Monday 12 August 2013

Cintaku Jauh Di Awan Biru 42 & 43

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Bab berkembar lagi? Hehehe... Sebenarnya selepas ni Fitri nak buat bab berkembar jeeeeee... Nak cepat habis satu (hamak giler!), sebab bab yang first berkembar ni bosan pun ya. HEhehe... *hamak --> tamak

Oklah, silalah nikmati 'hidangan' raya dari Fitri ni. Ngeee...


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Bab 42 

Kedua-buah beg mereka dimasukkan ke dalam boot kereta Proton Gen-2 milik Puan Masyah. Kerana malas nak menyusahkan sesiapa, akhirnya mereka membuat keputusan untuk pergi ke Ipoh dengan menaiki kereta ibu. Dan dalam hampir 2 minggu ini, terpaksalah along pergi ke tempat kerjanya dengan menumpang abah. Tak ada chancelah dia nak bawa Cikgu Najihah dating lepas ni. Kesian...
“Dah pastikan barang yang nak bawa semua dah bawa?” Soal ibu sambil melihat apa yang ada di dalam boot keretanya.
“Dah, bu. Tinggal nak start engine lepas tu drive aje.” Jawab Wani sambil tersenyum ke arah ibunya.
“Aikk.. Drive? Sejak bila pula anak ibu ni ada lesen memandu? Meah tu ibu percayalah kalau nak drive.” Ujar ibu sambil tersenyum ke arah Wani yang mencebik.
Kutuk oranglah tu! Eeee... Bebel Wani di dalam hati sambil memandang Meah di tepinya dengan pandangan tidak puas hati apabila melihat Meah ketawa kecil sambil menyusun beg di dalam boot kereta.
“Huh.. Tak nak kawanlah dengan ibu. Tak nak kawan Meah juga! Dua-dua jahat. Mentang-mentanglah Wani seorang aje yang tak ada lesen, kutuk ajelah kerjanya. Nanti kalau Wani dah ambil lesen nanti, jangan cemburu pula kalau Wani balik naik kereta BMW berkilat.” Wani berlalu masuk ke dalam kereta di tempat sebelah tempat pemandu dengan muncung yang panjang sedepa.
Meah dan ibu berpandangan. Ketawa meletus lagi melihat karenah Wani yang seperti anak kecil tidak dapat apa yang dikehendakinya.
Setelah menutup boot kereta, Meah pergi ke pintu tempat duduk sebelah pemandu untuk mendapatkan Wani yang masih merajuk. Haisshh, cepatlah berkedut muka Wani tu lepas ni. Selalu sangat merajuknya!
“Merajuk lagi?” Soal Meah sambil melihat ke arah Wani yang berpeluk tubuh. Meah di tepinya tidak dipandang langsung.
“Hmm...” Wani masih kaku seperti patung cendana yang mampu untuk bersuara.
Meah tersenyum melihat sahabat baiknya itu. Makin tua makin cepat pula touchingnya budak seorang ni!
“Wani, umur kau baru 22 tau. Belum lagi tiba masanya untuk muka kau berkedut. Tapi, bila kau asyik merajuk macam ni risau juga aku kalau-kalau kawan aku ni cepat pula timbul kedutnya.” Sakat Meah sambil pura-pura menilik muka Wani.
Bertambah panjang muncung Wani mendengar kata-kata Meah. “Banyaklah kau!”
“Aku ada seorang aje, tak ada banyak.” Sengaja Meah mempermainkan Wani.
“Dahlah tu, tak maulah merajuk macam ni. Ibu main-main aje tu. Jom salam dengan ibu. Lepas tu boleh kita bertolak. Cepat sikit sampainya nanti.” Tambah Meah lagi. Tangan Wani ditarik untuk mengikutnya masuk ke dalam rumah untuk berjumpa dengan ibu.
Ibu yang sedang memasukkan makanan ke dalam tupperware berpaling sebaik sahaja melihat kelibat Wani dan Meah sedang melangkah ke arahnya.
“Dah nak pergi ke?” Soal ibu.
“Haah, bu. Pergi awal senang, cepat sikit sampai.” Jawab Meah lalu tangan ibu disalam. Wani turut bersalam dengan ibu.
“Ibu, acik minta maaf sebab merajuk tadi.” Wani berkata sambil tangan ibu disalamnya.
“Tak apa. Ala, anak ibu yang seorang nikan memang macam tu. Cepat sangat nak terasanya.” Kepala Wani diusapnya lembut.
“Haa.. Nah, ambil ni! Buat bekal dalam perjalanan. Mana tahu kut-kut nanti tak sempat nak singgah R&R pula ke, bolehlah makan nasi goreng ni. Ibu dah letak sekali sosej dengan nugget.” Tupperware tadi dihulur kepada Wani dan Meah. Seorang satu, senanglah. Tak payah nanti berebut-rebut. Orang ni nak sosej, orang ni nak nugget.
“Ok, terima kasih ibu. Kami pergi dulu ya. Assalamualaikum. Kirim salam dekat abah dengan along nanti tau.” Ujar Wani sambil mengucup kedua-dua belah pipi Puan Masyah.
Meah juga turut mengucup pipi Puan Masyah. “Ibu duduk rumah elok-elok tau. Kalau ada apa-apa call aje Meah, tak pun Wani. InsyaAllah kami akan tolong ibu.” Meah berpesan kepada ibu.
Ibu hanya tersenyum senang. Senang apabila ada orang mengambil berat akan dirinya yang kian tua dimamah usia yang kian meningkat.
“Yalah, anak-anak ibu. Dah, pergi cepat. Nanti jalan jam payah pula.”
Meah dan Wani mengangguk dan melangkah keluar dari dapur bersama-sama ibu.
“Hati-hati dekat tengah jalan tu, ya. Jangan bawa laju sangat. Kalau rasa penat berhenti rehat dekat  R&R yang terdekat.” Pesan ibu sambil melihat Meah dan Wani yang sedang menyarung kasut ke kaki.
“Yalah, ibu.” Jawab mereka serentak. Pipi ibu dikucup oleh mereka lagi sebelum masuk ke dalam kereta.
Wani dan Meah melambai ke arah ibu yang terpacak di tepi pagar. Laju kereta Gen-2 milik ibu yang dipandu oleh Meah meluncur keluar dari kawasan perumahan Taman Permata.

*****

Wani sudah terlena di tempat penumpang. Meah pula masih menumpu ke arah lebuhraya Utara-Selatan yang agak lengang. Kereta ibu yang dipandu dengan kelajuan 80 km/j bergerak dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tambahan lagi kereta tersebut baru sahaja diservis oleh along kelmarin.
Wani di sebelahnya dipandang sekilas.
Macam budak kecik! Meah berbisik di dalam hatinya.
Papan tanda yang berdekatan menunjukkan bahawa kawasan R&R Tapah yang berada tidak jauh di hadapan. Nampak aje papan tanda R&R terus sahaja perut Meah membunyikan drum. Lapar! Nasi goreng bersama sosej dan nugget yang dibekal oleh ibu tidak sempat dijamah lagi. Cuma bekas tupperware Wani sahaja yang sudah separuh kosong.
Dia senanglah, bukannya buat apa pun. Setakat nak tidur tu tak ada masalah la. Tak mengganggu perjalanan pun. Lainlah kalau Meah yang tertidur. Silap hari bulan mahu ‘innalillah’ mereka berdua ni jadi mangsa gaung yang tak pernah bertutup.
Proton Gen-2 berwarna putih susu tersebut diperlahankan lagi kelajuannya dan dibelok ke kiri untuk masuk ke kawasan R&R Tapah. Meah meletakkan kereta di bawah sepohon pokok yang agak rendang. Handbrake ditarik dan dia menyandarkan badannya dahulu ke belakang. Tulang belakang bagai sudah membengkok 40’ ke hadapan akibat terlalu ke hadapan.
Wani yang masih lagi terlena di sisinya dilihat lagi. Tidur mati apa ‘minah’ seorang ni?! Kereta dah berhenti pun dia tak sedar lagi. Memang dasar tidur letak bom atom tiga biji dekat sebelah pun belum tentu terajaga kalau bom tu tiba-tiba meletup.
“Wani, Wani... Bangunlah. Kita dah sampai dekat R&R ni. Wani...” Meah mengejutkan Wani yang sedang mengeliat malas.
Tak ada kesan! Memang sah dah ni. Memang sah Azwani Syuhada tidur mati!
“WANI!!!!” Kerana tahap geramnya sudah meningkat menjadi maksima apabila melihat Wani masih lagi lena, Meah menjerit di tepi telinga Wani.
Wani yang terkejut dengan sergahan Meah, terus terjaga. Membulat matanya ketika terjaga membuatkan Meah pula yang terkejut. Dah macam pocong baru bangkit. Seram woaa!!
“Eeee... Kau nak apa?” Soal Wani sambil menggaru kepala yang gatal di sebalik tudung yang tersarung.
“Nak apa, apa ke bendanya. Kita dah sampai R&R Tapah dah ni. Aku laparlah. Jomlah pergi makan.” Ujar Meah dan enjin kereta dimatikan.
“Hmm... Aku dah kenyanglah makan nasi goreng tadi.”
“Kau kenyanglah. Aku ni tak makan lagi. Lagipun aku ingat aku nak belikan Dunkin Donuts untuk ibu, nenek dengan adik aku. Kaukan suka makan benda-benda macam tu. Jomlah, aku belanja kau kali ni. Lain kali kau belanjalah aku pula.” Meah mengumpan Wani dengan Dunkin Donuts kesukaannya.
Dengan perasaan malas tapi teruja terlebih, Wani bangun dan mengemaskan tempatnya yang agak bersepah. Bersepah dengan MP3 yang dok ‘melekat’ dekat telinga dia tu. Dengan radio berbunyi lagi, dengan MP3 yang tersumbat dalam lubang telinga dalam terowong Karak dia lagi. Dah macam dekat disco Korea campur dengan disco Malaysia aje bunyinya. Yalah, MP3 dia bunyi lagu Fantastic Baby, yang radio pula bunyi lagu 150 Juta. Haisshh.. Serabut!
Meah melangkah keluar dari kereta. Wani juga turut keluar dari kereta. Kereta dikunci secara automatik oleh Meah.
Perkara pertama yang sering dilakukan oleh ramai orang setiap kali singgah di R&R ialah pergi tandas.
Meah masuk ke dalam manakala Wani hanya menunggu Meah di kerusi yang disediakan di dalam tandas tersebut. Pokok yang ditanam di tengah-tengah tandas tersebut mendamaikan hati sesiapa yang melihatnya. Sejuk aje rasanya. Tapi, ada juga yang menyemak pandangan bila ada yang dok tidur dekat atas kerusi. Memanglah sejuk tapi kalau nak tidur dalam toilet pun agak-agaklah. Tak rasa lain macam ke?
“Jom.” Ajak Meah setelah selesai urusannya di dalam tandas.
Ikutkan hati nak aje mereka makan di restoran Pak Tam. Tapi, apabila mengenangkan mereka akan membuat perjalanan dan dalam proses diet sebelum berumah tangga. Eh, eh.. Jauh pula melencongnya. Mereka malas nak ambil makanan berat-berat kerana masing-masing berat sudah naik 456 gram. Berat tu!
Sudahnya, Dunkin Donuts juga yang menjadi pilihan. Nak makan KFC pun tak boleh bila 456 gram menjadi masalah buat dua orang anak dara yang mementingkan kecantikan luar dalam macam dua orang minah sewel ni. Last-last tahan ajelah hidung ni apabila dari jauh lagi Cheezy Wedges dan ayam goreng spicy sudah dapat di bau.
Meah memilih untuk mengambil Boston Cream dan Chocolate Nut sebagai untuk menahan perut daripada lapar. Wani juga mengambil donut jenis yang sama dengan Meah apabila dia sudah rambang mata untuk memilih yang mana satu yang patut diambilnya.
Makan bagai orang sudah hampir 10 tahun tidak jumpa dengan donut sesedap Dunkin Donuts sehinggakan siapa yang duduk di tepi, depan dan belakang sudah tidak dipedulikan. Letaklah Lee Min Ho ke Datuk Siti Nurhaliza ke depan mereka ni, pasti tidak akan dipedulikan langsung. Ada aku kisah?!
Meah membelikan sembilan jenis donut untuk keluarganya. Ala, beli lapan percuma satu. Wani yang perut seperti perut dinosaur berbunyi bagai kerak bumi merekah apabila terbau ayam goreng KFC. Uiisshh... Ingat! 456 bukanlah jumlah yang kecil! Terpaksalah dia tahan juga perut dia walaupun cacing dalam perut dah mengamuk minta dua ketul ayam goreng spicy bahagian paha dan kepak.
Kuat melantak betul! Dahlah nasi goreng tadi pun dah nak kosong tupperwarenya, donut dua biji lagi. Lepas tu perut pula ‘mengidam’ ayam KFC bergolek atas pinggan dalam restoran KFC.
Meah yang perasan Wani asyik terteleng melihat restoran KFC, menggeleng. Mahu tapi malu. Menyampah aku!
“Oi, lapar lagi ke?” Soal Meah apabila melihat gelagat Wani yang bagai budak kecik ‘panas’ tak dapat seketul paha ayam yang digoreng rangup.
“Lebih kurang gitulah.” Ujar Wani sambil tersengih seperti kerang busuk. Perutnya yang kempis digosok. Huh! Tadi bukan main kenyang katanya. Sekarang, dia yang kebulur lain macam.
“Kuat melantaklah kau ni! Dahlah tadi dah makan nasi goreng setengah bekas tu. Lepas tu tadi dah makan dua biji donut. Dahlah, jom. Tapi, kali ni kau pula belanja. Aku pun nak juga.” Meah menarik tangan Wani untuk mengikutnya masuk ke dalam restoran KFC.
Terlompat riang ria tarian Zapin si Wani apabila Meah mengajaknya untuk makan di KFC. Tapi, kali ni terpaksa jugalah dia keluarkan duit dari beg duitnya.
Bagai orang kebulur lagi mereka meratah dua ketul ayam setiap seorang. Soal 456 gram tu lain kalilah fikirkan.
Mereka dua sudah bagai orang terlebih kolesterol apabila masing-masing terasa bagai ingin menelentang di situ juga kerana terlampau kenyang. Terutamanya Wani yang dirasakan perutnya sudah ke depan 3 inci kerana sudah 3 kali dia makan dalam perjalanan. Fuhh... Debablah anak Encik Faizul ni bila sampai Ipoh nanti. Ni baru dekat Tapah, tak tahulah kut-kut dah sampai Ipoh nanti tambah lagi 1 pinggan nasi berlaukkan ikan keli buatan Puan Zainuriah, terus jadi 4 inci.
Masing-masing masuk ke dalam kereta setelah keluar dari restoran KFC. Masing-masing tersandar di tempat duduk. Perut yang kecil tapi besar kerana sudah terlebih muatan membuatkan mereka tidak mampu untuk berkata-kata.
Meah memulas kunci untuk menghidupkan enjin kereta setelah hampir 5 minit mereka merehatkan diri yang kekenyangan. Handbrake diturunkan untuk menggerakkan kereta. Mereka menyambung semula perjalanan untuk pergi ke Ipoh.

*****

Kereta Gen-2 diparkir di bawah pohon mangga di hadapan rumah Zainuriah. Kelihatan Firda sedang melambai ke arah mereka berdua di hadapan pintu rumah. Beg tangan yang berada di bawah tempat duduk pemandu dicapai Meah dan diletakkan di atas bahunya. Bungkusan Dunkin Donuts yang dibeli di R&R Tapah tadi pula dicapai oleh Wani.
Kereta dikunci setelah memastikan tiada barang yang tertinggal di dalam kereta. Mereka melangkah ke arah Firda dan Puan Zainuriah yang berdiri di hadapan pintu.
“Assalamualaikum, ibu.” Tangan Zainuriah dicapai dan dikucup oleh Meah. Ibu yang terlalu merindui akan Meah, terus membawa ke dalam pelukannya.
Drama air mata dah start dah! Ada sesiapa nak tengok dok? Meh sini cepat.
“Laa.. Tak maulah nangis,bu. Tak comel dah ibu Meah ni.” Meah mengesat air mata yang mengalir di pipi Zainurian dengan telapak tangannya.
Zainuriah menepuk tangan Meah. Giliran Wani pula bersalam dengan Zainuriah. Seperti Meah, tubuh Wani juga turut dibawa ke dalam pelukan Zainuriah. Suka berpeluk betul diorang ni. Hmm... Biasalah tu.
Firda menyambut huluran bungkusan yang dipegang oleh Wani setelah dia bersalam dengan mereka.
 Mereka berpatah balik ke kereta untuk mengeluarkan beg-beg mereka di boot kereta.

*****

Ikan keli yang masih berbaki di dalam pinggannya diratah. Sudah lama tidak memakan masakan ibunya membuatkan dia menjadi orang tak berapa betul apabila ternampak lima ketul ikan keli goreng bersambal di dalam pinggan. Masuk sahaja rumah terus pinggan dan nasi dicari.
Dan memang menjadi kenyataan, perut Wani sudah kedepan empat inci apabila dia makan nasi lagi sampai licin. Sebutir pun tinggallah! Punya dahsyat penangan ibu Meah ni. Ikan kelinya memang fuuhhh... terangkat!
Seronok Zainuriah melihat anaknya makan dengan berselera setelah beberapa bulan tidak bertemu. Firda pula teruja kerana sudah lama dia tidak makan Dunkin Donuts. Nak harapkan kak Mirza yang belikan? Hmm.. Kalau dia belikan untuk Firda tu memang sah ada wayar yang terputus dalam otak dia, tak pun adalah saluran darah dia yang tercabut dari jantung. Bukan Firda tidak tahu sebab Mirza melayannya begitu, tapi dia malas nak terlalu melayan perasaannya. Tension tak pasal-pasal aje. Banyak lagi benda yang patut ditensionkan daripada benda remeh macam tu, kata Firda.
Meah dan Wani membasuh pinggan dan cawan yang mereka gunakan. Setelah selesai, mereka kembali ke meja untuk mendapatkan ibu dan Firda. Nenek tidak dapat bersama mereka kerana nenek tidak sihat. Sakit tua.
“Ibu, kami nak jumpa nenek kejap ek. Lepas tu, kami nak rehat jap dalam bilik. Penatlah jalan jauh-jauh macam ni.” Ujar Meah.
“Yalah. Mandi dulu, lepas tu solat.” Kata ibu. Firda menyuapkan sedikit ke dalam mulut ibu. Ibu, nganga ajelah mulut kalau orang dah suapkan. Seronoknya apabila dilayan oleh anak-anaknya.
Meah dan Wani tersenyum melihat mereka dan terus berlalu naik ke bilik nenek.
Kelihatan nenek sedang terbaring mengiring menghadap dinding apabila mereka masuk ke dalam bilik. Tubuh nenek tampak lebih kecil dan kurus jika ingin dibandingkan kali terakhir Meah berjumpa dengan nenek. Kira-kira enam bulan yang lepas lebih kurang.
“Assalamualaikum, nek. Nek, Meah balik nek.” Tubuh nenek disentuh Meah lembut.
Nenek bergerak perlahan apabila dirasakan ada yang menyentuh tubuhnya. Kaca mata miliknya di atas meja kecil cuba dicapai untuk melihat siapakah yang berada di hadapannya kini.
Meah membantu nenek untuk mengambil kaca matanya dan diletakkan ke telinga nenek. Nenek tersenyum apabila dia dapat melihat jelas cucu kesayangan di hadapannya.
“Meah. Ya ALLAH, dah lama nenek tak jumpa dengan Meah. Nenek ingat Meah dah lupakan nenek dekat kampung ni.” Nenek duduk dengan bantuan Meah dan Wani.
“Takkanlah Meah nak lupakan nenek Meah ni kut.” Meah dan Wani bersalam dengan nenek.
“Anak dara comel ni siapa pula?” Wani terkembang apabila nenek memujinya comel. Siapa tak kembang, beb kalau ada puji kita comel.
“Ni kawan Meah, nek. Nama dia Wani, Azwani Syuhada.” Meah memperkenalkan Wani kepada nenek. Bukannya nenek tidak kenal dengan Wani tapi mungkin umur yang kian meningkat membuatkan nenek lupa siapa Wani dalam hidup Meah.
“Owhh... Baru sampai ke kamu dua orang ni?” Soal nenek sambil membelai rambut Meah yang sudah panjang melebihi paras pinggang.
“Haah, kami baru sampai nek.” Tangan nenek diusapnya lembut. Urat-urat yang timbul di tangan nenek menandakan usia nenek sudah mencapai tahap warga emas. Kulitnya juga kian mengendur.
“Dahlah, pergilah rehat dulu. Mesti kamu letih, kan? Dari KL tu bukannya dekat.” Nenek ‘menghalau’ mereka.
“Yalah, nek. Kami pergi rehat dulu ya. Nenek pun rehatlah balik. Kacau aje kami ni.” Tubuh nenek dibaringkan semula.

Nenek tersenyum melihat layanan cucunya. Sejuk hatinya melihat cucu yang dibela sejak dari sebesar telapak tangan kini sudah membesar menjadi cucu yang menjadi penyejuk rahim ibu yang mengandungkannya.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Bab 43

Meah dan Wani mengambil angin malam di beranda rumah setelah makan malam. Masing-masing tenggelam di dalam dunia sendiri.
Teringat akan kata-kata nenek ketika makan tadi. “Bilalah nenek ni dapat tengok cicit dari Meah? Umur ni makin meningkat. Tunggu masa aje nak kena panggil jadi ahli kubur.” Ayat yang membuatkan Meah dan ibu tersedak. Peristiwa beberapa tahun lalu terjadi lagi. Nenek ingin melihat anaknya. Tak kahwin macam mana nak dapat anak. So, maknanya nenek suruh dia kahwin.
Ibu menepuk bahu Meah sambil duduk bersimpuh di sebelahnya. Kelibat Wani sudah tidak kelihatan di situ. Sudah masuk ke dalam barangkali. Tulah, terlampu mengenang masa silam sampai apa yang terjadi pun tak perasan.
“Meah ingatkan apa yang nenek pernah minta dekat Meah waktu kak Mirza kamu kahwin?” Soal ibu sambil merenung anak mata Meah yang mempunyai warna yang sama dengan arwah suaminya.
Meah hanya mengangguk. Pandangannya dihalakan ke arah kereta Puan Masyah yang terletak di bawah pohon mangga.
“Meah pun dengarkan apa yang nenek minta tadi?” Soal ibu lagi.
Lagi sekali Meah menggangguk.
“Ibu, Meah nak tuntut janji boleh tak?” Wajah ibunya yang bersih di hadapannya direnung.
“Boleh. Janji apa?”
“Janji yang ibu nak ceritakan pada Meah kenapa kak Mirza dingin sangat dengan adik.” Meah mengingatkan ibu tentang janji yang telah ibu buat.
“Owh.. Yang itu. Hmm.. Meah nak ibu mula dari mana?”
“Mula dari awal balik.” Kata Meah mengharap agar ibunya sudi bercerita keseluruhan kisah dingin yang berlaku di antara Mirza dan Firda.
“Meah pun tahukan yang Firda tu anak kawan baik ibu?”
“Tahu.”
“Sebenarnya Firda diberikan kepada sebab mak dia tak mampu untuk menjaga Firda dalam keadaan yang suaminya yang kaki botol, kaki perempuan, kuat berfoya. Dia serahkan pada ibu sebab dia tahu ibu mampu untuk menjaga anak dia. Tapi, kakak kamu tu tak suka dengan Firda. Katanya dia tak suka sebab dia terpaksa berkongsi kasih sayang. Kalau dengan kamu pun dia tidak berapa suka, apatah lagi Firda yang bukan adik kandung dia. Dia terima kamu sebab nenek kamu yang pujuk. Ikutkan hati dia bukannya suka sangat dengan kamu ni.”
“Lepas tu, bila Firda dah naik ke sekolah menengah, kakak kamu marahkan ibu sebab ibu belikan Firda barang-barang baru. Sedangkan kamu terpaksa guna yang lebih dia. Sebenarnya dia tak kisah pun kamu guna lebih dia, tapi yang dia tak puas hatinya sebab dia kata Firda tu bukan adik kandung dia. Jadi, Firda tak layak untuk terima barang-barang yang ibu beli. Padahal sejak dari kecil lagi Firda memang guna barang yang ibu beli untuk dia.”
“Entah perangai siapa yang dia ikut pun tidaklah ibu tahu. Yang ibu tahu perangai panas baran dia sebijik dengan perangai atuk kamu. Panas baran tak bertempat! Janganlah nak buat salah sikit pun, mulalah perangai panas baran dia. Tapi, sepanas baran atuk kamu tu, tak pernah dia naik tangan dengan anak-anak dia, dengan cucu-cucu dia. Dengan nenek pun tak pernah dia naik tangan.” Panjang lebar penjelasan ibu kepada Meah.
Meah memandang pelik ke arah ibunya. “Laa.. Tak adalah kronik sangat masalahnya. Pasal barang baru pun kakak nak kecoh ke?! Bukannya guna duit dia pun, guna duit ibu juga.” Meah tidak suka dengan tindakan kakaknya yang marah hanya kerana barang yang dibeli oleh ibu untuk Firda. Ingatkan besar sangatlah masalahnya sampai kakaknya dingin dengan Firda.
“Biasalah, Meah. Bila hati dah dihasut oleh syaitan, macam tulah jadinya. Kakak kamu tu jenis yang cepat sangat terperdaya. Kalau dengan orang pun dia terperdaya apatah lagi dengan hasutan-hasutan syaitan yang tak pernah berhenti membisikkan perkara yang mampu menjatuhkan maruah seseorang itu, malah juga menipiskan iman.”
Keadaan menjadi sunyi di antara mereka. Yang kedengaran hanyalah suara televisyen yang terpasang di ruang tamu dan juga suara sang katak yang tidak jemu memanggil hujan.
“Meah, Meah tak nak berumah tangga ke?” Soal ibu tiba-tiba.
Meah tertunduk apabila soalan tersebut diajukan kepadanya. Dia bukan tertunduk memikirkan masalah penyelesaian tetapi dia tertunduk menahan malu. Malu apabila mengenangkan abang Iz. Oh abang Iz..!!
Mungkin sudah tiba masanya untuk dia memberitahu kepada ibu soal kehadiran Izham Faiz yang menghiasi taman hatinya. Tapi, ada satu lagi masalahnya. Apabila pipinya sudah memerah, mulutnya pasti akan terkunci dan yang pastinya akalnya mula hilang idea untuk membina ayat.
“Meah..” Ibu memanggil Meah apabila melihat anaknya asyik tunduk.
“Ibu, sebenarnya... hmm... sebenarnya... Meah... hmm... Meah...” Penyakit kroniknya yang sudah lama dihidapinya menyerang kembali. Penyakit gagap!
“Meah sebenarnya apa?” Ibu menjadi teruja untuk mendengar ayat yang bakal terbit di bibir anaknya ini.
“Meah... Meah dah ada yang berkenan. Dia pun suka dekat Meah. Tapi... hmm... tapi...” Gagap lagi! Haisshh... Payah betul nak tunggu budak gagap ni bercakap. Buat habis muka surat betul!
“Tapi.. Meah segan..!!” Sudahnya! Hek eleh, buat saspen aje! Mukanya sudah tersorok di sebalik telapak tangan yang menutupi wajahnya yang kian hangat.
Ibu ketawa melihat gelagat anak daranya. Tapi, ibu bersyukur tak terkata apabila mendengar Meah berkata yang hatinya sudah ada yang berkenan.
“Siapa yang Meah berkenankan tu? Dia tinggal dekat mana? Kerja apa?” Ayat biasa yang sering terpacul dari bibir-bibir bakal mak mentua nak cari menantu. Bukannya nak tanya boleh jadi imam ke tak? Dok tanya yang itu juga. Apa nak jadilah?! Ish ish ish...
“Nama dia Izham, Tengku Izham Faiz. Dia tinggal dekat KL. Kerja, pilot.” Ujar Meah perlahan dengan rasa segan yang masih bersarang di hatinya.
“Amboi, keturunan Tengku! Tingginya taste anak ibu yang seorang ni. Pilot pula tu.” Ibu memuji Izham dan ‘memuji’ Meah juga. Ish, ibu ni. Meah bukan materialistiklah! Setakat duit tu dekat mana-mana pun boleh cari.
“Mana ada tinggi. Gunung Kinabalu lagi tinggi tau! Tak pun Gunung Lang tu.” Wajahnya sudah mengalahkan udang yang dibakar. Merah giler!
“Yalah tu. Bila nak kenalkan bakal suami Meah tu dengan ibu? Nak juga ibu berkenalan dengan dia.” Ibu menjadi bertambah teruja untuk berkenalan dengan jejaka Malaya yang berjaya memikat hati anaknya.
“Bila dia dan Meah free kut. Tapi Meah tak nak kawan lama-lama, bu. Kalau boleh nak cepat disatukan dalam satu hubungan yang halal.” Amboi, dia!!
“Ececeh, dia..!! Tak sabar nak rasa alam rumah tangga nampak?” Ibu menyakat Meah. ‘Blusher’ bertambah lagi di pipi Meah.
“Mana ada ibu! Nak halalkan yang sepatutnya aje.” Tegas Meah berbicara.
“Yalah, yalah. Tapi ingat, suruh dia datang jumpa ibu dulu kalau rasa nak petik bunga yang cantik milik ibu ni. Bunga ibu ni mahal harganya, infiniti jumlahnya.” Pipi Meah diusap lembut oleh ibu.
“Ibu, Meah bukan untuk dijuallah! Tak ada harga-harga semua.” Meah geram mendengar kata-kata ibu.
“Ibu bukan nak jual anak ibu ni. Meah fikirlah sendiri apa harga yang ibu cakapkan tadi. Setiap perempuan ada harganya yang tersendiri. Untuk membayarnya, bukan dengan wang ringgit.” Jelas ibu akan perkara yang sebenar.
Meah terangguk memikirkan kebenaran di sebalik penjelasan ibu. Memang benar setiap wanita atau perempuan itu ada harganya yang tersendiri. Untuk membayarnya bukan dengan wang ringgit. Tapi, dengan cara zahir dan batin yang akan diberi oleh sang suami nanti.
“Dahlah, sayang. Jom kita masuk dalam. Tak baik dok lama-lama dekat luar waktu malam.” Ibu mengajak Meah untuk masuk ke dalam apabila menyedari hari makin malam.
“Ok.” Tangan ibu dipegang erat dan dipimpin masuk bersama dengannya.
Hubungan antara ibu dan anak tidak mampu dipisahkan walau apa pun yang terjadi. Walaupun salah seorang daripada mereka telah tiada lagi di atas muka bumi ini kerana kematian yang memisahkan mereka, hubungan yang terjalin tetap teguh bersatu di hati. Itulah istimewanya cinta yang terjalin di antara ibu dan anak.

*****

Drama yang ditayangkan di slot Ratu di tv9 membuatkan semua yang berada di ruang tamu ternganga. Entah apa yang menariknya drama itu pun tidaklah tahu. Tapi, yang pastinya buat ratu drama macam mereka ni memang terngangalah jadinya.
Huarrgghh.... Firda menutup mulut yang sudah seperti badak sumbu menguap.
“Ngantuk ke?” Soal Meah sambil menepuk paha adiknya.
“Lebih kurang begitulah.” Matanya kian mengecil kerana terlalu mengantuk. Penat sangat buat tempahan kek petang tadi. Time cuti sekolah, ramailah yang kahwinnya. Banyak jugalah tempahannya.
“Pergilah tidur. Esok nak buat kek lagi, kan?” Kata ibu tapi matanya masih melekat ke arah televisyen.
“Hmm.. Yalah.” Firda bersalam dengan ibu, Meah dan Wani dahulu sebelum melangkah meninggalkan mereka di ruang tamu.
Meah mengunyah kerepek pisang yang diambil dari dalam balang yang berada di hadapan Wani. Krukk krukk... Mulut Meah dan Wani mengunyah kerepek pisang.
“Eeee.... Tak guna punya lelaki! Bukannya salah isteri dia pun, kau yang ngada-ngada nak berpoligami. Haaa... Lepas tu bila dah tak adil tak nak mengaku. Menyampah betul aku dengan lelaki macam dia ni!” Amboi, Wani.. Feeling melampau. Ala, dalam drama aje pun. Rileks arr.
“Tahu tak apa! Kalau abang Iz macam tu, siaplah dia. Aku cincang empat belas sampai lumat kalau boleh!” Spontan Meah meluahkan isi hatinya yang penuh dengan perasaan geram apabila melihat watak hero yang tidak adil dalam membahagi kasih kepada isterinya yang pertama.
Wani dan ibu tersengih melihat Meah.
“Kenapa ibu dengan Wani tersengih macam kerang busuk ni?” Meah merasa pelik apabila melihat kelakuan mereka.
“Abang Iz tu..!!” Wani mencubit perlahan paha Meah. Meah masih blur dengan apa yang dikatakan oleh Wani.
“Sanggup ke nak cincang abang Iz kalau dia berpoligami nanti? Takut baru nak angkat parang terus tak jadi cincang bila tengok muka ABANG IZ Meah tu.” Giliran ibu pula untuk menyakat Meah. Bergabung tawa ibu dan Wani di ruang tamu. Tapi, nadanya masih terkawal kerana takut didengari oleh nenek yang ingin beristirehat.
Setelah menyedari keterlanjurannya berkata-kata, terus memerah pipinya. Bantal kecil di tepinya dicapai dan ditekup ke muka, menahan malu. Meah menjerit di sebalik bantal yang menutup mukanya.
“Haii, ada orang tu dah tak sabar nak kahwinlah, Wani. Agaknya bilalah dia nak bawa abang Iz dia tu jumpa mak cik. Teringin juga nak tengok, hensem ke tak bakal menantu mak cik tu.” Habislah Meah..!! 2 lawan 1.
“Ibu!!! Janganlah. Segan Meah tau!” Pinggang ibunya dicuit.
“Eleh, malu-malu anak harimau pula dia! Menyampah aku tengok kau ni. Tapi, betul juga kata ibu kau ni. Bawa cepat-cepat abang Iz jumpa ibu. Cepat juga kahwinnya. Tunggu lama-lama nanti takut kena kebas pula. Stewardess dalam kapal terbang tu cantik-cantik semuanya.” Sengaja Wani menakutkan Meah.
“Nantilah. Nak naik tidur dululah. Assalamualaikum.” Dia bersalam dahulu dengan ibu dan terus berlari naik ke tingkat atas.
Wani dan Zainuriah ketawa bersama apabila melihat Meah hilang di sebalik dinding tingkat atas. Kalau nak berkata-kata tu lain kali guna otak dulu! Ni cakap pun laju semacam aje, tak sempat otak nak proses apa yang nak diluahkan. Kan dah terkantoi! Amekaw...

*****

Wani mengintai untuk mencari kelibat Meah di dalam kamar yang sudah gelap. Dia melangkah masuk apabila melihat Meah sudah pun tidur secara mengiring menghadap dinding.
Entah tidur betul atau saja buat-buat tidur pun tak tahulah.
“Meah, Meah... Kau dah tidur ke belum ni?” Tubuh Meah digoncangnya perlahan.
Meah menggeliat seketika tapi tiada tanda-tanda yang dia masih belum tidur. Bukan baru hari ni dia tidur dengan Meah, sudah berapa tahun dia tidur di sebelah Meah sejak Meah menumpang di rumahnya.
Selagi Meah masih single, selagi itulah dia boleh tidur dengan Meah. Lepas ni kalau Meah dah kahwin, suami dia pulalah yang teman dia tidur. Abang Iz la kut suaminya. Huhuhu... Untunglah..!!
Tapikan, bilalah Meah ni nak kahwin dengan abang Iz ek. Teringin juga dia nak tengok baju kahwin Meah. Lepas tu, Wani jadi pengapit dia. Lepas tu tengok Meah bersanding dengan abang Iz atas pelamin. Lepas tu temanya dalam hati ada taman, penuh dengan kelopak bunga ros yang berguguran dari siling. Lepas tu, ada pula budak-budak kecik comel belaka menari depan pengantin.
Lepas tu, along dengan abang Afiq buat persembahan silat gayung. Lepas tu, abang Iz nyanyikan lagu Luahan Hati untuk Meah. Tak pun diorang berduet nyanyi lagu Muara Hati. Lepas tu, three, lepas three, four, lepas four... Opss... merepek sudah! Sudahnya Wani tertidur dalam bayangan kononnya dia berada dalam dewan persandingan di antara Meah dan Izham.

*****

Baju pengantin yang berwarna putih salju di hadapannya ditelek lagi entah kali ke berapa. Baju pengantin tersebut dicapai dan dibawa ke tubuhnya. Dia cuba membayangkan apabila dia menyarungkan baju tersebut.
Tiba-tiba, seorang jejaka yang amat dikenalinya menghulurkan tangan kepadanya. Izham! Senyuman yang manis telah diberikan kepadanya. Baru dia tersedar yang kini dia berada di taman bunga ros yang luas terbentang di hadapannya. Kucing-kucing yang seperti pernah dilihatnya berlarian di sekeliling taman tersebut.
“Assalamualaikum, sayangku Ermirda Amirah.” Izham memberi salam kepada Meah yang masih ralit melihat taman yang dipenuhi dengan bunga ros. Huluran tangannya tidak disambut oleh Meah.
“Waalaikummussalam, abang. Abang buat apa dekat sini?” Meah menyoal Izham yang segak menyarung sepasang baju Melayu berwarna putih sama seperti baju pengantin yang dipegangnya.
Izham merenung Meah di hadapannya. Cantik!
Baju pengantin yang dipegang Meah tadi sudah tiada di dalam pegangannya. Meah mencari baju yang dipegangnya tadi. Jenuh dia berpusing mencari baju pengantin tersebut, akhirnya dia melihat baju tadi sudah tersarung kemas di tubuhnya. Bagaimana baju itu tersarung di tubuhnya sedangkan tadi dia memegangnya? Pelik bin ajaib bin aladdin betul!
“Cantiknya bakal isteri abang ni.” Izham memuji Meah sambil memegang selendang yang tersarung kemas di kepala Meah.
 Meah menjarakkan sedikit tubuhnya daripada Izham apabila menyedari dia sudah terlalu dekat dengan Izham sehingga hujung kakinya sudah bertemu dengan hujung kaki Izham.
Meah tertunduk malu apabila Izham asyik merenungnya. Izham pula makin seronok melihat wajah Meah yang kemerahan.
“Kahwin jom!” Ujar Izham lagi sambil tersenyum ke arah Meah.
Meah mendongak mencari wajah Izham. “Kahwin?”
“Ya, kita kahwin. Untuk menghalalkan hubungan kita.” Oh, sweetnya..!! Bertambah merah pipi Meah.
“Nak..!!!” Meah menjerit keriangan sambil menari berpusing keliling taman.
“Yeaayy.... Aku nak kahwin..!!!” Jerit Meah sepuas hati.
“Oi..!!!” Ish.. Bunyi raksasa ni selalu mengganggu kegembiraan dia dan Izham. Apa masalahnya raksasa ni! Menyampah Meah mendengar suara raksasa tadi. Ultraman dah tak sudi nak berlawan dengan dialah tu, tu yang dok kacau aje mimpi di malam hari Meah. Tumbuk kang,  free jek!
Meah tidak mempedulikan bunyi ‘raksasa’ tersebut, malah makin galak menari sambil memetik sekuntum bunga ros berwarna merah jambu.
“Ermirda Amirah..!!!” Wani menjerit lagi apabila Meah lebih kuat menyepaknya sehingga dia hampir menjadi nangka busuk.
Meah terkejut apabila mendengar jeritan Wani. Bantal peluknya dihumban ke bawah. Dia mencari baju pengantin yang cantik tadi. Tak ada..!! Bukan sahaja baju pengantin, malah Izham, taman bunga ros dan kucing juga tiada di situ. Yang ada hanya katil, bantal dan yang pastinya Wani yang berdiri tegak macam tiang bendera di tepi katil sambil bercekak pinggang.
“Kenapa kau tak tidur?” Soal Meah sambil menenyeh matanya.
“Saja!” Jawab Wani geram dan terus berbaring semula dan menyambung semula tidurnya yang terganggu dengan perasaan bengang yang berbuku di hati.
Gitu pula! Ni bukan pelik bin ajaib bin aladdin lagi dah. Ni dah kategori melampo! Ada pula saja tak nak tidur. Ish ish ish...
Malas nak panjang-panjangkan cerita, Meah terus mencapai bantal peluk yang dihumbannya tadi dan baring semula. Mimpi indah tadi sudah lenyap dari otaknya. Yang dia ingat baju. Cantik baju tadi. Tapi ‘cantik’ lagi lelaki tadi. Izham Faiz...

*****

“Semalam kau mimpi apa, haa? Sampai aku pun kau tendang sampai nak terjatuh aku tahu tak?” Soal Wani sambil menyikat rambutnya yang agak lembab.
Meah memandang Wani di dalam cermin.
“Aku tendang kau? Masa bila pula?” Soal Meah kembali. Ligat tangannya bekerja mengeringkan rambutnya yang masih basah.
“Masa kau tidurlah! Siap menjerit lagi tu, nasib baik suara kau slow. Buatnya kau jerit kuat semalam, aniayai aje semua terjaga.” Wani menceritakan apa yang telah terjadi semasa mereka tidur semalam. Apalah masalahnya Meah ni ek?! Dok mimpi aje kerjanya. Kuat berangan kut.
“Ya ek? Manalah aku sedar. Entah apa yang aku mimpi semalam pun aku dah tak ingat. Tapi, kan Wani. Aku ingat dua benda aje yang aku mimpi semalam.” Mereka berdua duduk di tepi katil. Spontan Wani menyikat rambut Meah. Apabila selesai Wani menyikat rambut Meah, Meah pula yang menyikat rambut Wani.
“Benda apa? Ce cite dengan aku. Nak juga aku tahu apa yang mimpi. Ke kau mimpi abang Iz?” Soal Wani sambil tersengih nakal. Pipi Meah yang kemerahan menahan sejuk dicubitnya geram.
Pipi Meah bertambah merah lagi. Tapi, nasib baik pipinya memang sudah memerah sejak dari tadi kerana sejuk. Dapat jugalah dia ‘cover’ perasaan malu dia.
“Aku mimpi baju, baju pengantin. Cantik sangat..!!” Meah kembali membayangkan jika dia dapat menyarung baju itu lagi.
“Yang kedua?”
“Yang kedua, taman. Dah dua kali aku mimpi aku ada dekat taman. Tapi, taman tu bukan taman yang biasa tau. Taman tu penuh dengan bunga ros. Cantik giler arr! Kan best kalau ada taman macam yang aku mimpi tu.” Hujung tualanya dipintal sehingga berkeronyok jadinya.
“Waahh... Mesti best, kan?” Wani menjadi teruja kerana dia ialah salah seorang pencinta bunga ros.
“Mesti....” Tak sempat nak habis ayat, dah ada yang mengganggu apabila pintu bilik mereka diketuk dari luar.
“Siapa tu?” Soal Meah.
“Ni adiklah, kak Meah. Ibu ajak makan turun, makan.” Firda memulas tombol pintu untuk masuk ke dalam bilik.
“Owh.. kejap ek. Adik duduklah dulu. Kami nak keringkan rambut sekejap.” Laju tangan Meah dan Wani mengeringkan rambut kerana mereka menunggu lama di meja makan.
“Jom.” Meah mengajak Firda dan Wani turun setelah rambut mereka kering walaupun agak lembab. Mereka tidak mahu mengikat rambut sebaliknya hanya membiarkan ia lepas ke paras pinggang mereka. Cemburu Firda yang melihat rambut mereka berdua yang seperti rambut model iklan syampu.
“Cantiknya rambut kak Meah dengan kak Wani.” Firda memuji sambil menyentuh rambut Meah yang panjang.
Meah dan Wani hanya tersenyum.

*****

Pinggan yang tadinya penuh dengan nasi lemak kini sudah licin. Jari di tangan kanan dijilat. Ikut sunnah!
Meah mengutip pinggan dan cawan yang sudah kosong lalu dibawa ke sinki untuk dibasuh oleh Wani dan Firda. Meah mencapai sehelai kain buruk yang tersangkut di tepi almari untuk membersihkan meja.
Cebisan-cebisan nasi yang bertaburan di atas meja dikutip satu persatu dan dibuang ke dalam plastik yang hampir penuh dengan sampah. Plastik yang hampir penuh dengan sampah itu dibawa ke luar dan disangkut pada cangkuk besi yang tergantung di bawah para. Ada dua lagi plastik sampah yang digantung di situ. Nak buang tak boleh sebab hari ni hari Selasa. Tiada lori sampah yang akan masuk untuk mengutip sampah yang sudah bertimbun. Jadi, terpaksalah dibiarkan dahulu di situ sementara menunggu hari Rabu tak pun hari Sabtu untuk membuang sampah.
Meah membasuh tangan di sinki yang sudah kosong. Tiada pinggan kotor yang berada di situ, malah Firda dan Wani juga sudah tiada di dapur. Mungkin mereka sudah berada di ruang tamu.
Meah menyelak rambutnya yang sudah menutupi sebelah mata. Dia menuju ke ruang tamu apabila terdengar bunyi orang ketawa di sana. Semua mata terarah kepada Meah sebaik sahaja dia sampai ke ruang tamu. Meah merasa pelik apabila melihat gelagat mereka.
“Kenapa? Ada apa yang tidak kena dengan Meah ke?” Soal Meah sambil menilik tubuhnya. Elok sahaja rupanya. Baju tak ketat, seluar tak pendek, rambut tak kusut tapi kenapa mereka memandang pelik?
“Betul ke Meah nak kahwin?” Nenek menyoal dengan tenang sambil melihat cucunya yang sudah melabuhkan punggung di sebelah Wani.
Soalan yang keluar dari bibir nenek diibaratkan bagai peluru berpandu yang terus menembusi dinding hatinya yang tidaklah tebal mana pun. Meah tersentak. Ibu yang duduk di sebelah nenek direnungnya.
“Bukan ibu yang cerita ek. Nenek tahu sendiri.” Ibu membela dirinya apabila dia dapat rasakan Meah seperti meminta penjelasan darinya.
“Macam mana nenek tahu?” Soal Meah sambil melihat nenek yang tersenyum.
“Jadi betullah cucu nenek ni nak berkahwin?” Perkara yang paling orang ramai tidak suka apabila soalan dibalas dengan soalan.
Meah hanya tertunduk. Tidak mengiakan, tidak juga menidakkan perkara tersebut.
“Kalau betul alhamdulillah la. Cuma apa yang nenek nak cakap, jangan biar hubungan Meah dengan dia lama-lama macam tu. Cepat-cepat berkahwin. Soal duit tak perlu Meah fikirkan, nenek ada sikit duit simpanan. Boleh guna sikit untuk Meah dengan Firda kahwin nanti.” Firda pula yang tersentak.
Apa kena mengena pulalah dengan aku. Firda berbisik tidak puas hati.
“Dahlah, nenek nak rehat dekat dalam bilik dulu. Firda, tolong nenek naik ke atas, meh.” Sambung nenek lagi sebelum dia naik ke atas sambil dipimpin oleh Firda.
Meah termenung memikirkan apa yang dikatakan oleh nenek tadi. Perlukah dia kata pada Izham agar tarikh untuk memperkenalkan diri kepada keluarga masing-masing dipercepatkan? Dia tidak sanggup untuk membiarkan nenek dibelenggu rasa tidak sabar untuk melihat bakal suaminya. Bukannya dia ingin melakukan perkara yang tidak baik, dia hanya ingin membina sebuah hubungan yang halal.
Lagipun dia dan Izham sudah mulai serius, lagi apa mahu tunggu!

No comments:

Post a Comment