Wednesday, 7 January 2015

Resipi Red Velvet Moist

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Wuuuhuuu... Red Velvet. Fitri panggil kek ni kek orang mahal. Sebab dengar cerita kek ni mahal. Dengar cerita ajelah sebab Fitri tak pernah beli. Hari tu pergi roti segar dekat K. Kangsar, tak beli sebab dah beli kek karot. Lepas tu pergi lagi sekali, tengok-tengok ada kek tiramisu aje. Last-lastnya kempunan. Bilalah aku dapat makan kek orang mahal ni.

Hehehe... dan ditakdirkan untuk Fitri 'berjumpa' dengan kek ini di air tangan sendiri. Di air tangan sendiri... entah apa-apa jekkk. Ini adalah kek Red Velvet yang pertama Fitri buat, yang pertama Fitri makan. Baiklah, tahniah buat diri sendiri! :3


Gara-gara tak tahu nak letak atas apa sebab tak ada tempat letak kek, kesudahannya, letak aje dekat atas penutup periuk. Sempoi!


Hang tak teringin ka tengok cheese leleh tu? Heee.. ;P walhal tak pandai decorate. Comotnya berada pada tahap yang sungguh dahsyat.

Resipi Kek Red Velvet Moist ni Fitri ambil dari HaNa's FamiLy

Sebelum ni Fitri buat kek semuanya kalau dah letak dalam peti sejuk, alamatnya memang macam batu kerasnya. Baling kat dinding pun bersepai. Bukan kek yang bersepai, dinding yang bersepai. Betapa dahsyatnya keras kek Fitri tu. :3

Tapi, resipi kak Hana ni seriously memang menggebukan kek. Malah, dinding pun tak bersepai walaupun setelah seharian kek dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Ini resipinya : (Fitri copy bulat-bulat dari blog HaNa's FamiLy)

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

P/s : Cara Fitri buat buttermilk, Fitri campurkan satu cawan susu cair dengan satu sudu besar jus lemon sebab Fitri tak ada cuka.


Gara-gara terlalu tidak sabar. Tunggang terbalik kek tu mak Fitri buat. Walhal sebelum tu bukan mahen... 

'Tak naklah mak makan, manis sangat. Nanti mak nak pergi klinik, jumpa doktor.'

Orang yang tak nak makan tulah orang pertama yang serbu dapur. Walhal kek dalam oven lagi. Muahaha... alhamdulillah, akhirnya bapak Fitri dah sudi makan kek Fitri. Kalau tak selalunya Fitri dengan mak Fitri ajelah dok mengulang makan kek sampai habis. Manakan tidak, bapak Fitri ni tekak yang hanya nak cari cheese. Bagilah kek tersedap dalam dunia pun, kalau bukan cheese memang tak berapa nak jalan.

Cheese tu pula bukannya dekat dalam kek macam cheesecake tu, tapi cheese yang jadi topping kek. Tak tahulah kenapa tapi memang itulah cita rasa bapak Fitri. Kadang-kadang Fitri pun pening tak tahu nak masak kek macam mana sebab alih-alih sendiri yang makan sampai habis. Tapi, bukanlah bapak Fitri tak makan langsung, sentaplah anak dia yang comel ni kalau tak makan langsung. Makan tu memanglah makan tapi sikit ajelah. Kadang-kadang sepotong pun berkongsi dengan mak.



Fitri makan dulu, ya. ^_^

Dah penat masak kek dan berpeluh mengalahkan lepas joging empat kilometer, lepak-lepak depan tv sebab waktu tu perut dah full. Memang cheesy dah perut Fitri. Cheesy sangat. ._.

Lepak dengan Epok, anak tak berapa sedare Omi. 'Kutip' si Epok ni dekat rumah opah Fitri sebab tengok dah banyak sangat kucing dekat sana. So, rembat seekor bawa balik dan Epoklah pilihan hatiku. Wuuuhuuu...


Bantal tu dah jadi bantal dia. Kalau tidur dekat ruang tamu aje mesti dia cari bantal tu. Kadang-kadang siap peluk waktu tidur. Dan tolong jangan terkejut tengok betapa capangnya telinga dia. Tak tahulah kenapa, kucing-kucing yang menjadi penduduk tetap di rumah Fitri ni mesti telinganya capang. :3


Cara tidur kucing merajuk.

Merajuk sebab kena marah dengan mak. Mana tak kena marah, mak dok baca surat khabar, dia boleh cuit-cuit kaki mak dengan paw dia. Dahlah paw dia tahap boleh berdarah kalau kena. Ishh, ish...


Apa-apa pun, cakeholic, make sure korang try resipi ini. Oh ya, blog Fitri right click disable. Sorry. ^_*

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

4 comments:

  1. ya ALLAH.... meleleh lagiii. fit suka buat leleh2 kan.. erghh ! i nak jugakkk ! huu.
    siap Epok posing atas bantal lagii. hikss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... leleh2 tulah yang sedapnya.. buatlah, senang je resipi dia.. epok tu memang.. hehe... ^_^

      Delete
  2. Replies
    1. sampai ke jiwa cairnya.. hehehe...

      Delete