Assalamualaikum dan hai semua...
24/5 hari tu... masuk dalam buku Sejarah aku. For the first time berpisah lama dengan mak bapak aku. Selama ni paling lama pun tak sampai seminggu. Hahaha... Okey, bunyi macam lawak tapi memang lawak. Tapi entah apa yang lawak. -_-
Waktu sampai depan UiTM Tapah tu, terus cakap dekat bapak... "Patah balik boleh tak?"
Mak bapak aku gelak. Jantung aku waktu tu tak payah aku cerita arr, berdegup laju sampai rasa macam nak terkeluar dari badan. Rasa macam... serius, weyh? Aku dah nak jadi budak U. Walaweyhhh... rasa macam baru semalam duduk dalam dewan nak amik KBSR. Hahaha... jauh bebenor sampai ke darjah 3.
Masuk je dalam UiTM Tapah tu...
Okey, okey.. tak payah nak cerita satu-satu. Kang korang kena hadap komputer 5 hari 5 malam nak habiskan baca entry aku ni.
Roommate... alhamdulillah aku dapat roommate yang sangat-sangat mengingatkan aku dengan Typo Squad. Dia memang happening arr. Orang Kedah. Arifah. Yuuhuu.. Arifah, hang baca dok ni! Haha... bajek macamlah roommate hang tu tahu blog hang ni. Aku dah dok berhang-hang je sekarang ni. ;D
Bilik aku untuk 2 orang. So, roommate aku sorang je. Takyah tanya mana roommate aku yang lain. ;P
Ok, kita mulakan dengan Minggu Destini Siswa. Serius arr, stres nak mampus! Aku jadi rasa macam... ahh, menyesal aku masuk UiTM Tapah. Kalau aku tahu macam ni, dok rumah cari kerja je. Hari first tu, malam tu aku nangis dengan penuh penyesalan kerana memilih untuk berada di UiTM Tapah.
Tapi, brader... rileks arr brader, aku tak habis taip lagi ni. Dua hari je stres dan part yang stresnya yang lari je. Actually tak adalah lari sangat. Lebih kepada berjalan langkah besar dan pantas. That's why kakak-kakak OC tak habis-habis... "Pantas siswi, pantas." Ayat tu bergema je dalam otak aku. ;D
Tambah stres lagi kena pakai tudung bawal. Aku tak reti dan tak suka pakai tudung bawal. T_T That's why aku yang paling selekeh tudungnya. Hahaha....
It's ok... minggu tudung bawal dah tamat semalam. Hahaha... minggu tudung bawal. Suka hati aku je. Jangan marah arrr. Jual kang.
Termenung sambil berfikir.
'Agak-agak apalah yang mak bapak aku buat dekat rumah tu.'
Masuk hari ketiga, muka-muka OC yang jaga aku dan dak-dak Alpha dah start berubah. Diorang dah makin sporting! Serius arr, aku tak habis-habis gelak sebab diorang. ;D Especially OC Ain, Danny (yang ni tak sure betul ke tak ejanya, maaf naa kalau salah), Farhan, Luqman dan ramai lagi OC yang memang happening gila.
OC yang paling tak boleh blah, OC Luqman arr. Mula-mula aku nampak dia. Huk alah, garang betul dia ni. Muka ketat, asyik jerit-jerit. Jerit dia tu kalau kau tak dengar, memang telinga kaulah yang bermasalah. Tapi lama-lama... seriously... betul ke tu OC Luqman? -_-
Yang paling aku ingat, ada sekali tetiba dia duduk tengah jalan. Waktu tu kita orang baru keluar dari DM. Kita orang beratur. Well, beratur memanglah kena berdiri, kan. Yang OC Luqman ni selamba duduk tengah jalan lepas tu gelak sambil tunjuk kat kita orang. Dia cakap... "Haha, aku boleh duduk. Korang berdiri je." (lebih kurang gitu arr ayat dia, aku ni memang cepat lupa)
Aku macam... terkesima, tergamam, terpempan, tercengang, terpegun, terkejut. Dulu dia yang paling aku menyampah sebab suka sangat menjerit. (eleh, menyampah orang menjerit, dulu kau tu suka sangat menjerit waktu kawad boleh pula ;P ) Lepas tu dialah yang paling best sebab sporting + selamba dia. Haha...
Lepas tu OC Ain. OC Ain pun garang gak mula-mula. Lepas tu nak tau tak, OC Ain orang yang membuatkan aku ketagih nak nyanyi lagu ulat bulu. Hahaha... Lepas ni aku berulat bulu dan berbaby shark dalam bilik jelah dengan Arifah. Itupun kalau dia nak. ;D
OC Ain juga seorang yang tak tahu nak cakap macam mana. Tapi bila start bagi tazkirah... kata-kata OC Ain tu, menusuk gila arr. Walaupun kadang-kadang terselit lawak buat aku tersengih.

Owh ya, nak cerita... aku ambil Diploma Sains Komputer. (bayangkan aku sebut sambil buat muka poyo, kening sebelah terangkat, flip shawl ala-ala tepi pantai). Actually tak ada apa nak dipoyokan tentang Diploma Sains Komputer. Aku berdebar tak habis lagi ni memikirkan yang aku dah jadi dak Sains Kom. Serius, beb... aku still tak percaya aku dengan beraninya terima aje aku jadi budak Sains Kom.
Padahal aku ni Dota pun tak kenal (ada kena mengena ke? -_-) Serius arr... aku tak pernah terfikir pun aku akan dapat Sains Komputer. Sains Komputer pilihan aku no 8 kut dalam UPU. Aku letak sekadar nak cukup syarat letak 12 pilihan je. Tapi, itulah... rezeki, kan?
InsyaAllah, dengan izin Allah, ada hikmahnya kenapa aku tercampak ke 'bandar' Tapah. ;D Mungkin jodoh aku di situ. Ecewahh ko. Belajar beb, dapatkan Anugerah Naib Canselor, kalau kau tak mampu cuba untuk dapatkan Dekan dulu, baru fikir pasal mana nak cari duit, nak bayar hutang PTPTN (konfem dapat pun belum), lepas tu barulah fikir pasal kahwin.
Aku malas nak cerita bab persediaan apa semua tu. Yang tu kau boleh cari kat blog-blog yang bersepah dalam alam maya ni. Aku dulu yang ada seminggu masa sebelum mendaftar tu memang pulun aku baca blog-blog yang ada cerita pasal MDS. Banyak sangat. Tinggal kau rajin tak rajin je nak baca.
Tak ada banyak gambar. Aku tak sempat pun nak tangkap gambar pemandangan dekat sana. Hari first tu, lepas mak dengan bapak balik je aku terus rehat . Rehatlah sebab semua dah kemas. Petang tu stres bermula. Tak nak cerita sebab dah lupa. Hahaha...
Kita orang banyak main game. Mungkin Alpha la yang paling happening bab-bab game ni. Hahaha... pantang ada masa terluang mesti main game. Serius best. Game yang kita orang main, ulat bulu, siput, kura-kura, baby shark, 1 jam sahaja. Serius happening arr.
Macam mana game tu? Malas nak cerita. Biar je korang berteka-teki. Harharhar.. (evil laugh)
Aku paling suka malam Aspirasi Seni. Serius hilang segala stres dalam kepala otak aku ni tentang MDS. Okey, tak nak cerita.. dah panjang sangat dah entry aku ni. Dahlah gambar pun secoet je. Mesti bosan, kan? Hahaha...
Tarian penguin yang comel ni, semua OC ada buat waktu penutup Aspirasi Seni tu. Serius comel sangat. Hahaha.. ;D
Lepas tu waktu penutup semalam dekat dalam greenhouse pun ada buat. Aku ada rakam. Ingat nak upload tapi pikir balik, tak payah arr. Biarlah aku simpan kekiutan diorang dalam fon aku je. Hahaha.... kita orang pun ada buat sekali. Tak puas kut menari sekali je. Rasa nak menari lagi sebab rasa macam diri ini terlalu kiut bila menari begitu. Hahaha... ;D
Penguin buat lubang, pancing ikan, happy. siang ikan, tutup lubang, pakai kain pelikat, pakai telekung. Hahaha... apa benda semua ni? Rahsia di sebalik tarian penguin tu oleh OC Danny. Haha... aku gelak tak peduli orang kiri kanan dah waktu tu.
OC-OC yang super duper best.
Waktu ni diorang bercampur. Ada OC dari Alpha, Beta, Gamma.
Waktu ni diorang get ready nak tunjuk demo tarian penguin comel tu rasanya.
Entahlah nak. Tak ingat.
Tapi... ada juga something yang buat aku rasa bersalah waktu last day tu. Waktu tu aku baru keluar dari PP lepas amik kad matrik. Aku jalan dah macam orang gila dengan muka macam epal hijau dan tudung yang macam lepas ribut. Penat kut. Serius. Kepala otak ni dok fikir katil je.
Kat depan PP ada dua orang OC jaga. Sorang OC Farhan, sorang lagi tak kenal. Bukan OC Alpha. Tapi aku ingat OC Farhan ada cakap OC lagi sorang tu senior untuk kos Sains Kom. Waktu tengah jalan macam orang tak berapa nak hidup tu, OC Farhan ada tegur... dia cakap, "Berkawad ke, kak?"
Aku buat bodoh sebab tak sure dia cakap dengan aku ke, orang depan aku ke, orang belakang aku ke. Lepas tu dia cakap pula dengan OC lagi sorang tu... "Belum apa lagi dah sombong dengan senior." (lebih kurang gitu arr ayat dia)
Suddenly rasa macam darah terhenti kat vena cava. Dia cakap pasal aku ke? Perasaan bersalah tu menjalar ke seluruh badan seperti mana sel darah merah yang mengalir ke seluruh badan. Ecewahh sempat lagi buat ayat ala-ala sastera + bio.
Untuk OC Farhan dan OC yang lagi sorang tu (maaf sangat-sangat, tak tau nama), saya minta maaf kalau muka minta penampo saya waktu tu buat saya nampak sombong. Bibir saya ni tak ditarbiah puas-puas lagi untuk senyum walaupun waktu penat. Kalau penat memang automatik bibir ni macam keras je nak senyum.
Lagipun aku ni kalau dengan laki segan dia over gila. Jangan kata senyum, nak pandang muka diorang pun kena fikir berpuluh kali. Segan dowww.
Actually saja mention, kut-kut depa baca. Bhahaha.... nak sangat. Macamlah aku ni retis ala-ala Nora Danish sampai femes buat apa pun semua orang nak tahu, semua orang mesti amik tahu.
Lepas ni kena tarbiah diri arr, senyum dalam apa jua situasi. Penat macam mana pun, bibir tu tetap perlu senyum. =) Tapi kalau dengan lelaki... adehhh... kalau pensyarah tu lain ceritalah.
Cerita pasal Kokurikulum. Serius aku tengok memang best-bestlah kokurikulum. Ada kawad tu yang best tu. Dalam Kesatria. Kalau tak salah akulah. Serius teringin sangat nak masuk Kesatria sebab ada kawad. Dahlah yang ajar kawad tu diorang cakap yang betul-betul berpengalaman dalam kawad. Askar kut. Maybelah. Aku ni diorang bagi taklimat, aku dok menguap, tahan mata yang sikit lagi nak terpejam. Apa diorang cakap pun macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri je.
Tapi best arr. Bukan senang kut kawad ada orang yang betul-betul pakar dalam kawad yang ajar. Aku dulu sekolah menengah, dak-dak PKBM je yang ada askar train diorang. Tu sebab dulu PKBM hot sebab ada askar betul datang. Tapi kejap.. hot ke? (tangan atas bahu, mata juling ke atas)
Tapi aku terpaksa nangis tepi tangga sebab tak ada keyakinan nak masuk Kesatria. Dahlah badan comel nak mampus. Jalan pun lembab. Untuk tak nak susahkan diri sendiri, dan tak nak susahkan orang lain, aku pendamkan ajelah hasrat murni itu. Tapi serius, sebak kut bila fikir asal aku tak dengar cakap mak aku untuk kuruskan badan. Kan boleh join Kesatria. T_T
Tak apalah. Nangis ajelah tepi tangga sambil tengok depa kawad.
Okey, nak taip tu je. Daa... Oh ya, gambar-gambar awan tu gambar dekat luar PI waktu Subuh. Aku termasuk kategori Bunga Raya. So, duduk ajelah dekat luar PI sambil tunggu yang lain solat dan sambil-sambil tu dengarlah diorang baca al-Quran, Mathurat dan kuliah.
Last but not least, terima kasih untuk semua warga UiTM Tapah yang menjayakan program MDS. Kalau tak ada MDS, konfem aku sesat. Patut pi FSKM, alih-alih termasuk dalam FP. Haha.. Terima kasih besar-besar juga untuk OC-OC Alpha khususnya dan OC-OC yang lain amnya. Kakak-kakak dengan abang-abang OC memang the best!
Good luck untuk kakak dan abang semua dalam meneruskan pengajian UiTM Tapah. Good luck juga untuk diri sendiri yang tak habis lagi berdebar sebenarmya nak masuk kuliah nanti. >_<
Terima kasih sudi baca Fitri merepek. ^_^

Hi, nak tanya, time masuk kolej time register kena bayar anything tak?Thankyku!
ReplyDelete