Assalamualaikum... Sebelum tu Fitri nak minta maaf sangat2 pada semua kerana tak dapat nak update bab 24 pada tarikh yang telah Fitri janji.. So, sebagai balasnya, Fitri nak update 2 bab sekaligus.. Nak tahu tak? Sebenarnya, 2/2 hari tu ialah hari jadi Fitri... Hehe... (Saja nak bagitau, tak nak amik tahu pun takpe)
So, ENJOY YOUR READING..!!! =>
BAB 24
“Cepatnya
dah nak balik kerja.” Tegur ibu apabila melihat anak terunanya yang segak
menyarung uniform juruterbang sambil menuang air untuk ayah yang sedang membaca
surat khabar. Ayah hanya menjeling di sebalik surat khabar yang menutupi wajahnya.
“Buat
apa nak cuti lama-lama,ibu. Bukannya bang ngah yang kahwin. Kak long yang
kahwin.” Jawab Izham sambil menghirup air teh susu di dalam cawannya.
Nak
cuti lama-lama buat apa. Bukannya nak pergi honeymoon dengan isteri yang
tersayang. Lagipun kak long yang kahwin. Kalau dia kahwin nanti bukan kata
seminggu,sebulan agaknya dia nak ambil cuti. Tapi,boleh ke? Tak handle kapal
terbang seminggu pun rasa lain macam inikan pula sampai sebulan.
“Memanglah
bukan bang ngah yang kahwin. Tapi ambillah cuti lama sikit. Boleh spend masa
dengan ibu ni. Ayah kamu ni kalau dah jumpa ofis macam jumpa bini muda. Ibu kat
sebelah pun dia tak nampak.” Ayah hanya menjeling sambil berdehem dengan agak
kuat. Tak puas hati apabila ibu berkata begitu.
“Hai,ada
orang tu bunyinya macam teringin nak kena bermadu. Nak dapat madu betul-betul
ke?” Usik ayah berbunyi sinis.
Izham
sudah ketawa terbahak-bahak sambil menekan perutnya. Nak terkeluar balik
sandwic yang dia makan tadi. Ibu sudah ada tanda-tanda nak meletup. Nasiblah
ayah! Siapa suruh cari pasal dengan ‘awek’ sendiri.
“Abang
jangan nak ngada-ngada. Nanti ada yang kena halau keluar dari negeri. Ada hati
nak kahwin lain rupanya ayah kamu ni,bang ngah. Tak padan dengan rupa. Dahlah
uban dekat atas kepala tu pun dah makin penuh. Ada cucu sorang pula tu. Tak
segan ke bila cucu kita tu tengok dia ada nenek muda.” Membebel sudah! Nasiblah
ayahnya. Carilah pasal lagi!
“Tak
ke malu bila anak cucu tengok,bang oi! Kita ni dah tua. Sepatutnya ke surau
dengan masjid kita pergi. Bukannya berfoya cari calon isteri atau suami muda.”
Izham hanya mampu menyengih mengalahkan kerang busuk. Nak masuk campur takut
nanti tersalah cakap. Tak pasal-pasal lambat pergi kerja.
“Amboi,ibunya.
Panjangnya membebel. Saya ni dah ada awak sorang pun dah cukup. Happy aje saya
ni haa. Tak ada maknanya nak berfoya. Saya cari duit pun untuk awak,untuk kita
sekeluarga. Cuma tak tahu sampai bilalah saya kena kerja dekat syarikat tu.
Anak teruna awak ni bukannya nak tolong saya dekat syarikat tu.” Ujar ayah
sambil memandang ke arah Izham yang masih ralit mengunyah sandwic sardin
kegemarannya.
Izham
tersentak lalu menoleh ke arah ayahnya. Tengku Ariffin tersenyum sambil
mengangkat sebelah keningnya. Dah mula mengungkit dah! Rengus hati Izham yang
geram dengan ayahnya. Bukannya ayahnya tak faham bahawa dia tidak suka bekerja
di dalam ofis. Dia suka bebas,bebas di awan biru seperti pekerjaannya kini.
Pilot!
“Ayah
ni takkan tak faham lagi. Kan bang ngah dah cakap bang ngah bukan tak nak
gantikan tempat ayah tapi bang ngah tak suka kerja dalam ofis. Bang ngah suka
kerja di awan biru. Pilot macam sekarang ni.” Balas Izham dengan nada geram.
“Ayah
ni dah tua,bang ngah. Ayah nak juga habiskan masa dengan awek ayah ni. Dok
terperap dalam ofis tu lapan jam bosan juga. Kat rumah ni sekurang-kurangnya
ada juga orang nak belai manja kita. Kau bukan faham.” Ayah sudah mula buat
ayat cair hati.
Mentang-mentanglah
ayah ada awek halal,kut sedap mulut aje nak kutuk dia. Dia ni pun hensem apa!
Cuma tak ada yang sudi nak jadi awek halal dia setakat ni. Calon tu dah ada.
27,tak adalah tua mana lagi si Izham ni. Tak dapat lagipun pangkat bujang
terlajak tu.
Izham
menunjukkan muka bosannya. Alih-alih ayat yang sama diulang. Baik dia cabut cepat.
“Dahlah,ayah.
Bang ngah pergi kerja dululah. Ibu,gerakkan kak cik dekat atas tu. tak baik
anak dara tidur sampai matahari tegak atas kepala. Rezeki bertambah mahal nak
masuk nanti.” Sempat lagi dia berpesan pada ibu agar gerakkan kak acik yang
masih bergelumang di bawah selimut.
“Nak
larilah tu! Asal buka topik kerja dengan ayah aje mulalah cari akal nak lari.”
Ayah pun dah berjangkit dengan ibu agaknya,membebel.
“Tak
larilah,nak pergi cepat aje. Bang ngah pergi dulu ya. Assalamualaikum, ayah,
ibu.” Tangan kanannya dihulur kepada ayah dan ibu untuk disalam.
Ayah
dan ibu menyambut huluran tangan Izham. Ibu mencium dahi Izham. Ayah hanya
menjeling geram ke arah anak teruna seorangnya. Kalau tak menjawab tu memang
bukan anak Tengku Ariffin Fadhli lah tu.
Izham
berjalan keluar sambil menyanyi kecil. Nasib baik suara sedap macam Alif Satar.
Buatnya suara macam katak bawah tempurung alamatnya basahlah bumi ini dilimpahi
air hujan. Hujan itu rahmat dan rezeki dari ALLAH.
Laju
kereta Proton Inspira berwarna merah garang milik Tengku Izham Faiz meluncur
keluar dari perkarangan Teratak Mawar Putih.
Hati
Izham masih bercelaru memikirkan strategi yang diatur sejak beberapa hari yang
lalu. Strategi dah smart dan meletup habis tapi dia masih pening memikirkan
masa yang sesuai untuk melancarkannya. Dia tahu hati Meah mahal harganya. Bukan
mudah juga untuk mencurinya. Jika dirinya juga sudah seperti burung merpati
yang hanya jinak pada luarannya apatah lagi hatinya.
Tapi
dia yakin jika ada jodoh takkan ke mana larinya Ermirda Amirah. Tetap di
sisinya akan Meah berdiri. Takkan ada yang mampu jadi tembok penghalang atau
pemisah jika sudah jodoh. Tapi,bukan semudah seperti yang disangka-sangkakan.
Solat istikharah perlu dilakukan dulu untuk mendapatkan jawapan yang pasti.
Mana boleh main serbu aje rumah anak dara tanpa ada keyakinan yang menyatakan
bahawa dia adalah jodoh kita.
Setakat
cinta tapi kosong pada nyatanya tak guna! Kelak merana diri sendiri.
Izham
masih belum bersedia untuk melakukan solat istikharah. Dia masih belum ada masa
yang tepat. Lagipun masih banyak urusan yang perlu dilakukan jika dia ingin
mencari seorang isteri merangkap seorang ibu untuk bakal anak-anaknya nanti.
Bukan hanya persediaan dari segi fizikal dan mental malah juga dari segi
kewangan. Zaman sekarang,tiada apa yang tidak memerlukan wang. Kalau murah tak
apalah juga,ni mahal belaka.
Tapi,dia
tahu hati Meah amat mahal. Malah,kalau diikutkan harga pasaran cinta,wanita
seperti Meah jinak-jinak merpati iaitu amat sukar untuk didekati mana-mana
lelaki. Berjuta harganya tapi itu sudah melampau pula. Nanti ada orang kata nak
tunjuk lagak bagi bini duit berjuta-juta. Ala,mulut orang bukannya macam mulut
tempayan yang ada penutup. Biasalah tu.
Ahh,apa-apa
pun solat istkhirah dulu. Kepastian itu perlu,jangan diserbu dulu.
Izham
melangkah keluar dari kereta. Seorang wanita yang seksi yang baru sahaja keluar
dari kereta mula menggeletis seperti kucing miang apabila terlihatkan kelibat
Izham yang kacak dengan uniform juruterbangnya.
Izham
hanya mampu menahan tawa di dalam hati apabila melihat wanita tadi mula menambah
ketebalan gincu merah menyala di bibirnya melalui cermin sisi.
Not
my tastelah! Kalau bapanya pun dia sanggup ‘dihumbankan’ ke dalam neraka apatah
lagi suaminya nanti. Bisik hati Izham yang mula menyampah apabila melihat
wanita tadi membetulkan bajunya yang seperti orang miskin tak mampu nak beli
kain. Dahlah sendat pula tu. Sakit mata Izham tengoknya.
Jika
selangkah wanita itu keluar tanpa menutup auratnya,selangkah jua ayahnya
dihumban ke dalam neraka. Astaghfirullahalazim...
BAB 25
Langkahnya
diatur dengan penuh hati-hati. High heel setinggi 2 inci membuat dia berasa
janggal dan membuatkan dia susah untuk mengimbangi dirinya. Kalau bukan kerana
Akma yang ngada-ngada ingin meminjam kasutnya,sudah pasti dia tidak akan
sekali-kali pun akan memakai high heel ni. Apalah angin si Akma tu hari ni
tiba-tiba teringin nak pakai high heel pergi kerja. Kalau pergi shopping
ke,candle light dinner ke tak apalah juga.
Meah
terpelecok kerana dia tidak perasan akan lubang kecil di hadapannya. Itulah
sebabnya kalau hati dah geram. Benda dekat depan mata pun tak nampak. Dahlah
Nurul dengan Wani tak ada. Tapi,dia terjatuh di atas seseorang. Haruman minyak
wangi Dashing menyengat deria baunya. Dashing? Takkanlah aku jatuh atas lelaki kut!
Jerit hati Meah sekuatnya.
“Cik
tak apa-apa?” Suara garau,maknanya memang betullah lelaki.
Meah
segera bangun dan membetulkan dirinya tapi nasib seperti tidak ingin
menyebelahinya kerana dia terjatuh lagi. Lagi sekali jugalah lelaki tadi
menyambutnya. Apalah malangnya nasib Meah.
Lelaki
tadi mendudukkan Meah di atas kerusi yang berdekatan setelah dia berjaya
memimpin Meah ke sana. Sakit pun degil juga. Tapi comel. Bisik hati lelaki
tadi. Dia seperti sudah terpikat dengan kecomelan Meah. Ada pesaing Izham lepas
ni nampakkan gayanya.
“Apa
nama cik?” Tanya lelaki tadi sambil cuba untuk membelek kaki Meah tapi Meah
segera menarik kakinya. Dia tidak suka apabila lelaki lain cuba untuk menyentuh
kakinya. Lagipun lelaki itu bukanlah mahramnya.
“Ermirda
Amirah.” Jawab Meah dengan suara yang perlahan. Tapi,lelaki tersebut masih
mampu mendengar suaranya.
“Owh...”
Lelaki tersebut mengangguk seperti burung belatuk.
“Nama
saya Hazwan Imani. Panggil Zwan aje. Tapi rasanya awak seperti lebih muda
daripada saya. Maybe awak boleh
panggil saya abang Wan.” Terang lelaki yang bernama Hazwan tadi kepada Meah.
Panjang mengalahkan nak memperkenalkan diri sewaktu buat presentation aje rupanya.
“Owh,yeke.
Kalau macam tu berapa umur Zwan?” Meah memanggilnya Wan kerana dia masih tidak
tahu umur sebenar Hazwan.
“Umur
saya 33 tahun. Awak?” Meah terkejut dengan umurnya.
Tampan
dan tampak seperti seorang lelaki yang baru mencecah usia 20 tahun tapi
rupa-rupanya sudah 30 lebih umurnya. Meah mula risau apabila menyedari dia
hanya berdua bersama Hazwan. Takut manalah tahu kalau-kalau Hazwan ni dah
kahwin ke. Nanti tak pasal-pasal makan pelempang free dengan isteri Hazwan ni.
“Umur
saya baru 22 tahun. Errmm.. Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu ya.
Takut nanti kawan saya cari pula.” Meah ingin segera pergi dari situ. Dadanya
mula berdebar ketakutan kerana mereka hanya berduaan di situ. Orang nak tangkap
bukan waktu malam aje,waktu siang pun jadi.
Baru
Meah ingin bangun untuk pergi,Hazwan sudah menahannya dengan memegang tangan
Meah. Nasib baik berlapik. Kalau tak dah lama kena flying kick dengan Meah,si
Hazwan yang gila punya berani pegang anak dara orang ni.
“Awak
segan ke? Atau awak takut ada orang nak tangkap kita. Tapi,kalau kena tangkap
pun best juga. Kahwin cowboy free-free aje saya. Siapa yang tak nak,kan? Kena
pula yang mata coklat macam awak ni.” Perangai bekas Bujang Senang Hazwan
keluar dah!
Sekali
sekala testing perangai lama apa salahnya. Bukannya selalu dapat asah bakat
terpendam lagi terendam dia ni. Ok,lupa pula nak cerita. Si Hazwan ni
sebenarnya bukanlah baik macam Tengku Izham Faiz yang tak pernah ada sikap
Bujang Senang seperti Hazwan. Hazwan pernah bertunang tapi boleh bayangkan tak
kalau sehari sebelum akad nikah,Hazwan masih keluar berdating dengan bekas
kekasih. Siap saling suap menyuap dengan bekas kekasih dia pula tu.
Haa,tiba-tiba datang pula bakal abang ipar tak jadi dia. Apalagi,tertangkaplah
dia.
Jenuh
dijelas,siap buat drama air mata jantan keluar mengalir laju macam air terjun
pula tu depan bakal mak dengan bapa mentua. Dalam hati tak payah cakaplah.
Beraneka jenis sumpahan berpuaka terkeluar memancut. Siap boleh jerit hip hip
horey lagi tu sebab tak jadi nak kahwin dengan Sakinah anak Haji Ridhuan tu.
Sakinah gadis lemah lembut tapi bertutup macam mumia warna hitam dengan hanya
dua biji mata yang nampak bukanlah taste Hazwan.
Meah
tersentak dengan keberanian Hazwan memegangnya. Tak ada akal apa pak cik
seorang ni. Sesedap Ferrero Rocher sahaja dia memegang lengan anak dara orang.
Kahwin cowboy? Ingat aku ni apa?
Meah
menarik tangannya. “Kau ni apahal? Tangan tu dah lama sangat ke terletak
dekat lengan tu sampai teringin nak
letak dekat kaki pula!” Tu dia! That’s a real Ermirda Amirah.
Giliran
Hazwan si Bujang terlebih Senang pula untuk tersentak. Rupa comel tapi jangan
main-main. Sekali dia naik angin terbang semua atap rumah. Kalah Incredible
Hulk.
Garang,tapi
comel sangat..!! Ujar Hazwan di dalam hati.
Meah
merentap lengannya daripada Hazwan dan terus berlalu pergi. Kakinya yang sakit
seperti ingin tercabut ditahan sahaja. Daripada dia sakit hati dengan perangai
Bujang Senang terlepas dari Sungai Rajang tadi,lebih baik dia sakit kaki.
Muka
hensem tapi perangai macam taik! Tak ada budi bahasa langsung. Suka suki dia
aje nak pegang tangan aku. Ingat tangan aku ni apa? Kayu hoki! Ke tiang gol.
Hish.. Geram! Bebel Meah di dalam hati sambil laju kakinya melangkah untuk
pulang ke butik. Nak tukar kasut dulu. Si Akma pun satu. Ada ke patut pergi
kerja pakai high heel lepas tu dah terhegeh hegeh nak pinjam kasut orang lain.
Sampai
sahaja di butik,terus Meah mencari kasutnya. High heel tadi sudah diletakkan di
atas rak. Cari punya cari jumpa juga akhirnya. Meah masuk ke dalam butik dulu
untuk memberitahu kepada Puan Meisha bahawa dia ingin pulang. Takkan nak buat
kerja over-time pula. Perut dah buat konsert Rock The Final Countdown dah. Siap
boleh terbayang lagi gulai lemak ayam tengah mendidih atas dapur. Lepas tu ikan
sardin kecil-kecil digoreng sampai garing. Glurrpp.. Tertelan air liur Meah
dibuatnya.
“Puan
Meisha,saya balik dulu ya.” Ujar Meah kepada Puan Meisha yang ralit menyusun
bunga di dalam pasu kecil di atas meja.
“Yalah.
Hati-hati tau. Awak tu anak dara. Balik pula jalan kaki. Saya takut nanti ada
lelaki yang kacau awak dengan Azwa. Tapi,kenapa dengan kaki awak tu?” Itulah
Puan Meisha. Sikap prihatin yang sering ditunjukkan pada pekerja-pekerjanya
membuatkan dia senang didekati dan mudah dibawa berbincang.
“Tak
ada apa-apa,Puan. Terseliuh sikit.” Ujar Meah menyembunyikan perkara sebenar.
Malas nak heboh-heboh. Meah memanjangkan tengkuknya untuk mencari kelibat Wani.
“Wani
ada dekat bilik belakang. Pergilah ajak dia balik.” Ujar Puan Meisha yang tahu
niat Meah untuk mencari Wani.
Meah
mengangguk sambil tersenyum dan pergi ke bilik belakang.
“Wani.
Jom balik.” Arah Meah pada Wani yang sedang duduk bersantai di atas sofa.
Sempat lagi nak bersantai tu!
“Hmm..
Jom. Nurul,Akma,kami balik dulu ya. Assalamualaikum.” Nurul dan Akma menjawab
salam yang diberi oleh Wani serentak.
Mereka
beriringan keluar dari butik. Mereka hanya berjalan kaki pada hari ini kerana
along telah menggunakan kereta. Along sudah bekerja,jadi dia akan menggunakan
kereta ibu buat sementara waktu sebelum dia beli kereta dia sendiri. Ala,kalau
jalan kaki pun bukannya jauh mana. Tak sampai sebatu pun tapi berpeluhlah juga.
Joging sekali sekala.
“Kau
ni bad mood aje dari tadi. Ada masalah ke? Kalau ada masalah sharing is
caringlah dengan aku. Aku sedia membantu kau.” Soal Meah apabila sedari tadi
Wani hanya mendiamkan diri malah wajahnya tidak ceria langsung. Bergaduh dengan
along ke?
“Tak
ada apa-apalah. Kaki kau tu kenapa? ” Soal Wani kembali kerana pelik melihat
Meah jalan terjengkot-jengkot.
“Hmm..
Terseliuh sikit tadi. Bilalah agaknya alang nak balik,kan? Aku rindu nak main
congkak dengan dia.” Soal Meah lagi cuba untuk memancing mood Wani.
“Entahlah.
Aku yang adik kandung dia ni pun rindu juga kat dia.” Wani kembali menjadi
orang bisu.
Meah
mati kutu dengan perangai Wani yang tiba-tiba sahaja menjadi orang lain. Dia
benar-benar rasa tidak sedap hati dengan keadaan Wani yang agak lain macam ini.
Tanpa
mereka sedari,sepasang mata milik seorang lelaki di sebalik pagar di sebuah
rumah yang terletak tidak jauh daripada mereka sedang merenung tajam ke arah
mereka. Terutamanya Meah. Hati lelaki itu telah tertambat dengan kecantikan dan
‘keganasan’ Meah.
“Comel
tapi garang. I want you to be mine!” Ujar lelaki tadi perlahan. Si Bujang
Senang rupanya.
Izham
dan Hazwan. Dua jejaka serba lengkap pakej sebagai seorang jejaka Malaya telah
terpikat pada gadis yang sama. Cuma Hazwan kurang pada satu dua tempat. Izham
pun ada kurangnya cuma tak adalah sampai termasuk kategori buaya tembaga darat.
Jawapannya cuma ada pada Meah dan pada takdir.
Weeee...... Enjoy ya,sayangku semua... =>
double triple best! hehe.. rindu punya pasal tu yg trlebih best..hehe.. enjoy sgt..
ReplyDeleteheheh.... amboi.. berdouble triple bagai... =)
Deletebest!!!
ReplyDeletethanks.. ^_^
Delete