Saturday 26 March 2016

Munafik : Kali Kedua

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Kelmarin, yakni hari Khamis... pergi berjimba dekat Ipoh Parade dengan Typo Squad. Tapi 6 orang je termasuk aku yang boleh pergi. Sedih wooo... entah bilalah boleh berjimba cukup 11 orang. T_T


Actually dah lama dah aku dengan Azy rancang nak pergi tonton Munafik. Tapi aku dah pi tengok dulu sebab sepupu aku ajak dulu. Jadi ini kiranya kali kedua untuk aku tonton Munafik dan kali pertama untuk yang lain.

Kali ni nak review penuh pula pasal Munafik dan selit-selit sikit pasal kejadian hari jimba-jimba kita orang Khamis hari tu.


Sekarang ni kalau boleh hari-hari nak tengok trailer Munafik.
Kau dah kenapa, Fitri? -_-

Well, itu kali kedua aku tonton Munafik. Jadi, tahap berani tu tak adalah jatuh macam pertama kali aku tengok hari tu. Pertama kali hari tu tak payah cakaplah. Hampir semua part aku tutup mata. Yang tak ada hantu pun aku tutup juga.

Apa daa aku ni.

So, kali ni berani sikitlah. Ada empat part je aku tutup mata. Itu pun tutup sekejap je. Kalau first time hari tu tunggu dah betul-betul part tu habis baru aku buka mata.

Tapi part yang paling aku tak berani langsung nak buka mata, part hantu tu muncul belakang Ustaz Adam dengan part hantu muncul 3 saat depan cermin bilik air Maria tu. Yang dua part tu memang serius aku tak berani sebab dua part tu yang buat aku mimpi benda tu muncul depan mata aku.

Dua part yang berani sikit sebab tutup ala kadar je mata. Nampak juga skrin tu. Part waktu Ustaz Adam dekat rumah Maria dan tiba-tiba lampu terpadam dengan part dekat bilik mayat. Dulu part bilik mayat paling aku tak buka mata langsung.

Tak tahu pun aku apa benda jadi kat bilik mayat tu dulu. Tapi waktu tengok kali kedua hari tu tahu dahlah apa yang jadi. Tak adalah menyesal dah sebab tak tahu apa jadi kat bilik mayat tu. Hahaha... tapi still waktu Maria masuk dalam peti mayat tu aku tak berani nak buka mata.


Copy terus dari Google.

Tapi serius aku cakap... kalau kau tutup mata waktu part Maria kena rasuk tu memang kau rugi. Rugi sangat-sangat sebab kau takkan boleh tengok macam mana lakonan Nabila Huda yang memang real gila. Dan kau takkan dapat dengar apa yang setan tu cakap yang sangat-sangat membuat kau meremang bulu roma dan insaf.

Yang tak bestnya... peristiwa waktu aku first time tengok Munafik hari tu berulang lagi. Si budak Mai tak habis-habis dok tanya aku apa jadi lepas tu. Last-last aku marah dia, suruh dia tengok je sendiri. Baru ada feel der. Ni dok dalam panggung lepas tu tanya orang sebelah apa jadi lepas tu baik tak payah. Hahaha...

Sentap tak ayat aku, Mai? Hahaha.. ;P


Dahlah Mai suka tutup mata. Akulah yang selalu halang tangan dia. Aku tak nak dia rasa rugi macam mana aku yang menyesal dulu sebab banyak tutup mata. ;D

Cerita banyak twist.

Dulu diorang dok suruh aku cerita pasal filem Munafik ni serius aku tak tahu nak cerita macam mana. Bukan sebab aku tutup mata, ya. ;D Tapi sebab jalan ceritanya banyak twist. Dulu aku pun macam Mai, ingat Ustaz Adam tu yang Munafik.

Mai la, tak habis-habis dia membebel kata Ustaz Adam tu Munafik. Aku? Senyum je sebab biasalah. Manusiakan suka buat kesimpulan awal. Macam Fazli la, dok panggil Ustaz Adam tu Munafik. Walhal yang Munafik sebenarnya... (pi beli tiket wayang ;P)

Kema dengan mudahnya dah boleh teka siapa yang sebenarnya Munafik selepas aku cerita dalam entri lepas - Annoying Sangatttt. Tak juga mudah. Nak dekat last jugalah baru dia dapat teka tapi sebelum si Munafik muncul. Kema tu memang. Kalau cerita banyak twist dia selalu je boleh teka. Aku yang lembab ni memang kena tunggu ending. T_T

Hari tu aku cerita dekat Whatsapp group tentang filem Munafik ni. Shaz kata dia boleh je tidur kalau tengok Munafik. Aku ceritalah pasal soundeffect Munafik yang memang sentiasa buat kau terkejut + berdebar. Dia tetap kata dia boleh tidur.

Dia tak percaya sangat cakap aku, kan? Dah tengok barulah dia tahu. Even nak lelap 5 saat pun tak boleh sebab soundeffect dia sentiasa buat kita rasa terkejut. Sebab dia macam tiba-tiba je... bammmm... Eleh, setakat aku taip bamm memang la tak ada effect, ce pergi tonton sendiri. ;P

Yang bestnya, kali ni aku ada perasaan rasa nak keluar dari panggung. Waktu first time dulu tak ada pun rasa macam tu walaupun waktu tu dah pukul 10 malam. Ni pukul 3.30 petang kut.

Bukan sebab apa... sebelah kanan aku dahlah kosong. Ada 4 kerusi kosong. Depan kita orang pula memang kosong. Lebih kurang 4-5 line kat bawah kosong. Kiranya kita orang yang depan sekalilah. Faham-faham ajelah imaginasi terlebih kreatif dalam gelap tu. ;D

Especially waktu part benda tu muncul belakang Ustaz Adam. Serius beb aku waktu tu dah get ready nak keluar je. Cuma mengenangkan nanti rugi RM8.50 aku. Hahaha... so kuatkan semangat sambil sikit-sikit jeling sebelah kanan aku. T_T


Cerita ni memang penuh dengan pengajaran. Boleh kata setiap saat yang berlalu menuju ke pengakhiran cerita ni memang ada pengajarannya. Sekecil-kecil watak dalam Munafik ni pun turut memberi pengajaran kepada kita. 

Cuma bergantung kepada kita yang menonton untuk melihat ia sebagai pengajaran atau sekadar melihat ia sebagai sebuah filem untuk menghabiskan masa kita dalam panggung.

Tahniah juga buat Syamsul Yusof kerana berjaya menghasilkan sebuah filem yang bukan sahaja berkonsepkan keagamaan tapi juga berjaya menjaga aurat para pelakon dan batas-batas antara pelakon perempuan dan lelaki. This is real Islamic movie! ^_^

Last but no least, please la pergi tonton kalau ada kelapangan masa. Kutip pengajaran yang terkandung dalam filem ini. Dan please jangan tutup mata kecuali kalau ada part yang kau lemah semangat. ;D

Wassalam. Tata, Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

1 comment: