Tuesday, 15 December 2015

Umi, Ibu, Mak, Mama

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Umi... Ibu... Mak... Mama...

Semua panggilan itu merujuk pada seorang wanita yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan lamanya, malah ada juga yang tidak cukup bulan. [Fitrilah tu... ;)] Wanita itu juga telah menyusukan kita, menyuapkan kita makanan, membesarkan kita dengan berusaha sedaya upaya memberikan pendidikan terbaik buat kita.

Kasih sayang yang diberikan wanita ini... tidak boleh dihitung ibarat kita cuba untuk menghitung bintang yang menghiasi langit kelam pada waktu malam.

Ada masanya, seorang ibu itu menunjukkan kasihnya dengan cara yang lembut. Manja.

Namun, ada masanya, ibu menunjukkan kasih sayang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Dimarahnya kita namun pengakhirannya... ^_^

Mereka marah kerana mereka sayang.

Seperti seorang guru. Guru memarahi anak muridnya kerana ada sebab. Tidak sewenang-wenangnya seorang guru itu memarahi anak muridnya.

Begitulah jua dengan seorang ibu. Tidak sewenang-wenangnya anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari dimarahi tanpa sebab. Cuma kita, kita yang sudah mampu berfikir yang mana baik dan yang mana sebaliknya perlu merenung semula diri kita sendiri. Pasti ada yang tidak kena pada diri kita sehingga menyebabkan ibu memarahi kita.


Pernah dengar tak.. ada orang kata yang redha Allah itu terletak pada redha ibu dan bapa. Kata-kata ini memang benar. 100% benar. Kenapa Fitri yakin yang kata-kata itu adalah benar? Kerana ada suatu peristiwa yang Fitri mahu kongsikan bersama-sama dengan buddyz semua.


Copy terus dari Google.

Ada sehari tu, Fitri tekad sangat nak pergi cari kerja dengan kawan. Rancang dah beria-ria dah ni tapi Fitri terlupa nak bagitau dekat mak yang Fitri pergi seorang. Kawan Fitri yang lagi seorang tak dapat pergi.

Alkisahnya entah macam mana terlepas cakap pada mak yang Fitri tak jadi pergi berdua. Fitri pergi sorang-sorang sebelum ambil seorang lagi tapi rumahnya agak jauh dari rumah Fitri. Punyalah mak naik risau. Sampaikan malam tu tak habis-habis dok berbincang dengan bapak.

Tapi, Fitri... degil. Keras kepala. Membantah. Marah. Beria-ria yakinkan mak yang Fitri mampu pergi sendirian tapi dengan nada tak berpuas hati. Tak puas hati sebab mak macam tak yakin dengan kebolehan berdikari anaknya sendiri. [yup, inilah perangai Fitri yang sebenar, bukan nak memalukan diri sendiri tapi nak share dengan korang semua.. >_<]

Oh, ya... Fitri anak tunggal. ;P

Nak diringkaskan cerita, tiba hari untuk Fitri pergi cari kerja dengan kawan Fitri tu, Fitri ditunjukkan kebenaran kata-kata Redha Allah Terletak Pada Redha Ibu Dan Bapanya.

Mak tak redha Fitri pergi apatah lagi berseorangan. Tapi, Fitri degil. Allah turunkan Fitri ujian di pagi hari tersebut. Bayangkan, bangun pagi, kepala tak boleh pusing. Memang dah sakit leher sebelum tu tapi tak teruk. Sekali hari tu, langsung tak boleh bergerak.

Dah macam penguin rasanya sebab Fitri hanya boleh pandang ke depan. Nak atau tak nak, Fitri terpaksa kecewakan kawan Fitri yang dah teruja nak cari kerja. Jangan kata dia, Fitri pun teruja tahap gaban dah nak pergi cari kerja.

Bila mak dah tak redha... ^_^

Sebenarnya sebaik sahaja mak kata...

"Jangan pergi kalau sorang-sorang, nanti kalau jadi apa-apa macam mana? Mak ni dahlah anak tak ramai, kamu sorang aje yang mak ada."

Hati tu dah berdebar lain macam. Jantung pula asyik berdegup laju. Mujur tulang rusuk aje yang tak bergetar. :P

Fitri tahu, Allah dah hantar signal pada Fitri. Hantar signal yang Fitri dah hilang redha mak Fitri untuk pergi cari kerja hari tu. Tapi Fitri buat donno je dengan signal tu sebab yalah, mak dengan bapak Fitri dah bagi kebenaran untuk Fitri cari kerja. [waktu minta kebenaran tu, Fitri kata nak pergi berdua naik motor]

Sekali, degil sangat, kan? Allah terus hantar aje sebab untuk Fitri batalkan hasrat Fitri untuk cari kerja hari tu. Sampai ke tengah hari jugalah kepala tak boleh nak teleng ke kiri atau ke kanan. Tapi, ada juga hikmahnya...

Dapat bersantai sambil layan Kuch Kuch Hota Hai dengan mak. Walaupun waktu tengok Tv tu tak boleh baring, cuma duduk tegak hadap Tv. Tak apalah, asalkan mak nampak anak montel dia ada depan mata. ^_^

Perasaan berdebar, jantung berdegup kencang dah tak ada dah hari tu. Sepanjang hari dok berkepit dengan mak, perasaan dia lain. Lain sangat sebab mak pun dah senyum lebar sebab anak dia dok melekat kat rumah.


Copy terus dari Google.

Fitri selalu bergaduh dengan mak. Kadang-kadang benda tu kecik aje pun, tapi bergaduh juga. Dan bapak lega bila tengok mak dengan Fitri bergaduh. Kata bapak....

"Kalau tak bergaduh tu pelik."

Hahaha... janganlah korang bayang pula Fitri gaduh dengan mak Fitri sama macam Fitri gaduh dengan kawan-kawan. Tak. Tak sama, okey. Ni gaduh, gaduh cubit-cubit manja. Gaduh pakai loghat orang utara, orang nogori, kecek kelate semua keluar. Padahal nak cakap dialek Perak pun tak berapa nak lepas sebab banyak perkataan dalam bahasa Perak yang Fitri tak tahu.

Fitri tak macam orang lain, boleh gaduh dengan kakak, abang, adik... =')

Jadi, geng gaduh ajelah dengan mak. Maklah BFF Fitri. Forever. 

Ingat eh, Redha Allah Terletak Pada Redha Ibu Dan Bapa. Redha ibu dan bapa kita, maka redha juga Allah. 


Copy terus dari Google.

#Sayangilah_Umi
#Sayangilah_Ibu
#Sayangilah_Mak
#Sayangilah_Mama

Jangan lupa juga...

#Kasihilah_Abi
#Kasihilah_Ayah
#Kasihilah_Bapak
#Kasihilah_Papa

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

3 comments: