Assalamualaikum dan hai semua...
Sambungan cerpen Fitri sebelum ni..!! ^_^
Zalika yang baru sahaja selesai menunaikan solat
Asar berasa amat terkejut apabila mendengar Fiha menghentak bukunya ke atas
meja. Dia berpaling untuk melihat Fiha.
“Fiha, kau ada masalah ke? Kalau ada
masalah ceritalah dengan aku mana tahu kalau-kalau aku boleh tolong selesaikan
masalah kau tu ke?” Soal Zalika.
Telekung yang dipakai, dibuka lalu
digantung pada penyangkut. Dia melihat Fiha seolah-oleh sedang melancarkan
‘perang’ dengannya. Dia ada buat apa-apakah kepada Fiha sehingga Fiha berubah?
“Fiha, kau marahkan aku ke?” Soal Zalika
dan cuba untuk mendekati Fiha.
Fiha kaku di tempat duduk. Wajah Zalika
di hadapannya langsung tidak dipandang walau sedikit. Zalika cuba untuk
menyentuh tangan Fiha tapi dia segera melarikan tangannya.
Zalika berasa amat pelik dengan apa yang
berlaku.
“Fiha, kau ni kenapa? Kenapa kau dingin
semacam aje dengan aku lepas aku cakap aku suka dekat abang Ridzuan? Kau
sukakan abang Ridzuan ke?” Duga Zalika.
Fiha berpaling laju dan melihat ke arah
anak mata milik Zalika. Hatinya tiba-tiba terasa bagai marak dengan api, panas.
Dia jadi panas mendengar nama Ridzuan meniti di bibir Zalika.
“Bukan urusan kaupun!” Kata Fiha dan
terus baring sambil menghadap ke arah dinding.
Zalika tertunduk. Dia berasa kecil hati
dan bersalah terhadap Fiha. Adakah kerana dia sukakan abang Ridzuan telah
menyebabkan Fiha membenci dirinya?
Zalika mendongak untuk melihat jam di
dinding. Lagi 15 minit sebelum pukul 5.00 petang. Dia tiada mood untuk
berhadapan dengan Ridzuan kerana dia lebih risaukan keadaan Fiha yang dingin
dengannya.
Tapi, hendak ataupun tidak, gagah jua
dia menyiapkan dirinya dan berlalu keluar untuk menemui Ridzuan. Fiha yang
masih terbaring menghala ke dinding dipandang lama. Dia berasa amat bersalah
sehingga ingin menitis air matanya melihat kawan baiknya selama ini dingin
dengannya.
‘KAU berikanlah ketenangan kepada
hamba-MU yang serba tidak sempurna ini, Ya ALLAH. KAU berikanlah jua kepada
kawan baikku ketenangan agar dia tidak berasa tertekan dengan cabaran dunia
yang hebat. KAU tidak pernah sekalipun menduga seseorang itu melebihi batas
imannya.’ Doa Zalika sewaktu keluar dari pintu biliknya.
Walaupun berat, kakinya tetap dihayun
untuk berjumpa dengan Ridzuan.
Sesampainya di tingkat bawah, dia
mengeluarkan telefonnya dan kad nama yang telah diberi oleh Ridzuan kepadanya
pagi tadi. Nombor yang tertera pada kad tersebut didail. Berdebar dadanya
menunggu gerangan manusia di sana untuk menjawab panggilan.
“Assalamualaikum, abang Rid. Ika dah
siap tunggu dekat luar dah ni.”
“Waalaikummussalam. Ok, tunggu aje dekat
situ ya.” Ujar Ridzuan dan terus menamatkan panggilan.
Sebuah kereta Proton Perdana berwarna
hitam tiba-tiba berhenti di hadapan Zalika. Zalika menunduk untuk melihat
gerangan siapa yang membawa kereta tersebut. Cermin tingkap kereta tersebut
terbuka. Wajah dua orang lelaki menjadi tatapannya. Kelihatan Ridzuan di tempat
pemandu manakala seorang lelaki yang tidak dikenalinya pula berada di
sebelahnya.
“Assalamualaikum, Ika.” Ridzuan memberi
salam dan keluar dari keretanya.
Zalika tersenyum. “Waalaikummussalam.”
Ridzuan membuka pintu kereta belakangnya
dan membiarkan Zalika masuk ke dalam kereta. Setelah pintu ditutup, dia kembali
semula ke tempat pemandu. Ridzuan memegang dadanya. Terasa kencang degupan
jantungnya.
Perlahan kereta Proton Perdana milik
Ridzuan bergerak untuk menuju ke dentinasi yang ingin dituju.
“Owh, inilah Zalika yang kau kata tu,
Rid. Comel.” Ujar Hafiz sambil memandang ke arah Zalika dari cermin sisi.
Ridzuan berasa geram dengan Hafiz.
Cemburu pun ada! Hafiz di sebelahnya dijeling tajam sampai terhiris
sekeping-sekeping hati Hafiz dirasakan, kononnya! Hafiz yang sedar Ridzuan
menjelingnya hanya tersengih penuh makna.
‘Kau jangan nak ngada-ngada!’ Mungkin
itulah ayat yang cuba untuk Ridzuan sampaikan.
Ridzuan melihat Zalika melalui cermin
pandang belakang. Gadis itu hanya tersenyum tetapi senyumannya seolah tersirat
sebuah rahsia besar yang tidak diketahui oleh sesiapa.
“Orang kalau bawa kereta kena pandang
depan juga, bukan pandang belakang aje.” Sinis Hafiz memerli Ridzuan yang asyik
melihat Zalika. Nasib baiklah jalan tidak terlalu sibuk. Jika tidak entah apa
sudah jadi.
Ridzuan berdehem kecil dan meneruskan
pemanduannya tanpa mempedulikan apa yang telah Hafiz katakan.
Mata
dan senyuman menyimpan seribu satu rahsia hati...
*****
Zalika dan Ridzuan duduk bertentangan. Masing-masing
berasa malu. Hafiz yang berada tidak jauh dari mereka hanya menggelengkan
kepalanya lalu menyuap sebatang keropok lekor yang dibelinya dari sebuah gerai
yang tidak jauh dari situ.
‘Kalau macam nilah gayanya, tiga tahun
lagilah baru Rid dapat kahwin dengan Ika. Ish
ish ish...’ Desis hati Hafiz.
“Hmm... Ika. Kalau abang nak cakap sikit
Ika jangan marah tau.” Ujar Ridzuan seraya mematikan suasana sepi antara mereka
berdua.
“Boleh. Cakap ajelah, InsyaAllah Ika
takkan marah.” Ucap Zalika sambil tersenyum.
“Abang.. Hmm.. Abang sayang dan cintakan
Ika. Tapi, abang tak nak cinta yang tak ada sebarang keuntungan.” Satu nafas
sahaja Ridzuan mengucapkannya.
Zalika tercengang. Dia berasa tidak
percaya dengan apa yang dia dengar dari bibir Ridzuan.
‘Abang Rid cintakan aku?’ Bisik hati
Zalika.
“Maksud abang Rid apa?” Soal Zalika
sambil tertunduk. Dia berasa malu untuk melihat ke arah Ridzuan.
Ridzuan tersenyum penuh makna. Suka dia
melihat Zalika ketika sedang malu.
“Abang nak Zalika jadi teman hidup
abang, jadi isteri abang. Jaga makan pakai abang.” Ridzuan berasa bersemangat
ketika berkata-kata. Bagai semangat yang tadinya hilang kini kembali semula.
Zalika mengangkat wajahnya untuk melihat
Ridzuan.
“Ika hanya akan terima orang yang berani
untuk bersemuka dengan ibu ayah Ika. Ika juga akan terima orang yang sudi
menerima segala kelemahan Ika. Yang mampu untuk merahsiakan keaiban Ika.”
Serius Zalika menuturnya.
“Bagi abang alamat rumah Ika.”
“Untuk?”
“Abang benar-benar sayangkan Ika. Abang
tak sanggup untuk kehilangan Ika. Demi Ika InsyaAllah segalanya mampu untuk
abang lakukan. Abang sanggup menerima segala kelemahan Ika kerana tiada
siapapun yang sempurna di dunia ini termasuklah abang sendiri. Keaiban seorang
isteri hanya yang boleh dilihat oleh seorang suami, Ika. Jika suatu hari nanti
abang akan menjadi suami Ika, abang perlu merahsiakan keaiban Ika kerana abang
tidak sanggup untuk berkongsi Ika dengan orang lain. Ceritakan keaiban isteri
atau suami sendiri itu diibaratkan kita berkongsi suami atau isteri kita itu
dengan orang lain, bagi abanglah. Segala apa milik Ika perlu abang tahu jika
abang ialah suami Ika nanti dan segala apa milik abang perlu Ika tahu.” Ujar
Ridzuan dalam nada serius.
Zalika berasa terharu dengan pengakuan
yang dibuat oleh Ridzuan.
“Dan lagi satu, fahamilah hati
masing-masing kelak menjadi suami isteri nanti kerana ia mampu mengikat
hubungan kita sehingga ke akhir hayat selain mengikat hubungan suami isteri
melalui kehadiran zuriat.” Pesan Ridzuan kepada Zalika. Dia tersenyum ke arah
Zalika.
Zalika turut tersenyum ke arah Ridzuan
bersama linangan air mata di tubir matanya.
“Abang Rid...” Hanya itu yang sempat
Zalika tuturkan. Air matanya yang sudah tidak mampu untuk bertahan mengalir
juga.
“Syhh... Abang bukan sesiapa untuk Ika
tangisi kerana abang belum menjadi suami Ika.” Ujar Ridzuan.
Koceknya diseluk. Sehelai sapu tangan
berwarna biru berbelang putih dihulurkan kepada Zalika. Zalika menyambut
huluran Ridzuan. Air matanya yang masih mengalir dikesat dengan sapu tangan
tersebut.
“So,
boleh tak kalau abang nak alamat rumah Ika?” Lagi sekali Ridzuan mengutarakan
soalan yang sama.
“Hmm... Kejap, Ika bagi mesej dekat
abang Rid.” Zalika mengesat kesan tangisannya.
Telefon bimbitnya di dalam tas tangan
dikeluarkan dan dia menaip sesuatu pada papan kekunci telefonnya. Selama
beberapa ketika, telefon Ridzuan berbunyi menandakan ada satu mesej yang masuk.
“Anak orang Perak rupanya gadis idamanku
ini.” Ujar Ridzuan sambil tersenyum ke arah Zalika setelah membaca mesej dari
Zalika.
Zalika hanya tersenyum malu-malu anak
kucing.
‘That’s
my friend!’ Bisik hati Hafiz sambil tersenyum melihat Ridzuan dan Zalika.
Walaupun agak jauh kedudukannya dari tempat Zalika dan Ridzuan tapi dia dapat
mengagak apa yang Ridzuan buat kerana dia boleh lihat Zalika menangis. Bukan
menangis tanda sedih tapi tanda gembira.
Cinta
yang halal itu indah ibarat permata yang berkilauan...
*****
Sudah dua hari sejak kejadian Ridzuan meluahkan
perasaan kepada Zalika, tetapi sehingga kini Fiha masih tidak berbaik
dengannya. Bercakap tetap bercakap dengannya tapi dingin sahaja. Tiada lagi
gelak tawa yang menghiasi hari-hari mereka.
Sedang Zalika bermenung di atas kerusi
di hadapan meja belajarnya, tiba-tiba dia terdengar pintu dibuka dari arah
luar. Dia pasti bahawa itu adalah Fiha.
Fiha yang sudah masuk hanya membuat
tidak nampak Zalika yang melihat ke arahnya. Bukan hanya Zalika sahaja yang
merasai kesunyian kerana tiada lagi gurauan mesra seperti biasa antara mereka,
Fiha juga merasai begitu. Dia begitu rindukan suasana yang dulu.
Zalika sudah tidak mampu untuk bertahan
lagi. Dia perlu berterus terang dengan Fiha. Dia sayangkan kawan baiknya.
Zalika menapak ke arah Fiha yang duduk di atas katil.
“Fiha... Aku dah tak tahan dengan
keadaan kita sekarang. Cuba kau terus terang dengan aku apa kesalahan aku
sebenarnya sehingga aku dibenci begini sekali. Aku sayangkan kau, Fiha. Kenapa kau
buat aku macam ni?” Ujar Zalika sambil memegang tangan Fiha. Fiha yang cuba
untuk menarik tangannya tidak dia peduli.
Fiha melihat ke arah Zalika.
“Kau tak salah apa-apa pun.” Kata Fiha
dalam nada yang kosong, tanpa riak.
“Kalau betul aku tak salah kenapa kau
buat aku macam ni. Kau tahu tak yang aku ni rasa macam duduk dalam bilik mayat
bila aku balik. Aku rindukan gurauan kita dulu. Aku rindukan kau yang dulu,
Fiha...” Air mata yang terlalu dipendam akhirnya mengalir jua di hadapan Fiha.
Fiha turut berasa sebak melihat rayuan
Zalika tetapi sengaja dia keraskan hatinya.
Zalika bertindak dengan menyalami tangan
Fiha. “Aku mohon maaf pada kau. Aku tak nak ada hutang dengan kau andai kata
aku pergi dulu.” Tenang Zalika menuturnya. Air matanya dikesat. Tiada guna
untuk dia ‘berdrama’ air mata lagi andai Fiha tetap tidak mahu memaafkannya.
Zalika bangun dari katil Fiha. Air mata
Fiha akhirnya mengalir jua. Dia bangun untuk mengikut langkah Zalika. Zalika
dipeluk oleh Fiha dari belakang. Teresak-esak Fiha menangis di bahu Zalika.
Zalika turut menangis apabila dia berasa belakangnya basah dengan air mata
Fiha.
Akhirnya mereka berdua sama-sama
terduduk di atas lantai. Fiha tetap memeluk Zalika dan menangis.
“Maafkan aku, Ika. Maafkan aku...”
Agak lama mereka berkeadaan begitu
sebelum Fiha berpusing dan memeluk erat tubuh Fiha. Terasa bagai tidak mahu
untuk Zalika melepaskan Fiha pergi. Dahi kawan baiknya itu dicium lama.
“Ika... Aku bersalah dengan kau. Aku tak
patut jadi kawan...” Belum sempat untuk Fiha meneruskan ayatnya, Zalika sudah
meletakkan jari telunjuknya di bibir Fiha.
“Fiha, tiada manusia yang sempurna di
dunia ini kecuali Yang Maha Esa. Tiada siapapun yang mampu lari dari melakukan
kesalahan, Fiha. Termasuklah aku dan kau. Kita sama-sama ada kelemahan yang
sama, sentiasa melakukan kesalahan.” Ujar Zalika kepada Fiha.
Fiha tertunduk. “Fiha minta maaf.”
“Tak apa. Tapi, cuba jelaskan pada aku
kenapa kau tiba-tiba aje macam benci dekat aku. Apa yang aku dah buat sampai
kau dingin macam tu sekali.” Zalika menuntut sebuah penjelasan daripada Fiha.
“Hmm.. Sebenarnya, aku... Aku... Sukakan
abang Ridzuan dah lama. Itulah sebab bila kau cakap kau suka abang Ridzuan, aku
jadi marah, aku jadi tak tentu arah. Aku rasa tercabar.” Jelas Fiha.
Zalika terkejut kerana tidak menyangka
Fiha turut menyimpan perasaan pada Ridzuan.
“Tapi, kau tak payah risau. Aku dah tak
sukakan abang Ridzuan dah. Cuma aku dingin dengan kau sebab aku tak tahu macam
mana nak cakap dengan kau.” Kata Fiha.
“Dan aku tahu kau akan jadi isteri abang
Ridzuan, kan?” Sakat Fiha dalam nada yang agak serak.
Zalika tersipu malu. “InsyaAllah jika
umur kami dipanjangkan dan jika jodoh kami dipanjangkan.”
“Tahniah untuk kawan aku. Tak sabarnya
aku nak menimang anak buah.” Makin galak pula Fiha menyakat Zalika. Dia ingin
menimbulkan suasana ceria antara mereka semula.
“Fiha! Kami kahwin pun lambat lagi.”
Pipi Zalika sudah kemerahan menahan malu yang amat.
“Hahaha... Aku main-main ajelah. Apa-apa
pun aku doakan jodoh kau dengan abang Ridzuan dipanjangkan.” Ujar Fiha sambil
tersenyum ke arah Zalika.
“Terima kasih, Fiha.” Zalika memeluk
tubuh Fiha. Dia berasa amat gembira kerana keadaan yang suram kembali bercahaya
antara dia dan Fiha.
Sekeras
batu sekalipun hati seseorang itu, tetap lembut juga suatu hari nanti...
Dalam
samar-samar awan kelabu, tersembunyinya pelangi indah menceriakan hati...
*****
Baby blue menjadi warna tema untuk hari persandingan
antara Annisa Zalika dan Ridzuan Al-Azim. Dengan sekali lafaz sahaja dengan
berwalikan ayah Zalika, Khalid, Ridzuan telah berjaya memiliki Zalika sebagai
isterinya.
Meriah rumah Khalid dan Jannah dengan
tetamu yang hadir untuk meraikan pasangan raja sehari yang comel lagi menawan.
Pengapit yang tidak kurangnya juga turut menjadi perhatian. Siapa lagi kalau
bukan Fiha dan Hafiz.
“Amboi, orang tu lebar sahaja
senyumannya! Untunglahkan, dah berkahwin. Lepas ni susahlah nak nampak muka dia
sebab mesti dia dok nak berkepit ajekan dengan laki dia ni.” Ujar salah seorang
rakan seuniversiti Zalika.
Zalika menyembamkan wajahnya ke lengan
suaminya, Ridzuan kerana segan. Daripada saat sebelum dinikahkan sehinggalah
selepas bersanding, tak berhenti-henti dia disakat oleh keluarga dan
rakan-rakannya.
Ridzuan dan Hafiz hanya ketawa melihat
gelagat Zalika yang segan tak sudah.
“Eleh, pengantin baru tu malulah pula!
Menyampah aku. Mentang-mentanglah dah ada suamikan orang tukan, tak nampak dah
muka kita ni.” Sakat lagi seorang rakannya.
Bertambah rasa segan Zalika.
“Sayang, jom masuklah. Abang tak solat
Asar lagi. Kita solat sama-sama jom.” Ajak Ridzuan dalam nada berbisik.
“Ehem ehem... Oklah, tak apa kami
faham.” Tak habis lagi rakan Zalika menyakat mereka berdua.
Mereka berdua hanya tersenyum. Mereka
melangkah perlahan untuk masuk ke dalam kerana Zalika memakai high heel. High
heel adalah musuh ketat Zalika, dia benci pakai high heel. Tapi, nak buat macam
mana, dah kena paksa.
Sesampai sahaja di bilik, terus mereka
berdua menyalin baju lain kerana sudah tidak larat untuk memakai baju pengantin
yang menyerlahkan title raja sehari
mereka itu.
“Abang guna toilet dulu ya, sayang. Tapi kalau sayang nak join abang sekalipun boleh.” Ujar Ridzuan sengaja ingin menggoda
isteri yang baru dinikahinya.
Zalika hanya tersenyum. Dadanya berdebar
hebat tatkala melihat Ridzuan membuka baju di hadapannya. Walaupun ditutupi
dengan singlet putih tetapi ia tetap kelihatan menggoda baginya.
“Tak apalah, sayang boleh mandi
sendiri.” Walaupun agak kekok untuk bibirnya menggelarkan dirinya sayang tapi
dia tetap menuturnya tapi istimewa hanya untuk suaminya tercinta.
“Ya ke?” Ridzuan mengenyitkan matanya
seraya memeluk Zalika dari belakang.
Zalika jadi kaku. Meremang bulu-bulu
romanya apabila dipeluk begitu. “Abang, pergi mandi cepat, sayang pun nak mandi
juga. Lepas tu boleh solat sama-sama.” Zalika ‘menghalau’ Ridzuan.
Ridzuan ketawa kecil dan terus berlalu
masuk ke bilik air. Meremang lagi bulu roma Zalika.
Selesai Ridzuan dan Zalika mandi, mereka
berdua menunaikan solat yang menjadi tiang agama berjemaah. Tenang di sudut
hati Zalika apabila melihat lelaki pujaannya di universiti kini menjadi
imamnya. Kini menjadi seorang yang bertanggungjawab untuk menjaganya pula
selepas ayahnya.
“Terima kasih sayang.” Ucap Ridzuan
sebaik sahaja selepas dia mengucup dahi isterinya yang tersayang.
Berkerut dahi Zalika. “Untuk apa?”
“Kerana sayang sudi terima abang sebagai
suami sayang. Terima kasih banyak-banyak, sayang. Tanpa sayang tak bermakna
rasanya hidup abang.” Ujar Ridzuan sambil tersenyum penuh rasa cinta yang
menggunung dari hatinya.
Zalika turut tersenyum. “Sama-sama
kasih, bang. Zalika pun nak ucap terima kasih sebab sudi terima sayang
seadanya.”
Ridzuan mendepa tangannya untuk memeluk
tubuh Zalika. Zalika mendekatkan lagi jarak antara dia dan Ridzuan. Tubuh sasa
Ridzuan dipeluknya erat bagai tidak mahu untuk melepaskannya lagi. Lembut
Ridzuan mencium ubun-ubun Zalika.
“Nothing
can separate us except died. Abang janji sepenuh hati abang untuk terus
setia kepada sayang. Jika abang tidak tepati janji abang, maka azablah yang
patut abang terima.” Jujur Ridzuan menuturnya. Pelukannya dieratkan lagi.
Zalika tersenyum dalam diam.
Cinta yang halal itu amat indah, usah
diburukkan dengan calitan kotoran nafsu. Sahabat itu anugerah ALLAH untuk
menjadi tempat luahan hati, bukannya tempat luahan perasaan marah. Hargailah
segala apa yang telah ditakdirkan.
Terima kasih ALLAH.
~~~~~~
Best tak??? Hehehe... Moga terhiburlah ya. Hanya ini yang Fitri luahkan dari hati Fitri dari jiwa yang dalam.. ^_^
best.. ade unsr prshbtn n percintaan...thumbs up =D
ReplyDeleteTerima kasih noni cayang.. =)
Deletemenarik
ReplyDeleteterima kasih =)
Delete