Assalamualaikum dan hai semua...
Korang suka tak tengok Doraemon? Kalau korang kaki Doraemon macam Fitri, korang mesti tahukan apakah makanan feveret kucing bulat berwarna biru tu. Apalagi kalau bukan Dorayaki. Ada satu masa dulu, semua orang dok cari Dorayaki. Pergi Tesco cari Dorayaki, pergi Ipoh Parade pun cari Dorayaki. Memang Dorayaki betul!
Gambar ni hasil menggoogle.
Fitri last makan Dorayaki entah tahun bila pun Fitri dah lupa sebab zaman orang cari Dorayaki tu dah lama dah berlalu. Lepas tu entah macam dok selak-menyelak balik majalah Muslim Teens yang lama, Fitri terjumpa resipi Dorayaki. So, apalagi? Ayuhlah, kita cuba! Yeahhh...
So, tak payah nak buat teknik imbas kembali sangat, ayuh kita ke topik utama, berkongsi resipi Yaki-Yaki. Hahaha... Fitri sebut Yaki-Yaki sebab tadi waktu makan, bapak tak reti nak sebut Dorayaki, main sebut aje Yaki-Yaki. Apalagi, pakat Fitri dengan mak gelakkan bapak. Bapak sengih-sengih. Hehehe... Okeylah tu, Dorayaki versi Jepun. Yaki-Yaki versi Malaysia. Gituuuu...
[Resipi ni Fitri ubah sikit dari dalam majalah Muslim Teens tu.]
Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung gandum [Fitri campur 1 cawan tepung naik sendiri,1 cawan tepung gandum sebab ada baki tepung naik sendiri]
- 4 biji telur
- 5 1/2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil baking soda
- 4 sudu besar air/susu segar
- Inti untuk Yaki-Yaki. Tak kisahlah korang nak guna jem ke coklat ke. Fitri guna coklat sebab itu aje yang ada.
Cara-cara :
- Larutkan baking soda guna air/susu segar.
- Pukul telur bersama-sama gula sehingga kembang.
- Masukkan baking soda yang sudah dilarut. Pukul lagi.
- Masukkan tepung dan kacau sehingga rata.
- Panaskan kuali. Bila kuali dah panas, masukkan sedikit minyak/butter. Fitri suka guna butter dari minyak. Kemudian, ambil sesenduk kecil adunan tepung tadi dan bulatkan di atas kuali. Kalau nak kecil guna senduk kecil. Nak besar gunalah senduk besar. Tapi, kecil lagi comel. ;)
- Bila nampak dah berbuih, bolehlah balikkan. Macam dalam gambar ni...
Ni rupa dia bila dah terbalik. Sorry arr, tak jadi bentuk bulat. Hehehe...
- Sambil-sambil tu kalau guna coklat masakan bolehlah double boiler coklat tu. Kalau guna jem, tunggu ajelah pancake tu masak lepas tu bolehlah sapu.
- Dah masak pancake, sapulah inti korang dah tangkupkan menjadi dua. Siaplah sudah Dorayaki a.k.a Yaki-Yaki. So, apalagi... makanlah! Hehehe...
Ni rupa dalam Yaki-Yaki tu. Sorry arr, comot giler. Haha!
Tak bulat tapi sedap. Dijamin!
Makan dulu, ya. Yummm...
NOTA KAKI : Korang guna butter tu just untuk pancake yang pertama aje tau. Lepas tu tak payah guna butter pun tak apa. Tapi, kalau melekat juga gunalah sikit. Jangan guna banyak, nanti berminyak pancake korang.
Tadi waktu bapak makan, bapak share dengan Omi. Beria-ria Omi makan sampai habis satu keping pancake tu. Tapi tak ada intilah. Tak adanya dia nak makan kalau ada inti. Lepas tu bila dah habis satu keping tu, terus keluar. Terbaring kekenyangan depan pintu. Hahaha... sedap sangat ke Yaki-Yaki tu, Omi? ;)
Oh ya, kalau korang ni pesen tak cepat muak a.k.a ratu coklat, bolehlah letak coklat bebanyak kat atas pancake tu tanpa tangkupkan kedua-dua pancake. Fitri cuba tadi tapi muak giler walaupun Fitri ni Ratu Coklat SePerak. Terkial-kial nak menghabiskan sekeping pun. Tapi, nasib arr sebab tamak sangat siap letak bebanyak coklat kat atas pancake tu. Nak tak nak kena habiskan juga, kalau tak membazir. Huhuhu...
Nampak, kan ketamakkan budak ni? Hahaha!
Sambil makan Yaki-Yaki versi Malaysia ni, sambil tu fefeeling dengar lagu Nastia-Kisah Kita. Waaaa, best giler lagu ni. Suka sejak zaman Kerana Terpaksa Aku Relakan. Ngeeee... Dengan ini secara rasminya lagu ni jadi official music Yaki-Yaki Fitri. Hahaha... Yaki-Yaki pun ada official music kau! =P
Okeylah... itu aje perkongsian merepek Fitri kali ini. Jangan segan untuk mencuba buat Yaki-Yaki ni dekat rumah korang tau! Daaaa.... ;D
Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^
No comments:
Post a Comment