Assalamualaikum dan hai semua...
Hari ni tangan letih nak membebel lebih2, so, ambil ajelah entry entah apa-apa khas dari Fitri ni. Fitri bagi satu bab aje sebab bab ni serius lebar selebar highway. =P ^_^
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
Bab 46
Dua bulan
kemudian...
Baju kurung berwarna
putih salju menjadi pilihan Meah untuk menyaksikan penyatuan dua hati yang
sudah lama saling merindui dan saling mencintai. Wajahnya yang telah disolek
oleh mak andam Wani yang merangkap kawan baiknya itu ditelek lagi di hadapan
cermin solek.
Baju kurung yang sudi
ditaja oleh Puan Meisha itu dibetulkan kedudukan di tubuhnya agar ia kemas dan
tampak molek di tubuhnya. Kenapalah Puan Meisha nak sponsor baju nikah aje. Kenapa tak sponsor sekali baju waktu bersanding nanti.
Hish... Tak bersyukur
betul! Oklah tu dah sudi nak belanja baju nikah. Buatnya ibu suruh pakai aje
baju waktu kak Mirza nikah dulu kan lagi aniayai!
Dia tersenyum sendiri
apabila mengenangkan dia hanya mampu untuk meluangkan masa sebagai seorang yang
memegang title single selama sejam
setengah sahaja lagi. Setelah itu, dia akan selamat menjadi hak milik Tengku
Izham Faiz. Ibu dan nenek perlu diletakkan di tempat yang kedua selepas itu
kerana dia perlu utamakan Izham yang menjadi suaminya.
Dan pada hari ini
merangkap hari sejarahnya untuk bersatu dengan Izham juga telah menjadi sejarah
dalam hidup kak Mirza dan abang Man apabila kak Mirza dan kak Shita selamat
melahirkan bayi masing-masing. Bergema di dalam wad bersalin di Hospital Raja
Permaisuri Bainun dengan tangisan tiga orang hero pada waktu subuh tadi. Dua
orang hero ialah milik kak Mirza manakala seorang lagi ialah anak kak Shita dan
abang Man. Gembira sungguh dua orang ayah merangkap abangnya apabila menatap
wajah anak mereka.
Bertambah gembira lagi
sudah pastilah abang Rifki sebab ini anak first
yang sudah menjadi anak second sebab
dua orang sekali. Abang Man pun tidak kurang gembira apabila buat pertama
kalinya dia menimang anak lelaki selepas dua orang puteri.
Dan satu lagi sejarah
yang dirasanya tidak akan dilupakan sampai bila-bila apabila kak Mirza sudah
mampu untuk menerima Firda. Sujud syukur si ibu apabila melihat anaknya mula
berbaik walaupun mengambil masa sehingga hampir 17 tahun. Dengan bantuan Firda
la kak Mirza dengan selamatnya berjalan ke arah kereta untuk pergi ke hospital
pagi tadi. Nak tunggu abang Rifki? Hmm...
Punyalah takut dan
risau apabila melihat isteri yang kesakitan nak bersalin sampai dia orang yang
pertama masuk ke dalam kereta. Apa yang terjadi dekat luar, dekat mana isteri
dia pun dia dah tak nampak. Macamlah dia yang nak bersalin! Bila kak Mirza dah
berdiri betul-betul dekat tepi pintu kereta barulah dia sedar sebenarnya isteri
dia yang perlu dipimpin masuk ke dalam kereta dahulu.
Ahh, itu kes pagi tadi,
sekarang dah petang. Tiga hero tu pun dah selamat melihat dunia selepas puas
‘berenang’ di alam rahim ibu.
“Sudah-sudahlah
menghadap cermin tu. Duduk dulu. Lambat lagi nak nikahnya, pukul 5.00 petang
baru nak nikah, bukannya pukul 3.45 petang. Aku tahulah kau dah excited sangat nak jadi hak milik abang
Iz. Tapi, bawalah bertendang.. oppss.. bukan bertendang, bertenang dulu. Tak
lari punya bakal suami kau tu.” Wani sengaja ingin mengusik kawan baiknya itu
selagi masih boleh. Lepas ni biarlah suami dia pula yang usik dia.
Meah menjeling tajam ke
arah Wani di muka pintu. Dia menarik Wani untuk masuk ke dalam bilik.
Lama dia melihat ke
arah Wani yang anggun dengan busana kurung moden berwarna peach, sedondon dengan Firda dan keluarga sebelah Meah.
“Aku sayang kau. Aku
harap hubungan kita tidak akan terputus apabila aku dah kahwin nanti. Aku nak
kita tetap menjadi seorang kawan macam sekarang ni.” Meah sebak kerana takut
dia dan Wani akan terputus hubungan seorang sahabat.
“InsyaAllah selamanya
kita akan tetap berkawan seperti sekarang. Dahlah, janganlah nangis macam ni.
Nanti hilang pula seri depan abang Iz.” Wani mengesat lembut air mata yang
perlahan menuruni dan membasahi pipi Meah.
Meah memegang lembut
tangan Wani dan menghalang Wani dari terus mengesat air matanya. Dia cuba untuk
tersenyum kepada Wani walaupun dia tiada mood
untuk tersenyum.
Biar sekarang tak ada mood, jangan nanti waktu Izham tengah
salam tangan tok kadi pun tak mood sudahlah.
Buat malu aje, orang lain kahwin muka happy,
yang dia pula kahwin muka masam macam mempelam muda.
Mereka berbual pelbagai
cerita daripada kisah Anis, bakal adik ipar Meah sampailah ke kisah lelaki
idaman Wani. Katanya dia ingin cari seseorang yang seperti Izham dan Daniel
Saufi yang setia dalam percintaan. Tapi, dia risau jikalau suatu hari nanti dia
pula yang mengecewakan lelaki itu seperti kak Sofea Atirah, bekas kekasih hati
Daniel.
Bercerita kisah Daniel,
katanya dia akan menamatkan zaman bujangnya bersama Cikgu Najihah serentak
dengan Izham. Tapi, Izham yang lebih cekap bertindak membuatkan dia terpaksa
melupakan hasrat untuk berkahwin serentak bersama Izham. Lagipun, banyak urusan
yang perlu dia lakukan.
“Meah, kau nak tahu
tak? Semalam, waktu aku pergi Ipoh Parade dengan Firda nak beli barang, aku ada
ternampak seorang ‘mamat’ ni. Hensem gilerlah!
Lepas tu waktu aku ralit sangat tengok dia, tak sedar dia dah ada depan aku.
Tak sedar punya pasal jugalah aku terlanggar dia. Nasib baiklah dia tak marah.
Cuma dia ada cakap ‘saya tahulah saya ni hensem, tapi tak perlulah tengok saya
macam tu. Saya pun tahu apa itu segan.’ Fuhh.. Perasan nak mampus kau tau! Tapi
betullah apa yang dia cakap tu. Dia hensem!” Perangi gedik Wani sudah keluar.
Meah hanya menggeleng
melihat Wani yang excited bercerita
kisah lelaki yang dia jumpa di pusat beli-belah semalam.
“Aku harap dia
datanglah majlis perkahwinan kau nanti. Hehehe...” Amboi...!!!
“Amboi, asal yang
hensem aje harap datang majlis aku. Yang tak hensem tu tak nak pula.” Meah
mencari lengan Wani sebagai sasaran kepit ketamnya.
Wani hanya tersengih
sambil menggosok lengannya yang pedih kerana dicubit Meah.
“Kak Meah, your hubby to be dah sampai. Hensem
betul bakal abang ipar Firda tu.” Firda
menyampaikan pesanan yang disuruh oleh ibunya.
Meah memandang pelik ke
arah Firda. Dalam pada masa yang sama, dia turut cuak dan berdebar. “Habis tu,
apa yang akak nak buat?” Soal Meah bak orang bengong yang tidak tahu nak buat
apa.
“Nak buat apa lagi,
keluarlah. Takkan Izham tu nak kahwin dengan adik kamu ni kut.” Ujar mak cik
saudara Meah sambil menarik tangan Meah untuk menurutinya turun ke bawah.
“Kejap, kejap. Meah nak
tengok muka Meah jap. Kut-kut ada yang tak kena ke.” Meah cuba untuk menarik
tangannya.
“Dah elok dah tu. Jom
cepat.” Tangan Meah masih ditarik sehingga Meah melangkah keluar dari bilik
beradunya.
Tangannya yang sejuk
seperti ais menggengam tangan Wani yang masih setia di sisinya. Meah
membisikkan kata-kata semangat pada Meah agar Meah tidak berasa cuak dan
membuat sesuatu yang memalukan dirinya sendiri. Meah tu bukan kira, kalau dah
cuak sangat, macam-macam ayat boleh keluar dari mulut dia. Mengalahkan orang
melatah.
Kelihatan Izham yang
cool duduk di atas tilam yang disedia khas untuk pengantin ketika diijab kabul.
Dia yang segak mengenakan baju Melayu bercekak musang berwarna putih salju
seperti Meah hanya memandang ke arah tok kadi di hadapannya. Entah surat dan
kertas apa yang tok kadi sedang selak pun tidaklah dia tahu. Yang dia tahu dia
ingin cepat-cepat bersalam dengan tangan tok kadi dan melafazkan satu lafaz
tiga kata untuk menjadi milik Meah selamanya. Uiisshh... Kabut!
Tok kadi memandang ke
arah Izham dan bertanya. “Dah bersedia?” Wajah serius tok kadi di hadapannya
mula mengundang rasa debar yang tiba-tiba menyusup masuk tanpa bagi salam dan
tanpa kebenaran.
Izham hanya mengangguk.
Dia berdehem beberapa kali untuk menghilang resah. Tengku Ariffin mencuit
tangan Izham dan menyuruh dia berhenti berdehem. Kut ya pun berdebar cover la sikit!
Tok kadi mula
menggenggam tangan Izham. Bertambah pula debar di hatinya. Ish, memandai aje
debar ni panggil ‘kawan-kawan’ untuk masuk ke hatinya lagi.
Tok kadi membaca lafaz
basmallah dan merenung Izham di hadapannya. “Aku nikahkah dikau dengan Ermirda
Amirah binti Muhammad Saif dengan mas kahwinnya RM500 tunai.”
Giliran Izham pula
untuk melafazkan satu lafaz tiga kata. Dengan lafaz basmallah di dalam hati dia
melafazkan... “Aku terima nikahnya Ermirda Amirah binti Muhammad Saif dengan
mas kahwinnya RM500 tunai.”
Tok kadi bertanyakan
kepada saksi dan wali di sisinya. Dan sah ialah jawapannya. Perlahan debaran di
hati Izham menghilang digantikan dengan rama-rama berterbangan. Dia dah selamat memiliki
Ermirda Amirah! Yeaayy....
Setelah mengaminkan
doa, perlahan Izham bangun untuk mencari Meah yang kini sudah pun bergelar
isterinya. Dia terpegun seketika apabila melihat Meah yang dirasakan terlampau
cantik pada hari ini. Lebih cantik daripada sebelum ini.
Meah tertunduk, dia
segan untuk memandang wajah suaminya yang sudah pun duduk di hadapannya untuk
menyarung cincin ke jarinya. Dia menghulur jarinya apabila ditegur oleh mak
ciknya yang geram melihat Meah yang masih lagi kaku dan tidak memberi sebarang
reaksi dengan kehadiran Izham di hadapannya.
Izham tersenyum menyambut
huluran tangan Meah. Terasa sejuk jari jemari isterinya ketika itu. Cincin emas
putih dengan sebutir permata berbentuk hati di atasnya diambil dari bekas yang
dihulur oleh Tengku Nazimah.
Dengan saksi kamera
yang setia berkelap kelip dari tadi, Izham menyarungkan cincin ke jari Meah
dengan lafaz basmallah. Meah juga turut menyarung cincin ke jari Izham.
Meah mencapai tangan
Izham lalu diciumnya. Hati tak payah nak katalah, berdebar bagai nak rak. Rak
pun runtuh rasanya.
“Uiitt... Malam nanti
sambunglah cium tangan suami tu. Bagilah chance
dia nak cium dahi Meah pula.” Ish, mak cik ni. Baru nak ambil feel lebih sikit. Kacau line betullah!
Dengan muka yang mula
hangat, Meah mengangkat wajahnya dan membenarkan untuk Izham mencium dahinya
pula. Dia tersenyum apabila Izham memegang dagunya dan mencium dahinya penuh
syahdu.
Izham berasa amat
gembira sehingga rasanya tiada apa yang dapat digunakan sebagai untuk
menggambarkan perasaannya kini.
Setelah selesai majlis
membatalkan air sembahyang, Izham memimpin tangan isterinya untuk naik ke atas.
“Ehem.. Tak sabar
nampak!” Tengku Anis mengusik Izham yang memimpin tangan Meah.
Daniel, Afiq, dan semua
yang berada di situ hanya tersenyum. Cuma tok kadi aje yang tak ada. Ramai lagi
yang nak nikah, terpaksalah dia balik awal.
Izham hanya tersenyum
dan berlagak tenang. “Tak sabar untuk menunaikan perintah ALLAH bersama dengan
isteri tercinta.” Izham melihat ke arah Meah yang kebetulan juga sedang melihat
ke arahnya.
Tengku Anis hanya
tersenyum malu. Mereka semua yang berada di situ juga menjadi segan serta merta
apabila lain yang difikir, lain pula yang sebenarnya.
“Bang ngah tak solat
Asar lagi. Tulah, tadi tak menyempat sangat nak genggam tangan tok kadi. Nasib
baik bila tengok muka isteri abang ni, baru abang ingat yang abang belum solat.
Bang ngah tahu, kak cik pun belum solat, kan? Cepat pergi solat sebelum waktu
habis!” Kejap abang, kejap lagi bang ngah. Ke dia bahasakan diri sebagai abang
tu untuk Meah? Hmm...
Kak cik tersengih
sambil terus menarik tangan Firda dan Wani untuk mengikutnya ambil wuduk.
Mereka yang lain juga
turut bergerak meninggalkan ruang tamu untuk bersolat Asar.
*****
Dengan berimamkan Izham
sebagai suaminya, Meah menunaikan solat Asar bersama dengan Izham di dalam
biliknya yang cantik berhias dengan tema warna ungu lembut. Tangan Izham yang
dihulur, disambut dan dicium lembut. Izham pula mencium dahinya seperti yang
baru dilakukan ketika mereka akad nikah tadi.
Lama Izham memandang ke
arah Meah yang kelihatan masih malu untuk bertentang mata dengannya. Lain benar
perangai isterinya ini dengan sebelum mereka berkahwin dahulu. Dia tersenyum
melihat pipi Meah yang galak memerah kerana malu.
“Sayang malu dengan
abang ke?” Soal Izham sambil mengusap lembut pipi Meah.
Dia mencium pipi Meah
di kedua-dua belahnya. Meah yang terkejut dengan apa yang Izham lakukan lantas
mendongak untuk mencari wajah suaminya. Izham hanya tersenyum sambil mengangkat
kedua-dua belah bahunya.
“Dah, cepat lipat
telekung dengan sejadah ni. Cepat siap, cepat turun. Tak adalah bising sangat
orang bawah sana tu mengusik. Kalau tak macam-macam digosip mereka. Tak kahwin
buat gosip, dah kahwin pun buat gosip. Dah ada anak nanti lagilah mereka
bergosip rasanya.” Izham mendekatkan wajahnya dengan wajah Meah.
Meah tersipu apabila
Izham mula menyentuh soal anak.
“Isteri abang ni, kan.
Belum kahwin bukan main lagi dia dok pot pet pot pet. Bila dah kahwin, jadi
bisu pula dia. Abang tahulah abang ni tak hensem macam David Beckham.” Izham
buat-buat merajuk apabila melihat Meah dari tadi berdiam diri.
Meah mula resah apabila
suaminya mula merajuk dengannya. “Abang.... Abang hensemlah. David Beckham tu
rambut je yang cantiknya, yang lain tak berapa sangat pun.” Meah mula
menunjukkan skillnya sebagai seorang
pemujuk.
“Abang paling hensem di
hati sayang.” Spontan Meah menuturnya sambil tangannya ligat membuka telekung
yang masih tersarung di kepalanya. Setelah meletakkan telekung di atas katil,
Meah berjalan menghampiri Izham yang ‘membawa diri’ ke tingkap yang masih
terbuka. Nasib baiklah tingkap cermin, kalau tingkap kayu gerenti orang luar
dah nampak drama swasta laki bini baru kahwin ni.
Meah memeluk lengan
Izham dari belakang. Izham berpaling dan tersenyum lebar ke arah Meah.
“Laa... Ingatkan
merajuk tadi.” Ujar Meah sambil mencapai songkok yang masih terletak elok di
atas kepala suaminya. Songkok itu diletakkan di atas meja solek.
Izham memegang dagu
Meah dan memaksa dia untuk mendongak melihat ke arah mata Izham. Meah hanya
menuruti apa yang disuruh oleh Izham.
“Tak ada maknanya abang
nak merajuk dengan sayang. Tapi, boleh tak kalau sayang ulang balik ayat yang last tadi tu?” Izham membuat muka gatal
sambil tersengih ke arah Meah.
“Ayat yang last yang mana?” Berkerut dahi Meah cuba
untuk memikirkan ayat last yang telah
dia ucapkan kepada Izham tadi.
“Yang hensem tulah....”
Izham memeluk tubuh kecil isterinya. Ubun-ubun Meah dicium berkali-kali.
Tangannya menepuk lembut belakang isterinya.
Meah berasa selesa
dengan apa yang Izham lakukan. Dia mula hanyut di dalam pelukan Izham. Apa yang
diucapkan oleh Izham hanya dibiarkan dibawa oleh angin yang berlalu.
Tok tok tok...
Ketukan yang bertalu di
hadapan pintu memaksa Izham untuk melepaskan Meah. Wajah Meah mencuka dengan
apa yang terjadi. Namun begitu, dia tetap juga melangkah untuk membuka pintu. Izham
melipat sejadah yang digunakan oleh mereka tadi. Telekung yang digunakan oleh
Meah tadi juga turut dilipat.
Meah berbual dengan
Firda di hadapan pintu. Nak ajak masuk takut nanti segan pula suaminya. Izham
mendengar Meah ketawa bersama dengan Firda dan kedengaran suara seorang lelaki
pula mencelah di antara perbualan mereka. Dan dia pasti suara tersebut adalah
suara milik Daniel Saufi.
Apabila teringat yang
isterinya tidak menyarung tudung semasa keluar tadi, laju dia mencapai sehelai
tuala yang tergantung di atas penyidai dan membawanya keluar.
Benar tekaannya, memang
Daniel Saufi yang bercakap tadi. Laju tangannya menutup rambut Meah dengan
tuala yang dibawanya tadi. Pada mulanya Meah memandang pelik dengan apa yang
dilakukan oleh Izham, tapi akhirnya dia faham kenapa Izham menutup kepalanya.
“Ehem... Tahniahlah,
sahabatku. Tapi, ingat! Jaga adik aku ni baik-baik. Walaupun dia ni bukannya
adik kandung aku tapi aku dah anggap dia ni macam adik kandung aku. Kalau
sedikit kau mengasari apa yang ada pada dirinya, banyak akibat yang kau akan
dapat daripada aku.” Sempat juga Daniel Saufi berpesan kepada Izham.
“Baik, bos. InsyaAllah
aku akan jaga baik-baik adik kau ni. Lagipun apalah maknanya aku jadi suami dia
kalau aku yang sakiti dia. Macam tu lebih baik aku mati aje.” Meah memandang
pelik dan sayu ke arah Izham. Dia tidak gemar Izham berkata begitu sedangkan
tidak sampai dua jam pun lagi menjadi isteri kepada Izham.
“Oi, kau tak payahlah
nak buat drama kerajaan dekat sini. Kut ya pun nak buat feeling-feeling touching, tak payahlah nak buat dekat sini. Tak
sesuai tahu tak!” Siapa kata Daniel tak sayang kawan! Kawanlah yang buat dunia
dia jadi berpelangi. Terutama budak.. eh, bukan budak, suami orang ni.
Tiap-tiap hari ada aje ideanya nak buat dia tersenyum.
“Hehehe... Ingatkan kau
tak sayang kat aku.” Sengaja Izham ingin menyakat sahabatnya itu. Meah mencubit
lembut lengan suaminya.
“Abang Daniel, Firda
rasalah kan kita ni tengah ganggu diorang bersweet-sweet dalam biliklah. Tengok diorang ni. Haissh... Jealous pula Firda tengok ni.” Firda
menyakat Meah dan Izham sambil mengenyit mata ke arah Izham yang juga
mengenyitkan mata ke arah Firda.
Memang adik ipar yang
sungguh memahami betul!
“Haah la kut. Jomlah
kita pergi. Kesian diorang ni, ada aje yang mengganggu. Tapi, lepas bersweet tu jangan lupa turun bawah. Mak
cik Zai dah masak lepat labu dengan lepat liat. Kalau rasa malas nak turun, kau
ngap ajelah bini kau, Iz.” Ujar Daniel sambil menepuk baju Izham.
Meah menjegilkan mata
ke arah Daniel. Kalau dia masih bujang rasanya sudah lama dia mencubit Daniel.
Tapi, dia dah kahwin, lebih baik dia main cubit-cubit dengan suami dia. Lagi best!
Izham hanya ketawa sambil mencubit pipi Meah.
Meah dan Izham masuk
kembali ke dalam bilik manakala Daniel dan Firda berlalu turun untuk menikmati
lepat buatan Zainuriah yang sememangnya ummpphh... Terangkat ibu jari makannya.
Mereka berdua masuk ke
dalam bilik. Izham menarik tangan Meah untuk duduk bersamanya di atas katil.
Tubuh Meah dipeluknya kemas. Ubun-ubun Meah diciumnya lagi. Meah hanya
membiarkan Izham melakukan apa yang ingin dia lakukan. Nak risau buat apa.
Bukannya dia tak kahwin lagi dengan Izham ni. Lainlah kalau belum kahwin,
gerentinya kena tangkap basah dengan anggota Jabatan Agama Islam tak berdaftar
dekat bawah tu.
Meah bermain dengan
janggut sejemput milik Izham. Izham hanya tersenyum melihat Meah yang hampir
serupa dengan perangai Izzati yang gemar bermain dengan wajahnya. Kalau Izzati
suka main dengan pipi Izham, Meah pula suka bermain dengan janggut Izham.
“Sayang, jomlah kita
turun. Nanti kempunan pula abang ni nak merasa masakan mak mentua sebab lepas
ni abang kena makan masakan sayang aje.” Ujar Izham sambil memandang ke arah
isterinya yang masih ralit bermain dengan janggutnya.
Izham memegang tangan
Meah yang bermain dengan janggutnya dan menggigit lembut jari jemari Meah. Meah
tertawa kegelian dan menarik laju tangannya dari genggaman Izham. Pipi Izham
dicubitnya lembut.
Over
dok?? Ala, seover-over mereka pun, dah selamat
menjalin hubungan yang halal. Bukannya diorang pasangan kekasih tak ada
hubungan halal. Main ‘halalkan’ sendiri aje. Yang tu ya kena hempuk sebijik
kalau berani nak over-over bagai.
Izham menarik Meah
untuk mengikutnya turun ke bawah. Dengan malas, Meah mengaku kalah untuk
meninggalkan katil queen size yang
empuk lagi lembut lagi lena kalau terlelap.
Izham menyarungkan
sehelai tudung yang dicapai dari kerusi meja solek ke kepala Meah. Dia tidak
mahu orang lain melihat mahkota tercantik milik Meah itu selain dirinya
sendiri. Biarlah sebelum ini Meah biasa menunjukkannya di hadapan Daniel tapi
tidak setelah Meah berjaya dia miliki.
Mereka beriringan turun
ke bawah. Adalah dua tiga ‘malaun’ sesat berphewiit phewiit bila tengok ‘couple’ yang baru nak merasa sweetnya berdua bersatu ni. Jelez le tu!!
“Lepas ni janganlah nak
ajak dia pi kedai kopi lagi, dekat rumah dah ada tukang buat kopi dah. Tak
payah nak membazir RM1.40 bayar kat mapley semata untuk kopi o secawan.
Untunglah dia, kan?!!” Memang teringin bebeno
nak kena kahwin cepat di Afif ni!
Izham hanya menjelir
lidah ke arah Afif yang menjeling tanda cemburu bila tengok sepupunya
berkahwin. Iqbal hanya mengekek ketawa melihat mereka. Izzati yang berada di
dalam dukungan Iqbal turut ketawa. Amboi, jangan main-main wa cakap sama lu,
budak kecik pun faham tau!
“Aku tahulah kau
jealous, Afif. Tak payahlah nak buat muka ala-ala minta aku cari calon bini kat
aku. Aku bukannya agen pencari jodoh. Tu, kau pergi dekat dapur tu. Ramai yang
single-mingle lagi tu. Tapi, pandai-pandailah kau menilai ek. Jangan mak mentua
aku tu pun kau rembat sudahlah. Memang minta parang dari sayangku inilah. Betul
tak, sayang?” Dia dah mula dah!
Tangan Meah dicapai dan
dicium di hadapan mereka. Iqbal laju menutup mata Izzati. Afif membuat aksi
ingin muntah kuning yang bercampur biru. Jadinya... Sila cuba sendiri di rumah,
ya.
Mereka semua berlari ke
dapur sampai sesak dapur jadinya. Yang tinggal di ruang tengah hanyalah Meah
dan suaminya sahaja.
“Abang ni! Seganlah
Meah tau!” Lengan Izham dicubitnya lagi tapi perlahan sahaja. Nak cubit
kuat-kuat tak sangguplah pula.
Mereka beriringan ke
dapur sambil bergurau sesama mereka. Tengku Nazimah yang kebetulan lalu di
ruang tengah mencuit bahu anaknya sambil tersenyum penuh makna. Izham hanya
membalas dengan tersenyum kembali ke arah ibunya.
Masuk aje dapur, aneka
jenis gosip mosip semua terdengar di lubang telinga mereka. Tapi, ada mereka kisah?
Yang penting sekarang ialah perut. Selagi perut yang kempis lagi ramping ini
tak berisi, selagi itu janganlah diharap mereka nak layan gosip mosip dari
radio moden bergerak.
Setelah perut selamat
diisi dengan empat ketul lepat yang memang peerrgghh... sedap giler. Sampai
tahap finger lickin good dah
sedapnya. Izham mengusap perutnya yang sudah penuh. Dia tersengih memandang
Meah yang setia di sisinya.
Mentang-mentang dah
kahwin, tak boleh berenggang langsung!
“Malam ni Iz tidur
dekat rumah mak cik dulu. Esok waktu bersanding baru kita datang. Ikut adat
orang Melayu la. Lagipun tak syoklah kalau pengantin perempuan dengan lelaki
duduk sebumbung sebelum bersanding. Cepat hilang seri kata orang tua-tua.” Ujar
Tengku Nazimah yang muncul dari ruang hadapan.
Izham mencebik dan
membuat muka simpati nak tidur di rumah mak mentuanya pada malam ini. Seri apa
ke bendanya? Seri muka tu aku tahulah! Batinnya mula menjerit untuk tidak
dipisahkan dari isteri tercinta. Dahlah puas kena dera tak boleh jumpa sebulan.
Sekarang bila dah kahwin, nak duduk sebumbung pun tak boleh.
“Ala, bukannya lama
pun. Satu malam aje. Lepas tu kau nak angkut bini kau ni pergi mana-mana pun
pergilah. Tak ada yang nak melarangnya.” Afif tiba-tiba menyampuk sambil
menepuk bahu Izham.
Meah hanya tersenyum
mendengar kata-kata Afif, nak jawab balik segan pula. Hish.. Tiba-tiba pula
jadi ‘minah’ segan. Almaklum, dah jadi isteri orang. Kalau single lagi, lainlah ceritanya.
“Ada juga ke
bersanding, bu? Bukan ke kita dah bincang tak nak buat persandingan. Just posing maut je atas pelamin tu.”
Izham bertanya kepada Tengku Nazimah.
Tengku Nazimah
tersenyum dan melihat ke arah anak dan menantunya bergilir. Tak lekang langsung
senyuman Tengku Nazimah setiap kali memandang sweet couple di hadapannya. Sampai naik jelez kak long dan kak lang apabila tengok ibunya happy lain macam bila tengok Izham
kahwin. Menantu perempuan satu-satunyalah katakan!
“Ala, bersandinglah
juga kiranya tu. Tapi apa salahnya kalau kita bertanggak dulu. Esok datang
barulah ada feel macam orang baru
kahwin. Kalau dah jumpa malam ni, hilanglah serinya.”
Lagi-lagi seri, apa ke
penting sangat serinya tu? Rasanya sama aje.
“Ala... Tak payahlah
nak bertanggak-tanggak bagai!” Izham masih lagi ingin membidas kata Tengku
Nazimah.
“Ikut ajelah adat orang
Melayu!” Serentak Afif, Anis, Wani, Daniel dan Afiq menjerit ke arah Izham.
Meah juga turut hampir meluahkan perkara yang sama tapi sempat ditekup mulutnya
kerana takut nanti kecil hati pula suami kesayangannya ni.
Izham memandang tajam
ke arah mereka berlima dan akhirnya mereka semua yang berada di ruang dapur
ketawa bersama-sama. Izham memeluk bahu Meah.
“Lepas solat maghrib
nanti kita gerak pergi rumah mak cik. Bukannya lama pun, tak sampai pun 24 jam.
Bawalah bersabar, malam esok merasalah nak malam pertama ke apa ke. Hari ni
lupakan dulu niat tu.” Sengaja Tengku Nazimah mengusik anaknya.
Wooaa...!! Bergema
jeritan tanpa mikrofon mereka. Seronok Ropeah melihat gelagat anak-anak muda
yang merangkap sahabat Izham dan Meah ini. Semuanya spesies otak dua tiga suku
macam cucunya ini juga.
Zainuriah dan Firda
hanya ketawa melihat gelagat mereka. Firda nak join gelak sekaki tapi seganlah pula, kena pula ada sorang mamat
tu dok usha dia aje dari tadi.
Terpaksa kawal ayu 100% malam ni.
“Ok,ok... Fine! Izham
mengaku kalah!” Jawab Izham dengan pipi yang memerah.
Ibu ni tahu aje apa
yang terselindung di dalam hati! Ish... Sabo
ajelah...
“Eleh, malu-malu pula
dia. Tumbuk muka tu baru tau.” Tengku Ariffin pula mencelah.
Semua tertawa dengan
gelagat Izham. Wajahnya diraup untuk melindungi perasaan segannya yang memuncak
apabila ramai yang mula mengusik dia. Ingatkan si isterilah yang kena usik, rupanya
si suami yang kena usik. Ramai pula yang mengusiknya tu.
Patutlah Meah lebih
suka berdiam diri daripada tadi, rupanya nak mengelak daripada usikan berbaur
gosip. Tak rancang sesama!
Mereka semua keluar
dari ruang dapur dan berlalu keluar kecuali Meah, Zainuriah dan Ropeah yang
ingin mengemas dapur. Kata mereka nak merasai suasana senja di kampung. Kena
pula budak-budak Kampung Cik Zainal ni spesies tak kira siang, malam, senja,
subuh nak mainnya. Tak kiralah nak main apa pun. Tak dapat main bola, main tuju
kasut pun jadilah. Nasib baik kasut pak cik-pak cik dekat surau tu mereka tak rembat. Kalau tak kesian pak cik-pak cik
surau terpaksa balik dengan kaki ayam.
“Ibu, kak Mirza dengan
kak Shita bila nak balik?” Soal Meah kepada Zainuriah sambil ligat tangannya
mengemas meja.
Zainuriah yang sedang
membasuh pinggan yang mula bertimbun di dalam sinki berpaling melihat anaknya.
“InsyaAllah kalau anak dengan ibu tak ada apa-apa masalah, esok mereka
baliklah. Cuma abang Man dengan abang Rifki minta maaf dekat Meah sebab tak
dapat datang esok sebab nak teman isteri mereka kalau mereka tak keluar
lagilah.”
Mereka diam sebentar.
“Meah, cucu nenek. Meh sini duduk dekat nenek kejap. Ada
perkara penting yang nenek yang nak cakap dengan Meah.” Ujar Ropeah sambil menepuk
kerusi di sebelahnya di meja makan.
Meah meletakkan cawan
yang kotor ke dalam sinki. Tangan yang kotor dilap dengan tuala yang tergantung
di tepi sinki.
Dia tersenyum ke arah
Ropeah sambil melangkah terus ke meja makan. Kerusi di sebelah Ropeah ditarik
dan dilabuhkan punggungnya.
“Perkara penting apa
tu, nek?” Soal Meah sambil bermain dengan jarinya yang merah di hujungnya
dengan inai. Dia malas nak buat aneka jenis corak dengan menggunakan inai ke
atas tangannya kerana takut nanti sia-sia menjadi dosa kerana dia pernah
terbaca di sebuah blog yang menyatakan haram jika inai diukir menjadi corak. Ia
dikira seperti tatu. Kalau dah
disebutnya seperti tatu, kira faham
sendirilah apa hukumnya.
Tapi, ada corak yang
tertentu sahaja yang akan membawa dosa. Apa coraknya entahlah. Lupalah pula!
Ropeah mencapai jemari
Meah dan digenggamnya kemas. Meah tersentak dan memandang ke arah Ropeah.
“Nenek bersyukur sangat
kerana akhirnya cucu nenek ni sudah menemui jodohnya. Hensem dan baik orangnya
pula tu.” Kalau Izham dengar apa yang nenek katakan gerenti sampai bersanding
esok pun belum habis kembangnya.
Meah tersenyum
mendengar kata neneknya itu. “Alhamdulillah, nek.” Dia mengusap belakang
neneknya.
“Meah, bila dah jadi
seorang isteri nanti jangan lupa yang Meah bukan lagi tanggungjawab ibu tapi
dah jadi tanggungjawab Izham. Semua yang Meah lakukan, Izham yang akan tanggung
di akhirat nanti. Tak kiralah sekecil kuman sekalipun salah dan dosa yang Meah
lakukan, ia tetap akan tercatat di bahu Izham. Bukan lagi si bahu Meah mahupun
di bahu ibu Meah. Meah kena ingat, tanggungjawab dia bukan hanya untuk Meah
tapi juga untuk kita sekeluarga.”
“Ingat Meah,
tanggungjawab seorang Meah sebagai seorang anak seumpama hanya tamat setelah
Izham melafazkan aku terima nikahnya tadi. Tapi, kalau boleh janganlah lupakan
ibu dekat sini. Jasa seorang ibu itu tetap perlu dikenang. Kalau Meah rasa Meah
nak keluar, jangan main suka hati aje keluar macam Meah masih bujang dahulu.
Ingat status Meah! Meah isteri orang, isteri Izham.” Panjang lebar nasihat
Ropeah untuk Meah yang baru sahaja masuk ke alam rumahtangga.
Dalam diam Meah melihat
tubuhnya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dalam banyak-banyak aurat
yang telah dia tutup, hanya satu yang terdedah, kakinya yang sering dia lalai
untuk menutupinya. Dan dengan automatiknya pada hari pertama dia bergelar
isteri Izham, dia telah ‘membantu’ malaikat di bahu kiri Izham untuk mencatat
satu perkara bagi kesalahan seorang isteri. Ya ALLAH, begitu jahil dirinya
sebagai seorang isteri.
“Meah, satu lagi tips
yang nenek nak bagi.” Meah mendongak dan merenung wajah neneknya.
“Tips apa tu nenek?”
Soal Meah lurus.
“Tips untuk menjadi
seorang isteri yang solehah.” Nenek tersenyum ke arah Meah apabila dia mula
menunjukkan minat untuk mendengar tips yang akan dikongsi bersama.
“Untuk menjadi seorang
isteri yang solehah, segala kata suami perlu ditaati, jangan ada yang dibantah.
Kalau hitam katanya, hitamlah. Jangan ngada-ngada nak jadi.. apa ke yang mat
salih cakap tu.. Quu troll? Ku korol? Haissh... Entahlah.” Nenek menggaru
kepala apabila tidak tahu bagaimana untuk menyebut perkataan itu.
“Queen control la, nek.” Meah ketawa melihat neneknya yang terkial
untuk menyebut perkataan queen control.
“Haa... Yalah. Haa,
lagi satu, jangan lupa siapkan baju-baju suami tu. Gosok baju dia tiap-tiap
hari. Biar orang kata beruntung siapa yang dapat isteri macam isteri Izham.
Tiap-tiap hari bajunya kemas. Baru betul macam orang dah kahwin. Lagi satu,
jangan lupa cium tangan suami tu setiap kali dia pergi kerja, jangan bila hari
raya baru nak salam, nak minta ampun.” Nenek mengusap kepala Meah yang bertutup
dengan tudung.
“Lagi satu, tiap-tiap
malam sebelum tidur tu jangan lupa salam tangan suami tu, minta ampun dari
suami. Jangan lupa juga baca ayat-ayat al-Quran sebelum tidur. Tiga Qul dengan
surah al-Fatihah tu jangan lupa baca. Sebab kenapa ibu suruh baca? Sebab
syaitan akan menunggu di celah kelangkang suami isteri yang sedang tidur dan
akan masuk sekali bersama sperma-sperma si suami ke dalam rahim isteri. Dan dari
situlah anak yang akan dilahirkan akan menjadi seorang kuza, dalam kata
kasarnya pondan! Nauzubillah min zalik...” Zainuriah mencelah di sebalik
kesepian di antara mereka berdua.
Meah ternganga
mendengar apa yang dikatakan oleh ibu.
“Ibu! Are you serious?!” Soal Meah kerana
tidak sangka rupanya begitu teruk akibat yang akan dirasai jika tidak melakukan
sesuatu dengan lafaz kata-kata yang suci yang memuji ALLAH dan yang diambil
dari al-Quran.
“Ibu takkan kata
sesuatu itu jika tidak serius. Dan ibu harap sangat ia tidak terjadi di dalam
keluarga kita.” Kata Zainuriah, serius.
“Dahlah, pergi panggil
mereka semua masuk. Dah pukul 7.00 dah ni. Tak baik lama-lama sangat dekat luar
waktu senja.” Nenek menyuruh Meah untuk memanggil mereka semua yang berada di
luar untuk masuk.
Sebenarnya tidaklah
ramai yang berada di rumah Ropeah sekarang, yang ada cumalah keluarga Meah dan
juga keluarga Izham. Yang lain-lain semua sudah pulang ke hotel dan rumah bagi
yang berdekatan. Keluarga Wani juga sudah berada di hotel dan hanya Wani dan
Daniel sahaja yang tinggal di rumah Meah kerana mereka perlu membantu apa yang
patut. Ikutkan Encik Faizul dan Puan Masyah akan bermalam di rumah Ropeah pada
malam ini tapi Puan Masyah pula tidak berapa sihat. Sudah tiba musim orang tak
sihat, jadi ramailah yang tak sihatnya.
Mak cik Meah juga sudah
pulang ke rumah kerana suaminya demam pula. Kalau suami dah demam, mestilah
isteri juga yang dicarinya. Mak cik Meah hanya mempunyai seorang anak lelaki
iaitu Wafih. Tapi, Meah tidak rapat sangat dengan Wafih lepas dia mentah-mentah
menolak cinta si Wafih. Yalah, takkanlah sepupu nak bercinta pula. Walaupun
pada hakikatnya tidak salah kerana sepupu boleh berkahwin tapi tidak bagi Meah,
katanya tidak berkembang keluarganya nanti. Pi
mai pi mai tang tu.
Malah, batang hidung
Wafih juga tidak kelihatan sedari petang sewaktu dia akad nikah tadi. Takkan
frust menonggeng lagi kut? Mat Jan tu tak adalah dia kisah sangat tapi Wafih
sepupunya sendiri, adalah sikit touching
di situ. Tapi, nak buat macam mana, rambut sama hitam, hati lain-lain.
Tapi, ahh biarkanlah
dia!
Setelah menunaikan
solat maghrib berjemaah beramai-ramai dengan Izham sebagai imamnya, mereka
menikmati makan malam yang disiap oleh kaum wanita. Meriah makan malam mereka
pada hari ini. Bertambah meriah apabila Izham sengaja menyuapkan nasi ke mulut
Meah. Apalagi, galaklah mereka mengusik pengantin baru ni. Teruk jugalah
‘blusher’ dekat pipi Meah tapi Izham hanya buat muka selamba macam tiada apa
yang terjadi pun. Apa aku peduli?!
“Untunglah orang tu!!”
Jerit Afif dan meneguk segelas air. Cakap dengan Izham tapi mata dok melekat
dekat muka Firda. Nak cari mati ke?!
Firda mula ‘panas’
dengan renungan Afif yang boleh buat hati dia mati kalau Afif tetap melihatnya
selama dua jam lagi. Hee... Dasar ‘mamat’ minta cungkil biji mata guna pencedok
aiskrim betul!
“Kau kalau rasa nak
bercakap dengan aku, tengok muka aku. Jangan ngada-ngada nak tengok muka anak
dara. Mak dia ada dekat sebelah tu.” Tersembur air yang diminum Afif tadi.
Kuss, nasib tak tersembur dekat muka orang. Nasib juga pinggan dah kosong.
Haissh.. Dia ni macam
tau aje ke mana mata aku ni menghala. Dah pinjam kuasa Pak Belalang tak boleh
harap apa? Bahaya ni! Iqbal di sebelah Afif membantu Afif dengan mengusap
belakangnya. Mulutnya kembung menahan tawa. Karang terburai juga nasi dekat
atas meja ni kalau dia gelak.
“Itulah akibat untuk
orang yang saja cari penyakit!” Tak habis lagi Izham ‘membasuh’ Afif.
Meah di sebelah Izham
mencuit paha Izham dan memintanya agar berhenti dari terus ‘membasuh’ Afif.
Kasihan apabila melihat Afif yang sudah macam orang tak berapa betul apabila
air yang diteguknya tadi habis terkeluar semula.
“Hish, tak senonoh
betullah Afif ni. Maaflah kak Zai, anak saya memang wayar sentiasa tercabut
dari otak. Entah macam mana nak sambung balik pun tak tahulah.” Mak Tam
mencubit lengan anaknya. Afif hanya mencebik dan segera bangun untuk mengelak
dari terus dihentam oleh ibunya dan Izham. Lagi teruk pula nanti.
Zainuriah hanya
tersenyum. Bukannya dia tidak perasaan dari petang tadi Afif dok intai anak
daranya ini tapi sengaja dia buat tidak tahu. Lagipun bukannya dia tidak pernah
merasai perasaan ketika masih muda. Begitu jugalah caranya Saif, ayah Meah
memikat hatinya. Melihatnya sampai membuatkan dia jadi tidak keruan, tidak menentu.
Mereka semua menyambung
semula untuk menjamu selera dengan masakan kampung yang disediakan oleh
Zainuriah dan Meah tadi. Ropeah hanya mampu melihat dan menegur apa yang patut,
nak dibantu kudrat sudah tiada. Jadi, tengok ajelah yang mampu.
Setelah mengambil angin
sebentar di luar rumah, akhirnya Izham dan keluarganya berangkat meninggalkan
rumah Meah.
Meah memandang sayu ke
arah Izham. Ikutkan hatinya, sudah lama dia mengikuti langkah suaminya kerana
tidak ingin berpisah. Tapi, nak buat macam mana. Nanti bising pula ibunya soal
seri-seri semualah.
Abang janganlah pergi!
Meah menjerit sepuasnya di dalam hati untuk menghalang pemergian suaminya.
Amboi, dah rupa kahbi kushi kabhi gham
ya kau!
Izham pun apa lebih dan
kurangnya, dua kali lima jadinya sepuluh jugalah dengan si Meah tu. Dok tengok
bini dia sampai naik juling biji mata. Nasib baik tak sempat jadi juling sebab
Tengku Ariffin sempat sedarkan mimpi di malam hari si Izham ni.
“Tak payah risau, tak
lari kalau dikejar pun isteri bang ngah tu. Esok kita datang lagi. Bukannya
kita balik terus ke KL pun.” Tengku Ariffin berbisik dengan Izham yang masih
tercangak di tepi kereta. Was-was lagi samada dia patut ikut atau pun tak.
Dengan berat hatinya
Izham masuk ke dalam kereta setelah melambai tangan ke arah Meah dan ahli
keluarganya yang masih melihatnya di hadapan pintu.
*****
Seluruh isi rumah
Ropeah senyap sunyi setelah jam menginjak ke arah angka 10.45 malam. Semua
telah pun lena diulit mimpi kecuali Meah yang gelisah memikirkan apa yang
dilakukan oleh suaminya. Nak bermesej dengan Izham, awal-awal lagi telefon
bimbitnya sudah dirampas oleh Zainuriah. Dah macam budak sekolah menengah aje
si Meah ni kerana dia tidak boleh menggunakan telefon bimbit pada malam ini.
Dia termenung sendiri
di dalam biliknya yang cantik berhias. Dulang-dulang hantaran yang kemas
terletak di atas lantai dipandangnya lama. Nak ajak Wani tidur sekali, tak
boleh sebab Zainuriah kata orang dah jadi isteri takkan nak tidur dengan kawan
lagi. Sudahnya, malam ini Wani harus tidur bersama Zainuriah.
Setelah puas tonggeng
menonggeng seorang diri di atas katil dengan bantal sebagai peneman, akhirnya
dia berjaya memejamkan matanya yang sudah lama minta ditutup tapi sengaja
ditahan sebab nak layan dulu feel feeling
ala-ala ‘minah’ hindustan bergolek atas padang rumput tengah rindukan ‘mamat’
hero yang hensem.
Izham yang berada
selang dua lot rumah dari rumah Meah juga turut terkena tempias feeling hindustan yang dirasai oleh Meah
apabila sedari tadi hanya bayangan Meah yang bermain di benaknya. Teruk juga ek
rupa-rupanya perasaan orang yang tengah syok bercinta. Bercinta dalam halal la!
Setelah berselawat ke
atas nabi dan membaca beberapa potong ayat suci al-Quran, akhirnya mata Izham
berjaya ditutup dan lena sehingga terbitnya suria untuk memulakan hari baru
yang lebih bermakna.
best2
ReplyDeleteterima kasih =)
Delete