Monday, 12 March 2018

Little Diary

Assalamualaikum dan hai...



Sedar tak sedar, dah dua dekad dah umur aku. Dalam asyik memikirkan masa hadapan, tanpa sedar aku sebenarnya sudah pun berada di masa hadapan. Yang dahulunya aku hanya mampu berfikir, kini aku sudah pun berada di sini... pada umur ini.

Tanpa aku sedari, diri ini semakin matang walaupun terkadang masih ada sifat keanak-anakan itu. Hati ini makin mengenali pahitnya dunia. Hati ini semakin rapuh. Semakin mudah hancur. Menandakan usia semakin meningkat? Atau aku yang sekadar terlalu melayan perasaan.

Namun, aku sukar menepis satu hakikat. Hati aku sunyi. Sudah aku isi dengan manusia. Semuanya berakhir dengan air mata. Semuanya tidak seperti yang aku inginkan... dan akhirnya... aku biar. Diri ini tenggelam dalam sunyi.

Tenggelam dalam air mata yang terkadang sukar untuk aku sembunyikan daripada manusia.

Maafkan aku. Aku yang kalian lihat. Aku yang kalian dengar. 

Aku juga keliru. Benarkah ini aku? Bagaimana dan ke mana perlu aku pergi untuk mencari diri aku?

Aku... masih jauh.

Yang benar,
Aku

No comments:

Post a comment