Thursday 2 May 2013

Tak Tahu Nak Cakap Apa 2

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


Sambungan cerpen Fitri sebelum ni..!! ^_^






Zalika yang baru sahaja selesai menunaikan solat Asar berasa amat terkejut apabila mendengar Fiha menghentak bukunya ke atas meja. Dia berpaling untuk melihat Fiha.

“Fiha, kau ada masalah ke? Kalau ada masalah ceritalah dengan aku mana tahu kalau-kalau aku boleh tolong selesaikan masalah kau tu ke?” Soal Zalika.

Telekung yang dipakai, dibuka lalu digantung pada penyangkut. Dia melihat Fiha seolah-oleh sedang melancarkan ‘perang’ dengannya. Dia ada buat apa-apakah kepada Fiha sehingga Fiha berubah?

“Fiha, kau marahkan aku ke?” Soal Zalika dan cuba untuk mendekati Fiha.

Fiha kaku di tempat duduk. Wajah Zalika di hadapannya langsung tidak dipandang walau sedikit. Zalika cuba untuk menyentuh tangan Fiha tapi dia segera melarikan tangannya.

Zalika berasa amat pelik dengan apa yang berlaku.

“Fiha, kau ni kenapa? Kenapa kau dingin semacam aje dengan aku lepas aku cakap aku suka dekat abang Ridzuan? Kau sukakan abang Ridzuan ke?” Duga Zalika.

Fiha berpaling laju dan melihat ke arah anak mata milik Zalika. Hatinya tiba-tiba terasa bagai marak dengan api, panas. Dia jadi panas mendengar nama Ridzuan meniti di bibir Zalika.

“Bukan urusan kaupun!” Kata Fiha dan terus baring sambil menghadap ke arah dinding.

Zalika tertunduk. Dia berasa kecil hati dan bersalah terhadap Fiha. Adakah kerana dia sukakan abang Ridzuan telah menyebabkan Fiha membenci dirinya?

Zalika mendongak untuk melihat jam di dinding. Lagi 15 minit sebelum pukul 5.00 petang. Dia tiada mood untuk berhadapan dengan Ridzuan kerana dia lebih risaukan keadaan Fiha yang dingin dengannya.

Tapi, hendak ataupun tidak, gagah jua dia menyiapkan dirinya dan berlalu keluar untuk menemui Ridzuan. Fiha yang masih terbaring menghala ke dinding dipandang lama. Dia berasa amat bersalah sehingga ingin menitis air matanya melihat kawan baiknya selama ini dingin dengannya.

‘KAU berikanlah ketenangan kepada hamba-MU yang serba tidak sempurna ini, Ya ALLAH. KAU berikanlah jua kepada kawan baikku ketenangan agar dia tidak berasa tertekan dengan cabaran dunia yang hebat. KAU tidak pernah sekalipun menduga seseorang itu melebihi batas imannya.’ Doa Zalika sewaktu keluar dari pintu biliknya.

Walaupun berat, kakinya tetap dihayun untuk berjumpa dengan Ridzuan.

Sesampainya di tingkat bawah, dia mengeluarkan telefonnya dan kad nama yang telah diberi oleh Ridzuan kepadanya pagi tadi. Nombor yang tertera pada kad tersebut didail. Berdebar dadanya menunggu gerangan manusia di sana untuk menjawab panggilan.

“Assalamualaikum, abang Rid. Ika dah siap tunggu dekat luar dah ni.”

“Waalaikummussalam. Ok, tunggu aje dekat situ ya.” Ujar Ridzuan dan terus menamatkan panggilan.

Sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam tiba-tiba berhenti di hadapan Zalika. Zalika menunduk untuk melihat gerangan siapa yang membawa kereta tersebut. Cermin tingkap kereta tersebut terbuka. Wajah dua orang lelaki menjadi tatapannya. Kelihatan Ridzuan di tempat pemandu manakala seorang lelaki yang tidak dikenalinya pula berada di sebelahnya.

“Assalamualaikum, Ika.” Ridzuan memberi salam dan keluar dari keretanya.

Zalika tersenyum. “Waalaikummussalam.”

Ridzuan membuka pintu kereta belakangnya dan membiarkan Zalika masuk ke dalam kereta. Setelah pintu ditutup, dia kembali semula ke tempat pemandu. Ridzuan memegang dadanya. Terasa kencang degupan jantungnya.

Perlahan kereta Proton Perdana milik Ridzuan bergerak untuk menuju ke dentinasi yang ingin dituju.

“Owh, inilah Zalika yang kau kata tu, Rid. Comel.” Ujar Hafiz sambil memandang ke arah Zalika dari cermin sisi.

Ridzuan berasa geram dengan Hafiz. Cemburu pun ada! Hafiz di sebelahnya dijeling tajam sampai terhiris sekeping-sekeping hati Hafiz dirasakan, kononnya! Hafiz yang sedar Ridzuan menjelingnya hanya tersengih penuh makna.

‘Kau jangan nak ngada-ngada!’ Mungkin itulah ayat yang cuba untuk Ridzuan sampaikan.

Ridzuan melihat Zalika melalui cermin pandang belakang. Gadis itu hanya tersenyum tetapi senyumannya seolah tersirat sebuah rahsia besar yang tidak diketahui oleh sesiapa.

“Orang kalau bawa kereta kena pandang depan juga, bukan pandang belakang aje.” Sinis Hafiz memerli Ridzuan yang asyik melihat Zalika. Nasib baiklah jalan tidak terlalu sibuk. Jika tidak entah apa sudah jadi.

Ridzuan berdehem kecil dan meneruskan pemanduannya tanpa mempedulikan apa yang telah Hafiz katakan.

Mata dan senyuman menyimpan seribu satu rahsia hati...

*****

Zalika dan Ridzuan duduk bertentangan. Masing-masing berasa malu. Hafiz yang berada tidak jauh dari mereka hanya menggelengkan kepalanya lalu menyuap sebatang keropok lekor yang dibelinya dari sebuah gerai yang tidak jauh dari situ.

‘Kalau macam nilah gayanya, tiga tahun lagilah baru Rid dapat kahwin dengan Ika. Ish ish ish...’ Desis hati Hafiz.

“Hmm... Ika. Kalau abang nak cakap sikit Ika jangan marah tau.” Ujar Ridzuan seraya mematikan suasana sepi antara mereka berdua.

“Boleh. Cakap ajelah, InsyaAllah Ika takkan marah.” Ucap Zalika sambil tersenyum.

“Abang.. Hmm.. Abang sayang dan cintakan Ika. Tapi, abang tak nak cinta yang tak ada sebarang keuntungan.” Satu nafas sahaja Ridzuan mengucapkannya.

Zalika tercengang. Dia berasa tidak percaya dengan apa yang dia dengar dari bibir Ridzuan.

‘Abang Rid cintakan aku?’ Bisik hati Zalika.

“Maksud abang Rid apa?” Soal Zalika sambil tertunduk. Dia berasa malu untuk melihat ke arah Ridzuan.

Ridzuan tersenyum penuh makna. Suka dia melihat Zalika ketika sedang malu.

“Abang nak Zalika jadi teman hidup abang, jadi isteri abang. Jaga makan pakai abang.” Ridzuan berasa bersemangat ketika berkata-kata. Bagai semangat yang tadinya hilang kini kembali semula.

Zalika mengangkat wajahnya untuk melihat Ridzuan.

“Ika hanya akan terima orang yang berani untuk bersemuka dengan ibu ayah Ika. Ika juga akan terima orang yang sudi menerima segala kelemahan Ika. Yang mampu untuk merahsiakan keaiban Ika.” Serius Zalika menuturnya.

“Bagi abang alamat rumah Ika.”

“Untuk?”

“Abang benar-benar sayangkan Ika. Abang tak sanggup untuk kehilangan Ika. Demi Ika InsyaAllah segalanya mampu untuk abang lakukan. Abang sanggup menerima segala kelemahan Ika kerana tiada siapapun yang sempurna di dunia ini termasuklah abang sendiri. Keaiban seorang isteri hanya yang boleh dilihat oleh seorang suami, Ika. Jika suatu hari nanti abang akan menjadi suami Ika, abang perlu merahsiakan keaiban Ika kerana abang tidak sanggup untuk berkongsi Ika dengan orang lain. Ceritakan keaiban isteri atau suami sendiri itu diibaratkan kita berkongsi suami atau isteri kita itu dengan orang lain, bagi abanglah. Segala apa milik Ika perlu abang tahu jika abang ialah suami Ika nanti dan segala apa milik abang perlu Ika tahu.” Ujar Ridzuan dalam nada serius.

Zalika berasa terharu dengan pengakuan yang dibuat oleh Ridzuan.

“Dan lagi satu, fahamilah hati masing-masing kelak menjadi suami isteri nanti kerana ia mampu mengikat hubungan kita sehingga ke akhir hayat selain mengikat hubungan suami isteri melalui kehadiran zuriat.” Pesan Ridzuan kepada Zalika. Dia tersenyum ke arah Zalika.

Zalika turut tersenyum ke arah Ridzuan bersama linangan air mata di tubir matanya.

“Abang Rid...” Hanya itu yang sempat Zalika tuturkan. Air matanya yang sudah tidak mampu untuk bertahan mengalir juga.

“Syhh... Abang bukan sesiapa untuk Ika tangisi kerana abang belum menjadi suami Ika.” Ujar Ridzuan.

Koceknya diseluk. Sehelai sapu tangan berwarna biru berbelang putih dihulurkan kepada Zalika. Zalika menyambut huluran Ridzuan. Air matanya yang masih mengalir dikesat dengan sapu tangan tersebut.

So, boleh tak kalau abang nak alamat rumah Ika?” Lagi sekali Ridzuan mengutarakan soalan yang sama.

“Hmm... Kejap, Ika bagi mesej dekat abang Rid.” Zalika mengesat kesan tangisannya.

Telefon bimbitnya di dalam tas tangan dikeluarkan dan dia menaip sesuatu pada papan kekunci telefonnya. Selama beberapa ketika, telefon Ridzuan berbunyi menandakan ada satu mesej yang masuk.

“Anak orang Perak rupanya gadis idamanku ini.” Ujar Ridzuan sambil tersenyum ke arah Zalika setelah membaca mesej dari Zalika.

Zalika hanya tersenyum malu-malu anak kucing.

That’s my friend!’ Bisik hati Hafiz sambil tersenyum melihat Ridzuan dan Zalika. Walaupun agak jauh kedudukannya dari tempat Zalika dan Ridzuan tapi dia dapat mengagak apa yang Ridzuan buat kerana dia boleh lihat Zalika menangis. Bukan menangis tanda sedih tapi tanda gembira.

Cinta yang halal itu indah ibarat permata yang berkilauan...

*****

Sudah dua hari sejak kejadian Ridzuan meluahkan perasaan kepada Zalika, tetapi sehingga kini Fiha masih tidak berbaik dengannya. Bercakap tetap bercakap dengannya tapi dingin sahaja. Tiada lagi gelak tawa yang menghiasi hari-hari mereka.

Sedang Zalika bermenung di atas kerusi di hadapan meja belajarnya, tiba-tiba dia terdengar pintu dibuka dari arah luar. Dia pasti bahawa itu adalah Fiha.

Fiha yang sudah masuk hanya membuat tidak nampak Zalika yang melihat ke arahnya. Bukan hanya Zalika sahaja yang merasai kesunyian kerana tiada lagi gurauan mesra seperti biasa antara mereka, Fiha juga merasai begitu. Dia begitu rindukan suasana yang dulu.

Zalika sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. Dia perlu berterus terang dengan Fiha. Dia sayangkan kawan baiknya. Zalika menapak ke arah Fiha yang duduk di atas katil.

“Fiha... Aku dah tak tahan dengan keadaan kita sekarang. Cuba kau terus terang dengan aku apa kesalahan aku sebenarnya sehingga aku dibenci begini sekali. Aku sayangkan kau, Fiha. Kenapa kau buat aku macam ni?” Ujar Zalika sambil memegang tangan Fiha. Fiha yang cuba untuk menarik tangannya tidak dia peduli.

Fiha melihat ke arah Zalika.

“Kau tak salah apa-apa pun.” Kata Fiha dalam nada yang kosong, tanpa riak.

“Kalau betul aku tak salah kenapa kau buat aku macam ni. Kau tahu tak yang aku ni rasa macam duduk dalam bilik mayat bila aku balik. Aku rindukan gurauan kita dulu. Aku rindukan kau yang dulu, Fiha...” Air mata yang terlalu dipendam akhirnya mengalir jua di hadapan Fiha.

Fiha turut berasa sebak melihat rayuan Zalika tetapi sengaja dia keraskan hatinya.

Zalika bertindak dengan menyalami tangan Fiha. “Aku mohon maaf pada kau. Aku tak nak ada hutang dengan kau andai kata aku pergi dulu.” Tenang Zalika menuturnya. Air matanya dikesat. Tiada guna untuk dia ‘berdrama’ air mata lagi andai Fiha tetap tidak mahu memaafkannya.

Zalika bangun dari katil Fiha. Air mata Fiha akhirnya mengalir jua. Dia bangun untuk mengikut langkah Zalika. Zalika dipeluk oleh Fiha dari belakang. Teresak-esak Fiha menangis di bahu Zalika. Zalika turut menangis apabila dia berasa belakangnya basah dengan air mata Fiha.

Akhirnya mereka berdua sama-sama terduduk di atas lantai. Fiha tetap memeluk Zalika dan menangis.

“Maafkan aku, Ika. Maafkan aku...”

Agak lama mereka berkeadaan begitu sebelum Fiha berpusing dan memeluk erat tubuh Fiha. Terasa bagai tidak mahu untuk Zalika melepaskan Fiha pergi. Dahi kawan baiknya itu dicium lama.

“Ika... Aku bersalah dengan kau. Aku tak patut jadi kawan...” Belum sempat untuk Fiha meneruskan ayatnya, Zalika sudah meletakkan jari telunjuknya di bibir Fiha.

“Fiha, tiada manusia yang sempurna di dunia ini kecuali Yang Maha Esa. Tiada siapapun yang mampu lari dari melakukan kesalahan, Fiha. Termasuklah aku dan kau. Kita sama-sama ada kelemahan yang sama, sentiasa melakukan kesalahan.” Ujar Zalika kepada Fiha.

Fiha tertunduk. “Fiha minta maaf.”

“Tak apa. Tapi, cuba jelaskan pada aku kenapa kau tiba-tiba aje macam benci dekat aku. Apa yang aku dah buat sampai kau dingin macam tu sekali.” Zalika menuntut sebuah penjelasan daripada Fiha.

“Hmm.. Sebenarnya, aku... Aku... Sukakan abang Ridzuan dah lama. Itulah sebab bila kau cakap kau suka abang Ridzuan, aku jadi marah, aku jadi tak tentu arah. Aku rasa tercabar.” Jelas Fiha.

Zalika terkejut kerana tidak menyangka Fiha turut menyimpan perasaan pada Ridzuan.

“Tapi, kau tak payah risau. Aku dah tak sukakan abang Ridzuan dah. Cuma aku dingin dengan kau sebab aku tak tahu macam mana nak cakap dengan kau.” Kata Fiha.

“Dan aku tahu kau akan jadi isteri abang Ridzuan, kan?” Sakat Fiha dalam nada yang agak serak.

Zalika tersipu malu. “InsyaAllah jika umur kami dipanjangkan dan jika jodoh kami dipanjangkan.”

“Tahniah untuk kawan aku. Tak sabarnya aku nak menimang anak buah.” Makin galak pula Fiha menyakat Zalika. Dia ingin menimbulkan suasana ceria antara mereka semula.

“Fiha! Kami kahwin pun lambat lagi.” Pipi Zalika sudah kemerahan menahan malu yang amat.

“Hahaha... Aku main-main ajelah. Apa-apa pun aku doakan jodoh kau dengan abang Ridzuan dipanjangkan.” Ujar Fiha sambil tersenyum ke arah Zalika.

“Terima kasih, Fiha.” Zalika memeluk tubuh Fiha. Dia berasa amat gembira kerana keadaan yang suram kembali bercahaya antara dia dan Fiha.

Sekeras batu sekalipun hati seseorang itu, tetap lembut juga suatu hari nanti...
Dalam samar-samar awan kelabu, tersembunyinya pelangi indah menceriakan hati...

*****

Baby blue menjadi warna tema untuk hari persandingan antara Annisa Zalika dan Ridzuan Al-Azim. Dengan sekali lafaz sahaja dengan berwalikan ayah Zalika, Khalid, Ridzuan telah berjaya memiliki Zalika sebagai isterinya.

Meriah rumah Khalid dan Jannah dengan tetamu yang hadir untuk meraikan pasangan raja sehari yang comel lagi menawan. Pengapit yang tidak kurangnya juga turut menjadi perhatian. Siapa lagi kalau bukan Fiha dan Hafiz.

“Amboi, orang tu lebar sahaja senyumannya! Untunglahkan, dah berkahwin. Lepas ni susahlah nak nampak muka dia sebab mesti dia dok nak berkepit ajekan dengan laki dia ni.” Ujar salah seorang rakan seuniversiti Zalika.

Zalika menyembamkan wajahnya ke lengan suaminya, Ridzuan kerana segan. Daripada saat sebelum dinikahkan sehinggalah selepas bersanding, tak berhenti-henti dia disakat oleh keluarga dan rakan-rakannya.

Ridzuan dan Hafiz hanya ketawa melihat gelagat Zalika yang segan tak sudah.

“Eleh, pengantin baru tu malulah pula! Menyampah aku. Mentang-mentanglah dah ada suamikan orang tukan, tak nampak dah muka kita ni.” Sakat lagi seorang rakannya.

Bertambah rasa segan Zalika.

“Sayang, jom masuklah. Abang tak solat Asar lagi. Kita solat sama-sama jom.” Ajak Ridzuan dalam nada berbisik.

“Ehem ehem... Oklah, tak apa kami faham.” Tak habis lagi rakan Zalika menyakat mereka berdua.

Mereka berdua hanya tersenyum. Mereka melangkah perlahan untuk masuk ke dalam kerana Zalika memakai high heel. High heel adalah musuh ketat Zalika, dia benci pakai high heel. Tapi, nak buat macam mana, dah kena paksa.

Sesampai sahaja di bilik, terus mereka berdua menyalin baju lain kerana sudah tidak larat untuk memakai baju pengantin yang menyerlahkan title raja sehari mereka itu.

“Abang guna toilet dulu ya, sayang. Tapi kalau sayang nak join abang sekalipun boleh.” Ujar Ridzuan sengaja ingin menggoda isteri yang baru dinikahinya.

Zalika hanya tersenyum. Dadanya berdebar hebat tatkala melihat Ridzuan membuka baju di hadapannya. Walaupun ditutupi dengan singlet putih tetapi ia tetap kelihatan menggoda baginya.

“Tak apalah, sayang boleh mandi sendiri.” Walaupun agak kekok untuk bibirnya menggelarkan dirinya sayang tapi dia tetap menuturnya tapi istimewa hanya untuk suaminya tercinta.

“Ya ke?” Ridzuan mengenyitkan matanya seraya memeluk Zalika dari belakang.

Zalika jadi kaku. Meremang bulu-bulu romanya apabila dipeluk begitu. “Abang, pergi mandi cepat, sayang pun nak mandi juga. Lepas tu boleh solat sama-sama.” Zalika ‘menghalau’ Ridzuan.

Ridzuan ketawa kecil dan terus berlalu masuk ke bilik air. Meremang lagi bulu roma Zalika.

Selesai Ridzuan dan Zalika mandi, mereka berdua menunaikan solat yang menjadi tiang agama berjemaah. Tenang di sudut hati Zalika apabila melihat lelaki pujaannya di universiti kini menjadi imamnya. Kini menjadi seorang yang bertanggungjawab untuk menjaganya pula selepas ayahnya.

“Terima kasih sayang.” Ucap Ridzuan sebaik sahaja selepas dia mengucup dahi isterinya yang tersayang.

Berkerut dahi Zalika. “Untuk apa?”

“Kerana sayang sudi terima abang sebagai suami sayang. Terima kasih banyak-banyak, sayang. Tanpa sayang tak bermakna rasanya hidup abang.” Ujar Ridzuan sambil tersenyum penuh rasa cinta yang menggunung dari hatinya.

Zalika turut tersenyum. “Sama-sama kasih, bang. Zalika pun nak ucap terima kasih sebab sudi terima sayang seadanya.”

Ridzuan mendepa tangannya untuk memeluk tubuh Zalika. Zalika mendekatkan lagi jarak antara dia dan Ridzuan. Tubuh sasa Ridzuan dipeluknya erat bagai tidak mahu untuk melepaskannya lagi. Lembut Ridzuan mencium ubun-ubun Zalika.

Nothing can separate us except died. Abang janji sepenuh hati abang untuk terus setia kepada sayang. Jika abang tidak tepati janji abang, maka azablah yang patut abang terima.” Jujur Ridzuan menuturnya. Pelukannya dieratkan lagi.

Zalika tersenyum dalam diam.

Cinta yang halal itu amat indah, usah diburukkan dengan calitan kotoran nafsu. Sahabat itu anugerah ALLAH untuk menjadi tempat luahan hati, bukannya tempat luahan perasaan marah. Hargailah segala apa yang telah ditakdirkan.

Terima kasih ALLAH.

~~~~~~

Best tak??? Hehehe... Moga terhiburlah ya. Hanya ini yang Fitri luahkan dari hati Fitri dari jiwa yang dalam.. ^_^



4 comments: