Assalamualaikum dan hai semua...
Today, tarakk Cintaku Jauh Di Awan Biru, hanya ada cerpen baru, sambungan Cinta Jejaka Psino.
Malas nak membebel seperti biasa, amik jelah ek.. =)
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Rencah-rencah
untuk memasak kari ayam dimasukkan ke dalam periuk. Hari ni, my luvly hubby
teringin nak makan kari ayam katanya. Mengalahkan aku yang tengah mengandung
pula dia.
Selesai
memasak, aku menapak naik ke tingkat atas. Walaupun sejujurnya aku rasa bagai
nak pitam mendaki tangga untuk naik ke atas tapi nak buat macam mana, dah rumah
kami memang dua tingkat. Pernah juga Haziq meminta aku agar tidur di bilik
bawah tapi aku tak nak. Nanti nak kena angkut pula barang-barang turun ke
bawah. Lagilah penat.
Tapi,
selepas bersalin nanti kena tidur dekat bawah juga. Tapi, (banyaknya tapi)
waktu tu nanti aku tidur dekat bawah bersebab dan yang pastinya papa ‘psino’
yang tolong angkutkan barang-barang. Hee... Itu yang bertambah sayang dekat
papa ‘psino’.
Aku
membuka pintu bilik utama iaitu bilik aku dan Haziq. Aku mencari bayang papa
‘psino’ tapi tiada. Eh, ke mana pulalah perginya suami hensem aku tu? Tiba-tiba
telingaku menangkap bunyi yang amat aku kenali. Bunyi piano. Amboi, sempat lagi
dia main piano!
Aku
terus menghayunkan kaki ke arah bilik muzik pula. Perlahan pintu bilik itu ku
buka. Aku melihat Haziq membelakangi aku sambil tangannya masih ligat menekan
butang-butang piano.
“Abang.”
Tegur aku dari belakang seraya memeluknya. Sebuah kucupan aku hadiahkan ke
pipinya.
Haziq
tersenyum memandangku dan terus berpusing untuk melihat aku. Tanganku
digenggamnya erat sebelum mencium tanganku itu. Aduh, papa ‘psino’ ni, saja nak
bagi aku cair.
“Jom
turun. Sayang dah masakkan kari ayam yang abang nak tu.” Ajakku seraya menarik
tangannya agar mengikutiku. Tapi dia hanya mengeraskan tubuhnya. Tak tertarik
aku dibuatnya.
“Nantilah.
Abang rasa dah kenyang pula tengok sayang. Tak payah makanlah ek.” Ujar Haziq
sambil tersengih lebar.
Aku
memandangnya geram. Rasa nak cubit-cubit aje pipi dia yang sasa tu. Eh, pipi
yang sasa? Bahasa Malaysia manalah aku belajar pipi sasa ni? Ini kalau aku
sekolah balik nak ambil SPM gerenti fail
habis subjek Bahasa Malaysia. Buat segan aje dekat adik-adik dekat sekolah.
“Hmm... Kalau macam tu abang duduk
ajelah dekat sini. Sayang dah lapar dah ni. Ni, baby ‘psino’ pun dah mengamuk sebab mama dia lambat makan.” Kataku
pada Haziq sambil tangannya mengusap lembut perutku yang sudah memboyot. Tunggu
masa aje sebenarnya sebab tarikh duenya
esok. Huwaa, esok tu! Tapi tarikh itu sekadar tekaan manusia, yang benarnya di
‘sana’, di Luh Mahfuz sana.
Haziq tersengih memandangku. “Yalah,
yalah... Sayang turun dulu ya. Nanti abang datang, nak kemas meja tu sikit. Dah
bersepah. Baby papa ni jangan
nakal-nakal tau, kesian mama dia ni sebab kena mengamuk dengan baby. Just cool and chillax tau, cayang.” Bibirnya berbicara sambil
telinganya dilekapkan ke perutku.
Aku ketawa kecil seraya menampar
perlahan lengannya. Aku keluar meninggalkan Haziq yang ingin mengemas mejanya
yang sememangnya sudah bersepah. Perlahan-lahan aku menapak turun apabila
tiba-tiba sahaja pinggangku sakit bagai dicucuk-cucuk. Tapi aku biarkan sahaja
kerana memang sejak aku mengandung ni pinggangku tak pernahnya tak sakit.
Tiba di anak tangga yang terakhir terasa
sakit tadi menyucuk pula di bahagian ari-ariku. Aku memegang erat palang tempat
pemegang di tepi tangga. Aku memegang perutku. Aduh, nak bersalin ke aku? Sakit
yang tadinya hanya sedikit semakin menyucuk sehingga aku rasa bagai nak hilang
nyawa dibuatnya.
“Abang! Abang...!!!” Jeritku sambil
masih lagi memegang palang tempat pemegang.
“Ya ALLAH! Kenapa ni sayang?” Soal Haziq
dari tingkat atas. Aduh, tercegat pula dia dekat situ. Orang tengah sakit dia
boleh pula buat lawak Malaysia dok tengok aku.
“Sayang rasa baby ‘psino’ nak keluarlah,
bang. Tolonglah!” Tak tahan sakit punya pasal tak pasal-pasal Haziq kena
tengking.
Waduh, ampunkan isterimu! Isterimu dah tak fikir apa dah
ni. Your baby dah tak sabar nak
tengok dunia yang indah ini.
Kelam kabut Haziq menuruni anak tangga.
Dia memimpin tanganku sehingga ke keretanya yang terparkir di bawah garaj. Dia
cuba membuka pintu keretanya tapi tak berjaya. Poket seluarnya pula diraba. Aduh,
papa ‘psino’ ni janganlah nak buat hal! Baby
‘psino’ dah tak sabar nak keluar dah ni.
“Allahuakbar... Kunci kereta tertinggal.
Sayang tunggu sekejap ya, abang nak pergi ambil dekat dalam sekejap. Sayang
tahan dulu tau. Tahan!” Aduh, suami siapalah tu?!
Tercungap-cungap aku menahan sakit yang
kian menyucuk di bahagian pinggang dan ari-ariku.
“Abang...!!!”
~*~*~*~
Alhamdulillah, hanya itu yang mampu aku ungkapkan
setelah hampir tiga jam aku bertarung di dalam labour room untuk melahirkan generasi pemain piano. Ceh, dah
tentukan masa depan anak tu! Nasiblah dirimu duhai anakku.
Wajah Haziq yang ralit memandangku, aku
renung. Lama kami begitu sebelum dia bertindak mencium dahiku. Aku tersenyum
seraya memandang ke arahnya yang turut tersenyum lebar.
“Terima kasih kerana sanggup bertarung
nyawa demi melahirkan zuriat buat abang.” Ucapnya sambil mengusap lembut
kepalaku. Tudung yang tersarung di kepalaku yang agak senget dibetulkannya.
“Tak perlu berterima kasih, bang. Memang
sudah menjadi tanggungjawab sayang untuk melahirkan waris abang.” Balasku
semula sambil mengusap pipinya.
Tiba-tiba pintu wadku dibuka dari arah
luar. Aku menjengukkan kepala untuk melihat gerangan yang masuk. Terjengul
wajah jururawat wanita yang sedang menolak katil baby yang pastinya baby
aku dan Haziq. Hero lagi tu!
Ya ALLAH, aku dah jadi ibu rupanya. Serasa
baru semalam aku disahkan mengandung dan kini anak yang ku kandung sudah pun
selamat melihat dunia yang indah ini.
“Abang, kita dah jadi ibu bapalah.”
Dengan penuh teruja aku berbisik kepada suamiku yang turut ralit melihat anak
kami yang enak dibuai mimpi. Geramnya rasa bagai nak gomol-gomol aje pipinya.
Haziq mengangguk sambil tersenyum. Aku
mengusap lembut pipi anakku yang masih belum lagi diletakkan nama. Tanpa aku
sedar, air mataku mengalir laju. Bukan sedih, jauh sekali aku berduka tapi aku
gembira. Gembira kerana aku telah berjaya melahirkan generasi kedua Haziq
Naufal si ‘Jejaka Psino’.
Jururawat wanita tadi berlalu keluar
sambil tersenyum-senyum setelah meletakkan katil anak kami di sebelah katilku.
Pipiku yang masih dibasahi dengan air
mata dikesat oleh Haziq. Dia tersenyum melihatku dan kembali melihat ke arah
anak kami yang mengerdipkan matanya. Silau dek cahaya lampu barangkali.
Perlahan Haziq mengangkat tubuh kecil
anak kami. Sempat dia menggomol pipi anak kami sebelum dibawa kepadaku. Aku
mengusap lembut dahi baby ‘psino’
sebelum menciumnya. Baby ‘psino’
diletakkan oleh papanya ke dalam pangkuanku.
“Arif Aryan.” Ucap Haziq tiba-tiba
seraya melihatku sambil tersenyum.
“Mulai sekarang, dia bukan lagi baby ‘psino’ tapi Arif Aryan, junior
‘psino’.” Sambung Haziq lagi.
Aku tersenyum seraya melihat ke arah baby ‘psino’ yang ralit minum susu
badanku. Lapar rupanya anak mama ni.
“Arif Aryan, sedap nama tu bang. Tapi,
junior ‘psino’ tu apa pula bezanya dengan baby
‘psino’?” Perlu ada beza ke? Rasanya sama sahaja, anak kami juga.
“Baby
tu hanya untuk sebelum dia keluar dari rahim ibu dia. Bila dah keluar kenalah
ubah. Hidup ni mesti ada perubahan, sayang. Tak syoklah kalau dok baby lagi sedangkan dah real nampak depan mata kita ni.” Jelas
Haziq panjang lebar.
Aku ketawa kecil mendengarnya. Malas nak
membalas, nanti berjela-jela jadinya. Tak tenang Arif Aryan nak minum susu. Dia
dahlah lapar.
Arif Aryan. Sedap juga nama tu. Arif
Aryan, Arif Aryan... Waaaa... Pandainya my
‘Tak Jejaka psino’ ni pilih nama. Nak aje aku gomol kuat-kuat pipi kedua-dua
hero aku ni.
Mama
and papa love you, Arif Aryan...
~*~*~*~*~
Empat tahun kemudian...
Perlahan-lahan aku menuruni tangga untuk
mencari hero-hero kesayanganku yang entah ke mana perginya. Sesekali kepalaku
yang berdenyut dipicit dengan jemariku. Aduh, bilalah sakit kepala ni nak blah! Tapi, sakit itukan indah, setiap
dosa kecil pasti akan terhapus apabila kita sakit. Wallahualam.
“Abang! Arif! Hish, mana pulalah dua
beranak ni pergi! Abang!” Jeritku di sekitar ruang tamu.
Aku melabuhkan punggung ke atas sofa.
Malaslah nak cari dua beranak tu. Cari ke tak cari ke sama aje, tetap juga
macam tu. Nampak tak nampak aje mama ‘psino’ yang comel ni. Maklumlah, bila
dua-dua dah hero, jadi genglah mereka.
Punat alat kawalan jauh televisyen ku
tekan. Tekan, tekan, tekan dan tekan lagi sampai rasa nak campak aje alat
kawalan jauh dekat dalam longkang depan rumah tu. Bosan aje cerita-ceritanya.
Yang Indonesia selagi tak tukar anak tak
sah, yang Melayu selagi tak ada sweet dengan
kahwin paksa memang tak sah. Yang mat salih pula dok tak habis-habis dengan
cerita imaginasi tahap tinggi. Bosanlah!
Aku menyandarkan badan pada sofa setelah
penat sesi tekan menekan. Sedang asyik melayan feel sakit kepala yang tak nak blah
ni, tiba-tiba aje bahu kananku dicuit. Aku berpusing ke arah kanan melihat
siapa yang mencuit tapi tiada sesiapa pun. Aku kembali menyandar pada sofa.
Tiba-tiba bahu kiriku pula dicuit. Aku
berpaling pula ke kiri tapi tiada sesiapapun. Bulu romaku tak meremang sebab
hati, limpa, peparu dan jantung aku dah dapat teka siapakah gerangan ‘hantu’
yang mengacau ketenteraman mama ‘psino’ ni.
Perlahan-lahan aku bangun dari sofa
supaya ‘hantu’ yang mencuit bahu aku tadi tak sedar yang aku ingin mengacau
mereka pula. Terjengket-jengket aku melangkah ke arah belakang sofa. Kelihatan
dua orang heroku sedang mengekek-ngekek ketawa. Aku mencekak pinggang sambil
melihat mereka yang masih tidak menyedari kehadiranku.
Haziq cuba untuk mencuit aku yang dia
fikir masih lagi berada di atas sofa. Arif pula sudah menyedari bahawa aku
berada di belakang papanya. Membulat mata junior ‘psino’ melihat aku.
Haziq berpaling ke belakang apabila dia
tidak dapat mencuit aku. Aku hanya tersenyum senget sambil berpeluk tubuh dan
melihat ke arahnya. Haziq tersengih sebelum bertindak mendukung Arif dan lari
keliling sofa. Aku apalagi, kejar!
“Nanti ya papa dengan junior ‘psino’ tu.
Kalau mama dapat, sorang-sorang nanti mama belasah. Ada hati ya kenakan mama.
Nanti!” Ujarku sambil mengejar mereka dua beranak yang mengekek ketawa sambil
terus berlari.
Lama jugalah kami si keluarga ‘psino’
berkejar-kejaran keliling ruang tamu sebelum masing-masing terlentang kepenatan
di atas permaidani. Arif merangkak ke arahku. Dia meniarap di atas perutku
sebelum meletakkan kepalanya di atas dadaku.
Aku mengusap lembut kepala anak
kesayanganku ini. Terasa damai hatiku setiap kali melihat dia bahagia di
hadapan mataku.
“Amboi, manjanya dia dengan mama dia! Ni
yang papa cemburu ni.” Ujar Haziq seraya menarik lembut hidung Arif yang masih
lagi meniarap di atas perutku.
Arif mencebik muka dan terus berpaling
ke arah yang bertentangan. Aku ketawa kecil melihat kedua-dua heroku ini. “Papa
cemburulah, sayang. Tak kisahlah siapa manja dengan siapa yang penting dua-dua
orang ni hero mama dunia akhirat.”
Haziq meletakkan kepalanya ke atas
tanganku. Aku mencium ubun-ubunnya dan Arif. Tak sanggup aku bayangkan
bagaimana jika suatu hari nanti aku kehilangan mereka.
“Mama ‘psino’ ni pun heroin kami juga. I can’t imagine if one day I’ll lost you. Arif
and I can die without you. You’re our
star, our shiny star in this world.” Ucap suamiku seraya mengucup lama
dahiku. Suasana pilu menguasai antara kami sekeluarga.
Arif memeluk aku erat seakan tidak mahu
melepaskanku. Aku turut memeluknya erat. Air mataku mengalir perlahan menyusuri
pipiku. Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku.
“Buat drama air mata pula kita
petang-petang macam ni. Dah. Arif, jom pergi jalan-jalan dekat taman nak? Biar
mama masak untuk kita minum petang.” Haziq mengajak Arif untuk berjalan sambil
mengelap air mata di pipiku.
Laju sahaja Arif mengangkat kepalanya
apabila mendengar papanya nak bawa dia pergi jalan-jalan. Arif mengangguk
sambil tersengih-sengih ke arah papa dan mama ‘psino’ dia ni.
Kami bangun dari terus terlentang di
atas permaidani.
“Hati-hati ya, bang. Jaga hero awak tu.
Jangan sampai awak ke mana, Arif ke mana pula.” Pesanku pada mereka dua beranak
‘psino’ yang sudah bersiap sedia untuk buat sesi lawatan ke taman.
“Baiklah duhai mama ‘psino’. Papa
menurut perintah.” Balas Haziq sambil menyarungkan kasut ke kaki Arif.
Aku hanya tersenyum mendengar jawapan
yang ‘nakal’ dari bibir Haziq. Sabar ajelah aku. Ikutkan hati dah lama aku cili
mulut dia tu.
“Ok, siap! Jom, Arif. Bye, mama...” Ucap Haziq dan terus
menarik tangan Arif sambil melambai ke arahku. Arif turut melambai ke arahku.
Aku membalas lambaian mereka. “Take care, hero-heroku.” Ucapku sambil
melambai lagi gaya macam jauh sangatlah taman yang mereka nak pergi tu padahal
selang dua lot aje dari rumah aku ni.
~*~*~*~
Di taman, Haziq memegang erat tangan anak terunanya
sambil perlahan-lahan mereka berjalan menyusuri taman. Ada yang berjoging, ada
yang turut membawa anak seperti dia. Orang tak ramai, mungkin kerana masih lagi
waktu bekerja.
“Arif, nak makan aiskrim tak?” Soal
Haziq sambil menunjukkan Arif ke arah penjual aiskrim.
“Nak. Papa belikan.” Jawab Arif sambil
tersengih. Ikut siapalah agaknya Arif ni, suka sangat tersengih.
Haziq membelikan anaknya sebatang
aiskrim coklat buat Arif dan kembali ke arah anaknya yang duduk di atas kerusi
yang agak jauh dari orang ramai. Tersengih-sengih Arif mengambil batang aiskrim
yang dihulur oleh ayahnya.
Haziq tersenyum seraya melabuhkan
punggung di atas kerusi di sebelah Arif. Kepala junior ‘psino’ diusap. Dia yang
ralit menikmati aiskrim kegemarannya tidak mempedulikan Haziq.
Tiba-tiba belakang Haziq ditepuk oleh
seseorang. Haziq tersentak seketika. Dia ingin melihat siapa yang menepuknya
tapi malangnya tak sempat lagi dia ingin berpaling, belakangnya pula dipukul
oleh seseorang. Sakitnya tak usah dikata tapi sempat jua dia memegang tangan
Arif.
Belum sempat Haziq ingin berpusing untuk
membalas perbuatan orang itu, belakangnya dipukul lagi sehingga dia terjatuh
menyembam ke atas tanah. Tangan Arif di dalam genggamannya terlepas.
“Papa...!!! Papa!” Jerit Arif sebelum
mulutnya ditekup oleh seseorang.
Haziq yang separuh sedar hanya mampu
melihat orang itu yang tidak jelas gerangannya membawa Arif pergi. Sebelum dia
pengsan, sempat jua dia melihat gerangan seorang wanita berdiri di
hadapannya sambil ketawa.
“Kau tunggu. Anak kau dalam genggaman
aku. Aku akan pastikan juga yang kau juga akan berada dalam genggaman aku,
Haziq.” Ujar wanita itu sebelum berlalu pergi meninggalkan Haziq terbaring
sendiri.
‘Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-Mu yang
berada dalam susah ini.’ Sempat jua Haziq berdoa pada Yang Maha Esa sebelum
kelopak matanya tertutup.
~*~*~*~
Terketar-ketar tanganku apabila diberitahu bahawa
Haziq dan Arif, kedua-dua hero aku itu ditimpa kecelakaan. Yang paling
membuatkan aku pitam ialah Arif telah diculik. Ya ALLAH, siapalah yang cemburu
dengan kebahagiaan keluarga ‘psino’ itu.
Aku menatap lama wajah suamiku yang
masih terlantar di atas katil hospital. Aku sudah hilang akal apabila kedua-dua
hero dunia akhiratku ditimpa kecelakaan. Ke mana perginya Arif? Bila Haziq nak
sedar? Ya ALLAH, KAU kuatkanlah hatiku.
Aku melihat Haziq mengerdipkan matanya
menandakan bahawa dia sudah sedar. Aku segera memanggil jururawat yang bertugas
dan memaklumkan bahawa suamiku sudah sedar. Jururawat yang bertugas segera
memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Haziq.
“Alhamdulillah, suami Puan semakin baik.
InsyaAllah esok pagi suami Puan boleh keluar. Saya harap Puan bersabar dengan
dugaan yang ALLAH berikan pada Puan. Saya tahu Puan seorang yang tabah. Jika
tidak, masakan ALLAH turunkan dugaan yang hebat pada Puan.” Panjang lebar
doktor yang merawat suamiku berkata padaku.
Aku hanya mampu tersenyum tawar. Tiada
kudrat untuk aku membalas kata-kata doktor itu. Hati ini tawar dan kosong. Arif
anak mama, where are you? I miss you, my son.
Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi
di sebelah katil suamiku. Tangan suamiku dicapai dan digenggam erat. Haziq
melihatku dengan pandangan yang berkaca.
“Abang minta maaf sayang. Abang tak
berjaya melindungi Arif seperti yang sayang minta. Abang cuai, abang tak pandai
jaga anak sendiri.” Ucap Haziq dengan air mata yang meleleh di pipinya.
Aku menggelengkan kepala berkali-kali
seraya mencium tangannya. “Tak... Tak, ini semua bukan salah abang tapi sudah
takdir. ALLAH nak menguji kita, bang. Ada hikmah untuk segala takdir-Nya,
bang.” Aku menenangkan ‘Tak Jejaka Psino’ ku ini.
“Tapi...” Belum sempat dia ingin
meneruskan ayatnya, aku sudah memotong.
“Tak ada tapinya. Nanti bila abang dah
sihat, kita sama-sama pergi cari junior ‘psino’ ya, bang. Kita sama-sama cari
anak kita.” Ujarku sambil cuba untuk memberikan senyuman yang paling manis
buatnya.
Haziq hanya mampu tersenyum kelat
sebelum dia kembali merebahkan diri ke atas katil dan kembali terlelap. Aku
membiarkan dia terlelap kerana tahu dia penat dan sakit.
~*~*~*~
Haziq sudah keluar dari hospital namun junior
‘psino’ masih lagi tiada lagi khabar beritanya. Pihak polis juga masih lagi
menyiasat gerangan penculik yang telah menculik anakku dan Haziq.
“Abang syak dia, sayang. Siapa lagi yang
nakkan abang selain perempuan tu! Abang yakin dia orangnya. Abang sendiri
nampak dengan mata kepala abang, ada perempuan bercakap dengan abang waktu
abang dah nak pengsan tu.” Haziq syakkan dia, dia yang masih lagi mengharapkan
suamiku.
“Abang, kita tak boleh tuduh macam tu
aje. Kita perlu ada bukti, bang.” Aku menenangkan dia. Aku memeluk bahunya erat
seraya menariknya agar duduk.
Haziq memicit kepalanya. Aku memeluknya.
Ya ALLAH, berat sungguh dugaan yang Engkau berikan buat keluargaku.
“Abang tak kira, abang syak perempuan tu
yang culik anak kita. Abang takkan lepaskan dia macam tu aje kalau abang jumpa
dia nanti.” Haziq masih lagi dengan syak wasangkanya yang menuduh perempuan itu.
Aku hanya mampu berdiam diri. Tidak
mampu untuk aku membalas kata-katanya. Tipulah andai kata tidak terlintas
langsung di benakku bahawa dia yang telah menculik Arif Aryan tapi aku tidak
mahu terus menuduh tanpa ada usul periksa.
“Assalamualaikum.” Sedang asyik kami
melayan perasaan sunyi kerana ketiadaan Arif, tiba-tiba ada suara yang memberi
salam.
Kami sama-sama menjawab salam. Aku ingin
pergi melihat tapi Haziq terlebih dahulu bangun dan membuka pintu. Terjengul
wajah seorang anggota polis dengan segarit senyuman di bibirnya di hadapan
pintu rumah kami.
Aku mempersilakan untuk beliau masuk ke
dalam rumah. Aku membiarkan anggota polis tersebut berbicara dengan Haziq
manakala aku membancuh air di dapur. Sesekali telingaku menangkap butir bicara
antara Haziq dan anggota polis tersebut.
“Encik Haziq, setakat ini tiada apa-apa
berita yang kami dapat tapi kami telah bertemu dengan seorang saksi yang telah
memberitahu kami bahawa dia telah melihat kejadian yang berlaku. Dia juga telah
memberi gambaran suspek yang telah menculik anak Encik.” Terang anggota polis
itu kepada suamiku.
Anggota polis itu mengeluarkan sesuatu
dari dalam fail yang dibawa bersama dengannya. Sekeping kertas diambil dari
dalam fail tersebut dan diberi kepada Haziq. Aku melabuhkan punggung di sebelah
Haziq untuk melihat kertas tersebut setelah meletakkan dulang air di atas meja.
Terpampang gambar seorang perempuan yang
dilukis dengan menggunakan pensel. Aku kenal. Ya, aku kenal perempuan di dalam
gambar itu walaupun bukan dalam realiti. Aku saling berpandangan dengan Haziq.
Haziq kelihatan agak terkejut.
“Abang dah agak, sayang. Ini semua
memang kerja Aniz. Kerja perempuan gila tu!” Haziq tidak dapat menahan
perasaannya.
Aku mengusap belakang Haziq. “Sabar
abang, sabar. InsyaAllah, ALLAH akan memberikan petunjuk kepada kita soal di
mana anak kita berada.” Aku cuba untuk menenangkannya.
Kringgg... Kringgg...
Tiba-tiba telefon bimbit Haziq berbunyi.
Haziq mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas almari di sebelah
televisyen. Aku melihat setiap gerak gerinya.
~*~*~*~
Wajah anak kecil yang berusia empat tahun di
hadapannya diusap lembut sebelum dicengkam kuat. Anak kecil itu meronta dengan
suara yang tersepit gara-gara pipinya dicengkam. Aniz ketawa terbahak-bahak
apabila melihat anak kecik itu meronta-ronta.
“Papa... Uhuk uhuk... Papa... Mama...
Arif nak papa ngan mama...” Air mata
Arif bercucuran sambil menatap wajah Aniz yang seolah bersimpati padanya.
“Papa... Mama... Arif nak papa mama.
Alooo... Ciannya dia. Oi, kau fikir
aku senang lenang aje ke aku nak lepaskan kau pergi dekat papa mama kau tu!
Hey, budak! Kau nak tahu sesuatu tak?” Ujar Aniz seraya mendekatkan wajahnya
dengan wajah Arif yang lencun dek air mata.
“Papa kau tu patutnya jadi suami aku
tapi mama kau rampas dia dari aku! Tak apa, aku akan telefon papa kesayangan
kau tu. Aku akan minta dia kahwin dengan aku. Haha!” Sambungnya.
Telefon bimbit di dalam telefon
bimbitnya diambil dan nombor ditekan di papan kekunci telefonnya sebelum
meletakkan telefon bimbitnya di tepi telinga. Setelah agak lama dia menunggu,
orang yang dia nanti akhirnya mengangkat telefon.
“Hai, Haziq. Dah lama I tak berbual
dengan you. You dengan isteri you sihat?” Ujar Aniz sebaik saja Haziq
mengangkat telefon.
“Hey, kau siapa? Tiba-tiba aje tanya
khabar aku dengan isteri aku kenapa?” Jawab Haziq dengan suara yang agak
tinggi.
Aniz ketawa mengilai. “You tak kenal I?
Agak-agak you kenal tak suara ni?” Balas Aniz seraya menarik rambut Arif
sekuatnya.
Arif apalagi, laju air matanya
bercucuran serentak dengan suaranya yang bergema di seluruh tempat di diikat.
Tersedu-sedu Arif menangis sambil menggeleng-gelengkan kepalanya agar Aniz
melepaskan rambutnya.
“Oi, perempuan! Apa yang kau buat dekat
anak aku, orang gila? Kau ni memang gila! Lepaskan anak aku. Aku sanggup bayar
berapa pun dengan syarat kau lepaskan anak aku.” Ujar Haziq separuh marah dan
memujuk. Hatinya tidak tenang mendengar suara jeritan Arif.
“Haha! Yes, I’m crazy. Crazy of you. I tak nak duit, I nak you. You yang I
cinta dari dulu.” Aniz kian menggila. Pipi Arif ditampar-tampar sehingga anak
kecil itu sudah tidak sedarkan diri.
“Ok, aku akan serahkan diri pada kau
tapi... Kau kena serahkan anak aku.” Haziq rela berkorban demi keselamatan
anaknya yang tercinta.
“Are
you sure with your decision? I harap you takkan menyesal suatu hari nanti.”
Sempat jua Aniz memberikan kesempatan
Haziq untuk berfikir. Kononnya!
Aniz mendengar Haziq berbicara dengan
Annur.
‘Abang... Demi anak abang, Annur
relakan.’ Aniz tersenyum sendiri mendengar bicara Annur kepada Haziq.
“Dekat mana aku nak jumpa kau?” Soal
Haziq setelah agak lama mereka mendiamkan diri.
“Di sebuah rumah kosong di hujung Taman
Merkuri. Tapi... I ada satu syarat untuk you. Kalau you nak anak you ok, nak
anak you selamat sampai di tangan you, I nak you datang sorang-sorang. Without anybody neither your wife or police.
If you come with them. Your son will... Crack... Bye-bye papa. Haha!” Ujar
Aniz dengan bahasanya yang sudah tunggang langgang sebelum memutuskan talian.
Aniz memandang sinis ke arah Arif yang
sudah tertunduk lemah. Dia mengusap rambut Arif sebelum menariknya lagi.
“Kau akan mampus dengan mama kau kalau
papa kau tak ikut syarat aku. Papa kau? Aku nak bunuh? No, no, no... I love your handsome dad. Selamat tidur dulu ya,
sayang. Kita sama-sama tunggu kehadiran papa kau. Aku nak bentangkan karpet
merah untuk papa kau. Haha!” Ujarnya sebelum berlalu meninggalkan Arif.
Aniz melintasi seorang lelaki yang ralit
menghisap rokok. Berkepul-kepul asap sengaja dihembuskan ke muka Aniz. Aniz
tersenyum lebar seraya meletakkan dagunya ke atas bahu lelaki itu.
“Kau masih nak dengan Haziq sedangkan
aku dah ada depan mata kau? Aku bukan patung, Aniz.” Ujar lelaki itu dan membiarkan
Aniz meletakkan dagu ke atas bahunya.
“Oh, Zack! You merajuk dengan I ke? Oh,
Zack! He just my fish. And you’re my
diamond. Zack, you tak ‘lapar’ ke?” Soal Aniz dengan liuk lentoknya untuk
menggoda Zack.
“Aku dah hilang selera dengan kau. Blah la, aku rasa bukan Haziq ‘fish’ kau tapi aku. Aku memang jahat
Aniz, tapi sejahat aku pun, aku masih tahu beza mana orang gila macam kau.”
Ujar lelaki itu seraya menepis dagu Aniz di bahunya.
Aniz terlopong. Dia menggosok dagunya
yang terasa pedih.
“Hey, Zack! Kau tu yang gila! Dah
buat aku jadi hilang dara sekarang ni kau nak kutuk aku pula!” Bidas Aniz
seraya menghentakkan kakinya tanda tidak puas hati.
“Haha! Aku yang buat kau hilang dara?
Haha!” Ujarnya seraya menghalakan jari telunjuknya ke arah mukanya.
Tanpa diduga Zack menarik bahu Aniz.
Kuat sehingga Aniz terdorong ke tepi.
“Kau yang datang dekat aku lepas tu kau
jual maruah kau sendiri pada aku lepas tu kau cakap aku punca kau hilang dara.
Woaaa... Permainan Angry Bird lebih berharga daripada permainan kau. Dasar
perempuan gila!” Zack melepaskan genggamannya dan terus berlalu keluar
meninggalkan Aniz sendiri.
Aniz terkedu dan tidak keruan. Dia
memandang ke segenap arah. Rambutnya ditarik sehingga menjadi kusut. Dia
terduduk dengan air mata yang mengalir di pipinya.
~*~*~*~
Haziq melihat ke arahku dengan pandangan yang
bersalah. Aku mampu mendengar setiap butir bicara Aniz kerana Haziq memasang loud speaker sebaik sahaja dia tahu
bahawa Aniz yang menelefonnya. “Sayang dah fikir masak-masak ke dengan
keputusan sayang tu?” Soal Haziq padaku.
Aku menghela nafas sebelum mendongak
memandangnya. Tanganku digenggamnya.
“Demi anak kita, bang. Sayang sanggup.”
Balasku lemah. Sanggup? Hanya bibir yang berani berbicara begitu sedangkan
hatiku jauh dari kenyataan di bibir. Aku tidak mahu hilang kedua-dua heroku.
Aku nak Arif pulang ke pangkuanku namun aku jua ingin Haziq kekal di sisiku.
“Maaf Encik Haziq dan Puan Annur jika
saya menyampuk. Pihak saya boleh menolong Encik Haziq. Tiada penjahat yang
bijak dan sempurna. Selicik manapun mereka, ALLAH tak pernah sekalipun
dahulukan mereka. Pihak polis akan membantu Encik. Abaikan syarat seorang
penculik. Mereka bukan sesiapa untuk kita dengar setiap arahannya.” Anggota
polis itu menyampuk.
Aku saling berpandangan dengan Haziq.
Kami sama-sama melihat ke arah anggota polis tersebut yang tersenyum ke arah kami.
Kami mengangguk tanda bersetuju untuk bertindak dengan bantuan pihak polis.
“Kami akan lakukan dengan bantuan pihak
Tuan Inspektor Nadhim. Saya tak mampu untuk hadapi seorang wanita yang gila
dengan kudrat saya sendiri.” Ujar Haziq seraya memeluk erat bahuku.
“Saya nak ikut. Saya nak ikut suami
saya.” Aku merayu kepada Inspektor Nadhim.
“Sayang, bahaya tu. Duduk aje dekat
rumah, biar abang dengan pihak polis yang pergi selamatkan Arif. Abang janji
akan bawa balik Arif.” Haziq menenangkanku dengan mengeratkan lagi pelukannya
di bahuku. Inspektor Nadhim yang melihat kami tidak aku peduli.
“Ehem... Puan boleh ikut tapi untuk
keselamatan, Puan perlu menunggu jauh dari tempat kejadian. Kami takut sesuatu
akan berlaku. Jadi Encik Haziq, bila kita boleh bertindak?” Kata-kata Inspektor
Nadhim itu menenangkan jiwaku yang sesak.
“Sekarang!”
~*~*~*~
Dengan berat hatinya aku melihat suamiku berlalu
bersama-sama anggota polis untuk menyelamatkan Arif Aryan. Ya ALLAH, KAU
lindungilah suami dan anakku. Aku hanya mampu menunggu bersama-sama dua orang
anggota polis lelaki dan seorang anggota polis wanita di dalam kereta rasmi
polis kira-kita 150 meter jaraknya dari rumah kosong yang menempatkan anakku.
Arif Aryan.... Be strong my dear. Your dad will come to save you. I know that my
son is a strong boy. Arif...
~*~*~*~
Perlahan-lahan Haziq menolak pintu rumah kosong
tersebut. Anggota-anggota polis yang mengikutnya bersembunyi di sebalik semak
dan akan keluar membantunya jika perlu.
“Aniz, kau dekat mana Aniz? Aniz! Arif!
Aniz, mana kau sorok anak aku?!” Haziq menjerit menyeru Aniz agar keluar.
“Sayang... Awalnya you datang. I tak prepare apa-apa pun lagi untuk you.
Hmm... Baju nikah, wedding planner
dengan katering. Waa... Banyak nak kena sediakan tu. You dah ready untuk kahwin dengan I? Dan... Kau
dah sedia nak lepaskan anak bini you?” Ujar Aniz yang tiba-tiba sahaja muncul
dari arah belakang Haziq.
Haziq terkejut dan berpaling ke belakang
dan terlihat wajah Aniz yang tersenyum lebar melihat Haziq. Haziq memandang
tajam ke arah Aniz. Ikutkan hatinya, sudah lama muka Aniz pecah kena
tumbukannya.
“Anak aku mana?! Aku tak teringin pun
nak kahwin dengan kau! Tolong, jangan perasan sendiri. Aku nak tahu, mana anak
aku?” Haziq tidak mahu berdolak-dalih.
“Hey, aku takkan bagi anak kau selagi
kau tak cakap yang kau nak kahwin dengan aku!” Aniz mula naik minyak.
Haziq mula terketar. Dia tidak takut
dengan Aniz tapi dia risau, risau jikalau tiba-tiba Aniz menggila di sini. Dia
takut jika Arif diapa-apakan. Dia perlu menggunakan pendekatan cara lain. Dia
tidak boleh marah. Api lawannya air.
“Aniz... Aku cintakan kau dulu. Aku akan
cintakan kau sekarang jika kau beritahu aku di mana anak aku.” Ujar Haziq.
Aniz tertunduk menekur ke lantai. Air
matanya gugur dari tubir matanya. Haziq mulai tidak keruan. Ikutkan hatinya
sudah lama dia berlalu pergi tapi dia perlu selamatkan anaknya dahulu. Dia
perlu pastikan bahawa anaknya selamat dahulu.
“Arrgghhh....” Aniz menjerit tiba-tiba
membuatkan Haziq tersentak. Aniz yang merenungnya tajam membuatkan jantungnya
berdebar hebat.
“Kau penipu! You’re liar! Kau janji macam mana pun, tengoklah. Akhirnya kau
pilih Annur juga untuk jadi bini kau. Aku, kau ketepikan macam tu aje.” Aniz
sudah menggila.
Haziq sudah tidak mempedulikan Aniz. Dia
perlu mencari Arif dengan segera. Haziq berlari dari sebuah ruang ke ruang yang
lain untuk mencari Arif. Jeritan Aniz yang memanggilnya tidak dia peduli.
Tiba di satu ruang, dia melihat seorang
anak kecil diikat di atas kerusi dalam keadaan lemah. Bagai lipas kudung Haziq segera
berlari ke arah anak kecil itu dan membuka ikatannya. Sempat jua dahi Arif
dicium.
“Aku tak jadi nak bunuh anak kau.
Tiba-tiba aku rasa nak bunuh kau! Kau patut mampus aje, Haziq!” Ujar Aniz di
muka pintu ruang tersebut. Haziq berpaling ke belakang.
Membulat matanya apabila melihat Aniz
berdiri tegak ke arahnya dengan memegang sepucuk pistol yang dihalakan ke
arahnya. Dia kembali berpaling ke arah Arif. Tubuh anak kecil itu dipeluk erat.
Tiba-tiba..
Bang!
Haziq memejamkan matanya. Dia redha
walau apa pun yang akan terjadi. Dia redha...
~*~*~*~
Aku berlari keluar dari kereta rasmi polis apabila
terdengar bunyi dentuman yang datang dari arah rumah kosong tempat Aniz menyorokkan
anakku. Aku meronta apabila tanganku digenggam oleh pihak polis yang
menghalangku dari turun dari kereta. Mereka melepaskanku apabila melihat aku
sudah lemah.
Aku berlari mendapatkan anak dan suamiku
di dalam rumah kosong tersebut. Aku merempuh sahaja anggota polis yang
menghalang laluanku. Aku faham mereka ingin melindungiku tapi aku perlu tahu
keadaan suami dan anakku.
Tiba di satu ruang, aku terus masuk
apabila melihat ramai anggota polis yang berkumpul di situ. Aku melihat seorang
wanita terlentang dengan darah yang membasahi bajunya. Aniz! Sudah mati
barangkali. Ahh, itu tidak penting! Aku terus berlalu ke arah Haziq dan Arif
yang saling berpelukan.
“Abang, Arif!” Aku menjerit memanggil
mereka.
Mereka mendongak melihatku. Aku terus
melutut dan memeluk mereka. Air mata yang kian lebat di pipiku tidakku
hiraukan. Keadaan mereka lebih penting buatku.
Tiba-tiba kepalaku terasa pening. Perutku
terasa mual. Aku melihat Haziq dan Arif dalam keadaan samar-samar sebelum aku
terjatuh ke atas riba Haziq.
“Sayang!”
“Mama!”
Jeritan mereka dua beranak berpadu di
telingaku sebelum kelopak mataku tertutup rapat.
~*~*~*~
Setahun kemudian...
“Abang, mana hero abang ni? Dari tadi
sayang cari tapi tak jumpa-jumpa pun. Takkan pergi taman kut?” Aku membebel
sambil bercekak pinggang. Geram betul dengan hero kesayangan aku tu. Pantang mama
dengan papa dia leka sekejap tengok dia dah hilang.
“Adalah tu dekat mana-mana. Cuba sayang
cari dengan mata. Ini dari dok pot pet pot pet, mana hero awak tu nak balik?”
Ujar Haziq sambil memberi susu buat Nayra Fira, anak keduaku.
Dari mana datangnya Nayra? Ok, meh sini
Annur Fitri nak bercerita. Sewaktu kejadian penculikan hero ‘psino’, aku
pengsan sewaktu gembira memeluk Haziq dan Arif. Rupa-rupanya aku pengsan kerana
ada ‘isi’ dalam rahimku ini. Dan ‘isi’ itu ialah Nayra Fira, heroin ‘psino’
iaitu adik kepada hero ‘psino’.
Alhamdulillah, rezeki ALLAH nak bagi.
Aniz, si gilakan suamiku aku itu pula mati ditembak kekasih sendiri. Padanlah muka,
dah ada kekasih tapi ada hati nakkan suami orang. Marahlah kekasih dia. Tak
salah aku nama kekasih Aniz tu, Jack, eh bukan, Pack, eh bukan, Zack kut. Ahh,
apa-apa ajelah.
“Mama! Cari Arif ke?” Aku terkejut
apabila tiba-tiba sahaja kakiku dipeluk oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan
hero ‘psino’ yang nakal.
“Arif, where are you going? Mama risau tau cari Arif.” Ujarku pada heroku
itu sambil melutut untuk memeluknya.
Arif cuma tersengih apabila aku
memeluknya. Sempat juga dia menjelir lidah ke arah papanya yang mendukung
Nayra. Haziq hanya menjeling sambil terus menepuk Nayra yang masih lagi minum
susu.
“Tak cemburu pun. Papa dah ada Nayra. Kan, Nayra, kan. Aloo... Buchuk-buchuk papa.” Ujarnya seraya mencubit pipi Nayra.
Nayra menggeliat kecil. Aku melihat Arif
memuncungkan bibirnya. Cemburu tapi tak mengaku. Alahai, anak terunaku.
“We’re
one family. Tak ada apa dapat pisahkan kita kecuali kematian dan paling
penting, papa sayangkan Arif, mama sayangkan Arif dan Nayra pun sayangkan abang
dia.” Ucapku seraya mencuit hidungku Arif.
Arif tersengih dan memberiku sebuah
kucupan di pipi. Dia melepaskan pelukanku dan berlari pula ke arah Haziq. Pipi Haziq
dan Nayra pula dicium. Dia melabuhkan punggung di sebelah papanya. Sesekali tangannya
mencuit lembut pipi Nayra yang masih lagi menyusu.
Aku bangun dan melangkah ke arah mereka.
Aku mengangkat Arif dan duduk di tempatnya tadi. Arif diletakkan di atas
ribaku.
“We’re
one family, nothing can separate us until we die.” Bisik Haziq di telinga
kami.
Arif mengangguk mengiakan kata-kata
papanya. Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat hero kecilku ini. Kami mengusik
pipi Nayra yang tembam. Sesekali Nayra menggeliat. Rimas barangkali apabila
keluarga ‘psino’ menyerangnya.
Alhamdulillah, terima kasih ALLAH atas
rahmat yang Engkau turunkan buat keluargaku.
Tidak semua yang duka itu DERITA, tidak
semua yang kecewa itu SENGSARA. Sesungguhnya, di sebalik duka dan kecewa itu
ada BAHAGIA kurniaan Yang Maha Esa.
Bahagia bukan bererti memiliki semua yang
kita cintai. Bahagia itu mencintai semua yang kita miliki.
* First time buat watak lelaki merokok. Bukan
heronya. Heee... Benci perkataan RoKoK *
~Tandakan pendapat anda ya. Terima kasih~ ^_^ ~
~Tandakan pendapat anda ya. Terima kasih~ ^_^ ~
best2♥
ReplyDeleteterima kasih :)
DeleteHai...silalah melawat blog saya..komen cerpen saya..saya baru first time cube menulis btw cerita yang best..sambil menyelam minum air uhhhuhhh
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi menjenguk 'rumah' kecil saya... insya-Allah, saya akan singgah blog awak nanti... ^_^
Delete"telepon bimbit dalam telepon bimbit "
ReplyDeletebaiki tulisan jangan sampai salah baca dlw sblm publish
thanks sudi tegur kesalahan saya... ^_^
DeleteInsyaAllah saya akan pastikan kesalahan tidak berulang lagi...
anyway, thanks juga sudi singgah. =)