Wednesday, 23 March 2016

Pengalaman Memandu

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


Dah habis berdebar waktu test JPJ bulan lepas, sekarang ni berdebar pulak nak bawa kereta bapak aku.

Berdebar kut.

Lagi berdebar dari waktu test JPJ hari tu.

Pegang stereng pun pegang kuat gila. Dahlah duduk depan aircond pun boleh berpeluh. Dan yang paling best, kereta bapak aku manual. T_T


Dah sebulan aku lulus test JPJ barulah dapat keberanian nak bawa kereta. Mula-mula bawa hari tu pergi rumah kakak angkat aku. Rumah dia jauh sikit dari jalan besar. Memang jauh dan agak sunyi. Kereta pun tak banyak.

Jadi, bahagia jugalah bawa kereta sebab kereta sesekali aje ada. Kalau ada pun memang diorang potong kereta bapak aku. Sebab aku bawa macam siput khinzir. Setakat 40-50 km/j je. Bapak aku dok membebel suruh aku tekan minyak bawa laju sikit.

Tapi aku rasa macam pedal minyak tu seram. Malah lagi seram dari filem Munafik. Huwaaa...

Mak aku yang macam lady boss dekat belakang memang dah diam. Muka cuak habis. Hahaha... adoi, mak aku ni!

Dan yang paling aku rasa nak turun dari kereta dan bagi dekat mamat dua orang ni penampo adalah bila dua orang mamat naik motor ni selamba badak berhenti tengah jalan. Tengah jalan beb! Boleh pula diorang bersembang. Dahlah kereta dari jalan yang bertentangan banyak.

Bapak aku dah jerit dah suruh aku tekan brek. Aku pun berpeluh-peluh cari brek dengan klac.

Dah nampak aku berhenti... eh, boleh pula mamat dua orang tu bagi muka tak bersalah lepas tu jeling macam marahlah. Ikut hati memang aku nak hon aje. Tapi aku paling benci hon. Bising kut.

Lagipun tak naklah kecoh-kecoh. Kang ada yang rakam, viral pula aku, kesian Dato Vida hilang populariti dua minggu. Hehehe... gurau je. ;P

Dulu aku bawa motor, aku acah ala kalau aku termasuk laluan kereta pun tak apa kut. Kadang-kadang aku ni khayal gak bawa motor. Tambah-tambah lagi bila dah kenyang. Memang terbayang katil je. Hahaha...

Sekarang aku dah boleh bawa kereta, aku dah start faham macam mana perasaannya bawa kereta lepas tu motor ada yang macam pelesit, macam pocong, macam langsuir. Rasa macam nak turun bagi penampo.

Mungkin itulah kut perasaannya kereta yang selama bertembung dengan aku yang kadang-kadang, eh tak sedar dah ke tengah sikit.

Apa-apa pun bila dah selamat sampai dekat rumah kakak angkat aku tu, aku terus letak tepi jalan. Tukar driver bapak aku ambil alih pula. Sebab aku tak reti parking. Memang FAIL! T_T

Itu baru kali pertama aku bawa kereta. Kali kedua pula bawa ke Kuala Kangsar.


Copy terus dari Google.

Banyak gila pengalaman kelakar dan yang menakutkan. Sampai rasa nak give up pun ada. Rasa macam nak menangis. Semua rasalah ada.

Mula-mula dekat Sungai Siput bertembung dengan lori panjang. Aku pi masuk lorong kanan sebab aku tengok lori tu memang lembab giler. Alih-alih sekali lori tu buat fast & furious. Yang best, kereta belakang bagi lampu sebab aku takut nak potong lori tu.

Hahaha... dalam hati kutuk diri sendiri sebab bajek sangat nak potong lori padahal nak tekan minyak pun takut. 

Tapi sisi positif cakap... "Tak apa, kaukan masih baru dalam bab pegang stereng ni. Lama-lama nanti bolehlah."

Sudahnya kembali ke tempat yang layak iaitu di lorong kiri. >_<

Lepas tu bila naik bukit, still masalah yang sama... takut nak tekan minyak. Adui kaki kanan aku ni. Kenapalah takut sangat dengan menatang pedal minyak tu?

Lepas tu bila dah sampai kuale, nasib baik tak langgar bontot kereta. Boleh pula bontotnya aje yang terjuih keluar dekat tempat parking tu. Mak dengan bapak dah terjerit-jerit. Maaflah. Anakanda masih belajar memegang stereng dengan baik. T_T

Lepas tu dah sampai dekat rumah mak cik, rumah dia atas bukit sikit. Memang aku dok kalut tanya macam-macam dekat bapak. Macam mana nak parking la yang paling banyak kali aku tanya. Last-last aku letak je tepi jalan.

Nasib baiklah kereta tak banyak waktu tu. Lepas tu bapak juga yang kena parkingkan kereta. Hahaha.. nampak tak permainannya di situ? :P

Balik tu bapak pula yang bawa kereta. Alasannya nak jalan-jalan dengan mak sebab nak cari kain baju kurung untuk raya. Hahaha... karang aku bawa parking merata tengah trafik sesak tu, mengamuk orang kuale. ;D

Walaupun aku memang teruk gila setakat ni waktu bawa kereta, tapi tak bestlah kalau dah give up. Bapak aku cakap dah boleh dah ni cuma kena berani tekan minyak lagi dengan kawal stereng sebab aku suka melilau pegang stereng.

Mak aku pun kata aku berani dan boleh bawa kereta. Jadi, Nur Fitri! Jangan give up, k. U can do it. Haha... ;D

So... errmmm... tak ada nak tulis apa-apa dah. Bye-bye jelah. Daaa....

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merpek. ^_^

No comments:

Post a Comment