Assalamualaikum dan hai semua...
Bersua kembali kita di halaman Luahan Hati Dari Jiwa. Ececeh... bunyi macam pengacara Nona je. Tak boleh blah tapi kena blah! Ngehhh...
Wah, dah lama gila tak mengadun tepung sejak masuk bulan 5. Memang gila segala punya gila busy sebab fight dengan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) haritu. Tapi, hakikatnya kek ni Fitri masak waktu cuti hari Sabtu hari tu waktu tengah poning-poning lalat sebab PPT.
Terjumpa gambar ni dalam Fb lepas tu save, lepas tu lupa ambil dari mana. Ngeee...
Hehehe... stres sangat punya pasal, so cari jalan dengan mengisi perut yang comel ni dengan makanan. Dah tak ada idea nak makan apa sebab dekat rumah ni makanan sampingan waktu stres hanyalah mee segera dengan biskut kering cicah milo atau kopi panas. Aduhhh, jemu arr tiap-tiap hari mee segera.
So, hari Sabtu tu tengah ralit dok main remote control Tv, tiba-tiba ternampak muka Chef Wan tengah memasak. Apalagi, cepat-cepat tukar siaran tengok rancangan Chef Wan tu. Perrggghhh... Chef Wan masak kek oren. Sedap giler tengok sampai meleleh-leleh air liur ni menengoknya.
Cakap dekat mak nak try buat waktu cuti nanti iaitu cuti sekolah yang telah bermula sejak semalam. Tapi, nafsu nak makan kek tu ditambah lagi dengan stres setiap kali pandang tempat belajar sebab minggu depan tu periksa lagi, terus nak buat hari tu juga.
Tapi sayangnya tak ada oren. So, ingatnya nak buat guna serbuk koko tapi serbuk koko pun dah lama habis. Mak cakap guna ajelah Milo. Okey, pasrah tarik keluar balang Milo dari almari kabinet. Lepas tu baru teringat lagi yang oven rosak. Fikir punya fikir, apa kata kita kukus aje. Jadi tak jadi tu belakang kira. Yang penting kita cuba dulu. Yeaaahhh...
So, ini resipinya almost 70% sama dengan resipi Chef Wan dalam rancangan Pastri dan... lupa dah lepas tu. Yang penting tulis belakang tu, bersama Chef Wan dekat Tv2.
Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung naik sendiri [diayak]
- 1 cawan marjerin/butter
- 1/2 cawan gula
- 3 biji telur [asingkan putih dan kuning]
- Sedikit esen vanila
- 1 cawan Milo
- 2 sudu kecil susu pekat [susu guna untuk bancuh Milo tu]
- 1 gelas air
Cara-cara :
- Sebelum sediakan adunan kek, sediakan dulu Milo.
- Masukkan 1 cawan Milo ke dalam periuk. Bancuh 2 sudu kecil susu pekat dengan 1 gelas air kemudian tuangkan air susu tersebut ke dalam periuk. Hidupkan api, kecil sahaja dan jangan lupa kacau sampai tak berketul. Nanti sado pula Milo tu. Ngeee... gurauan semata-mata. =P
- Bila nampak Milo tu dah tak berketul dan semua dah sebati, tutup api dan biarkan Milo tu sejuk.
- Putarkan gula dan marjerin sehingga kembang.
- Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji. Pastikan telur kuning yang korang masukkan ke dalam adunan telah betul-betul sebati sebelum korang masukkan telur kuning yang lain.
- Masukkan satu sudu kecil esen vanila. Putar lagi. Tuangkan Milo yang dah sejuk ke dalam adunan dan putar sampai sebati kemudian ketepikan.
- Oh ya, sambil tu jangan lupa panaskan pengukus.
- Ambil mangkuk lain dan jangan lupa basuh dulu pemukul yang korang guna untuk buat adunan tadi sebelum guna untuk pukul telur putih. Pukul telur putih tu sampai kembang dan bila korang angkat guna pemukul tu, putih telur tu tak jatuh. Tak tahu nak explain macam mana. Yang penting sampai kembang la.
- Campurkan telur putih yang telah kembang ke dalam adunan kek kita tadi. Kaup balikkan sahaja adunan tersebut dengan menggunakan sudip. Tak payah guna pemutar dah.
- Masukkan adunan ke dalam loyang telah disapu dengan butter/marjerin/minyak. Jangan lupa tutup loyang tu dengan aluminium foil supaya nanti tak adalah wap kukus tu masuk dalam adunan kek kita nanti.
- Masukkan ke dalam pengukus dan pastikan pengukus dah betul-betul panas barulah masukkan adunan kita tadi. Tunggu sampai sejam. Sambil tu boleh layan Running Man dulu. Hehehe...
Nota kaki : Make sure waktu korang putar putih telur tu tak ada sebarang 'makhluk asing' dekat dalam mangkuk tu mahupun pada pemutar korang. Sebabnya, Fitri baca kalau ada benda-benda lain macam air contohnya dekat pemutar tu, putih telur tu takkan mengembang.
Dan inilah dia hasilnya... Taraaaa...
Hehehe... atas kek tu dah macam permukaan bulan dah. Banyak sangat lubangnya. Ngehngehngeh... anyway, kek ni seriously lembut gila [semuanya gila, tak faham aku, dahlah masuk bakul angkat sendiri pula tu] dan mula-mula waktu angkat Fitri nampak macam kuih apam. Hehehe...
Memang best arr makan sambil layan Running Man kat Tv2.
Kek ni agak rapuh. Errr... rapuh ke? Tak tahulah perkataan yang sesuainya. Tapi, bagi Fitri kek ni setakat boleh telan Fitri sorang dan share dengan kawan-kawan. Nak bagi dekat tetamu kenamaan tu memang tak sesuailah sebab tak ada aura kek orang kaya. Hahahaha... kek pun ada kaya dengan miskin. Tak patut, tak patut.
Anyway, kalau korang macam dah bergelen-gelen telan air liur tengok gambar kek Fitri ni, apa kata korang cuba pula. Manalah tahu kalau-kalau korang buat tiba-tiba kek tu ada aura orang kaya ke. Muahaha... Okey, dah bergurau ganas pula aku.
Sorry arr, gurauan berkasih semata-mata. Tak ada beza pun orang kaya dengan orang miskin. Mungkin berbeza jumlah harta wang ringgit tapi semua sama dari segi pangkat dunia. Kita semua hanyalah seorang hamba. Hamba DIA yang mencipta sekalian alam ini termasuklah kita. So, tak payah nak sedih-sedih sangat arr tengok orang lain kaya sebab kita pun boleh kaya dengan berusaha. Tapi, ingat... dok kejar kaya dunia, kaya akhirat kita lupa. Jom kita kayakan dua-dua.
Bye!!! Salam Kek Milo Kukus. Ngeeehhhh....
Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^
No comments:
Post a Comment