Tuesday 13 August 2013

Cintaku Jauh Di Awan Biru 44 & 45

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Bab 44


Nombor telefon Izham dicari di dalam senarai nombor di dalam telefonnya. Suasana yang agak bingit di dalam Heritage Hotel tadi membawa Meah keluar dari hotel tersebut.
Dia ingin membincangkan soal hubungan di antara dia dan Izham kerana dirasakan sudah tiba masanya untuk mereka menjalin hubungan yang halal setelah semalam dia tidak mampu untuk lena apabila memikirkan kata-kata nenek pagi semalam. Ia ibarat bayang-bayang hitam yang bertukar menjadi perasaan resah yang sering mengikuti dirinya ke mana jua selagi apa yang neneknya harapkan tidak dilaksanakan. Dia tidak gemar melihat neneknya tertunggu-tunggu.
Butang berwarna hijau ditekan untuk mendail nombor Izham. Setelah agak lama lagu Ku Tiba Lagi berentak di sebalik corong, akhirnya orang yang didail mengangkat juga telefonnya.
“Assalamualaikum. Ada apa Meah? Meah ada masalah ke?” Soal Izham yang risau apabila tiba-tiba sahaja Meah menelefonnya. Selalunya Meah hanya bermesej dengannya.
“Waalaikumussalam. Meah ok aje. Tapi, ada perkara yang mustahak yang Meah bincang dengan abang Iz. Sebelum tu Meah nak tanya, Meah ganggu abang Iz tak? Kalau Meah mengganggu, lain kali Meah telefon balik.” Ujar Meah serius. Pipinya sudah penat untuk memerah. Dia sudah tekad untuk berbincang secara serius dengan Izham. Tidak mahu membiarkan perasaan malu bermaharajalela lagi.
“Taklah, Meah tak mengganggu pun. Abang pun tengah bosan tak buat apa-apa. Meah nak bincang apa dengan abang? Serius semacam aje bunyinya.” Izham yang sedang bersandar di sofa menegakkan tubuhnya apabila mendengar suara Meah yang serius.
“Meah nak tahu, abang Iz betul-betul serius ke nak kahwin dengan Meah?” Soal Meah tegas. Tiada lagi gagap mahupun ‘blusher’. ‘Blusher’ tu ada tapi tak teruk sangatlah.
“Kenapa Meah tanya abang macam tu? Meah was-was ke dengan cinta abang? Kan abang pernah kata, you can’t to see me but,you can feel my love coz I have give my heart to you.” Izham tersentak mendengar soalan Meah, ayat yang sama yang pernah dia tuliskan untuk Meah diulang semula. Dia jadi salah sangka.
“Eh, eh.. Bukan macam tu, abang. Tapi, ada sesuatu yang penting sangat-sangat yang Meah nak cakapkan dengan abang.” Meah membetulkan salah sangka yang dirasai oleh Izham.
Izham menarik nafas lega. “Perkara penting apa? Cepatlah cakap. Abang sedia mendengar.”
“Macam ni....” Meah menceritakan perihal nenek yang memintanya cepat-cepat mendirikan rumah tangga dan tidak membiarkan hubungan yang tidak sah begitu sahaja.
Izham yang berada di KL tersenyum lebar mendengar setiap butir bicara Meah. Permintaan yang dibuat oleh nenek Meah umpama bulan jatuh ke riba Izham walaupun pada hakikatnya bintang pun sukar untuk dia gapai.
So, Meah nak kita cepatkan tarikh la ni?” Duga Izham walaupun sebenarnya dia faham akan apa yang disampaikan oleh Meah.
“Lebih kurang macam tulah. So, bila agak-agaknya abang boleh datang sini ek?” Soal Meah sambil matanya melilau mencari Wani dan kawan-kawannya yang lain.
Fuhh.. Terlompat riang ria Izham mendengar kata-kata Meah.
“Esok pun boleh.” Izham tersenyum lebar dua inci lagi apabila mengenangkan yang dia tidak perlu tunggu lama untuk memiliki Meah secara halal.
Meah terkejut mendengar kata-kata Izham. “Abang ni biar betul!”
“Abang betullah ni. kalau abang dah tak betul mesti abang dah masuk dalam wad Hospital Bahagia dah.” Seloroh Izham.
“Abang tak sibuk ke?” Dalam diam Meah berharap agar Izham dapat datang ke rumahnya esok.
“Abang lapang sentiasa. Dua minggu lagi baru abang fly. Kenapa? Meah tak suka ke kalau abang nak kenal dengan keluarga Meah awal sikit. Sambil tu boleh abang bawa ibu dengan ayah abang sekali.” Izham buat-buat berjauh hati kerana Meah seakan tidak mahu dia datang awal ke rumah Meah.
“Eh, bukan itu maksud Meah! Cuma Meah takut abang sibuk aje. Tapi, tak kisahlah bila abang nak datang pun. Oklah, Meah kena pergi dulu. Assalamualaikum.” Sebelum sempat Izham meminta alamat rumah Meah, Meah sudah menamatkan perbualan kerana Puan Meisha sudah memanggilnya untuk membantu mereka mengemas barang.
Izham menjawab perlahan salam yang diberi Meah. Telefon bimbitnya ditenung. Senyuman di bibir kian melebar. Dia nekad untuk memberitahu Tengku Nazimah soal Meah dan dia akan membawa Tengku Nazimah untuk berjumpa dengan bakal buah hati halalnya.

*****

Izham berjalan mendapatkan Tengku Nazimah yang sedang menyiram pokok bunga orkid kesayangannya. Hati dan jantung Izham ketika itu serentak sedang mengalun irama rock The Scorpions kerana debaran hebat sedang memukul hati dan jantungnya tanpa belas kasihan. Masih terngiang perbualannya bersama dengan Meah sebentar tadi.
Meah nak cepatkan tarikh wooaa..!! Apa kau ingat senang ke nak dapat peluang keemasan yang sudah bercampur dengan peluang perak campur lagi dengan peluang gangsa. Berharga giler arr!
Dia kini sudah berada di belakang Tengku Nazimah tapi masih gusar memikirkan cara untuk memberitahu hal yang sebenar kepada ibunya.
Tanpa diduga, ibunya berpaling ke belakang sambil membawa getah paip yang masih terpasang airnya. Apalagi, mandi freelah pilot kita ni. Jimat air! Tak payah nak bazirkan air mandi dalam bilik air.
“Ops... Haih.. budak ni. Apa yang bang ngah buat dekat sini? Tengok, kan bang ngah dah basah!” Bebel ibu dan terus menutup paip air. Izham menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila free sahaja dia ‘dimandikan’ oleh ibu.
“Haihhh... Tengok baju bang ngah ni. Dah basah dah ni. Nasib baik kena baju, buatnya ibu sembur dari atas tadi tak ke aniayai aje bang ngah kena mandi.” Tengku Nazimah membantu anak terunanya itu memerah baju yang sudah basah. Izham menggaru lagi kepalanya. Lain niatnya, lain pula yang dia dapat.
“Haa.. Bang ngah datang sini nak apa? Selalunya payah sangat nak nampak muka yang hensem tu dekat taman ibu ni.” Terkembang kempis hidung Izham apabila dipuji hensem oleh Tengku Nazimah. Bukan senang nak dapat pujian beb!
“Hmm.. Bang ngah... Hmm.. Bang ngah.. Sebenarnya...” Gagap, gagap, gagap. Dah jadi trend orang zaman sekarang. Hal penting aje mesti gagap nak cakap. Kena pula soal hati. Bertambahlah gagapnya.
“Bang ngah apa?” Teruja dan tidak sabar, itulah perasaan Tengku Nazimah untuk menunggu Izham meneruskan bicaranya.
“Bang ngah nak kahwin...” Ujar Izham dalam satu nafas tanpa sempat ambil nafas baru. Rambutnya dilurut ke belakang. Pipi tak payah nak cakaplah, ‘blusher’ tahap warna hot pink dah tu.
Tengku Nazimah tercengang dengan apa yang dikatakan oleh Izham.
“Bang ngah, cuba bang ngah ulang balik ayat yang bang ngah cakapkan tadi.” Tengku Nazimah menggosok telinganya yang berlapik dengan tudung yang dipakai.
Izham membuat muka geram apabila tiba-tiba dia terpaksa menjadi ‘kaset’ untuk ulang apa yang dikatanya tadi.
“Bang... Ngah... Nak... Kahwin...” Izham menyebut setiap satu perkataan dengan jelas dan terang. Tak nak jadi ‘kaset’ lagi!
Tengku Nazimah menguntum senyum mendengar apa yang dikatakan oleh Izham.
Alhamdulillah. Tengku Nazimah mengucap syukur ke hadratNya kerana tidak lama lagi seorang lagi dia akan dapat seorang lagi menantu. Kali ni menantu dari Izham pula, satu-satunya menantu perempuan yang akan dia terima.
“Alhamdulillah. Siapa bakal menantu ibu tu? Nak juga ibu tengok rupanya.” Ibu menarik tangan Izham untuk duduk bersamanya di gazebo bersebelahan dengan kolam ikan.
Makin merah pipi Izham apabila disoal begitu.
“Ala, nanti Izham bawalah ibu pergi jumpa dengan dia.” Wajah Meah bermain di mata Izham.
“Takkan tak ada gambar dia kut?” Soal Tengku Nazimah.
Gambar? Tak pernah terfikir di benak Izham untuk menyimpan gambar Meah kerana sampai sekarang dia masih ingat akan rupa Meah walaupun tiada Meah di hadapannya. Sejak dari awal pertemuan di antara dia dan Meah sehinggalah sekarang, rupa Meah tetap mampu untuk dia ingati.
“Tak adalah, bu. Ala, nanti ibu tengok ajelah rupa dia secara live.” Ujar Izham sambil tersengih menampakkan barisan gigi hadapannya yang cantik tersusun. Nasib tak berkilau, kalau tak aniayai silau jadinya.
“Yalah. Tapi, ibu nak tahu juga nama bakal menantu ibu tu.” Tak dapat gambar, dapat nama pun ok juga apa.
“Nama dia Meah. Eh, bukan! Nama dia Ermirda Amirah.” Izham tersasul dengan menyebut nama manja Meah.
“Apa ke pelik sangat namanya? Ermirda? Elmelda tu pernah jugalah ibu dengar.” Ibu pelik dengan nama Ermirda Amirah yang disebut oleh Izham. Ermirda... Pelik ke??
“Pelik? Bang ngah rasa biasa aje.” Izham menggaru kepalanya sambil melihat ke arah wajah Tengku Nazimah.
“Hmm.. Apa-apa ajelah. Tapi, bila bang ngah nak bawa ibu jumpa dengan Ermirda tu? Teringin juga ibu nak tengok rupa dia.” Jelas lagi nyata dan terang lagi bersuluh ibu teruja untuk bersemuka dengan bakal buah hati halal Izham.
Izham membuat muka terlebih bahagia dengan hot pink di pipinya yang semakin berkurangan apabila melihat keterujaan ibu untuk bertemu Meah.
“Esok.” Izham nekad dan tekad untuk membawa keluarganya berjumpa keluarga Meah esok. Tidak kiralah walaupun Meah melarangnya.
Tengku Nazimah tercengang sebentar dengan jawapan yang diberi oleh Izham.
“Bang ngah ni biar betul?” Soal Tengku Nazimah sambil merenung ke arah anak terunanya.
“Betullah. Kalau tak betul tak adanya bang ngah nak bagitahu dekat ibu.” Izham meyakinkan ibunya.
“Haisshh.... Berapa lama dah kenal dengan budak tu?” Ibu sudah mulai serius. Ni yang buat hati dan jantung Izham dipukul tanpa belas kasihan lagi ni. Fuhhh...
“Hmm.. Lebih kurang sebulan setengah macam tulah.” Jawab Izham perlahan sehingga hampir tidak didengari oleh Tengku Nazimah.
Tengku Nazimah tercengang lagi. Ish, dah macam sinetron pula Tengku Nazimah. Tercengang sesaje!
“Cepatnya!!! Bang ngah dah kenal betul-betul ke hati budi dia? Ibu takut nanti dia tak cintakan bang ngah aje. Bang ngah aje yang terhegeh-hegeh dekat dia!” Huh, ingatkan nak belalah anak teruna dia ni, rupa-rupanya awal-awal lagi dah membela si Meah tu. Belum jadi menantu lagi tu!
“Bang ngah dah kenal betul-betul dah, ibu. Lebih dari kenal pun ya. Lagipun bang ngah percaya dia pun cintakan bang ngah. Bang ngah dah propose dia hari tu. Jawapan yang dia bagi, dia nak cepat halalkan hubungan kami. Bukannya bang ngah yang terhegeh-hegeh pun. Kami saling cinta, bu. Tapi, kami tak nak cinta dengan hubungan tak ada akhir macam couple. Kami nak yang halal, yang dapat menambahkan pahala.” Panjang lebar penjelasan Izham kepada Tengku Nazimah. Dia tidak mahu satu pun yang tertinggal kerana takut Tengku Nazimah salah faham dengan niatnya yang ingin segera menyunting Meah untuk menjadi suri di hatinya.
“Alhamdulillah.. Baguslah kalau itu yang korang fikirkan. Nak bawa apa esok? Nak terus bertunang ke?” Tengku Nazimah sengaja menyakat Izham sambil mencubit lengannya.
“Nak terus nikah pun boleh aje.” Izham membalas kata Tengku Nazimah sambil tersengih lebar.
“Amboi! Tak sabar nak masuk alam rumah tangga betul anak ibu ni.” Tengku Nazimah menarik lembut Izham.
“Owh, biasa!” Bahu Tengku Nazimah dipeluknya. Pipinya dicium penuh kasih sayang. Tanpa Tengku Nazimah, siapalah Tengku Izham Faiz.
“Haha.. Dahlah, ibu nak masuk dululah. Jangan lupa bincang dengan ayah kamu tu. Lepas tu rancang nak bertolak dari sini pukul berapa. Haa.. Lagi satu. Rumah keluarga dia dekat mana?”
“Dekat Ipoh, Perak.” Izham sebenarnya dia tahu di mana terletaknya rumah Meah, itupun dia main tibai aje. Yang dia tahu Meah berasal dari Perak. Nak kahwin tapi tak tahu rumah bakal isteri. Apa daa!
“Owh... Ok.” Tengku Nazimah terus berlalu masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang.
Izham mencapai botol makanan ikan. Dia melangkah dan duduk di atas batu penghalang antara kolam dan daratan. Dia mengambil hampir segenggam makanan ikan tersebut lalu dibaling ke dalam kolam.
Seekor kucing parsi berwarna putih milik adiknya, Tengku Anis tiba-tiba melompat ke kakinya. Botol makanan ikan tadi diletakkan di bawah dan terus mencapai kucing tersebut dan dipeluk. Tak lupa juga cium.
Comelnya kau ni Putih, macam rupa Meah pun ada. Bisik hati Izham sambil bermain dengan misai Putih. Putih melompat turun, mungkin rimas dengan kelakuan Izham. Yalah, dahlah kawan tu jantan, boleh pula digomol-gomolnya macam gomol baby. Tapi, ada kena mengena ke antara baby dan kucing parsi jantan?
“Meah..!!” Izham ingin memanggil kucing tadi tapi nama Meah pula yang terkeluar dari bibirnya. Laju tangan kanannya menutup mulutnya. Dia memerhati sekeliling. Yalah, manalah tahu kut-kut ada wartawan Melodi dekat sini. Terus tertangkap sebab terlepas cakap. Kes aniayai jadinya!
Terus dia berlari masuk ke dalam rumah. Pipinya memerah kerana kejadian ketidak sengajaan tadi. Kalah anak dara kena pinang bila tengok rupa pipi dia! Anak dara pun tak ada sampai ber ‘blusher’ pipinya. Kecualilah Meah. Eh, bukan Meah aje. Ramai lagi anak dara yang mampu untuk ber ‘blusher’ la!

*****

“Bolehlah, ayah. Bang ngah serius ni. Bang ngah betul-betul nak jadikan dia sebagai isteri bang ngah yang sah, ayah.” Izham merayu dengan Tengku Ariffin apabila melihat ayahnya tidak memberikan sebarang reaksi yang menyatakan ayahnya setuju untuk mengikutnya ke kampung halaman Meah esok untuk berkenalan dengan keluarga Meah.
Tengku Ariffin meletakkan kembali cawan kopinya ke atas meja. Lama dia merenung anak terunanya yang sedang buat muka tak berapa nak comel untuk memikat hatinya agar dia berkata ‘Ya’ untuk membenarkan dia sekeluarga berjumpa keluarga Meah.
“Ayah.... Please... Jangan dok buat muka seposen aje. Bagilah bang ngah jawapan yang pasti. Senanglah bang ngah nak buat persiapan.” Izham mula menggunakan skill memujuknya. Kalaulah dia budak 5 tahun, rasanya sudah mengalir dah air mata berharga dia.
“Persiapan? Nak kahwin esok dah ke?” Soal ayah sambil tersenyum sinis. Ayah berpeluk tubuh menahan kesejukan malam yang mula mencengkam tubuhnya. Sengaja Izham membawa ayahnya keluar dari rumah untuk membincangkan hal tersebut kerana hal ini perlu dibawa jauh dari pendengaran adiknya. Kalau tak! Hmm... Habis semua kawan-kawan dia tahu yang Izham nak kahwin.
Izham tersipu mendengar soalan ayahnya. “Kalau boleh....” Kata Izham sambil bermain dengan hujung lengan baju Melayunya.
“Ada ayah cakap ayah bagi bang ngah kahwin esok?” Soal ayah tegas dan garang. Jangan mengamuk sudahlah.
“Tak.” Perlahan Izham menjawab sambil tertunduk memandang kain pelikatnya. Kalau ayahnya dah tegas, tak ada chancelah jawabnya dia nak cari peluang pujuk memujuk sebab ayah dia garang tahap melampo dengan dia. Dengan adik beradik perempuan jarang garang gitu.
Dalam diam Tengku Ariffin tersenyum melihat gelagat Izham dalam mencapai persetujuannya untuk menemui keluarga gadis yang berjaya menambat hatinya. Dia tahu Izham serius dengan apa yang dikatanya. Jika tidak, takkan dia akan bawa ‘lari’ Tengku Ariffin keluar rumah semata-mata untuk memberitahu yang dia ingin membawa keluarganya untuk bertemu dengan keluarga gadis pilihan hatinya.
“Kalau ayah bagi jawapan ya, macam mana?” Soal Tengku Ariffin yang masih lagi menggunakan nada tegas. Sengaja dia meletakkan Izham di dalam teka-teki memikirkan jawapan.
“Waktu dan saat ini juga bang ngah minta alamat daripada dia.” Jujur Izham memberi jawapan dengan yakin. Serius, dia tak ada alamat Meah lagi!
“Baru sekarang nak minta alamat?” Cawan kopi diambil dan perlahan airnya dihirup sehingga tinggal separuh cawan.
“Ingat nak minta petang tadi tapi tak sempat sebab dia ada hal. So, bang ngah ingat nak minta malam ni. Tapi, bang ngah nak persetujuan ayah dulu. Ibu dah bagi signal. Ayah aje yang belum bagi signal.”  Izham agak berjauh hati kerana dia rasa seperti Tengku Ariffin sedang mempermainkan hatinya.
Tengku Ariffin ketawa kecil melihat Izham.
Izham mendongak untuk mencari wajah ayahnya. “Kenapa ayah gelak pula? Ayah ingat bang ngah main-main ke?” Izham mula berang apabila dia rasa seperti dia dipermainkan oleh ayahnya sendiri. Chillax arr bro!
Tengku Ariffin berdehem dan tersenyum memandang ke arah Izham yang serius wajahnya. “Hmm... Memang dah terbukti.”
Berkerut dahi Izham, cuba untuk memahami akan apa yang dikatakan oleh ayahnya. “Terbukti apa? Ayah siasat kes apa sampai terbukti bagai ni?” Soal Izham lurus.
“Dah terbukti yang bang ngah serius.” Ujar Tengku Ariffin sambil memandang ke arah Izham yang masih lagi blur.
Tengku Ariffin bangun dan mengerling sekilas ke arah Izham yang masih termangu mencari maksud di sebalik bukti. Bukti? Bukti apa ke bendanya pula?
“Minta alamat dia. Ayah akan bincang dengan ibu kamu. Cawan ayah tu tolong bawa masuk sekali nanti. Basuh sekali.” Sepintas lalu Tengku Ariffin berkata. Tapi, masih sempat ditangkap butir bicaranya oleh Izham. Cuma, maksudnya sahaja masih belum dia dapat tangkap. Asyik lari aje kerjanya. Entah bila dapat kejar pun entah.
Izham menghantar Tengku Ariffin masuk ke rumah dengan pandangan matanya. Dia masih lagi termangu mencari maksud di sebalik kata-kata Tengku Ariffn tadi.
Setelah agak lama dia berdiam sambil berfikir dengan ditemani Putih yang setia menjilat bulunya, akhirnya kata-kata Tengku Ariffin tadi telah tercerna elok oleh akalnya. Dia tersenyum sendiri dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya.
Ayahnya setuju, maknanya sudah tiba masa untuk jari jemarinya bersenam di atas keypad telefon. Laju sahaja tangannya mencari telefon bimbit yang diletak di dalam poket baju Melayu.

                                             Assalamualaikum...
                                           Abang nak alamat, esok datang.
                                          Sambut abang dengan kompang tau!

Tanpa was-was, Izham terus sahaja menghantar mesej yang ditaipnya. Selang beberapa ketika barulah Meah membalas mesejnya.

                                           Waalaikummussalam...
                                          Abang ni biar betul? Tak sihat
                                         ke terlebih sihat ni?

Ligat di menaip untuk membalas mesej Meah.

                                        Sebab abang sihatlah abang minta
                                       alamat dekat Meah.
                                      Kalau abang tak sihat tak
                                     ada abang minta.
Meah membalas.
                                   Hmm.. Yalah. Kejap tau!
Izham menanti penuh debaran dekat KL.
Takkan nak bagi alamat rumah pun masih nak minta izin dekat mak kut? Bisik Izham di dalam hati kerana sudah malas untuk menunggu lama kerana dia sudah mula merasa ngantuk.
Mulutnya yang terbuka luas seperti badak sumbu tanduk satu atas hidung ditutup dengan telapak tangan. Ngantuk beb!
                          
                               No 983 Kampung Cik Zainal, 31200 , Chemor,
                               Perak. Ini alamat rumah Meah.
                             Kalau tak jumpa tanya orang mana rumah cik Peah.

Tersengih lebar Izham membaca mesej yang baru diterimanya. Putih yang dari tadi menjilat bulunya memandang pelik ke arah Izham. Amboi kau, Putih! Pandai pula kau pandang abang tuan kau macam tu ya. Ni mesti cantik dah jangkit dengan tuan dia, Tengku Anis ni.
Izham menjelir lidah ke arah Putih. Kalau orang tengok mesti orang ingat dia ni sewel ke gila ke. Tak pun orang ingat dia baru pulang dari Hospital Bahagia.
Kalaulah Putih tu boleh bercakap mesti dia cakap ‘Lu pehal tersengih, bro. Wa tau la lu dapat mesej dari makwe lu, tapi tak payah nak over sangat!’ Fuhh... jangan main-main. Kucing pun pandai main wa, lu, wa, lu tu!
Malas nak ambil kisah tentang Putih yang masih setia menatap wajahnya yang terlebih hensem kerana terkena penangan bulan yang cerah, terus dia menaip untuk membalas mesej Meah. Hee.. Tak sabar tunggu esok!

                            Terima kasih, sayang. Oklah, pergi tidur.
                          Jangan lupa basuh kaki. Assalamualaikum. J

Dia terus masuk ke dalam sambil mendukung Putih yang gebu. Ok, kalau Putih boleh bercakap. Lagi sekali dia akan cakap dengan Izham. ‘Wei, bro! Lu pehal nak dukung wa. Wa boleh jalan lagilah!’ Garang tuu!! Yalah, kaki dia elok lagi, tapi sibuk nak dukung dia.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~ 
                        Bab 45


Dengan bantuan daripada Daniel yang sudi memberi petunjuk di mana terletaknya Kampung Cik Zainal, Izham mengemudi stereng kereta Tengku Ariffin. Hari ni Tengku Nazimah dan Tengku Ariffin jadi big boss kerana mereka duduk di belakang manakala Izham dan Tengku Anis duduk di hadapan. Ala, bukannya selalu pun dapat merasa jadi big boss untuk anak sendiri.
Mereka membuat keputusan untuk berhenti berehat di hentian sebelah Tanjung Malim apabila melihat Izham sudah kepenatan. Dua cawan kopi yang dibawa dari rumah diteguk dengan rakus seperti sudah 10 hari tak minum kopi buatan Tengku Nazimah. Padahal baru semalam dia minum. Dia bersandar sementara menunggu ‘ratu’ dan ‘puteri’ melepaskan hajat yang terpendam di dalam tandas. ‘Raja’ di belakang sudah terlelap.
Dia melihat Tengku Ariffin di belakang melalui cermin pandang belakang. Jelas kelihatan ayahnya penat walaupun sebenarnya tidaklah jauh mana pun perjalanan yang harus ditempuh. Tapi, mungkin kudratnya yang kian berkurangan membuatkan Tengku Ariffin cepat lelah.
Dalam diam Izham bersyukur kerana masih mempunyai seorang ayah. Seorang ayah yang masih lagi sudi menumpahkan setiap titisan kasih sayang kepadanya walaupun sepatutnya sudah tiba giliran untuk dia pula yang menumpahkan kasih sayang kepada anak sendiri pula.
Lain pula ceritanya dengan Meah. Dia telah kehilangan seorang ayah sejak dari awal dia melihat dunia ini. Tapi, dia tetap tabah menghadapi dugaan dengan curahan kasih dari sang ibu yang tidak penat membesarkan Meah dan adik beradiknya.
Semuanya berdasarkan cerita dari wartawan tak bergaji yang sudi mengeringkan air liur untuk berkongsi cerita tentang siapakah Meah yang sebenarnya. Siapa lagi kalau bukan Daniel Saufi.
Pintu kereta dibuka. Tengku Nazimah dan Anis masuk sambil membebel. Adalah yang tak kenanya tu!
“Kenapa ni ibu, kak cik? Membebel aje tiba-tiba. Baru masuk dah membebel.” Ujar Izham sambil meletakkan beg tangan Tengku Anis di atas riba Anis semula.
Tengku Ariffin memandang ke arah Tengku Nazimah yang memuncung.
“Tadi, dalam toilet tu adalah sorang perempuan ni. Kurang ajar giler! Dia yang jalan tak pakai mata lepas tu bila dah terlanggar ibu boleh pula dia tengkingnya ibu. Kak cik cakaplah dekat dia, dia yang langgar ibu. Last-last dia tengkingnya kak cik sekali. Dia cakap dua beranak sama aje. Sama-sama otak ayam. Heee... Kut dia tu cantik sangat tak apalah. Ni baju pun tak mampu nak beli. Sekali terkangkang nampak tengah-tengah. Hey! Menyampah!” Tu dia... Kawkaw punya ayat Tengku Anis tibai. Beg tangannya dicengkam kuat melepaskan geram yang terbuku di hati.
“Kak cik, ayah tak pernah ajar kak cik cakap macam tu.” Tengku Ariffin menegur apa yang dikatakan oleh Tengku Anis.
“Nak tahu tak bang. Siap boleh dia nak sepak anak dara kita ni. Guna high heel pula tu. Nasib baiklah saya sempat halang. Kalau tak, entahlah. Perosak nama kaum Hawa betul perempuan tu, bang.” Giliran Tengku Nazimah pula meluahkan rasa hati.
Izham dan Tengku Ariffin terkejut tahap rasa macam nak cari perempuan kurang ajar tu lepas tu kasi ajar sikit biar dia jadi banyak ajar. Fuhh... Tak sangka ada juga perempuan sekurang ajar begitu.
“Biar betul, ibu? Macam menipu aje. Sebab setahu bang ngahlah. Tak semua yang seksi itu jahat dan tak semua yang baik itu tak seksi.” Izham beriak pelik dan berpaling melihat kak cik yang masih menahan geram.
“Bang ngah ada nampak muka ibu macam tengah buat pertunjukan sarkas ke sampai ibu nak menipu?”
“Tak ada.” Lurus Izham menjawab soalan ibunya.
“Sudah, sudahlah. Cepat jalan bang ngah. Cepat sikit kita sampai R&R seterusnya. Sempat juga waktu Zuhur masuk. Ibu, kak cik, satu aje yang ayah nak pesan. Ambillah sesuatu yang terjadi di dalam hidup kita ni sebagai pengajaran untuk kita lebih memperbaiki diri kita yang banyak kelemahan. Lupakan kisah yang terjadi dalam toilet tadi. Anggaplah ia satu kebetulan yang membawa hikmah, yang membuatkan kita insaf untuk terus menjaga nama baik ibu dan kak cik sebagai seorang wanita.” Ayah memberi nasihat dengan tenang.
Wajah isterinya ditatap penuh perasaan sayang. Ehem ehem... Awas, bawah umur sila jangan ngada-ngada nak cuba apa yang Tengku Ariffin dan Tengku Nazimah rasa ya! Mereka tu dah kahwin. Bawah umur tu lain punya cerita, lain kali kita cerita.
“Baik, ayah. Kak cik pun rasa tak elok kalau lama-lama fikir benda yang macam tu. Buat jam dalam otak aje!” Ujar Tengku Anis sambil mengenakan seat belt. Utamakan keselamatan di jalanraya!
Perlahan kereta Proton Exora milik Tengku Ariffin meninggalkan hentian Tanjung Malim untuk menuju ke destinasi yang ingin dituju. Pelik tak bila keturunan Tengku pakai kereta tempatan? Haa... Itulah yang best gilernya. Tak terlalu membanggakan jenama orang luar. Jenama negara sendiri pun belum habis ‘ditravel’. Amalan membazir itu adalah amalan setan yang dilaknat.
So, pakai kereta jenama tempatan ni kira salah satu cara paling terbaik la untuk tidak mengamal amalan yang sering dibawa oleh setan yang tak guna tu.

*****

Mereka anak beranak melepak di dalam restoran KFC setelah selesai menunaikan solat Zuhur di surau yang tersedia di R&R Tapah. Izham menyedut air Pepsi sambil matanya tidak lepas daripada memandang ke arah skrin telefonnya. Manalah tahu kut-kut ada yang sedang merindui dirinya yang hensem lebih dari gila.
Tengku Anis tersenyum melihat gelagat abangnya yang seorang ini. Mereka duduk berdua sahaja kerana tidak ingin mengacau pasangan more than sweet of the couple. Biarlah mereka berduaan. Ingat, bukan orang muda aje yang tahu nak berdating-dating bagai ni. Orang yang dah berumur tu lagi dahsyat tau! So, pengajarannya, jangan pandang mereka sebelah mata, jeling-menjeling pun jangan. Tengok guna dua-dua belah mata. Baru dapat hayati.
“Abang ni kenapa? Tengok telefon macam tengok... Apa ke namanya bakal isteri bang ngah tu? Meah? Peah? Limah?” Tengku Anis mula menyampah apabila melihat Izham makin galak melihat ke arah skrin telefonnya. Siap bulatkan mata sampai nak terkeluar pula tu. Cheezy Wedges depan mata macam dah bertukar jadi halimunan aje. Selalunya cepat aje habis sebab kena ngap dengan Izham. Tapi, hari ni tak berusik pun.
Izham menjeling tajam ke arah Tengku Anis. Suka suki mak nenek dia aje tukar nama makwe aku! “Meah..!! Bukan Peah dan yang paling penting bukannya Limah.” Tegas Izham berbicara. Bukan tegas aje ni, dah berapi dah rupanya. Yalah, suka hati Tengku Anis aje nak main ‘tembak’ nama Meah.
“Amboi, marah pula dia. Ala, kak cik ni bukannya ingat sangat pun nama-nama orang ni.” Tangannya cuba untuk mencapai cheezy wedges di dalam kotak milik Izham. Tapi, belum sempat lagi tangannya mendarat untuk mengambil satu, papp. Dah kena pukul dengan Izham.
Eleh, tadi dia yang tak nak. Lepas tu bila orang nak rasa sikit dia marah. Tengku Anis pandang tidak puas hati terhadap abangnya.
“Dah tu, jom balik cepat.” Ajak Tengku Ariffin yang sudah selesai ‘dating’ bersama isteri yang tercinta tahap tak hengat!
“Ok.” Jawab mereka dua beradik serentak. Kotak cheezy wedges yang tidak sempat dijamah Izham kerana terlampau ralit memandang skrin telefonnya.
Tengku Anis sengaja mencapai wedges di dalam kotak Izham apabila dia masih lagi ralit dengan telefonnya. Ish, bahaya betullah orang tengah dilamun rindu tak sudah ni!
Izham menarik selendang yang dipakai oleh Tengku Anis. Tapi, Anis masih selamba badak menjilat jarinya yang penuh dengan keju. Macam budak kecik!
Kotak yang telah kosong tadi dicampak masuk ke dalam tong hijau a.k.a tong sampah. Izham makan laju-laju kerana tidak mahu ia ‘dicilok’ lagi oleh adiknya.
Mereka meneruskan perjalanan ke Chemor, Perak setelah selesai segala urusan di R&R Tapah.
Subhanalladzi sakhara lana hadza wama kunna lahu muqrinin wainna ila robbina lamunqalibun. Doa ketika menaiki kenderaan tidak lupa untuk dibaca oleh Izham yang masih lagi setia untuk menjadi pemandu.
Moga sesiapa yang membacanya berada di bawah lindunganNya. InsyaAllah dengan izinNya.

*****

Debaran kian kencang di setiap pelosok hatinya yang kecil. Jiwanya bagai melayang di atas lebuhraya Utara-Selatan yang dilaluinya tadi. Bagai mimpi di rasakan apabila dia kini sudah berada betul-betul di hadapan rumah keluarga Ermirda Amirah, seorang wanita yang berjaya mencuri dan membawa lari hatinya.
Kelihatan seorang wanita yang agak berumur yang mungkin ibu kepada Meah berdiri di hadapan pintu. Senyuman manis yang tidak lekang dari bibir wanita tersebut membuatkan hati Izham sedikit lega.
“Assalamualaikum.” Tengku Nazimah memberi salam kepada wanita tadi. Setelah bersalam dan berpelukan sesama mereka, akhirnya ada ruang juga untuk mereka masuk ke dalam. Ingatkan tadi nak terus berpeluk depan pintu tu.
Di dalam, kelihatan pula seorang wanita yang lebih tua dan seorang gadis yang tampak lebih muda dari Meah duduk di atas sofa sambil melihat Izham sekeluarga melangkah masuk. Senyuman juga terukir di bibir mereka berdua.
“Jemputlah duduk. Maaflah, banyak kurangnya rumah saya ni.” Zainuriah merendahkan diri di hadapan mereka.
“Ish, tak ada apanyalah Zainuriah, oi. Ada rumah, ada bumbung, ada dapur pun dah kira ok dah tu. Kira cukuplah syarat sebagai sebuah rumah.” Tengku Nazimah agak kurang selesa dengan apa yang dikatakan oleh Zainuriah.
Ropeah tersenyum melihat Tengku Nazimah. Baik orangnya. Bertambah lebar senyum apabila melihat Izham yang dirasanya ialah bakal suami cucunya nanti. Yalah, takkan Meah nak kahwin dengan Tengku Ariffin ni pula, kan? Kerja cari parang dari Tengku Nazimah la namanya tu.
Pemalu mengalahkan perempuan dan yang pastinya ciri-ciri seorang muslimin jelas terserlah pada diri Izham. Tapi, itu baru fizikal. Nak tahu juga mental dia. Boleh jadi imam ke tak? Hehehe... Challenged time!
“Kejap ya, saya suruh Meah buatkan air kejap. Meah, Meah. Buatkan air teh o untuk tetamu kita ni cepat.” Zainuriah menjerit kecil untuk memanggil anak daranya yang entah di mana dia berada.
Mereka bersembang pelbagai jenis topik. Daripada bisnes kecil-kecilan yang cuba dibuat oleh Firda sehinggalah hal kerjaya Izham yang pastinya akan digunakan untuk menampung keperluan Meah suatu hari nanti.
Setelah beberapa ketika, akhirnya Meah muncul jua dari arah dapur sambil menatang dulang. Kelihatan Wani membuntuti langkah Meah dari belakang sambil menatang sepinggan biskut Munchy’s.
Tersenyum lebar Tengku Nazimah dan Tengku Ariffin melihat bakal menantunya yang manis bertudung dengan sepersalinan baju kurung kain cotton berbunga kecil yang berwarna merah jambu. Izham tak payah nak ceritalah kut. Semua pasti tahu betapa lebarnya sengihannya sehingga lebih dari tahap ke cuping telinga. Rasanya dah sampai ke ubun-ubun sengihannya.
Dengan lemah lembut Meah meletakkan dulang yang ditatang di atas meja. Sekilas dia memandang ke arah kedua orang tua Izham di sisinya.
Tangan Tengku Nazimah dicapai untuk disalam. Tapi, dia tidak bersalam dengan Tengku Ariffin. Bukannya dia kurang ajar tetapi ibunya selalu berpesan, jangan sesekali menyentuh tubuh seorang lelaki walaupun hanya bersalam jika dia bukanlah mahram kita. Walaupun jua lelaki tersebut ialah seorang tua kerana hanya atuk dan ayah kandungnya sahaja yang boleh dia sentuh. Selain itu, dia juga hanya boleh menyentuh suami yang sudah sah menjadi miliknya.
“Akak ni bukan ke yang datang mekapkan kak long waktu wedding hari tu ke?” Soal Anis sambil menuding jari ke arah Meah yang terpinga apabila Anis tiba-tiba sahaja menyoalnya begitu.
“Kak cik! Tak baiklah buat macam tu. Tengok akak tu dah cuak. Minta maaf balik.” Jelas Tengku Nazimah kurang senang dengan apa yang dibuat oleh Anis.
Anis tersipu apabila ditegur sebegitu rupa. “Kak Meah, Anis minta maaf ya. Anis tak sengaja. Anis terkejut sangat tadi. Tapi, Anis memang tak salah, kan? Akak yang datang mekap kak long saya waktu wedding dia hari tu?” Ingatkan dah lupa apa yang ditanya tadi, rupa-rupanya makin bertambah pula soalannya.
Meah tertunduk apabila semua yang berada di ruang tamu kecuali Izham dan Wani memandang ke arahnya seolah sedang meminta sebuah jawapan.
“Haah, akak yang mekapkan kakak adik waktu tu.” Pipi Meah sudah mula memerah. Dia ber ‘blusher’ pun bukannya sebab apa, sebab dia perasan yang Izham tidak sedikit pun mengubah pandangannya ke arah lain selain ke arah Meah. Segan siot! Dengan mak bapak dia yang tak henti-henti dok tengok dia lagi, dengan nenek yang tersenyum dari tadi lagi. Haa.. Yang tu dia suka, nenek tersenyum. Hatinya turut tersenyum bersama apabila melihat nenek tersenyum.
“Merahnya pipi.” Tegur Izham perlahan tapi masih mampu untuk didengari oleh Meah dan yang paling dekat ialah Anis. Anis apalagi, cepat aje tangan dia mencubit paha Izham.
Meah dan Wani telah dibawa ‘lari’ oleh Anis ke luar rumah. Tak lupa juga Firda. Mereka sebagai anak dara yang masih suci perlu tunggu di luar. Tak boleh masuk campur hal orang yang sudah berumur! Tapi, Izham lain punya kes. Dia perlu stay di dalam sebab banyak benda dia perlu settle dengan keluarga Meah. Sebab yang nak genggam tangan tok kadi bukannya orang lain, Izham juga. Meah cuma perlu tunggu saat disarungkan cincin ke jari sahaja.
Kedengaran azan yang menandakan waktu Asar telah pun masuk di kawasan Chemor.
“Anak-anak dara semua, cepat masuk. Kita solat jemaah sama-sama.” Zainuriah memanggil mereka untuk masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat.
Mereka beriringan masuk untuk mengambil wuduk di dalam tandas. Setelah selesai, mereka sama-sama naik ke atas. Mereka akan menunaikan solat di tingkat atas kerana ruang di tingkat atas lebih luas daripada ruang di tingkat bawah.
Kelihatan Izham sudah mengambil tempat sebagai imam di hadapan. Meah pada mulanya memandang sinis dengan kemampuan Izham untuk mengimamkan solat mereka terkedu tatkala mendengar kelunakan suara Izham mengalunkan doa. Tersentuh hatinya apabila mendengar ayat yang dibaca oleh Izham.
Menyesal dan berdosa. Ya, memang itu yang dia rasakan terhadap Izham pada waktu itu. Terasa seperti ingin mengalir sahaja air matanya kini. Menyesal menyesal menyesal!!! Itulah akibat apabila terlalu memandang rendah terhadap seseorang.
Apabila dilihat dari segi fizikalnya sahaja sudah dapat mengagak yang Izham mampu untuk tunaikan tugasnya sebagai seorang imam suatu hari nanti. Tapi, sang setan yang memang eee... Kalau dapat dibako dengan petir pun bagus juga sebab tak habis-habis nak hasut orang aje kerjanya. Ok, sambung balik. Disebabkan setan tak guna tulah yang membuatkan Meah jadi ragu dengan kemampuan Izham untuk menjadi imam. Tak guna punya setan!
Meah bertemu empat mata dengan Izham di beranda rumah setelah selesai solat berjemaah. Dia ingin meminta maaf kerana telah terlanjur berfikir negatif terhadap bakal imamnya ini. InsyaAllah bakal imamnya.
“Abang, Meah nak minta maaf sangat-sangat dekat abang. Meah dah buat salah besar dengan abang.” Sebak menusuk hatinya yang bagai sudah tidak mampu berfungsi lagi.
Izham memandang pelik ke arah Meah. “Kenapa pula Meah nak minta maaf dekat abang. Apa yang besar sangat salah yang Meah buat tu?” Soal Izham.
“Meah dah memperkecilkan kemampuan abang. Meah bersalah! Meah tahu Meah ni bodoh dan buta. Hanya tahu menilai melalui luaran, tapi tak mampu untuk menilai semuanya. Hanya nampak permata yang berkilau tapi tak nampak pasir yang lebih berganda banyaknya daripada permata.” Entah apa punya peribahasalah. Tak pernah pula jumpa dalam mana-mana buku peribahasa.
“Maksud Meah?” Izham masih tidak jelas dengan apa yang dibicarakan oleh Meah. Dia ingin lebih terperinci agar dia dapat lebih memahami.
“Meah... Hmm... Meah sebenarnya ingat abang tak mampu... jadi imam. Meah pandang sinis terhadap abang. Tapi, tak sangka Meah perlu menelan bulat-bulat balik apa yang telah Meah anggap terhadap abang. Tiada satu pun yang mengena. Meah minta maaf.” Mata Meah mula bersinar dengan kaca yang tunggu masa untuk pecah dan menjadi deraian air mata.
Izham tetap tersenyum walaupun hatinya sedikit tercalar dengan kenyataan Meah. “Tak mengapalah, Meah. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ni.” Tenang Izham menutur kata-kata sambil merenung halaman rumah Zainuriah yang bersih dan damai.
Meah memandang ke arah Izham yang lagak tenang. Dia tahu di dalam hatinya tidak setenang di luarannya. Ok, itu perkara pertama yang dia pelajari soal Izham. Lagak cool tapi dia tahu hatinya berkocak seperti bumi yang kian bergoncang dek tsunami yang melanda. Walaupun lambat lagi nak kahwin, lagi dua bulan tapi dia perlu awal-awal mempelajari soal bakal suaminya ini. Eh, jap. Dua bulan?! What the babe!
Ok, ok.. Bawa bertenang semua. Sebenarnya, kedua-dua belah pihak, Izham dan Meah telah mengambil persetujuan untuk tidak bertunang tetapi terus bernikah. Kerana katanya tak payahlah nak susah-susahkan diri tunggu sampai berbulan-bulan bertunang. Kahwin terus aje, senang cerita.
Dan sebenarnya lagi, kedatangan keluarga Izham pada hari ini bukan sahaja ingin merisik siapakah bakal isteri Izham sebenarnya tapi juga terus meminang. Ringkas tak? Haa.. Gitu baru ok. Thumbs up, baby.
Two months to go. I can’t to wait for that awesome time. Tak boleh ke hari ni juga kita kahwin?” Sakat Izham sambil memandang ke arah Meah mula rasa hilang akal apa yang perlu dilakukan. Dia jadi kaku 99%. Ok, serius dia tak tahu nak buat apa. Nak jadi malu atau nak tunjuk muka excited tak sabar nak kahwin dengan Izham.
“Samalah.” Lidahnya jadi kelu.
Izham ketawa kecil melihat telatah bakal isterinya ini. Kelam kabut tak sudah!
Just wait and see. Bila dah kahwin nanti, jangan lupa tanggungjawab atas katil tau!” Sengaja! Meah tak perlu dikatakan lagilah. Pipinya dah macam dua biji buah strawberi melekat kukuh di pipi. Merah semacam.
“Ek ehem... Dua bulan lagi ya, cik abangku sayang. Dah, pergi sana. Kami nak dating dengan kak Meah pula.” Anis yang tiba-tiba muncul dari dalam rumah membuatkan pipi Izham pula yang memerah. Haiisshh.. Kacau line betul!
Sempat Izham mencubit pipi Anis sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Anis mengaduh dan menjeling melihat abangnya yang sudah berlalu masuk.
Anis dan Wani mengambil tempat Izham tadi, di sebelah Meah yang masih malu-malu anak kucing.
“Untunglah orang tu, kan Anis? Muda-muda lagi dah nak berumah tangga. Kita ni juga yang masih belum ada yang sudi.” Wani mengusik Meah. Anis pula galak ketawakan bakal kakak iparnya. Nama aje bakal kakak ipar tapi umur sebaya.
“Eleh, kau pun banyak juga yang berkenannya. Cuma diorang takut sebab kau ni ganas melampau!” Paku dulang paku serpih betul!
Wani menepuk paha Meah kerana geram dengan mulut kawannya ini yang tidak pernah diam daripada menjawab.
“Anak-anak dara semua. Jom masuk makan. Mak cik dah masakkan pisang goreng dengan teh o. Itu ajelah yang mak cik boleh sediakan.” Zainuriah mengajak mereka semua untuk makan petang yang hampir menginjak ke senja.
Mereka yang sememang semua spesies tekak bulat tapi perut kempis laju masuk ke dalam rumah dan mencari di manakah gerangan pisang gorengnya.
Meah terpaksa duduk di sebelah Izham yang sudah lama menantikan saat untuk Meah duduk di sebelahnya hanya membuat muka seposen campur seringgit sambil mulutnya mengunyah pisang goreng yang masih panas.
Ehem... Tengku Ariffin berdehem sambil memandang tajam ke arah anak terunanya yang sudah buat muka gatal. Semua mata beralih ke arah Izham. Meah tak perlu nak cakaplah, pipi dah merah, muka dah tak lalu nak angkat nak tengok semua orang. Jaga kau abang Iz!!!
“Sabarlah dahulu ya, duhai anakku. Ibu pasti tidak lama untuk menunggu saat itu.” Ujar Tengku Nazimah, mengusik anaknya yang masih berlagak selamba badak air mengunyah pisang goreng.
“Nanti dia tahulah apa akan terjadi bila dah kahwin nanti. Betul tak, sayang?” Kata Izham sambil bangun untuk meletakkan cawan yang digunakan ke dalam sinki.
Wooaa... Wani dan Anis serentak menjerit ala-ala minah gedik baru hari ini jumpa lolipop warna pink.
“Ada juga yang mati katak kena tembak dengan senapang gajah dekat Kampung Cik Zainal ni nanti. Puan Zainuriah dengan Mak Cik Peah jangan terasa hati dengan perangai anak saya ni ya. Dia ni memang wayar otak tercabut satu. Meah pun kenalah tahan dengan sikap dia bila dah kahwin nanti.” Bertambah merah pipi gebu milik Meah dengan nasihat Tengku Ariffin.
Ropeah dan Zainuriah hanya ketawa mendengar apa yang dikatakan oleh bakal besannya. “Ala, anak saya ni 2x5, 5x2 juga. Perangai sebiji.” Meah menjeling ibunya yang galak ketawa bersama mereka.
“Ni baru sikit Meah, dah kahwin nanti lagi galaklah cucu nenek ni kena usik.” Ropeah tersenyum melihat gelagat cucunya itu.
Meah hanya tersenyum ke arah Ropeah. Hatinya turut tersenyum apabila melihat cucu kesayangannya tersenyum. Senyuman yang amat serupa dengan arwah menantunya dahulu iaitu ayah Meah, Mirza dan Azman. Walaupun ayahnya bukanlah anak kandung Ropeah, tapi hati budinya yang bagus dan sentiasa mementingkan kesenangan orang tua membuatkan hatinya tidak pernah luput daripada terus mengingati arwah ayah Meah.
Dia hanya mampu berdoa agar bakal suami cucunya ini juga seperti ayah Meah yang baik dan membuatkan orang lain sukar untuk melupakan dirinya meskipun tiada lagi jasadnya di atas muka bumi ini. Mudah-mudahan....

Best tak? Tak best?? Hmm.. Sorry leee... Sebenarnya, kan.. Fitri ngaku siap angkat sumpah cite ni boleh dikategorikan sebagai penulisnya sedang syok sendiri.. Heee.. Nak buat macam mana. ♥

No comments:

Post a Comment