Sunday, 20 December 2015

December - Asal Cepat Sangat?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Gambar dari Google. Diedit oleh Nur Fitri sendiri.
Cepat.

Sungguh cepat.

Cepat bebeno.

Sedar tak sedar, tahun 2015 hanya tinggal kurang dari 2 minggu sebelum 2016 datang melambai. Sedar tak sedar juga, tarikh keramat buat umat Islam iaitu 24 Disember nanti bersamaan 12 Rabiulawwal 1437H akan tiba tak lama lagi. ^_^

Ada apa pada tarikh keramat tersebut?


Copy terus Facebook.



Copy terus dari Google.


Tahun ni 2 kali kita sambut Maulidur Rasul. Mula-mula bulan Januari yang lalu. Kini, bulan Disember pula. ;)

Tinggal kurang 2 minggu lagi, bermulalah kita dengan episod kehidupan yang baru dengan tahun yang baru. Tinggallah tahun 2015 di belakang pada waktu itu menjadi suatu kenangan yang boleh kita singkap untuk menjadi pengajaran dalam hidup.

Jangan kita sesal dengan apa yang telah kita lalui sebelum ini. Semua itu sudah menjadi suatu kenangan. Jika pahit, maka jadikanlah yang pahit tersebut suatu pengajaran. Mudah-mudahan kepahitan tersebut tidak akan kita rasai lagi.

Kenangan itu seperti makanan. Ada banyak rasa. Manis. Pahit. Tawar. Masin. Masam.

Alamak... sebut makanan tetiba lapar. Megi... oh megi! Ahaksss.... *tetiba* >_<

Gambar dari SINI. Diedit oleh Nur Fitri sendiri. 

Sebelum nak ucap tata untuk entry ni, nak bagitau korang satu perkara. Blog ni dah tak berapa nak betul sikit kalau nak follow melalui widget Buddyz Luahan Hati yang ada dekat sidebar tu. Jadi, kalau korang rasa blog Fitri ni secomel tuan dia dan nak follow Fitri, silalah tekan butang follow di atas sebelah kanan, ya.

Owh ya, dah follow nanti tolonglah inform pada Fitri melalui CBox Ukhwah Cinta dekat sidebar tu. Letak sekali link blog uollsss, ok. Senang nanti untuk Fitri follow blog korang pula. Kalau korang tak letak, tak dapatlah nak follow blog korang. Sebabnya, blog buat kejam dengan Fitri. Dia tak bagi Fitri tengok senarai followers dari hati tu lagi.

Sabar ajelah.

Inilah namanya dugaan di bulan Disember.

Ahaksss...

Tak pasal-pasal Disember pula kena tempiasnya. ;P

Oklah, daaa...

P/s : Bahang Dilwale rancak dalam FB. Ada yang dah pi tonton kat wayang, upload status membuatkan Fitri rasa macam nak rempuh aje panggung wayang. Tak apa, sabar-sabar. Hari ni kita tengok orang upload status pasal Dilwale. Minggu depan... Errr... minggu depan apa ek? --'

Apa-apa ajelah. =3

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

6 comments:

  1. Terbaik, teruskan usahamu...

    ReplyDelete
  2. menarik sngat... akak suka... hehe... jom sambut hari lahir kekasih kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, akak.. :)
      Ayuh, sama-sama kita sambut hari lahir kekasih kita. ^_^

      Delete