Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...
Bersyukur, itulah perasaan Fitri kini. Fitri benar-benar gembira dengan apa yang Fitri dapat kini. Fitri puas..!! Puas dapat luahkan apa yang terbuku di hati Fitri selama ini. Cerita-cerita cinta yang Fitri coretkan mampu membuatkan Fitri tersenyum seorang diri. Aik, tulis cerita pun boleh tersenyum sorang-sorang ke? Hehehe...
Bukan itu maksud Fitri sebenarnya. Sebenarnya Fitri tersenyum kerana gembira apabila ada yang sudi baca luahan hati Fitri. Fitri belum gila ya, sayang. Fitri tak kisah walaupun yang baca hanya seorang sahaja tapi yang penting dia sudi meluangkan sedikit masanya untuk membaca coretan luahan hati Fitri.
Bertambah puas dan gembira apabila mereka yang membaca sudi memberikan kata semangat kepada Fitri untuk mencoretkan lagi luahan hati Fitri. Ya ALLAH, terima kasih tak terhingga aku pada-MU, Ya ALLAH. =')
Paling Fitri seronok apabila menaip kisah Meah dan Izham ( Cintaku Jauh Di Awan Biru ) Kisah Meah dan Izham ialah coretan Fitri yang pertama. Dan segalanya bermula dari seorang sahabat alam maya Fitri. Dia ialah seorang muslimah yang sebaya dengan Fitri. Si cantik Nur Najihah la permulaan Fitri berada di alam pencoret sebuah kisah suka duka Meah dan Izham. Tak lupa juga Meah atau nama sebenarnya Nur Amirah juga sahabat Fitri. Dia sentiasa memberi Fitri dorongan untuk siapkan manuskrip CJDAB. Tak lupa juga geng2 sehati sejiwa Fitri. ( Akma, Mai, Shaz, Azy, Erna, Ain dan ramai lagilah ) Tanpa kalian siapalah aku.
Tidak terhenti di situ, Fitri menyambung minat Fitri dengan mencoretkan pula kisah cinta Humairah Aqilah dan Arif Nur Zulkarnain ( Biar Betul! ) dan kisah cinta yang agak kelam kelibut si Fazuwa dan Fazwan ( Cinta Aku dan Mamat Poyo ) Paling latest kisah yang Fitri coretkan ialah kisah cinta antara Zalika dan Ridzuan. Fitri 'tempekkan' kisah mereka di dalam Luahan Hati Dari Jiwa sahaja. ( Tak Tahu Nak Cakap Apa 1 , Tak Tahu Nak Cakap 2 )
Dan yang paling paling paling...... akan datang (hehehehe...) ialah kisah cinta, rindu dan kecewa antara Cinta Nur Kasih dan Muhamad Fadlee. Berdasarkan penglihatan kasar Fitri dan apa yang Fitri agak, InsyaALLAH kisah Cinta dan Fadlee akan meletup seperti yang lain. ( Eh, coretan Fitri meletup kerr?? )
Apa-apa pun, terima kasih ALLAH atas bakat kurniaan-MU ini dapat aku mencoretkan pelbagai kisah suka duka berdasarkan imaginasiku.
So, korang yang baca ni suka ke baca coretan Fitri?? ^_^
Teruskan membaca coretan-coretan Fitri ya, sayang-sayangku..!!
No comments:
Post a Comment