Friday, 13 March 2015

Freedom??? Not Yet Maaaaa....

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Fuhhhhhh... perrgghhh... penuh dengan sawang dah blog daku yang comel ni. Comel macam tuan dia. :P

Maaf sebab dah lama tak update. Busy kalah Kak Ton promote produk. Dengan stres Mac Testnya lagi. Walhal test aje kut! Lainlah kut SPM ke boleh juga stres. Tapi, gara-gara banyak perubahan yang berlaku seperti kita yang berubah dari tak berapa nak cute jadi makin cute, monthly test pun stres tahap gaban.

Dahlah pula tu test waktu seminggu sebelum cuti. Kau boleh bayang tak betapa tingginya tahap malas tu. Dalam kepala otak ni dah terbayang senarai drama Melayu yang ingin dihadap waktu cuti ni nanti. Senarailah sangat! -_-

Walhal nak tengok drama Asam Pedas Untuk Dia aje pun. Menyesal tak tengok dari awal. Cerita ni memang tahap kurang ajar punya best. Huhuhu... dan cute... dan tak sabar nak pergi beli novelnya esok. (Harap dapatlah jumpa novel APUD ni sebab biasanya kalau kita teringin sesuatu mesti tengah2 itulah habis stoklah, tak sampai lagilah. Sakit tau jiwa dibuatnya.)

Dulu sombong, kawan pernah suggest beli novel Asam Pedas Untuk Dia tapi tak nak beli. Beria-ria dia meyakinkan Fitri yang novel tu best. (Eh, ya ke dia suggest novel APUD ke novel Amir Minah Macho ek? Ahh, entahlah.) Apa-apa pun menyesal giler tak beli dua2 novel ni dulu. Apasallah Fitri sombong sangat dulu ek? Sekarang dah menyesal tahap kuasa dua sebab duit tabung dah kering. Cukup2 untuk beli APUD je sebab dah sebulan simpan. Yang lain dah selamat masuk dalam tabung cashier kedai kasut.


Hehehe... ok, tengah sengih gatal ni. Sebenarnya Fitri tengok cerita ni sebab ada Syukri Yahaya. Entah kenapa dia nampak very the hensem dalam drama ni. Walhal sebelum ni dok menghadap drama Jika Itu Takdirku tak ada pula feeling dia hensem ke apa ke. Dalam Menjinak Ombak pun bolehlah sikit-sikit. Tapi, tak se'feeling' dalam drama APUD ni.

Gatai noooooo.... >_<


Sebenarnya juga, orang pertama yang layan drama ni kat Tv3 ialah bapak Fitri. Bukan mahen tiap2 hujung minggu pukul 6.30 sampai 7.30 petang tu memang waktu bapak Fitri tengok TV la waktu tu. Tengok apa lagi kalau bukan tengok Asam Pedas Untuk Dia.

Waktu tu Fitri sombong lagi dengan drama ni. Eleh, takat tengok Dayana Roza masak asam pedas, apa barang bro! Last-lastnya sekarang ni dah terbalik. Bapak Fitri dah tak berapa nak layan cuma kadang-kadang aje. Fitri dengan mak Fitri pula yang gila tengok drama ni. Dah habis cerita tu, beria-rialah tengah itu mak teringin nak makan asam pedas. Macam-macam. --'

Fitri pun hantu asam pedas juga. Kena pula kalau asam pedas tu memang kawwwww. Perrgghhh... meleleh ayaq liuq baq hang! Apasal tetiba cakap utara pula ni. Asam pedas bukan makanan orang selatan ke?

Apa-apa ajelah.

Okey, daripada blog yang comel macam tuan dia, monthly test dan sekarang dah melalut sampai ke Asam Pedas Untuk Dia pula. Syukri Yahaya punya pasallah ni! (Kalau dia tersedak, mohon orang terdekat hulurkan dia air.)

Apa-apa pun, Fitri memang rindu giler nak merapu, merepek dalam cerpen lepas tu post kat blog lepas tu share dalam Facebook dengan harapan ada yang akan baca. Tapi kepala Fitri jam masuk Form 5 ni. Mood nak menulis tu ada dan pernah cuba untuk menulis tapi hasilnya... Masya-Allah, tak mampu untuk dipost dalam blog langsung. Malu kalau Kim Soo Hyun baca nanti. (Mamat tu faham ke Bahasa Malaysia?) >_<

Memang Fitri sendiri pun tak faham apa ke bendanya yang Fitri tulis. Tapi, itu tidak melemahkan semangat Fitri untuk menulis sebab sekarang Fitri dah jumpa menulis dengan cara Fitri sendiri. Dia tak macam cerpen apatah lagi novel. It's more like a blog entry. Tapi Fitri tetap akan kata dia cerpen. Sebab dia sudah sebati dalam jiwaku kini. Heeee...

Dia... dia... oh, si dia....


Apa-apa pun, tolong sedar duhai Fitri yang comel (Siapa lagi yang nak puji diri kita kalau bukan diri kita sendiri.) bahawa kau baru hanya lepas ujian Mac. BUKANNYA SPM! Tak freedom lagi maa. Jadi, tak payah nak Syukri Yahaya sangatlah.

AND PLEASE....

Don't forget your pakej percutian. Orang lain pakej percutian pergi Korea (Harap2 dia sudilah bawa balik Kim Soo Hyun untuk kita... :P) kita pula pakej percutian dapat gambar Eiffel Tower je. Jadilah dari tak ada. Ya dok? ;)


Apa-apa pun, silalah ambil nota kaki dan tangan Fitri ini sebelum anda meninggalkan ruangan Fitri merepek ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Untuk awak, ya awaklah, awak yang entah ralit baca Fitri merepek atau ralit tengok muka Syukri Yahaya yang persis Jejaka Melayu Terakhir atau ralit sangat tengok video Fatin Shidqia Lubis sambil tu berangan dok menghadap Eiffel Tower sambil berpegangan tangan bersama yang tercinta, (I mean your mom and dad and your halal partner. Not your boyfie or girlfie.) senyumlah selalu. Lagipun, senyum itukan sedekah dan senyum itu juga satu sunnah. Let's smile together with me! =)


Fitri tak kisah. Apa salahnya. :P

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

No comments:

Post a Comment