Monday, 4 February 2013

Cintaku Jauh Di Awan Biru 24,25

    Assalamualaikum... Sebelum tu Fitri nak minta maaf sangat2 pada semua kerana tak dapat nak update bab 24 pada tarikh yang telah Fitri janji.. So, sebagai balasnya, Fitri nak update 2 bab sekaligus.. Nak tahu tak? Sebenarnya, 2/2 hari tu ialah hari jadi Fitri... Hehe... (Saja nak bagitau, tak nak amik tahu pun takpe) 

So, ENJOY YOUR READING..!!! =>


BAB 24



“Cepatnya dah nak balik kerja.” Tegur ibu apabila melihat anak terunanya yang segak menyarung uniform juruterbang sambil menuang air untuk ayah yang sedang membaca surat khabar. Ayah hanya menjeling di sebalik surat khabar yang menutupi wajahnya.

“Buat apa nak cuti lama-lama,ibu. Bukannya bang ngah yang kahwin. Kak long yang kahwin.” Jawab Izham sambil menghirup air teh susu di dalam cawannya.

Nak cuti lama-lama buat apa. Bukannya nak pergi honeymoon dengan isteri yang tersayang. Lagipun kak long yang kahwin. Kalau dia kahwin nanti bukan kata seminggu,sebulan agaknya dia nak ambil cuti. Tapi,boleh ke? Tak handle kapal terbang seminggu pun rasa lain macam inikan pula sampai sebulan.

“Memanglah bukan bang ngah yang kahwin. Tapi ambillah cuti lama sikit. Boleh spend masa dengan ibu ni. Ayah kamu ni kalau dah jumpa ofis macam jumpa bini muda. Ibu kat sebelah pun dia tak nampak.” Ayah hanya menjeling sambil berdehem dengan agak kuat. Tak puas hati apabila ibu berkata begitu.

“Hai,ada orang tu bunyinya macam teringin nak kena bermadu. Nak dapat madu betul-betul ke?” Usik ayah berbunyi sinis.

Izham sudah ketawa terbahak-bahak sambil menekan perutnya. Nak terkeluar balik sandwic yang dia makan tadi. Ibu sudah ada tanda-tanda nak meletup. Nasiblah ayah! Siapa suruh cari pasal dengan ‘awek’ sendiri.

“Abang jangan nak ngada-ngada. Nanti ada yang kena halau keluar dari negeri. Ada hati nak kahwin lain rupanya ayah kamu ni,bang ngah. Tak padan dengan rupa. Dahlah uban dekat atas kepala tu pun dah makin penuh. Ada cucu sorang pula tu. Tak segan ke bila cucu kita tu tengok dia ada nenek muda.” Membebel sudah! Nasiblah ayahnya. Carilah pasal lagi!

“Tak ke malu bila anak cucu tengok,bang oi! Kita ni dah tua. Sepatutnya ke surau dengan masjid kita pergi. Bukannya berfoya cari calon isteri atau suami muda.” Izham hanya mampu menyengih mengalahkan kerang busuk. Nak masuk campur takut nanti tersalah cakap. Tak pasal-pasal lambat pergi kerja.

“Amboi,ibunya. Panjangnya membebel. Saya ni dah ada awak sorang pun dah cukup. Happy aje saya ni haa. Tak ada maknanya nak berfoya. Saya cari duit pun untuk awak,untuk kita sekeluarga. Cuma tak tahu sampai bilalah saya kena kerja dekat syarikat tu. Anak teruna awak ni bukannya nak tolong saya dekat syarikat tu.” Ujar ayah sambil memandang ke arah Izham yang masih ralit mengunyah sandwic sardin kegemarannya.

Izham tersentak lalu menoleh ke arah ayahnya. Tengku Ariffin tersenyum sambil mengangkat sebelah keningnya. Dah mula mengungkit dah! Rengus hati Izham yang geram dengan ayahnya. Bukannya ayahnya tak faham bahawa dia tidak suka bekerja di dalam ofis. Dia suka bebas,bebas di awan biru seperti pekerjaannya kini. Pilot!

“Ayah ni takkan tak faham lagi. Kan bang ngah dah cakap bang ngah bukan tak nak gantikan tempat ayah tapi bang ngah tak suka kerja dalam ofis. Bang ngah suka kerja di awan biru. Pilot macam sekarang ni.” Balas Izham dengan nada geram.

“Ayah ni dah tua,bang ngah. Ayah nak juga habiskan masa dengan awek ayah ni. Dok terperap dalam ofis tu lapan jam bosan juga. Kat rumah ni sekurang-kurangnya ada juga orang nak belai manja kita. Kau bukan faham.” Ayah sudah mula buat ayat cair hati.

Mentang-mentanglah ayah ada awek halal,kut sedap mulut aje nak kutuk dia. Dia ni pun hensem apa! Cuma tak ada yang sudi nak jadi awek halal dia setakat ni. Calon tu dah ada. 27,tak adalah tua mana lagi si Izham ni. Tak dapat lagipun pangkat bujang terlajak tu.

Izham menunjukkan muka bosannya. Alih-alih ayat yang sama diulang. Baik dia cabut cepat.

“Dahlah,ayah. Bang ngah pergi kerja dululah. Ibu,gerakkan kak cik dekat atas tu. tak baik anak dara tidur sampai matahari tegak atas kepala. Rezeki bertambah mahal nak masuk nanti.” Sempat lagi dia berpesan pada ibu agar gerakkan kak acik yang masih bergelumang di bawah selimut.

“Nak larilah tu! Asal buka topik kerja dengan ayah aje mulalah cari akal nak lari.” Ayah pun dah berjangkit dengan ibu agaknya,membebel.

“Tak larilah,nak pergi cepat aje. Bang ngah pergi dulu ya. Assalamualaikum, ayah, ibu.” Tangan kanannya dihulur kepada ayah dan ibu untuk disalam.

Ayah dan ibu menyambut huluran tangan Izham. Ibu mencium dahi Izham. Ayah hanya menjeling geram ke arah anak teruna seorangnya. Kalau tak menjawab tu memang bukan anak Tengku Ariffin Fadhli lah tu.

Izham berjalan keluar sambil menyanyi kecil. Nasib baik suara sedap macam Alif Satar. Buatnya suara macam katak bawah tempurung alamatnya basahlah bumi ini dilimpahi air hujan. Hujan itu rahmat dan rezeki dari ALLAH.

Laju kereta Proton Inspira berwarna merah garang milik Tengku Izham Faiz meluncur keluar dari perkarangan Teratak Mawar Putih.

Hati Izham masih bercelaru memikirkan strategi yang diatur sejak beberapa hari yang lalu. Strategi dah smart dan meletup habis tapi dia masih pening memikirkan masa yang sesuai untuk melancarkannya. Dia tahu hati Meah mahal harganya. Bukan mudah juga untuk mencurinya. Jika dirinya juga sudah seperti burung merpati yang hanya jinak pada luarannya apatah lagi hatinya.

Tapi dia yakin jika ada jodoh takkan ke mana larinya Ermirda Amirah. Tetap di sisinya akan Meah berdiri. Takkan ada yang mampu jadi tembok penghalang atau pemisah jika sudah jodoh. Tapi,bukan semudah seperti yang disangka-sangkakan. Solat istikharah perlu dilakukan dulu untuk mendapatkan jawapan yang pasti. Mana boleh main serbu aje rumah anak dara tanpa ada keyakinan yang menyatakan bahawa dia adalah jodoh kita.

Setakat cinta tapi kosong pada nyatanya tak guna! Kelak merana diri sendiri.

Izham masih belum bersedia untuk melakukan solat istikharah. Dia masih belum ada masa yang tepat. Lagipun masih banyak urusan yang perlu dilakukan jika dia ingin mencari seorang isteri merangkap seorang ibu untuk bakal anak-anaknya nanti. Bukan hanya persediaan dari segi fizikal dan mental malah juga dari segi kewangan. Zaman sekarang,tiada apa yang tidak memerlukan wang. Kalau murah tak apalah juga,ni mahal belaka.

Tapi,dia tahu hati Meah amat mahal. Malah,kalau diikutkan harga pasaran cinta,wanita seperti Meah jinak-jinak merpati iaitu amat sukar untuk didekati mana-mana lelaki. Berjuta harganya tapi itu sudah melampau pula. Nanti ada orang kata nak tunjuk lagak bagi bini duit berjuta-juta. Ala,mulut orang bukannya macam mulut tempayan yang ada penutup. Biasalah tu.

Ahh,apa-apa pun solat istkhirah dulu. Kepastian itu perlu,jangan diserbu dulu.

Izham melangkah keluar dari kereta. Seorang wanita yang seksi yang baru sahaja keluar dari kereta mula menggeletis seperti kucing miang apabila terlihatkan kelibat Izham yang kacak dengan uniform juruterbangnya.

Izham hanya mampu menahan tawa di dalam hati apabila melihat wanita tadi mula menambah ketebalan gincu merah menyala di bibirnya melalui cermin sisi.

Not my tastelah! Kalau bapanya pun dia sanggup ‘dihumbankan’ ke dalam neraka apatah lagi suaminya nanti. Bisik hati Izham yang mula menyampah apabila melihat wanita tadi membetulkan bajunya yang seperti orang miskin tak mampu nak beli kain. Dahlah sendat pula tu. Sakit mata Izham tengoknya.

Jika selangkah wanita itu keluar tanpa menutup auratnya,selangkah jua ayahnya dihumban ke dalam neraka. Astaghfirullahalazim...


BAB 25



Langkahnya diatur dengan penuh hati-hati. High heel setinggi 2 inci membuat dia berasa janggal dan membuatkan dia susah untuk mengimbangi dirinya. Kalau bukan kerana Akma yang ngada-ngada ingin meminjam kasutnya,sudah pasti dia tidak akan sekali-kali pun akan memakai high heel ni. Apalah angin si Akma tu hari ni tiba-tiba teringin nak pakai high heel pergi kerja. Kalau pergi shopping ke,candle light dinner ke tak apalah juga.

Meah terpelecok kerana dia tidak perasan akan lubang kecil di hadapannya. Itulah sebabnya kalau hati dah geram. Benda dekat depan mata pun tak nampak. Dahlah Nurul dengan Wani tak ada. Tapi,dia terjatuh di atas seseorang. Haruman minyak wangi Dashing menyengat deria baunya. Dashing? Takkanlah aku jatuh atas lelaki kut! Jerit hati Meah sekuatnya.

“Cik tak apa-apa?” Suara garau,maknanya memang betullah lelaki.

Meah segera bangun dan membetulkan dirinya tapi nasib seperti tidak ingin menyebelahinya kerana dia terjatuh lagi. Lagi sekali jugalah lelaki tadi menyambutnya. Apalah malangnya nasib Meah.

Lelaki tadi mendudukkan Meah di atas kerusi yang berdekatan setelah dia berjaya memimpin Meah ke sana. Sakit pun degil juga. Tapi comel. Bisik hati lelaki tadi. Dia seperti sudah terpikat dengan kecomelan Meah. Ada pesaing Izham lepas ni nampakkan gayanya.

“Apa nama cik?” Tanya lelaki tadi sambil cuba untuk membelek kaki Meah tapi Meah segera menarik kakinya. Dia tidak suka apabila lelaki lain cuba untuk menyentuh kakinya. Lagipun lelaki itu bukanlah mahramnya.

“Ermirda Amirah.” Jawab Meah dengan suara yang perlahan. Tapi,lelaki tersebut masih mampu mendengar suaranya.

“Owh...” Lelaki tersebut mengangguk seperti burung belatuk.

“Nama saya Hazwan Imani. Panggil Zwan aje. Tapi rasanya awak seperti lebih muda daripada saya. Maybe awak boleh panggil saya abang Wan.” Terang lelaki yang bernama Hazwan tadi kepada Meah. Panjang mengalahkan nak memperkenalkan diri sewaktu buat presentation aje rupanya.

“Owh,yeke. Kalau macam tu berapa umur Zwan?” Meah memanggilnya Wan kerana dia masih tidak tahu umur sebenar Hazwan.

“Umur saya 33 tahun. Awak?” Meah terkejut dengan umurnya.

Tampan dan tampak seperti seorang lelaki yang baru mencecah usia 20 tahun tapi rupa-rupanya sudah 30 lebih umurnya. Meah mula risau apabila menyedari dia hanya berdua bersama Hazwan. Takut manalah tahu kalau-kalau Hazwan ni dah kahwin ke. Nanti tak pasal-pasal makan pelempang free dengan isteri Hazwan ni.

“Umur saya baru 22 tahun. Errmm.. Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu ya. Takut nanti kawan saya cari pula.” Meah ingin segera pergi dari situ. Dadanya mula berdebar ketakutan kerana mereka hanya berduaan di situ. Orang nak tangkap bukan waktu malam aje,waktu siang pun jadi.

Baru Meah ingin bangun untuk pergi,Hazwan sudah menahannya dengan memegang tangan Meah. Nasib baik berlapik. Kalau tak dah lama kena flying kick dengan Meah,si Hazwan yang gila punya berani pegang anak dara orang ni.

“Awak segan ke? Atau awak takut ada orang nak tangkap kita. Tapi,kalau kena tangkap pun best juga. Kahwin cowboy free-free aje saya. Siapa yang tak nak,kan? Kena pula yang mata coklat macam awak ni.” Perangai bekas Bujang Senang Hazwan keluar dah!

Sekali sekala testing perangai lama apa salahnya. Bukannya selalu dapat asah bakat terpendam lagi terendam dia ni. Ok,lupa pula nak cerita. Si Hazwan ni sebenarnya bukanlah baik macam Tengku Izham Faiz yang tak pernah ada sikap Bujang Senang seperti Hazwan. Hazwan pernah bertunang tapi boleh bayangkan tak kalau sehari sebelum akad nikah,Hazwan masih keluar berdating dengan bekas kekasih. Siap saling suap menyuap dengan bekas kekasih dia pula tu. Haa,tiba-tiba datang pula bakal abang ipar tak jadi dia. Apalagi,tertangkaplah dia.

Jenuh dijelas,siap buat drama air mata jantan keluar mengalir laju macam air terjun pula tu depan bakal mak dengan bapa mentua. Dalam hati tak payah cakaplah. Beraneka jenis sumpahan berpuaka terkeluar memancut. Siap boleh jerit hip hip horey lagi tu sebab tak jadi nak kahwin dengan Sakinah anak Haji Ridhuan tu. Sakinah gadis lemah lembut tapi bertutup macam mumia warna hitam dengan hanya dua biji mata yang nampak bukanlah taste Hazwan.

Meah tersentak dengan keberanian Hazwan memegangnya. Tak ada akal apa pak cik seorang ni. Sesedap Ferrero Rocher sahaja dia memegang lengan anak dara orang. Kahwin cowboy? Ingat aku ni apa?

Meah menarik tangannya. “Kau ni apahal? Tangan tu dah lama sangat ke terletak dekat  lengan tu sampai teringin nak letak dekat kaki pula!” Tu dia! That’s a real Ermirda Amirah.

Giliran Hazwan si Bujang terlebih Senang pula untuk tersentak. Rupa comel tapi jangan main-main. Sekali dia naik angin terbang semua atap rumah. Kalah Incredible Hulk.

Garang,tapi comel sangat..!! Ujar Hazwan di dalam hati.

Meah merentap lengannya daripada Hazwan dan terus berlalu pergi. Kakinya yang sakit seperti ingin tercabut ditahan sahaja. Daripada dia sakit hati dengan perangai Bujang Senang terlepas dari Sungai Rajang tadi,lebih baik dia sakit kaki.

Muka hensem tapi perangai macam taik! Tak ada budi bahasa langsung. Suka suki dia aje nak pegang tangan aku. Ingat tangan aku ni apa? Kayu hoki! Ke tiang gol. Hish.. Geram! Bebel Meah di dalam hati sambil laju kakinya melangkah untuk pulang ke butik. Nak tukar kasut dulu. Si Akma pun satu. Ada ke patut pergi kerja pakai high heel lepas tu dah terhegeh hegeh nak pinjam kasut orang lain.

Sampai sahaja di butik,terus Meah mencari kasutnya. High heel tadi sudah diletakkan di atas rak. Cari punya cari jumpa juga akhirnya. Meah masuk ke dalam butik dulu untuk memberitahu kepada Puan Meisha bahawa dia ingin pulang. Takkan nak buat kerja over-time pula. Perut dah buat konsert Rock The Final Countdown dah. Siap boleh terbayang lagi gulai lemak ayam tengah mendidih atas dapur. Lepas tu ikan sardin kecil-kecil digoreng sampai garing. Glurrpp.. Tertelan air liur Meah dibuatnya.

“Puan Meisha,saya balik dulu ya.” Ujar Meah kepada Puan Meisha yang ralit menyusun bunga di dalam pasu kecil di atas meja.

“Yalah. Hati-hati tau. Awak tu anak dara. Balik pula jalan kaki. Saya takut nanti ada lelaki yang kacau awak dengan Azwa. Tapi,kenapa dengan kaki awak tu?” Itulah Puan Meisha. Sikap prihatin yang sering ditunjukkan pada pekerja-pekerjanya membuatkan dia senang didekati dan mudah dibawa berbincang.

“Tak ada apa-apa,Puan. Terseliuh sikit.” Ujar Meah menyembunyikan perkara sebenar. Malas nak heboh-heboh. Meah memanjangkan tengkuknya untuk mencari kelibat Wani.

“Wani ada dekat bilik belakang. Pergilah ajak dia balik.” Ujar Puan Meisha yang tahu niat Meah untuk mencari Wani.

Meah mengangguk sambil tersenyum dan pergi ke bilik belakang.

“Wani. Jom balik.” Arah Meah pada Wani yang sedang duduk bersantai di atas sofa. Sempat lagi nak bersantai tu!

“Hmm.. Jom. Nurul,Akma,kami balik dulu ya. Assalamualaikum.” Nurul dan Akma menjawab salam yang diberi oleh Wani serentak.

Mereka beriringan keluar dari butik. Mereka hanya berjalan kaki pada hari ini kerana along telah menggunakan kereta. Along sudah bekerja,jadi dia akan menggunakan kereta ibu buat sementara waktu sebelum dia beli kereta dia sendiri. Ala,kalau jalan kaki pun bukannya jauh mana. Tak sampai sebatu pun tapi berpeluhlah juga. Joging sekali sekala.

“Kau ni bad mood aje dari tadi. Ada masalah ke? Kalau ada masalah sharing is caringlah dengan aku. Aku sedia membantu kau.” Soal Meah apabila sedari tadi Wani hanya mendiamkan diri malah wajahnya tidak ceria langsung. Bergaduh dengan along ke?

“Tak ada apa-apalah. Kaki kau tu kenapa? ” Soal Wani kembali kerana pelik melihat Meah jalan terjengkot-jengkot.

“Hmm.. Terseliuh sikit tadi. Bilalah agaknya alang nak balik,kan? Aku rindu nak main congkak dengan dia.” Soal Meah lagi cuba untuk memancing mood Wani.

“Entahlah. Aku yang adik kandung dia ni pun rindu juga kat dia.” Wani kembali menjadi orang bisu.

Meah mati kutu dengan perangai Wani yang tiba-tiba sahaja menjadi orang lain. Dia benar-benar rasa tidak sedap hati dengan keadaan Wani yang agak lain macam ini.

Tanpa mereka sedari,sepasang mata milik seorang lelaki di sebalik pagar di sebuah rumah yang terletak tidak jauh daripada mereka sedang merenung tajam ke arah mereka. Terutamanya Meah. Hati lelaki itu telah tertambat dengan kecantikan dan ‘keganasan’ Meah.

“Comel tapi garang. I want you to be mine!” Ujar lelaki tadi perlahan. Si Bujang Senang rupanya.

Izham dan Hazwan. Dua jejaka serba lengkap pakej sebagai seorang jejaka Malaya telah terpikat pada gadis yang sama. Cuma Hazwan kurang pada satu dua tempat. Izham pun ada kurangnya cuma tak adalah sampai termasuk kategori buaya tembaga darat. Jawapannya cuma ada pada Meah dan pada takdir.


Weeee...... Enjoy ya,sayangku semua... =>

4 comments:

  1. double triple best! hehe.. rindu punya pasal tu yg trlebih best..hehe.. enjoy sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.... amboi.. berdouble triple bagai... =)

      Delete