Tuesday 23 December 2014

Hujan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Tiga hari. Dah tiga hari berturut-turut hujan turun tak berhenti. Memang tak berhenti langsung. Petang Isnin dah reda dah. Ingatnya nak berhenti. Rupa-rupanya bersambung semula sehingga ke hari ini, Selasa, 23/12/2014.


Bila hujan tak berhenti, Fitri mulalah risaukan rumah opah Fitri. Akhir tahun ini aje dah dua kali dah air naik. Nasib baiklah tak masuk rumah sangat. Masuk sikit-sikit pun jenuh jugalah penghuni rumah nak membersihnya. Fitri pergi jenguk hari tu pun, Ya Allah, terketar-ketar dibuatnya. Sejuk + takut.

Bukannya takut apa, kalau dah banjir, air dah naik, kita bukannya nampak apa yang di bawah air tu. Kut jalan punya jalan terpijak pula 'benda' yang licin dan bersisik. (oh my goosebumps! errrr...) Fitri paling trauma dengan 'benda' tu. Lepas tu hari tu jalan meredah air tu, boleh pula anak ikan selamba melintas kat depan Fitri.

Kalau dah banjir, janganlah pelik kalau ada apa-apa yang berenang dalam air tu. Tak ada apa yang mustahil. Cuma kucing aje yang Fitri tak pernah jumpa lagi berenang dalam banjir. Huhuhu...

Tengok tak berita? Ya Allah, kesiannya tengok saudara kita dekat Pantai Timur. Fitri baca surat khabar pagi tadi, baru balik rumah dua hari, dah kena pindah balik ke pusat pemindahan. Ya Allah... tak tahu nak cakap macam mana. And then, dalam berita pula, rumah tu almost 80% ditenggelami air.

Bila tengok semua tu, barulah nak rasa bersyukur. Kalau tak, tak sedar diri.

Alhamdulillah, walau hujan lebat sekalipun, setakat ni rumah Fitri tak pernah lagi masuk air. Kalau setakat bertakung penuh depan rumah takat atas buku lali tu pernahlah. Tapi, experience meredah air banjir takat paha/betis tu memang pernah. Dulu waktu arwah opah Fitri masih ada, lagi teruk.

Selut a.k.a lumput tu tebalnya sambil tenggelam buku lali. Memang teruk arr sampai tergolek-golek. Waktu tu tergolek memang comellah nampaknya sebab kecik lagi. Sekarang kalau tergolek memang malu sebab dah serupa dengan nangka busuk jatuh. Malu tu satu, sakit tu nombor dua. Kut mendarat sempat berpaut taklah terasa sangat. Kut jatuh tu punggung mendarat dulu tak ke terseksa jiwa raga?   -_-

Apa-apa pun, bolehlah masuk Malaysia Book Of Records untuk tahun 2014 sebab Fitri tidur sekarang dah start cari selimut, tutup kipas. Kalau tak, kipas tu dah lebih kurang dengan kipas helikopter. Kipas helikopter pun kalah kut rasanya. Kalau tak dulu selimut tu tak pandang walaupun jeling-jeling manja. Sekarang ni, selimut adalah the most wanted.

Boleh koma sebab beku kalau tak ada selimut. Huhuhu...

Ayuh sama-sama kita doakan mudah-mudahan saudara-mara kita di Pantai Timur selamat sejahtera hendaknya. Ingatlah, andai kita ditimpa oleh musibah, semua itu adalah ujian keimanan. Allah takkan pernah menguji kita di luar batas kemampuan kita.

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Teruskan bersabar dan teruskan berdoa. Mudah-mudahan diringankan beban. - Nur Fitri

Bila hujan macam ni, dengar pula lagu ni. Feeling dia lagi melampau. Huhuhu...





Teruskan bersabar dan teruskan berdoa. ^_^

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

No comments:

Post a Comment