Sunday 2 September 2018

Kaki Drama Korea

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

First of all, thanks sudi singgah. 😊

Lama gilos tak update blog membebel pelik-pelik kat sini. Rasa macam pelik pula. Hehehe...

So kali ni nak share tentang drama Korea (#Iamreadyuntukdibash #kenapaMalaysiansukabashkorean #minatenglishtakdebashpula 😜)

Owhhh... selain kaki drama Korea, aku pun kpoppers juga. Muehehhe... tapi alhamdulillah dah start kurang. Nak try tinggalkan but it's hard especially the group yang aku stan adalah BTOB. Melody (BTOB's fandom name) will understand apa yang aku maksudkan. 😜

So for now aku still dengan BTOB je. Just sekali-sekali dok melayan la EXO, BTS, MAMAMOO, Seventeen... tapi jangan sembang lebih-lebih pasal group lain selain BTOB sebab aku tak ambil tau pun. Hahahaha... sorry la, bias aku BTOB. Malaysia Melody mana? Komen sikit. Ecehhh....

P/s : Maafkan aku untuk bahasa rojak buah campur kejap BM pastu BI. Rasa menyampah sila tekan tanda cross untuk tab ini. Terima kasih. 😉


Ok. Balik kepada drama Korea. Ya. Aku adalah ratu drama Korea tapi aku sangat memilih untuk tengok drama Korea. Bukan sembarangan drama Korea la yang aku layan. Aku paling menyampah drama Korea genre romantik. So kalau nak bagi suggestion kat aku untuk layan drama Korea tolonglah jangan bagi yang romantik.

Contohnya, Pretty Noona Buy Me Food. Hahaha.. bukan nak bash just nak bagi contoh.

Aku tersangat anti yang terlampau banyak scene romantik yang aku rasa macam tetiba nak dapat serangan darah tinggi kalau tengok. Erkk.. actually tak adalah anti sangat. Layan juga tapi aku lebih prefer kalau yang romantik tu versi budak sekolah. Rasa macam lebih tenang la kut tengok sebab yalah, budak sekolah en. 😂

So aku lebih prefer untuk cerita-cerita yang berunsurkan horror, thriller, action, medic, historical drama. Tapi dalam genre yang aku mention tu pun ada unsur romantik en? Biasanya aku skip tahap gaban. Kalau tak mood aku hancur nak teruskan tengok drama. Hahaha.. cerewet tul. But do I care?

So kat bawah ni adalah 16 drama Korea yang aku boleh recommend yang ikut taste aku. PERINGATAN ya, taste aku. So kalau rasa macam tak best lepas tengok lepas baca aku merepek ni jangan salahkan aku. Aku dah habaq awai-awai DRAMA YANG AKU RECOMMEND NI TASTE AKU YANG AKU SUKA. Haaa... amik hang, caps lock terus aku bagi.

1. BREAD, LOVE AND DREAMS.


Drama ni berkisahkan tentang perjalanan hidup Kim Tak Gu yang penuh dengan onak duri. Mula dari emak dia, Kim Mi Sun, yang mula-mula bekerja sebagai orang gaji dan mengandungkan anak majikan dia. (muka aku ala-ala sinis sikit) Walaupun muka mak dia innocent dan memang watak dia innocent tapi aku sangat tak setuju dia mengandung anak majikan. Heh. Sorry emo.

Emak Kim Tak Gu menghilangkan diri dari keluarga majikan dia a.k.a bapak Kim Tak Gu tapi suatu hari tu, dia akhirnya keluar dari tempat persembunyian dia dan bawa Kim Tak Gu pergi jumpa bapak dia. Macam-macamlah berlaku termasuklah emak dia diculik. Berbelas tahun dia cari emak dia sampailah akhirnya dia berjumpa balik dengan bapak dia.

Macam tak ada kaitan dengan roti kan, dari gaya aku cerita? 😂

Kisahnya bapak dia ni tauke kilang roti dan pembuat roti yang berjaya la. So dia nak inherit kilang roti dia pada anak dia. Owhh ya, selain Kim Tak Gu dia juga ada anak lelaki dengan isteri sah dia. Tapi anak lelaki dia bukanlah anak dia. Haaaaaa... faham tak? Tak faham kan? Gi tengok sendiri.

Anyway, cerita ni cerita lama tahun 2010 dulu. Tapi cerita ni memang meletops la kat Korea waktu tu. Dan cerita ni kena sediakan tisu banyak untuk mengelakkan banjir kilat semasa menontonnya.

Nak tahu lebih lanjut, klik -> BREAD, LOVE and DREAMS

Watak utamanya, Kim Tak Gu.
So handsome, mehhhh... (sparkly eyes)

2. REPLY 1988


Drama ni mungkin ramai kaki drama Korea tahu. Cerita yang berlatar belakangkan tahun 80-an. Cerita ni kisah 5 sekawan, Deok Sun, Jung Hwan. Sun Woo, Dong Ryong dan Taek. Cerita ni tersangatlah recommend untuk mereka yang sukakan cerita-cerita 80-an dan yang berunsurkan friendship.

Bolehlah tengok macam mana mak cik-mak cik bawang versi Korea dok membawang sambil kupas ikan bilis, sambil makan sweet potato. Hahahaha... lawak betul mak cik-mak cik bawang ni. Tak lupa juga kisah percintaan yang terjadi antara mereka. Bila Deok Sun ingat Sun Woo suka kat dia, lepas tu Jung Hwan suka kat Doek Sun tapi Doek Sun tak tahu. Dan eh tetiba Deok Sun dengan Taek. Dan macam-macam lagilah yang berlaku sepanjang hubungan persahabatan diorang.

They're so cute. 😄

I know many Reply 1988 fans rasa tak puas hati sebab Jung Hwan tak dapat Deok Sun. But no worries, he won in reality. Hahahaha... but I don't know la kut-kut diorang dah break up ke apa. Sebab dah lama senyap. But jauh di sudut hati I hope diorang kekal. Hahaha.. aku lak menyibuk hubungan depa buat apa. 😂

Nak tahu lebih lanjut, klik -> REPLY 1988

3. DESCENDANTS OF THE SUN

Watak utama. Yoo Shi Jin & Kang Mo Yeon.
#depadahkahwindahpun
#akumasihsingledisini
#tiberrr

Kalau kaki drama Korea tak tahu tentang drama ni sumpah kau memang buat lawak. Bagi aku drama ni sangat terbaik dari segi konfliknya. Dari segi percintaan pula bagi aku tersangatlah klise so orang lain tengok drama ni sebab nak tengok percintaan antara Yoo Shi Jin dengan Kang Mo Yeon, aku pula selalu skip part diorang. Hahaha.. so bagi aku tak ada apa yang menarik untuk part percintaan mereka.

Cuma mungkin aku suka bila mana heroin perlu berkorban rasa bila tengok hero terpaksa bertugas waktu diorang tengah date. Tapi sejujurnya aku lebih fokus konflik percintaan second lead drama ni, Seo Dae Young dengan Yoon Myeong Joo. Lebih sweet maybe? Hehehe..

Second lead. ❤️


Tapi bagi aku berpatutan la drama ni rating dia tinggi. Aku sangat suka part waktu gempa bumi. Aku menangis weyhhh... especially part yang doktor serba salah kena salah tagging mangsa. I'm crying so badly at that part. 😭

Nak tahu lebih lanjut, klik -> DESCENDANTS OF THE SUN.

4. WHILE YOU WERE SLEEPING


Aku boleh dikatakan peminat tegar drama-drama yang berunsurkan siasatan. Jadi, drama WYWS ni tersangatlah direkomenkan untuk sesiapa yang sama macam aku. Yeeaaahaaa... konflik jenayah dia sangat menarik. Dan terselit juga bila watak utama ada sesuatu yang boleh aku katakan as kuasa ajaib(?)

Aku rasa banyak sangat drama Korea yang suka menggunakan unsur kuasa ajaib. Dan WYWS la salah satunya. Cerita ni berkisahkan tentang Hong Joo dan Jae Chan yang mana kedua-duanya mempunyai kuasa yang sama. Mereka bermimpi tentang masa hadapan. Apa yang mereka mimpikan akan menjadi kenyataan pada masa hadapan.

Watak utama WYWS, Jae Chan merupakan seorang pendakwa raya. Macam biasa, drama Korea punya konflik bila cerita mengenai pendakwa raya atau apa-apa yang berkaitan dengan mahkamah sangat daboommmm... konflik dia boleh pecah otak mengalahkan kau pula yang jadi hakim.

Owhhh... selain Jae Chan dan Hong Joo, ada sorang lagi watak iaitu Han Woo Tak yang juga mempunyai kuasa yang sama. Dia dapat kuasa ni bila mana dia hampir terlibat dengan kemalangan dan Jae Chan menyelamatkan dia. So, dia dapat kuasa tu dari Jae Chan(?) Muahahaha.. aku juga sudah ingat-ingat lupa bahh..

Han Woo Tak ❤️

Di saat wanita2 di luar sana tergila-gilakan Lee Jong Suk dalam drama ni, aku tergila-gilakan Han Woo Tak a.k.a Jung Hae In. 😍

Nak tahu lebih lanjut, klik -> WHILE YOU WERE SLEEPING

5. KILL ME, HEAL ME


Drama ni femes giler kut dulu. Tapi waktu tengah femes tu aku sombong, tak layan pun. Muahahha... so, bila dah takde siapa nak layan barulah aku terasa macam nak layan drama ni. Sumpah best nak mampus!!! Konflik dia lain dari yang lain bila drama mengetengahkan watak utama yang suffer dengan personality disorder.

Drama ni starting lagi dah buat kau distract nak buat benda lain. Terus terduduk ternganga tertengok drama ni. Hahahaha... itulah yang terjadi pada aku. Cerita ni tentang Cha Do Hyun yang suffer dengan personality disorder gara-gara trauma pada masa kecik yang dia hadapi. Dan bertemu jodoh pula dengan Oh Ri Jin.

Tapi dia bertemu dengan Oh Ri Jin dalam keadaan dia tidak berada dalam diri dia yang sebenar. Dengan salah satu watak villain yang ada dalam diri dia, Shin Se Gi. Villain pun hensem. Tak faham aku. Ehh... tiberrr... so Oh Ri Jin peliklah bila bertemu lagi sekali, Do Hyun tak kenal dia.

Dan dari situlah banyak lagi pertemuan antara mereka yang terjadi. Termasuklah dengan abang Oh Ri Jin, Oh Ri On. Ok. Ini sumpah lawak. 😂

Ada salah satu dari 7 personaliti tu adalah budak perempuan, I'm sorry, tak ingat nama watak dia. Dan watak ni tersangatlah suka kat Ri On sampai sanggup kejar Ri On depan public dan kiss Ri On. Hamaigadddd.. aku gelak sampai kejang urat perut. Hahahha... sumpah aku tak boleh bayang macam mana depa berlakon weyhh... 😂

Me everytime I see BTOB. 😝
Nilah part yang aku maksudkan.
Bila personaliti budak perempuan tu muncul, huru hara weyhhh..
hahahahaha....

Nak tahu lebih lanjut, klik -> KILL ME, HEAL ME

6. THE MASTER'S SUN


Drama ni pun kira legend juga ni. Kaki drama Korea kalau tak tengok drama ni memang tak lengkap la weyhh... dulu aku penakut weyhh... tak berani tengok drama ni malam-malam tambah-tambah lagi hantu yang seret kaki tu. Aku tutup mata kut. Hahahaha...

Anyway, drama ni tentang heroin, Kong Sil yang ada ability untuk melihat dan bercakap dengan hantu. Dahlah hantu-hantu tu suka ikut dia dan banyaknya hantu tu ikut sebab nak minta tolong. Kiranya hantu yang dekat dengan dia tu roh-roh yang tak tenang la.

Sampai satu masa ni, dia terjumpa dengan Joong Won a.k.a hero drama ni. Hantu akan hilang everytime mereka berpegangan tangan atau sebenarnya body contact la. Hantu tu takut dengan hero tu kut? Huhuhu... entoh la nak, dah lama layan, tak ingat sangat dah.

Tapi cerita ni memang best la sebab hantu dia macam-macam. Ada yang seram giler, ada yang kelakar. Aku suka part-part bila heroin struggle nak tolong hantu sampai hantu tu akhirnya 'pergi' dengan tenang.

Dan part macam mana hero dingin heroin pun aku terhibur tak tahu kenapa. Huhu. Dia takdelah sweet mana pun percintaan diorang. Mungkin dikaburi oleh hantu-hantu. ahahahhaa... termasuklah hantu ex hero. Wuuuuuu....

Nak tahu lebih lanjut, klik -> THE MASTER'S SUN

7. BLACK


Selain Master's Sun, drama Black ni pun salah satu drama yang mengetengahkan heroin ada ability untuk melihat makhluk halus. Tapi Black ni special sikit sebab heroin dia bukannya boleh tengok makhluk halus tapi dia boleh tengok bayang hitam yang menjadi petanda yang seseorang tu bakal mati.

Errkk.... tetiba macam tak reti nak cerita apa. Hahaha... sebab tak ingat sangat dah jalan cerita dia. Tapi yang pastinya, hero dia ada grim reaper. Actually hero dah mati tapi grim reaper masuk dalam badan dia. So actually it's not him but a grim reaper.

Ada kawan aku cakap cerita tak best. Tapi aku tak faham mana yang tak bestnya sebab bagi aku cerita ni kira boleh hadam jugalah. Dan konflik yang sangat menarik. Cuma ada jugalah part-part yang tak masuk akal. Yalah, grim reaper kan. 😆

Tapi kira oklah cerita ni. Konflik dia tak membosankan dan twist dia tak melampau sangat. So sesiapa yang suka drama dengan unsur-unsur horror tu bolehlah tengok drama ni. Jalan cerita dia bagi aku tak membosankan dan sumpah aku nangis part dah nak last tu bila mak dia buat pembedahan transfer jantung. Tetiba rasa nak tengok balik. 😂

The hero a.k.a my childhood crush. 😜
Makin tua makin hensem. Tak paham aku.


Nak tahu lebih lanjut, klik -> BLACK

8. LET'S FIGHT GHOST


Ada lagi satu drama Korea yang menceritakan tentang ability seseorang itu untuk melihat makhluk halus iaitu Let's Fight Ghost. Dah dua cerita yang kat atas tu heroin yang ada dapat ability tu, kali ni hero pula yang ada ability untuk melihat makhluk halus.

Bagi aku antara 3 drama ni, yang ni paling kelakar la. Walaupun ada je part serius tapi aku tetap suka part kelakar. Heh. Siapa je yang tak suka benda kelakar kan? Tapi hantu dalam drama ni pun tak kurang seramnya juga. Meremang jugalah bulu roma iollsss waktu tonton drama ni.

Ok, taktau nak cerita apa. Hahahah... plot cerita ni ada dalam otak tapi taktau nak luah camnoii.

So sebenarnya watak heroin, Hyun Ji, dia 'hantu' tapi bukan hantu sebab dia masih hidup sebenarnya cuma roh dia tak ada dalam jasad sampai boleh bertembung dengan hero, Bong Pal yang boleh nampak dia.


Dan dalam drama ni aku suka watak dua orang ni. Sumpah depa kelakar. Semangat gila nak tubuh kelab paranormal tapi tulah kesian takde support. Hahahhhaa... Dengan nerdnya. So depa scene stealer la bagi aku. Depa pun ada juga kena kacau dengan hantu. hehehe...

Nak tahu lebih lanjut, klik -> LET'S FIGHT GHOST

❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️ ❤️

Ok, sekian dulu... kena bahagi kepada dua. Tak larat nak perah otak nak ingat balik setiap drama. Hahahhaa... akan datang Kaki Drama Korea II pula. Tunggu tauuuu... ada lagi 8 drama untuk direkomenkan kepada korang. Weeeeeee....

Semua gambar kredit Google.

Byeee... jumpa lagi nanti. ❤️

No comments:

Post a Comment