Wednesday 14 August 2013

Cintaku Jauh Di Awan Biru 46

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan hai semua...

Hari ni tangan letih nak membebel lebih2, so, ambil ajelah entry entah apa-apa khas dari Fitri ni. Fitri bagi satu bab aje sebab bab ni serius lebar selebar highway. =P  ^_^


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Bab 46


Dua bulan kemudian...
Baju kurung berwarna putih salju menjadi pilihan Meah untuk menyaksikan penyatuan dua hati yang sudah lama saling merindui dan saling mencintai. Wajahnya yang telah disolek oleh mak andam Wani yang merangkap kawan baiknya itu ditelek lagi di hadapan cermin solek.
Baju kurung yang sudi ditaja oleh Puan Meisha itu dibetulkan kedudukan di tubuhnya agar ia kemas dan tampak molek di tubuhnya. Kenapalah Puan Meisha nak sponsor baju nikah aje. Kenapa tak sponsor sekali baju waktu bersanding nanti.
Hish... Tak bersyukur betul! Oklah tu dah sudi nak belanja baju nikah. Buatnya ibu suruh pakai aje baju waktu kak Mirza nikah dulu kan lagi aniayai!
Dia tersenyum sendiri apabila mengenangkan dia hanya mampu untuk meluangkan masa sebagai seorang yang memegang title single selama sejam setengah sahaja lagi. Setelah itu, dia akan selamat menjadi hak milik Tengku Izham Faiz. Ibu dan nenek perlu diletakkan di tempat yang kedua selepas itu kerana dia perlu utamakan Izham yang menjadi suaminya.
Dan pada hari ini merangkap hari sejarahnya untuk bersatu dengan Izham juga telah menjadi sejarah dalam hidup kak Mirza dan abang Man apabila kak Mirza dan kak Shita selamat melahirkan bayi masing-masing. Bergema di dalam wad bersalin di Hospital Raja Permaisuri Bainun dengan tangisan tiga orang hero pada waktu subuh tadi. Dua orang hero ialah milik kak Mirza manakala seorang lagi ialah anak kak Shita dan abang Man. Gembira sungguh dua orang ayah merangkap abangnya apabila menatap wajah anak mereka.
Bertambah gembira lagi sudah pastilah abang Rifki sebab ini anak first yang sudah menjadi anak second sebab dua orang sekali. Abang Man pun tidak kurang gembira apabila buat pertama kalinya dia menimang anak lelaki selepas dua orang puteri.
Dan satu lagi sejarah yang dirasanya tidak akan dilupakan sampai bila-bila apabila kak Mirza sudah mampu untuk menerima Firda. Sujud syukur si ibu apabila melihat anaknya mula berbaik walaupun mengambil masa sehingga hampir 17 tahun. Dengan bantuan Firda la kak Mirza dengan selamatnya berjalan ke arah kereta untuk pergi ke hospital pagi tadi. Nak tunggu abang Rifki? Hmm...
Punyalah takut dan risau apabila melihat isteri yang kesakitan nak bersalin sampai dia orang yang pertama masuk ke dalam kereta. Apa yang terjadi dekat luar, dekat mana isteri dia pun dia dah tak nampak. Macamlah dia yang nak bersalin! Bila kak Mirza dah berdiri betul-betul dekat tepi pintu kereta barulah dia sedar sebenarnya isteri dia yang perlu dipimpin masuk ke dalam kereta dahulu.
Ahh, itu kes pagi tadi, sekarang dah petang. Tiga hero tu pun dah selamat melihat dunia selepas puas ‘berenang’ di alam rahim ibu.
“Sudah-sudahlah menghadap cermin tu. Duduk dulu. Lambat lagi nak nikahnya, pukul 5.00 petang baru nak nikah, bukannya pukul 3.45 petang. Aku tahulah kau dah excited sangat nak jadi hak milik abang Iz. Tapi, bawalah bertendang.. oppss.. bukan bertendang, bertenang dulu. Tak lari punya bakal suami kau tu.” Wani sengaja ingin mengusik kawan baiknya itu selagi masih boleh. Lepas ni biarlah suami dia pula yang usik dia.
Meah menjeling tajam ke arah Wani di muka pintu. Dia menarik Wani untuk masuk ke dalam bilik.
Lama dia melihat ke arah Wani yang anggun dengan busana kurung moden berwarna peach, sedondon dengan Firda dan keluarga sebelah Meah.
“Aku sayang kau. Aku harap hubungan kita tidak akan terputus apabila aku dah kahwin nanti. Aku nak kita tetap menjadi seorang kawan macam sekarang ni.” Meah sebak kerana takut dia dan Wani akan terputus hubungan seorang sahabat.
“InsyaAllah selamanya kita akan tetap berkawan seperti sekarang. Dahlah, janganlah nangis macam ni. Nanti hilang pula seri depan abang Iz.” Wani mengesat lembut air mata yang perlahan menuruni dan membasahi pipi Meah.
Meah memegang lembut tangan Wani dan menghalang Wani dari terus mengesat air matanya. Dia cuba untuk tersenyum kepada Wani walaupun dia tiada mood untuk tersenyum.
Biar sekarang tak ada mood, jangan nanti waktu Izham tengah salam tangan tok kadi pun tak mood sudahlah. Buat malu aje, orang lain kahwin muka happy, yang dia pula kahwin muka masam macam mempelam muda.
Mereka berbual pelbagai cerita daripada kisah Anis, bakal adik ipar Meah sampailah ke kisah lelaki idaman Wani. Katanya dia ingin cari seseorang yang seperti Izham dan Daniel Saufi yang setia dalam percintaan. Tapi, dia risau jikalau suatu hari nanti dia pula yang mengecewakan lelaki itu seperti kak Sofea Atirah, bekas kekasih hati Daniel.
Bercerita kisah Daniel, katanya dia akan menamatkan zaman bujangnya bersama Cikgu Najihah serentak dengan Izham. Tapi, Izham yang lebih cekap bertindak membuatkan dia terpaksa melupakan hasrat untuk berkahwin serentak bersama Izham. Lagipun, banyak urusan yang perlu dia lakukan.
“Meah, kau nak tahu tak? Semalam, waktu aku pergi Ipoh Parade dengan Firda nak beli barang, aku ada ternampak seorang ‘mamat’ ni. Hensem gilerlah! Lepas tu waktu aku ralit sangat tengok dia, tak sedar dia dah ada depan aku. Tak sedar punya pasal jugalah aku terlanggar dia. Nasib baiklah dia tak marah. Cuma dia ada cakap ‘saya tahulah saya ni hensem, tapi tak perlulah tengok saya macam tu. Saya pun tahu apa itu segan.’ Fuhh.. Perasan nak mampus kau tau! Tapi betullah apa yang dia cakap tu. Dia hensem!” Perangi gedik Wani sudah keluar.
Meah hanya menggeleng melihat Wani yang excited bercerita kisah lelaki yang dia jumpa di pusat beli-belah semalam.
“Aku harap dia datanglah majlis perkahwinan kau nanti. Hehehe...” Amboi...!!!
“Amboi, asal yang hensem aje harap datang majlis aku. Yang tak hensem tu tak nak pula.” Meah mencari lengan Wani sebagai sasaran kepit ketamnya.
Wani hanya tersengih sambil menggosok lengannya yang pedih kerana dicubit Meah.
“Kak Meah, your hubby to be dah sampai. Hensem betul bakal abang ipar Firda tu.”  Firda menyampaikan pesanan yang disuruh oleh ibunya.
Meah memandang pelik ke arah Firda. Dalam pada masa yang sama, dia turut cuak dan berdebar. “Habis tu, apa yang akak nak buat?” Soal Meah bak orang bengong yang tidak tahu nak buat apa.
“Nak buat apa lagi, keluarlah. Takkan Izham tu nak kahwin dengan adik kamu ni kut.” Ujar mak cik saudara Meah sambil menarik tangan Meah untuk menurutinya turun ke bawah.
“Kejap, kejap. Meah nak tengok muka Meah jap. Kut-kut ada yang tak kena ke.” Meah cuba untuk menarik tangannya.
“Dah elok dah tu. Jom cepat.” Tangan Meah masih ditarik sehingga Meah melangkah keluar dari bilik beradunya.
Tangannya yang sejuk seperti ais menggengam tangan Wani yang masih setia di sisinya. Meah membisikkan kata-kata semangat pada Meah agar Meah tidak berasa cuak dan membuat sesuatu yang memalukan dirinya sendiri. Meah tu bukan kira, kalau dah cuak sangat, macam-macam ayat boleh keluar dari mulut dia. Mengalahkan orang melatah.
Kelihatan Izham yang cool duduk di atas tilam yang disedia khas untuk pengantin ketika diijab kabul. Dia yang segak mengenakan baju Melayu bercekak musang berwarna putih salju seperti Meah hanya memandang ke arah tok kadi di hadapannya. Entah surat dan kertas apa yang tok kadi sedang selak pun tidaklah dia tahu. Yang dia tahu dia ingin cepat-cepat bersalam dengan tangan tok kadi dan melafazkan satu lafaz tiga kata untuk menjadi milik Meah selamanya. Uiisshh... Kabut!
Tok kadi memandang ke arah Izham dan bertanya. “Dah bersedia?” Wajah serius tok kadi di hadapannya mula mengundang rasa debar yang tiba-tiba menyusup masuk tanpa bagi salam dan tanpa kebenaran.
Izham hanya mengangguk. Dia berdehem beberapa kali untuk menghilang resah. Tengku Ariffin mencuit tangan Izham dan menyuruh dia berhenti berdehem. Kut ya pun berdebar cover la sikit!
Tok kadi mula menggenggam tangan Izham. Bertambah pula debar di hatinya. Ish, memandai aje debar ni panggil ‘kawan-kawan’ untuk masuk ke hatinya lagi.
Tok kadi membaca lafaz basmallah dan merenung Izham di hadapannya. “Aku nikahkah dikau dengan Ermirda Amirah binti Muhammad Saif dengan mas kahwinnya RM500 tunai.”
Giliran Izham pula untuk melafazkan satu lafaz tiga kata. Dengan lafaz basmallah di dalam hati dia melafazkan... “Aku terima nikahnya Ermirda Amirah binti Muhammad Saif dengan mas kahwinnya RM500 tunai.”
Tok kadi bertanyakan kepada saksi dan wali di sisinya. Dan sah ialah jawapannya. Perlahan debaran di hati Izham menghilang digantikan dengan rama-rama  berterbangan. Dia dah selamat memiliki Ermirda Amirah! Yeaayy....
Setelah mengaminkan doa, perlahan Izham bangun untuk mencari Meah yang kini sudah pun bergelar isterinya. Dia terpegun seketika apabila melihat Meah yang dirasakan terlampau cantik pada hari ini. Lebih cantik daripada sebelum ini.
Meah tertunduk, dia segan untuk memandang wajah suaminya yang sudah pun duduk di hadapannya untuk menyarung cincin ke jarinya. Dia menghulur jarinya apabila ditegur oleh mak ciknya yang geram melihat Meah yang masih lagi kaku dan tidak memberi sebarang reaksi dengan kehadiran Izham di hadapannya.
Izham tersenyum menyambut huluran tangan Meah. Terasa sejuk jari jemari isterinya ketika itu. Cincin emas putih dengan sebutir permata berbentuk hati di atasnya diambil dari bekas yang dihulur oleh Tengku Nazimah.
Dengan saksi kamera yang setia berkelap kelip dari tadi, Izham menyarungkan cincin ke jari Meah dengan lafaz basmallah. Meah juga turut menyarung cincin ke jari Izham.
Meah mencapai tangan Izham lalu diciumnya. Hati tak payah nak katalah, berdebar bagai nak rak. Rak pun runtuh rasanya.
“Uiitt... Malam nanti sambunglah cium tangan suami tu. Bagilah chance dia nak cium dahi Meah pula.” Ish, mak cik ni. Baru nak ambil feel lebih sikit. Kacau line betullah!
Dengan muka yang mula hangat, Meah mengangkat wajahnya dan membenarkan untuk Izham mencium dahinya pula. Dia tersenyum apabila Izham memegang dagunya dan mencium dahinya penuh syahdu.
Izham berasa amat gembira sehingga rasanya tiada apa yang dapat digunakan sebagai untuk menggambarkan perasaannya kini.
Setelah selesai majlis membatalkan air sembahyang, Izham memimpin tangan isterinya untuk naik ke atas.
“Ehem.. Tak sabar nampak!” Tengku Anis mengusik Izham yang memimpin tangan Meah.
Daniel, Afiq, dan semua yang berada di situ hanya tersenyum. Cuma tok kadi aje yang tak ada. Ramai lagi yang nak nikah, terpaksalah dia balik awal.
Izham hanya tersenyum dan berlagak tenang. “Tak sabar untuk menunaikan perintah ALLAH bersama dengan isteri tercinta.” Izham melihat ke arah Meah yang kebetulan juga sedang melihat ke arahnya.
Tengku Anis hanya tersenyum malu. Mereka semua yang berada di situ juga menjadi segan serta merta apabila lain yang difikir, lain pula yang sebenarnya.
“Bang ngah tak solat Asar lagi. Tulah, tadi tak menyempat sangat nak genggam tangan tok kadi. Nasib baik bila tengok muka isteri abang ni, baru abang ingat yang abang belum solat. Bang ngah tahu, kak cik pun belum solat, kan? Cepat pergi solat sebelum waktu habis!” Kejap abang, kejap lagi bang ngah. Ke dia bahasakan diri sebagai abang tu untuk Meah? Hmm...
Kak cik tersengih sambil terus menarik tangan Firda dan Wani untuk mengikutnya ambil wuduk.
Mereka yang lain juga turut bergerak meninggalkan ruang tamu untuk bersolat Asar.

*****

Dengan berimamkan Izham sebagai suaminya, Meah menunaikan solat Asar bersama dengan Izham di dalam biliknya yang cantik berhias dengan tema warna ungu lembut. Tangan Izham yang dihulur, disambut dan dicium lembut. Izham pula mencium dahinya seperti yang baru dilakukan ketika mereka akad nikah tadi.
Lama Izham memandang ke arah Meah yang kelihatan masih malu untuk bertentang mata dengannya. Lain benar perangai isterinya ini dengan sebelum mereka berkahwin dahulu. Dia tersenyum melihat pipi Meah yang galak memerah kerana malu.
“Sayang malu dengan abang ke?” Soal Izham sambil mengusap lembut pipi Meah.
Dia mencium pipi Meah di kedua-dua belahnya. Meah yang terkejut dengan apa yang Izham lakukan lantas mendongak untuk mencari wajah suaminya. Izham hanya tersenyum sambil mengangkat kedua-dua belah bahunya.
“Dah, cepat lipat telekung dengan sejadah ni. Cepat siap, cepat turun. Tak adalah bising sangat orang bawah sana tu mengusik. Kalau tak macam-macam digosip mereka. Tak kahwin buat gosip, dah kahwin pun buat gosip. Dah ada anak nanti lagilah mereka bergosip rasanya.” Izham mendekatkan wajahnya dengan wajah Meah.
Meah tersipu apabila Izham mula menyentuh soal anak.
“Isteri abang ni, kan. Belum kahwin bukan main lagi dia dok pot pet pot pet. Bila dah kahwin, jadi bisu pula dia. Abang tahulah abang ni tak hensem macam David Beckham.” Izham buat-buat merajuk apabila melihat Meah dari tadi berdiam diri.
Meah mula resah apabila suaminya mula merajuk dengannya. “Abang.... Abang hensemlah. David Beckham tu rambut je yang cantiknya, yang lain tak berapa sangat pun.” Meah mula menunjukkan skillnya sebagai seorang pemujuk.
“Abang paling hensem di hati sayang.” Spontan Meah menuturnya sambil tangannya ligat membuka telekung yang masih tersarung di kepalanya. Setelah meletakkan telekung di atas katil, Meah berjalan menghampiri Izham yang ‘membawa diri’ ke tingkap yang masih terbuka. Nasib baiklah tingkap cermin, kalau tingkap kayu gerenti orang luar dah nampak drama swasta laki bini baru kahwin ni.
Meah memeluk lengan Izham dari belakang. Izham berpaling dan tersenyum lebar ke arah Meah.
“Laa... Ingatkan merajuk tadi.” Ujar Meah sambil mencapai songkok yang masih terletak elok di atas kepala suaminya. Songkok itu diletakkan di atas meja solek.
Izham memegang dagu Meah dan memaksa dia untuk mendongak melihat ke arah mata Izham. Meah hanya menuruti apa yang disuruh oleh Izham.
“Tak ada maknanya abang nak merajuk dengan sayang. Tapi, boleh tak kalau sayang ulang balik ayat yang last tadi tu?” Izham membuat muka gatal sambil tersengih ke arah Meah.
“Ayat yang last yang mana?” Berkerut dahi Meah cuba untuk memikirkan ayat last yang telah dia ucapkan kepada Izham tadi.
“Yang hensem tulah....” Izham memeluk tubuh kecil isterinya. Ubun-ubun Meah dicium berkali-kali. Tangannya menepuk lembut belakang isterinya.
Meah berasa selesa dengan apa yang Izham lakukan. Dia mula hanyut di dalam pelukan Izham. Apa yang diucapkan oleh Izham hanya dibiarkan dibawa oleh angin yang berlalu.
Tok tok tok...
Ketukan yang bertalu di hadapan pintu memaksa Izham untuk melepaskan Meah. Wajah Meah mencuka dengan apa yang terjadi. Namun begitu, dia tetap juga melangkah untuk membuka pintu. Izham melipat sejadah yang digunakan oleh mereka tadi. Telekung yang digunakan oleh Meah tadi juga turut dilipat.
Meah berbual dengan Firda di hadapan pintu. Nak ajak masuk takut nanti segan pula suaminya. Izham mendengar Meah ketawa bersama dengan Firda dan kedengaran suara seorang lelaki pula mencelah di antara perbualan mereka. Dan dia pasti suara tersebut adalah suara milik Daniel Saufi.
Apabila teringat yang isterinya tidak menyarung tudung semasa keluar tadi, laju dia mencapai sehelai tuala yang tergantung di atas penyidai dan membawanya keluar.
Benar tekaannya, memang Daniel Saufi yang bercakap tadi. Laju tangannya menutup rambut Meah dengan tuala yang dibawanya tadi. Pada mulanya Meah memandang pelik dengan apa yang dilakukan oleh Izham, tapi akhirnya dia faham kenapa Izham menutup kepalanya.
“Ehem... Tahniahlah, sahabatku. Tapi, ingat! Jaga adik aku ni baik-baik. Walaupun dia ni bukannya adik kandung aku tapi aku dah anggap dia ni macam adik kandung aku. Kalau sedikit kau mengasari apa yang ada pada dirinya, banyak akibat yang kau akan dapat daripada aku.” Sempat juga Daniel Saufi berpesan kepada Izham.
“Baik, bos. InsyaAllah aku akan jaga baik-baik adik kau ni. Lagipun apalah maknanya aku jadi suami dia kalau aku yang sakiti dia. Macam tu lebih baik aku mati aje.” Meah memandang pelik dan sayu ke arah Izham. Dia tidak gemar Izham berkata begitu sedangkan tidak sampai dua jam pun lagi menjadi isteri kepada Izham.
“Oi, kau tak payahlah nak buat drama kerajaan dekat sini. Kut ya pun nak buat feeling-feeling touching, tak payahlah nak buat dekat sini. Tak sesuai tahu tak!” Siapa kata Daniel tak sayang kawan! Kawanlah yang buat dunia dia jadi berpelangi. Terutama budak.. eh, bukan budak, suami orang ni. Tiap-tiap hari ada aje ideanya nak buat dia tersenyum.
“Hehehe... Ingatkan kau tak sayang kat aku.” Sengaja Izham ingin menyakat sahabatnya itu. Meah mencubit lembut lengan suaminya.
“Abang Daniel, Firda rasalah kan kita ni tengah ganggu diorang bersweet-sweet dalam biliklah. Tengok diorang ni. Haissh... Jealous pula Firda tengok ni.” Firda menyakat Meah dan Izham sambil mengenyit mata ke arah Izham yang juga mengenyitkan mata ke arah Firda.
Memang adik ipar yang sungguh memahami betul!
“Haah la kut. Jomlah kita pergi. Kesian diorang ni, ada aje yang mengganggu. Tapi, lepas bersweet tu jangan lupa turun bawah. Mak cik Zai dah masak lepat labu dengan lepat liat. Kalau rasa malas nak turun, kau ngap ajelah bini kau, Iz.” Ujar Daniel sambil menepuk baju Izham.
Meah menjegilkan mata ke arah Daniel. Kalau dia masih bujang rasanya sudah lama dia mencubit Daniel. Tapi, dia dah kahwin, lebih baik dia main cubit-cubit dengan suami dia. Lagi best!
 Izham hanya ketawa sambil mencubit pipi Meah.
Meah dan Izham masuk kembali ke dalam bilik manakala Daniel dan Firda berlalu turun untuk menikmati lepat buatan Zainuriah yang sememangnya ummpphh... Terangkat ibu jari makannya.
Mereka berdua masuk ke dalam bilik. Izham menarik tangan Meah untuk duduk bersamanya di atas katil. Tubuh Meah dipeluknya kemas. Ubun-ubun Meah diciumnya lagi. Meah hanya membiarkan Izham melakukan apa yang ingin dia lakukan. Nak risau buat apa. Bukannya dia tak kahwin lagi dengan Izham ni. Lainlah kalau belum kahwin, gerentinya kena tangkap basah dengan anggota Jabatan Agama Islam tak berdaftar dekat bawah tu.
Meah bermain dengan janggut sejemput milik Izham. Izham hanya tersenyum melihat Meah yang hampir serupa dengan perangai Izzati yang gemar bermain dengan wajahnya. Kalau Izzati suka main dengan pipi Izham, Meah pula suka bermain dengan janggut Izham.
“Sayang, jomlah kita turun. Nanti kempunan pula abang ni nak merasa masakan mak mentua sebab lepas ni abang kena makan masakan sayang aje.” Ujar Izham sambil memandang ke arah isterinya yang masih ralit bermain dengan janggutnya.
Izham memegang tangan Meah yang bermain dengan janggutnya dan menggigit lembut jari jemari Meah. Meah tertawa kegelian dan menarik laju tangannya dari genggaman Izham. Pipi Izham dicubitnya lembut.
Over dok?? Ala, seover-over mereka pun, dah selamat menjalin hubungan yang halal. Bukannya diorang pasangan kekasih tak ada hubungan halal. Main ‘halalkan’ sendiri aje. Yang tu ya kena hempuk sebijik kalau berani nak over-over bagai.
Izham menarik Meah untuk mengikutnya turun ke bawah. Dengan malas, Meah mengaku kalah untuk meninggalkan katil queen size yang empuk lagi lembut lagi lena kalau terlelap.
Izham menyarungkan sehelai tudung yang dicapai dari kerusi meja solek ke kepala Meah. Dia tidak mahu orang lain melihat mahkota tercantik milik Meah itu selain dirinya sendiri. Biarlah sebelum ini Meah biasa menunjukkannya di hadapan Daniel tapi tidak setelah Meah berjaya dia miliki.
Mereka beriringan turun ke bawah. Adalah dua tiga ‘malaun’ sesat berphewiit phewiit bila tengok ‘couple’ yang baru nak merasa sweetnya berdua bersatu ni. Jelez le tu!!
“Lepas ni janganlah nak ajak dia pi kedai kopi lagi, dekat rumah dah ada tukang buat kopi dah. Tak payah nak membazir RM1.40 bayar kat mapley semata untuk kopi o secawan. Untunglah dia, kan?!!” Memang teringin bebeno nak kena kahwin cepat di Afif ni!
Izham hanya menjelir lidah ke arah Afif yang menjeling tanda cemburu bila tengok sepupunya berkahwin. Iqbal hanya mengekek ketawa melihat mereka. Izzati yang berada di dalam dukungan Iqbal turut ketawa. Amboi, jangan main-main wa cakap sama lu, budak kecik pun faham tau!
“Aku tahulah kau jealous, Afif. Tak payahlah nak buat muka ala-ala minta aku cari calon bini kat aku. Aku bukannya agen pencari jodoh. Tu, kau pergi dekat dapur tu. Ramai yang single-mingle lagi tu. Tapi, pandai-pandailah kau menilai ek. Jangan mak mentua aku tu pun kau rembat sudahlah. Memang minta parang dari sayangku inilah. Betul tak, sayang?” Dia dah mula dah!
Tangan Meah dicapai dan dicium di hadapan mereka. Iqbal laju menutup mata Izzati. Afif membuat aksi ingin muntah kuning yang bercampur biru. Jadinya... Sila cuba sendiri di rumah, ya.
Mereka semua berlari ke dapur sampai sesak dapur jadinya. Yang tinggal di ruang tengah hanyalah Meah dan suaminya sahaja.
“Abang ni! Seganlah Meah tau!” Lengan Izham dicubitnya lagi tapi perlahan sahaja. Nak cubit kuat-kuat tak sangguplah pula.
Mereka beriringan ke dapur sambil bergurau sesama mereka. Tengku Nazimah yang kebetulan lalu di ruang tengah mencuit bahu anaknya sambil tersenyum penuh makna. Izham hanya membalas dengan tersenyum kembali ke arah ibunya.
Masuk aje dapur, aneka jenis gosip mosip semua terdengar di lubang telinga mereka. Tapi, ada mereka kisah? Yang penting sekarang ialah perut. Selagi perut yang kempis lagi ramping ini tak berisi, selagi itu janganlah diharap mereka nak layan gosip mosip dari radio moden bergerak.
Setelah perut selamat diisi dengan empat ketul lepat yang memang peerrgghh... sedap giler. Sampai tahap finger lickin good dah sedapnya. Izham mengusap perutnya yang sudah penuh. Dia tersengih memandang Meah yang setia di sisinya.
Mentang-mentang dah kahwin, tak boleh berenggang langsung!
“Malam ni Iz tidur dekat rumah mak cik dulu. Esok waktu bersanding baru kita datang. Ikut adat orang Melayu la. Lagipun tak syoklah kalau pengantin perempuan dengan lelaki duduk sebumbung sebelum bersanding. Cepat hilang seri kata orang tua-tua.” Ujar Tengku Nazimah yang muncul dari ruang hadapan.
Izham mencebik dan membuat muka simpati nak tidur di rumah mak mentuanya pada malam ini. Seri apa ke bendanya? Seri muka tu aku tahulah! Batinnya mula menjerit untuk tidak dipisahkan dari isteri tercinta. Dahlah puas kena dera tak boleh jumpa sebulan. Sekarang bila dah kahwin, nak duduk sebumbung pun tak boleh.
“Ala, bukannya lama pun. Satu malam aje. Lepas tu kau nak angkut bini kau ni pergi mana-mana pun pergilah. Tak ada yang nak melarangnya.” Afif tiba-tiba menyampuk sambil menepuk bahu Izham.
Meah hanya tersenyum mendengar kata-kata Afif, nak jawab balik segan pula. Hish.. Tiba-tiba pula jadi ‘minah’ segan. Almaklum, dah jadi isteri orang. Kalau single lagi, lainlah ceritanya.
“Ada juga ke bersanding, bu? Bukan ke kita dah bincang tak nak buat persandingan. Just posing maut je atas pelamin tu.” Izham bertanya kepada Tengku Nazimah.
Tengku Nazimah tersenyum dan melihat ke arah anak dan menantunya bergilir. Tak lekang langsung senyuman Tengku Nazimah setiap kali memandang sweet couple di hadapannya. Sampai naik jelez kak long dan kak lang apabila tengok ibunya happy lain macam bila tengok Izham kahwin. Menantu perempuan satu-satunyalah katakan!
“Ala, bersandinglah juga kiranya tu. Tapi apa salahnya kalau kita bertanggak dulu. Esok datang barulah ada feel macam orang baru kahwin. Kalau dah jumpa malam ni, hilanglah serinya.”
Lagi-lagi seri, apa ke penting sangat serinya tu? Rasanya sama aje.
“Ala... Tak payahlah nak bertanggak-tanggak bagai!” Izham masih lagi ingin membidas kata Tengku Nazimah.
“Ikut ajelah adat orang Melayu!” Serentak Afif, Anis, Wani, Daniel dan Afiq menjerit ke arah Izham. Meah juga turut hampir meluahkan perkara yang sama tapi sempat ditekup mulutnya kerana takut nanti kecil hati pula suami kesayangannya ni.
Izham memandang tajam ke arah mereka berlima dan akhirnya mereka semua yang berada di ruang dapur ketawa bersama-sama. Izham memeluk bahu Meah.
“Lepas solat maghrib nanti kita gerak pergi rumah mak cik. Bukannya lama pun, tak sampai pun 24 jam. Bawalah bersabar, malam esok merasalah nak malam pertama ke apa ke. Hari ni lupakan dulu niat tu.” Sengaja Tengku Nazimah mengusik anaknya.
Wooaa...!! Bergema jeritan tanpa mikrofon mereka. Seronok Ropeah melihat gelagat anak-anak muda yang merangkap sahabat Izham dan Meah ini. Semuanya spesies otak dua tiga suku macam cucunya ini juga.
Zainuriah dan Firda hanya ketawa melihat gelagat mereka. Firda nak join gelak sekaki tapi seganlah pula, kena pula ada sorang mamat tu dok usha dia aje dari tadi. Terpaksa kawal ayu 100% malam ni.
“Ok,ok... Fine! Izham mengaku kalah!” Jawab Izham dengan pipi yang memerah.
Ibu ni tahu aje apa yang terselindung di dalam hati! Ish... Sabo ajelah...
“Eleh, malu-malu pula dia. Tumbuk muka tu baru tau.” Tengku Ariffin pula mencelah.
Semua tertawa dengan gelagat Izham. Wajahnya diraup untuk melindungi perasaan segannya yang memuncak apabila ramai yang mula mengusik dia. Ingatkan si isterilah yang kena usik, rupanya si suami yang kena usik. Ramai pula yang mengusiknya tu.
Patutlah Meah lebih suka berdiam diri daripada tadi, rupanya nak mengelak daripada usikan berbaur gosip. Tak rancang sesama!
Mereka semua keluar dari ruang dapur dan berlalu keluar kecuali Meah, Zainuriah dan Ropeah yang ingin mengemas dapur. Kata mereka nak merasai suasana senja di kampung. Kena pula budak-budak Kampung Cik Zainal ni spesies tak kira siang, malam, senja, subuh nak mainnya. Tak kiralah nak main apa pun. Tak dapat main bola, main tuju kasut pun jadilah. Nasib baik kasut pak cik-pak cik dekat surau tu mereka tak rembat. Kalau tak kesian pak cik-pak cik surau terpaksa balik dengan kaki ayam.
“Ibu, kak Mirza dengan kak Shita bila nak balik?” Soal Meah kepada Zainuriah sambil ligat tangannya mengemas meja.
Zainuriah yang sedang membasuh pinggan yang mula bertimbun di dalam sinki berpaling melihat anaknya. “InsyaAllah kalau anak dengan ibu tak ada apa-apa masalah, esok mereka baliklah. Cuma abang Man dengan abang Rifki minta maaf dekat Meah sebab tak dapat datang esok sebab nak teman isteri mereka kalau mereka tak keluar lagilah.”
Mereka diam sebentar.
“Meah, cucu nenek. Meh sini duduk dekat nenek kejap. Ada perkara penting yang nenek yang nak cakap dengan Meah.” Ujar Ropeah sambil menepuk kerusi di sebelahnya di meja makan.
Meah meletakkan cawan yang kotor ke dalam sinki. Tangan yang kotor dilap dengan tuala yang tergantung di tepi sinki.
Dia tersenyum ke arah Ropeah sambil melangkah terus ke meja makan. Kerusi di sebelah Ropeah ditarik dan dilabuhkan punggungnya.
“Perkara penting apa tu, nek?” Soal Meah sambil bermain dengan jarinya yang merah di hujungnya dengan inai. Dia malas nak buat aneka jenis corak dengan menggunakan inai ke atas tangannya kerana takut nanti sia-sia menjadi dosa kerana dia pernah terbaca di sebuah blog yang menyatakan haram jika inai diukir menjadi corak. Ia dikira seperti tatu. Kalau dah disebutnya seperti tatu, kira faham sendirilah apa hukumnya.
Tapi, ada corak yang tertentu sahaja yang akan membawa dosa. Apa coraknya entahlah. Lupalah pula!
Ropeah mencapai jemari Meah dan digenggamnya kemas. Meah tersentak dan memandang ke arah Ropeah.
“Nenek bersyukur sangat kerana akhirnya cucu nenek ni sudah menemui jodohnya. Hensem dan baik orangnya pula tu.” Kalau Izham dengar apa yang nenek katakan gerenti sampai bersanding esok pun belum habis kembangnya.
Meah tersenyum mendengar kata neneknya itu. “Alhamdulillah, nek.” Dia mengusap belakang neneknya.
“Meah, bila dah jadi seorang isteri nanti jangan lupa yang Meah bukan lagi tanggungjawab ibu tapi dah jadi tanggungjawab Izham. Semua yang Meah lakukan, Izham yang akan tanggung di akhirat nanti. Tak kiralah sekecil kuman sekalipun salah dan dosa yang Meah lakukan, ia tetap akan tercatat di bahu Izham. Bukan lagi si bahu Meah mahupun di bahu ibu Meah. Meah kena ingat, tanggungjawab dia bukan hanya untuk Meah tapi juga untuk kita sekeluarga.”
“Ingat Meah, tanggungjawab seorang Meah sebagai seorang anak seumpama hanya tamat setelah Izham melafazkan aku terima nikahnya tadi. Tapi, kalau boleh janganlah lupakan ibu dekat sini. Jasa seorang ibu itu tetap perlu dikenang. Kalau Meah rasa Meah nak keluar, jangan main suka hati aje keluar macam Meah masih bujang dahulu. Ingat status Meah! Meah isteri orang, isteri Izham.” Panjang lebar nasihat Ropeah untuk Meah yang baru sahaja masuk ke alam rumahtangga.
Dalam diam Meah melihat tubuhnya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dalam banyak-banyak aurat yang telah dia tutup, hanya satu yang terdedah, kakinya yang sering dia lalai untuk menutupinya. Dan dengan automatiknya pada hari pertama dia bergelar isteri Izham, dia telah ‘membantu’ malaikat di bahu kiri Izham untuk mencatat satu perkara bagi kesalahan seorang isteri. Ya ALLAH, begitu jahil dirinya sebagai seorang isteri.
“Meah, satu lagi tips yang nenek nak bagi.” Meah mendongak dan merenung wajah neneknya.
“Tips apa tu nenek?” Soal Meah lurus.
“Tips untuk menjadi seorang isteri yang solehah.” Nenek tersenyum ke arah Meah apabila dia mula menunjukkan minat untuk mendengar tips yang akan dikongsi bersama.
“Untuk menjadi seorang isteri yang solehah, segala kata suami perlu ditaati, jangan ada yang dibantah. Kalau hitam katanya, hitamlah. Jangan ngada-ngada nak jadi.. apa ke yang mat salih cakap tu.. Quu troll? Ku korol? Haissh... Entahlah.” Nenek menggaru kepala apabila tidak tahu bagaimana untuk menyebut perkataan itu.
Queen control la, nek.” Meah ketawa melihat neneknya yang terkial untuk menyebut perkataan queen control.
“Haa... Yalah. Haa, lagi satu, jangan lupa siapkan baju-baju suami tu. Gosok baju dia tiap-tiap hari. Biar orang kata beruntung siapa yang dapat isteri macam isteri Izham. Tiap-tiap hari bajunya kemas. Baru betul macam orang dah kahwin. Lagi satu, jangan lupa cium tangan suami tu setiap kali dia pergi kerja, jangan bila hari raya baru nak salam, nak minta ampun.” Nenek mengusap kepala Meah yang bertutup dengan tudung.
“Lagi satu, tiap-tiap malam sebelum tidur tu jangan lupa salam tangan suami tu, minta ampun dari suami. Jangan lupa juga baca ayat-ayat al-Quran sebelum tidur. Tiga Qul dengan surah al-Fatihah tu jangan lupa baca. Sebab kenapa ibu suruh baca? Sebab syaitan akan menunggu di celah kelangkang suami isteri yang sedang tidur dan akan masuk sekali bersama sperma-sperma si suami ke dalam rahim isteri. Dan dari situlah anak yang akan dilahirkan akan menjadi seorang kuza, dalam kata kasarnya pondan! Nauzubillah min zalik...” Zainuriah mencelah di sebalik kesepian di antara mereka berdua. 
Meah ternganga mendengar apa yang dikatakan oleh ibu.
“Ibu! Are you serious?!” Soal Meah kerana tidak sangka rupanya begitu teruk akibat yang akan dirasai jika tidak melakukan sesuatu dengan lafaz kata-kata yang suci yang memuji ALLAH dan yang diambil dari al-Quran.
“Ibu takkan kata sesuatu itu jika tidak serius. Dan ibu harap sangat ia tidak terjadi di dalam keluarga kita.” Kata Zainuriah, serius.
“Dahlah, pergi panggil mereka semua masuk. Dah pukul 7.00 dah ni. Tak baik lama-lama sangat dekat luar waktu senja.” Nenek menyuruh Meah untuk memanggil mereka semua yang berada di luar untuk masuk.
Sebenarnya tidaklah ramai yang berada di rumah Ropeah sekarang, yang ada cumalah keluarga Meah dan juga keluarga Izham. Yang lain-lain semua sudah pulang ke hotel dan rumah bagi yang berdekatan. Keluarga Wani juga sudah berada di hotel dan hanya Wani dan Daniel sahaja yang tinggal di rumah Meah kerana mereka perlu membantu apa yang patut. Ikutkan Encik Faizul dan Puan Masyah akan bermalam di rumah Ropeah pada malam ini tapi Puan Masyah pula tidak berapa sihat. Sudah tiba musim orang tak sihat, jadi ramailah yang tak sihatnya.
Mak cik Meah juga sudah pulang ke rumah kerana suaminya demam pula. Kalau suami dah demam, mestilah isteri juga yang dicarinya. Mak cik Meah hanya mempunyai seorang anak lelaki iaitu Wafih. Tapi, Meah tidak rapat sangat dengan Wafih lepas dia mentah-mentah menolak cinta si Wafih. Yalah, takkanlah sepupu nak bercinta pula. Walaupun pada hakikatnya tidak salah kerana sepupu boleh berkahwin tapi tidak bagi Meah, katanya tidak berkembang keluarganya nanti. Pi mai pi mai tang tu.
Malah, batang hidung Wafih juga tidak kelihatan sedari petang sewaktu dia akad nikah tadi. Takkan frust menonggeng lagi kut? Mat Jan tu tak adalah dia kisah sangat tapi Wafih sepupunya sendiri, adalah sikit touching di situ. Tapi, nak buat macam mana, rambut sama hitam, hati lain-lain.
Tapi, ahh biarkanlah dia!
Setelah menunaikan solat maghrib berjemaah beramai-ramai dengan Izham sebagai imamnya, mereka menikmati makan malam yang disiap oleh kaum wanita. Meriah makan malam mereka pada hari ini. Bertambah meriah apabila Izham sengaja menyuapkan nasi ke mulut Meah. Apalagi, galaklah mereka mengusik pengantin baru ni. Teruk jugalah ‘blusher’ dekat pipi Meah tapi Izham hanya buat muka selamba macam tiada apa yang terjadi pun. Apa aku peduli?!
“Untunglah orang tu!!” Jerit Afif dan meneguk segelas air. Cakap dengan Izham tapi mata dok melekat dekat muka Firda. Nak cari mati ke?!
Firda mula ‘panas’ dengan renungan Afif yang boleh buat hati dia mati kalau Afif tetap melihatnya selama dua jam lagi. Hee... Dasar ‘mamat’ minta cungkil biji mata guna pencedok aiskrim betul!
“Kau kalau rasa nak bercakap dengan aku, tengok muka aku. Jangan ngada-ngada nak tengok muka anak dara. Mak dia ada dekat sebelah tu.” Tersembur air yang diminum Afif tadi. Kuss, nasib tak tersembur dekat muka orang. Nasib juga pinggan dah kosong.
Haissh.. Dia ni macam tau aje ke mana mata aku ni menghala. Dah pinjam kuasa Pak Belalang tak boleh harap apa? Bahaya ni! Iqbal di sebelah Afif membantu Afif dengan mengusap belakangnya. Mulutnya kembung menahan tawa. Karang terburai juga nasi dekat atas meja ni kalau dia gelak.
“Itulah akibat untuk orang yang saja cari penyakit!” Tak habis lagi Izham ‘membasuh’ Afif.
Meah di sebelah Izham mencuit paha Izham dan memintanya agar berhenti dari terus ‘membasuh’ Afif. Kasihan apabila melihat Afif yang sudah macam orang tak berapa betul apabila air yang diteguknya tadi habis terkeluar semula.
“Hish, tak senonoh betullah Afif ni. Maaflah kak Zai, anak saya memang wayar sentiasa tercabut dari otak. Entah macam mana nak sambung balik pun tak tahulah.” Mak Tam mencubit lengan anaknya. Afif hanya mencebik dan segera bangun untuk mengelak dari terus dihentam oleh ibunya dan Izham. Lagi teruk pula nanti.
Zainuriah hanya tersenyum. Bukannya dia tidak perasaan dari petang tadi Afif dok intai anak daranya ini tapi sengaja dia buat tidak tahu. Lagipun bukannya dia tidak pernah merasai perasaan ketika masih muda. Begitu jugalah caranya Saif, ayah Meah memikat hatinya. Melihatnya sampai membuatkan dia jadi tidak keruan, tidak menentu.
Mereka semua menyambung semula untuk menjamu selera dengan masakan kampung yang disediakan oleh Zainuriah dan Meah tadi. Ropeah hanya mampu melihat dan menegur apa yang patut, nak dibantu kudrat sudah tiada. Jadi, tengok ajelah yang mampu.
Setelah mengambil angin sebentar di luar rumah, akhirnya Izham dan keluarganya berangkat meninggalkan rumah Meah.
Meah memandang sayu ke arah Izham. Ikutkan hatinya, sudah lama dia mengikuti langkah suaminya kerana tidak ingin berpisah. Tapi, nak buat macam mana. Nanti bising pula ibunya soal seri-seri semualah.
Abang janganlah pergi! Meah menjerit sepuasnya di dalam hati untuk menghalang pemergian suaminya. Amboi, dah rupa kahbi kushi kabhi gham ya kau!
Izham pun apa lebih dan kurangnya, dua kali lima jadinya sepuluh jugalah dengan si Meah tu. Dok tengok bini dia sampai naik juling biji mata. Nasib baik tak sempat jadi juling sebab Tengku Ariffin sempat sedarkan mimpi di malam hari si Izham ni.
“Tak payah risau, tak lari kalau dikejar pun isteri bang ngah tu. Esok kita datang lagi. Bukannya kita balik terus ke KL pun.” Tengku Ariffin berbisik dengan Izham yang masih tercangak di tepi kereta. Was-was lagi samada dia patut ikut atau pun tak.
Dengan berat hatinya Izham masuk ke dalam kereta setelah melambai tangan ke arah Meah dan ahli keluarganya yang masih melihatnya di hadapan pintu.

*****

Seluruh isi rumah Ropeah senyap sunyi setelah jam menginjak ke arah angka 10.45 malam. Semua telah pun lena diulit mimpi kecuali Meah yang gelisah memikirkan apa yang dilakukan oleh suaminya. Nak bermesej dengan Izham, awal-awal lagi telefon bimbitnya sudah dirampas oleh Zainuriah. Dah macam budak sekolah menengah aje si Meah ni kerana dia tidak boleh menggunakan telefon bimbit pada malam ini.
Dia termenung sendiri di dalam biliknya yang cantik berhias. Dulang-dulang hantaran yang kemas terletak di atas lantai dipandangnya lama. Nak ajak Wani tidur sekali, tak boleh sebab Zainuriah kata orang dah jadi isteri takkan nak tidur dengan kawan lagi. Sudahnya, malam ini Wani harus tidur bersama Zainuriah.
Setelah puas tonggeng menonggeng seorang diri di atas katil dengan bantal sebagai peneman, akhirnya dia berjaya memejamkan matanya yang sudah lama minta ditutup tapi sengaja ditahan sebab nak layan dulu feel feeling ala-ala ‘minah’ hindustan bergolek atas padang rumput tengah rindukan ‘mamat’ hero yang hensem.
Izham yang berada selang dua lot rumah dari rumah Meah juga turut terkena tempias feeling hindustan yang dirasai oleh Meah apabila sedari tadi hanya bayangan Meah yang bermain di benaknya. Teruk juga ek rupa-rupanya perasaan orang yang tengah syok bercinta. Bercinta dalam halal la!
Setelah berselawat ke atas nabi dan membaca beberapa potong ayat suci al-Quran, akhirnya mata Izham berjaya ditutup dan lena sehingga terbitnya suria untuk memulakan hari baru yang lebih bermakna.

2 comments: