengubah dirinya menjadi seorang muslimah sejati. Tidak lagi memakai baju yang menyakitkan mata dan paling penting, kini rambutnya sudah ditutup dengan tudung.

Itulah yang dinamakan dengan takdir. Mungkin pada mulanya kerana suka, tapi lama-lama ia kini menjadi satu kebiasaan untuknya. Demi menjaga nama baik dia dan suami yang tercinta dan untuk menghindari dari terkena azab api neraka.

*****

“Apa nama anak kak Meah?” Soal Firda. Pipi anak buahnya di atas pangkuan Zainuriah diusap dan dicubit perlahan.

“Nurul Iman.” Jawab Meah sambil tersenyum.

“Wahh.. Sedapnya nama anak awak, Meah.” Puji Zieta.

“Ni yang jadi tak sabar nak ada baby ni!” Sampuk Wani pula.

“Ada rezeki adalah. Ni, si Firda dengan si Zieta ni dah berisi. Tinggal kita tiga orang aje yang tak ada rezeki lagi. Ala, lagipun kan best bila kita dok berdua dengan suami kita. Bab anak ni kita ke tepikan dulu. Tak puas dok berdua lagi. Hehe..” Giliran Najihah, isteri Daniel pula mencelah. Siapa sangka, dengan rupa yang ayu dan pemalu rupa-rupanya Cikgu Najihah juga seorang yang brutal tak ubah seperti Meah dan Wani.

“Aduhai.. Menunggu lagilah ibu nampaknya.” Kata Puan Masyah sambil buat-buat berjauh hati dengan kata-kata Najihah. Bukannya dia tidak tahu yang Najihah dan Daniel baru sahaja ingin merasa duduk berdua setelah hampir tiga bulan berkahwin. Kenalah bagi chance dulu.

Wani pula selepas sahaja berkahwin dengan Hazwan terus berpindah mengikuti suaminya yang busy 24 jam. Al-maklumlah, kahwin dengan CEO merangkap bos abang dia sendiri. Huhuhu... Sabar ajelah.

Najihah berjalan menuju ke kerusi di sebelah Puan Masyah. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut. Sesi pujuk memujuk bermula! Tettt...

“Ala, ibu... Janganlah merajuk. InsyaAllah nanti bila Jiah dah puas dok berdua dengan abang Dani, kami janji akan bagi cucu dekat ibu. Ibu cakap aje nak berapa orang, tapi janganlah sampai satu pasukan bola sepak. Penat Jiah kalau macam tu.” Tangan Puan Masyah dipeluknya erat.

“Betul ni? Ok, macam mana kalau ibu nak sepuluh orang? Pasukan bola sepak 11 orang, kan? So, cukuplah tu.” Puan Masyah tersenyum ke arah menantunya yang seorang ini.

“Mak aihh... Nampaknya kena ‘kerja’ over-time la lepas ni.”

Mereka semua di situ ketawa dengan jawapan Najihah.

“Haha... Macam-macamlah awak ni, Jiah. Cemburu tau saya tengok awak ni. Manja terlebih dengan ibu mertua.” Sampuk Zieta.

“Wani pun jealous juga ni! Siapa anak kandung ibu yang sebenar ni?” Ujar Wani sambil buat duck face yang tak berapa comel. Merajuklah kononnya tu!

“Ala... Bukan selalu dapat manja macam ni. Bila dah dapat bukan senang nak lepas. Betul tak Meah?”

Aku pula?! Bisik Meah sendiri.

Meah hanya mengangkat kedua belah bahunya, malas untuk memberikan jawapan yang pasti. Nanti ada tak puas hati pula bila dia dok pertahankan satu pihak aje.

“Sudah-sudahlah tu. Nanti mengamuk pula cucu Ku ni. Kalau dia mengamuk siaplah korang, Ku masak rendang sorang-sorang nanti.” Ugut Tengku Nazimah. Main-main aje tu. Nak masak rendang orang? Tengok kucing kena masak dekat sebuah tempat di luar negara pun dia dah nangis bagai nak rak, inikan pula nak masak rendang orang.

Mereka semua berdiam seribu bahasa. Yang kedengaran hanyalah bunyi orang sedang berbual di luar. Siapa lagi yang berbual kalau bukan husband-husband kesayangan mereka tu.

Setelah hampir sejam mereka berada di dalam wad yang menempatkan Meah dan Nurul Iman, akhirnya mereka semua bertolak pulang apabila Firda dan Zieta mengadu tidak sedap badan dan tidak selesa.

Izham menghantar kepulangan mereka sehingga ke tingkat bawah. Walaupun berat hatinya untuk meninggalkan isteri dan anaknya bersendirian di atas, tapi atas desakan Meah, terpaksa jugalah dia gagahkan hati untuk mengikut permintaan Meah.

“Sayang... Sanggup tau!” Kata Izham sebaik sahaja dia masuk ke dalam wad yang menempatkan Meah dan Nurul Iman semula.

“Sanggup apa? Dahlah masuk pun tak bagi salam. Masuk aje terus sanggup tau! Sanggup apa ke bendanya abang ni?” Soal Meah.

“Yalah, sanggup sayang suruh abang turun. Abang nak duduk aje dengan sayang dekat sini.” Ujar Izham sambil duduk di birai katil. Perlahan dia merebahkan  tubuhnya di tepi Meah. Nasib baiklah badan mereka berdua agak kecil, muat jugalah untuk mereka berdua.

“Laa.. Sebab tu aje. Ingatkan sebab apalah tadi? Macamlah kami nak pergi jauh sampai merajuk bila sayang suruh hantar mereka ke bawah.” Kata Meah. Rambut Izham yang agak panjang dibelai.

“Hmm...”

Meah memberikan sebuah kucupan di pipi Izham agak lama. Dia tersenyum apabila melihat Izham seperti ingin tersenyum tapi sengaja disembunyikan.

“Sayang ni macam dah tak sabar aje.” Izham masih dengan rajuknya yang entah apa-apa.

“Tak sabar apa?” Berkerut dahi Meah cuba untuk memahami soalan yang diajukan oleh Izham.

“Tak sabar nak bagi abang anak kedua.” Bisik Izham perlahan di telinga Meah. Perlahan dia memberikan sebuah kucupan sebagai balasan di pipi Meah.

“Eeee.. Abang ni, kan! Yang seorang ni pun baru aje keluar tadi, dah nak lagi seorang. Bagilah Meah rehat dulu.” Meah mencubit lengan suaminya.

Izham hanya mempamerkan senyuman yang tidak tahu hendak ditafsirkan. Senyuman menggoda atau senyuman menggatal dengan isteri sendiri? Hmm.. Mana-mana ajelah.

I love you. Sayang cintakan abang?” Soal Izham perlahan.

Meah ketawa kecil dan membalas renungan Izham kepadanya. “Abang boleh mencintai sayang tapi tolong jangan lupa untuk mencintai DIA dahulu sebelum abang mencintai sayang.” Balas Meah dengan nada yang romantik.

“Cintailah Nabi Muhammad S.A.W kemudiannya dan jangan lupa jua kedua orang tu abang. Tanpa mereka siapalah abang. Dan yang terakhir, jangan lupa untuk sayangi isteri abang ni. Sayang cintakan abang bagaimana abang cintakan sayang.” Punyalah panjang mukadimah, barulah Izham dapat jawapan yang dia inginkan.

Tapi, setiap kata-kata Meah ada kebenarannya. Tidak mampu untuk kita mencintai seseorang manusia itu jika kita tidak mencintai DIA yang Maha Esa dahulu dan siapalah kita jika tiada ibu bapa.

Izham hanya tersenyum manis, senang dengan jawapan panjang Meah. 

“Sayang ni dah pandai bermadah pujangga. Mana belajar ni?” Hidung Meah yang tak berapa mancung ditarik perlahan.

“Hehehe.. Belajar dari seorang pilot yang paling kacak di antara semua pilot di dunia ni.” Meah turut mencuit hidung Izham.

Izham mencium pipi Meah lama dan lama sehingga mereka tidak sedar apa yang terjadi seterusnya. Yang mereka tahu, puteri kesayangan mereka, Nurul Iman telah menyaksikan adegan cintan cintun halal antara umi dengan abi dia.

Nurul Iman, hadirmu ke dunia ini menjadi penyeri cinta antara umi dan abimu, Ermirda Amirah dan Tengku Izham Faiz. Terima kasih, sayang.

No comments:

Post a Comment