Thursday 6 September 2018

Seram Gilosss : Munafik 2

Bismillahirrahamnirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Wahhhh... lamanya tak buat review movie. Hehehe..


So hari tu aku pergi tengok wayang cerita Munafik 2. Punya level nak tengok cerita ni aku siap suruh kawan aku beli online kut tiket wayang, sebab aku memang confirm yang kalau nak beli kat wayang macam harapannya tipis nak dapat tiket waktu yang aku nak. Dan aku macam woww sebab banyak giler waktu tayangan untuk cerita ni. Aku tengok dekat Aeon Klebang.

Memang ramai giler orang dan panggung tu full. So aku wowww lagi sekali. Hahaha...


Aku tak tengok full trailer Munafik 2 sebelum pergi tengok kat wayang. Tengok sikit-sikit macam tu je. Lepastu elok-elok sebelum masuk panggung aku terbaca review Munafik 2 dalam instagram. Review oleh Aiman Banna.

Bengang gak sebab dia bagi spoiler gaban dowhh.. hahahha... tapi aku buat mindset, baca spoiler tak sama macam tengok sendiri. Jadi aku pun cubalah 'tutup mata' untuk spoiler yang aku dah baca. hahaha... tapi aku rasa sekarang spoiler untuk Munafik 2 ni ada kat mana-mana je. So tabahlah yang tak tengok lagi tapi dah dapat spoiler. 😂

Aku letakkan expectation yang agak tinggi sebenarnya sebelum masuk wayang sebab aku tengok Munafik yang first pun dah daboommm... so memang excited giler la kan...

Tapi serius, bukan sahaja menepati expectation aku tapi lebih dari tu. 👍👍👍👍👍

Aku tak reti nak sembang pasal sinematografi or whatsoever tu semua. Tapi bagi aku kalau kau peminat cerita seram, Munafik 2 ni memang wajibul ghunnah ada dalam to-watch-list kau.

Macam Munafik yg first, Munafik 2 ni pun tak kurang dengan scene-scene terkejut. Sumpah aku sampai dah nak melompat dari kerusi dia punya level terkejut tu. Dan sumpah aku jadi baik gila. Dari awal sampai dah tamat aku tak berhenti beristighfar. Hahahaha...

First time rasa tengok wayang boleh kumpul pahala. 😂

Tapi bila keluar panggung, astaghfirullahalazim... melaghaaaaa... hahahhaa...

Jadi, Munafik 2 memang sahlah sambungan Munafik yang first en. Hahahaa... apa daaa aku ni. So start je cerita memang totally boleh nampaklah yang memang cerita ni bersambung dengan Munafik yang first. Yalah, kan macam sesetengah cerita nama je bersambung tapi ada je serupa tak bersambung pun.

Kalau Munafik yang first buat kau dok tutup-tutup mata tak habis-habis, Munafik 2 lagilah, aku rasa mata aku dah melekat dengan tangan, aku punya level tutup mata. 😂

Kalau dalam Munafik yang first, sihir yang dihantar kepada Maria dah dikira dahsyat... sihir yang dihantar kepada Imam Malik lebih dahsyat lagi. Dan lebih menggerunkan siap dengan ular yang super duper besar.

Aku takut ular dowhhhhhh!!!

Aku setiap kali tengok ular and even sebut ular tu pun dah rasa macam nak muntah. Ni tengok pula yang memang besar gila namateyy macam dalam Munafik 2 membuatkan aku tersangatlah takut. Sumpah rasa nak nangis tengok ular tu.

Ni baru ular kat dunia, ular kat alam kubur nanti... 😭

Ok, terlari topik sat. Hehehe...

Lepastu ada part Sakinah a.k.a Maya Karin dirasuk bagi aku seram jugalah. Tapi sejujurnya seramnya ketika Sakinah dirasuk lagi seram waktu Maria kena rasuk. Maybe sebab dia tak pakai telekung macam Maria kut. Hehe...


Tapi aku ada addicted waktu tengok Munafik ni. Aku tersangatlah suka dengar watak-watak berbicara dalam Bahasa Arab. Sebutan diorang membuatkan aku rindu nak belajar Bahasa Arab yang last aku belajar waktu sekolah rendah dulu.

Selain seram, cerita ni juga boleh buat air mata korang menitik jatuh ke dalam popcorn. Banyak part jugalah antaranya part Sakinah yang cuba mempertahankan anak dia, Aina. Part Ustaz Adam pun banyak juga yang buat korang menangis.


Part yang macam mana, tak nak sembang lebih-lebih. Tak syoklah kan kalau aku cerita kat sini. Nanti tak feeling tengok wayang. Walaupun hakikatnya spoiler dah bersepah merata dalam alam maya ni. 😏

Sumpah bengang tak habis lagi dengan manusia-manusia yang suka sangat share spoiler ni. Rosak mood tau tak nak tengok. Tapi aku rasa macam aku pun selalu gak terbagi spoiler. Huhuhu... ok. maafkan aku. So aku pun bengang dengan diri aku. Hahaha.. emo tul.

Dalam movie ni gak serius kau akan bengang gila dengan Tok Adi. Ehhh bukan... dengan Abuja. 😝


Aku rasa aku banyak kerut dahi menahan geram tengok Abuja ni. Sama je dengan pengikut-pengikut dia. Eeeeeee... gewaammmmm... owhh ya, Abuja ni membawa ajaran sesat kat kampung Imam Malik. Dia akan hantar sihir kepada sesiapa yang tak nak ikut dia. Extreme tul dia punya level bawa ajaran sesat tu. Imam Malik yang paling kuat menentang dia dan dihantar sihir sangat teruk. Jahat gila woiii Abuja ni.

Ok. Tak nak sembang lebih-lebih, better korang pergi tengok sendiri. Serius tak rugi, bagi akulah. Sebab tahap seram mencapai expectation aku.

Dah-dah, pergi sana tengok kat wayang. Tapi yang lelaki Muslim tu mohonlah jangan tengok waktu solat Jumaat. Tak malu ke bang mana tahu bakal bini ada dalam wayang tu tetiba tengok... eh, bakal laki aku tak pergi solat Jumaat. Dan lagi best bakal mak mentua pun ada sekali. Hahahahha... ok, jauh dah aku melalut.

Dan ada kejadian yang paling kelakar terjadi kat aku pada part yang sepatutnya aku tutup mata tapi disebabkan aku rasa terlalu kelakar, aku jadi hilang perasaan seram tu. 😂😂😂😂😂


Alkisahnya ada seorang lelaki ni duduk sebelah aku, mula-mula tak ada apa-apa pun. Lepastu tiba-tiba aku terperasan, dia minum air aku. Aku ekori gerakan tangan dia yang dah nak letak balik air aku ke tempat asal dengan ekor mata aku. MUAHAHAHA... sumpah aku gelak macam nak rak tapi dalam hati jelah. Kang mau orang cakap aku gila tengah part seram, aku pergi gelak.

Dahlah gaya dia letak balik tu nampaklah yang dia dah tersedar yang dia minum air aku. Slow mo je dia letak. Dan aku rasa dia pandang aku sambil dia letak tu. Dan aku rasa dia pun perasan aku dok perhati tangan dia yang meletakkan balik air aku.

Dan lagi best dia pi hebah kat kengkawan dia. Dengarlah yang kengkawan dia gelakkan dia. Aku dah berpaling dah tengok kawan aku dengan cubaan menahan gelak yang super gaban. Dan kawan aku pula punyalah feeling tak sedar apa yang berlaku. Sabau sajalah.

Dahlah nebesnya dia dah terminum air aku, habis je cerita, buka je lampu terus dia buka beg duit cakap dengan aku nak bayar balik air yang dia dah minum. Haahaha... aku rasa dia sangat cute. Oppsss.. ada kemungkinan dia lagi muda dari aku so aku pun takde apa-apa perasaan pun.

Takpelah dik, akak halalkan air yang kau minum. Tapi sorrylah, straw tu penuh dengan lipstick hakak. 💄😂

Ok, sekian membebel.

Enjoy watching Munafik 2. 😄 Terbaca spoiler, tutup jelah mata. Lagipun memang berbeza sangat daripada kau dok baca spoiler yang orang bagi dengan kau pergi tengok sendiri. Feel dia lebih ummpphh...

*Semua gambar kredit pak cik Google.

No comments:

Post a Comment