Friday 22 September 2017

Senang Di Hati

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


#CHARLIEPUTH
#CRUSHTAKTERGAPAI

Ok. Sebelum baca entry, mohon jangan gelak and just simpan your reaction for your own. Cause it's funny. Yeahhhh.... veryyyy funnyyyy....

About my crush.

Hahahahahaha....

Ok. Mungkin salah aku sebab meletakkan expectation tentang dia terlalu tinggi. Aku nampak macam dia perfect. Maybe aku letakkan expectation sebab aku nampak diri dia yang sebenar tak sampai 5%. Atau mungkin kurang daripada tu. Aku just nampak dia di tempat kerja. I didn't see the whole him.

The other 95%.  

And maybe juga aku letak expectation tu sebab aku tak pernah try nak gi sembang dengan dia. Kenal-kenal mana taukan, otak dia pun masuk air macam aku. I didn't say that aku nak underestimate dia. Nak kata dia jahat. NO. BIG NO.

But, it's hurt of course bila kau tahu diri dia yang sebenar. The bad side dia??? Siapa je yang tak ada bad side?  Nobody's perfect. Remember? 

Ok. Tak nak cerita lebih-lebih. Aku pun taktau nak cerita macam mana. But, just nak share pengajaran kat sini.

Jangan letak apa-apa expectation about someone that you like/love. Dia tak sempurna macam watak dalam drama-drama Melayu. Nahhhh...

Jangan malu-malu kalau dah suka. Dah suka pergi je kenal. Takyah kisah orang nak kata kau tu timba cari perigi. Dah kenal nanti kau tau, dia tu boleh masuk tak dengan kau. I mean, boleh ke jadi kawan kau. Kalau malu macam aku, alamatnya selamat jalan romeo arrr.

Aku memang selalu melepaskan crush begitu sahaja. This is not the first time. It's hurt actually to see them for the last time. But... aku selalu fikir, alaaa... crush je pun.  

Pergi jelah ya, anak-anak sekalian. Jangan malu nak tegur crush. Dia tolak itu adalah keputusan dia. (kalau kau confess laa) Biar sakit ditolak. Jangan sakit asyik teringat-ingatkan crush. 

Pengajaran last yang mak aku pesan kat aku...

Nak pilih laki, pilih yang biar tak senang mata ni tengok dia, asalkan senang di hati.

Panggg... rasa macam sepatah-sepatah perkataan yang keluar dari mulut mak tu menampar pipi aku. Sakit weyhhh... oklah, secara jujurnya setiap kali sesiapa yang jadi crush aku mesti ada rupa. Hensem. Smart. Kemas.

Hahahaha... jangan salah faham.

Crush je. Tapi yalah, siapa je yang tak suka, kan? Tengok laki hensem. Tapi sebenarnya hensem tu macam belakang kira la sebab dia akan automatik hensem kalau dia kemas. Mungkin itu sebabnya aku suka crush aku yang sekarang ni yang dah tak ada perasaan aku menengoknya.

Dia kemas. Mungkin sebab pekerjaan dia? Atau mungkin dia memang seorang yang kemas? Don't know. Tapi aku suka tengok pakaian dia. Kemas. So, dia nampak hensem.

Ok, bila aku dengan tak malunya cerita kat mak yang aku kecewa bila tahu his real himself, mak terus marah. Mak cakap aku pilih laki yang senang kat mata je, tak senang di hati. Yalah, mana aku nak tau dia boleh senangkan hati aku ke tak. 

Tegur pun tak pernah. Dok menengok dari jauh. Hahahaha...

Apa-apa pun, walaupun dia sekadar jadi crush je tapi aku still dapat pengajaran dari dia yang hadir dalam hidup aku sekadar dari jauh. Terima jugalah kasih kat dia. Hehehehe...

Ok. Dah boleh start misi cari crush baru. 

Itu je nak membebel. Entah apa ke bendanya aku merepek pun aku taktau. Ngeeee...

Byeeeeeeee....

4 comments: