Thursday 15 August 2013

Cintaku Jauh Di Awan Biru 47 & 48

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan hai semua.. ^_^


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Bab 47


Bergema lagu Selamat Pengantin Baru nyanyian allahyarhamah Puan Sri Saloma dari corong speaker yang dimainkan oleh deejay yang ditempah khas dari utara iaitu sahabat abang Man sendiri.

Selamat pengantin baru. 
Selamat berbahgia. 
Selamat ke anak cucu. 
Selamat sejahtera.

Semoga berpanjangan. 
Semoga berkekalan. 
Semoga satu tujuan. 
Semoga aman.

Hidup mestilah rukun. 
Sabar paling perlu.. 
Cinta setiap hari.. 
Senyum mesti selalu. 
Oh oh oh oh..


Meah memegang lengan Izham sambil terus melangkah ke arah pelamin yang berjaya disiapkan oleh Pak Cik Mukhriz and the gang. Nama sebenar team mereka tidaklah Meah tahu, jadi sampai sekarang sejak daripada dia di sekolah menengah, pasti dia akan memanggil Pak Cik Mukhriz and the gang sahaja. Lagipun bukannya dia yang menguruskan pelaminnya, ibunya yang beria ingin menghias pelamin. Dia hanya ikut sahaja.

Yang dia tahu baju yang dia pakai kini adalah baju daripada butik Puan Meisha. Dia telah membeli baju tersebut. Beli ok, bukan sewa! Sebab dia sendiri yang reka, dia sendiri yang terangkan pada taylor nak buat macam mana dan dia sendiri juga yang jahit manik tambahan. Punyalah semangat nak kahwin!

Baju tersebut direka dengan tidak mengikut bentuk tubuhnya, agak besar daripada tubuh langsingnya. Labuh dan tidak terlampau sarat dengan kerlipan labuci dan manik. Bertambah comel apabila warna ungu lembut telah dicampur sedikit dengan manik warna merah jambu dan putih. Manik di bahagian pinggangnya telah dibentuk menjadi seperti bentuk reben yang kecil lagi comel. Semua manik-manik tersebut berwarna merah jambu kecuali manik di bahagian bahunya yang berwarna putih.

Tema, tak pernah terfikir di akal nak buat tema kampung dan tradisional. Yang dia fikir, dia nak nampak elegan dan nampak cantik di mata suaminya. Oleh itu, baju kahwinnya direka menjadi seperti baju yang biasa digunakan untuk majlis-majlis makan malam atau majlis-majlis formal. Hmm.. Lebih kurang macam jubahlah senang cerita. Tapi, ini jubah versi dimodenkan. Dah tak ada rupa jubah langsung.

“Jangan lepas tangan abang tau, sayang.” Izham berbisik kepada Meah sambil mengetatkan lagi pegangan tangannya.

 Meah hanya tersenyum dan mengangguk ke arah Izham yang segak dengan baju Melayu berwarna ungu muda.

Mereka tidak membuat majlis persandingan, sebaliknya hanya menyediakan pelamin untuk tangkap gambar dan dijadikan sebagai kenangan. Ini semua atas permintaan Meah dan Izham sendiri. Bukannya mereka tidak mengikut adat, tetapi bukankah agama itu harus diutamakan.

Sedang seronok mereka melihat pengantin berposing di atas pelamin, tiba-tiba datang seorang wanita dengan pakaian yang menyakitkan mata dan hati duduk bersebelahan dengan Izham. Bahu Izham dipeluk dengan gaya yang menggoda.

Membulat mata mereka yang menyaksikan kegedikan terlampau si wanita tersebut. Meah apalagi, meluap rasa hati apabila melihat wanita yang tidak dikenali itu tiba-tiba sahaja memeluk suaminya.

‘Minah’ gedik dari planet mana pula ni?! Bisik hati Izham sambil cuba untuk melepaskan pelukan wanita tersebut tapi makin kuat Izham cuba untuk melepaskan diri, makin kuat pula wanita itu memeluknya.

Kau ni siapa, haa?” Soal Izham yang sudah mulai bengang. Memerah wajahnya menahan amarah yang kian meletus.

Meah disebelah dipandang. Wajah Meah yang berkerut dan nampak seperti singa betina yang tunggu masa untuk naik angin sudah cukup untuk menggambarkan yang dia juga tidak gemar akan apa yang berlaku.

“You dah lupakan I? Cepat betul you lupakan I, kan?” Ujar wanita itu separuh merengek.

Meah mula ‘panas’ dengan aksi yang dipamerkan oleh wanita itu. Tengku Ariffin dan Tengku Nazimah mula berasa malu dengan apa yang dilihatnya kini. Nasib baiklah tidak ramai yang melihat persandingan Izham, hanya kaum keluarga yang terdekat sahaja. Buatnya satu kampung serbu masuk tadi aniayai jadinya.

Zainuriah dan Ropeah mulai tidak keruan akan apa yang berlaku. Tak akan baru semalam Izham dan Meah bernikah, hari ni Izham dah bawa calon menantu baru. Issh... Merepek! Kalau betul calon menantu baru, takkanlah Izham tanya siapa wanita itu.

“Kau ni siapa? Yang kau dok senang lenang peluk suami aku tu kenapa? Dah tak ada lelaki bujang dah dekat dunia ke?” Bertubi soalan terbit dari bibir Meah. Lengan suaminya ditarik untuk menjauhi perempuan miang itu tapi dia lebih cekap memeluk Izham.

“Owhh... Handsome boy ni suami you. I ingatkan tadi bakal suami I tadi. Nampaknya bermadulah kita nanti.” Fuhh.. Mulut! Lancang sungguh bibirmu berkata-kata.

“Zieta..!!! Oi kucing miang, kau ni apahal haa?! Suami orang pun jadi. Mana pergi ‘lubuk-lubuk emas’ kau? Dah tak mampu nak bagi duit dekat kau ke sampai kau nak cari laki orang?!” Bergema di ruang tamu rumah Ropeah dengan suara seorang lelaki yang muncul dari pintu.

Semua mata beralih ke arahnya.

“Bos! Bos kenal ke dengan ‘minah’ tak ada rupa ni?” Soal Daniel sambil mendekati lelaki tadi yang merangkap bos di tempat kerjanya di KL. Nasib baik bosnya sporting, ajak-ajak terus boleh datang. Mesra alam dengan pekerja punya bos.

“Haha.. Siapa yang tak kenal dengan minah kaki kikis ni? Satu KL kenal dengan dia. Sebut aje kaki kikis si kucing miang, satu KL tahu.” Bos Daniel ketawa sinis sambil matanya melekat kukuh ke arah Zieta yang mulai ‘panas’ apabila rahsianya kian terbongkar.

“Kau ni siapa?!” Soal Zieta dalam nada bergetar. Tangannya ditarik dari terus memeluk Izham. Izham dan Meah mengambil peluang untuk lari ke tempat lain.

Bos Daniel melangkah kian dekat dengan Zieta di atas pelamin. “Kenapa? Takut nak mengaku yang aku ni salah satu ‘lubuk emas’ kau? Atau kau takut nanti kau famous dekat kampung ni pula?” Sinis nada suaranya.

Zieta mula tidak keruan apabila bos Daniel melangkah dan hampir rapat dengan dirinya.

“Sudah-sudahlah. Selesailah dengan baik. Tak manis orang tengok, nak.” Zainuriah mula ambil langkah untuk menenangkan suasana yang mula tegang.

“Tak guna selesai baik-baik dengan orang macam ni, mak cik. Hari ni dia janji tak nak buat dah, tengok-tengok esok dia ulang balik apa yang dia buat. Tak boleh harap!”

Bertambah gerun apabila Zieta melihat bos Daniel seperti tunggu masa untuk bertukar menjadi Hulk.

“Kau ni, kan Zieta. Tak sayang keluarga ke? Tak sayang maruah diri? Tak sayang kaum wanita? Sanggup malukan diri sendiri depan khalayak. Tak malu ke?!! Aku ni dah lama sabar dengan kau. Aku ke sana ada muka kau, aku ke sini ada muka kau. Harap kau bukan jodoh akulah. Duit dalam bank ada berjuta pun jadi tak guna bila kahwin dengan kau. Letak sejuta hari ini, bulan depan dah habis. Entah apa yang dibuatnya pun tidaklah aku tahu. Yang aku tahu, satu, kau suka bazirkan duit untuk benda haram. Arak! Kelab! Ya, kelab. Ok, memang aku kaki kelab macam kau. Tapi,... itu semua dulu. Arak, orang tak ada akal macam kau ni aje yang minum kencing syaitan tu!” Bos Daniel melempiaskan segala amarahnya yang sudah lama berkurung di sangkar hatinya.

Seorang lelaki menepuk bahunya dan baru kini dia sedar yang dia kini berada di rumah orang, di tempat orang dan bukannya di tempat biasa dia melepak atau di rumahnya. “Sudah-sudahlah tu abang Zwan. Kita datang rumah orang nak meraikan orang, bukannya nak cari gaduh.” Hafiz Izfar menepuk-nepuk bahu abangnya.

Hazwan meraup wajahnya berkali. “Saya minta maaf mak cik. Tadi, saya geram sangat sampai tak sedar apa yang saya cakap.” Hazwan memandang ke arah Zainuriah yang tergamam seketika apabila melihat anak muda di hadapannya yang sedang marah.

Daniel tak payah cakaplah, sampai ternganga mulut tengok ‘wayang’ free yang dibuat bosnya sendiri.

“Tak apa, mak cik faham. Duduk dulu, nanti mak cik ambilkan air kosong.” Zainuriah berlalu ke dapur untuk mengambil air kosong. Dia selalu memberikan orang yang sedang panas hatinya dengan air kosong. Kosong bukan kosong sahaja, adalah ayat-ayat yang dibaca, ayat suci al-Quran yang sering dia amalkan.

“Dahlah Zieta, kau baliklah. Tak ada gunanya  kau dekat sini. Hanya menyemakkan pandangan.” Sempat lagi dia menghalau Zieta.

Zieta mengangkat punggungnya. Dia menjeling sekilas ke arah Hazwan yang duduk tepi pintu bersama adiknya. Dengan perasaan malu yang menggunung dia berlalu keluar. Tengku Anis dan Wani memberikan pandangan tanda menyampah apabila Zieta melintasi mereka.

“Bos, bos ok ke tak?” Soal Daniel apabila melihat bosnya memicit dahinya.

“Saya ok, Daniel. Apa-apa pun saya nak minta maaf pada awak sebab huru-harakan majlis perkahwinan adik awak.” Hazwan tersenyum ke arah Daniel di hadapannya.

Meah dan Izham berjalan bersama untuk melihat keadaan Hazwan. “Awak tak apa-apa ke?” Soal Meah.

“Saya...” Hazwan kaku melihat seraut wajah di hadapannya. Meah! Dan suaminya seperti pernah dilihat.

“Ok.. Meah?”

Meah dan Izham berpandangan sesama mereka. “Macam mana awak boleh tahu nama isteri saya?” Soal Izham pula dengan kerutan di dahi.

“Saya pernah berjumpa dengan Meah tapi mungkin dia sudah lupa. Lagipun sudah lama pun. Apa-apa pun, nama saya Hazwan, Hazwan Imani.” Hazwan bangun dari duduk menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Izham. Hafiz turut bangun dan bersalam dengan Izham.

“Saya Hafiz Izfar, adik Hazwan.” Hafiz tersenyum ke arah Izham dan Meah.

Izham menyambut huluran tangan kedua-dua beradik tersebut.

“Bos kenal ke dengan adik saya ni?” Soal Daniel yang mencelah.

“Bolehlah.” Jawab Hazwan sambil menyambut huluran air yang dihulur oleh Zainuriah.

“Terima kasih, mak cik.”

“Sama-sama.” Zainuriah berlalu meninggalkan mereka.

Atas permintaan, Izham dan Meah tidak membuat makan beradap. Kata mereka buat  apa nak membazir kalau lauk pauk untuk orang ramai pun banyak. Makan ajelah apa yang ada. Jimat!

“Awak?!” Tengku Anis yang sengaja duduk mencelah di antara mereka, terkejut apabila melihat Hafiz Izfar.

Hafiz terkejut dengan tindakan Anis. Berkerut dahinya cuba untuk mengingati siapakah gadis di hadapannya kerana dia seperti pernah melihatnya. Tapi di mana?

“Hmm... Macam saya pernah tengok awak ni. Tapi, dekat mana ya?” Hafiz menyoal kembali.

“Tepi pantai.” Anis tersenyum apabila dia dapat bertemu kembali dengan jejaka yang membuatkan dia dituduh melakukan maksiat.

Hafiz berfikir sejenak dan... “Owh.. Awak. Ingat-ingat.”

“Tepi pantai apa ni?” Izham mencelah kerana tak syoklah mereka dok tahu cerita, mereka ni dok terpinga-pinga.

Anis tersenyum ke arah abangnya. “Ala, yang Anis kena tuduh buat maksiat tu la. Inilah lelaki yang bersama dengan Anis waktu tu.” Anis menerangkan kepada abangnya.

“Owhh...”

“Awak!!” Jerit Hazwan kepada Wani yang baru sahaja ingin melabuhkan punggung di sebelah Meah.

Wani terpinga apabila Hazwan menjerit ke arahnya. Setelah diamati beberapa ketika barulah dia ingat, Hazwan la yang dia langgar semalam.

“Amboi, ada jodoh nampak?!” Meah menyakat mereka berempat apabila melihat masing-masing sudah menjadi malu-malu kucing sesama sendiri.

Izham dan Daniel ketawa mendengar usikan Meah. Hmm... Daniel juga yang keseorangan sebab Cikgu Najihah tak dapat datang.

Mereka semua berpandangan sesama sendiri dan akhinya ketawa. Entah bahagian mana yang kelakarnya pun tidaklah tahu.

“Copp... Mana Firda? Wani tak nampak pun batang hidung dia dari tadi.” Wani menyoal kepada mereka.

“Haahlah. Batang hidung Afif pun tak nampak dari tadi.” Izham pula berkata.

“Mereka ada dekat bawah pokok rambutan belakang sana, dating. Siap suruh mak tam hantar rombongan merisik lagi tu.” Iqbal yang muncul dari dapur dengan sepiring puding karamel buatan Tengku Amani a.k.a kak lang membantu untuk menjawab soalan mereka.


Semua kecuali Hazwan dan Hafiz terlopong mendengar apa yang dibicara oleh Iqbal. Merisik? Biar ‘betik’?! Baru kenal terus nak hantar rombongan merisik. Fuhh..


Bab 48


Satu demi satu persoalan berjaya dirungkai. Siapalah Zieta sebenarnya buat Izham. Sebenarnya  Zieta pernah berjanji untuk membalas dendam terhadap Izham kerana kejadian Izham menolak untuk berkenalan dengannya di lapangan terbang di Melbourne. Entah dari mana Zieta dapat tahu Izham berkahwin, alamat rumah Meah dan bila Izham berkahwin juga tidaklah mereka tahu. Orang macam Zieta tu, petik jari aje ramai yang sudi jadi pengikutnya.

Lagi satu, Firda dan Afif sudah mula bermain cinta. Zainuriah pula hanya berkata, ‘Kalau dah jodoh, nak halang pun tak ada gunanya.’ Bagi restu tu! Afif, tersenyum ke telinga la dia.

Dan, malam ini juga menjadi malam pertama buat pengantin baru kita, siapa lagi kalau bukan Izham dan Meah. Jenuh pipi mereka berdua memerah apabila disakat tidak berhenti daripada petang tadi oleh keluarganya.

“Abang, abang tak rasa ke cinta kita ni cinta kabut?” Soal Meah sambil mengeringkan rambutnya yang basah dengan tuala. Izham yang berbaring di atas katil dipandangnya.

“Cinta kabut? Kenapa pula?” Izham menyoal kembali sambil bangun dan duduk menghadap isterinya di meja solek.

“Yalah, cinta tidak, apa pun tidak. Sedar-sedar aje terus berkahwin. Kenal pula tak sampai pun dua bulan, dah setuju nak ikat pertalian. Tak rasa kabut sangat ke?” Meah menyikat rambutnya apabila dirasakan rambutnya sudah pun kering walaupun agak lembap.

Izham memandang pelik ke arah Meah. “Ya ke? Rindu tu bukan cinta ek? Tiap-tiap hari abang rindukan sayang tau!” Izham mengenyitkan matanya ke arah Meah.

Meah ketawa dan bangun menghampiri suaminya. Dia melabuhkan punggung di hadapan Izham. “Dari rindu timbul sayang, dari sayang timbullah cinta.” Meah mencuit hidung Izham.

“Owhh.. Baru abang tahu.” Izham mula membuat muka gatal dengan Meah.

Izham menarik tubuh Meah ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Meah diciumnya lama. Dia menggeselkan dagunya ke pipi Meah. Meah ketawa kerana geli apabila pipinya bergesel dengan janggut suaminya.

“Eee... Gelilah!” Ujar Meah sambil menolak lembut wajah Izham dari terus menggesel pipinya.

Izham ketawa. “Sayang, jom ikut abang kejap.”

Meah mendongak untuk melihat wajah Izham. “Ikut abang pergi mana?”

“Kita pergi membaca ‘novel’ yang tiada galang gantinya.” Izham mengambil peluang untuk mencium dahi Meah.

“Novel yang tiada galang ganti? Al-Quran?” Meah meneka.

Izham mengangguk dan melepaskan Meah dari pelukannya. Dia menarik tangan Meah untuk mengikutinya. Tudung di hujung katil dicapai dan disarungkan di kepala Meah. Mereka beriringan keluar dari bilik untuk mengambil wuduk yang sudah lama terbatal.

“Nak pergi mana tu?” Soal Ropeah yang baru keluar dari biliknya yang tidak jauh dari bilik Meah.

“Nak turun kejap, nek.” Jawab Izham sambil pergi ke arah Ropeah dan membantunya untuk berjalan. Meah hanya tersenyum sambil memerhati tindakan suaminya.

“Tak apalah, Izham. Nenek boleh jalan lagi ni.” Ropeah cuba menghalang Izham untuk membantunya tapi Izham tetap memegang tangannya.

“Tak apa, nek. Izham takut nenek jatuh aje. Nenek nak pergi mana ni? Nak turun juga ke?” Izham tersenyum ke arah Ropeah.

Seronok rasa hati Ropeah apabila melihat suami Meah yang baik hati. Bukannya nak kata suami dan isteri cucunya yang lain tidak baik tapi lain rasanya apabila melihat suami Meah, tidak sama dengan yang lain.

“Nenek nak pergi tengok cicit-cicit baru nenek dekat bawah tu. Nak tengok tadi tak sempat sebab letih sangat.”

Mereka bertiga menuruni tangga dan awal-awal lagi mereka sudah mendengar betapa kecohnya di hadapan apabila hero-hero kecik Malaya menangis serentak. Laparlah tu!

Tak menang tangan kak Mirza apabila dua-dua anaknya menangis serentak. Abang Rifki membantu kak Mirza untuk memberi susu. Abang Man pula seronok melihat anak bongsunya yang sedang menyusu di dalam dukungan kak Shita. Muhammad Ilham dan  Muhammmad Izham nama diberi untuk anak kembar kak Mirza manakala Muhammad Al-Ameen pula ialah anak abang Man. Lepas ni gerenti peninglah sebab ada dua orang nama Izham dalam keluarganya.

Nenek duduk di atas sofa di ruang tamu sambil melayan karenah Saliha dan Siti yang tidak diam dari tadi. Petah bercakapnya bukan main!

Izham dan Meah bermain dahulu dengan anak-anak buah mereka sebelum pergi ke belakang untuk mengambil wuduk. Mereka bergilir menggunakan tandas untuk mengambil wuduk.

Izham dan Meah melangkah naik ke atas setelah bersalam dengan mereka yang masih belum tidur di bawah. Seronok Meah melihat Firda membantu kak Mirza tadi. Setelah hampir 17 tahun hadirnya Firda ke dalam keluarga ini, semalam barulah kak Mirza dapat menerimanya.

Ia adalah satu sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh mereka yang merasai. Sejarah keluarga yang tak akan luput dari akal yang berfikir, dari hati yang merasai, dari jiwa yang mendalami.

Izham menutup perlahan daun pintu bilik mereka. Songkok di atas meja solek dicapai dan diletakkan di atas kepalanya.

Sejadah di tangan Meah ditarik. “Pergilah pakai telekung dulu. Biar abang yang bentang sejadah ni. Ambil sekali al-Quran atas meja tu.” Ujar Izham sambil tersenyum ke arah Meah.

“Ok.” Meah melepaskan sejadah di tangannya dan telekung di atas katil disarungkan di tubuhnya. Dua naskhah al-Quran di atas meja kecil bersebelahan katil dicapai dan dibawa penuh hormat kepada suaminya yang sedia menunggunya.

Mereka membaca ayat penerang hati dahulu sebelum mulai membaca al-Quran.

Surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah menjadi pilihan untuk mereka baca pada malam ini. Setiap kesalahan yang dilakukan oleh Meah akan dibetulkan oleh Izham. Meah berasa tenang dan gembira dengan sikap Izham. Tenang dalam menuturkan ayat-ayat suci, sentiasa mengawasi ayat yang dibaca oleh si isteri, itulah ciri-ciri yang Meah cari dalam mencari seorang suami selama ini. Tidak sangka ALLAH mendengar doanya, dia telah dikurniakan olehNya Tengku Izham Faiz untuk menjadi imamnya dan Izham berjaya buktikan yang dia berjaya menjadi seorang imam.

Adakah ia hanya setakat ini, wallahualam... Takdir bukanlah satu perkara yang mampu manusia capai di dunia ini.

*****

Setelah selesai, mereka berpandangan seketika dan tersenyum.

“Sayang tunggu kejap ek. Abang nak bagi something yang special untuk wife abang.” Izham menahan Meah daripada terus bangun dan memintanya untuk menunggu seketika.

Izham membuka beg bajunya yang dibawanya. Isinya diselongkar untuk mencari sesuatu. Sebuah kotak yang berwarna ungu bersaiz sederhana tapi agak leper dikeluarkan dari beg tersebut.

Kotak yang dipegang  Izham telah menarik perhatian Meah yang melihatnya dari tadi.

Kotak apa pula tu? Kata hati Meah yang tertanya akan isi di dalam kotak itu.

Izham duduk kembali di hadapan Meah. Kotak tadi dihulurkan ke arah Meah. Meah mengambilnya dengan perasaan yang teruja untuk mengetahui isinya.

Izham tersenyum tatkala kotak tersebut dibuka oleh Meah walaupun agak slow motion pergerakannya.

Meah terpegun, terkaku, tak terkata dan ter sebagainya la apabila melihat sehelai selendang ungu bercorak bunga lavender kecil-kecil yang berada di dalam kotak tersebut. Selendang tersebut dikeluarkan dari kotak dan disentuh lembut. Kainnya amat lembut dan dia pasti harganya bukanlah murah.

“Terima kasih, bang. Cantik, lembut sangat kain dia. Warna kegemaran Meah pula tu.” Meah terharu dengan pemberian suaminya. Wajah Izham yang manis tersenyum di hadapannya direnung dengan mata yang berkaca.

“Sama-sama, sayang. Sayang nak tahu tak? Abang beli selendang ni waktu abang terbang pergi Melbourne, waktu selepas abang telefon sayang. Buat pertama kalinya tau, abang telefon sayang waktu tu. ” Tutur Izham sambil membalas renungan isterinya.

Meah diam sejenak cuba untuk mengingati saat itu tapi masih tidak mampu ingat. Tulah, makanlah lagi kepala ikan!

“Tak payahlah nak ingat dulu, apa-apa pun terima kasih kembali kerana sudi terima pemberian abang yang tak seberapa ni.” Izham mengusap pipi Meah.

Meah hanya tersengih. “Sama-sama kembali...” Meah melentok, membuat gaya manja yang jarang ditunjuk depan sesiapa pun.

Izham ketawa dan dagu Meah dicubitnya.

“Sayang.....” Izham sudah mula mengeluarkan aura menggodanya.

“Hmm...” Jawab Meah malas sambil terus mencuba selendang tadi di kepalanya.

“Sampai bilalah kita nak duduk atas sejadah ni ek? Al-Quran ni, tak baik letak bawah aje.” Kata Izham, menyedarkan Meah yang masih ralit dengan selendangnya.

“Sampai esok pun boleh juga.” Sengaja Meah mengusik.

Mereka bangun dari atas sejadah. Izham mengangkat al-Quran dan diletakkan di atas meja di mana Meah mengambilnya tadi. Sejadah juga dilipat oleh Izham kerana Meah masih lagi dengan selendang tadi.

“Buka telekung. Meh sini abang tolong lipat.” Arah Izham sambil tersenyum melihat gelagat Meah yang tidak ubah seperti kanak-kanak yang mendapat gula-gula Choclairs.

Meah yang sedang melipat kembali selendang tadi membuka telekungnya tapi masih berhati-hati takut jika selendang itu berkedut. Eleh, berkedut boleh gosok balik. Bukannya tak ada seterika pun dekat rumah opah Ropeah ni.

“Haihh... Bermadu dengan selendanglah abang lepas ni.” Keluh Izham sengaja sambil menyikat rambutnya yang agak kusut.

Meah memandang pelik ke arah Izham yang sengaja membelakanginya. Sengaja nak buat Meah keluarkan aura isteri dia nampak?!

Meah membuat muka comel dan menghampiri Izham. Tubuh Izham yang agak sasa dipeluknya dari belakang. Tangan Izham digenggam dari belakang. Kepalanya diletakkan di atas tubuh Izham.

Tanpa Meah sedari, sekuntum senyuman terbit di bibir Izham. Bulu roma tengkuk Izham semuanya tegak berdiri kerana ini adalah kali pertama dia dipeluk sebegitu oleh seorang wanita selain ibu dan adik-beradiknya. Dia yang pada mulanya agak janggal akhirnya hanyut di dalam dunia yang dia cipta sendiri bersama Meah di dalam bilik mereka.

Setelah agak lama mereka begitu, akhirnya Izham melepaskan pelukan Meah apabila tiba-tiba dia berasa sejuk dan seolah lencun di bahagian belakang badannya. Bahu Meah dipegang kejap dan dia memaksa untuk Meah mendongak melihatnya.

Meah menangis!! Tapi, kenapa?

“Sayang, kenapa sayang menangis ni? Abang ada buat salah dengan sayang ke?” Soal Izham lembut sambil menyapu air mata yang masih mengalir di kedua-dua pipi isterinya.

Dia jadi tidak keruan dengan keadaan Meah seperti ini. Dia jarang berhadapan dengan situasi wanita yang sedang menangis. Jarang dia melihat ibu dan adik beradiknya menangis, jadi dia tidak tahu bagaimana untuk memujuknya.

Yang dia tahu, dia perlu tahu punca. Ya, punca! Punca Meah menangis. Adakah dia ada tersalah kata tadi?

“A... A.. bang...” Meah terus menangis dan kembali tertunduk sambil mengesat air matanya yang masih lagi mengalir tanpa henti.

Izham terkedu dengan perlakuan isterinya. Dia cuba menenangkan isterinya dengan memeluknya. Dia tidak mahu orang di luar biliknya mendengar Meah menangis. Sia-sia aje kena tuduh baru kahwin dah dera isteri. Aniayai, aniayai!

Setelah agak lama barulah Meah bertenang. Dia mendongak mencari wajah suaminya. Izham tersenyum tapi hatinya masih risau melihat wajah Meah yang agak sembab kerana terlalu banyak menangis. Takkanlah Meah menangis tanpa sebab? Hanya orang gila sahaja yang menangis tanpa sebab.

“Sayang... Kenapa sayang menangis ni? Abang ada buat salah dengan sayang ke?” Soal Izham, kepala Meah diusapnya lembut.

“Entah..” Jawab Meah sambil ketawa yang jelas dibuat-buat.

Izham memandang tajam ke arah Meah.

“Abang tak boleh terima jawapan tu!” Izham mulai tegas. Dia tidak suka dengan jawapan ‘entah’ yang diberi oleh Meah.

Meah terkedu. Dia tidak sangka Izham akan marah dengan jawapan yang diberi olehnya. “Abang...” Sayu Meah berkata sambil memandang lama ke arah Izham yang merenungnya.

Izham mengeluh dan menarik nafas sedalamnya. Dia tidak akan membenarkan emosi untuk menguasai dirinya yang tidak teguh imannya. “Abang minta maaf... Ok, sekarang cuba sayang ceritakan pada abang kenapa sayang menangis?” Soal Izham sambil mengusap pipi Meah.

“Sayang... takut... takut kalau sayang tak mampu untuk melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sempurna. Sayang takut kalau suatu hari nanti abang cari yang lain sebab sayang tak mampu nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.” Mak aihh.. kahwin baru sehari, fikir dah jauh ke langit hijau.

Berkerut dahi Izham cuba untuk memahami apa yang dikatakan oleh Meah. Dia menggeleng sendiri tanpa Meah sedari apabila dia dapat memahami apa yang dikatakan oleh Meah.

Jauhnya isteri aku ni fikir, bisik Izham sendiri.

“Sayang, kita baru semalam kahwin tau. Tak sempat lagipun nak merasa duduk berdua. Tak salah kalau sayang nak fikir macam tu tapi abang rasa sesuai difikirkan apabila sayang dah mula jadi isteri abang sepenuh masa. Segala-gala untuk abang, sayang yang akan buat sendiri, tanpa bantuan ibu dan sesiapa pun.”

“Untuk pengetahuan sayang, sebenarnya tanggungjawab seorang isteri mengikut Islam hanyalah mendidik anak sehingga menjadi anak yang soleh dan solehah. Kerja-kerja rumah tu semua, si suami yang perlu buat. Jadi, yang patut fikir semua tu adalah abang. Sayang rasalah, kan, dapat tak abang basuh baju, cuci pinggan, masak dan semuanyalah untuk sayang nanti.”

Meah ketawa mendengar kata-kata Izham. Izham tersenyum gembira apabila melihat isterinya sudah boleh ketawa seperti biasa.

“Dahlah, tak mahu nangis-nangis. Jom merasa nikmat malam pertama.” Ujar Izham sambil mengenyitkan sebelah matanya ke arah Meah.

Tiba-tiba Meah berdebar apabila terkenangkan yang malam ini buat kali pertamanya ‘bantal peluk’ dia ialah seorang lelaki, suaminya. Sebelum ini Wani dan Firda sahaja yang menjadi ‘bantal peluk’ dia.

“Jom, tidur. Jangan lupa baca ayat-ayat suci tau!” Izham menarik tangan Meah untuk mengikutnya ke katil yang sudah lama menunggu untuk tuannya baring.

Meah hanya mengikut perlahan.

“Abang, abang tidur tak ganas-ganas, kan?” Soal Meah apabila lampu sudah dipadam oleh Izham.

“Taklah kut.” Jawab Izham lalu memeluk bahu Meah dan membawa tubuh Meah untuk rapat dengan tubuhnya.

Setelah agak lama dan mata Izham mulai kecil, tunggu masa untuk tutup tiba-tiba Meah bertanya lagi soalan yang merapu kepada Izham. “Abang tak akan ganggu atau kacau sayang waktu tidur, kan?” Soal Meah lagi macam orang lurus bendul.

Dengan perasaan kantuk yang sudah lama menguasai, Izham gagahkan jugalah mulutnya untuk menjawab. “InsyaAllah tak, sayang. Tidur cepat.” Perlahan saja nada suaranya.

Meah mengangguk dan menutup matanya kembali.

Tapi, itu hanya sementara. Tidak sampai 120 saat, Meah sudah kembali mencelikkan matanya. “Abang ok ke tidur dengan sayang?” Memang sah Meah ni lurus bendul bab-bab begini!

Izham mendengus dan melihat isterinya yang masih segar bugar dengan mata yang kecil. “Ok. Tidur!”

“Ok.” Meah kembali menutup matanya.

Beberapa saat kemudian...

“Tapi a....” Belum sempat Meah meneruskan ayatnya, Izham sudah menutup mulut Meah dengan tangannya. Tubuh Meah dipeluk erat sehingga Meah tiada ruang untuk berkata-kata.  Meah terdiam di dalam pelukan Izham dan perlahan matanya mulai terkatup di dalam pelukan hangat Izham.

Bermulalah buat pertama kalinya dia melakukan tugas atas kerana tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada Kapten Tengku Izham Faiz. Kapten tu..!! Kau ada??

2 comments: