Sunday, 12 April 2015

Berjimba Di Kota Raya

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Sebelum Fitri pergi lebih jauh, Fitri ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa helikopter terhempas pada 4hb April yang lalu. Fitri sangat-sangat terkejut apabila mak bagitau yang ada helikopter terhempas. (Waktu tu Fitri baru balik dari lawatan ke KL lebih kurang pukul 10 tapi mak bagitau waktu tu pukul 11) Walaupun dah ngantuk, tapi Fitri gagahkan juga buka komputer untuk cari informasi terkini tentang helikopter tersebut.

Mudah-mudahan roh mereka dicucuri rahmat.

Al Fatihah...



Okey, sebenarnya nak cerita yang hari tu, 4/4/2015 hari tu, Fitri dan ahli-ahli Puteri Islam yang lain pergi berjimba di Kuala Lumpur. Memang destinasi wajib tiap-tiap tahun pergi Kuala Lumpur dan tahun ni pun berjimba lagi dekat Jalan TAR. Fitri dah hafal dah kedudukan kedai buku Mukmin dengan Minerva tu. Konfem tak sesat kalau nak cari kedai buku tu. -.-'

So, ceritanya... pukul 4.30 pagi dah kena berkumpul dekat dewan sekolah. Bukan mahen liat nak bangun pukul 3. Fitri kalau nak pergi pukul 4.30 tu memang tak boleh bangun 4 sebab gerenti bas dah jalan Fitri baru terkedek-kedek nak cari kasut dalam almari. Fitri memang terkenal dengan sifatnya yang lembab semasa bersiap. Entah bila nak tambah velocity semasa bersiap pun tak taulah.

Al-kisahnya lagi, Fitri boleh pula buat hal waktu dekat R&R Tapah, waktu tu kita orang singgah solat Subuh. Masuk aje dalam bas terus tengok dekat tempat duduk lepas tu tanya Azy, sebab dia duduk sebelah Fitri.

'Beg hijau aku mana?!' - Fitri
'Manalah aku tau!' - Azy

Dah gelabah kucing nak beranak bila cari beg hijau Fitri tapi tak jumpa. Dahlah dalam beg hijau tu ada 'No Smoking' kesayangan Fitri. (Fon cikai Fitri) Setakat benda lain dalam tu Fitri tak kisah sangat sebab ada tisu dengan duit syiling lima ke tujuh puluh sen je. Tapi, the most important is my 'No Smoking' dengan earphone kesayangan yang walaupun free tapi amat bermakna sebab ia free. :P

Apalagi, kelam-kabut bagitau Kema lepas tu pecut turun bas dan terus masuk surau balik. Alhamdulillah, beg hijau Fitri masih ada di situ, di tempat di mana Fitri letak. Rasa macam nak nangis je waktu tu sebab baju dah lencun. Yalah, pepagi buta dah buat latihan larian pecut 100 meter. Rasanya itulah kali pertama Fitri lari selaju itu. Silalah masuk dalam buku sejarah. =P

Lepas tu duduk dalam bas terus mendap sebab seriously perasaan bersalah tu ada lagi sebab Fitrilah perjalanan kita orang lambat lima minit. So, nak cover mendap tu, sumbat telinga dengan earphone lepas tu pasang lagu Senyum selang seli dengan lagu Selamaku Bernafas kuat-kuat. Lantaklah, bukannya orang dengar pun.


Dalam dok mendap tu pun, sempat juga Azy mengenakan Fitri. Boleh pula senyap-senyap dia tangkap gambar mendap Fitri. Haishh... tapi, seriously gambar tu cun. Thanks, Azy! ^_^

*dipadam*

Destinasi yang pertama kita orang adalah ke kilang roti GARDENIA yang memang terbaik! Bayangkan korang belum menjejakkan kaki ke tanah lagi, masih ada dalam bas, tapi bau roti tu dah mencucuk hidung korang sampai luruh semua bulu hidung korang dibuatnya. Hehehe... hiperbola itu Fitri! ;)

So, inilah kenangan kami di hadapan kilang roti Gardenia.

*dipadam*

*dipadam*

*dipadam*

*dipadam*

*dipadam*

Dah puas tangkap gambar semua, kita orang terus masuk dalam kilang. First, kita orang tengok video macam mana boleh jadinya Gardenia pada hari ini (okey, faham tak ayat tu?) yang memang ohsem. Terpukau sangat-sangat especially waktu dia tunjukkan macam mana diorang menghasilkan roti putih tu. Memang ohsem giler!


(SMK Aminuddin Baki, Chemor ya. Bukan SMK Aminuddin Baki, KL atau mana-mana kawasan lain selain Chemor ^_^)

Dah habis video tu semua, kita orang masuk dalam kawasan pembuatan roti. Dekat kilang yang kita orang pergi ni just ada 2 jenis roti sahaja yang diorang buat iaitu waffle dengan roti cream roll yang 85 sen tu. Waktu kita orang pergi, diorang tengah proses waffle perisa blueberry dan roti cream roll perisa coklat. So, memang semerbak bau blueberry. Yang coklat tu tak ada bau, ada bau roti je.


Inilah apa yang dihidangkan oleh pihak Gardenia untuk kita orang. Spoil sikit gambar tu sebab air Fitri dah nak dekat tinggal separuh. Hehe... dahaga sangat, duduk aje atas kerusi tu terus minum. Tapi kesian Meah dengan Kema kut sebab air diorang panas giler. So, hancur lebur lidah minumnya. Nasib baiklah air Fitri tak adalah panas sangat. Suam-suam kuku macam tu. 

Nampak aje sama air tu tapi air Fitri kopi yang lain tu teh. Rasanya Fitri aje yang ambil air kopi kut. Memang sedap sebab waktu tu Fitri kebulur. Ngeeee... hakikatnya pukul 3.30 pagi tu dah melantak 2 ketul roti sosej. Tapi semua dah tertinggal di R&R Tapah. =P

Dah kenyang perut, terus keluar dan this is the best part ever. Kita orang dapat goodies bag yang memang Fitri tak pernah dapat goodies bag sebesar itu dan isinya sebanyak yang Fitri dapat di kilang roti Gardenia.


Itulah dia beg hijau Fitri. Kalau hilang beg tu, mau sepanjang hari jadi zombi.

*dipadam*

Apakah isi beg tersebut?
Biarlah rahsia. =P
*Itupun nak rahsia ke?* -.-'

*dipadam*

Saja sibuk waktu cikgu nak berselfie dengan Azy. Hehehe... maklumlah, awok ni kaki interframe gambar selfie orang. Nasib baiklah cikgu sporting. Hehehe...

Dah penat kembang lubang hidung nak menghidu bau roti, kita orang terus naik bas dan bergerak ke destinasi yang seterusnya iaitu ke Chocolate Museum di Damansara. Dekat sini macam excited sikit apatah lagi kebanyakan ahli Puteri Islam adalah mak hantu segala jenis cekelat. Hehehe...

Dekat sini Fitri ada banyak jugalah gambar sebab kita orang duduk dekat kafe dia agak lama sebab menunggu 'tourist guide' kita orang dalam muzium tu nanti. Yalah, ustazah janji kata pukul 2 petang nak datang alih-alih belum pukul 11 dah terpacak dekat depan muzium.


*dipadam*

Izinkan Fitri untuk memperkenalkan buddyz baru dalam 5Sc1 untuk tahun 2015 iaitu Liana atau nama panggilannya Lia. Tapi, Fitri dah biasa panggil dia dengan panggilan Liana. Liana yang pakai name tag putih tu. Yang peace tu Kema forever cute. (Cute ker??? Tangan atas bahu mata ke atas... hehehe.... gurau je tau, Kema!)

*dipadam*

Seriously muka budak ni macam tak rela muka dia kena tangkap gambar candid. Maaflah dik, akak nak upload juga gambar ni sebab adik adalah satu-satunya wakil tunggal ahli Puteri Islam Ting. 1 yang ikut lawatan. Yang lain, pupus ditelan zaman. >_<

*dipadam*

Bajek candid walhal dia suruh tangkap ala-ala candid. =P


Dah dapat izin tuan punya badan ya untuk upload gambar jarak dekat ni. ;)

*dipadam*

*dipadam*

*dipadam*

*dipadam*

Inilah dia muka-muka super junior yang paling havoc. Luv u la, dik. ^_*

*dipadam*

*dipadam*

*dipadam*

Abang cef tu adalah bagi ceramah sikit pasal kebaikan makan coklat gelap. Fitri apalagi, dengan jayanya memenuhkan raga dengan dua paket dark chocolate jenama Cadbury dengan Hershey's lepas tu satu lagi paket coklat Mars. Sumpah dua paket coklat gelap tu pun memang GST giler harga dia. *naik bas picit dahi sebab bajet lari* >_<

Inilah gambar yang sempat Fitri tangkap dekat dalam bas sebelum kita orang bertolak ke Masjid Negara untuk Solat Zuhur jamak dengan Solat Asar.

*dipadam*

Yang belakang tu overstress sebab yang tak mampu diketahui. =P

*dipadam*

*dipadam*

*dipadam*

Inilah suasana orang depan. Baik semuanya.
Yang dekat belakang, havoc habis da boom.

So, dah solat, dah salin pakai baju biasa semua. Kita orang terus gerak pergi Jalan TAR. Actually perancangan awal ustazah nak pergi ke Anggerik Mall, tapi disebabkan pak cik bas yang memang grrr tu, sesedap dia ubah perancangan pergi Jalan TAR. Halo, siapa yang pergi lawatan sekarang ni?

Eeee... memang geram betul dengan pak cik bas tu. Dahlah bawa laju pula mengalahkan dekat Litar Sepang. Lepas tu ada sekali tu waktu nak masuk simpang boleh pula tayar belakang langgar divider. Dahlah tayar belakang tu betul-betul tempat Fitri pula tu. Tak ke panas je usyar pak cik tu ikut cermin pandang belakang. Dahlah kerjanya asyik tekan hon. Rasa macam nak cabut aje wayar hon bas tu. Bila kereta depan lambat sikit dia hon. Grrrrrrrrr...

Dengan jayanya juga sebab pak cik ni berjaya membantu Fitri mengasah bakat dalam bidang membebel. Macam-macam Fitri membebel especially waktu tetiba bas rosak waktu malam tepi highway. Sebelum bas rosak tu sempat jugalah dia hon kuat-kuat kereta depan sebab yang tak lain tak bukan sebab kereta depan tu lambat. Azy yang duduk sebelah tu mungkin dah pening tapi waktu tu Fitri tak peduli dah kiri kanan. Terus laju membebel mengalahkan mak tiri dalam sinetron.

Okey, kita abaikan pak cik bas tu. Harap-haraplah pak cik bas tu dapat sinar keinsafan sebab bawa bas ni bukan bawa enjin je, bawa nyawa juga. Ceh! Pandailah budak ni bercakap.

So, sampai aje dekat Jalan TAR tu macam-macam dah terancang dekat otak ni beli itu ini. Nak beli anak tudung, novel, novel, anak tudung. Hehehe... tapi, sayangnya tiga kedai buku Fitri terjah, tiga-tiga tak ada novel yang Fitri nak. Balik muka frust walaupun dah beli anak tudung yang tutup leher tu dengan majalah Saji untuk mak Fitri. Huhuhuhu...


Tak tahu kenapa, tapi Fitri suka gambar ni.
Nampak macam bangunan witch yang dikelilingi awan hitam. Hehehe... hakikatnya, nak hujan.
Waktu Fitri tangkap gambar ni, sebelum tu ada dua tiga kali kilat. Memang doom! Kuat giler plus seriously scary sangat.

*dipadam*

Waktu ni muka Kema ketat habis. Frust menunggu pak cik bas tak tiba-tiba.

*dipadam*

Gambar-gambar ni waktu kita orang tengah tunggu bas nak balik. Dah penat shopping, semua dah letih dan bila bas sampai tu rasa macam ada pelangi keluar tiba-tiba di celah-celah awan hitam. Memang rasa macam nak panjat terus bas tu dan tak sabar nak duduk dekat tempat sendiri.

Actually gambar ada banyak lagi tapi bukan dekat Fitrilah. Hehehe... inipun ada setengah yang Fitri tak masukkan sebab muka tahap mampu menimbulkan kontroversi. Hehehe... ada satu lagi yang tak ada dalam gambar-gambar dekat atas, gambar Umairah, one of my 5Sc1 buddyz. Fitri tak ada gambar Umairah sebab terlupa nak bluetooth gambar dia dalam fon Azy. Dok ingat nak bluetooth gambar yang ada muka sendiri je. Apa daa, Fitri ni!

Lepas tu waktu balik, singgah R&R Tapah, solat Maghrib jamak dengan solat Isyak. Lepas tu entah kenapa tiba-tiba teringin giler nak makan Baskin Robbin kebetulan juga duit lebih cukuplah kalau setakat nak beli satu cup tu. Kalau ajak mak gerenti buat muka cute 10 kali pun mak tak cair sebab BR bukannya macam aiskrim Malaysia 20 sen sebatang. So, memang takkan dapat kalau pergi dengan mak. So, cakap dekat Kema...

'Jom makan Baskin Robbin, teringinlah.' - Fitri

Boleh pula dia jawab...

'Ada Baskin Robbin ke dekat sini?' - Kema

Rasa macam nak nangis je sebab dia tak tahu dekat R&R Tapah ada BR. Dia kata selalunya dia singgah R&R Tapah untuk solat je. Fitri kalau singgah R&R habis satu R&R tu Fitri jelajah nak tengok apa yang ada. So, selalunya kalau singgah R&R Tapah tu (area nak balik Ipoh) Fitri akan beli DD je, tak pun KFC lepas tu berkelah dekat pondok sambil kira berapa biji kereta idaman berlalu di hadapan mataku.

Okey, itu ajelah kut cerita kisah berjimba di kota raya. Tahun ni tahun last berjimba dengan ahli Puteri Islam. Tahun depan tak ada dah. (Sebak mencengkam jiwaku sehingga hati tidak mampu bersuara lagi) =P

Ok, sebelum tu izinkan Fitri share gambar Fitri dengan dua orang darling Fitri. Kita orang dating bertiga dekat Lumut Waterfront dekat bahagian hujung sekali. Tempat yang jarang ada orang. Fitri suka dekat situ sebab boleh lepak-lepak dekat tepi laut tanpa ada penghadang. Cuma kena kawal diri, kalau tak kawal rasanya dah lama terjun dalam laut. Hehehe...

Gambar ni dah lama dah. Bulan tiga dulu waktu tu kita orang pergi Lumut nak jenguk mak sedare. So, alang-alang dah sampai, kan... lepak-lepaklah dulu. Rileks la, siang masih muda. =P


Jernih airnya buat rasa macam nak terjun dalam air tu. Hehehe... tapi Fitri penakut dengan air laut. :P



Main cak-cak kejap.


My cute ever bapak. Ngeee....


Waktu ni mak khusyuk dating dengan Ahmad Ziyad. (Asam Pedas Untuk Dia)

*dipadam*

Mak, jom selfie!

*dipadam*

Pernah sekali Fitri cakap, bapak pergilah dating dengan mak berdua-duaan sekali-sekala.
Kengkonon anak yang baik bagi kesempatan mak bapak dating la ni.
Sekali bapak marah, kamu tak pergi, bapak pun tak nak pergi. Apa guna satu keluarga tapi keluar berdua.
Sejak dari tu tak pernah cadangkan mak bapak pergi dating dah.
Kita dating bertiga ya, bapak. ^_^

Anyway, that's all for today. Thanks buat ustazah dan cikgu-cikgu yang terlibat dalam menjayakan lawatan ke Kuala Lumpur tempoh hari. Puas hati juga walaupun agak kecewa dengan pak cik bas tu. Lagi best sebab merasa juga masuk ke kilang roti Gardenia yang selama ni tahu makan aje rotinya.

Thanks juga buat semua buddyz especially Azy yang sudi pinjamkan telinga dengar Fitri membebel dalam bas. Thanks untuk semua! Terima kasih! (ala-ala David Arumugam.

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

1 comment:

  1. Salam .Hee meriahnya sambil mamam roti gardenia 'p

    ReplyDelete